DRAF
R
AN CAN GAN K AW ASA N KH AS
Pelan Pengurusan Kawasan Pemeliharaan Bandaraya Melaka Bersejarah
BAB 3
PENEMUAN UTAMA
Teras
rancangan
warisan
pengurusan
Bandaraya
Melaka
Bersejarah
adalah
untuk
pemeliharaan
kawasan
supaya
nilai-nilai
warisan
kepentingannya
dapat dijaga dan dilindungi. Pada amnya,
kawasan
Bandaraya adalah
warisan
Melaka
dalam
khususnya
Bersejarah
keadaan
bangunan
penyeliaan PERZIM Warisan kerajaan
di
baik bawah
dan Jabatan
Negara
menerima
yang
telah
peruntukan bagi
pembaikan
di
wang
menampung
dan
kos
membaikpulih
bangunan. Walau
bagaimanapun,
terdapat
sebilangan rumah di zon utama yang usang kerana kebanyakan bangunan-bangunan
itu
dimiliki
yang
oleh
mampu
individu
kerana
diberikan untuk
oleh
tiada
adalah tidak insentif
Kerajaan
memelihara
menyelenggara
Negeri dan
bangunan-
bangunan mereka. Pemilik swasta merupakan bangunan
pemilik di
zon
utama
utama iaitu
sebanyak 97.3 peratus.
3-1
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS
Pelan Pengurusan Kawasan Peme liharaan
Bandaraya Melaka Bersejarah
Pemeliharaan fabrik kawasan warisan iaitu bangunan, jalan, kubur, kawasan landskap, kawasan sungai serta karektornya termasuk “intangible heritage” adalah tertakluk kepada pemahaman, minat dan galakan yang diberi kepada pemilik.
Sempadan
kawasan pemeliharaan yang telah diterima sebagai kawasan Warisan Dunia (WHS) serta sempadan zon penampannya hendaklah dimaklumkan serta difahami oleh semua pihak. Tujuan zon penampan adalah untuk memberi perlindungan kepada kawasan zon utama supaya nilai-nilai sejagatnya dipelihara dan diberi keutamaan. Bangunan baru seperti Dataran Pahlawan dan lain-lain projek dalam perancangan telah mengancam ciri-ciri, “setting” yang bersejarah serta ketulenan (authenticity) dan integriti pelbagai elemen dalam kawasan warisan. Keadaan ini menunjukkan kurangnya kefahaman tentang pemeliharaan kawasan Warisan Dunia. Sebuah bandaraya bersejarah yang diuruskan dengan baik akan mengambilkira perancangan yang mencerminkan corak dan susunan bandar tradisional dan mengambil langkah untuk memperkukuhkan kesinambungan. Kualiti pemeliharaan bangunan bersejarah di Melaka adalah bergantung kepada pendidikan dan kesedaran orang ramai di samping penggunaan bahan serta kaedah yang betul. Ini bermakna usaha-usaha yang melibatkan kerja-kerja pemeliharaan bangunan hendaklah dipergiatkan melalui kefahaman dan sumber-sumber yang sesuai supaya mutu kerja-kerja pemeliharaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Penglibatan pihak “stakeholders” termasuk penduduk, pemilik bangunan dan lain-lain adalah mustahak dalam meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan warisan. Beberapa program latihan dan kesedaran orang awam telah dilaksanakan oleh MBMB, PERZIM, Jabatan Warisan Negara, Jabatan Muzium Negara dan Melaka Heritage Trust (MHT). Program-program yang diatur perlu lebih fokus kepada golongan sasaran secara terancang. Keahlian Jawatankuasa Konservasi yang diketuai oleh MBMB perlu diperluaskan dengan menjemput perwakilan dari pelbagai persatuan kebudayaan dan penduduk tempatan. Projek-projek yang melibatkan kawasan pemeliharaan perlu dibincang dalam mesyuarat jawatankuasa sebelum sebarang kelulusan diberikan. Maklumat mengenai sejarah kawasan dan bangunan-bangunan warisan boleh membantu kefahaman dan pemeliharaan kawasan warisan. Teknik-teknik arkeologi dan kajian sejarah “streetscape” boleh digunakan untuk memahami ketulenan dan integriti elemen-elemen dalam kawasan warisan.
3-2
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS
Pelan Pengurusan Kawasan Peme liharaan
Bandaraya Melaka Bersejarah
3.1
Isu-Isu Pemeliharaan 3.1.1 Meningkatkan Kefahaman Kepentingan Sempadannya dan Zon Penampan i.
Tapak
Warisan,
Kefahaman kepentingan kawasan warisan, sempadannya dan zon penampan adalah asas pemeliharaan. Orang ramai perlulah diberi maklumat mengenai sejarah dan lain-lain kepentingan kawasan warisan secara mudah dan melalui laman web.
ii.
Rasional sempadan kawasan Warisan Dunia dan zon penampan hendaklah diumumkan dan diterangkan dengan jelas.
3.1.2 Integrasi Pembangunan Moden Dalam Kawasan Warisan i.
Integrasi reka bentuk moden atau kontemporari dalam kawasan bersejarah adalah suatu cabaran yang besar. Terdapat beberapa pembangunan mega di tepi kawasan pemeliharaan seperti Dataran Pahlawan, pembangunan hotel dan marina. Pembangunan yang berskala besar akan mengubah wajah dan penampilan kawasan warisan.
ii.
Tiada garis panduan bagi pembangunan ”in-fill” dalam kawasan zon utama dan zon penampan.
iii.
Mutu dan kualiti senibina kontemporari yang ada sekarang tidak setanding dengan mutu senibina bangunan bersejarah.
iv.
Adalah sukar untuk menilai kualiti senibina kontemporari, jadi kecenderongan hendaklah diberikan kepada pemeliharaan fabrik bersejarah dalam kawasan Warisan Dunia.
v.
Kajian impak atau kesan sesuatu cadangan pembangunan baru kepada kawasan Warisan Dunia adalah bergantung kepada kefahaman nilai-nilai sejagat dan karektor kawasan Warisan Dunia. Kawalan pembangunan di kawasan pemeliharaan hendaklah mengambilkira faktor-faktor visual seperti reka bentuk, saiz, bahan-bahan yang digunakan, integrasi dengan ruang awam, impak isipadu lalulintas dan penukaran kegunaan bangunan, tapak atau kawasan.
3.1.3 Meningkatkan Kaedah dan Kemahiran Pemeliharaan Bangunan i.
Kebanyakan kerja-kerja pembaikan dibuat secara reaktif, iaitu setelah masalah berlaku dan bukan proaktif iaitu penyelenggaraan mencegah (preventive maintenance).
ii.
Kerja-kerja pembaikan yang dijalankan hendaklah mengikut kaedah-kaedah yang diiktirafkan oleh UNESCO (Burra Charter, Nara Charter dan sebagainya) serta kefahaman yang mendalam tentang nilai-nilai kawasan Warisan Dunia dan menggunakan bahan-bahan, reka bentuk dan kemahiran yang sesuai.
3-3
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS
Pelan Pengurusan Kawasan Peme liharaan
Bandaraya Melaka Bersejarah
iii.
Adalah sukar untuk memastikan kerja-kerja pemeliharaan bermutu tinggi.
iv.
Hanya mengadakan undang-undang atau garis panduan adalah tidak mencukupi, mereka yang terlibat dalam kerja-kerja binaan dan pemeliharaan bangunan mesti mempunyai kemahiran yang sesuai bagi pemeliharaan dan penyelenggaraan bangunan warisan.
v.
Tiada program latihan yang menyeluruh dan pengiktirafan bagi pekerja-pekerja dalam industri pemeliharaan bangunan warisan di Melaka atau di tempattempat lain di Malaysia.
vi.
MBMB atau PERZIM tiada program untuk memberi penghargaan kepada pakar pemeliharaan bangunan yang boleh menjadi contoh kepada pemilik bangunan warisan.
