TEKNOLOGI PENGURUSAN PEROSAK KOKO Saripah Bakar Pegawai Penyelidik Entomologi Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko P.O. Box 30, Batu 16, Jalan Sungai Dulang 36307 Sungai Sumun, Perak 1.0
PENGENALAN Koko merupakan antara tanaman komoditi utama di Malaysia, selain kelapa sawit dan getah. Seperti tanaman ekonomi lain, koko berpotensi di serang pelbagai spesies perosak, bermula dari peringkat nurseri, awal penanaman, dewasa hinggalah kepada penyimpanan biji koko kering. Perosak dibahagikan kepada dua, iaitu serangga dan perosak mamalia. Perosak mamalia yang sering ditemui di persekitaran koko adalah seperti haiwan rodensia seperti tikus dan tupai, serta mamalia lain seperti musang serta babi. Kebiasannya rodensia menyerang buah koko, terutama koko yang hampir masak dan menyebabkan kehilangan hasil disaat akhir. Manakala bagi babi pula, ia menyebabkan kerosakan secara tidak langsung terutama ketika pokok koko masih kecil, akibat sondolan pada tanah dan batang pokok. Sondolan pada tanah boleh menyebabkan kerosakan struktur akar, manakala sondolan pada batang koko boleh menyebabkan kerosakan batang dan dahan pada pokok kecil. Selain itu, babi turut merosakkan pokok lindungan koko terutama kelapa dan tanaman pisang. Manakala bagi serangga pula, terdapat pelbagai jenis serangga yang menyerang pelbagai peringkat usia pokok, serta pada bahagian yang berbeza. Sebagai contoh, di peringkat nurseri dan awal penanamannya, koko kebiasaannya terdedah kepada serangga yang menyerang akar tunjang serta daun koko. Serangan serius terhadap akar tunjang akan menyebabkan kematian anak benih koko. Manakala serangan pada daun menyebabkan pertumbuhan pokok terganggu dan jika serius, pertumbuhan koko akan terbantut serta mampu menyebabkan kematian anak benih terutama yang baru dipindahkan ke ladang. Bagi pokok dewasa, potensi serangan serangga perosak adalah lebih menyeluruh. Beberapa bahagian koko boleh menjadi pusat tumpuan serangga, seperti dahan, batang dan buah. Serangan pada bahagian daun juga berlaku, namun kebiasaannya kurang mendatangkan kesan serius terhadap perkembangan pokok koko. Serangan pada bahagian buah merupakan faktor utama mengurangkan hasil, seterusnya memberi kesan penurunan sumber ekonomi terhadap penanam koko. Kertas kerja ini memberi pendedahan terhadap perosak di ekosistem koko dan teknologi yang boleh di aplikasikan dalam pengawalannya.
