KERTAS KERJA PROGRAM AMAL DAN KEBAJIKAN SISWA SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN PUSAT CITRA UKM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2015/2016 TARIKH 26 NOVEMBER 2015 TEMPAT PDK KAMI, 1803 LORONG BUNGA RAYA, BATU 5 ½, JLN GOMBAK, 53100 GOMBAK SETIA, SELANGOR DARUL EHSAN. ANJURAN PUSAT CITRA UKM SESI 2015/2016 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
“MESRA KASIH GENERASI CAKNA”
PROGRAM AMAL DAN KEBAJIKAN SISWA SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN PUSAT CITRA UKM SESI 2015/2016
KERTAS KERJA PROGRAM AMAL DAN KEBAJIKAN SISWA SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN SESI 2015/2016 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan untuk memenuhi keperluan khusus Citra iaitu Sosial dan Kebertanggungjawaban bagi sesi 2015/2016 ini. Kertas kerja ini juga merupakan bukti bahawa pelajar menjalankan tugasan yang telah diberikan iaitu mengadakan Program Amal dan Kebajikan Siswa di pusat-pusat PDK yang terdapat di negeri Selangor.
2.0 PENGENALAN Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan sebuah universiti di Negara Malaysia yang sentiasa meningkatkan usaha dalam melahirkan graduan yang berjaya dan berkualiti bukan sahaja hebat dari segi akademik malah turut berkemahiran dalam pelbagai ilmu yang membentuk nilai-nilai murni seperti keprihatinan dan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dan alam sekitar di sekeliling mereka. Oleh itu, mahasiswa telah dilatih untuk bergiat aktif dalam pelbagai program yang dilakukan termasuk dalam bentuk amal dan kebajikan. Pelbagai organisasi kebajikan yang diterajui oleh pelajar di UKM dalam bentuk badan-badan pertubuhan seperti kelab dan persatuan. Kursus-kursus yang dapat meningkatkan sifat-sifat kebertanggungjawaban dan ‘softskill’ pelajar telah ditawarkan oleh pusat Citra UKM antaranya ialah kursus citra kompitensi iaitu Sosial Dan Kebertanggungjawaban. Di dalam “MESRA KASIH GENERASI CAKNA”
2
PROGRAM AMAL DAN KEBAJIKAN SISWA SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN PUSAT CITRA UKM SESI 2015/2016
khusus ini, pelajar ditugaskan untuk mewujudkan satu jawatankuasa kebajikan yang kecil dimana jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk melaksanakan satu program amal kebajikan di pusat PDK yang terdapat di sekitar kawasan negeri Selangor. Pelaksanaan program ini bukan sahaja memupuk sifat tanggungjawab dalam diri mahasiswa malah melatih sifat cakna dan kasih terhadap setiap golongan masyarakat yang terdapat di sekeliling mereka. Pelajar juga dilatih untuk bersifat rasional dalam organisasi jawatankuasa yang ditubuhkan dalam setiap kumpulan. Hal ini kerana, setiap ahli perlu melibatkan diri dan menjalankan tugasan masingmasing mengikut jawatan untuk melaksanakan program kebajikan yang dirancang. Justeru, dengan program daripada kursus ini, pelajar dapat didedahkan dengan situasi bekerja secara berkumpulan dan kepentingan dalam melakukan tugasan mengikut jawatan supaya program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
3.0 MISI Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan program ini berjalan tanpa sebarang masalah dengan 3.1
Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti supaya dapat membentuk mahasiswa berdisiplin.
3.2
Melaksanakan program seiring dengan matlamat yang ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan.
3.3
Menjaga nama baik universiti dan kolej semasa pelaksanaan program berlangsung.
“MESRA KASIH GENERASI CAKNA”
3
PROGRAM AMAL DAN KEBAJIKAN SISWA SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN PUSAT CITRA UKM SESI 2015/2016
4.0 MATLAMAT Objektif penganjuran adalah berasaskan 8 Hasil Pembelajaran berasaskan Kontrak Pembelajaran (Learning Contract) seperti berikut :
Pogram
4.1 Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban (HPP1) : Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa dan "acuh tak acuh" tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju. 4.2 Kemahiran Komunikasi (HPP2) : Sebagai rakyat sebuah Negara yang berhasrat mencapai status Negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan. 4.3 Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (HPP3) : Sesebuah Negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat. 4.4 Kemahiran Membina Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme (HPP4) : Rakyat Malaysia perlu memiliki integrity yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab. “MESRA KASIH GENERASI CAKNA”
4
PROGRAM AMAL DAN KEBAJIKAN SISWA SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN PUSAT CITRA UKM SESI 2015/2016
4.5 Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik (HPP5): Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental. 4.6 Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan (HPP6) : Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi yang tercinta. 4.7 Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan (HPP7): Ialah cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain. 4.8 Kemahiran Kreatif dan Inovatif (HPP8) : Adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.
