Bab
8
PENGURUSAN PEROSAK Maisarah Mohamad Saad dan Azmi Abd Razak
Pengenalan
Sebagaimana yang diketahui, padi bukit ditanam sekali dalam setahun. Setelah padi dituai, ladang ditanam dengan tanaman ladang yang lain atau ditinggal terbiar (fallow) sehingga musim seterusnya. Serangan perosak merupakan antara ancaman kepada tanaman padi termasuk padi bukit. Tanaman padi yang diserang akan mengalami kerosakan, sama ada menjejaskan kualiti ataupun pengurangan hasil. Perosak tanaman padi bukit dikategorikan kepada perosak eksogenus iaitu serangga perosak dan perosak vertebra. Perosak seperti ini mendatangkan kerosakan dan kemusnahan kepada tanaman. Pengurusan perosak padi bukit bergantung kepada saiz populasi perosak pada musim tersebut. Spektrum perosak Serangga perosak jarang menjadi masalah utama dalam tanaman padi bukit. Sistem padi bukit menghalang peningkatan populasi serangga perosak monofagus yakni yang hanya menyerang padi, seperti benah perang, benah hijau, ulat pengorek batang dan sebagainya. Amalan pertanian pindah oleh petani padi bukit dan pembakaran hutan membantu mengurangkan populasi perosak. Hanya serangga perosak daripada golongan polifagus mempunyai keupayaan menjadikan tumbuhan selain padi sebagai perumah gantian sahaja yang mampu bermandiri di kawasan tanaman padi bukit. Berdasarkan kaji selidik menyeluruh yang dilakukan, kebanyakan serangga yang terdapat di sawah juga didapati pada tanaman padi bukit. Survei yang dijalankan di Kg. Gahat, Tebedu pada musim tanaman 2009 mendapati perosak utama padi bukit termasuk ulat pengorek batang berjalur (Chilo suppressalis), beberapa spesies belalang, ulat gulung daun (Cnaphalocrosis medinalis), benah belakang putih (Sogatella furcifera), benah zig-zag (Recilia dorsalis), benah perang (Nilaparvata lugens), benah hijau (Nephotettix nigropictus dan N. virescens), kesing (Leptocorisa spp.). Serangga perosak tanah seperti semut, anai-anai dan cengkerik tanah (Gryllotalpa orientalis) juga turut dikesan. Beberapa pemangsa serangga seperti pepatung, kumbang tanah (Carabidae), semut hitam (Camponotus sp.) dan beberapa spesies labah-labah turut ditemui dalam tanaman padi bukit. Kepadatan populasi serangga perosak ini berbeza mengikut aras ketinggian kawasan penanaman. Kejadian serangan serangga perosak kurang di kawasan yang lebih tinggi berbanding di kawasan yang rendah. Faktor-faktor lain yang menghadkan peningkatan populasi serangga perosak adalah musim kering yang panjang, kepadatan tanaman yang rendah, pertanian pindah dan juga pembakaran hutan.
65
Selain itu, tikus dan burung juga merosakkan tanaman padi bukit. Sistem penanaman padi bukit yang tidak mempunyai air bertakung, memudahkan perosak vertebra ini membina sistem lubang yang besar sebagai tempat berlindung. Antara kerosakan yang dilakukan termasuklah kehilangan benih padi, kerosakan anak pokok di peringkat awal penanaman dan semasa peringkat pengeluaran anak pokok. Manakala serangan ketika padi masak akan menyebabkan kehilangan hasil yang ketara. Burung pula menyebabkan kemusnahan teruk kepada padi bukit sebaik sahaja benih ditugal dan pada peringkat berbunga sehingga matang. Serangga perosak 1. Ulat pengorek batang Nama biasa : Ulat pengorek batang berjalur Nama saintifik : Chilo suppressalis (Walker) Pengkelasan : Order Lepidoptera/Famili Pyralidae Perumah lain : Zea mays L., Echinochloa colona (L.), E. Crus-galli (L.), Ischaemum rugosum dan Eleusine indica (L.)