2.0
SERANGGA DI EKOSISTEM KOKO Secara keseluruhannya, terdapat beberapa kategori serangga, meliputi serangga yang tidak mendatangkan kesan kepada ekosistem, serangga yang memberi kesan positif serta serangga yang mendatangkan kesan negatif kepada pokok koko. Serangga yang tidak mendatangkan kesan kepada ekosistem adalah seperti semut, kupu-kupu, pepatung dan beberapa spesies lain. Kehadiran dalam jumlah yang kecil tidak memberikan impak yang
Koko Malaysia - Khasiatnya Sejati, Lazatnya Menyegarkan
KURSUS INDUKSI KHUSUS PEGAWAI/KAKITANGAN BARU LKM 26 – 30 Ogos 2013, Bukit Bendera Resort, Mentakab, Pahang
signifikan terhadap tumbesaran dan hasil koko secara amnya. Serangga yang memberikan kesan positif kebiasaannya berperanan sebagai agen pengurai, agen pendebunga serta agen kawalan biologi. Agen penguraian membantu mempercepatkan proses pereputan daun koko, membantu proses pengitaran semula dan seterusnya membekalkan kembali nutrien yang diperlukan pokok. Agen pendebunga seperti Forcipomyia spp. memainkan peranan dalam proses pendebungaan. Populasi agen pendebunga yang tinggi di kebun koko kemungkinan besar mempengaruhi bilangan buah, berikutan peranannya dalam mendebungakan bunga koko, menggalakkan kacukan bunga, dan seterusnya meningkatkan potensi pembentukan putik koko. Serangga lain yang mendatangkan impak positif adalah semut hitam koko (SHK), Dolichoderus thoracicus yang berperanan sebagai agen kawalan biologi terhadap ulat pengorek buah koko (UPBK), Conopomorpha cramerella. Populasi SHK yang tinggi di kebun koko mengelakkan buah koko dari dihinggapi UPBK dewasa untuk bertelur, seterusnya menjamin buah koko bebas dari serangan UPBK. Selain itu beberapa serangga parasit dan pemangsa semulajadi dapat mengurangkan populasi perosak melalui aktiviti mereka. Serangga yang mendatangkan kesan negatif biasanya akan memberikan impak dalam tumbesaran serta mengganggu pengeluaran hasil, terutama sekiranya serangan di lakukan terhadap buah koko. Serangga perosak bukan sahaja mendiami ekosistem koko, namun turut bertindak mengeksploitasi persekitaran sebagai sumber makanan dan kawasan pembiakannya. Populasi yang tinggi mampu mendatangkan kesan serius dimana sebagai contoh, serangan terhadap daun muda pada pokok koko yang baru dipindahkan ke ladang akan merencatkan tumbesaran koko. Jika semua daun koko telah diserang, proses fotosintesis yang berperanan dalam membina makanan tidak dapat berlaku dengan sempurna. Ini seterusnya mampu mendatangkan kematian pada pokok koko. 3.0
SERANGGA PEROSAK KOKO Peringkat tumbesaran pokok koko yang berbeza mengundang serangan dari serangga yang berbeza. Ini bergantung kepada sumber makanan yang di perlukan oleh serangga terbabit. Sumber makanan utama serangga perosak di peringkat anak koko adalah daun dan akar, manakala batang, dahan dan buah merupakan kawasan tumpuan bagi pokok dewasa. Pemilihan bahan makanan bergantung kepada aspek pemakanan serta alat mulut serangga terbabit. Serangga yang mempunyai alat mulut untuk menggigit dan mengunyah seperti kumbang kaboi, belalang dan ulat bulu akan tertumpu kepada daun. Simptom serangan ini dilihat dengan jelas, dan berbeza-beza bagi setiap perosak. Manakala serangga perosak yang mempunyai alat mulut termodifikasi untuk mencucuk seperti Helopeltis spp. akan mencucuk dan menghisap pucuk lembut dan buah koko bagi menyerap nutrien. Serangan serius kedua-dua jenis aspek pemakanan iaitu menggigit dan mengunyah serta mencucuk dan menghisap akan mendatangkan kerosakan teruk terhadap pokok koko. Rajah 1 dan 2 menunjukkan serangga perosak pada pokok koko muda dan dewasa.
2 Koko Malaysia - Khasiatnya Sejati, Lazatnya Menyegarkan
KURSUS INDUKSI KHUSUS PEGAWAI/KAKITANGAN BARU LKM 26 – 30 Ogos 2013, Bukit Bendera Resort, Mentakab, Pahang
Perosak daun dan pucuk muda Afid (Toxoptera aurentii) Thrips (Selenothrips rubrocinctus) Kumbang kaboi (Apogonia sp. & Adoretus sp.) Belalang kunyit (Valanga nigricornis) Ulat bungkus (Clania sp.)
Perosak batang Kumbang Ambrosia (Xyleborus sp.) Serangga sisik (Hemiberlesia sp.)