“MESRA KASIH GENERASI CAKNA”
5
PROGRAM AMAL DAN KEBAJIKAN SISWA SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN PUSAT CITRA UKM SESI 2015/2016
5.0 TEMA “MESRA KASIH GENERASI CAKNA”
6.0 ANJURAN Kursus LMCK2811 Sosial dan Kebertanggungjawaban Pusat Citra UKM Sesi 2015/2016 Universiti Kebangsaan Malaysia
7.0 TARIKH DAN MASA Program ini dicadangkan untuk diadakan pada: Tarikh Hari Masa
: 10 DISIMBER 2015 : Khamis : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
8.0 TEMPAT PROGRAM Kami akan mengadakan program ini di:PDK KAMII, 1803 Lorong Bunga Raya, Batu 5 ½, Jln Gombak, 53100 Gombak Setia, Selangor Darul Ehsan.
9.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM Peserta terdiri daripada:11 orang ahli (gabungan dua kumpulan) yang mengikuti kursus. “MESRA KASIH GENERASI CAKNA”
6
PROGRAM AMAL DAN KEBAJIKAN SISWA SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN PUSAT CITRA UKM SESI 2015/2016
10.0 STRUKTUR ORGANISASI Rujuk Lampiran A
11.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran B
12.0 PERINCIAN PROGRAM 12.1 Sesi Taklimat dari Pengarah program Pengarah program akan menerangkan objektif program ini dijalankan dan akan memberi penerangan perjalanan program yang akan dilangsungkan. Para peserta akan diberikan tentative supaya mereka lebih mudah untuk memahami penerangan yang diberikan. 12.2 Slot 1 : Sesi pengenalan "Ice breaking" Dalam sesi ini, para peserta akan berkenalan dengan anak-anak istimewa supaya anak-anak ini tidak berasa kurang selesa untuk berinteraksi dengan peserta. Hal ini kerana, mereka sukar untuk berinteraksi dengan orang yang mereka tidak kenali. Oleh itu, sesi pengenalan ringkas ini diharapkan dapat memudahkan perjalanan sepanjang program ini dijalankan. 12.4 Slot 2 : “Gerakan Sihat” Dalam sesi ini, peserta akan memasang lagu yang sesuai dan membuat senaman dan pergerakkan badan sambil diikuti oleh anak-anak istimewa. Aktiviti senaman ini dilakukan untuk merapatkan hubungan peserta dengan kanak-kanak istimewa disamping menunjukkan kepada “MESRA KASIH GENERASI CAKNA”
7
PROGRAM AMAL DAN KEBAJIKAN SISWA SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN PUSAT CITRA UKM SESI 2015/2016
mereka gerakan senaman yang betul dan boleh meningkatkan kesihatan dan kecerdasaan tubuh badan. 12.4 Slot 3 : Permainan Dalam slot ini, anak-anak istimewa ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu anak-anak yang berumur atas 5 tahun dan anak-anak yang berumur bawah 5 tahun. Kumpulan 1 akan bermain permainan kotak beracun, rebut kerusi dan menyanyi manakala kumpulan 2 akan menonton tayangan video dan nyanyian serta aktiviti mewarna. Aktiviti ini dijalankan untuk menambahkan keceriaan anak-anak istimewa ini semasa program dijalankan. 12.5 Waktu rehat Para peserta akan membantu guru-guru menyediakan makanan untuk anak-anak istimewa tersebut. 12.6 Penutup program Pengarah akan menyampaikan sedikit ucapan dan cenderamata kepada pihak PDK KAMII di atas kesudian dan kerjasama yang telah mereka berikan sepanjang aktiviti program dijalankan.
13.0 BELANJAWAN Rujuk Lampiran C
14.0 PEJABAT URUSAN Sebarang maklumat lanjut, pertanyaan, penerangan dan urusan surat-menyurat sila hubungi : “MESRA KASIH GENERASI CAKNA”
8
PROGRAM AMAL DAN KEBAJIKAN SISWA SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN PUSAT CITRA UKM SESI 2015/2016
Pejabat Pengurusan Pusat Citra, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan. (u/p : Noraiman Bin Arifin) Email :
[email protected]
15.0 PENUTUP Adalah diharapkan agar kertas kerja Program Amal dan Kebajikan bagi khusus Citra Sosial dan Kebertanggungjawaban sesi 2015/2016 ini mendapat kelulusan daripada Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni (PPMPA). Selain itu, adalah menjadi harapan agar program ini dapat dijayakan dengan lancar dan mencapai segala objektif yang telah digariskan. Penganjuran majlis seumpama ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada barisan peserta yang terlibat dan akan memberikan pengalaman yang berharga, serta melatih kemahiran mereka untuk bekerja secara berkumpulan kerana pengalaman sebegini amat berguna apabila mahasiswa/i sudah menempuh alam pekerjaan kelak. Oleh itu, segala sokongan daripada semua pihak amat dialu-alukan. Semoga segala bentuk ilmu dan strategi pengurusan dapat dipraktikkan sepenuhnya agar pengajian untuk sesi 2015/2016 dapat dijayakan dengan sempurna.
