POLISI PPUKM
JABATAN
:
JABATAN RADIOLOGI
KOD
:
AE
BIL
KOD
KANDUNGAN
MUKA SURAT
1.
OBJEKTIF JABATAN
2
2.
SKOP JABATAN/ PERKHIDMATAN
2-3
3.
CARTA ORGANISASI
4
4.
POLISI-POLISI JABATAN
5 - 31
5
LAMPIRAN
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
1
POLISI PPUKM
POLISI JABATAN PERKHIDMATAN RADIOLOGI HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ, PUSAT PERUBATAN UKM 1. OBJEKTIF 1.1
Memberi perkhidmatan yang berkualiti, selamat, berorientasikan pesakit, efisyen dan kos efektif.
1.2
Menghasilkan imej yang tinggi nilai diagnostik agar laporan yang tepat dan cepat.
1.3
Menetapkan masa menunggu pesakit yang menjalani pemeriksaan x-ray biasa dalam had masa yang ditentukan.
1.4
Mengeluarkan laporan pemeriksaan khusus dalam masa yang ditetapkan.
1.5
Meminimumkan dos radiasi yang diterima oleh pesakit dengan mengamalkan prinsip ALARA (As Low As Reasonably Achievable).
1.6
Melatih Pegawai Perubatan dengan kaedah latihan dan pengajaran yang berkualiti.
1.7
Menghasilkan Pakar Radiologi yang berkualiti, cemerlang dan berwibawa.
1.8
Memberi pendidikan perubatan berterusan kepada semua kakitangan (CME).
2. SKOP JABATAN/ PERKHIDMATAN 2.1
Menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik yang berkualiti dengan radiasi yang optima dan selamat mengikut Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dan Peraturanperaturan Pelesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas) 2010.
2.2
Jabatan beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 0800 hingga 1700 (waktu pejabat). Perkhidmatan selepas waktu pejabat, hari rehat mingguan dan hari kelepasan am disediakan bagi kes kecemasan sahaja.
2.3
Memberi perkhidmatan pemeriksaan Radiografi biasa (x-ray), Pemeriksaan Berkontras Media, Ultrasound, Pengimbasan Tomografi Berkomputer, Pengimejan Resonans Magnetik, Mamografi dan Radiologi Intervensi kepada: 2.3.1
Pesakit dari wad.
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
2
POLISI PPUKM
2.3.2
Pesakit luar dari klinik pakar dan Pusat Perubatan Primer.
2.3.3
Pesakit dari Jabatan Perubatan Kecemasan.
2.3.4
Pesakit dari UKMSC.
Permohonan pemeriksaan radiologi untuk pesakit dari hospital dan klinik lain tidak diterima kecuali bagi telah didaftarkan di PPUKM. 2.4
Melaksanakan tugas pengajaran radiologi kepada penuntut perubatan dan penuntut jazah lanjutan, Fakulti Perubatan, UKM.
2.5
Memberi perundingan radiologi, nasihat klinikal atau konferens radiologi kepada manamana jabatan klinikal di PPUKM yang memerlukan khidmat yang berkenaan.
2.6
Memberi perundingan radiologi dan teknikal kepada mana-mana hospital luar dari PPUKM yang memerlukan khidmat yang berkenaan
2.7
Menjalankan penyelidikan yang bermutu secara persendirian atau usahasama dengan mana-mana jabatan akademik atau institusi penyelidikan yang lain.
2.8
Menjadi pusat latihan untuk pelajar Program Pengimejan Perubatan dari UKM dan kolej dan universiti tempatan. 2.8.1
Permohonan bagi menjalani latihan industri/praktikum perlu dikemukakan terus ke Unit Pengurusan Latihan & Cuti Belajar, Jabatan Sumber Manusia, PPUKM.
2.8.2 2.9
Jabatan ini berhak menerima atau menolak permohonan- permohonan ini.
Perkhidmatan Pemeriksaan Radiologi (Pengimejan Diagnostik) dan Intervensi: 2.9.1
Pemeriksaan Radiografi Am.
2.9.2
Pemeriksaan Radiografi Mudah Gerak (mobile).
2.9.3
Pemeriksaan Radiografi di Dewan Bedah.
2.9.4
Pemeriksaan Berkontras Media ( IVU, Fluroskopi).
2.9.5
Pemeriksaan Ultrasound.
2.9.6
Pengimbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan).
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
3
POLISI PPUKM
2.10
2.9.7
Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).
2.9.8
Radiologi Intervensi.
2.9.9
Pemeriksaan Mamografi dan biopsi payudara.
2.9.10
Pengimejan Dental (CBCT).
2.9.11
Pengimejan Kardiovaskular.
2.9.12
Perkhidmatan PACS dan Makmal 3D.
Perkhidmatan Perundingan. 2.10.1
2.11
Konferens Radiologi.
Waktu Perkhidmatan. Hari
Pagi
Rehat
Petang
Isnin - Khamis
0800 - 1300
1300 - 1400
1400 - 1700
Jumaat
0800 - 1215
1215 - 1445
1445 – 1700
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
Hari rehat.
Pemeriksaan bagi semua modaliti akan diteruskan semasa waktu rehat dan selepas waktu bekerja, jika masih ada pesakit yang sedang atau belum menjalani pemeriksaan. 2.12
Perkhidmatan di luar waktu pejabat, hari rehat mingguan dan hari kelepasan am. 2.12.1
Radiografi biasa, Radiografi di wad dan pemeriksaan berkontras bagi pesakitpesakit dari Jabatan Perubatan Kecemasan, Unit Rawatan Rapi, Unit Rawatan Kardiak dan wad-wad biasa. Tugas secara syif untuk Radiografi biasa, Radiografi di wad: i.
Juru X-Ray dan Atendan Kesihatan: 3 syif setiap hari iaitu: Syif 0800 – 1400 , 1400 – 2100 dan 2100 – 0800.
2.12.2
Pengimejan di Dewan Bedah: i.
Juru X-Ray:
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
4
POLISI PPUKM
3 syif setiap hari iaitu: Syif 0800 – 1400, 1400 – 2100 dan 2100 – 0800. 2.12.3
CT Scan dan MRI: i.
Pakar Radiologi dan Pegawai Perubatan: Hari bekerja / hari cuti: Tugas atas panggilan.
ii.
Juru X-Ray: Hari bekerja: 1700 – 0800 Hari cuti: 2 syif iaitu syif 0800 – 2100 dan 2100 – 0800.
2.12.4
Radiologi Intervensi: i.
Pakar Radiologi dan Pegawai Perubatan: Hari bekerja / hari cuti: Tugas atas panggilan.
ii.
Juru X-Ray: Hari bekerja: 1700 – 2100, seterusnya tugas atas panggilan hingga 0800. Hari cuti: Tugas atas panggilan.
iii.
Jururawat & Penolong Pegawai Perubatan: Hari bekerja: Syif 0730 – 4.30 / 1100 – 2000, seterusnya tugas atas panggilan hingga 0800. Hari cuti: Tugas atas panggilan.
iv.