Serangan dan kerosakan: • Chilo suppressalis merupakan ulat pengorek batang yang paling tersebar luas di tanaman padi bukit • Apabila serangan berlaku semasa pokok sedang mengeluarkan tangkai, simptom luaran yang dipanggil ‘bulu ayam’ (Gambar 8.1) akan terjadi. Biji padi akan menjadi hampa atau separuh berisi • Anak padi yang mati mudah dicabut/ditarik dari teras pokok • Kawasan yang ditanam lewat akan mengalami kerosakan yang lebih teruk akibat serangan daripada populasi yang tinggi dari kawasan tanaman yang lebih awal • Perosak ini bertelur di atas daun padi (Gambar 8.2) • Tunggul padi menjadi tempat perlindungan larva (Gambar 8.3) dan pupa setelah padi dituai
Gambar 8.3: Larva Chilo suppressalis, ulat pengorek batang berjalur
Gambar 8.1: Kejadian ‘bulu Gambar 8.2: Kelompok telur Chilo suppressalis ayam’
66
Pengurusan: Pengurusan ulat pengorek batang bergantung kepada kombinasi beberapa jenis kawalan termasuk amalan kultur, kawalan biologi oleh musuh semula jadi dan penggunaan racun serangga
• Amalan kultur: Penanaman hendaklah dilakukan secara serentak dan tunggul padi mestilah dilupuskan selepas padi dituai • Musuh semula jadi Beberapa spesies penyengat (braconid, eulophid dan trichogrammatid) telah dikenal pasti sebagai parasitoid telur. Manakala semut, kekabuh kura-kura, kumbang staphylinid, cengkerik, kepinding mirid dan belalang didapati menjadi pemangsa telur ulat pengorek batang Terdapat spesies lalat dan penyengat platystomatid dan ichneumonid menjadi parasitoid pada peringkat larva manakala kumbang carabid dan kekabuh kura-kura, kepinding pentatomid dan semut hitam merupakan pemangsa kepada larva. Terdapat juga bakteria dan kulat yang menyerang larva. Peringkat pupa pula boleh menjadi mangsa kepada semut dan lelawi. Pepatung dan labah-labah pula merupakan pemangsa peringkat dewasa • Racun serangga Semburan racun serangga tidak menunjukkan kesan terhadap kelompok telur ulat pengorek batang disebabkan kelompok telur tersebut diselaputi oleh bulu. Kawalan akan lebih berkesan jika semburan racun dibuat sebaik sahaja telur menetas. Namun, ia sukar dilakukan kerana larva dengan pantasnya akan memasuki batang padi sejurus selepas menetas. Pemilihan racun sistemik dapat memberikan kawalan yang berkesan. Penggunaan racun butiran seperti carbofuron dan fipronil disaran supaya dilakukan semasa peringkat padi bunting terutama di kawasan yang mempunyai sejarah serangan ulat batang yang tinggi 2.
Ulat gulung daun Nama biasa : Ulat gulung daun Nama saintifik : Cnaphalocrosis medinalis (Guenee), Marasmia patnalis (Bradly), Pengkelasan : Order Lepidoptera/Famili Pyralidae Perumah lain : Cocos nucifera L. (kelapa), Echinochloa colona (L.) Link, Musa sp. (pisang), Nicotiana tabacum L. (tembakau), Panicum milliaceum L. (millet), Saccharum officinarum L. (tebu) dan Saccharum spontaneum L. (tebu liar)
Serangan dan kerosakan: • Seekor larva (Gambar 8.4) boleh memakan 3 – 4 helai daun sebelum menjadi kepompong • Serangan ketika peringkat tampang tidak menyebabkan kehilangan hasil yang ketara kerana pokok padi masih mampu pulih daripada kerosakan 67
Gambar 8.4: Larva ulat gulung daun
Gambar 8.5: Simptom serangan ulat gulung daun
• Jika serangan berlaku ketika peringkat pembiakan, ia akan menyebabkan kehilangan hasil yang ketara • Serangan yang serius mampu mengakibatkan daun yang dimakan menjadi kering dan kelihatan seperti terbakar (Gambar 8.5)
Pengurusan: • Semburan racun kimia diperlukan jika serangan serius berlaku pada daun pengasuh (>50%) ketika peringkat beranak maksimum dan peringkat matang
3.