3.1.4 Penglibatan ”Stakeholders” i.
Minat, sokongan dan rundingan dengan ’stakeholders’ atau masyarakat tempatan adalah amat penting bagi kejayaan sesuatu program pemeliharaan dan pengurusan ’World Heritage Sites’ (WHS).
ii.
Program Local Agenda 21 masih belum dilaksanakan oleh MBMB dengan aktif.
iii.
Tiada saluran komunikasi dua hala yang mudahsampai bagi penduduk dan pemilik untuk menyuarakan sesuatu masalah atau isu.
iv.
Program penyertaan “stakeholders” mestilah diadakan secara berterusan dengan memberi peluang kepada semua untuk memberi maklumbalas.
v.
Tiada pusat sumber atau pusat khidmat nasihat ditempatkan di kawasan pemeliharaan.
3.1.5 Melindungi Bangunan-bangunan Lama Daripada Kosong dan Dalam Keadaan Buruk i.
Sebilangan bangunan di kawasan zon utama telah rosak dan tidak digunakan. Bangunan yang rosak atau tidak digunakan akan merosot lebih cepat daripada bangunan yang digunakan dan ianya tidak memberi sumbangan kepada ekonomi tempatan.
ii.
Semua bangunan yang tidak digunakan atau rosak hendaklah dikenalpasti dan segala usaha diambil untuk membaiki dan memberi nafas baru kepada bangunan tersebut.
iii.
MBMB hendaklah memantau dan mengemaskinikan maklumat mengenai keadaan bangunan-bangunan warisan dalam inventorinya.
3-4
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS
Pelan Pengurusan Kawasan Peme liharaan
Bandaraya Melaka Bersejarah
3.1.6 Teknik Pencahayaan Bangunan Yang Tidak Sesuai i.
Pencahayaan
bangunan-bangunan
menggunakan
lampu-lampu
yang
warisan sesuai
dan
akan
ruang
awam
mengindahkan
dengan kawasan
pemeliharaan dan menyerlahkan kawasan warisan. ii.
Teknik pencahayaan hendaklah dikaji supaya ianya sesuai dengan reka bentuk bangunan dan tidak merosakkan fabriknya.
iii.
Teknik pencahayaan kawasan pemeliharaan hendaklah mencerminkan ciri-ciri dalam konteks bersejarah.
iv.
Teknik pencahayaan sekarang adalah kurang sesuai kerana ia seragam dan tidak menonjol reka bentuk bangunan-bangunan dan jalan-jalan yang pelbagai.
3.1.7 Warisan ”Intangible” Yang Kurang Diberi Perhatian i.
Penduduk dalam kawasan pemeliharaan terdiri dari komuniti pelbagai kaum. Jadi, kebudayaan, kesenian, kraftangan dan aktiviti tradisional semua kaum yang masih diamalkan sehingga kini adalah warisan ”intangible”.
ii.
Aktiviti tradisional seperti tukang emas, tukang besi dan pembuat barang-barang hiasan manik, sulam dan sebagainya semakin berkurangan oleh kerana kehidupan moden.
iii.
Tiada program yang komprehensif bagi memastikan aktiviti ekonomi tradisional dapat dikekalkan di era moden ini.
iv.
Lebih banyak penyelidikan dan dokumentasi hendaklah dijalankan berkaitan warisan ”intangible” di Melaka.
3.1.8 Aktiviti-aktiviti Yang Tidak Sesuai i.
Terdapat kegunaan bangunan warisan untuk aktiviti-aktiviti perniagaan dan perusahaan yang tidak sesuai dan perlu dihentikan seperti perusahaan sarang burung.
ii.
MBMB hendaklah menggariskan senarai aktiviti-aktiviti yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan dalam kawasan pemeliharaan.
iii.
MBMB hendaklah mengambil tindakan ke atas kegunaan bangunan yang tidak dibenarkan dalam kawasan pemeliharaan.
3.1.9 Pengurusan Risiko i.
Kawasan pemeliharaan menghadapi risiko besar iaitu ancaman kebakaran dan serangan anai-anai. Kekurangan pili bomba dalam kawasan pemeliharaan amat membimbangkan. Di tempat yang mengalami isipadu lalulintas yang tinggi, pencemaran udara serta gangguan bunyi dan getaran kenderaan yang lalu juga memberi kesan yang buruk kepada struktur dan fabrik bangunan warisan.
3-5
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS
Pelan Pengurusan Kawasan Peme liharaan
Bandaraya Melaka Bersejarah
ii.
Pada masa kini, tiada penilaian yang menyeluruh tentang risiko-risiko yang dihadapi oleh kawasan pemeliharaan.
iii.
Suatu
penilaian
risiko-risiko
sedia
ada
dan
berpotensi
akan
membantu
mewujudkan strategi-strategi dan tindakan untuk menguruskan risiko dan menyediakan strategi-strategi lain untuk mengelakkan bencana yang berpotensi. iv.
Pengurusan risiko adalah tanggungjawab pelbagai pertubuhan dan individu.
v.
Risiko tapak warisan juga boleh berpunca dari pertukaran dasar dan perubahan tren tempatan dan antarabangsa.
3.1.10 Interpretasi Tapak Warisan i.
Komponen utama dalam pengurusan warisan ialah untuk memudahkan orang ramai memahami apa yang mereka lihat apabila tapak warisan dikunjungi dan memberi akses maklumat mengenai nilai-nilai dan kepentingan tapak kepada orang yang tidak dapat mengunjungi tapak tersebut.
ii.
Maklumat yang terdapat di tapak warisan masih kurang dari segi kaitannya dengan kefahaman kawasan Warisan Dunia.
iii.
Terdapat terjemahan maklumat daripada Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris di papan maklumat yang tidak tepat.
iv.
Program interpretasi bagi semua tempat pelancongan termasuk muzium swasta dan lain-lain tempat interpretasi hendaklah diberi penekanan lebih.
3.2
Objektif Pemeliharaan Warisan i.
Meningkatkan kefahaman mengenai nilai-nilai sejagat kawasan Warisan Dunia, sempadannya dan kepentingan zon penampan.
ii.
Meningkatkan kesedaran mengenai keperluan untuk penjagaan kawasan Warisan Dunia, memberi panduan dan nasihat dan memastikan bahawa pemilik dan pengguna akan berikhtiar untuk menyelenggara dan membaiki harta mereka ke piawaian yang bersesuaian selaras dengan statusnya sebagai sebahagian kawasan Warisan Dunia.
iii.
Memastikan bahawa semua maklumat mengenai kawasan warisan dikumpul, disimpan
dan
dianalisakan
untuk
membantu
dalam
pelaksanaan
Pelan
Pengurusan. iv.
Sesuatu kerja pemeliharaan bangunan di kawasan warisan sama ada untuk penambahan,
penyelenggaraan,
pembaikan
atau
pemulihan
hendaklah
dijalankan dengan piawaian yang tertinggi, menggunakan bahan, reka bentuk dan kemahiran yang sesuai dengan karektor tapak dan memenuhi keperluan untuk menjaga nilai-nilai sejagatnya. v.
Memastikan peruntukan yang mencukupi bagi pemeliharaan kawasan warisan.
vi.
Mengenalpasti dan melaksanakan langkah-langkah yang positif bagi penjanaan semula kawasan pemeliharaan, membaiki keadaan fizikal, persembahan dan
3-6
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS
Pelan Pengurusan Kawasan Peme liharaan
Bandaraya Melaka Bersejarah
interpretasi elemen-elemen kawasan warisan serta mempertahankan karektor, nilai-nilai sejagat dan ketulenan keseluruhan tapak. vii.
Menjamin pembaikan, penyelenggaraan dan penggunaan yang mampan bangunan-bangunan yang tidak digunakan atau yang rosak di dalam kawasan Warisan Dunia.
viii.
Memastikan bahawa elemen-elemen landskap dan semulajadi yang berkaitan dengan tapak-tapak warisan adalah diakui dan difahami sebagai sebahagian kawasan pemeliharaan yang integral dan diuruskan dengan sewajarnya.
ix.