Pembantu Perawatan Kesihatan: Hari bekerja: 1700 - 2100
2.12.5
Ultrasound: i.
Pakar Radiologi dan Pegawai Perubatan: Hari bekerja / hari cuti: Tugas atas panggilan.
3. CARTA ORGANISASI 3.1
Carta Organisasi Jabatan Radiologi: Seperti dilampiran 1.
3.2
Carta Fungsi Kakitangan Am: Seperti dilampiran 2.
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
5
POLISI PPUKM
4. POLISI-POLISI JABATAN 4.1
Penyeliaan Unit dan Bilik Pemeriksaan. 4.1.1
Ketua Bahagian dan Ketua Unit dilantik untuk menjaga dan memantau mesin dan bilik-bilik pemeriksaan setiap unit di jabatan.
4.1.2
Antara tugas utama adalah bertanggungjawab ke atas kebersihan, kekemasan, susun atur bilik, melapor kerosakan, latihan, aset, inventori dan statistik bulanan.
4.1.3
Penyelia harian dikalangan Juru X-Ray Kanan akan bertugas setiap hari bekerja untuk memantau dan mengawasi perkhidmatan kakitangan. Setiap salah laku atau ketidakpatuhan perlu dicatatkan ke dalam Buku Penyeliaan Harian. Jika ada insiden atau ketidakpatuhan yang serius perlu dilaporkan kepada Ketua Jabatan atau Pengurus.
4.1.4 4.2
Ketua Bahagian adalah Pegawai Aset di unit-unit di bawah penyeliaan.
Pengendalian pesakit. Pemeriksaan dan laporan akan dijalankan mengikut keutamaan secara berikut:
4.3
4.2.1
Pesakit kecemasan dan kemalangan.
4.2.2
Pesakit tenat.
4.2.3
Pesakit kanak-kanak.
4.2.4
Pesakit warga tua.
4.2.5
Pesakit kurang upaya.
4.2.6
Pesakit mental.
4.2.7
Pesakit yang memerlukan pemeriksaan/rawatan segera.
Giliran. 4.3.1
Pesakit akan dipanggil mengikut giliran. Walaubagaimanapun pesakit-pesakit di atas adalah diberi keutamaan.
4.4
Pesakit tenat.
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
6
POLISI PPUKM
4.4.1
Pesakit tenat perlu diiringi oleh Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih atau Penolong Pegawai Perubatan.
4.4.2
Pesakit tenat tidak dibenarkan ditinggalkan di jabatan semasa menunggu pemeriksaan dijalankan.
4.5
Sedasi. 4.5.1
Pesakit dan kanak-kanak yang memerlukan sedasi akan diiringi oleh Pegawai Perubatan dan sedasi akan diberikan oleh Pegawai Perubatan berkenaan.
4.5.2 4.6
Bilik khas untuk sedasi bagi pesakit kanak-kanak disediakan.
Peti simpanan barang untuk pesakit (loker). 4.6.1
Peti ini adalah untuk kemudahan pesakit menyimpan barang-barang semasa menjalani pemeriksaan.
4.6.2
Kakitangan dan jabatan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan barang-barang dan sebagainya yang disimpan dipeti ini.
4.7
Pengendalian Pemeriksaan Radiologi. 4.7.1
Sebelum pemeriksaan dijalankan, borang permohonan pemeriksaan hendaklah diserahkan di kaunter pendaftaran. Butir-butir pesakit didaftar ke dalam sistem. Pembayaran boleh dibuat di Kaunter Pendaftaran Utama Jabatan Radiologi.
4.7.2
Borang
Permohonan
Pemeriksaan
Radiologi
dan
Borang
Permohonan
Pemeriksaan Payudara hendaklah lengkap diisi dengan butir-butir pesakit, bahagian, jenis pemeriksaan, data klinikal dan sejarah klinikal perlu dinyatakan dengan lengkap dan jelas. 4.7.3
Borang
permohonan
perlu
ada
cop
rasmi
dan
ditandatangani
Pakar/Pegawai Perubatan/Pergigian. 4.7.4
Borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
4.7.5
Nombor giliran akan diberikan bagi pemeriksaan x-ray biasa sahaja.
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
7
oleh
POLISI PPUKM
4.7.6
Selepas pendaftaran, pesakit diminta untuk menunggu di luar bilik pemeriksaan sehingga nombor giliran atau nama dipanggil.
4.7.7
Penerangan serta arahan yang jelas akan diberikan oleh Juru X-Ray kepada pesakit berkenaan persediaan sebelum, semasa dan selepas pemeriksaan.
4.7.8
Pastikan pesakit wanita tidak mengandung sebelum melakukan pemeriksaan radiografi. Jika tidak pasti ’Peraturan 10/28 Hari’ (10/28 Days Rule) hendaklah dilaksanakan.
4.7.9
Jika
memerlukan
bantuan
seseorang
semasa
pemeriksaan
dijalankan,
perlindungan radiasi akan diberikan dengan sewajarnya kepada beliau. 4.7.10
Pesakit wanita yang diperiksa oleh Juru X-Ray lelaki akan diiringi oleh pengiring (chaperone).
4.7.11
Pesakit diberi penerangan dan arahan yang jelas semasa pemeriksaan.
4.7.12
Selesai pemeriksaan pesakit akan diberi arahan samada perlu tunggu atau boleh pulang ke wad/klinik/rumah.
4.7.13
Persetujuan bertulis (consent) dari pesakit/waris adalah perlu bagi pesakit berikut: 4.7.13.1
Semua
prosedur
intervensi,
menggunakan
Borang
Keizinan
Pembedahan). 4.7.13.2
Pengurangan
Intususepsi
(Reduction
of
intussusception),
menggunakan Borang Keizinan Pembedahan. 4.7.13.3
Menjalani rawatan dengan ubat diluar indikasi, menggunakan Borang Keizinan Untuk Menjalani Rawatan Dengan Ubat Diluar Indikasi (Offlabel).
4.7.13.4
Pemeriksaan pengimejan menggunakan x-ray dan magnet ke atas wanita
yang
mengandung,
menggunakan
Borang
Keizinan
Pemeriksaan Radiologi Ke Atas Wanita Mengandung.
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
8
POLISI PPUKM
4.7.14
Mendapatkan persetujuan bertulis (consent) dari waris/pesakit adalah tanggung jawab doktor yang memohon pemeriksaan dan mesti dicatit dalam Rekod Perubatan Pesakit.
4.8
Persediaan Pesakit. 4.8.1
Bagi pemeriksaan yang memerlukan persediaan pesakit, semua arahan dan senarai semak hendaklah dipatuhi.
4.8.2
Pesakit yang perlu menjalani prosedur intervensi perlu dimasukkan ke dalam wad PPUKM sehari sebelum pemeriksaan.
4.8.3
Bagi pesakit yang perlu disuntik media kontras intravena, pastikan pesakit tidak mempunyai perkara-perkara berikut sebelum menjalani pemeriksaan: 4.8.3.1
Mempunyai alahan kepada ubat-ubatan, makanan laut dan lain-lain.
4.8.3.2
Pesakit mengidap penyakit asma/lelah.