Benah perang Nama biasa : Nama saintifik : Pengkelasan : Perumah lain :
Serangan dan kerosakan: • Benah perang merosakkan padi dengan cara menghisap cecair tumbuhan (Gambar 8.6) • Benah perang juga merupakan vektor virus penyakit kerdil rumput (RGSV) dan kerdil hampa (RRSV) • Benah perang merupakan serangga perosak yang serius di tanaman padi sawah, tetapi tidak di tanaman padi bukit
Benah perang Nilaparvata lugens Order Hemiptera/Famili Delphacidae Tiada perumah gantian kerana benah perang merupakan serangga perosak monofagus
Gambar 8.6: Benah perang betina dewasa
68
Pengurusan: • Populasi benah perang yang terlalu kecil di kawasan tanaman padi bukit tidak memerlukan semburan racun serangga dibuat
4.
Benah belakang putih Nama biasa : Benah belakang putih Nama saintifik : Sogatella furcifera (Horvath) Pengkelasan : Order Hemiptera/Famili Delphacidae Perumah lain : Echinochloa sp.
Serangan dan kerosakan: • Seperti juga benah perang, benah belakang putih menghisap sap tumbuhan (Gambar 8.7) • Rekod ada menyatakan benah belakang putih merupakan vektor penyakit virus Jalur Hitam Selatan (Southern Rice Black Streak Disease Virus)
Pengurusan: • Populasi yang kecil di kawasan tanaman padi bukit membolehkan benah belakang putih dikawal melalui agen kawalan biologi sedia ada • Labah-labah, kumbang staphylinid, kumbang carabid memakan nimfa dan dewasa benah belakang putih
5.
Benah hijau Nama biasa : Benah hjau Nama saintifik : Nephotettix nigropictus dan N. virescens Pengkelasan : Order Hemiptera/Famili Cicadellidae
Serangan dan kerosakan: • Benah hijau merupakan vektor virus penyakit merah (RTBV dan RTSV) • Nimfa (Gambar 8.8) dan serangga dewasa menghisap sap dari daun. Walau bagaimanapun, penghisapan sap daun ini tidak memberi kerugian yang besar kepada tanaman padi
Gambar 8.7: Benah belakang putih
Gambar 8.8: Nimfa dan dewasa benah hijau, N. virescens
69
Pengurusan: • Penggunaan varieti rintang atau sederhana rintang • Menggalakkan petani tanam serentak • Memusnahkan punca virus dengan cara membakar jerami, tunggul padi, putar tanah secara kering dan semburan racun herba (pokok berpenyakit perlu dihapuskan) • Racun serangga tidak diperlukan jika tidak terdapat kesan penyakit virus. Jika sebaliknya, racun serangga yang cepat memberi kesan (immediate knockdown effect) diperlukan. Semburan racun serangga didapati tidak memberi kesan yang baik bagi pengurusan penyakit virus padi. Sebaliknya racun serangga di samping memberi kesan buruk terhadap alam sekitar, ia akan menyebabkan populasi serangga yang lain meningkat
6.
Kesing Nama biasa : Nama saintifik : Pengkelasan : Perumah lain :
Serangan dan kerosakan: • Kesing (Gambar 8.9) menghisap cecair biji padi semasa peringkat pengisian menyebabkan biji padi hampa atau separuh berisi • Jika serangan berlaku pada peringkat lewat masuk isi, kualiti beras akan terjejas kerana biji padi menjadi pudar, rapuh dan mudah patah apabila dikilang
Kesing Leptocorisa acuta Order Hemiptera/Famili Alydidae Echinochloa sp.