Menggalakkan penggunaan program penyelenggaraan yang terancang dan di mana yang sesuai, menyediakan pelan konservasi dan/atau pengurusan untuk mengelakkan kehilangan fabrik bersejarah dan ketulenan akibat kerja-kerja pembaikan yang ’adhoc’.
x.
Memastikan bahawa ruang awam (public realm) difahami sebagai elemen bersejarah kawasan warisan dan sebarang perubahan kepadanya hendaklah mengambilkira kepentingan sejarah dan kebudayaan ruang awam itu.
xi.
Mewujudkan piawaian-piawaian yang diiktiraf untuk kemahiran, reka bentuk, bahan dan penyelenggaraan bagi kerja-kerja yang dijalankan untuk ruang awam supaya kualiti kerja adalah bermutu tinggi dan sesuai dengan statusnya sebagai bandaraya bersejarah.
xii.
Menjalankan penilaian risiko-risiko yang berpotensi kepada kawasan warisan, arkib-arkib yang berkenaan dan penyediaan rancangan pengurusan risiko untuk memastikan ianya adalah menyeluruh dan berkesan.
xiii.
Memastikan bahawa status kawasan warisan akan memperkayakan aktivitiaktiviti kebudayaan dan ekonomi masyarakat tempatan dan menggalakkan penglibatan komuniti dalam meningkatkan kesedaran tentang nilai-nilai warian sejarah yang ingin dipelihara dan dipertahankan.
xiv.
MBMB dan lain-lain agensi yang terlibat dalam pengurusan kawasan warisan sepatutnya
tidak
membenarkan
sebarang
pemajuan
yang
mengancam
kawasan warisan dan ”setting”nya dan pihak pemaju mestilah memastikan bahawa projek-projek yang dicadangkan adalah bermutu tinggi dengan mengambilkira nilai-nilai kawasan warisan dan keupayaannya untuk menampung perubahan. xv.
Senibina kontemporari yang bermutu tinggi hendaklah digalakkan di mana sesuai supaya nilai kawasan warisan dipertingkatkan dan semua pemajuan baru disepadukan dengan karektor lokasi sedia ada dan meningkatkan penggunaan ruang awam.
xvi.
Menggalakkan penglibatan masyarakat dengan lebih aktif.
3-7
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS
Pelan Pengurusan Kawasan Peme liharaan
Bandaraya Melaka Bersejarah
3.3
Isu Estetika 3.3.1 Elemen Landskap Lembut dan Kejur
Isu 1 : Kekurangan elemen landskap lembut dan kejur i.
Hanya kawasan di Bukit St. Paul, taman dan medan bandar, Jalan Merdeka, Jalan Syed Abdul Aziz dan pesisiran Sg. Melaka di kawasan kajian yang mempunyai ruang yang sesuai untuk perancangan pembangunan landskap yang menyeluruh.
ii.
Kebanyakan penanaman pokok dalam pasu di kawasan kajian dijalankan secara individu dan tidak secara komprehensif dan bersepadu.
iii.
Keadaan persekitaran Medan Hang Jebat yang pada masa ini adalah tempat letak kenderaan perlu diberi perhatian segera.
iv.
Longkang terbuka perlu ditutup bagi mempertingkat kualiti visual dan secara langsung mengurangkan kesan bau yang kurang selesa kepada pengunjung . Longkang terbuka di Medan Hang Jebat
v.
Penekanan pembangunan landskap kejur dan perabot jalan yang seragam, bersepadu dan menyeluruh (seperti laluan pejalan kaki, lampu jalan, tong sampah) hendaklah ditumpukan di kawasan ruang yang terhad. Pendekatan penanaman pokok dalam pasu dan jenis “ornamental trees/shrubs” digalakkan jika bersesuaian.
vi.
Tiada pembangunan landskap yang menyeluruh di kampung warisan iaitu Kg. Morten, Kg. Portugis dan Kg. Chitty serta Kg. Ketek (Kg. Pali).
Kg. Morten
Kg. Portugis
Kg. Chitty
3-8
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS
Pelan Pengurusan Kawasan Peme liharaan
Bandaraya Melaka Bersejarah
vii.
Tiada pembangunan landskap lembut dan kejur di Bukit Senjuang. Pembangunan landskap lembut dan kejur di kawasan warisan ini yang bukan sahaja mampu mempertingkatkan kualiti persekitaran kawasan tetapi dapat dimanfaatkan penduduk setempat sebagai kawasan rekreasi pasif.
Bukit Senjuang
Isu 2 :
Kemudahan landskap perlu diselenggara dengan baik dan berterusan
i.
Masih terdapat ruang pembaikan landskap di Taman Merdeka walaupun kawasan taman itu telah berjaya meningkatkan kualiti visual dan persekitaran.
Landskap lembut dan kejur di Taman Merdeka
ii.
Kurang penyelenggaraan di taman bersebelahan Mahkota Parade perlu diberi perhatian segera kerana kawasan tersebut merupakan kawasan tumpuan pengunjung Bandaraya Melaka Bersejarah.
Penyelenggaraan secara berkala
perlu dijalankan di kawasan ini agar tidak wujud kawasan terbiar.
Masalah penyelenggaraan telah menurunkan kualiti persekitaran taman ini
iii.
Pencahayaan kawasan lapang dan taman perlu diberi perhatian bagi mewujudkan persekitaran yang selamat.
3-9
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS
Pelan Pengurusan Kawasan Peme liharaan
Bandaraya Melaka Bersejarah
Isu 3 : Tiada pembangunan landskap kejur yang bersesuaian di hadapan bangunan bersejarah iaitu Masjid Kampung Kling, Masjid Kampung Hulu, Tokong Cheng Hoon Teng, Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi, Makam Hang Jebat, Makam Hang Tuah dan Perigi Hang Li Po i.
Usaha perlu dibuat bagi mewujudkan suasana ‘sense of welcoming’ di hadapan
ii.
Pencahayaan yang bersesuaian di hadapan bangunan bersejarah hendaklah
bangunan bersejarah. disediakan.
Hadapan Tokong Cheng Hoon Teng
Hadapan Masjid Kg. Kling
Hadapan Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi
Isu 4 : Pengindahan kawasan pesisiran Sungai Melaka perlu dijalankan secara menyeluruh i.
Pengindahan pesisiran Sungai Melaka lebih tertumpu di sebelah timur Sungai Melaka.
Usaha ini perlu diperluaskan di kedua-dua
tebing sungai. ii.
Kesemua bangunan di pesisiran Sungai Melaka perlu membuat
pembaikan
fasad
bangunan
agar
mempunyai dua ‘frontage’. iii.
Garis panduan pembaikan fasad mengadap sungai diwujudkan bagi memastikan aktiviti pembaikan tidak merosakkan senibina bangunan.
iv.
Pesisiran Sungai Melaka
Terdapat cadangan pembangunan di kawasan pesisiran Sungai Melaka yang melibatkan pembinaan kincir air (dalam pembinaan), tapak replika kapal (kapal Melaka,
kapal
Laksamana
Cheng
Ho
dan
kapal
Mendam
Berahi),
pembangunan muara Sungai Melaka dan pembangunan semula Kampung Jawa.
3 - 10
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS
Pelan Pengurusan Kawasan Peme liharaan
Bandaraya Melaka Bersejarah
3.3.2 Sistem Papan Tanda Yang Bercelaru
Isu 1 :
Sistem papan tanda yang pelbagai menyebabkan ianya menjadi kurang efektif
dalam penyaluran maklumat. i.
Pengguna jalanraya menghadapi kesukaran memproses maklumat papan tanda terutama bagi pengunjung yang pertama kali datang ke kawasan RKK.
ii.
Sistem papan tanda perlu mengambilkira laluan sehala dalam tunjuk arah.
iii.
Reka bentuk, warna dan saiz papan tanda memainkan peranan penting dalam tunjuk arah.