4.8.3.3
Jika mempunyai perkara di atas, pesakit perlu mendapatkan pra perawatan dengan mengambil steroid seperti berikut: i.
40 mg Prednisolone – 12 jam sebelum pemeriksaan.
ii.
40mg Prednisolone – 2 jam sebelum pemeriksaan. Dos ini untuk pesakit dewasa. Sila kurangkan dos untuk pesakit pediatrik.
4.8.4
Pemberian bekalan ubat dan penerangan yang jelas cara pengambilan ubat kepada pesakit adalah di bawah tanggungjawab kakitangan klinik/wad.
4.8.5
Jika pemberian bekalan ubat diberikan oleh kakitangan jabatan ini, penerangan yang jelas kepada pesakit adalah tanggungjawab kakitangan jabatan ini.
4.9
Pemeriksaan Radiologi ke atas pesakit mengandung. 4.9.1
Pemeriksaan radiologi untuk pesakit mengandung hanya dijalankan jikalau pemeriksaan radiologi tidak boleh ditangguhkan selepas pesakit bersalin.
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
9
POLISI PPUKM
4.9.2
Pakar/Pegawai Perubatan/Pergigian yang memohon pemeriksaan adalah bertanggungjawab di atas permohonan pemeriksaan ini. Jabatan Perkhidmatan Radiologi perlu dimaklumkan tentang perkara ini dan dicatatkan pada borang permohonan.
4.9.3
Mendapat keizinan bertulis dari pesakit/waris (Borang Keizinan Pemeriksaan Radiologi Ke Atas Wanita Mengandung).
4.9.4
Pemeriksaan x-ray bahagian abdomen ke atas pesakit yang mengandung tidak dibenarkan. Jika terpaksa dan tiada alternatif lain, memerlukan persetujuan bertulis dari pesakit/waris setelah diberi nasihat dan penerangan oleh Pakar dari jabatan yang memohon, Pakar O&G dan Pakar Radiologi.
4.9.5
Perlindungan sinaran yang sewajarnya akan diberikan kepada pesakit mengikut peraturan yang ditetapkan.
4.10
Kualiti imej. 4.10.1
Setiap imej yang dihasilkan adalah bernilai diagnostik dan mempunyai penanda anatomi, tarikh, masa dan data pesakit.
4.10.2
Bahagian pemeriksaan dan identiti pesakit perlu dipastikan betul sebelum pemeriksaan dijalankan.
4.10.3
Imej yang dihasilkan adalah tepat identiti dan data pesakit, sebelum dihantar ke Medweb atau dicetak filem.
4.11
Permohonan Pemeriksaan Radiologi. Setiap permohonan untuk pemeriksaan radiologi hendaklah menggunakan Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi (RP 01/97). Pemeriksaan payudara menggunakan Borang Permohonan Pemeriksaan Payudara (RP 02/97). Sila rujuk kepada Garis Panduan dan Peraturan Memohon Pemeriksaan Radiologi (Lampiran 3). 4.11.1
Radiografi am.
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
10
POLISI PPUKM
4.11.1.1
Semua permohonan untuk radiografi biasa (x-ray) akan dilaksanakan pada hari yang sama.
4.11.1.2
Pemeriksaan dijalankan mengikut bilik-bilik pemeriksaan yang telah ditetapkan.
4.11.1.3
Pesakit dipanggil mengikut nombor giliran (rujuk perkara 4.2)
4.11.1.4
Pesakit perlu dihantar pada waktu-waktu berikut: i.
0800 - 1230 dan 1400 - 1630 kecuali kes-kes segera (urgent).
ii.
Jika kes-kes segera di luar waktu pejabat diperlukan, perlu menghubungi Juru X-Ray sebelum menghantar pesakit ke jabatan, disambungan 5609, 5610, 5615 atau 5616.
4.11.1.5
Pemeriksaan radiologi untuk mayat hanya dijalankan di Bilik Mayat (Unit Mortuari/Forensik, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik).
4.11.1.6
Radiografi
biasa
yang
memerlukan
penyediaan
usus
(bowel
preparation) dilaksanakan mengikut temujanji. Contoh :- pemeriksaan abdomen. 4.11.2
Radiografi Mudah Gerak (Mobile). 4.11.2.1
Pemeriksaan ini hanya untuk pesakit wad dan Jabatan Perubatan Kecemasan yang sakit tenat, kemalangan teruk dan pesakit yang tidak boleh dibawa ke jabatan ini.
4.11.2.2
Keutamaan diberikan kepada pesakit-pesakit dari wad ICU, PICU, Neonatal, Kecemasan, CCU, CRW dan Dewan Bedah.
4.11.2.3
Untuk wad lain, permohonan radiografi mudahgerak adalah untuk pesakit yang menerima bantuan oksigen dan pesakit yang menerima rawatan daya tarikan (traction).
4.11.2.4
Semasa
pemeriksaan
radiografi
dijalankan,
kakitangan
wad
berkenaan perlu membantu Juru X-Ray mengangkat dan memposisi pesakit.
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
11
POLISI PPUKM
4.11.2.5
Langkah-langkah
keselamatan
sinaran
perlu
diambil
dengan
sewajarnya. 4.11.2.6
Pemeriksaan radiologi bagi mayat hendaklah menggunakan mesin xray mudah gerak.
4.11.2.7 4.11.3
Rujuk peraturan permohonan Radiografi Mudah Gerak (Lampiran 3).
Pemeriksaan CBCT (Cone Beam Computerised Tomography). 4.11.3.1
Pemeriksaan di Unit Pengimejan Dental tidak memerlukan temujanji.
4.11.3.2
Pemeriksaan dilakukan pada waktu pejabat dan selewat-lewatnya 30 minit sebelum waktu bekerja berakhir.
4.11.3.3
Pastikan pesakit tidak mempunyai perkara-perkara berikut sebelum menjalanakan pemeriksaan: i.
Mengandung.
ii.
Gigi palsu (jika ada ditanggalkan).
iii.
Rantai dan subang.
iv.
Rambut berminyak dan bersanggul tebal perlu diikat rambutnya ke atas.
4.11.4
Pemeriksaan Berkontras Media: Menggunakan mesin Fluroskopi. 4.11.4.1
Temujanji bagi setiap hari diatur mengikut waktu berlainan iaitu temujanji bermasa.
4.11.4.2
Bagi
pemeriksaan
Histerosalpingogram
(HSG),
pesakit
perlu
menelefon terus ke Unit Fluroskopi ditalian 03-91455628/6185 untuk temujanji selepas hari pertama datang
bulan (period) untuk
mendapatkan tarikh temujanji. 4.11.4.3
Setiap permintaan dipertimbangkan oleh Pakar/Pegawai Perubatan Radiologi.
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
12
POLISI PPUKM
4.11.4.4
Pastikan persediaan pesakit telah dijalankan dan senarai semak telah dipatuhi.
4.11.4.5
Pesakit perlu berpuasa 6 jam sebelum pemeriksaan.
4.11.4.6
Juru X-Ray di Unit Fluroskopi juga ditugaskan untuk mengendalikan mesin floroskopi di Pusat Perkhidmatan Endoskopi.