Pengurusan: • Semburan racun serangga berkesan untuk mengawal serangga perosak ini • Masa untuk melakukan serangan adalah penting. Pastikan semburan dibuat ketika peringkat pengisian terutama apabila populasi kesing tinggi dan tanaman terdedah kepada serangan
Gambar 8.9: Kesing dewasa
70
Gambar 8.10: Cengkerik tanah dewasa
7.
Cengkerik tanah Nama biasa : Cengkerik tanah Nama saintifik : Gryllotalpa orientalis Burmeister Pengkelasan : Order Orthoptera/Famili Gryllotalpidae Perumah lain : Echinochloa dan Zea mays (jagung)
Serangan dan kerosakan: • Cengkerik tanah merupakan perosak polifagus dan menyebabkan kerosakan di peringkat awal penanaman • Cengkerik tanah dewasa (Gambar 8.10) dan nimfa akan memakan benih padi, akar muda dan bahagian pangkal pokok padi di dalam tanah • Kerosakan akibat cengkerik mempunyai persamaan dengan kerosakan oleh ulat pengorek batang • Cengkerik tanah dewasa akan aktif menggali lubang dan membuat terowong dalam tanah untuk laluannya ketika waktu malam bagi mencari makanan seperti benih padi ataupun serangga invertebrata lain yang terdapat di permukaan tanah. Manakala pada waktu siang, cengkerik tanah akan berada di dalam tanah
Pengurusan: • Cengkerik tanah dewasa mempunyai keupayaan terbang yang tinggi dan mudah tertarik dengan cahaya lampu • Penggunaan perangkap lampu di kawasan ladang mampu membantu dalam mengurangkan populasi cengkerik • Penggunaan umpan beracun juga merupakan kaedah kawalan kimia yang boleh dilakukan bagi mengawal cengkerik
71
Gambar 8.11: Larva Melanitis leda
8.
Ulat kerbau Nama biasa : Nama saintifik : Pengkelasan : Perumah lain :
Serangan dan kerosakan: • Menyerang pokok padi dari peringkat beranak ke peringkat pembentukan tunas • Peringkat larva (Gambar 8.11) memakan daun pokok padi dan perumah lain semasa tiada tanaman padi
Pengurusan: • Agen kawalan biologi memainkan peranan yang penting dalam memastikan populasi serangga terkawal. Telur serangga ini diparasit oleh penyengat trichogrammatid dan penyengat chalcid, manakala dua spesies lalat tachinid memparasit larva
Ulat kerbau Melanitis leda ismene Cramer Order Lepidoptera/Famili Satyridae Imperata cylindrica sp. (lalang), Panicum maximum (rumput gajah)
Perosak vertebrata 1.