Isu 2 : Papan tanda menunjukkan arah dan lokasi bangunan bersejarah terutama kepada pejalan kaki adalah berkurangan i.
Peta lokasi bangunan bersejarah perlu disediakan di lokasi yang strategik.
ii.
Penyediaan papan tanda arah di setiap jalan menuju ke bangunan bersejarah perlu disediakan.
iii.
Saiz, warna dan ‘font’ papan tanda yang digunakan memainkan peranan penting dalam penyaluran maklumat bagi pengunjung yang bergerak.
Isu 3 : Kurang kepekaan dalam penyaluran informasi yang tepat ke papan maklumat i.
Kurang terjemahan papan maklumat terutama papan tanda berbahasa Cina kepada Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan sebaliknya.
ii.
Salah ejaan di papan maklumat terutama dalam bahasa Inggeris seperti yang berlaku di Kg. Morten dan Bukit Senjuang.
iii.
Maklumat bertulis mengenai Munsyi Abdullah adalah tidak tepat.
Contoh papan maklumat yang memberi maklumat yang kurang tepat.
3 - 11
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS
Pelan Pengurusan Kawasan Peme liharaan
Bandaraya Melaka Bersejarah
3.3.3 Penyediaan Perabot Jalan/ Ameniti Isu 1 : Penyediaan kemudahan tong sampah di kawasan tumpuan adalah berkurangan i.
Perletakan tong sampah perlu di lokasi
yang
strategik
dan
tidak
menghalang laluan pejalan kaki. ii.
Reka
bentuk
sampah
dan
perlu
bahan
tong
keseragaman,
menarik, mesra alam dan mudah diselenggarakan.
Perletakan tong sampah di Medan Menara Jam yang kurang sesuai dan tidak seragam
Isu 2 : Penyediaan
kemudahan
tempat
duduk
di
kawasan
tumpuan
adalah
berkurangan i.
Perletakan kemudahan bangku/ tempat duduk perlu di lokasi yang strategik dan tidak menghalang laluan pejalan kaki.
ii.
Reka bentuk dan bahan bangku/ tempat duduk perlu keseragaman, menarik, mesra alam dan mudah diselenggarakan.
Isu 3 : Penyediaan lampu jalan yang tidak seragam i.
Keseragaman lampu jalan adalah perlu dan ianya boleh dikategorikan mengikut kawasan (kawasan bersejarah, bangunan bersejarah, laluan pejalan kaki, medan bandar, pesisiran sungai dan taman).
Lampu jalan yang pelbagai reka bentuk
ii.
Reka bentuk lampu jalan perlu unik yang menggambarkan ciri-ciri tempatan. Usaha mencari reka bentuk lampu jalan yang bersesuaian perlu dijalankan seperti mengadakan pertandingan dan melantik konsultan bagi rekaan rupabentuk lampu jalan.
3 - 12
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS
Pelan Pengurusan Kawasan Peme liharaan
Bandaraya Melaka Bersejarah
iii.
Penggunaan lampu solar digalakkan bagi memastikan pembangunan adalah mampan dan secara langsung mengurangkan bebanan perbelanjaan MBMB dalam penggunaan tenaga elektrik.
3.3.4 Laluan Pejalan Kaki Isu 1 : Kurang kesinambungan laluan pejalan kaki i.
Penutupan
longkang
terbuka
di
kawasan bangunan warisan (komersil) mampu
mempertingkatkan
kesinambungan pejalan kaki. ii.
Kesinambungan
laluan
pejalan
kaki
perlu merangkumi keseluruhan kawasan warisan, bangunan bersejarah, sistem pengangkutan awam (perhentian bas/ teksi), pesisiran sungai, tempat letak kenderaan, kawasan petempatan dan kawasan komersil. iii.
Pembangunan laluan pejalan kaki yang menyeluruh
secara
mengurangkan
langsung
bilangan
Tiada kesinambungan laluan pejalan kaki
dapat
Laluan pejalan kaki yang tidak dibangunkan secara bersepadu dan mesra pengguna
kenderaan
dalam kawasan pemeliharaan, menggalakkan riadah pasif (berjalan kaki) dan mempertingkatkan keselamatan pengguna. iv.
Pembinaan laluan pejalan kaki mestilah mengikut garis panduan yang ditetapkan.
3.4
Objektif Estetika i.
Membangunkan landskap lembut dan kejur mampan yang menekankan aspek fungsi terlebih dahulu diikuti dengan mudah diselenggara, mesra alam, kos efektif dan akhir sekali menarik dalam semua peringkat (reka bentuk, pelaksanaan dan penyelenggaraan).
ii.
Membangunkan landskap lembut dan kejur secara bersepadu dan menyeluruh di kawasan yang bersesuaian.
iii.
Memastikan pembangunan landskap bukan sahaja untuk mempertingkatkan kualiti persekitaran tetapi juga menyediakan kemudahan (rehat dan rekreasi) kepada penduduk tempatan.
iv.
Memastikan pengurusan dan penyelenggaraan landskap ke tahap maksimum
v.
Memastikan program pengindahan pesisiran Sungai Melaka dijalankan secara
melalui kerja-kerja yang teratur, sistematik dan berkala. menyeluruh, bersepadu dan mampan.
3 - 13
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS
Pelan Pengurusan Kawasan Peme liharaan
Bandaraya Melaka Bersejarah
vi.
Menguatkuasa Arahan Pemeliharaan Pokok (Akta 172) di kawasan sekitar Bukit St. Paul.
vii.
Membangunkan pengkalan data GIS mengenai kelas dan jenis tanah kawasan landskap dan maklumat pokok terutama pokok-pokok yang dipelihara di bawah Perintah
Pemeliharaan
Pokok
(Bahagian
VA,
Akta
172).
Pembangunan
pengkalan data ini perlu diselaraskan dengan Sistem Inventori Pokok (SIP) yang akan dibangunkan oleh MBMB. viii.
Membangunkan perabot jalan yang unik dan bercirikan tempatan terutama dalam reka bentuk bangku dan lampu jalan.
ix.
Membangunkan sistem pengurusan papan tanda yang efektif, berinformasi dan tepat.
x.
Memastikan penyediaan perabot jalan/ ameniti secara seragam, menarik, mesra pengguna, mesra alam serta mudah diselenggara dan perabot jalan/ ameniti ditempatkan di kawasan yang bersesuaian dan strategik.
xi.
Memastikan pembangunan laluan pejalan kaki dijalankan secara komprehensif, bersepadu, selesa dan selamat.
3 - 14
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS
Pelan Pengurusan Kawasan Peme liharaan
Bandaraya Melaka Bersejarah
3.5
Isu Ekonomi 3.5.1 Aktiviti Ekonomi Tradisional Yang Semakin Terjejas Zon Utama i.
Aktiviti ekonomi di zon utama tertumpu di Jalan Kg. Pantai, Jalan Laksamana, Jalan Hang Jebat, Lorong Hang Jebat, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Tukang Emas, Jalan Tukang Besi dan Jalan Tokong.
ii.
Aktiviti
ekonomi
yang
dijalankan
di
kawasan ini adalah barangan am, barang antik, kraftangan, menjual dan membaiki barangan
keperluan,
hotel/
rumah
tumpangan dan restoran/ cafe. Ini secara
Aktiviti perdagangan (perkhidmatan) di Jalan Hang Jebat
tidak langsung memberi perkhidmatan dan
keselesaan
kepada
penduduk
tempatan dan pelancong. Jalan Kg. Pantai Jalan Tokong, Jalan Tukang Emas dan Jalan Besi Jalan Hang Jebat Jalan Laksamana Lorong Hang Jebat
Jalan Tun Tan Cheng Lock
iii.
Jualan
produk
berasaskan
tradisional
sudah semakin terjejas kerana dipengaruhi oleh aktiviti jualan barangan moden. Hanya terdapat sebilangan kecil kedai yang menjual barangan antik, kraftangan dan produk desa.
