Julai - September 2013 Warta suku tahun yang menghubungkan penerbitan sumber dalam BM dengan gereja-gereja berbahasa Malaysia di Malaysia
Bangkit dan Bersinar! “Itulah sebabnya dikatakan: ‘Bangunlah, hai kamu yang tidur dan bangkitlah dari antara orang mati dan Kristus akan bercahaya atas kamu.’”(Efesus 5:14) Tidur? Apakah maksud seorang Kristian itu sedang tidur? Orang yang sedang tidur tidak menyedari apa yang berlaku di sekelilingnya. Dia tidak mendengar atau melihat. Dia tidak berjalan atau bergerak. Dia tidak bercakap. Dia seperti orang mati. “Tidur sebentar lagi, mengantuk sebentar lagi, melipat tangan sebentar lagi untuk tinggal berbaring -- maka datanglah kemiskinan kepadamu seperti seorang penyerbu, dan kekurangan seperti orang yang bersenjata.” (Amsal 6:10,11)
Bangkitlah, menjadi teranglah, sebab terangmu datang, dan kemuliaan TUHAN terbit atasmu. Sebab sesungguhnya, kegelapan menutupi bumi, dan kekelaman menutupi bangsa-bangsa; tetapi terang TUHAN terbit atasmu, dan kemuliaanNya menjadi nyata atasmu. Bangsa-bangsa berduyun-duyun datang kepada terangmu, dan raja-raja kepada cahaya yang terbit bagimu. (Yesaya 60:1-3. TB-LAI)
Satu Panggilan untuk Bangkit dan Bersinar Seminar Bangkit & Bersinar (SBB) merupakan aktiviti utama Wawasan Penabur pada suku tahun yang lepas. Kami bermula dengan SBB@Kota Kinabalu pada 7 September (dengan 250 peserta), diikuti dengan SBB@Petaling Jaya pada 28 September (460 peserta). Anjuran bersama dengan Pastors Fellowship Kota Kinabalu (PFKK), Gerempong Kristen Jaku Iban (G-KRIS, Persekutuan Kristian Berbahasa Iban), Scripture Union Semenanjung Malaysia (SUPM) dan Teachers Christian Fellowship (TCF, Persekutuan Guru-guru Kristian), SBB bertujuan untuk mencabar gereja BM di Malaysia untuk bangkit dan bersinar di tengah-tengah arus cabaran yang kita hadapi. “Bangkit dan bersinar” sebenarnya adalah satu panggilan untuk bangun bagi tentera, di mana setiap pagi mereka dimestikan untuk bangkit kemudian mengelap kasut mereka sehingga bersinar.
Kekayaan rohani dan kekayaan dalam Kristus akan dirompak dari kita ketika kita terus tertidur. Hak untuk mengamalkan iman kita kini sedang dicabar. Anak-anak kita telah diambil dan diubah. Namun, masih ramai di antara kita yang masih tidur. Hai Gereja Tuhan, bangkitlah dari tidur! Mulalah berjalan mengikut kehendak-Nya. Dan semoga kita tidak tidur diam lagi, lebih-lebih lagi di saat ketika Gereja Tuhan sedang menghadapi pelbagai cabaran.
Berita Rakan Penabur
ialah penerbitan elektronik yang mengandungi berita dan maklumat tentang pelayanan serta bahan sumber Kristian BM yang baru.
Segala maklum-balas sila hubungi: Wawasan Penabur Sdn. Bhd P.O.Box: 8327, Kelana Jaya Post Office 46787 Petaling Jaya, SELANGOR Tel/Fax: 03-5888 4987 Email:
[email protected] Website: www.wawasanpenabur.org
Keperluan untuk Bangkit dan Bersinar Melihat kepada situasi semasa, adalah jelas bahawa sang musuh sedang berusaha keras (musuh kita bukan bentuk daging dan darah - Efesus 6:12) untuk cuba menguasai negara ini melalui penguasa-penguasa, dan untuk menolak setiap prinsip takut akan Tuhan di negara ini. Jika Gereja di Malaysia tidak bangkit dan menjadi sesuai dengan panggilan Allah terhadap kita, negara ini akan menjunam ke dalam kegelapan. Kedua-dua SBB di KK dan PJ bersetuju untuk satu perkara: kita perlu memberi perhatian yang serius kepada generasi pelapis kita, kerana mereka adalah pemimpin masa hadapan gereja. Kita mungkin tidak sedar bahawa dari peringkat pra-sekolah hingga ke pengajian tinggi, anak-anak kita sudah pun menjadi sasaran suatu usaha pengislaman yang sangat sistematik. Kanak-kanak dan belia Kristian berbahasa Malaysialah yang berisiko tinggi. Walaupun Gereja tidak boleh menghentikan pencerobohan ini, ia boleh merancang langkah-langkah tindak balas secara strategik.