Tikus Nama biasa: Tikus Nama saintifik: Rattus rattus, Bandicota indica dan Mus spp. Pengkelasan: Order Rodentia/Famili Muridae
Serangan dan kerosakan: • Kerosakan yang dilakukan perosak vertebrata bermula di peringkat menabur benih sehingga ke peringkat matang. Namun, serangan paling serius berlaku ketika peringkat padi masak • Kadar serangan dan kerosakan bergantung kepada peringkat pertumbuhan tanaman yang mempengaruhi kadar pembiakan tikus • Kerosakan di peringkat menabur benih disebabkan tikus memakan benih padi yang baru ditabur atau benih yang bercambah
72
• Pada peringkat matang, kerosakan adalah disebabkan tikus memotong atau menarik tangkai pokok padi bagi mencapai biji padi yang sedang masak • Apabila populasi tikus tinggi, kerosakan tertumpu di bahagian tengah ladang tetapi apabila populasinya rendah, kerosakan adalah bertompok dan tidak seragam Pengurusan: • Menjaga sanitasi kawasan padi bukit
2. Nematod Nama biasa : Nematod puru akar Nama saintifik : Meloydogyne graminicola
Serangan dan kerosakan: • Nematod menyerang akar menyebabkan pertumbuhan akar pokok padi terjejas • Nematod mempunyai anggota mulut yang boleh menembusi sel tanaman masuk ke dalam akar dan membiak di dalamnya • Keadaan ini menyebabkan simptom pembengkakan akar yang dinamakan puru akar (Gambar 8.12) • Ekoran daripada kerosakan pada sistem pengakaran, pokok akan menunjukkan simptom kekurangan nutrien, daun bertukar kuning-kekuningan dan layu, pertumbuhan pokok terbantut dan akhirnya pokok akan mati. Pengurusan: • Di kawasan penanaman padi bukit, kaedah yang terbaik bagi pengurusan nematod adalah dengan membuat tanaman giliran • Kaedah ini dapat mengurangkan tahap populasi nematod di kawasan tersebut. Bagaimanapun, pemilihan tanaman giliran adalah penting bagi menjamin pengurusan yang terbaik
Gambar 8.12: Simptom puru pada akar
73
• Selain itu, racun kimia (nematicid) juga merupakan pilihan terbaik bagi mengawal populasi nematod di lapangan • Racun carbofuran boleh digunakan jika kerosakan mahupun serangan adalah di peringkat yang serius. Bagaimanapun, nematicid adalah mahal dan sangat toksik
Spektrum semula jadi
Ekosistem semula jadi yang masih tidak diganggu oleh manusia digambarkan oleh kepelbagaian biologi di kawasan tanaman padi bukit. Keadaan yang heterogenus menjadi asas persekitaran yang seimbang dan stabil di mana populasi sentiasa berada pada aras populasi yang terkawal. Di dalam habitat semula jadi, serangga tidak perlu mencari makanan secara intensif kerana sumber makanan mudah diperoleh. Malahan, serangga boleh didapati di mana-mana tetapi dalam bilangan yang rendah, menunjukkan keseimbangan semula jadi wujud di dalam ekosistem padi bukit. 1.
Belalang Nama biasa : Belalang sesungut panjang (Gambar 8.13) Nama saintifik : Conocephalus longipennis (de Haan) Pengkelasan : Order Orthoptera/Famili Tettigoniidae
Peranan: • Belalang biasanya tidak dianggap mempunyai kepentingan ekonomi • Belalang spesies ini mempunyai keperluan makanan yang sangat pelbagai • Makanan utama adalah debunga dan adakalanya spesies ini melakukan kerosakan kepada daun dan juga tangkai. Terutama di peringkat susu dan lebih kepada plot yang terpencil • Bagaimanapun, belalang ini juga menjadikan serangga perosak lain seperti dewasa pengorek batang dan kesing sebagai makanannya
Gambar 8.13: Dewasa belalang sesungut panjang
74
2.
Pepatung Nama biasa : Pepatung merah (Gambar 8.14) Nama saintifik : Neurothemis flucntuans Pengkelasan : Order Odonata/Famili Libellulidae
3.
Kekabuh kura-kura Nama biasa : Kekabuh kura-kura (Gambar 8.15) Nama saintifik : Epilachna indica Pengkelasan : Order Coleoptera/Famili Coccinellidae Peranan : Pemangsa
Gambar 8.14: Pepatung merah
Gambar 8.15: Kekabuh kura-kura
75
4.
Labah-labah Nama biasa : Nama saintifik : Pengkelasan : Peranan :
5.
Labah-labah kerdil Nama biasa : Labah-labah kerdil (Gambar 8.17) Nama saintifik : Atypena formosana Pengkelasan : Order Araneae/Famili Linyphiidae Perumah : Lelompat padi Peranan : Pemangsa
6.