Kedai barangan antik di Jalan Hang Jebat
3 - 15
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS
Pelan Pengurusan Kawasan Peme liharaan
Bandaraya Melaka Bersejarah
iv.
Jalan Hang Jebat yang juga dikenali sebagai “Jonker Street” merupakan kawasan tarikan pelancong tetapi kawalan terhadap jenis dagangan tidak dijalankan sehingga tidak menyokong kepada pengukuhan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah.
v.
Berdasarkan kepada Bengkel “Visioning”, akibat daripada terlalu banyak aktiviti perdagangan yang dijalankan di Jalan Tun Tan Cheng Lock dan Jalan Hang Jebat, kawasan ini dikenalpasti sedang mengalami
sosial
sehingga
mengganggu
penduduk
setempat.
Kawasan
ini
memerlukan
daripada
aktiviti
dibenarkan
isu
agar
kawalan
bangunan tidak
yang
menjejaskan
potensi yang ada. vi.
Kebanyakan bangunan di kawasan ini masih
mengekalkan
reka
bentuk
bangunan tradisional yang mewujudkan
Restoran makanan berasaskan budaya di Jalan Tun Tan Cheng Lock
imej yang tersendiri. Zon Penampan i.
Aktiviti ekonomi di zon penampan tertumpu di Jalan Bendahara, Jalan Tun Sri Lanang, Jalan Bunga Raya, Jalan Munsyi Abdullah, Jalan Temenggung dan Jalan Merdeka.
ii.
Struktur bangunan juga lebih baru dan ciri reka bentuk dalaman kedai juga moden.
iii.
Aktiviti dagangan yang dijalankan adalah lebih
moden
berbanding
zon
utama.
Antara aktiviti utama di kawasan ini adalah
Aktiviti ekonomi (perkhidmatan) di Jalan Bendahara
perkhidmatan (perhotelan dan restoran), pejabat, institusi perbankan dan aktiviti jualan barangan am/ runcit. iv.
Aktiviti dagangan berasaskan tradisional/ produk desa tidak dijalankan secara besarbesaran di zon ini.
Aktiviti perhotelan (Hotel Regal) di Jalan Munsyi Abdullah
3 - 16
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS
Pelan Pengurusan Kawasan Peme liharaan
Bandaraya Melaka Bersejarah
Jalan Tun Sri Lanang Jalan Bunga Raya Jalan Munsyi Abdullah
Jalan Bendahara Jalan Temenggung Jalan Merdeka
v.
Bagi kawasan perkampungan budaya iaitu Kg. Portugis dan Kg. Morten, aktiviti ekonomi yang dijalankan masih mengekalkan ciri-ciri tradisional dan merupakan tarikan kepada pengunjung. Pengekalan kepada aktiviti tradisional ini perlu diteruskan
sebagai
aset
kepada
keunikan
Melaka
sebagai
Bandaraya
Bersejarah.
Pengekalan ciri-ciri kampung budaya di Kg. Morten menyokong kepada aktiviti tradisional
Keunikan budaya di Kg. Portugis menjadi tarikan kepada pengunjung
3 - 17
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS
Pelan Pengurusan Kawasan Peme liharaan
Bandaraya Melaka Bersejarah
3.5.2 Tekanan Pembangunan Baru Zon
penampan
sedang
mengalami
perubahan aktiviti pembangunan ke arah yang lebih moden terutama di sekitar Dataran Pahlawan
dan
pembangunan
Mahkota ekonomi
Parade. seperti
Aktiviti
ini
perlu
dikawal agar tidak menjejaskan imej sejarah di
Aktiviti pembangunan moden di Jalan Mahkota menjejaskan imej sejarah kawasan kajian.
kawasan kajian.
3.5.3 Kegagalan Mempromosi Aktiviti-Aktiviti Ekonomi Sedia Ada i.
Berdasarkan kepada kajian lapangan (Rajah 3.1), didapati sebanyak 72 peratus pengunjung datang ke kawasan kajian adalah kerana faktor tarikan seni binaan bangunan.
Rajah 3.1 : Jumlah Kedatangan Pelancong Berdasarkan Aktiviti/ Tempat Menarik di Kawasan Kajian
75
Galeri Seni
25 50 50
"Jonker Walk"
82
Aktiviti / Tempat
Pusat Beli Belah
18 77
"Night Life"
23 28
Keunikan Senibina
72 47
Muzium
53 75
Persekitaran
25 60
Nilai Budaya
40 65
Makanan
35 0
10
20
30
40
50
60
70
ya
tidak
80
90
Peratus ( %)
Sumber : Kajian RKK Pelan Pengurusan Kawasan Pemeliharaan Bandaraya Melaka Bersejarah, 2007
ii.
Muzium-muzium, “Jonker Walk” dan Galeri Seni merupakan tempat yang gemar dikunjungi oleh pelancong.
iii.
Aktiviti dan tempat menarik di kawasan kajian tidak dipakejkan dengan baik sehingga terdapat produk yang tidak dikenali ramai.
3 - 18
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS
Pelan Pengurusan Kawasan Peme liharaan
Bandaraya Melaka Bersejarah
iv.
Publisiti
yang
kurang
mengakibatkan
menyeluruh
hanya
sesetengah
mengenai produk
produk-produk
sahaja
mempunyai
ini
juga
bilangan
kunjungan yang tinggi. v.
Pengekalan terhadap reka bentuk bangunan dan aktiviti ekonomi serta kebudayaan
tradisional
akan
mampu
menggalakkan
lagi
kedatangan
pelancong secara berterusan.
3.6
Objektif Ekonomi 3.6.1 Pengekalan Aktiviti Ekonomi Berasaskan Tradisional Sebagai Tarikan Utama Pelancongan i.
“Cultural shopping street’” di Jalan Hang Jebat (Jonker Street) mendapat sambutan yang baik daripada penduduk setempat, pengunjung dan pelancong. Kawasan lain yang
berpotensi
untuk
menggunakan
konsep pembangunan seperti ini adalah Jalan Tokong, Jalan Tukang Emas dan Jalan Tukang Besi. ii.
Aktiviti
penjualan
memudahkan
secara
untuk
berjajar
dipasarkan
ini dan
Keadaan kawasan perdagangan di Jalan Hang Jebat (Jonker Street)
diketahui oleh pengunjung. iii.
Zon utama akan digalakkan untuk menjalankan aktiviti jualan berasaskan tradisional agar identiti ini dikekalkan sebagai daya tarikan utama di kawasan kajian.
iv.
Kepelbagaian aktiviti ekonomi dikekalkan di zon penampan namun, fasad bangunan dan reka bentuk dalaman bangunan perlulah mengekalkan ciri-ciri tradisional bagi menimbulkan suasana sejarah di seluruh kawasan kajian.
Kepelbagaian aktiviti ekonomi di zon penampan pemeliharaan yang menjana peningkatan pendapatan kawasan kajian.
3 - 19
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS
Pelan Pengurusan Kawasan Peme liharaan
Bandaraya Melaka Bersejarah
v.
Aktiviti
ekonomi
budaya
yang
perlu
berteraskan
diterapkan
di
perkampungan unik iaitu Kg. Chitty, Kg. Portugis dan Kg. Morten dan dikekalkan
sebagai
pelancongan.
satu
Penjanaan
pakej
pelbagai
aktiviti ekonomi seperti “homestay”, industri
kecil
tempatan)
sederhana dan
(produk
perkhidmatan
(restoran) akan digalakkan lagi.
Kampung Morten masih mengekalkan ciri-ciri budaya yang mampu menjana sumber ekonomi penduduk dan kawasan kajian.
3.6.2 Mengawal Serakan Tren Pembangunan Menjejaskan Nilai Sejarah Sedia Ada i.
Kewujudan
kompleks
Baru
Agar
Tidak
membeli-belah
yang moden di zon penampan seperti Mahkota
Parade,
Carrefour
dan
Pahlawan Mall mampu meningkatkan jumlah
pengunjung.