4.11.4.7
Bagi pemeriksaan fluroskopi di Pusat Perkhidmatan Endoskopi, perlu menulis data pesakit ke dalam buku pendaftaran.
4.11.5
Urografi Intravena (IVU). 4.11.5.1
Pemeriksaan ini memerlukan persediaan usus dan diberi temujanji bermasa.
4.11.5.2
Setiap permintaan dipertimbangkan oleh Pakar Radiologi atau Pegawai Perubatan Radiologi.
4.11.5.3
Pastikan persediaan pesakit telah dijalankan dan senarai semak telah dipatuhi.
4.11.6
Ultrasound. 4.11.6.1
Pemeriksaan Ultrasound tidak memerlukan temujanji kecuali prosedur intervensi (biopsi & drainage) dan Ultrasound Doppler.
4.11.6.2
Pemeriksaan Ultrasound hanya dilakukan pada waktu pagi bagi pesakit dari klinik, nombor giliran akan diberikan.
4.11.6.3
Pegawai Perubatan dari wad yang memohon pemeriksaan Ultrasound perlu merujuk kepada Pakar/Pegawai Perubatan Radiologi pada hari tersebut.
4.11.6.4
Prosedur intervensi dan doppler memerlukan temujanji, dijalankan pada
sebelah
petang
setiap
hari.
Perlu
merujuk
kepada
Pakar/Pegawai Perubatan Radiologi. 4.11.6.5
Pemeriksaan Ultrasound Muskuloskeletal (MSK), dijalankan pada pagi Isnin dan Selasa (perlu temujanji).
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
13
POLISI PPUKM
4.11.6.6
Jadual pemeriksaan: Isnin – Jumaat. Masa
0800 – 1000
1030 – 1230
1445 -1630 (Jumaat)
Hari
4.11.6.7
1400 - 1630
Isnin hingga Jumaat
Pesakit klinik.
Isnin & Selasa
Pesakit klinik.
Pesakit wad.
Pesakit wad. Doppler & prosedur intervensi.
Pesakit wad.
Ultrasound MSK.
Pesakit wad. Doppler & prosedur intervensi.
Persediaan pesakit: i.
Pemeriksaan kawasan abdomen atau hepatobiliari, pesakit perlu berpuasa selama 4 jam.
ii.
Pemeriksaan pelvis/KUB, pesakit perlu menahan air kencing. Kakitangan yang bertugas akan memberi air untuk diminum apabila tiba di Unit Ultrasound.
4.11.6.8
Bagi kes-kes tenat dari wad atau kes kemalangan dan kecemasan, Pakar Radiologi atau Pegawai Perubatan perlu dirujuk terlebih dahulu sebelum pesakit dihantar.
4.11.6.9
Permohonan pemeriksaan selepas waktu pejabat dan hari cuti perlu menghubungi Pakar/Pegawai Perubatan bertugas atas panggilan.
4.11.7
Pengimbas Tomografi Berkomputer (CT Scan). 4.11.7.1
Temujanji bagi setiap hari diatur mengikut waktu berlainan, iaitu temujanji bermasa kecuali kes kecemasan atau segera.
4.11.7.2
Permohonan kecemasan / segera (urgent) dilaksanakan dengan secepat mungkin.
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
14
POLISI PPUKM
4.11.7.3
Borang permohonan yang lengkap akan ditunjukkan kepada Pakar Radiologi atau Pegawai Perubatan Radiologi untuk mendapat kelulusan atau komen sebelum tarikh temujanji diberikan
4.11.7.4
Setiap pesakit perlu mematuhi persediaan pesakit yang diperlukan untuk menjalani pemeriksaan CT Scan. Pastikan persediaan pesakit telah dijalankan dan senarai semak telah dipatuhi.
4.11.7.5
Pesakit hendaklah berpuasa 4 jam sebelum pemeriksaan dijalankan.
4.11.7.6
Pemeriksaan CT Scan dilakukan mengikut nombor pendaftaran dan bukan mengikut temujanji yang diberikan. Masa temujanji yang ditetapkan adalah sebagai panduan sahaja supaya pesakit tidak datang secara serentak dan menunggu terlalu lama.
4.11.7.7
Bagi pemeriksaan yang tidak memerlukan minum air kontras akan didahulukan
agar
masa
menunggu
pesakit
yang
lain
boleh
dikurangkan. 4.11.7.8
Setelah selesai pemeriksaan pesakit perlu menunggu di luar bilik pemeriksaan kerana pesakit mungkin perlu menjalani pemeriksaan lanjutan seperti Ultrasound.
4.11.7.9
Pesakit dibenarkan pulang selepas Doktor Pakar berpuas hati terhadap imej yang dihasilkan.
4.11.7.10 Kes - kes kecederaan untuk pengimbasan otak dan tulang servikel (polytrauma) tidak perlu dirujuk kepada Pakar
Radiologi atau
Pegawai Perubatan Radiologi. 4.11.7.11 Hari Isnin dikhaskan untuk kes yang memerlukan pembiusan am (general anaesthesia). Pesakit kanak-kanak dikhaskan pada pagi Isnin dan Jumaat. 4.11.7.12 Mesin CT Scan Jabatan Perubatan Kecemasan dikendalikan oleh Juru X-Ray jabatan ini. Perkhidmatan ini dijalankan semasa waktu bekerja dan selepas waktu bekerja setiap hari termasuk hari cuti.
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
15
POLISI PPUKM
Polisi
memberi
perkhidmatan
CT
Scan
Jabatan
Perubatan
Kecemasan perlu dipatuhi. 4.11.8
Pengimejan Resonans Magnetik (MRI). 4.11.8.1
Temujanji bagi setiap hari diatur mengikut waktu berlainan, iaitu temujanji bermasa.
4.11.8.2
Setiap permohonan dipertimbangkan oleh Pakar Radiologi
atau
Pegawai Perubatan. 4.11.8.3
Setiap pesakit perlu mematuhi persediaan pesakit yang diperlukan untuk menjalani pemeriksaan MRI. Pesakit harus dipastikan tidak mempunyai perkara-perkara berikut: i.
Penyelaras denyutan jantung atau injap jantung palsu.
ii.
Implan koklea atau neurotransmiter.
iii.
Perangsang pertumbuhan tulang..
iv.
Klip serebral.
v.
Implan pam infusi ubat.
vi.
Implan elektrod atau bahan-bahan feromagnetik.
vii.
Anggota badan palsu dari bahan feromagnetik.
viii. Bendasing intraokular atau sejarah kecederaan mata. ix.
Mengandung.
x.
Menghidap penyakit anaemia “sickle cell” (Untuk mengelakkan suntikan media kontras).
xi.
Menghidap alahan dengan ubat/makanan laut/media kontras dan lain-lain.
xii. 4.11.8.4
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
Mengidap penyakit asma.
Hari Isnin dikhaskan untuk kes yang memerlukan pembiusan am.
16
POLISI PPUKM
4.11.9
4.11.8.5
Pesakit Kanak-kanak dikhaskan pada pagi Isnin dan Jumaat.
