Prosiding Seminar Pengurusan Islam:Ke Arah Pemantapan Ummah Disuntingoleh: Ahmad Irdha Mokhtar dan Zulkefli Aini. © Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor. ISBN 123-456-7890-98-7 (2015), http://www.ukm.my/skim
Aplikasi Metodologi Dakwah Malaysian Chinese Muslim Assoclation (MACMA) Kelantan kepada Muallaf: Kajian Awal Roslieza Rosli Dr. Nur A’thiroh Masyaa’il binti Abdullah @ Tan Ai Pao Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor.
[email protected]
ABSTRAK: Golongan muallaf adalah insan pilihan Allah s.w.t yang dijinakkan hati untuk menerima Islam. Walau bagaimanapun, mereka memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan khususnya berkaitan dengan ajaran Islam supaya mereka dapat memahami konsep ajaran agama Islam secara menyeluruh tetapi berperingkat. Permasalahan akan timbul apabila wujudnya kelemahan pendekatan dakwah yang digunakan oleh organisasi dakwah dalam usahausaha untuk memberi kefahaman tentang ajaran Islam kepada golongan muallaf. Hal ini menyebabkan mereka kurang berminat dan komited dengan ajaran Islam dan tidak dapat memahami isi dakwah yang disampaikan kepada mereka disebabkan kelemahan dari sudut kaedah dan bentuk penyampaian dakwah yang kurang efektif, tidak efesian dan kurang daya tarikan. Justeru itu, satu kajian awal berkaitan Aplikasi Metodologi Dakwah MACMA Kelantan Kepada Muallaf dilakukan. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan perkaitan antara metodologi dan dakwah bagi menghasilkan suatu pendekatan yang lebih efektif, efisen, menarik perhatian dan dapat memberi kesan terhadap hati dan jiwa muallaf untuk memahami konsep ajaran Islam yang bersifat dinamik dan universal. Fokus utama kajian ini adalah untuk menjelaskan Aplikasi Metodologi Dakwah MACMA Kelantan Kepada Muallaf yang telah digunakan dalam orientasi pelaksanaan dakwah berkesan dan berstrategi antara tahun 2014 dan 2015. Kajian ini berbentuk analisis dokumen ke atas sumber sekunder dan sumber berautoriti yang merangkumi dokumen bertulis. Hasil kajian mendapati pendekatan dakwah mestilah merangkumi tiga elemen penting yang saling melengkapi antara satu sama lain iaitu metod, uslub dan wasail. Oleh itu, metodologi dakwah yang diaplikasikan oleh MACMA Kelantan kepada muallaf sebagai satu usaha dan proses untuk menyampaikan dakwah kepada golongan muallaf seperti dakwah melalui pendidikkan, dakwah melalui kebajikan dan ekonomi, dakwah melalui khidmat sosial dan dakwah melalui seni bina masjid. Kata kunci: aplikasi, metodologi, dakwah, macma kelantan, muallaf.
Pengenalan Organisasi merupakan kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam pertubuhan, berpasukan dab perbadanan yang mempunyai tujuan tertentu bagai kepentingan bersama (Kamus Dewan 1992). Menurut Hitt, Miller & Colla (2006), organisasi adalah satu kolektif individu yang membangunkan sistem koordinasi dengan mengkhususkan kepada satu-satu aktiviti untuk mencapai satu-satu matlamat dalam satu jangka masa yang telah ditetapkan. Oleh itu, sesebuah organisasi mempunyai matlamat untuk memenuhi tuntutan dan keperluan dari sudut ekonomi, sosial, agama dan politik menerusi visi, misi dan matlamat yang telah ditetapkan dalam sesebuah organisasi. Dengan demikian, untuk mencapai hadaf dalam organisasi yang berbentuk sebuah
organisasi gerakan dakwah seperti pertubuhan MACMA, maka aspek metode dan dakwah antara dua elemen dan dua unsur yang saling berkait antara satu sama lain dan tidak boleh dikesampingkan kerana metode dakwah merupakan cara untuk mencapai tujuan dakwah. Organisasi dakwah seperti pertubuhan MACMA tidak dapat lari daripada tanggungjawab menyebarkan dakwah kepada seluruh manusia dengan menggunakan cara mahupun pendekatan yang bersesuaian mengikut tahap kefahaman golongan sasaran. Dengan demikian, dapat disimpulkan bahawa organisasi dakwah itu merupakan sebuah gerakan dakwah yang mempunyai matlamat iaitu mengembalikan manusia kepada al-Quran dan al-Sunnah dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup dalam semua aspek kehidupan.
PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: PENGURUSAN DAN DAKWAH
Metodologi Dakwah Metodologi berasal dari perkataan metode manakala dari sudut bahasa berasal dari bahasa Greek iaitu meta bermaksud dengan dan odos bermaksud jalan. Oleh sebab itu, metode bermaksud dengan jalan atau dengan cara (Dr. Nazaluddin SH 1974: 33). Merujuk kepada beberapa perkataan dalam bahasa Arab seperti uslub, manhaj dan wasilah dilihat mempunyai maksud yang sangat dekat dengan metode. Uslub ialah jalan dan cara membentuk, cara menggunakan sesuatu atau caracara tertentu untuk melakukan sesuatu pekerjaan (al-Zain 1985: 352). Mengikut istilah dalam dakwah, uslub dakwah ialah penyampaian kandungan atau isi dakwah dengan ibarat dan bentuk tertentu (Nawfal 1977: 189). Dari sudut peristilahan biasa dalam dakwah, uslub dakwah ialah penyampaian kandungan atau isi dakwah dengan ibarat dan bentuk tertentu (Nawfal 1977: 189). Jika uslub bererti cara membentuk, cara menggunakan sesuatu atau cara-cara tertentu untuk melakukan sesuatu pekerjaan (al-Zain 1985: 352), maka uslub dakwah bererti cara melakukan dakwah. Manakala manhaj atau minhaj bererti jalan terang atau jalan nyata (al-Marbawi 1350: 348). Menurut Kamus Munjidu al-Abjadi (1986: 1095) pula manhaj bermaksud jalan yang jelas. Adapun wasilah bererti media atau saluran penyampaian kandungan dakwah yang antaranya melalui media massa (Nawfal 1977: 189). Bagi Ghalus, wasilah bukan sahaja bermakna saluran tetapi lebih memberi erti uslub itu sendiri.Selain daripada bererti saluran,
wasilah juga bererti uslub atau cara penyampaian kandungan (Ghalus 1972: 275). Perkataan dakwah mengikut Syeikh Ali Mahfuz berasal dari bahasa Arab iaitu da’a, yad’u dan dwatan yang bermaksud seruan, panggilan dan jemputan. Pengertian dakwah dari sudut istilah ialah mendorong manusia untuk melakukan kebaikan dengan menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah kepada kemungkaran supaya mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat dengan cara hikmah dan bijaksana untuk mengikut petunjuk Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. (Ghazali Darusalam 1996: 1).
Dalam Kamus al-Marbawi “Dakwah bermaksud seruan (Al-Marbawi 1350: 203). Kamus Munjidu at-Tullab mendefinisikan dakwah sebagai seruan, menggemarkan
padanya dan meminta kesediaannya. Di dalam maksud lain, dakwah boleh didefinisikan dengan maksud seru, panggil dan ajak (Munjidu at-Tullab 1986: 200). Wan Hussein Azmi (1984: 3) memberi beberapa istilah yang sinonim dengan dakwah iaitu merujuk kepada nabi Muhammad s.a.w antaranya “basyir” yang membawa maksud pembawa berita gembira iaitu syurga kepada orang yang beriman. Begitu juga dengan “nazhir” yang bermaksud pemberi ingatan azab neraka kepada orang yang tidak beriman dengan Allah s.w.t. Dakwah juga dikatakan suatu kegiatan ajakan yang baik dalam bentuk lisan, tulisan dan tingkahlaku yang dilakukan secara sedar dan berencana untuk mempengaruhi orang lain sama ada individu atau kelompok supaya timbul dalam dirinya suatu pengertian kesedaran sikap, penghayatan serta pengalaman tanpa melibatkan unsur-unsur paksaan (Fariza Md. Sham. Siti Ruqayah Hj. Tibek & Othman Hj. Talib 2006). Dakwah mengikut pendifinisian Dr. Yusuf al-Qaradhawi adalah sebagai usaha untuk membawa orang lain kepada agama Islam supaya mengikut petunjuk agama Islam, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk penghambaan diri, permohonan dan taat hanya kepada Allah s.w.t, melepaskan diri daripada segala kongkongan yang selain daripada Allah s.w.t yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang lain yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t, menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran dan berjihad pada jalannya (Ab. Aziz Mohd Zain 1997). Dakwah menurut Dr. Ra’uf Shalabi adalah merupakan gerakan yang membawa masyarakat daripada kekufuran kepada keimanan, kegelapan kepada cahaya dan kesempitan kepada keadaan lapang di dunia dan akhirat (Ab. Aziz Mohd Zain 1997). Kesimpulannya, perkataan dakwah membawa pengertian iaitu ajakan, seruan dan panggilan yang baik untuk membimbing dan memandu manusia kepada mencapai matlamat yang baik. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa metodologi dan dakwah saling berkait antara satu sama lain dan saling melengkapi dan boleh diibaratkan jika tiada metodologi yang tepat dan bersesuaian maka dakwah akan tempang.
PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: PENGURUSAN DAN DAKWAH
mendekati dan berdakwah kepada masyarakat China bukan Islam setelah memahami latar belakang mereka dan kehendak mereka (MACMA 2013). Idea penubuhan MACMA semakin menjadi realiti rentetan satu pertemuan yang telah diadakan antara jawatankuasa penaja MACMA dengan YB Dato’ Dr. Abdul Hamid Othman, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 27 Julai 1994. Yang Berhormat melahirkan rasa gembiranya di atas inisiatif yang telah ditunjukkan oleh jawatankuasa penaja dan berharap persatuan ini dapat menjalankan aktivitiaktivitinya dengan baik dan berkesan untuk kebaikan agama Islam (MACMA 2013). Oleh itu, pertubuhan ini telah didaftarkan di bawah seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966, atas nama Persatuan China Muslim Malaysia atau Malaysian Chinese Muslim Assoclation (MACMA), pada 8 September 1994 dan nombor pendaftarannya ialah 1964/94. Mesyuarat Agung kali pertama telah diadakan pada 21 Mei 1995 di Dewan Utama PERKIM, Bangunan PERKIM Pusat, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (Buletin MACMA. Bil 1. September 1996: 3).
Metodologi Proses Asas Dakwah
Dakwah adalah usaha yang bersifat dinamik, tidak statik dan sentiasa berkembang sesuai dengan tabii kejadian manusia. Dalam proses pendakwahan ia melibatkan beberapa unsur utama iaitu pendakwah (dai), kandungan (mauduk), saluran (manhaj), sasaran (mad’u) dan kesan (athar). Proses ini melibatkan pendakwah menyampaikan isi kandungan melalui saluran tertentu kepada sasaran dengan kesan tertentu. Oleh itu, aplikasi metodologi dakwah perlu didasari oleh kelimi-lima unsur asas dakwah tersebut (Zulkiple Abd Ghani 2009). Rasulullah s.a.w menegaskan supaya keupayaan intelek sasaran diberi perhatian khusus agar mauduk yang disampaikan sesuai dengan mereka. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bercakaplah kepada manusia mengikut kadar keupayaan akal mereka”. Selain itu, Rasulullah juga bersabda yang bermaksud: “Jika engkau bercakap dengan sesuatu kumpulan yang taraf pemikiran mereka tidak sampai kepada tahap percakapan itu maka ia akan membawa fitnah kepada sesetengah mereka” (Muslim, alMuqaddimah: Bab al-Nahy ‘ain al-Hadith: 104).
MACMA Kelantan Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) cawangan Kelantan ditubuhkan pada tahun 1996 selepas dua tahun penubuhan MACMA Malaysia 1994. (MACMA) cawangan Kelantan beralamat di PT 383, Seksyen 25, Taman Maju, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Manakala email MACMA cawangan Kelantan beralamat email
[email protected].
Sejarah Penubuhan MACMA Pemelukan orang bukan Islam terutama dalam kalangan masyarakat China kepada agama Islam semakin mendapat perhatian yang menggalakkan dan memberansangkan. Ini merupakan petanda yang cukup baik pada perkembangan agama Islam di Malaysia menjelang 2020. Namun begitu, pertambahan dari segi kuantiti sahaja sudah tentu tidak mencukupi sekiranya tidak diiringi dengan kualiti. Negara memerlukan individu China Muslim yang berkualiti dalam usaha bersama-sama menggerakkan dakwah Islamiah di negara kita (MACMA 2013). Disebabkan kesedaran ini maka Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) telah ditubuhkan. Idea penubuhan persatuan ini adalah hasil daripada perbincangan segolongan profesional China Muslim yang memikirkan perlunya sebuah Persatuan China Muslim yang beridentitikan sosio budaya China yang tidak bertentangan dengan Islam. Ini bertujuan supaya China Muslim dapat lebih
Objektif i. ii. iii. iv. v.
vi.
Memberi penerangan dan mengembangkan ajaran Islam. Melaksanakan aktiviti Islam serta bekerjasama dengan NGO-NGO Islam lain. Membina dan membangunkan masyarakat muslim berwibawa. Mengeratkan hubungan sesama muslim di Malaysia. Menjalankan kajian, seminar dan latihan untuk meningkatkan penghayatan Islam kepada ahli. Menyokong dan membina pusat Islam atau masjid bersenibina Cina.
PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: PENGURUSAN DAN DAKWAH
vii.
viii.
Merancang, menyusun dan menjalankan kegiatan ekonomi Islam, tabung amanah dan kebajikan. Membina dan membangunkan masyarakat Cina Muslim berwibawa. Visi Mengambil bahagian dan menyumbang ke arah pembentukan Khairul Ummah atau “The Best of Nations”. Misi
i. ii.