Perosak akar Larva kumbang Melolonthinae (White grub)
Rajah 1. Serangga perosak pada anak benih dan pokok koko muda Afid (Toxoptera aurantii) Thrips (Selenothrips rubrocinctus) Koya (Planococcus pacificus) Kumbang kaboi (Apogonia sp. dan Adoretus sp.) Belalang kunyit (Valanga nigricornis) Ulat bungkus (Clania sp., Pagodiella hekmeyeri) Kumbang belalai (Hypomeces squamosus) Kumbang ambrosia (Xyleborus sp.) Pengorek ranting (Glenia celia)
Afid (Toxoptera aurentii)
Ulat Pengorek Buah Koko (UPBK) (Conopomorpha cramerella) Pianggang nyamuk (Helopeltis sp.) Koya (Planococcus sp.)
Pengorek batang (Zeuzera sp.)
Rajah 2. Serangga perosak pada pokok koko dewasa
3 Koko Malaysia - Khasiatnya Sejati, Lazatnya Menyegarkan
KURSUS INDUKSI KHUSUS PEGAWAI/KAKITANGAN BARU LKM 26 – 30 Ogos 2013, Bukit Bendera Resort, Mentakab, Pahang
4.0
KAITAN SERANGGA DAN PERKEMBANGAN KOKO
4.1
Koko Muda (Koko yang belum mengeluarkan hasil) Jadual 1. Serangga perosak koko muda Serangga & Deskripsi
Simptom & Kesan
Kepinding Nyamuk (NT)* Helopeltis spp (NS)** Mosquito Bug (NA)***
-
-
-
-
Dua spesies, Helopeltis theivora (Semenanjung) & H. clavifer (Sabah) Dewasa boleh menetaskan 50 biji telur Telur berbentuk bujur Nimfa berwarna hijau muda dan semakin gelap apabila menjadi dewasa Kitar hidup antara 34-45 hari
Kumbang Kaboi (NT) Apogonia spp., Adoretus spp., Lepadoretus spp. dan Chaetadoretus spp. (NS) Cockchafer Beetle (NA) -
Kumbang kecil berwarna coklat atau hitam Kerosakan boleh memberi kesan serius jika populasi tinggi Kitar hidup mengambil masa antara tiga bulan, dan dewasa boleh hidup sehingga berusia empat bulan
Kutu daun (NT) Toxoptera aurentii (NS) Black Aphid (NA) -
Menyerang tunas air, dahan kipas, bunga dan putik koko Jarang menyerang secara serius
-
-
-
-
-
-
-
Thrip (NT) Heliothrips haemorrhoidalis, Selenothrips rubrocinctus (NS) Thrips (NA) - Dua jenis trip di atas biasa di temui di Sabah - Bersaiz kecil dengan dewasa berwarna hitam, dan nimfa adalah lutsinar - S.rubrocinctus dikenalpasti dengan gelangan berwarna merah pada segmen pertama dan kedua nimfa
Luka berbentuk coklat bujur (4-7mm) panjang pada pucuk koko Serangan serius boleh menyebabkan pucuk mengering dan mati
Kawalan
-
-
Apogonia - Menyerang daripada bahagian luaran daun termasuk urat daun. Frass berwarna hitam pada permukaan daun Adoretus, Lepadoretus & Chaetadoretus spp. menyerang bahagian tengah, tidak memakan urat daun meninggalkan jaringan lubang pada permukaan daun
-
Koloni kutu berwarna merah & menyebabkan kerosakan daun dan tangkai putik Kebiasaan akan diserang perosak semulajadi Daun menjadi kering akibat kehilangan nutrien
-
Boleh dilihat di bahagian bawah permukaan daun. Kelihatan seperti tompokan pucat kecoklatan dan kering dipermukaan daun Serangan serius boleh menyebabkan daun menjadi kering dan seterusnya gugur
-
-
-
-
4 Koko Malaysia - Khasiatnya Sejati, Lazatnya Menyegarkan
Semburan racun serangga dengan bahan aktif cypermethrin & deltamethrin Semburan di arahkan kepada pucuk yang di serang setiap dua minggu Boleh mengaplikasikan penggunaan semut hitam koko (SHK), Dolichoderus thoracicus
Membuat pagar dari sungkupan daun kelapa kering, guni atau plastik Menggunakan semburan racun serangga dengan bahan aktif kumpulan dimethoate, chlorpyrifos atau cypermethrin Menabur tanah dengan racun carbofuran
Membuang bahagian diserang dengan memotong bahagian terbabit Jika serangan merebak dengan cepat, semburan racun serangga seperti dimethoate boleh diaplikasi di bahagian yang diserang
Kawalan yang biasa dijalankan adalah seperti serangan serangga lain, iaitu aplikasi semburan racun serangga
KURSUS INDUKSI KHUSUS PEGAWAI/KAKITANGAN BARU LKM 26 – 30 Ogos 2013, Bukit Bendera Resort, Mentakab, Pahang
Belalang (NT) Valanga nigricornis (NS) Grasshopper (NA) -
Valanga nigricornis merupakan spesies yang biasa di jumpai di Malaysia Spesies lain yang pernah di temui adalah Catantops spp.dan Phloeba sp.
