Kempen Kesetiaan JomPAY Terma dan Syarat United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (271809-K) (“UOBM”) akan menjalankan “Kempen Kesetiaan JomPAY” (“Kempen”) dari 23 Januari 2017 sehingga 26 Februari 2017 (termasuk kedua-dua tarikh), melainkan jika diberitahu (“Tempoh Kempen”). Kelayakan Kempen
1)
Kempen ini dibuka kepada semua pelanggan Perbankan Internet Peribadi UOBM (“PIB”) yang berumur 18 tahun dan ke atas (“Peserta yang Layak”).
2)
Yang berikut adalah tidak layak untuk Kempen:a) kakitangan UOBM. b) mereka yang akaunnya dengan UOBM yang ditamatkan atau ditutup dalam Tempoh Kempen. c) mereka yang akaunnya dengan UOBM yang dikira tidak aktif, delinkuen atau dikendalikan dengan cara yang tidak memuaskan yang ditentukan oleh UOBM dengan budi bicara mutlaknya; d) mereka yang tidak siuman, telah meninggal dunia, bankrap atau mereka yang mempunyai sebarang kes guaman terhadapnya.
Mekanisma Kempen 3)
Transaksi Kelayakan JomPAY merujuk kepada jumlah bayaran cukai taksiran kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan/atau Majlis Bandaraya yang mengambil bahagian dalam Jadual 1 dengan jumlah minima RM100.00 yang dilakukan melalui JomPAY melalui PIB.
4)
Dalam minggu penyertaan yang disenaraikan dalam jadual di bawah, Peserta yang Layak mesti melaksanakan sekurang-kurangnya satu (1) Transaksi Kelayakan JomPAY daripada transaksi kegemaran JomPAY (Favourite JomPAY transaction) (“Kriteria Kelayakan”). Minggu Penyertaan Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3
Tarikh 23 Jan 2017 – 29 Jan 2017 (termasuk kedua-dua tarikh) 30 Jan 2017 – 5 Feb 2017 (termasuk kedua-dua tarikh) 6 Feb 2017 – 12 Feb 2017 (termasuk kedua-dua tarikh)
Minggu 4 Minggu 5 5)
13 Feb 2017 – 19 Feb 2017 (termasuk kedua-dua tarikh) 20 Feb 2017 – 26 Feb 2017 (termasuk kedua-dua tarikh)
Semua Transaksi Kelayakan JomPAY yang dilakukan semasa Tempoh Kempen mesti dicatatkan dalam system PIB UOBM supaya layak menyertai Kempen ini.
Hadiah dan Pemilihan Pemenang 6)
Sepuluh (10) Peserta Pertama yang Layak yang memenuhi Kriteria Kelayakan di klausa 4 dalam setiap minggu penyertaan (“Pemenang”) akan layak untuk menerima 30% pulangan tunai untuk jumlah transaksi yang dilakukan melalui JomPAY dalam minggu penyertaan tersebut, tertakluk kepada jumlah maksima RM60.00 untuk setiap Pemenang (“Hadiah”).
7)
Jumlah pulangan tunai akan dibundarkan kepada sen yang terdekat.
8)
Jumlah pulangan tunai akan dikreditkan ke akaun simpanan atau semasa atau kad kredit yang ditentukan oleh UOBM dalam masa empat (4) hingga lapan (8) minggu selepas tamat setiap minggu penyertaan.
9)
Peserta yang Layak hanya layak untuk satu (1) Hadiah dalam Tempoh Kempen.
10)
Pemenang yang menutup atau menamatkan akaun mereka dengan UOBM sebelum Hadiah dikreditkan ke akaun mereka akan hilang kelayakan daripada Kempen ini dan tidak berhak untuk mendapat Hadiah.
11)
Sebarang alatan, aksesori atau peralatan yang dipaparkan bersama dengan Hadiah dalam semua bahan cetak, laman web atau di cawangan UOBM adalah untuk tujuan hiasan sahaja dan tidak membentuk sebahagian daripada Hadiah.
Terma dan Syarat Am 12)
Dengan menyertai Kempen ini, Peserta yang Layak bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini, terma dan syarat yang mentadbir akaun simpanan, terma dan syarat yang mentadbir akaun semasa, Perjanjian Ahli Kad Visa/Mastercard dan terma dan syarat yang mentadbir PIB termasuk apa-apa pindaan atau perubahan kepadanya.
13)
UOBM tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan menanggung sebarang liabiliti dalam apa-apa bentuk yang timbul atau dialami oleh Peserta yang Layak atau mana-mana pihak ketiga secara langsung atau tidak langsung daripada Kempen ini dan/atau Hadiah.