Menjadi NGO Islam yang cemerlang organisasinya. Menjalankan kegiatan Islam sedaya upaya untuk menyumbang kepada pembentukan Khairul Ummah. Jawatan Kuasa MACMA Kelantan sesi 2015/2016 Pengerusi Naib Pengerusi Bendahari Setiausaha Penolong Setiausaha Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Juruaudit 1 Juruaudit 2
: Johari Yap : Ahmad Nawawi Wie : Hasmuni Chew : Nor Asikin Ong : Eddie Mokhtar Chan : Muhamad Tan : Yaakob Tan : Mohd Firdaus Hui : Shafie Theng : Aminah Ch’ng : Dayang Sofiana Owe : Nuraini Lin : Jamilah Chan : Abdul Rahim Pui Muallaf
Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, saudara baru Cina, saudara baru India atau lainlain masyarakat dirujuk dan diistilahkan sebagai muallaf oleh masyarakat Islam amnya dan masyarakat Melayu khasnya ( Anuar Puteh 1999: 1). Anuar Puteh juga menulis dalam buku Masa Depan Saudara Baru – Harapan, Realiti dan Cabaran, saudara baru merupakan mereka yang telah melafazkan kalimah syahadah dan golongan Muslim yang wajar diberi bimbingan dan perhatian oleh golongan yang lebih berkelayakan (Anuar Puteh 2005: 30). Manakala definisi lain yang lebih jelas memberi pengertian saudara baru sebagai orangorang yang dipujuk dan dijinakkan iaitu mereka
yang dipujuk dan dijinakkan hatinya dengan harapan dapat menguatkan pegangan mereka terhadap Islam atau orang-orang yang dipujuk supaya tertarik untuk memeluk Islam (Amran Kasimin 1985: 1). Sebagai perbandingan definisi yang dinyatakan oleh penulis Haji Dusuki bin Haji Ahmad (1980: 219), mualaf adalah orang yang baru memeluk agama Islam dan imannya belum teguh dan mereka berhak menerima sebahagian tertentu daripada harta zakat. Ahmad Redzuwan Mohd Yunus dan Nur Kareelawati Abd Karim mentakrifkan saudara baru adalah kalangan manusia yang baru memeluk agama Islam dan berhak mendapat zakat dan pemberian tersebut bertujuan untuk melunakkan hati dan menguatkan keislaman mereka (Ahmad Redzuwan Mohd Yunus dan Nur Kareelawati Abd Karim 2005: 10). Saudara baru diertikan juga sebagai segolongan manusia yang kufur dan memeluk Islam dengan melafazkan dua kalimah syahadah. Pemberian zakat kepada asnaf muallaf adalah wajib bertujuan untuk memotivasikan serta menguatkan pegangan akidah Islamiah yang baru dianuti (Nur A'thiroh Masyaa'il Tan @ Tan Ai Pao 2005: 78). Selain itu dengan tumpuan perhatian, bimbingan dan didikan agama, kasih sayang dan keikhlasan dalam mendekati saudara baru akan membawa mereka menuju kemantapan jiwa beragama. Seterusnya akan mengimplikasikan kepada kemampuan mereka dalam menjalankan kewajipan dan tanggungjawab sebagai Muslim dalam kehidupannya. Daripada pengertian di atas dapat disimpulkan saudara baru dari definisi perspektif semasa adalah mereka yang dijinakkan hati mereka untuk menerima Islam dan telah melafazkan dua kalimah syahadah. Pemberian zakat adalah bertujuan untuk memotivasi dan memantapkan lagi keislamannya serta beramal dengan ajaran Islam. Perhatian, kasih sayang dan bimbingan dari masyarakat dapat membentuk saudara baru sebagai modal insan yang berkualiti dalam dakwah Islamiah (Nur A'thiroh Masyaa'il Tan @ Tan Ai Pao 2005: 24). Aplikasi Metodologi Dakwah MACMA Kelantan kepada Muallaf “Pengaplikasian” merujuk Kamus Dewan ialah berasal dari kata akar “aplikasi” iaitu kegunaan. Makna “Pengaplikasian” dirujuk sebagai perihal (perbuatan) mengaplikasikan sesuatu (Noresah bt
PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: PENGURUSAN DAN DAKWAH
Baharom et al, 2000: 59). Dalam konteks kajian, ia bermaksud bagaimana sesuatu metode dakwah itu digunakan di dalam sesuatu tempat yang dikaji. Oleh sebab itu, organisasi dakwah perlu bergerak dengan perancangan yang berstrategi supaya setiap tindakan yang dilakukan mendapat hasil yang baik. Oleh sebab itu, diketengahkan beberapa metodologi dakwah yang diaplikasikan oleh MACMA Kelantan kepada muallaf dalam orientasi mengerakkan usaha-usaha dakwah yang berkesan. Antara metodologi dakwah MACMA Kelantan adalah sebagaimana berikut: Dakwah Melalui Pendidikan Pendidikan adalah asas utama dalam usaha memberi kefahaman tentang Islam kepada muallaf. Pelbagai aktiviti yang berbentuk pendidikan dilaksanakan untuk mencapai objektif tersebut. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah sebagaimana berikut:
Mohd Fadzil Wong dari Biro Belia MACMA Kelantan (MACMA Kelantan 2015/2016). Kursus Pengurusan Jenazah Pada 17 April 2014 telah diadakan Kursus Pengurusan Jenazah untuk wanita anjuran bersama MACMA Kelantan dan Pusat Islam USM bertempat di Dewan Jannatul Adni, Kampung Gajah Mati, Tawang, Bachok. Seramai 45 ahli MACMA dan Peladangnita mengikuti kursus ini (MACMA Kelantan 2015/2016). Forum Freedom of Life Pada 19 April 2014 telah diadakan forum “Freedom of Life” anjuran bersama MACMA dan Jawatankuasa Teman UMK bersama kira-kira 200 orang pelajar UMK di Kampus Kota, Taman Bendahara, Pengkalan Chepa. Pengerusi dijemput sebagai ahli panel dalam forum tersebut (MACMA Kelantan 2015/2016).