Tadika Kristian di Pedalaman Majoriti orang-orang Kristian pribumi Sabah, Sarawak dan Orang Asli berada di kawasan luar bandar. Kita tidak perlu mengulangi apa yang telah dilakukan oleh gereja tempatan apabila kita ingin menangani masalah tadika di luar bandar. Sudah ada beberapa gereja dan organisasi yang menjalankan pelayanan tadika Kristian di kawasan pedalaman, dan kita boleh bekerjasama dengan mereka serta menyalurkan bantuan kita kepada mereka. Kalau dahulu kita mengeluh tentang kanak-kanak di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai pilihan kecuali ke Taska dan Tadika KEMAS, kini kita sudah mempunyai alternatif. Di dalam Kerajaan Allah, tembok denominasi harus diruntuhkan. SBB telah menyediakan platform yang baik untuk gereja-gereja dan organisasi Kristian dari lintas denominasi untuk bekerja bagi satu tujuan yang baik, iaitu penubuhan tadika-tadika Kristian di pedalaman. Di Malaysia, pendidikan tadika adalah satu program tak formal yang fleksibel untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 5 tahun. Tempoh persekolahan adalah di antara satu hingga dua tahun, bergantung kepada keperluan ibu bapa. Di kawasan pedalaman di mana orang ramai umumnya lebih miskin, kelas-kelas tadika yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti KEMAS telah memberi akses peluang pendidikan tadika secara percuma atau dengan bayaran minimum kepada kanak-kanak daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Walaupun tidak ada yang jahat tentang tadika-tadika KEMAS ini, masalahnya terletak pada "rancangan besar" kurikulum pendidikan negara kita, di mana kanak-kanak (termasuk kanak-kanak bukan Islam) dengan sengaja didedahkan kepada dengan doktrin, akidah, ibadah dan muamalah Islam bermula dari usia yang sangat muda. Lebih daripada 90% guru-guru KEMAS (dikenali sebagai Pemaju Masyarakat atau penggerak komuniti) adalah Muslim. Mereka mempunyai kawalan penuh dalam memperkenalkan ajaran serta nilai-nilai Islam dalam pendidikan rohani kanak-kanak ini. Jadual 1: Taska & Tadika KEMAS, 2012
Sabah Sarawak
Taska
Tadika
630 695
26,281 21,399
Jumlah Kelas 1,061 1,166
Jumlah Pemaju Masyarakat 1,089 1,098
Jadual 2: Jumlah Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan, 2012
Sabah Labuan Sarawak
Pra-Sekolah Bandar Luar Bandar 55 788 14 111 966
Sekolah Rendah Bandar Luar Bandar 112 958 17 176 1088
Sekolah Menengah Bandar Luar Bandar 62 152 9 65 119
Sumber: Perangkaan Pendidikan Malaysia 2012
Kajian menunjukkan bahawa dalam seminggu, seorang kanakkanak Kristian menghabiskan 60% daripada masanya di rumah, 38% di sekolah, dan hanya 2% di Sekolah Minggu. Apa yang mereka belajar dari sekolah (atau tadika) akan membentuk sistem kepercayaan dan nilai hidup walaupun ia bertentangan dengan pegangan iman mereka! Goebbels, pengurus perhubungan awam Hitler pernah berkata, “Jika anda terus menerus mengulangi satu pembohongan, ia akan menjadi satu kebenaran.”
Asrama Kristian di Pedalaman Pencerobohan iman lebih membimbangkan di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. (Rujuk Berita Rakan Penabur Q3 2011 dan Q1&Q2 2013). Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat banyak laporan tentang bagaimana pelajar-pelajar Kristian yang diIslamkan, sama ada secara sedar atau tidak, secara rela atau dipaksa. Kebanyakan kes ini berlaku di asramaasrama sekolah! Dilaporkan bahawa warden sebuah sekolah berasrama di Papar, Sabah merampas Alkitab daripada pelajarpelajar Kristian dan melemparkannya ke dalam tong sampah sambil mengeluarkan kata-kata penghinaan terhadap Alkitab. hb
Jadual 3: Jumlah Pelajar, 30 Jun 2012
Sabah Labuan Sarawak
Pra Sekolah 23,594 645 26,683
Sekolah Rendah 271,108 7,753 259,663
Sekolah Menegah 207,754 6,307 210,686
Teknik & Vokasional 3,886 410 3,529
Jumlah 506,342 15,115 500,561
Sumber: Perangkaan Pendidikan Malaysia 2012
Dengan menggunakan Banci Penduduk 2010, dianggarkan terdapat 134,687 orang pelajar Kristian di Sabah, 4,021 orang di Labuan dan 213,239 orang di Sarawak. Mereka semua terdedah kepada pelbagai usaha giat pengislaman dan pencerobohan iman. Mendirikan asrama-asrama Kristian di kawasan pedalaman akan melindungi sebilangan besar daripada pelajar-pelajar Kristian ini. Tetapi ini akan hanya boleh berlaku jika gereja-gereja di kawasan bandar mula membiayai dan menyokong inisiatif itu.