4.11.8.6
Polisi – polisi yang berkuatkuasa di Unit MRI perlu dipatuhi: i.
Polisi Tugas Juru X-Ray MRI (Lampiran 4).
ii.
Polisi Keselamatan Unit MRI (Lampiran 5).
iii.
Polisi Pengurusan Pesakit Sedasi MRI (Lampiran 6).
Radiologi Intervensi (Angiografi). 4.11.9.1
Setiap
pemeriksaan
dan
prosedur
radiologi
intervensi
perlu
mendapatkan temujanji. 4.11.9.2
Pemeriksaan dijalankan setiap hari bekerja, selepas waktu bekerja dan hari cuti.
4.11.9.3
Setiap permohonan perlu dirunding dan dipertimbangkan oleh Pakar Radiologi Intervensi.
4.11.9.4
Pesakit hendaklah dimasukkan ke dalam wad PPUKM sehari sebelum tarikh pemeriksaan. Sila maklumkan Unit Intervensi talian 0391456528 dengan segera mengenai kedatangan pesakit.
4.11.9.5
Borang Keizinan Pembedahan PPUKM/RP 134/98 perlu diisi sebelum pemeriksaan dijalankan.
4.11.9.6
Pastikan ujian darah berikut dilakukan sebelum pesakit menjalani pemeriksaan angiografi. Sila sertakan keputusan ujian bersama-sama fail rekod pesakit. Jika ada keabnormalan pada keputusan ujian, sila maklumkan kepada Pegawai Perubatan yang bertugas di Unit Intervensi.
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
i.
Full Blood Count (FBC).
ii.
Renal Profile (RP).
iii.
PT, APTT, INR.
17
POLISI PPUKM
4.11.9.7
Sekiranya status HIV atau Hepatitis pesakit diketahui, sila maklumkan kepada Unit Intervensi mengikut prosedur yang sewajarnya.
4.11.9.8
Kawasan pubik / groin / aksilari (bagi yang berkenaan) pastikan dicukur dengan rapi.
4.11.9.9
Pesakit perlu berpuasa 6 jam sebelum pemeriksaan.
4.11.9.10 Pesakit hendaklah dipakaikan dengan pakaian dewan bedah, dihantar dengan troli dan diiringi oleh Pegawai Perubatan/Jururawat bertugas. Sila bawa bersama fail rekod pesakit dan filem-filem terdahulu (merujuk kepada filem hasil pemeriksaan daripada hospital lain). 4.11.9.11 Ubat (premedikasi) berikut, untuk diberikan kepada pesakit sebelum pemeriksaan dijalankan:i.
Inj. Phenergan 50 mg/2ml – 1 ampul.
ii.
Inj. Pethidine 50 mg/ml – 1 ampul.
iii.
Inj. Dormicum 5mg/ml – 1 ampul.
4.11.10 Pemeriksaan Mamografi, Ultrasound Mamografi dan Intervensi Mamografi. 4.11.10.1 Setiap pemeriksaan memerlukan temujanji dan diatur mengikut waktu berlainan. 4.11.10.2 Setiap permohonan dipertimbangkan oleh Pakar/Pegawai Perubatan Radiologi. 4.11.10.3 Pastikan pesakit tidak memakai bedak talkum, deodoran atau minyak wangi di kawasan dada dan ketiak pada hari pemeriksaan. 4.11.10.4 Pemeriksaan dijalankan oleh Juru X-Ray perempuan sahaja. 4.11.10.5 Daftar borang pemeriksaan di kaunter utama Jabatan Radiologi. 4.11.10.6 Prosedur pengimejan dilakukan mengikut nombor pendaftaran dan bukan mengikut masa temujanji yang diberikan. Masa temujanji yang telah ditetapkan adalah sebagai panduan sahaja supaya pesakit tidak datang secara serentak dan menunggu terlalu lama.
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
18
POLISI PPUKM
4.11.10.7 Selesai prosedur pengimejan, pesakit perlu menunggu di luar bilik pemeriksaan. Doktor Pakar dan Pegawai Perubatan akan membuat perbincangan dan penilaian terhadap imej yang telah dihasilkan. 4.11.10.8 Perbincangan ini akan mengambil sedikit masa untuk menentukan sama ada pesakit perlu menjalani prosedur tambahan atau imbasan ultrasound. Oleh itu pesakit diharapkan untuk sabar menunggu. 4.11.10.9 Pesakit akan dibenarkan pulang apabila Doktor Pakar telah berpuashati terhadap imej yang dihasilkan. 4.11.10.10 Sekiranya Doktor Pakar mendapati pesakit memerlukan pemeriksaan lanjutan, pesakit akan dinasihatkan untuk menjalani prosedur pemeriksaan biopsi. 4.11.10.11 Tarikh temujanji prosedur pemeriksaan biopsi akan diberikan kepada pesakit. 4.11.11 Radiografi di Dewan Bedah 4.11.11.1 Perkhidmatan diberikan setiap hari, sekurang-kurang 2 Juru X-Ray ditempatkan di Dewan Bedah pada waktu pejabat. 4.11.11.2 Perkhidmatan yang diberikan adalah Radiografi Mudah Gerak dan Fluroskopi menggunakan mesin Fluroskopi mudah gerak. 4.11.11.3 Semua kes perlu didaftarkan ke dalam buku pendaftaran. 4.11.12 Perkhidmatan
PACS (Picture Archieving and Communication System) dan
Rekontruksi 3D. 4.11.12.1 Memberikan perkhidmatan seperti berikut: i.
Penyediaan salinan CD/DVD/filem dan USB pemeriksaan radiologi.
ii.
Muat naik imej digital dari filem/CD dan USB.
iii.
Pencarian imej radiologi yang tidak dapat dilihat melalui sistem Medweb.
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
19
POLISI PPUKM
iv.
Menyelesaikan masalah Sistem Medweb.
v.
Membuat penyelenggaraan, pemantauan, backup dan pelarasan server imej, router dan yang berkaitan dengan PACS.
vi.
Permohonan rekonstruksi imej radiologi seperti MPR, MIP, 3D bone, 3D vessel, surface rendering, image fusion dll.
4.11.12.2 Waktu perkhidmatan. Isnin – Khamis: 0800 – 1700 (waktu rehat 1300 – 1400). Jumaat: 0800 – 1700 (waktu rehat 1215 – 1445). 4.11.12.3 Permohonan CD dan filem selepas waktu pejabat dan hari cuti hanya diterima dari Jabatan Perubatan Kecemasan. Permohonan dari wadwad lain diterima bagi kes-kes yang memerlukan rujukan segera ke hospital luar sahaja. 4.11.12.4 Setiap permohonan perlu menggunakan borang yang disediakan, iaitu: i.
Borang Permohonan Perkhidmatan PACS (HUKM/JKIK/JPRAD/PACS/01(1/14)
ii.
Borang Permohonan Perkhidmatan 3D Lab (HUKM/JKIK/JPRAD/PACS/02(1/14)
iii.