-
-
Serangan hampir menyerupai kumbang kaboi, namun lebih serius Memakan keseluruhan daun termasuk urat dan tulang daun
-
Semburan racun serangga Di arahkan kepada bahagian pucuk dan diulangi 2-3 minggu selepasnya bergantung kepada tahap serangan
NT* - Nama Tempatan, NS** - Nama Saintifik, NI*** - Nama Antarabangsa
b
a
Gambar 1. (a) Nimfa Helopeltis dan (b) simptom serangan pada bahagian pucuk koko
b
a
Gambar 2. (a) Kumbang kaboi, Apogonia dan (b) simptom serangan Lepadoretus
b
a
Gambar 3. (a) Kutu daun, Toxoptera aurentii dan (b) belalang, Valanga Nigricornis
5 Koko Malaysia - Khasiatnya Sejati, Lazatnya Menyegarkan
KURSUS INDUKSI KHUSUS PEGAWAI/KAKITANGAN BARU LKM 26 – 30 Ogos 2013, Bukit Bendera Resort, Mentakab, Pahang
4.2
Koko Dewasa (Telah mengeluarkan hasil) Koko dewasa mempunyai beberapa perosak utama yang menyerang pada bahagian tertentu pokok, terutama buah dimana serangan serius menyebabkan kerosakan pada biji, seterusnya mengurangkan pendapatan penanam koko. Ulat pengorek buah koko (UPBK) merupakan serangga perosak yang paling serius menyerang koko. UPBK pada awalnya menyerang tumbuhan lain seperti rambutan, pulasan dan nam-nam, namun mungkin mengalami adaptasi dari perumah asal dan mula menyerang koko. UPBK di temui di Sabah (1980), Sarawak (1983) dan September 1986 di Melaka. Selain Malaysia, UPBK di dapati turut menyerang Indonesia dan Papua New Guinea. Selain itu, koko dewasa terdedah kepada beberapa serangga buah, batang dan dahan yang boleh memberikan impak dari sudut ekonomi.
5.0
SERANGGA PEROSAK UTAMA – ULAT PENGOREK BUAH KOKO
5.1
Deskripsi
5.2
-
Dikenali sebagai Ulat Pengorek Buah Koko, Conopomorpha cramerella Snellen. Kupukupu kecil, berwarna kecoklatan dan sukar dilihat di waktu siang. Ini berikutan warnanya yang seakan-akan warna dahan koko, walaupun kebiasaannya di waktu siang UPBK akan berehat di bawah dahan koko yang horizontal atau hampir horizontal.
-
Bersaiz 7mm panjang, 2mm lebar dan bukaan sayap sepanjang 12mm. Dikenalpasti dengan garisan zig-zag berwarna putih pada bahagian sayap, bahagian hujung abdomennya terdapat warna kuning-oren dan membantu dalam pengenalpastian jantina. Mula aktif pada waktu senja hingga waktu malam.