Lebah Nama biasa : Nama saintifik : Pengkelasan : Peranan :
Labah-labah (Gambar 8.16) Oxiopes javanus Thorell Order Araneae/Famili Oxyopidae Pemangsa
Lebah, Bumblee bee (Gambar 8.18) Xylocopa sp. Order Hymenoptera/Famili Anthoporidae Agen pendebunga
Gambar 8.16: Labah-labah
Gambar 8.17: Labah-labah kerdil
Gambar 8.18: Lebah pendebunga
76
Kepentingan perosak Pada umumnya perosak dianggap sebagai organisma yang berbahaya dan tidak berfaedah kepada manusia. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa organisma yang bermanfaat kepada tumbuhan dan manusia. Serangga juga mempunyai kepentingan ekonomi yang khusus kerana terdapat serangga yang membantu dalam proses pendebungaan contohnya lebah; semut dan kumbang tanah membantu dalam membaiki keadaan tanah; spesies labah-labah dan kekabuh kura-kura pula menjadi pemangsa kepada serangga perosak. Perbandingan antara perosak padi bukit dengan perosak padi sawah Dalam habitat tanah kering yang mewakili keadaan ekstrem hidrologi, padi bukit menjadi perumah utama untuk semua spesies serangga kecuali serangga akuatik. Serangga akuatik seperti ulat layar dan kumbang air hanya terdapat di kawasan padi sawah. Syor pengurusan Pengurusan perosak padi bukit perlulah diberi perhatian oleh petani supaya hasil padi yang diperoleh tidak terjejas. Sebelum sebarang bentuk kawalan dibuat, petani perlulah mengenal pasti masalah yang dihadapi dengan cepat dan tepat. Pengetahuan mengenai serangga perosak mahupun perosak vertebrata amat penting kepada petani padi bukit. Pengurusan Perosak Bersepadu adalah pendekatan sistem pengurusan yang melibatkan penggemblengan beberapa kaedah kawalan perosak ke arah mengurangkan kerosakan tanaman. Pengurusan serangga perosak di penanaman padi bukit melibatkan pelbagai jenis kaedah kawalan secara teratur dan saling melengkapi seperti amalan kultur; pemantauan dan ramalan perosak; kawalan biologi dan penggunaan bahan kimia secara bijaksana. Pendekatan Pengurusan Perosak Bersepadu menggalakkan petani mengguna pakai prinsip ekologi dalam pengurusan ladang di samping mengoptimumkan penggunaan sumber melalui pengurusan ekosistem yang cekap dan berkesan. Pengurusan perosak bersepadu ini juga boleh menjadi pendekatan yang paling berkesan dan menjimatkan. Penyeragaman tarikh penanaman juga penting untuk mengehadkan pembangunan populasi perosak. Varieti rintang Serangga perosak padi bukit boleh dikawal menggunakan varieti yang rintang terhadap serangga perosak. Menanam varieti yang rintang adalah kaedah yang paling selamat dan paling ekonomi untuk mengawal serangga perosak. Varieti tradisional seperti Lawi dan Chantek, dengan ciri-ciri pokok yang tinggi, daun yang panjang dan lebar serta kulit batang yang tebal. Varieti-varieti ini lebih rintang kepada benah perang dan serangga penghisap cecair lain, tetapi ciri itu membuat ia mudah terdedah kepada kerosakan ulat pengorek batang jika dibandingkan dengan varieti moden kini.