Namun,
tren
pembangunan ekonomi seperti ini perlu dikawal agar “nature’” dan elemen sejarah yang wujud di kawasan kajian tidak terjejas dan dapat dikekalkan. ii.
Bagi
zon
utama,
tiada
sebarang
Pemandangan Carrefour di Dataran Pahlawan.
pembangunan baru berbentuk moden dibenarkan bagi mengekalkan keadaan sedia ada.
3.6.3 Mempelbagaikan Produk Dan Aktiviti Ekonomi Tempatan Produk
berteraskan
penghasilan
produk
industri
desa
tempatan
dan seperti
kraftangan, sulaman manik, tukang besi dan sebagainya mempunyai potensi yang baik untuk dikomersilkan di kawasan kajian. Selain daripada itu, pelbagai produk makanan kaum yang terdapat di Negeri Melaka Bersejarah mampu menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat.
Pembuatan makanan tradisional merupakan produk yang boleh dikomersilkan di kawasan kajian.
3 - 20
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS
Pelan Pengurusan Kawasan Peme liharaan
Bandaraya Melaka Bersejarah
Ini disokong dengan ciri pembangunan di kawasan kajian yang berteraskan sejarah dan budaya. Penghasilan produk ini akan ditekankan di zon utama, Kg. Chitty, Kg. Portugis dan Kg. Morten.
3.6.4 Menaiktaraf Pakej Pelancongan Agar Lebih Komprehensif Pakej pelancongan berteraskan sejarah, budaya dan membeli-belah perlu dipergiatkan dengan efisyen agar potensi dan aset sedia ada dapat dimanfaat sebaiknya. Kepelbagaian produk yang terdapat di kawasan kajian perlu dipakej dan dipromosikan dengan harga yang berpatutan agar dapat meningkatkan tahap ekonomi kawasan kajian.
Antara produk sejarah di kawasan kajian yang mempunyai tarikan kuat kepada kedatangan pelancong.
3.7
Isu Kemudahsampaian dan Sirkulasi 3.7.1 Kesesakan Lalulintas Faktor kesesakan lalulintas yang berlaku hampir sepanjang masa di kawasan kajian adalah disebabkan oleh kombinasi beberapa faktor, antaranya ketidaksesuaian gunatanah, ketiadaan kawalan kemasukan kenderaan serta perletakan tempat letak kereta. Kawasan warisan yang berusia ratusan tahun dan telah dikekalkan dalam keadaan hampir asal mempunyai ukuran dimensi jalan yang sempit yang mungkin sesuai satu ketika dahulu.
Di kawasan begini, usaha untuk melebarkan jalan adalah mustahil
memandangkan bangunan-bangunan kediaman dan perniagaan yang terletak terlalu hampir dengan jalan. Walaupun tindakan mewujudkan laluan sehala di kawasan ini merupakan langkah yang baik, tetapi ia tidak cukup setakat itu sahaja. Ianya memerlukan gabungan beberapa tindakan seperti kawalan kemasukan kenderaan berat, waktu terhad untuk aktiviti memunggah dan sebagainya bagi mengekalkan kawasan warisan dan pada masa yang sama memudahkan laluan dan meningkatkan aksesibiliti.
3 - 21
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS
Pelan Pengurusan Kawasan Peme liharaan
Bandaraya Melaka Bersejarah
Perletakan sekolah-sekolah di dalam zon penampan dikenalpasti antara punca-punca utama kesesakan lalulintas yang dialami hampir setiap masa. Terdapat 3 buah sekolah yang terletak di Jalan Parameswara iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan St. Francis, Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir dan Sekolah Kebangsaan Sacred Heart manakala Sekolah Tinggi Melaka terletak di Jalan Chan Koon Cheng. Kesesakan teruk berlaku di waktu tengahari bila kenderaan ibu bapa para pelajar berasak-asak dengan bas-bas sekolah untuk mengambil dan menurunkan pelajar dalam masa yang sama. Walaupun demikian, perpindahan sekolah-sekolah ini dari tapak sedia ada sukar dilakukan melainkan jika terdapat kawasan-kawasan di sekitarnya yang sesuai untuk kegunaan ini.
Empat buah sekolah terletak berdekatan di antara satu sama lain yang menjadi salah satu faktor penyebab kesesakan lalulintas.
Ketiadaan kawalan kemasukan kenderaan adalah satu lagi punca berlakunya kesesakan. Kenderaan seperti lori-lori bersaiz besar tidak sepatutnya dibenarkan memasuki zon utama dan sebahagian zon penampan kerana daya tampung jalan yang terhad di kawasan ini. Jalan-jalan seperti Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Hang Jebat, Jalan Laksamana dan Jalan Merdeka adalah sempit dan dipenuhi dengan bangunan-bangunan warisan. Selain dari menggunakan ruang yang banyak, gegaran yang berpunca dari kenderaankenderaan besar ini mampu merosakkan struktur bangunan yang sudah rapuh (fragile) itu.
3 - 22
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS
Pelan Pengurusan Kawasan Peme liharaan
Bandaraya Melaka Bersejarah
Isu kesesakan jalanraya di zon utama dan zon penampan juga disebabkan kewujudan medan-medan letak kereta yang besar di sini. Ia menjadi tarikan kepada kenderaan untuk memasuki dan berada di dalam kawasan warisan, sedangkan destinasi mereka adalah pusat membeli-belah dan pasaraya-pasaraya mega. Di samping itu, ada juga di kalangan pemandu yang melalui zon utama untuk ke medan letak kereta yang terletak di zon penampan.
3.7.2 Kekurangan Laluan Pejalan Kaki Kekurangan laluan pejalan kaki yang berkesinambungan telah menimbulkan dua masalah iaitu kesukaran pejalan kaki untuk bergerak dan juga gangguan kepada lalulintas bermotor. Kebanyakan laluan pejalan kaki yang telah wujud sejak dahulu di kawasan kajian telah dihadang oleh pemilik-pemilik premis berkenaan, menjadikannya “segmented”. Di kawasan-kawasan yang lebih baru pula, penyediaan laluan pejalan kaki telah dilakukan secara “piecemeal” di mana bahan yang digunakan dan ketinggian laluan adalah berbeza. Ketiadaan pelan induk laluan pejalan kaki telah menyebabkan kewujudan laluan yang terputus-putus dan tidak seragam.
Laluan pejalan kaki yang dihadang oleh pemilik premis
Tiada laluan pejalan kaki di Jln.Tun Tan Cheng Lock
Kesukaran pejalan kaki untuk bergerak dari hujung ke hujung sesuatu jalan amat ketara di kawasan kajian. Boleh dikatakan hampir setiap premis telah menutup laluan ini. Masalah ini berpunca dari penukaran kegunaan bangunan terbabit dari perniagaan dahulunya kepada kediaman pada masa kini.
Ini menyebabkan para pejalan kaki terpaksa
menggunakan ruang jalan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pemandu-pemandu kenderaan pula menghadapi masalah ketidakcekapan aliran kerana terpaksa memperlahankan, membrek atau mengelak pejalan kaki yang memasuki laluan mereka. Ini mendatangkan risiko kepada kedua-dua pihak dan menjejaskan kelancaran keseluruhan lalulintas di kawasan berkenaan. Pengasingan lalulintas pejalan kaki daripada lalulintas bermotor adalah satu kemestian dan bukan pilihan, khususnya dalam usaha ke arah pengangkutan mampan.
3 - 23
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS
Pelan Pengurusan Kawasan Peme liharaan
Bandaraya Melaka Bersejarah
Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan persetujuan semua pemilik premis bagi membuka semula laluan pejalan kaki bukanlah satu perkara mudah dan praktikal pada masa kini. Pertimbangan perlu diberikan terhadap faktor “privacy” khasnya bagi premispremis yang telah bertukar dari perniagaan kepada kediaman.