Seminar Pengukuhan Iman dan Akhlak Friendly Techno Daie Pada 8 Februari 2014 telah diadakan Seminar Pengukuhan Iman dan Akhlak di Balai islam Lundang anjuran bersama International Islamic Information & Dakwah Centre (IIDAC), Kelantan Indian Muslim Association (KIMA) dan MACMA Kelantan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK). Kirakira 250 orang saudara Muslim yang terlibat. Penceramah ialah Haji Kamarudin Abdullah, Pengerusi Islamic Propagation Society International (IPSI) Pulau Pinang yang membentangkan kertas kerja bertajuk “Iman dan Akhlak seorang Muslim”. Manakala Haji Mohd Fitri Abdullah, Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM pula membentangkan kertas kerja bertajuk “Adat resam masyarakat India yang tidak bercanggah dengan Islam”. Program ini mendapat sambutan baik dan akan diteruskan lagi dengan kehadiran yang lebih besar termasuk dari kalangan saudara asal Islam (MACMA Kelantan 2015/2016). Majlis Dialog Perpaduan Negara Pada 1 Mac 2014 telah diadakan Majlis Dialog Perpaduan Negara anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Kelantan. MACMA Kelantan telah diwakili oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Bendahari dan
Pada 19-20 Disember 2014 telah diadakan program “Friendly Techno Daie” selama 2 hari bersama Saudara Lim Jooi Soon ini dianjurkan bersama Rakan Masjid USM dan Pusat Islam USM dengan kerjasama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) (MACMA Kelantan 2015/2016). Seminar Pelaburan Bijak Pada 21 Jun 2014 telah diadakan Seminar Pelaburan Bijak bersama Permodalan Nasional Berhad (PNB) bersama kira-kira 50 orang ahli MACMA Kelantan di Kompleks Islam Panji (MACMA Kelantan 2015/2016). Ceramah PADA 9 Ogos 2014 sempena majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri MACMA Kelantan di Pusat Aktiviti Cina Muslim, Taman Maju telah dihadiri kira-kira 150 orang ahli, keluarga, wakil dari IKRAM Kelantan dan PAPISMA Kelantan. Makanan ala Thai dan ala Sarawak telah disediakan secara gotong-royong oleh ahli-ahli MACMA sendiri. Adik Amirul Syafie Lee yang berumur 20 tahun yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan telah memberikan ceramah serta
PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: PENGURUSAN DAN DAKWAH
perkongsian mengenai keislaman beliau 2 tahun lepas ketika berumur 18 tahun. Selain itu, pada 14 Februari 2014 bersempena Mesyuarat Agung Tahunan MACMA Kelantan yang ke-15 yang julungjulung kali diadakan di perkarangan tapak Pusat Aktiviti Cina Muslim (PACM), dua orang penceramah dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dijemput untuk memberikan ceramah mengenai Tribunal Tuntutan Pengguna. Segala perbelanjaan mesyuarat agung telah ditanggung sepenuhnya oleh pihak KPDNKK (MACMA Kelantan 2015/2016). Dakwah Melalui Kebajikan dan Ekonomi Metodologi dakwah melalui kebajikan dan khidmat sosial antara pendekatan yang bersifat untuk membantu kebajikan muallaf dengan kepelbagaian alternatif untuk mencapai objektif tersebut. Antara alternatif yang telah dilaksakan menerusi beberapa aktiviti dan program sebagaimana berikut: Solat Hajat dan Bantuan Persekolahan Pada 2 Januari 2014 telah berlangsung program Solat Hajat sempena memasuki pejabat baru MACMA Kelantan di tapak Pusat Aktiviti Cina Muslim (PACM) oleh semua AJK dan beberapa ahli MACMA Kelantan dan penduduk sekitar. Imam Masjid Ehsan mengimamkan solat hajat ini. Program ini diteruskan dengan program Bantuan Persekolahan MACMA Kelantan di mana Yayasan RASMA telah menyumbangkan RM3850 untuk diagihkan kepada 10 keluarga MACMA Kelantan yang mempunyai anak ramai dan masih bersekolah. Bantuan diserahkan oleh Imam Masjid Ehsan sambil disaksikan oleh Pengerusi MACMA Kelantan (MACMA Kelantan 2015/2016). Makan Malam Anjuran program makan malam antara rutin yang harus dikekalkan kerana ia merupakan alternatif untuk mengukuhkan hubungan silaturahim sebagimana yang diaplikasikan oleh MACMA Kelantan. Pada 29 Januari 2014, penggambaran suasana makan malam MACMA Kelantan sempena sambutan Tahun Baru Cina di Kelantan telah dirakam di Restoran Haji Sharin Low KB di