77
Gambar 8.19: Tanaman campuran
Amalan kultur Pengurusan melalui amalan kultur mestilah diberi keutamaan dalam program pengurusan perosak kerana kesannya yang luas dan stabil. Kaedah ini merupakan kaedah mengawal perosak yang merangkumi amalan tanpa menggunakan bahan kimia. Kaedah ini berperanan untuk mengganggu perkembangan atau kitaran hidup perosak. Gangguan ini termasuklah menyekat perosak daripada sumber makanannya dan mendedahkan perosak kepada keadaan yang tidak sesuai. Penggiliran tanaman merupakan salah satu kaedah amalan kultur. Cara ini berkesan untuk perosak yang mempunyai perumah khusus terutamanya serangga monofagus seperti benah perang. Serangga perosak ini akan kehilangan punca makanan kesan penggiliran tanaman. Selain itu, amalan pertanian campur (Gambar 8.19) juga membantu dalam mengurangkan tekanan populasi serangga perosak di kawasan penanaman. Pelbagai tanaman yang ditanam bersama padi bukit menyebabkan bekalan makanan menjadi terhad kepada serangga perosak. Petani boleh menanam tanaman penolak (repellant) atau boleh juga menanam sayur-sayuran yang mempunyai kumpulan serangga berbeza daripada serangga yang menyerang tanaman padi. Selain itu, sayur-sayuran seperti kacang bendi, labu dan lain-lain akan mengeluarkan bunga yang menggalakkan kewujudan lebih banyak pemangsa terutamanya parasitoid daripada kumpulan hymenoptera. Tanaman berbunga yang ditanam membekalkan nektar dan debunga yang diperlukan dalam kitaran hidup parasitoid. Secara tidak langsung aktiviti pemuliharaan musuh semula jadi meningkat dan tanpa disedari petani telah menggunakan kaedah pengawalan secara biologi di ladang mereka. Petani juga boleh memperoleh hasil daripada tanaman sampingan tersebut. Di samping itu, petani perlulah mengamalkan kaedah penanaman yang baik seperti penggunaan biji benih yang bebas penyakit, jarak tanaman yang sesuai dan yang paling penting kebersihan kawasan padi bukit hendaklah sentiasa dijaga. 78
Kawalan burung secara kultur boleh dibuat dengan memasang ‘orang-orang’ atau sebarang objek yang seakan manusia secara rawak di kawasan penanaman padi bukit untuk menakutkan burung. Petani juga boleh memasang jaring burung di kawasan sekitar selain memastikan kebersihan ladang dijaga dengan baik. Kawalan biologi Kawalan biologi ialah kawalan menggunakan organisma seperti pemangsa, patogen dan parasit untuk mengurangkan populasi serangga perosak. Kawalan biologi bermula dengan pengenalan musuh semula jadi perosak dan diikuti kajian tentang perumah musuh semula jadi. Musuh semula jadi memainkan peranan dalam mengawal populasi perosak di samping mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar daripada penggunaan racun kimia. Kaedah ini selamat dan dapat mengurangkan kos pengurusan perosak untuk suatu jangka masa yang panjang. Namun demikian, kaedah ini tidak dapat menghapuskan semua perosak. Ini kerana, pemangsa tidak dapat mengawal semua perosak di sesuatu kawasan penanaman dan pemangsa ini juga mungkin akan menyerang organisma lain yang bermanfaat. Bilangan perosak lain mungkin meningkat dan menjadi lebih serius kerana kurang persaingan dengan perosak yang dikawal. Justeru, ekosistem, ekologi dan tabiat perosak dan pemangsa perlu diketahui terlebih dahulu. Petani harus membenarkan ekosistem semula jadi untuk menguruskan perosak di ladang mereka. Pemuliharaan biodiversiti di kawasan penanaman padi bukit dapat mengekalkan ketahanan ekologi dengan membina dan mengembangkan populasi musuh semula jadi. Kawalan kimia Kawalan kimia menjadi pilihan petani padi sawah dan juga petani padi bukit. Kawalan kimia memberi kesan yang cepat dan cekap dalam mengawal serangga