-
UPBK betina tertarik untuk bertelur di atas permukaan buah koko yang berumur tiga bulan ke atas atau bersaiz 7–10cm panjang. Secara amnya, buah koko yang mempunyai permukaan menggerutu cenderung diserang UPBK. Bilangan telur dianggarkan antara 40-150 biji sepanjang tempoh hayat dewasanya.
Kitar hidup -
Kitar hidup UPBK adalah antara 27-33 hari. UPBK dewasa akan bertelur di permukaan buah koko, terutama kawasan lurah.Telur UPBK berwarna oren, dan menetas selepas 3 hari. Larva yang baru menetas akan mengorek secara tegak ke dalam kulit dan menuju ke arah plasenta buah koko. Biasanya bahagian pulpa koko juga turut diserang. Setelah memperolehi makanan, larva tersebut akan melombong keluar ke permukaan buah.
-
Sebaik keluar sebagai prepupa, ia akan menghasilkan lapisan kokun mengelilinginya dan membentuk pupa. Pupa akan mengalami proses pematangan, dan akhirnya bertukar menjadi dewasa. UPBK dewasa mengalami kitar hidup yang dikenali sebagai metamorfosis lengkap (Rajah 3).
6 Koko Malaysia - Khasiatnya Sejati, Lazatnya Menyegarkan
KURSUS INDUKSI KHUSUS PEGAWAI/KAKITANGAN BARU LKM 26 – 30 Ogos 2013, Bukit Bendera Resort, Mentakab, Pahang
Rajah 3. Kitar hidup UPBK
5.3
Simptom serangan UPBK -
Warna masak tidak sekata dimana tompokan hijau pada buah yang telah masak, dan tompokan kuning pada buah koko yang belum masak.
-
Lubang masuk dibahagian dalam kulit koko, serta lubang keluar yang jelas kelihatan pada permukaan kulit koko.
-
Apabila buah koko dibelah, kelihatan jelas biji koko melekat antara satu sama lain. Terdapat tinggalan frass di bahagian plasenta buah berwarna hitam kecoklatan. Biji koko yang serius diserang sukar untuk dikeluar dan diasingkan.
-
Pupa kelihatan pada permukaan buah, daun hijau atau daun kering di lantai tanah.
a
b
Gambar 4. (a) Pupa UPBK dan (b) dewasa UPBK
7 Koko Malaysia - Khasiatnya Sejati, Lazatnya Menyegarkan
KURSUS INDUKSI KHUSUS PEGAWAI/KAKITANGAN BARU LKM 26 – 30 Ogos 2013, Bukit Bendera Resort, Mentakab, Pahang
a
b
Gambar 5. (a) Simptom serangan UPBK iaitu tompokan kuning pada buah muda (b) Lubang keluar pada permukaan kulit
a
b
Gambar 6. (a) Pupa yang baru keluar dari permukaan buah (b) Kerosakan serius olah UPBK
5.4
Kawalan UPBK Racun serangga merupakan teknik pengawalan yang diaplikasikan secara meluas di kalangan pekebun kecil di Malaysia. Namun terdapat beberapa teknik lain yang boleh diaplikasikan dalam pengawalan UPBK seperti disenaraikan dibawah. Jadual 2. Teknik kawalan UPBK Teknik
Kebaikan
Kekurangan
Rampasan Teknik terawal dijalankan ketika serangan UPBK dikesan. Melakukan rampasan menyeluruh terhadap semua saiz buah di keseluruhan kebun
Memutuskan kitar hidup UPBK dengan kesemua buah dikeluarkan daripada kebun. Sasaran melibatkan kesemua peringkat kitar hidup
Memerlukan komitmen menyeluruh. Penanam koko akan kehilangan sumber rezeki dalam tempoh tertentu menyebabkan kebanyakan penanam tidak melaksanakannya.