Jalan Hospital, Berek 12, Kota Bharu. Kira-kira 12 orang AJK MACMA Kelantan terlibat dan rakaman tersebut telah ditayangkan dalam Bulletin Utama TV3 pada malam Tahun Baru Cina. Makan malam tersebut juga mendapat liputan muka depan dalam suratkhabar New Straits Times pada hari Tahun Baru Cina, dan juga disiarkan di suratkhabar Harian Metro dan Berita Harian. Manakala pada 18 Mei 2014 pula diadakan makan malam bersama 44 orang saudara Muslim dari Temerloh, Pahang di Restoran Haji Sharin Low KB, Berek 12. Bukan itu sahaja, pada 23 Julai 2014 telah diadakan iftar MACMA Kelantan bersama Imam Mesir di Restoran Haji Sharin Low KB. Jemputan terdiri daripada agensi kerajaan dan wakil-wakil NGO dakwah yang telah lama bersama MACMA Kelantan iaitu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayhu Kelantan (MAIK), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), PAPISMA Kelantan, PERKIM Kelantan, IKRAM Kelantan, Persatuan India Muslim Kelantan (KIMA), dan International Islamic Information and Dakwah Centre (IIDAC). Manakala pada 20 Ogos 2014 diteruskan dengan makan malam bersama 52 orang muallaf dari Beaufort, Sabah di Kompleks Islam Panji. MACMA Kelantan telah menjamu mereka makan malam dengan masakan Cina Muslim yang disediakan oleh Restoran Haji Sharin Low KB (MACMA Kelantan 2015/2016). Masih Ada Yang Sayang Pada Mac 2014 telah diadakan program “Masih Ada Yang Sayang” anjuran MACMA Kelantan dengan kerjasama Peladang, PAPISMA Kelantan dan UMNO Bachok untuk meraikan 50 orang anak yatim yang tinggal di sekitar Tawang, Bachok. Program ini dirasmikan oleh Dato’ Dr Ilias Husin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, dan dijalankan di perkarangan rumah Penolong Setiausaha, Puan Nor Asikin Ong di Kampung Gajah Mati, Tawang, Bachok yang bermula jam 8 pagi dan tamat 5.30 petang. Pemeriksaan kesihatan percuma oleh 2 orang pegawai perubatan dari PAPISMA Kelantan kepada ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim yang hadir. AJK dan ahli MACMA juga turut serta dalam pertandingan dan sukaneka bersama ibuibu tunggal dan anak-anak yatim untuk meraikan mereka (MACMA Kelantan 2015/2016).
PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: PENGURUSAN DAN DAKWAH
Pelancaran Umrah Pada 19 Mei 2014 telah diadakan program Pelancaran Umrah di Masjid Lojing, Daerah Kecil Lojing, Gua Musang bersama Yayasan Sultan Kelantan. Seorang Cina Muslim dari MACMA, Johan Abdullah dari Kuala Krai, seorang India Muslim dari KIMA, Mohd Paul dari Tumpat dan dua orang Asli telah terpilih untuk mengerjakan umrah yang ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Sultan Kelantan(MACMA Kelantan 2015/2016). Kempen Mengutip Sumbangan Pada 6 - 8 Mei 2014, MACMA Kelantan telah membuka booth untuk kempen mengutip sumbangan bagi projek Terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Mandarin selama 3 hari sempena Festival Kelestarian Islam 2014 di Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian, Kelantan. Selain itu, pada 12 – 14 Jun 2014 sempena Karnival Hijrah Negeri Kelantan di Balai Islam Lundang, Kota Bharu, MACMA Kelantan juga telah membuka booth untuk kempen mengutip sumbangan bagi projek Terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Mandarin selama 3 hari dari 12 Jun hingga 14 Jun 2014. Pengerusi MACMA Kelantan juga telah ditemuramah oleh saudara Amin Idris dalam rancangan Assalammualaikum secara langsung di TV Al-Hijrah pada 14 Jun 2014 (MACMA Kelantan 2015/2016). Sumbangan Bantuan Persekolahan dan Pasca Banjir Etiqa Pada 21 Disember 2014 telah berlangsung program penyampaian cek berjumlah RM5800 oleh Yayasan YARA untuk sumbangan “Balik Ke Sekolah 2015” kepada ahli-ahli MACMA Kelantan yang terpilih. Program ini