3.7.3 Kekurangan Perkhidmatan Bas Awam Perkhidmatan bas awam yang melalui kawasan kajian memerlukan satu lonjakan untuk dapat berfungsi dengan lebih baik. Pada masa kini, terdapat kekurangan yang amat ketara dari segi kualiti perkhidmatan yang disediakan. Kekerapan bas-bas awam dari ketiga-tiga syarikat yang melalui kawasan ini tidak konsisten. Walaupun Syarikat SKA dan Townbus ada menyediakan jadual perjalanan (yang hanya sebahagiannya sahaja dapat dituruti), tetapi jika dilihat jumlah penumpang yang menaiki bas-bas berkenaan di Melaka Sentral ternyata pada waktu-waktu tertentu penumpang terpaksa berasak-asak akibat ketidakcukupan bas. Penambahan bilangan bas khususnya pada waktu puncak akan dapat mengatasi masalah ini. Syarikat
Panorama
Melaka
pula
perlu
memperkemaskan
kualiti
perkhidmatan
terutamanya dari segi menepati jadual dan laluan perjalanan. Kajian mendapati urusan laluan antara bas setingkat dengan dua tingkatnya yang menggunakan laluan yang sedikit berbeza agak tidak teratur. Di Melaka Sentral, bas-bas Panorama Melaka tidak disediakan petak dan hanya menunggu di luar petak-petak yang dikhaskan untuk syarikat-syarikat lain. Disebabkan ini, penumpang didapati kurang memberi keutamaan kepada bas-bas Panorama Melaka untuk ke destinasi mereka. Berbanding dengan dua syarikat
lain,
Panorama
Melaka
tidak
mempunyai
jumlah
penumpang
yang
menggalakkan.
Bas Panorama Melaka 2-tingkat yang kurang mendapat sambutan kerana kadar tambang yang agak mahal.
3 - 24
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS
Pelan Pengurusan Kawasan Peme liharaan
Bandaraya Melaka Bersejarah
Dari segi laluan juga didapati bas-bas ini kerap menyeleweng dari laluan yang ditetapkan. Sebagai bas yang memberi khidmat kepada pelawat dan pelancong, perbuatan ini boleh menjejaskan nama Melaka.
Sebagai contoh, perhentian bas
Panorama Melaka di kawasan Hang Tuah Mall dilangkau (skipped) dan bas-bas lebih banyak berada di bahagian kanan jalan. Di samping itu, laluan ke Bukit Baru/ Bukit Piatu sepatutnya diserahkan kepada syarikat lain dan Panorama Melaka hanya memfokus kepada kawasan warisan sahaja. Satu lagi kekurangan yang diperhatikan ialah ketiadaan bas-bas yang mesra-OKU di Melaka, khasnya bagi laluan-laluan di kawasan kajian. Bas-bas konvensyenal yang mempunyai lantai yang tinggi menyukarkan penumpang-penumpang yang terdiri dari golongan tua, kanak-kanak dan OKU. Selain dari itu, penggunaan bas-bas lama yang tidak berhawa dingin boleh dikategorikan sebagai ketinggalan zaman. Hanya bas-bas Panorama Melaka sahaja yang didapati berhawa dingin.
Bas lama yang tidak berhawa dingin
Bas lama yang tidak mesra OKU
3.7.4 Kedudukan Tempat Letak Kereta Tidak Strategik Kedudukan tempat letak kereta yang tidak strategik sebenarnya berkait rapat dengan ketidaksuaian kegunaan bangunan setempat. Di kawasan sekitar Padang Pahlawan, misalnya kawasan letak kereta yang besar terletak di sekeliling Melaka Parade, sebuah pusat membeli-belah yang bersaiz besar . Tempat letak kereta yang khusus untuk kegunaan pengunjung dan pelawat ke bangunan-bangunan bersejarah sangat sedikit.
Walaupun memberikan kemudahan
meletak kenderaan, kebanyakan tempat letak kereta sebegini sebenarnya tidak strategik dari segi lokasinya. Ini adalah kerana ianya menjana lalulintas yang sebahagiannya tidak mempunyai apa-apa kaitan langsung dengan kawasan sejarah. Ia sebenarnya menarik dan menghasilkan lalulintas yang akan menyumbangkan kepada kesesakan di kawasan “bottlenecks” di sekitar.
3 - 25
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS
Pelan Pengurusan Kawasan Peme liharaan
Bandaraya Melaka Bersejarah
Penukaran kegunaan bangunan warisan kepada hotel juga ada impak negatifnya. Kawasan tempat letak kereta bagi hotel-hotel begini sudah pasti tidak berada di tempat terdekat kerana hotel memerlukan bilangan tempat letak kereta yang tinggi. Ini akan memaksa pengurusan hotel berkenaan mencari dan mendapatkan ruang letak kereta yang terletak agak jauh dari hotel berkenaan.
3.7.5 Pengurusan Bas Pelancong dan Kenderaan Komersil Oleh kerana kawasan warisan dan kawasan perniagaan konvensional terletak berselangseli dan tiada pembahagian yang nyata antara keduanya, kemasukan kenderaan ke kawasan ini tidak dapat dikawal. Ini menjadikan pengurusan lalulintas sukar dijalankan di sini dan sekaligus menambah kepada keadaan kesesakan yang berlaku. Aktiviti komersil yang terletak di kawasan warisan pada masa sekarang merupakan penyumbang terbesar kepada kesesakan lalulintas di mana lori-lori besar dan treler perlu memasuki kawasan ini untuk menghantar barangan. Ketiadaan had masa untuk tujuan ini juga menyebabkan lori-lori ini terpaksa bersaing untuk ruang jalan yang sama dengan kenderaan-kenderaan ringan yang lain. Satu sistem penghantaran yang menggunakan lori-lori kecil untuk sampai ke premis-premis ini adalah lebih sesuai jika aktiviti komersil begini terus dibenarkan. Sekurang-kurangnya, ia mengurangkan tahap kesesakan yang berlaku.
Yang terbaik
adalah penggunaan lori-lori kecil yang dihadkan waktu ia dibenarkan berada di kawasan ini.
3.8
Objektif Kemudahsampaian dan Sirkulasi 3.8.1 Zon Bebas-Kenderaan Satu faktor yang tidak dapat dinafikan ialah wujudnya kesesakan lalulintas di dalam kawasan warisan. Ia membawa kepada pembentukan objektif untuk mewujudkan zon bebas-kenderaan
persendirian
di
kawasan
ini.
Dengan
mengadakan
kawalan
kemasukan di kawasan tertentu yang berfungsi pada waktu siang, objektif ini akan dapat dicapai. Bagi kawasan-kawasan yang dikenalpasti untuk tujuan ini, semua kenderaan milik persendirian adalah dilarang dari memasuki sempadan tertentu, kecuali kenderaan milik penghuni atau pemilik premis di situ. Kelonggaran ini juga hanya dibenarkan pada waktu malam bermula dari jam 8.00 malam sehingga ke jam 8.00 pagi keesokan harinya. Kenderaan komersil yang membuat penghantaran juga hanya dibenarkan pada waktu “off-peak” iaitu dari jam 7.00 malam hingga 7.00 pagi keesokan harinya. Ini adalah memandangkan kebanyakan aktiviti kawasan warisan akan bermula di sebelah
3 - 26
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS
Pelan Pengurusan Kawasan Peme liharaan
Bandaraya Melaka Bersejarah
tengahari. Selain dari itu, kenderaan pelancong termasuk van, beca, basikal dan juga kereta lembu bebas untuk memasuki kawasan ini pada bila-bila masa. Bas-bas pelancong pula dikehendaki menurunkan penumpang di Taman Rempah kerana di sini disediakan tempat meletak kenderaan yang agak luas. Daripada Taman Rempah, pelancong-pelancong digalakkan menaiki teksi air atau bas Panorama untuk ke kawasan warisan UNESCO. Bagi meningkatkan mutu pengangkutan awam, Kerajaan Negeri Melaka Bersejarah sedang mengenalpasti laluan yang sesuai dan optimum untuk perkhidmatan monorail dan LRT. Sekiranya langkah ini dapat dilaksanakan, objektif untuk mewujudkan zon bebas-kenderaan akan dapat dicapai.
