GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016
MEDIA SOSIAL : KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN DAN KEPUASAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN SATU FAKULTI PENDIDIKAN UKM
PENSYARAH
DR. FARIZA BINTI KHALID CIK MAZALAH BINTI AHMAD
KUMPULAN : 5
BIL.
NAMA
NO. MATRIK
1.
KHAIRUNISYA AFFIQAH BINTI APENDI
A 154740
2.
NOR WAHIDA BINTI SHAHABUDIN
A 154428
3.
AVYASVINA ISTINIZA ANAK UNONG
A 155166
1. PENYATA MASALAH Perkembangan pesat dalam Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) telah berjaya menjurus kepada penggunaan yang sangat meluas dalam bidang komunikasi di seantero dunia. Pengguna berinteraksi secara atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti Facebook, Blog, Twitter dan My Space. Semakin hari bilangan pengguna media sosial semakin bertambah kerana wujudnya pelbagai media sosial yang semakin canggih dan menarik perhatian pengguna. Fenomena ini turut dirasai oleh golongan pelajar yang merupakan majoriti pengguna media sosial. Oleh yang demikian, maka timbul persoalan mengenai penglibatan dan kepuasan penggunaan media sosial dalam kalangan mahasiswa.
2. TUJUAN KAJIAN Kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji sejauh mana tujuan penggunaan media sosial serta tahap kepuasan yang diperoleh dalam kalangan pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
3. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa objektif iaitu :
i) Mengenal pasti tujuan penggunaan media sosial dalam kalangan pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan di UKM. ii) Mengetahui tahap kepuasan penggunaan media sosial dalam kalangan pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan di UKM.
4. PERSOALAN KAJIAN Antara persoalan yang dikemukakan dalam kajian ini ialah :
i) Apakah tujuan penggunaan media sosial dalam kalangan pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan di UKM. ii) Apakah tahap kepuasan penggunaan media sosial dalam kalangan pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan di UKM.
5. POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN Kajian ini dilakukan dengan mengambil populasi 14 orang pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan di UKM sebagai sumber untuk perolehan maklumat dalam melaksanakan kajian ini. Kajian ini hanya berfokuskan kepada pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan di UKM sebagai sampel kajian.
6. KAEDAH PENGUMPULAN DATA Kaedah pengumpulan data merupakan satu kaedah yang sering digunakan untuk melaksanakan sesuatu kajian. Kaedah ini terbahagi kepada dua iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kuantitatif merupakan suatu kaedah yang menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat. Manakala kaedah kualitatif pula melibatkan kaedah secara temu bual dan pemerhatian. Justeru, kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui borang soal selidik yang telah dibina menggunakan Google Form. Borang soal selidik tersebut telah diedarkan kepada pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan UKM. Jadi, setiap data yang diperoleh daripada hasil soal selidik tersebut akan dapat membantu menyempurnakan kajian ini.
7. INSTRUMEN KAJIAN
BIL 1.
PERSOALAN KAJIAN
ITEM
SKALA
Apakah tujuan penggunaan Apakah jenis media sosial
Facebook
media sosial dalam kalangan yang sering anda gunakan ?
Twitter
pelajar
Email
tahun
1
Fakulti
Pendidikan di UKM ?
Blog Youtube Lain-lain Berapakah jumlah jam yang
Kurang daripada 2
anda peruntukan dalam sehari jam untuk tujuan penggunaan
2 jam
media sosial ?
3 jam 4 jam Lebih daripada 5 jam
Tujuan anda menggunakan
Mencari maklumat
media sosial ?
Mencari kenalan Komunikasi Perniagaan Hiburan Lain-lain
2.
Apakah kepuasan dan
Tahap kepuasan anda mencari Tidak memuaskan
implikasi penggunaan media
maklumat menggunakan
Kurang memuaskan
sosial dalam kalangan pelajar
media sosial ?
Memuaskan
tahun 1 Fakulti Pendidikan di
Sangat memuaskan
UKM ? Tahap kepuasan anda mencari Tidak memuaskan kenalan menggunakan media
Kurang memuaskan
sosial ?
Memuaskan
Sangat memuaskan
Tahap kepuasan anda
Tidak memuaskan
berkomunikasi menggunakan
Kurang memuaskan
media sosial ?