telah diadakan di Restoran Haji Sharin Low Grand di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. MACMA Kelantan telah diwakili oleh Haji Johari Yap, Haji Hasmuni Chew dan Mohd Fadzil Ng. Selain itu, sumbangan Pasca Banjir Etiqa MACMA telah diberikan kepada 30 mangsa banjir di sekitar Kuala Krai dan Manik Urai Lama (Johari Yap07/02/2015). Sumbangan Pasca Banjir Etiqa MACMA turut diagihkan kepada mangsa banjir kepada 110 ahli-ahli MACMA dan juga saudara Muslim yang bukan ahli MACMA yang terlibat dengan banjir dari sekitar Tumpat, Tanah Merah, Pasir Mas, Rantau Panjang, Machang dan
Kota Bharu. Lebih kurang 30 ahli MACMA dari Kuala Krai dan Manik Urai Lama telah diberikan sumbangan secara terus ketika lawatan ke rumah pada minggu berikutnya pada 7 Februari 2015 (Johari Yap31/01/2015). Bukan itu sahaja, program sumbangan makanan kepada 60 orang ahli MACMA yang terlibat dengan banjir telah diadakan di perkarangan pejabat MACMA Kelantan di Taman Maju (Johari Yap10/01/2015). Dakwah Melalui Khidmat Sosial Metodologi dakwah menerusi praktikal secara khidmat sosial mampu menarik perhatian muallaf untuk mendalami Islam di samping mewujudkan jaringan hubungan sosial yang baik antara masyarakat. Antara rangka kerja atau program yang telah dilaksanakan oleh MACMA Kelantan adalah sebagaimana berikut: Perarakan Perpaduan Kelantan Berselawat Pada 1 Februari 2014 telah berlangsung majlis Perarakan Perpaduan Kelantan Berselawat sempena Maulidur Rasul di Padang Perdana, Kota Bharu bersama kira-kira 90 NGO serta jabatan dan agensi kerajaan di Kelantan. Perarakan sejauh 2.5km ini dianjurkan oleh gabungan NGO Kelantan yang dipengerusikan oleh Datuk Ab Halim Ahmad dan turut disertai oleh Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed (MACMA Kelantan 2015/2016). Kem Kesihatan Pada 9 Mei 2014 telah diadakan Kem Kesihatan dengan kerjasama PAPISMA Kelantan untuk kira-kira 200 orang masyarakat Cina Non-Muslim di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu. Mereka yang hadir diberikan pemeriksaan kesihatan dan ubatubatan percuma. Selain itu, diadakan juga kempen derma darah dan pemeriksaan mata percuma dengan kerjasama Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu dan pemeriksaan dan rawatan pergigian percuma dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Pergigian, USM (MACMA Kelantan 2015/2016).
PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: PENGURUSAN DAN DAKWAH
Gotong-royong Aktiviti gotong-royong dilaksanakan adalah untuk membersihkan kawasan pejabat MACMA Kelantan (Johari Yap 16/01/2015). Selain itu, dengan wujudnya aktiviti seumpama ini ia dapat mengeratkan silaturahim dan mewujudkan kerja secara berkumpulan dan mampu menanam sifat saling membantu antara satu sama lain (MACMA Kelantan 2015/2016). Ahli Majlis MESRA Pada 16 Februari 2014 telah berlangsung mesyuarat kali pertama Majlis Sukarelawan Rakyat Kelantan (MeSRA) di bawah kelolaan urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Kerajaan Negeri Kelantan. Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha MACMA Kelantan telah diberi penghormatan dan dilantik sebagai Ahli Majlis (MACMA Kelantan 2015/2016).
Cadangan Bagi melengkapkan lagi kajian Aplikasi Metodologi Dakwah MACMA kepada Muallaf: Satu Kajian Awal, maka dalam ulasan artikal ini disarankan beberapa cadangan berbentuk strategi berdakwah kepada muallaf atau metodologi dakwah kepada muallaf sebagaimana berikut: i. Dakwah Melalui Pena. ii. Dakwah Melalui Teknologi, Media Elektronik & Media Cetak. iii. Dakwah Melalui Penyelidikan. iv. Dakwah Melalui Pameran. v. Dakwah Melalui Cetakan al-Qur’an Versi Mandarin. vi. Dakwah Melalui Makanan. vii. Dakwah Melalui Imej Bangunan. viii. Dakwah Melalui Sambutan Perayaan. ix. Dakwah Melalui Kesenian dan Kebudayaan. x. Dakwah Melalui Hiburan. xi. Dakwah Melalui Lawatan Luar. xii. Dakwah Melalui Bahasa (Mohd Ridhuan Tea Abdullah 2012: 58-68).