Borang Pindaan Maklumat Pesakit PACS (HUKM/JKIK/JPRAD/PACS/03(1/14)
4.11.12.5 Hanya borang yang permohonan yang lengkap sahaja akan diproses. 4.11.12.6 Hanya Pakar/Pegawai Perubatan/Pergigian yang bertugas di PPUKM boleh membuat permohonan. 4.11.12.7 Kadar Bayaran: i.
Caj akan dikenakan iaitu RM40 untuk sekeping filem dan RM30 untuk sekeping cakera padat (Tertakluk kepada caj semasa yang ditetapkan oleh Jabatan Kewangan, PPUKM).
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
20
POLISI PPUKM
ii.
Dikenakan kepada semua pesakit termasuk pesakit berstatus kakitangan kerajaan, pesara dan warga tua. Ini adalah kerana ianya merupakan caj tambahan. (Perkara ini adalah bergantung kepada polisi kutipan hasil, Jabatan Kewangan).
iii.
Caj salinan CD/DVD/filem akan dikenakan kepada semua pesakit yang dipindahkan ke hospital lain walaupun dengan arahan doktor mengikut kadar yang ditetapkan (Rujuk Surat: PPUKM3.10.4/96/3).
iv.
Caj tidak dikenakan untuk tujuan penyelidikan dan peperiksaan di PPUKM atau untuk apa-apa tujuan yang diluluskan oleh ketua jabatan.
4.11.12.8 Pegawai perubatan perlu membawa filem untuk diimbas dan dimuat naik bagi filem yang melebihi dari 10 keping. Bagi proses muat naik melalui CD dan USB di dalam sistem PACS, CD/DVD/USB dan borang yang lengkap hanya perlu dihantar ke Unit PACS oleh kakitangan lain. 4.11.12.9 Filem/CD/DVD/USB yang tidak dituntut melebihi 2 minggu akan dilupuskan. Unit PACS tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan dan sebarang kos yang terlibat. 4.12
Caj pemeriksaan radiologi. 4.12.1
Bayaran untuk perkhidmatan pemeriksaan radiologi dan kutipan lain seperti salinan filem/CD/DVD dikutip oleh Pembantu Akauntan dari Jabatan Kewangan di Kaunter Utama jabatan. Setiap bayaran akan diberikan resit oleh Jabatan Kewangan
4.13
Organisasi. 4.13.1
Pentadbiran dan pengurusan jabatan. 4.13.1.1
Jabatan ini diketuai oleh seorang ketua jabatan, iaitu Pakar Radiologi Perunding dan dibantu oleh Pakar-Pakar Radiologi.
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
21
POLISI PPUKM
4.13.1.2
Pengurus bertanggungjawab ke atas pengurusan perkhidmatan jabatan dan kakitangan am.
4.13.2
Kakitangan. 4.13.2.1
Pakar Radiologi.
4.13.2.2
Pakar Fizik Perubatan.
4.13.2.3
Pegawai Perubatan.
4.13.2.4
Pegawai Sains.
4.13.2.5
Pegawai Penyelidik.
4.13.2.6
Juru X-Ray.
4.13.2.7
Juruteknologi Makmal Perubatan.
4.13.2.8
Jururawat Terlatih.
4.13.2.9
Penolong Pegawai Perubatan.
4.13.2.10 Penolong Pegawai Tadbir 4.13.2.11 Jururawat Masyarakat. 4.13.2.12 Pembantu Tadbir. 4.13.2.13 Pembantu Perawatan Kesihatan. 4.13.2.14 Pembantu Operasi. 4.13.3
Peraturan dan etika. Semua kakitangan perlu mematuhi peraturan dan etika kerja jabatan seperti di bawah: 4.13.3.1
Etika berpakaian untuk kakitangan am lelaki (Lampiran 7).
4.13.3.2
Etika berpakaian untuk kakitangan am perempuan (Lampiran 8).
4.13.3.3
Etika dan peraturan menjalankan pemeriksaan radiologi (Lampiran 9).
4.13.3.4
Peraturan kerja syif dan lebih masa (Lampiran 10).
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
22
POLISI PPUKM
4.13.4
4.13.3.5
Peraturan perkhidmatan kakitangan (Lampiran 11).
4.13.3.6
Peraturan mengambil pelepasan petang (Lampiran 12).
Polisi cuti jabatan. 4.13.4.1
4.13.5
Peraturan mengambil cuti di jabatan perlu dipatuhi (Lampiran 13).
Ketidakpatuhan perkhidmatan, nasihat dan kaunseling. 4.13.5.1
Ketua Jabatan dan pengurusan akan berusaha memberi nasihat atau tindakan yang sesuai kepada kakitangan jika berlaku ketidakpatuhan perkhidmatan. Jika kesalahan yang serius, surat teguran akan diberikan.
4.13.5.2
Kakitangan yang didapati perlu untuk diberi kaunseling, Ketua Jabatan boleh merujuk kepada Pegawai Psikologi, Jabatan Sumber Manusia.
4.13.5.3
Kakitangan yang
didapati
tidak
mematuhi
apa-apa
peraturan
perkhidmatan atau ada masalah disiplin akan diberi nasihat dan/atau kaunseling. Surat penjelasan/tunjuk sebab juga akan diminta bagi kes tertentu. Jika masih tidak menunjukkan perubahan, surat amaran akan diberikan. Tindakan selanjutnya akan dirujuk ke Jabatan Sumber Manusia dan Unit Perundangan, umpamanya untuk tindakan disiplin. Semua
tindakan
akan
yang
diambil
adalah
selaras
dengan
peruntukan-peruntukan seperti di dalam Peraturan 3 Akta Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000. 4.14
Imej / Borang / Dokumentasi. 4.14.1
Imej Digital dan filem. 4.14.1.1
Setiap imej yang diambil secara digital dihantar ke server dan imej ini boleh dilihat secara atas talian di klinik atau wad melalui Medweb. Filem boleh dipohon jika diperlukan.
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
23
POLISI PPUKM
4.14.1.2
Laporan boleh dilihat melalui IRIS (Integrated Radiology Information System) atau CIMS (Clinical Information Management System).
4.14.1.3
Sebarang permasalahan berkenaan mendapatkan imej diMedweb boleh menghubungi pasukan PACS jabatan disambungan 6382.
4.14.1.4
Jika terdapat masalah tentang server atau sistem, sila hubungi Pusat Teknologi Maklumat untuk bantuan.
4.14.2
Sampul filem. 4.14.2.1
Bagi pesakit yang memerlukan filem, dibekalkan sampul filem untuk menyimpan kesemua filem-filem pemeriksaan radiologi.
4.14.3
Borang Permohonan Pemeriksaan. 4.14.3.1
Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi (RP 01/97). Digunakan untuk pemeriksaan radiografi, IVU, Fluroskopi, Ultrasound, CT Scan, MRI dan Angiografi.
4.14.3.2 4.14.4
Borang Permohonan Pemeriksaan Payudara (RP 02/97).