3.8.2 Rangkaian Pejalan Kaki Objektif kedua adalah untuk mewujudkan satu rangkaian pejalan kaki yang menyeluruh dan bersambungan untuk kawasan warisan. Untuk itu, beberapa perubahan dan peralihan minda perlu dilakukan. Bagi kawasan warisan, laluan pejalan kaki baru perlu dibina di atas permukaan jalan. Ini adalah kerana kebanyakan bangunan warisan tidak lagi mampu untuk membuka semula kaki lima masing-masing atas faktor-faktor yang dinyatakan sebelum ini. Untuk menjamin keselamatan pejalan kaki dan pengguna jalanraya yang lain, laluan pejalan kaki ini perlu dibina dengan kelebaran 2.0 meter dan sekurang-kurangnya 15cm lebih tinggi dari permukaan jalan. Walaupun ini tidak cukup untuk menghalang jenayah seperti perbuatan ragut, ketinggian yang berbeza ini sangat berkesan untuk menghalang kenderaan daripada menceroboh masuk ke laluan pejalan kaki ini. Laluan pejalan kaki juga perlu mempunyai tempat-tempat di mana dibina “ramp” untuk memudahkan pergerakan OKU. “Ramp” atau “dropped kerb” ini biasanya terletak di persimpangan-persimpangan dan pada jarak-jarak tertentu.
3.9
Isu Pengurusan 3.9.1 Merekod, Dokumentasi dan Pengurusan “Database” i.
Maklumat-maklumat penting mengenai kawasan pemeliharaan seperti Laporan Dossier yang telah dihantar ke UNESCO bagi pencalonan Melaka ke badan dunia dan laporan-laporan lain yang berkaitan sukar untuk diakses. Ini menyukarkan pihak-pihak yang menjalankan kajian tentang Bandaraya Melaka Bersejarah mendapat maklumat untuk rujukan dan semakan.
ii.
Pada masa kini, tiada pengurusan “database” yang menyeluruh dan sistematik bagi merekod dan menyimpan data-data sedia ada mengenai kawasan pemeliharaan warisan bersejarah dan kepentingannya.
3 - 27
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS
Pelan Pengurusan Kawasan Peme liharaan
Bandaraya Melaka Bersejarah
iii.
Pengetahuan luas dan pandangan bernas golongan veteran mengenai kawasan warisan tidak direkodkan dan ianya tiada ganti jika mereka tiada.
iv.
Usaha untuk menyimpan rekod dan dokumentasi sedang dijalankan oleh beberapa
agensi
tetapi
tiada
program
yang
menyeluruh
atau
yang
dikoordinasikan. v.
Data-data merekod hendaklah dimasukkan dalam GIS supaya dapat digunakan dalam pengurusan kawasan pemeliharaan.
3.9.2 Penguatkuasaan Yang Lemah di Kawasan Warisan i.
Salah satu bangunan warisan yang terdapat di Jalan Hang Lekiu telah dijadikan tempat penyembelihan khinzir.
ii.
Terdapat pengusaha-pengusaha sarang burung yang menggunakan lot-lot kedai yang tidak berpenghuni/ kosong untuk penternakan burung walid. Selain mengeluarkan bunyi bising, tahi burung boleh merosakkan dan mengotorkan struktur bangunan.
iii.
Makam Hang Kasturi yang terletak di “Jonker Street” perlu diberi penghormatan yang lebih tinggi kerana daripada pengamatan, didapati setiap hujung minggu, pintu masuk ke makam dihalang oleh gerai menjual barangan VCD.
3.9.3 Peranan Agensi-Agensi Kerajaan dan NGO i.
Kumpulan NGO seperti Melaka Heritage Trust, Jawatankuasa Jonker Walk Melaka, Cheng Hoon Teng Temple Incorporated dan lain-lain tidak diajak berunding untuk mendapatkan
“feedback”
berkenaan
dengan
pelaksanaan
projek
pembangunan di kawasan zon utama dan zon penampan pemeliharaan. ii.
Kawasan yang dicalonkan ke senarai Warisan Dunia memerlukan ko-ordinasi daripada pelbagai agensi kerajaan bagi memantapkan pengurusan dan pelaksanaan programnya.
3.9.4 Sumber-Sumber Manusia i.
Kekurangan sumber manusia atau tenaga kerja di sesetengah agensi kerajaan menjejaskan mutu perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam.
ii.
Kekurangan tenaga kerja juga melemahkan penguatkuasaan dan pemantauan secara menyeluruh terhadap aktiviti-aktiviti yang boleh merosakkan fabrik bangunan warisan di kawasan zon utama dan zon penampan.
iii.
Maklumat-maklumat yang diperlukan daripada sesetengah jabatan sukar diperolehi
kerana
hanya
ada
seorang
atau
dua
orang
sahaja
yang
bertanggungjawab ke atas maklumat/ “data base” berkenaan.
3 - 28
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS
Pelan Pengurusan Kawasan Peme liharaan
Bandaraya Melaka Bersejarah
3.9.5 Sumber-Sumber Kewangan i.
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak mempunyai “resources” untuk membiayai segala kos yang berkaitan dengan penjagaan dan pemeliharaan kawasan warisan termasuk melantik profesional tambahan dalam bidang seni bina, ukur bahan, pengurus warisan dan lain-lain yang berkaitan.
ii.
Dana sedia ada amat terhad untuk membiayai kos-kos pemeliharaan bangunan warisan.
3.10 Objektif Pengurusan 3.10.1Pengurusan “Database” Yang Lebih Sistematik i.
Mewujudkan pusat sumber di Jabatan Konservasi, MBMB supaya semua maklumat berkenaan kawasan kajian (tapak Warisan Sejarah Dunia) dikumpul dan disimpan dengan baik dan sesiapa yang berminat dapat mengakses dengan mudah.
ii.
Tenaga kerja perlu ditambah supaya urusan merekod dan menyimpan data-data sedia ada dalam komputer dapat dilakukan.
iii.
Maklumat dan pandangan golongan veteran perlu direkodkan.
iv.
Menggunakan
teknologi
maklumat
dan
komunikasi
yang
moden
untuk
membentuk pengkalan data yang interaktif dan GIS untuk pelaksanaan Pelan Pengurusan.
3.10.2 Penguatkuasaan Yang Ketat di Kawasan Warisan i.
Pemantauan dan penguatkuasaan yang ketat perlu dilakukan kerana aktiviti penyembelihan khinzir dan bangunan-bangunan kosong yang digunakan untuk menarik perhatian burung walid (sarang burung) tidak sepatutnya berada dalam kawasan warisan.
ii.
Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi lain yang terlibat dalam pengurusan kawasan zon utama perlu menghalang aktiviti-aktiviti yang boleh merosakkan aset-aset warisan yang tidak ternilai.
3.10.3Kerjasama Di Antara Agensi-Agensi Kerajaan dan NGO Agensi-agensi Kerajaan dan NGO perlu bekerjasama untuk memastikan aset-aset warisan terpelihara.
3 - 29
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS
Pelan Pengurusan Kawasan Peme liharaan
Bandaraya Melaka Bersejarah
3.10.4 Sumber-Sumber Manusia Tenaga kerja baru perlu ditambah untuk menampung kekurangan kakitangan di jabatan-jabatan yang terlibat secara langsung dengan pemeliharaan kawasan warisan dan aset-aset sejarah.
3.10.5 Sumber-sumber Kewangan Pihak MBMB melalui Jabatan Warisan Negara perlu mendapat peruntukan kewangan daripada KeKKWa untuk membolehkan program-program pemeliharaan aset-aset nyata (tangible) dan program kebudayaan (aset tidak nyata) dapat diadakan secara berterusan.
3 - 30