Sumber: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) www.rurallink.gov.my
Menurut Banci Penduuk 2010, peratusan Kristian di Sabah adalah 26.6% dan 42.6% di Sarawak. Jadi, dianggarkan terdapat sekurangkurangnya 6,990 kanak-Kanak Kristian di Sabah dan 9,116 di Sarawak yang belajar di tadika KEMAS. Angka ini mungkin lebih tinggi kerana kebanyakan tadika KEMAS terletak di kampung-kampung Kristian dan rumah-rumah panjang di pedalaman.
Guru-Guru Kristian Mengajar adalah salah satu panggilan pekerjaan yang tinggi dari Allah kepada anak-anak-Nya (Yakobus 3:1). Oleh itu, seorang guru Kristian harus mengajar kebenaran dengan keyakinan dan tidak membenarkan pembohongan Iblis untuk disemai di dalam kelas-kelasnya, supaya jiwa-jiwa muda tidak disesatkan.
Walau bagaimanapun, ramai guru-guru Kristian kita menghadapi ugutan dan intimidasi. Sebagai contoh, seorang guru Kristian dari SMK Beluran, Sandakan yang berani telah dipindahkan ke kawasan pedalaman kerana dia menegur seorang ustaz yang selalu menghina Kristian dalam kelas Pendidikan Moralnya. Guru-guru Kristian juga menghadapi pelbagai tentangan apabila mereka cuba untuk memulakan persekutuan Kristian di sekolah mereka. Jadual 4: Jumlah Guru di Sekolah Kerajaan & Bantuan Kerajaan, 2012
Sabah Labuan Sarawak
PraSekolah 923 23 1,151
Sekolah Rendah 24,383 690 24,455
Sekolah Menengah 15,135 599 15,465
Satu Anak Satu Alkitab 2013 Kempen Satu Anak Satu Alkitab (SASA) 2013 telah dilancarkan dalam satu Makan Malam Kesyukuran Wawasan Penabur yang sederhana pada 25hb Julai 2013. Sejumlah 120,000 naskah Alkitab Kanak-Kanak telah dicetak dan diedar sejak SASA 2011 dan SASA 2012. Masih ramai kanak-kanak di Sabah dan Sarawak yang masih belum memiliki Alkitab Kanak-Kanak.
Jumlah 40,441 1,312 41,071
Sumber: Perangkaan Pendidikan Malaysia 2012
Daripada Banci Penduduk 2010, adalah dianggarkan bahawa terdapat 10,659 orang guru Kristian di Sabah, 349 orang di Labuan dan 17.496 orang di Sarawak. Dengan jendela peluang yang kecil untuk memulakan Persatuan Agama Kristian di sekolah (sesuai dengan Surat Pekeliling KPM yang bertarikh 18 Mac 2011), para gereja dan ibu bapa memainkan peranan penting bersama-sama dengan guru-guru dan pelajarpelajar dalam memastikan kanakkanak dan belia kita diberi peluang untuk mengalami satu perubahan hidup melalui persekutun Kristian di sekolah. Satu kajian di kalangan keluarga Kristian mendapati bahawa jika seorang ibu adalah satu-satunya yang bersungguh-sungguh dalam hubungannya dengan Tuhan, ada kemungkinan 30% anak-anaknya akan mengikuti jejak langkahnya. Sekiranya hanya bapa (sebagai ketua keluarga) sahaja yang serius tentang kehidupan rohani, ada kemungkinan 70% anak-anaknya akan juga serius dalam hubungan mereka dengan Tuhan. Tetapi jika kedua-dua ibu bapa sangat komited kepada iman mereka, maka ada kemungkinan 100% anak-anak mereka akan berjalan benar di hadapan Tuhan. Pada hari ini, terdapat satu perlumbaan untuk memenangkan jiwa-jiwa kanak-kanak dan belia pribumi Kristian. Pada hari kita mengadakan SBB@PJ, ada sebuah simposium di KL yang mengusulkan Bumiputera Sabah (dan Sarawak) yang telah memeluk Islam dijadikan sebagai bangsa "Melayu". Pada bulan Mei 2011, sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa ada satu cubaan oleh Kementerian Pelajaran untuk menghantar 80,000 guru dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak sebagai sebahagian daripada rancangan pengislaman penduduk tempatan. Ingatlah! Jika kita tidak berminat terhadap anak-anak dan belia kita, pihak sebelah SANGAT BERMINAT!