Memuaskan Sangat memuaskan
Tahap kepuasan anda
Tidak memuaskan
melakukan urusan perniagaan
Kurang memuaskan
menggunakan media sosial ?
Memuaskan Sangat memuaskan
Tahap kepuasan anda
Tidak memuaskan
berhibur menggunakan media
Kurang memuaskan
sosial ?
Memuaskan Sangat memuaskan
8. KAEDAH ANALISIS DATA
Dalam bahagian ini pengkaji akan membincangkan tentang instrumen dan kaedah yang digunakan untuk menganalisis data kajian. Pengkaji telah membangunkan borang soal selidik melalui perisian Google Form untuk memperoleh data dengan lebih tepat dan mudah. Capaian alamat URL dimasukkan dalam Forum GE1155 Komputer dalam Pendidikan supaya memudahkan para pelajar mengakses borang soal selidik seterusnya memberi maklum balas.
8.1 Statistik Kaedah ini digunakan untuk menganalisis data berkaitan demografi responden dan tujuan penggunaan media sosial dalam kalangan pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan di UKM. Data dianalisis dengan melihat kepada kekerapan ( ) dan mengira peratusan data secara keseluruhan. Seterusnya data telah dipersembahkan dalam bentuk graf bar bagi memberi gambaran hasil kajian yang lebih jelas.
8.2 Skala Likert Kaedah ini digunakan untuk menganalisis data berkaitan tahap kepuasan penggunaan media sosial dalam kalangan pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan di UKM. Skala ini mengukur tahap kepuasan pelajar mengikut tahap satu sehingga tahap empat. Pada tahap satu kepuasan pelajar adalah tidak memuaskan, tahap dua kurang memuaskan, tahap tiga memuaskan dan tahap empat sangat memuaskan.
9. DAPATAN KAJIAN Dapatan ini akan dibincangkan maklumat demografi responden dari pelbagai aspek seperti program pengajian, jantina dan bangsa responden. Selain itu, dapatan ini memfokuskan kepada tujuan penggunaan media sosial dalam kalangan pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan di UKM. Akhir sekali, pengkaji juga akan membincangkan tahap kepuasan penggunaan media sosial dalam kalangan pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan di UKM.
9.1 Demografi Responden Demografi responden terdiri daripada aspek berikut :
9.1.1 Demografi responden berdasarkan program pengajian.
Carta 1: Demografi Berdasarkan Program Pengajian.
Carta di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan program pengajian. Jumlah keseluruhan responden adalah seramai 14 orang bersamaan 100 peratus. Bilangan responden yang terdiri daripada program Sukan dan Rekreasi adalah 3 orang bersamaan 20 peratus. Selain itu, responden juga terdiri daripada program Pendidikan Khas yang menunjukkan bilangan responden seramai 10 orang bersamaan 70 peratus. Manakala bagi responden dari program TESL pula hanya seorang sahaja iaitu bersamaan 10 peratus.
9.1.2 Demografi responden berdasarkan jantina.
Carta 2: Demografi Responden Berdasarkan Jantina.
Carta di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina. Jumlah keseluruhan responden lelaki adalah 5 orang bersamaan 40 peratus manakala responden perempuan adalah seramai 9 orang bersamaan 60 peratus. Beza kedua-dua responden ini adalah 20 peratus yang menunjukkan pelajar lelaki kurang 4 orang daripada jumlah pelajar perempuan.
9.1.3 Demografi berdasarkan bangsa.
Carta 3: Demografi Responden Berdasarkan Bangsa.
Carta di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan bangsa. Kajian dilakukan ke atas empat kategori bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan lain - lain bangsa. Namun hasil kajian mendapati responden terdiri daripada dua kategori bangsa yang berbeza iaitu bangsa Melayu dan kategori lain-lain bangsa. Bangsa Melayu adalah kategori bangsa dominan iaitu seramai 12 orang bersamaan dengan 90 peratus. Manakala kategori lain-lain bangsa adalah seramai 2 orang bersamaan dengan 10 peratus. Kedua- dua orang responden ini terdiri daripada suku Iban yang menunjukkan perbezaan orang seramai 10 orang bersamaan 80 peratus berbanding dengan responden berbangsa Melayu.