Borang Penetapan Tarikh Pemeriksaan, Persediaan Pesakit dan Senarai Semak. Pemeriksaan berikut memerlukan dilampirkan borang ini: 4.14.4.1
Pemeriksaan Mamografi: UKM/JKIK/JRAD/MA/01/(3/05).
4.14.4.2
Pemeriksaan Barium Meal: HUKM/JKIK/JRAD/FL/01/(3/05).
4.14.4.3
Pemeriksaan Hysterosalpingography: HUKM/JKIK/JRAD/FL/02/(3/05).
4.14.4.4
Pemeriksaan Barium Pediatrik: HUKM/JKIK/JRAD/FL/03/(3/05).
4.14.4.5
Pemeriksaan MCU & Genitogram: HUKM/JKIK/JRAD/FL/04/(3/05).
4.14.4.6
Pemeriksaan Barium Enema: HUKM/JKIK/JRAD/FL/05/(3/05).
4.14.4.7
Pemeriksaan IVU: HUKM/RP 197/2005(A).
4.14.4.8
Pemeriksaan Angiografi: HUKM/RP 197/2005(B).
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
24
POLISI PPUKM
4.14.4.9
Pemeriksaan Ultrasound Guided Biopsy/Drainage: HUKM/RP 197/2005(C).
4.14.4.10 Pemeriksaan CT Scan: HUKM/RP 197/2005(D). 4.14.4.11 Pemeriksaan CT Scan: (Pediatrik) HUKM/RP 197/2005(E). 4.14.4.12 Pemeriksaan MRI : HUKM/RP 197/2005(F). 4.14.4.13 Pemeriksaan MRI (Pediatrik) : HUKM/RP 197/2005(G). 4.14.5
Perolehan borang-borang. 4.14.5.1
Borang Permohonan Pemeriksaaan Radiologi, Borang Penetapan Tarikh Pemeriksaan, Persediaan Pesakit dan Senarai Semak boleh diperolehi dari Jabatan Maklumat Kesihatan.
4.15
Manual Kerja (Standard Operating Procedure) 4.15.1
Prosedur Memberi Perkhidmatan Radiologi boleh disemak pada Prosedur Utama & Garis Panduan iaitu dokumen kawalan ISO 9001: 2008 HUKM.
4.15.2
Manual Kerja untuk semua prosedur pemeriksaan radiologi boleh disemak pada dokumen Manual Kerja Jabatan Perkhidmatan Radiologi iaitu dokumen ISO 9001: 2008.
4.16
Perlesenan, Penyelenggaraan, Jaminan Mutu dan Kalibrasi 4.16.1
HCTM PPUKM mendapat lesen Kelas C dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk penyimpanan dan penggunaan radas penyinaran dan bahan radioakif.
4.16.2
Akta 304 iaitu Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dan Peraturan-Peraturan Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas 2010 akan sentiasa dipatuhi.
4.16.3
Ketua jabatan adalah pemegang lesen bagi radas penyinaran di PPUKM.
4.16.4
Penyelia radas penyinaran ialah salah seorang Pakar Radiologi di Jabatan.
4.16.5
Pegawai Sains dilantik sebagai Pegawai Perlindungan Sinaran dan Pegawai Insiden.
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
25
POLISI PPUKM
4.16.6
Jawatan Kuasa Penyelenggaraan dan Kalibrasi jabatan ini tanggungjawab ke atas semua perkara berkaitan dengan penyelenggaraan, jaminan mutu dan kalibrasi mesin-mesin.
4.16.7
Semua mesin yang akan tamat tempoh jaminan, akan dimaklumkan kepada Jabatan Pengurusan Bangunan untuk tindakan selanjutnya seperti mengadakan kontrak penyelenggaraan.
4.16.8
Setiap kerosakan mesin akan dimaklumkan kepada Jabatan Pengurusan Bangunan. Setiap kerosakan perlu ada nombor aduan.
4.16.9
Pihak pembekal mesin akan dihubungi untuk kerja-kerja pembaikan jika perlu.
4.16.10 Setiap kerja-kerja yang dilakukan mesti ditandatangani pada helaian kerja (job sheet) pembekal. 4.16.11 Semua mesin perubatan dipastikan mempunyai Rencana Penyelenggaraan Pencegahan (Planned Preventive Maintenance) dan Program
Jaminan Mutu
(Quality Assurance Programme) mengikut peratuan-peraturan yang telah ditetapkan. 4.16.12 Penjaminan Mutu (QA) bagi mesin-mesin x-ray diserahkan kepada kontraktor yang berkelayakan (jika perlu). Ini adalah untuk keperluan pelesenan. 4.17
Keselamatan dan kesihatan untuk kakitangan, pesakit dan pelawat. 4.17.1
Jabatan ini tertakluk kepada Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sila rujuk kepada dasar ini (Lampiran 14).
4.17.2
Sila rujuk Peraturan Am dan Amalan Kerja Yang Selamat Jabatan Perkhidmatan Radiologi (Lampiran 15).
4.18
Keselamatan di jabatan. 4.18.1
Semua pintu bilik pemeriksaan hendaklah dikunci selepas waktu bekerja kecuali bilik yang digunakan untuk tugas syif.
4.18.2
Bilik pemeriksaan yang digunakan selepas waktu bekerja seperti bilik PACS, CT Scan dan Angiografi, pintu bilik hendaklah dikunci selepas selesai pemeriksaan.
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
26
POLISI PPUKM
4.18.3
Semua mesin, lampu dan komputer perlu ditutup selepas waktu bekerja, jika tidak diperlukan.
4.19
Insiden. 4.19.1
Setiap kejadian yang melibatkan perkhidmatan seperti kemalangan ke atas pesakit perlu dibuat catatan/laporan ke dalam buku insiden dan dilaporkan kepada pegawai insiden jabatan dan ketua jabatan.
4.19.2
Kehilangan peralatan atau mesin hendaklah dicatatkan dalam buku insiden dan dilaporkan kepada Pegawai Insiden jabatan dan Pegawai Aset. Jika perlu, aduan kepada pihak keselamatan PPUKM dan polis perlu dibuat.
4.20
4.21
Kebersihan dan kekemasan. 4.20.1
Suasana jabatan perlu sentiasa bersih, kemas dan teratur.
4.20.2
Tiap bilik pemeriksaan perlu dibersihkan dan dalam keadaan kemas dan teratur.
4.20.3
Mesin perlu dicuci dari kekotoran dan dipastikan sentiasa dalam keadaan bersih.
4.20.4
Peralatan dan aksesori perlu bersih dari kekotoran dan disusun dengan kemas.
4.20.5
Amalan 5 S hendaklah sentiasa diamalkan.
Kerosakan mesin dan peralatan. 4.21.1
Mesin dan peralatan yang mengalami kerosakan perlu dimaklumkan kepada pegawai yang bertanggungjawab ke atas kerosakan di jabatan.
4.21.2
Pegawai berkenaan akan membuat aduan ke Jabatan Pengurusan Bangunan dan mendapatkan nombor aduan.
4.21.3
Pembekal akan dihubungi untuk membaiki mesin atau peralatan tersebut (jika perlu).
4.22
Kebakaran.