perosak dan juga perosak vertebrata. Namun, ia harus digunakan hanya apabila aras serangan akan menjejaskan hasil dan penggunaannya perlulah menjadi pilihan terakhir selepas kaedah kawalan yang lain tidak berkesan. Penggunaan racun serangga tidak begitu meluas di kalangan petani padi bukit kerana kos yang lebih tinggi dan memerlukan pengendalian yang lebih teliti. Potensi hasil padi bukit yang rendah dan pulangan hasil yang sedikit juga mengehadkan penggunaan racun serangga. Selain itu, penggunaan racun serangga yang banyak akan meningkatkan kos pengeluaran padi bukit. Penggunaan racun perosak yang berspektrum luas boleh mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar dan memusnahkan musuh semula jadi. Racun serangga mendatangkan kesan yang paling serius berikutan kesan keracunan akut dan kronik terhadap organisma hidup selain sifatnya yang tidak mudah reput dalam persekitaran. Selain itu, penggunaan racun serangga juga akan memusnahkan serangga bukan perosak lain yang menjadi makanan selangan musuh semula jadi. Dari sudut ekologi, kebanyakan racun perosak tidak sepenuhnya menepati sasaran. Lebih kurang 50 – 75% penggunaan atau semburan racun perosak gagal mengenai sasaran dan selebihnya mencemarkan alam sekitar dan membahayakan hidupan lain. Petani padi bukit juga perlu mengambil langkah-langkah keselamatan sekiranya menggunakan racun serangga.
79
Jadual 8.1: Senarai racun serangga perosak Nama bahan aktif Fipronil
Jenama Regent SC
Chlorantraniliprole
Prevathon 0.36GR
Fenthion
Lebaycid 550 EC
Thiamethoxam
Actara 25 WG
Imidacloprid
Confidor 100 SL
Deltamethrin Buprofezin
Decis 250 EC Lanmertin
Mod tindakan Mengikat pada salur kalsium pada kardiak dan otot rangka, menghalang penghantaran saraf Mengikat pada salur kalsium pada kardiak dan otot rangka, menghalang penghantaran saraf Racun sentuh dan perut
Racun sentuh, racun perut, residu Merencat proses pertukaran nimfa kepada dewasa Racun sistemik yang bertindak mengganggu sistem saraf serangga Racun sistemik yang bertindak mengganggu sistem saraf serangga
Kawalan kimia yang berkesan bergantung pada beberapa faktor seperti pilihan racun perosak yang tepat, alat penyembur dalam keadaan sempurna dan dapat berfungsi dengan baik, teknik semburan yang baik serta pilihan masa yang sesuai (Jadual 8.1). Kesimpulan Potensi hasil padi bukit yang rendah dan populasi perosak yang minimum tidak memberi dorongan kepada petani untuk mengambil langkah pengawalan yang meluas. Bagi mengatasi serangan perosak, kaedah yang paling efektif adalah dengan menyeragamkan tarikh penanaman dan menggunakan varieti padi bukit yang matang awal. Kaedah ini dapat menghalang pembangunan populasi serangga perosak disebabkan sumber makanan yang sentiasa ada sepanjang musim tanaman. Proses pembangunan varieti baru perlulah memfokuskan pembangunan varieti padi bukit yang mempunyai kerintangan terhadap ulat pengorek batang kerana serangga perosak ini sukar dikawal menggunakan kaedah lain. Persepsi bahawa penggunaan racun serangga perlu untuk mencapai hasil padi yang tinggi perlu dihapuskan. Terdapat banyak kajian telah menunjukkan bahawa tanaman padi yang sihat dan produktif boleh dihasilkan dengan aplikasi racun serangga yang minimum atau langsung tidak menggunakannya. Penggunaan racun serangga dengan tidak berhemah akan menjadikan perosak minor menjadi major. Justeru, pengurusan perosak bersepadu boleh diamalkan oleh petani padi bukit kerana kawasan tanaman yang berbukit masih mempunyai ekosistem yang seimbang. Oleh itu, pengurusan yang melibatkan kawalan biologi perlu ditekankan terutama pemuliharaan musuh semula jadi seperti pemangsa dan parasitoid.
80