9.2 Tujuan Penggunaan Media Sosial dalam Kalangan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan di UKM Dapatan ini membincangkan hasil kajian mengenai tujuan penggunaan media sosial dalam kalangan responden.
9.2.1 Jenis media sosial yang sering digunakan oleh responden.
Carta 4 : Jenis media sosial yang sering digunakan.
Carta menunjukkan jenis - jenis media sosial yang sering digunakan oleh pelajar - pelajar dari Fakulti Pendidikan di UKM, Bangi. Jenis - jenis media sosial yang digunakan terdiri daripada Facebook, Email, Youtube, Blog, Twitter dan lain lain. Jumlah responden yang menggunakan media sosial Facebook adalah seramai 10 orang iaitu bersamaan 70 peratus. Manakala responden yang menggunakan media sosial Email adalah seramai 2 orang responden bersamaan 10 peratus. Seterusnya, penggunaan media sosial Youtube dan lain - lain iaitu Instagram, hanya seorang sahaja responden yang menggunakan media sosial tersebut iaitu bersamaan 10 peratus. Media sosial seperti Twitter dan Blog merupakan antara media sosial yang kurang mendapat sambutan dalam kalangan pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan di UKM.
9.2.2 Jumlah jam yang diperuntukkan responden dalam jangka masa sehari.
Carta 5 : Jumlah Jam yang Diperuntukkan Responden Dalam Jangka Masa Sehari.
Carta di atas menunjukkan jumlah jam yang diperuntukkan responden terhadap penggunaan media sosial dalam jangka masa sehari. Berdasarkan tersebut, jumlah jam yang paling lama digunakan ialah 3 jam iaitu seramai 5 orang responden bersamaan 40 peratus. Seterusnya, jumlah penggunaan selama 2 jam dan lebih 5 jam adalah sama iaitu seramai 3 orang bersamaan 20 peratus. Selain itu, penggunaan selama 4 jam pula adalah seramai 2 orang bersamaan 10 peratus. Akhir sekali, penggunaan kurang dari 2 jam merupakan jumlah responden yang paling sedikit iaitu hanya seorang responden bersamaan dengan 10 peratus daripada jumlah keseluruhan.
9.2.3 Tujuan Responden Menggunakan Media Sosial.
Carta 6 : Tujuan Responden Menggunakan Media Sosial dan Internet.
Berdasarkan carta di atas, yang menunjukkan tujuan penggunaan media sosial dalam kalangan pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan, UKM. Bilangan responden yang menggunakan media sosial untuk tujuan pencarian maklumat ialah seramai 7 orang bersamaan 50 peratus dan kesemua responden ialah pelajar perempuan dari program Pendidikan Khas. Seterusnya, bagi tujuan hiburan pula, responden adalah seramai 4 orang bersamaan 30 peratus di mana responden terdiri daripada seorang pelajar perempuan dan tiga orang lelaki. Tujuan penggunaan media sosial untuk mencari kenalan dan urusan perniagaan adalah sifar. Akhir sekali, penggunaan media sosial untuk tujuan komunikasi pula adalah seramai 3 orang bersamaan dengan 20 peratus yang terdiri daripada dua pelajar lelaki dan seorang perempuan.
9.3 Tahap Kepuasan Penggunaan Media Sosial dalam Kalangan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan di UKM.
9.3.1 Tahap Kepuasan Pelajar Mencari Maklumat Menggunakan Media Sosial.
Carta 7:Tahap kepuasan pelajar mencari maklumat menggunakan media sosial.
Berdasarkan carta di atas, maklumat yang ditunjukkan adalah tahap kepuasan pelajar menggunakan media sosial bagi mencari maklumat. Sebanyak 50 peratus bersamaan 7 orang responden menyatakan tahap kepuasan sangat memuaskan. Seterusnya, responden yang menyatakan tahap kepuasan adalah hanya memuaskan pula adalah seramai 40 peratus bersamaan 6 orang responden. Diikuti pula dengan tahap kepuasan yang kurang memuaskan adalah seramai 10 peratus bersamaan dengan seorang responden. Akhir sekali, tiada responden yang memberikan tahap kepuasan tidak memuaskan dalam mencari maklumat.