Rawatan kulit koko Buah diserang dirawat menggunakan racun serangga, di bungkus atau di tanam di dalam tanah
Memutuskan kitar hidup UPBK, terutama peringkat larva dan pupa
Sukar diaplikasi didalam kawasan yang luas
8 Koko Malaysia - Khasiatnya Sejati, Lazatnya Menyegarkan
KURSUS INDUKSI KHUSUS PEGAWAI/KAKITANGAN BARU LKM 26 – 30 Ogos 2013, Bukit Bendera Resort, Mentakab, Pahang
Penuaian buah koko secara kerap Buah di kutip lebih kerap dan digalakkan dibelah hari yang sama
Bertujuan memutuskan dan mengganggu kitar hidup UPBK
Masih terdapat buah belum matang yang menjadi sasaran UPBK
Buah bebas daripada serangan UPBK jika dibalut pada masa yang tepat
Melibatkan kos plastik yang tinggi dan kos buruh yang lebih banyak berbanding racun serangga
Kawalan biologi Melibatkan parasit telur, Trichogrammatoidea, mikrobial dan semut hitam koko
Mampu menjadi agen kawalan yang berpotensi dalam mengurangkan serangan UPBK
Memerlukan pengetahuan yang agak mendalam dalam konteks perlaksanaannya
Semburan racun serangga Menggunakan kumpulan deltamethrin, alphacypermethrin dan cypermethrin
Mudah dilaksanakan di kawasan kecil mahupun besar
Kesan terhadap alam sekitar dan UPBK mungkin menjadi resistan
Pembalutan buah Buah koko antara 7-9cm panjang dibalut menggunakan plastik
6.0
SERANGGA PEROSAK LAIN KOKO DEWASA Selain UPBK, terdapat beberapa perosak koko lain yang menyerang koko dewasa seperti Helopeltis, ulat pengorek batang koko, ulat pengorek dahan koko, ulat pengorek kulit koko, koya koko dan ulat bungkus. Langkah kawalan serangga yang tepat perlu dijalankan agar serangan tidak menjadi wabak yang memudaratkan. Serangga perosak biasa jarang mendatangkan kesan serius, kecuali jika populasinya tinggi, dimana langkah pengawalan yang berkesan perlu dilakukan dengan kadar segera dan menyeluruh. Jadual 3. Serangga-serangga perosak lain pokok koko dewasa Serangga & Deskripsi
Kepinding Nyamuk (NT)* Helopeltis spp (NS)** Mosquito Bug (NA)*** -
Simptom & Kesan -
Luka berbentuk bulatan berwarna hitam (1-4mm diameter) pada pucuk
-
Seperti di Jadual 1
-
Telur berwarna agak kemerahan yang berbentuk pellet Dahan yang diserang di bahagian atas lubang akan mengecut dan mengering Serangan pada anak pokok koko boleh menyebabkan kematian terutama jika diserang pada dahan utama dan batang
-
Kaedah paling efektif adalah cantasan dan memusnahkan dahan yang diserang terutama ketika serangan baru dikesan Jika serangan pada dahan besar, racun serangga perlu disuntik kedalam lubang pernafasan dan ditutup dengan tanah Racun dari kumpulan, dimethoate atau trichlorphon
Seperti di Jadual 1
Ulat pengorek dahan (NT) Zeuzera coffea dan Z. conferta (NS) Branch borer (NA)
-
-
-
Kawalan
Dua spesies diatas ditemui di Malaysia Dikenali sebagai Red Branch Borer berdasarkan larva yang berwarna merah-kecoklatan Kupu dewasa dikenali sebagai Leopard Moth berikutan bintik biru-kehitaman pada sayap yang berwarna putihkelabu Dewasa bertelur di celahan dahan
-
-
-
9 Koko Malaysia - Khasiatnya Sejati, Lazatnya Menyegarkan
KURSUS INDUKSI KHUSUS PEGAWAI/KAKITANGAN BARU LKM 26 – 30 Ogos 2013, Bukit Bendera Resort, Mentakab, Pahang