Untuk SASA 2013 (meliputi tempoh Julai 2013 – Jun 2014), sasaran kami adalah untuk mencetak dan mengedar 100,000 naskah lagi ke pedalaman Sabah & Sarawak. Dengan cogan kata “Kini Setiap Kanak-Kanak Dapat Memiliki Alkitab”, anda juga boleh menjadi sebahagian daripada Kempen ini. Salurkan sumbangan anda ke akaun: May Bank, Wawasan Penabur Sdn Bhd: 5623 6663 2813
S
Berita WP Dalam Gambar
SBB@Petaling Jaya, 28 September 2013
Makan Malam Kesyukuran Wawasan Penabur 25hb Julai & 1hb Ogos 2013
Persekutuan dengan SIB Sabah, 6hb Sept 2013
Berkongsikan SASA 2013 di gereja-gereja
SBB@Kota Kinabalu, 7hb September 2013
Pelancaran buku oleh Bishop Datuk Ng Moon Hing Persembahan kebudayaan Suku Penan
Berdoa syafaat untuk gereja-gereja BM
Pelancaran buku oleh Bishop Datuk Dr Thomas Tsen, Presiden Majlis Gereja-Gereja Malaysia dan Majlis Gereja-Gereja Sabah
Bengkel Penulisan bersama Dr Miriam Adeney @New Creation Family Centre, Miri 18-21 November 2013
Badan Penasihat
Rev Wong Fong Yang Rev Danil Raut Lim Heng Seng Rev Datuk Jerry Dusing
Badan Pengurus (Penabur)
Pelancaran Kempen “Satu Anak Satu Alkitab untuk Sarawak” @Gereja BEM Pelita, Miri 17 November 2013, 7.30 malam
Staf baru WP Steffisley Mosingki Steffisley bergabung dengan di bulan Ogos sebagai seorang Penyunting. Dia adalah seorang Rungus dari Pitas Sabah, dan baru selesai Sarjana Muda Teologi dari Malaysia Bible Seminary.
Chow Chee Yan Roshan Thiran Alfred R. Tais Randy Singkee
Staf Wawasan Penabur Randy Singkee Jouslly Buaya Steffisley Mosingki
Bagaimana Kita Boleh Bekerjasama? Ada banyak cara kita boleh bekerjasama dalam pelayanan menabur, menanam dan menyebar bahan sumber yang terbaik kepada gereja-gereja BM. Membangun kesedaran dan menggalang dana. Saya percaya pelayanan ini berpotensi jangka panjang. Saya ingin berperanan aktif untuk memberitakan inisiatif ini supaya orang lain juga akan beriltizam menguatkan gereja BM melalui tenaga, dana dan doa. Mensponsor “Kempen Satu Anak Satu Alkitab 2013” untuk Orang Asli, Sabah dan Sarawak. Saya percaya dengan pemberian saya, umat Kristian berbahasa Malaysia di Negara ini akan dapat diberkati.
Terlibat dalam projek penulisan dan penterjemahan. Saya ingin menyumbang dalam pengembangan sumber BM dengan para penulis, penterjemah dan penerbit yang lain. Doa Syafaat. “Jikalau bukan TUHAN yang membangun rumah, sia-sialah usaha kita yang membangunnya”. Saya mahu serahkan diri kepada Tuhan untuk berdoa bagi gereja-gereja BM dan pelayanan Wawasan Penabur.
Saya / Organisasi/Syarikat saya mahu menyumbang untuk pelayanan Wawasan Penabur. Ini adalah sumbangan saya/kami untuk Wawasan Penabur: RM __________________________ Nama : _________________________________________ Email: _____________________________ Name (or Company Name) Alamat: ___________________________________________________________________________ Contact Person
Nombor Address Telefon :
____________________ (rumah) ______________________ (pejabat) ____________________ (telefon bimbit) ___________________ (fax) Akaun Bank Kami: (1) Public Bank, Kelana Jaya branch. Nom. Akaun: 3127674507 (2) CIMB Bank, Damansara Utama branch. Nom. Akaun: 1250 000 7114 058 (3) May Bank, USJ 10 branch. Nom. Akaun: 5623 6663 2813