9.3.2 Tahap Kepuasan Pelajar Mencari Kenalan Menggunakan Media Sosial.
Carta 8: Tahap kepuasan pelajar mencari kenalan menggunakan media sosial
Berdasarkan carta di atas, maklumat yang ditunjukkan adalah tahap kepuasan pelajar menggunakan media sosial bagi tujuan mencari kenalan. Carta tersebut menunjukkan tahap kepuasan responden mencari kenalan pada tahap sangat memuaskan seramai 6 orang responden dan hanya memuaskan adalah sama iaitu seramai 4 orang bersamaan 40 peratus. Manakala tahap kepuasan kurang memuaskan seramai 2 orang responden dan tidak memuaskan juga adalah seorang responden dan kedua-duanya bersamaan dengan 10 peratus daripada jumlah keseluruhan.
9.3.3 Tahap Kepuasan Pelajar Berkomunikasi Menggunakan Media Sosial.
Carta 9 : Tahap kepuasan pelajar berkomunikasi menggunakan media sosial.
Berdasarkan carta di atas, menunjukkan tahap kepuasan responden menggunakan media sosial bagi tujuan komunikasi. Tahap kepuasan responden sangat memuaskan menggunakan media sosial bagi tujuan berkomunikasi ialah seramai 7 orang bersamaan 50 peratus. Selain itu, bagi tahap memuaskan sahaja adalah 30 peratus bersamaan 4 orang responden. Akhir sekali, tahap kepuasan kurang memuaskan pula adalah 20 peratus bersamaan 3 orang responden dan tidak memuaskan adalah sifar.
9.3.4 Tahap Kepuasan Pelajar Melakukan Urusan Perniagaan Menggunakan Media Sosial.
Carta 10 : Tahap kepuasan pelajar melakukan urusan perniagaan menggunakan media sosial.
Berdasarkan carta di atas yang menunjukkan tahap kepuasan pelajar menggunakan media sosial bagi tujuan melakukan urusan perniagaan. Tahap kepuasan responden bagi tujuan melakukan urusan perniagaan sangat memuaskan dan kurang memuaskan adalah sama iaitu 10 peratus bersamaan 2 orang daripada jumlah keseluruhan responden. Selain itu, bagi tahap memuaskan sahaja iaitu 50 peratus bersamaan 7 orang responden. Akhir sekali, tahap kepuasan tidak memuaskan adalah 30 peratus bersamaan 3 orang responden.
9.3.5 Tahap Kepuasan Pelajar Berhibur Menggunakan Media Sosial.
Carta 11 : Tahap kepuasan pelajar berhibur menggunakan media sosial.
Berdasarkan carta di atas yang menunjukkan tahap kepuasan pelajar menggunakan media sosial bagi tujuan berhibur. Berdasarkan carta di atas menunjukkan tahap kepuasan bagi tujuan hiburan sangat memuaskan dan tahap kepuasan hanya memuaskan adalah sama iaitu seramai 6 orang bersamaan 40 peratus. Manakala tahap kepuasan kurang memuaskan dan tidak memuaskan juga adalah sama iaitu seramai seorang responden bersamaan dengan 10 peratus.
10. RUMUSAN
Secara kesimpulannya, bilangan responden yang paling ramai menggunakan media sosial adalah untuk tujuan mencari maklumat. Hasil kajian mendapati pengguna sangat berpuas hati dengan terhadap penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, Email, Blog dan Youtube. Media sosial merupakan alat yang mudah digunakan serta membantu dalam proses pencarian maklumat dengan lebih cepat dan lengkap. Namun, dalam kajian ini, responden kebanyakannya lebih ramai menggunakan jenis media sosial seperti Facebook. Dalam kajian ini juga mendapati ramai responden yang menggunakan media sosial sekitar 3 jam lamanya.
11. RUJUKAN
Faradillah Iqmar Omar & Iza Sharina Sallehuddin. 2011. Media Sosial : Kajian tentang
Penglibatan dan Kepuasan dalam Kalangan Mahasiswa.
Bangi : Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Abdul Razak Habib & Jamaludin Badurah. 1998. Penggunaan Komputer untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan, 23 : 53-64.
Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.