Ulat pengorek batang koko (NT) Cerosterna sp. nr. pollinosa (NS) Stem borer (NA) -
-
-
Badan berwarna beige dengan elytra berwarna coklat gelap pada bahagian anterior Bertelur pada jorket Larva boleh mencapai 80mm panjang dan 10mm lebar, berusia antara 315 hingga 525 hari Pupa dibahagian hujung terowong, dan berhampiran dengan pangkal pokok
Pengorek kulit koko (NT)* Endoclyta hosei (NS)** Ring bark borer (NA)*** -
-
-
-
-
Kupu-kupu berukuran 20mm panjang, sayap berwarna coklat gelap Telur menetas selepas11 hari Larva berada di sesampah atau kayu mereput selama beberapa hari sebelum melombong ke dalam batang Larva berwarna putih dengan tompokan kehitaman (5cm panjang) Pupa tinggal di saluran batang utama pokok sebelum terbit sebagai dewasa
Koya Koko (NT) Cataenococcus hispidus, Pseudococcus pelisae, Crypticerya jacobsoni, Ferrisiana virgata, Planococcus lilacinus, P. pacificus (NS) Mealy Bug(NA) -
-
Bukan merupakan perosak utama koko Populasi koya ini kebiasaannya tinggi di kawasan yang tidak mempunyai lindungan
Ulat Bungkus (NT) Clania spp, Mahasena Corbetti, Crematopsyche pendula, Pagodiella hekmeyeri (NS) Bagworms (NA)
-
-
-
-
-
Menghisap daun dan permukaan buah Kebiasaannya membuat ‘badan’ lindungan lembut daripada bebenang sutera. Berwarna kelabu-kecoklatan
Larva mula melombong daripada atas pokok ke bahagian bawah dan galeri korekan jelas kelihatan pada permukaan kulit batang Larva akan melombong sehingga pembentukan pupa berlaku Pokok akan hampir mati apabila kumbang dewasa keluar dari batang
-
Menyerang batang pokok koko diperingkat larva Biasanya menyerang pokok berusia 6-36 bulan di sekitar collar dan jorket Pokok muda akan mati, manakala sekiranya serangan dilakukan pada bahagian collar, pokok dewasa juga berkemungkinan besar akan mati
-
Menghisap cherelle dan pucuk Pertumbuhan pucuk terencat akibat bengkakan dan putaran pada bahagian internod Serangan Pseudococcus sp. dan Crypticerya boleh memberi kesan serius
-
Kaedah pengawalan paling efektif adalah menggunakan semburan racun serangga
Kerosakan akibat defoliasi pada bahagian pokok dan mati rosot pada bahagian dahan Biasanya jarang memberi impak kepada tanaman koko
-
Kawalan boleh dilaksanakan secara manual menggunakan tangan dengan mencabut ‘badan’ nya dari permukaan daun Menggunakan insektisid seperti trichlorphon
-
-
-
10 Koko Malaysia - Khasiatnya Sejati, Lazatnya Menyegarkan
Suntikan racun kumpulan chlorpyrifos ke dalam lubang perlu dilakukan dikawasan yang mempunyai tinggalan frass yang masih baru Pemantauan perlu dilakukan setiap bulan, dan rawatan perlu dilakukan seandainya kerosakan bertambah serius
Perlu melakukan pemantauan berjadual bagi memastikan serangan dapat di elakkan dari peringkat awal Suntikan racun serangga seperti chlorpyrifos ke dalam lubang kemasukan dan di tutup dengan tanah bagi mengelakkan larva di keluar untuk menyelamatkan diri
KURSUS INDUKSI KHUSUS PEGAWAI/KAKITANGAN BARU LKM 26 – 30 Ogos 2013, Bukit Bendera Resort, Mentakab, Pahang
a
b
Gambar 7. (a) Simptom kematian akibat serangan ulat pengorek dahan dan (b) Penggunaan insektisid dalam pengawalan ulat pengorek dahan