“MESRA KASIH GENERASI CAKNA”
9
PROGRAM AMAL DAN KEBAJIKAN SISWA SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN PUSAT CITRA UKM SESI 2015/2016
Disediakan oleh,
Disokong oleh,
(HANIZA HANUM BINTI AZHAR) Setiausaha, Sosial dan Kebertanggungjawaban, Pusat Citra UKM, Sesi 2015/2016, Universiti Kebangsaan Malaysia.
(NORAIMAN BIN ARIFIN) Pengarah Program, Sosial dan Kebertanggungjawaban, Pusat Citra UKM, Sesi 2015/2016, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Disemak oleh,
Disahkan oleh,
(DR. SHARINA BINTI ABU HANIFAH) Pensyarah Set 76, Kursus LMCK2811 Sosial dan Kebertanggungjawaban, Pusat Citra UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia. No. Tel 013-3642152
“MESRA KASIH GENERASI CAKNA”
Pusat Citra UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
10
PROGRAM AMAL DAN KEBAJIKAN SISWA SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN PUSAT CITRA UKM SESI 2015/2016
LAMPIRAN A STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM AMAL DAN KEBAJIKAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN SESI 2015/2016 Penaung Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor, UKM Pengerusi Y.Bhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA), UKM Penyelaras En. Abd Aziz Bin Abu Bakar Timbalan Pengarah Pusat Khidmat Siswa Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM Penasihat Dr. Sharina bt Abu Hanifah Pensyarah Kursus LMCK 2811 Set 76, Citra UKM
“MESRA KASIH GENERASI CAKNA”
11
PROGRAM AMAL DAN KEBAJIKAN SISWA SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN PUSAT CITRA UKM SESI 2015/2016
Pengarah Noraiman Bin Arifin A151152 013-660 9248 FST/2 Timbalan Pengarah Menagah A/P Vadivail A147608 FST/2 Setiausaha Haniza Hanum Binti Azhar A149516 FST/2 Timbalan Setiausaha Noor Fitri Anilah Binti Rosli A147346 FST/2 Bendahari Nor Syaril Akmal Binti Mohd Nazari A150967 FST/2 Exco Program Ranuka Dewi a/p Arjunan A148127 FST/2 “MESRA KASIH GENERASI CAKNA”
12
PROGRAM AMAL DAN KEBAJIKAN SISWA SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN PUSAT CITRA UKM SESI 2015/2016
Exco Pengangkutan Ng Su Rou A143720 FST/2 Exco Cenderamata dan Protokol Shuhadahtul Akmar Binti Mohd Syatar A147748 FST/2 Exco Teknikal Chong Xin Le A150212 FST/2 Exco Publisiti Azmi Nizam Bin Muhammad A150072 FST/2 Exco Tugas-tugas Khas Nurul Hasikin Binti Mohd Jalil A147344 FST/2
“MESRA KASIH GENERASI CAKNA”
13
PROGRAM AMAL DAN KEBAJIKAN SISWA SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN PUSAT CITRA UKM SESI 2015/2016
LAMPIRAN B Tentatif Program 6.00 pagi
: Berkumpul dan bertolak ke PDK KAMII, Gombak
7.45 pagi
: Tiba di PDK KAMI, Gombak
8.00 pagi
: Taklimat program oleh Pengarah program.
8.15 pagi
: Slot 1: “Break the Bond” - Sesi pengenalan
8.30 pagi
: Slot 2: “Gerakan Sihat” - Sesi senamrobik - Tarian penguin
9.30 pagi
: Slot 3: Permainan - kotak beracun. - dancing chair - menyanyi
10.30 pagi
: Waktu rehat
11.00 pagi
: Perasmian penutup dan penyampaian cenderahati
12.00 tengahari
: Bersurai dan pulang ke UKM
“MESRA KASIH GENERASI CAKNA”
14
PROGRAM AMAL DAN KEBAJIKAN SISWA SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN PUSAT CITRA UKM SESI 2015/2016
LAMPIRAN C Anggaran Perbelanjaan Bil. 1.
2.
3.
Perkara
RM
KEPERLUAN AKTIVITI : - Belon
2.00
CENDERAMATA : - Cenderamata untuk PDK - Hadiah dan makanan untuk kanak-kanak
8.00 95.00
PENGANGKUTAN: - Sewa kereta - Duit minyak kereta - Bayaran tol
146.00 45.00 45.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN
“MESRA KASIH GENERASI CAKNA”
341.00
15