Dakwah Melalui Seni Bina Masjid Penutup Pembinaan masjid berseni bina Cina adalah untuk memecahkan tembokstereotip yang wujud dalam pemikiran orang bukan Islam. Namun demikian, isu seumpama ini dapat di atasi cadangan pembinaan masjid berseni bina Cina dipersetujui. Reka bentuk masjid ini dibina menggunakan rekaan daripada negara Cina dan telah mendapat tempat pertama dalam acara rekaan unggul 2014. Dengan adanya masjid tersebut ia memudahkan aktiviti dan program yang dikhususkan untuk muallaf selain dapat diimarahkan oleh masyarakat setempat. Pendekatan seumpama ini sangat penting dan wajar kerana muallaf dapat mengenali cara hidup Islam yang sebenar. Selain itu, ia dapat melembutkan hati muallaf bahawa Islam menerima seni bina bangsa-bangsa lain selagi tidak bercanggah dengan dasar dan menyedarkan muallaf bahawa negeri China telah menerima Islam lebih daripada 1300 tahun yang lalu dengan wujudnya ribuna masjid berkonsepkan seni bina Cina. Dakwah melalui seni bina masjid merupakan pendekatan dakwah yang mengentengahkan penampilan imej masjid Cina agar ia manjadi faktor tarikan bagi orang Cina dan pelancong-pelancong (Mohd Ridhuan Tea Abdullah 2012: 4-5).
Realiti dalam praktikal proses dakwah tidak semudah sebagaimana teori kerana mauduk dakwah yang disampaikan mungkin diterima dan ditolak disebabkan gangguan dan halangan oleh sasaran. Pendakwah yang memiliki ideal, persediaan mesej yang rapi dan penggunaan saluran yang canggih juga boleh terhalang di beberapa peringkat sebelum diterima dan memberi kesan kepada sasaran. Proses gangguan dan halangan mauduk berlaku sama ada pada pendakwah, mauduk, saluran atau sasaran penerima (Zulkiple Abd Ghani 2009). Oleh itu metodologi amat penting dalam menyampaikan isi dakwah. Tanpa adanya perancangan dari segi metodologi dan approach, organisasi dakwah tidak dapat berjalan dengan berkesan. Justeru itu, pendakwah perlu bijak merealisasikan metode dakwah dalam melaksanakan seruannya. Hal ini membuktikan bahawa para pendakwah perlu menguasai kepelbgaiaan ilmu seperti memantapkan penguasaan ilmu agama, ilmu sosiologi, ilmu psikologi, ilmu politik serta perlu mempunyai kemahiran-kemahiran tertetu seperti kemahiran berkomunikasi dan kemahiran ICT.
PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: PENGURUSAN DAN DAKWAH
Rujukan Al-Quran al-Karim Ab. Aziz Mohd Zain. 1997. Pengantar Dakwah Islamiah, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Ab. Aziz Mohd Zain. 1999. Psikologi Dakwah. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Ab. Aziz Mohd Zain. 1999. Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Ab. Aziz Mohd Zain 2001. Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Abdul Ghafar Haji Don & Shamsul Bahri Andi Galigo 1998. Dakwah Menjana Masyarakat Madani. Selangor: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan (JPDK). Fakulti Pengajian Islam UKM. Abdul Ghafar Haji Don, Berhanundin Abdullah & Zulkiple Abd. Ghani (1998). Dakwah Kepada Non-Muslim di Malaysia: Konsep, Metode dan Pengalaman. Selangor: Jabatan Pengajian. Anuar Puteh. 1999. Program Kefahaman Islam Saudara Baru Cina di Kuala Lumpur. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Fariza Md. Sham, Siti Ruqayah Hj. Tibek, Othman Hj. Talib et al., 2006. Dakwah dan Kaunseling di Malaysia, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ghalus, Dr. Ahmad Ahmad. 1972. Al-Da‘wah fi ‘Asr al-Nubuwwah. Kaherah Misr: alMadani. Ghazali Darusalam. 1996. Dinamika Ilmu Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Ghazali Darusalam. 1998. Dakwah Islam Dan Ideologi Barat, Ancaman Postmodernisme Terhadap Umat Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 2012. Cabaran Saudara Baru di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Nawfal, Abu al-Majd al-Sayyid. 1977. AlDa'wah ila Allah Ta'ala. t.p. Nazaluddin, SH. Drs. 1974. Publistik dan Dakwah. Jakarta: Penulisan Erlangga.
Nur A‘Thiroh Masyaa’il Tan Binti Abdullah @ Tan Ai Pao & Fariza Md Sham. 20 Mei 2011. Keperluan Memahami Psikologi Saudara Muslim.
PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: PENGURUSAN DAN DAKWAH