a
b
Gambar 8. (a) Simptom serangan ulat pengorek sabut koko dan (b) Larva
7.0
PEROSAK MAMALIA Antara perosak mamalia yang boleh ditemui di persekitaran koko Malaysia adalah babi, musang, monyet, tikus dan tupai terutama di kawasan berhampiran hutan atau semak samun. Simptom serangan adalah berbeza mengikut spesies. Simptom serangan roden seperti tikus dan tupai dapat dibezakan dengan musang berdasarkan kesan pada biji koko dan juga kulit buah (Jadual 4). Langkah kawalan yang boleh diambil bagi menangani mamalia seperti tikus, tupai dan musang adalah dengan memasang perangkap di kebun. Umpan dari kelapa dan pisang boleh digunakan bagi menarik minat mamalia memasuki sangkar berkenaan. Selain itu, memasang umpan kimia dan kawalan menggunakan burung hantu juga boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian. Bagi kawalan monyet, pemasangan perangkap dan maklumbalas dari pihak PERHILITAN diperlukan bagi menangani masalah ini. Selain itu, kebun perlu dipastikan sentiasa bersih, tidak bersemak samun dan sebaiknya mengurangkan cantuman kanopi diantara barisan pokok koko.
11 Koko Malaysia - Khasiatnya Sejati, Lazatnya Menyegarkan
KURSUS INDUKSI KHUSUS PEGAWAI/KAKITANGAN BARU LKM 26 – 30 Ogos 2013, Bukit Bendera Resort, Mentakab, Pahang
Jadual 4. Simptom dan kerosakan disebabkan mamalia Mamalia Monyet
-
Babi
-
Tikus
-
Tupai
-
Simptom dan kerosakan Buah yang diserang dikoyakkan dari batang dan sering menyebabkan kerosakan tapak buah dan bunga Buah tidak berlubang tetapi ketulan kulit berselerak di lantai tanah Biji ditelan dan tidak ditemui berhampiran kulit buah Dilaporkan menyerang pokok kecil dan boleh merosakkan batang dan sistem akar Turut dilaporkan geselan badan merosakkan tunas cantuman Lubang tebukan agak kecil dan berbentuk bulat dengan kecerunan bahagian tepi lubang yang kecil Serpihan kulit kecil bertaburan dan kadangkala terdapat serpihan kulit tergantung dari buah Lapisan lendir masih terdapat pada sebilangan biji koko yang dimakan, terdapat biji koko yang pecah bertaburan di lantai tanah Sering ditemui biji masih terdapat dalam buah yang diserang Lubang tebukan lebih besar berbanding tupai dengan bentuk membujur serta kecerunan tepi kulit yang condong Serpihan kulit lebih besar dan tidak melekat atau tergantung pada buah Biji bersih dari lendir, tidak pecah dan sering bertaburan pada dahan, permukaan buah atau diatas tanah
a
b
c
Gambar 9. Simptom serangan mamalia dipercayai (a) tikus (b) tupai dan (c) musang
8.0
KESIMPULAN Pengawalan serangan perosak koko perlu dilaksanakan dengan tepat, berjadual dan sistematik bagi memastikan intensiti serangannya tidak menjejaskan penanaman koko. Kawalan yang berkesan terutama di peringkat awal didapati mampu merendahkan tahap serangan, jika tidak menghapuskan populasi sepenuhnya di kebun koko. Amalan penjagaan kebun yang baik terutama melibatkan pemangkasan perlu bagi memastikan peredaran udara dan kemasukan cahaya yang mencukupi di kebun, sekaligus mengurangkan potensi serangan perosak di persekitaran koko.
12 Koko Malaysia - Khasiatnya Sejati, Lazatnya Menyegarkan