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
27
POLISI PPUKM
4.22.1
Langkah kecemasan semasa kebakaran untuk kakitangan, pelawat dan pesakit akan diuruskan oleh pegawai insiden dan AJK Insiden, Kebakaran dan Kecemasan jabatan.
4.22.2
Jika berlaku kebakaran, Plan Pengosongan Bangunan Jabatan Perkhidmatan Radiologi perlu dipatuhi.
4.22.3
Sila rujuk Langkah-langkah Keselamatan Semasa
Kebakaran Jabatan
Perkhidmatan Radiologi (Lampiran 16). 4.23
Elektrikal. 4.23.1
Setiap mesin yang menggunakan tenaga elektrik perlu memenuhi setiap aspek keselamatan elektrikal.
4.23.2
Kakitangan dilarang membaiki sendiri peralatan elektrikal. Semua kerosakan perlu dilapor kepada pegawai yang dipertanggungjawabkan, yang seterusnya merujuk kepada Jabatan Pengurusan Bangunan untuk tindakan seterusnya.
4.23.3
Sila rujuk Peraturan Am dan Amalan Kerja Yang Selamat Jabatan Perkhidmatan Radiologi (Lampiran 17).
4.24
Kecederaan tajam / pendedahan mukosa. 4.24.1
Apabila terjadi kes/aduan kecederaan tajam / tusukan jarum / pendedahan mukosa, kakitangan perlu mematuhi langkah awal kawalan.
4.24.2
Pertolongan cemas: 4.24.2.1
Kecederaan tajam: memicit kawasan tersebut dan cuci dengan air bersih dengan segera.
4.24.2.2
Pendedahan mukosa: basuh segera dengan air.
4.24.3
Lapor segera kepada Penyelia.
4.24.4
Kakitangan terlibat perlu pergi ke Unit Kawalan Infeksi (Tel. 5077/5078) semasa waktu pejabat atau ke Jabatan Perubatan Kecemasan selepas waktu pejabat / hari cuti, untuk tindakan selanjutnya.
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
28
POLISI PPUKM
4.25
Kes-kes wabak / penyakit berjangkit / penyakit merbahaya. 4.25.1
Bagi pesakit kategori ini, perlu dicatatkan / dicop perkataan Biohazard pada Borang
Permohonan Pemeriksaan Radiologi atau Payudara, dan/atau
kakitangan jabatan ini perlu dimaklumkan secara lisan. 4.25.2
Setiap kakitangan perlu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bila berhadapan dengan keadaan ini.
4.26
Perlindungan sinaran. 4.26.1
Peraturan-Peraturan Perlindungan Sinaran (Standard Keselamatan Asas) 2010 yang dikeluarkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom perlu dipatuhi.
4.26.2
Setiap kakitangan yang dikategorikan sebagai pengendali dan bukan pengendali akan didaftarkan sebagai pekerja sinaran kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
4.26.3
Setiap kakitangan yang didaftarkan sebagai pekerja sinaran akan dibekalkan dosimetri personel bagi memantau dos dedahan secara bulanan.
4.26.4
Setiap pekerja sinaran dimestikan memakai alat perlindungan sinaran ketika prosedur fluroskopi dan angiografi sedang berjalan.
4.26.5
Setiap pekerja sinaran (pengendali) dikehendaki menutup pintu bilik pemeriksaan ketika membuat dedahan.
4.26.6
Setiap pekerja sinaran (pengendali) dimestikan mengambil langkah-langkah memberi perlindungan sinaran kepada pesakit , pelawat dan kakitangan semasa menjalankan pemeriksaan radiologi.
4.26.7
Setiap pekerja sinaran (pengendali) mesti mempraktiskan prinsip ALARA ( As Low
As Reasonably Achievable)
iaitu mengurangkan dos radiasi ketahap
terendah yang mungkin bagi meminimumkan dos radiasi yang diterima oleh pesakit, pelawat dan kakitangan. 4.26.8
Setiap pekerja sinaran mesti memastikan lampu amaran radiasi mengion berfungsi bila dedahan x-ray dilakukan.
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
29
POLISI PPUKM
4.26.9
Setiap kakitangan dimestikan melaporkan kepada ketua jabatan dan pegawai insiden sekiranya insiden berlaku.
4.26.10 Jika insiden berlaku, dosimetri personel akan dihantar segera ke pembekal bagi proses penganalisaan. 4.26.11 Dos yang melebihi 20 mSv (pengendali) atau pekerja sinaran (mengandung) melebihi 5 mSv (500mrem) hendaklah dirujuk kepada Pakar Radiologi dan Pakar Perbidanan untuk tindakan selanjutnya. 4.26.12 Kakitangan yang mengandung atau berkemungkinan akan mengandung perlu memaklumkan kepada Juru X-Ray Kanan atau Jururawat Kanan yang membuat jadual tugas. 4.26.13 Sila rujuk dokumen Akta Pelesenan Tenaga Atom 2010 (Lampiran 18). 4.26.14 Sila rujuk Polisi Penggunaan Dosimeter Personal (Lampiran 19). 4.27
Latihan Intensif. 4.27.1
Latihan Intensif untuk semua modaliti pengimejan yang terdapat di PPUKM akan diberikan kepada Juru X-Ray.
4.27.2
Juru X-Ray diberi pilihan untuk menumpukan kepakaran / pengkhususan kepada 2 modaliti pemeriksaan khas. Walau bagaimanapun, pihak Pengurusan jabatan berhak menentukan latihan atau menempatkan di modaliti yang perlu.
4.27.3
Penolong Pegawai Perubatan akan dihantar menjalani latihan dalam bidang pengkhususan seperti anaestesia dan lain-lain yang bersesuaian.
4.27.4
Unit Pengurusan Latihan jabatan akan menguruskan hal ehwal latihan untuk kakitangan.
4.28
Melanjutkan pelajaran. 4.28.1
Kakitangan adalah digalakkan melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi seperti Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.
4.28.2
Kakitangan perlu mematuhi polisi dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh jabatan. Rujuk Polisi Melanjutkan Pelajaran (Lampiran 20).
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
30
POLISI PPUKM
4.29
Program Kualiti. 4.29.1
Pensijilan / akredasi. 4.29.1.1
Jabatan ini sentiasa komited dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada setiap program kualiti yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan PPUKM. Pensijilan program kualiti yang telah dan sedang dilaksanakan adalah:
4.29.2
i.
ISO 9001: 2008
ii.
MSQH.
iii.
Amalan 5S.
Kumpulan Inovasi dan Kreativiti. Penglibatan
kakitangan
adalah
digalakkan
bagi
menjayakan
program
meningkatkan mutu kerja dan menyertai Kumpulan Inovatif dan Kreatif diperingkat jabatan atau PPUKM. Kumpulan-kumpulan ini digalakkan menyertai pertandingan KIK peringkat UKM, IPTA, kebangsaan dan anrtarabangsa.
Disahkan oleh:
PROFESOR DR HAMZAINI ABUL HAMID Ketua Jabatan Radiologi PPUKM
Semakan : 21 Mei 2015 Tarikh Kuatkuasa : 14 Ogos 2008
31