14)
UOBM tidak bertanggungjawab untuk sebarang salah nyata atau salah faham fakta oleh mana-mana pihak ketiga yang tidak berkenaan dengan Kempen
dan/atau Hadiah ini dan penerbitan yang diterbitkan dalam mana-mana media, bahan pemasaran atau pengiklanan. 15)
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, UOBM dengan nyata mengecualikan dan menafikan sebarang perwakilan, waranti atau pengendorsan, tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, tanpa had kepada yang diterbitkan dalam mana-mana media, bahan pemasaran atau pengiklanan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang jaminan berkenaan dengan kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk apa-apa tujuan yang berkenaan dengan Kempen dan Hadiah ini
16)
Rekod transaksi yang dikekalkan oleh UOBM dan keputusan UOBM mengenai semua perkara berhubung dengan Kempen ini adalah muktamad, tidak boleh dipertikaikan dan mengikat Peserta yang Layak. UOBM tidak bertanggungjawab untuk memberi apa-apa sebab atau melakukan sebarang surat-menyurat dengan Peserta yang Layak/ mana-mana individu mengenai apa-apa perkara berhubung dengan Kempen ini. Sebarang rayuan atau surat-menyurat daripada mana-mana Peserta yang layak tidak akan dilayan.
17)
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, UOBM tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kegagalan atau kelewatan dalam penghantaran transaksi PIB yang dilakukan melalui PIB atau yang dicatatkan dalam sistem UOBM, yang mungkin menyebabkan Peserta yang Layak dikeluarkan daripada proses pemilihan semasa Tempoh Kempen.
18)
Dengan menyertai Kempen ini, Pemenang bersetuju untuk membenarkan UOBM untuk mendedahkan atau menerbitkan nama dan nombor IC Pemenang (dalam bentuk terlindung) dalam mana-mana media masa, bahan pemasaran atau pengiklanan untuk tujuan Kempen.
19)
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara terma dan syarat ini dengan sebarang pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan lain yang berhubung dengan atau berkaitan dengan Kempen, terma dan syarat ini akan dikekalkan.
20)
UOBM berhak untuk menarik balik, menggantung, melanjutkan atau menamatkan Kempen ini sebelum tamat Tempoh Kempen secara keseluruhan atau sebahagian, pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu, mengikut budi bicara mutlaknya.
21)
UOBM berhak untuk menambah, mengeluarkan, menggantung atau mengubah terma dan syarat Kempen dari masa ke semasa, secara keseluruhan atau sebahagian, pada budi bicara mutlaknya, dengan memberikan notis dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu kepada semua peserta melalui paparan di laman web UOBM di www.uob.com.my, memaparkan notis di mana-mana cawangan UOBM dan/atau memasukkan penyataan ke dalam Penyata Akaun atau dalam apa-apa cara lain yang sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM dari semasa ke semasa.
22)
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, UOBM tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian atau ganti rugi yang timbul daripada pemindaan kepada terma dan syarat, penamatan atau pembatalan Kempen.
23)
Terma dan Syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan Peserta yang Layak bersetuju untuk menyerah kepada bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah Malaysia.
Table 1: Peserta Pihak Berkuasa Tempatan dan/atau Majlis Bandaraya No 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39
Pihak Berkuasa Tempatan / Majlis Bandaraya DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA LEMBAGA BANDARAN KUDAT LEMBAGA KEMAJUAN JOHORTENGGARA MAJ PERBANDARAN HANG TUAH JAYA MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR MAJLIS BANDARAYA IPOH MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU MAJLIS BANDARAYA K. TERENGGANU MAJLIS BANDARAYA KUCHING SELATAN MAJLIS BANDARAYA MIRI MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM MAJLIS DAERAH BALING MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU MAJLIS DAERAH BATU GAJAH MAJLIS DAERAH BEAUFORT MAJLIS DAERAH BELURAN MAJLIS DAERAH BERA MAJLIS DAERAH GERIK MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR MAJLIS DAERAH JERANTUT MAJLIS DAERAH KENINGAU MAJLIS DAERAH KERIAN MAJLIS DAERAH KINABATANGAN MAJLIS DAERAH KOTA BELUD MAJLIS DAERAH KOTA MARUDU MAJLIS DAERAH KUALA KRAI MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT MAJLIS DAERAH KUALA PENYU MAJLIS DAERAH KUBANG PASU MAJLIS DAERAH KUNAK MAJLIS DAERAH LENGGONG MAJLIS DAERAH MERSING MAJLIS DAERAH NABAWAN MAJLIS DAERAH PAPAR MAJLIS DAERAH PEKAN MAJLIS DAERAH PENAMPANG
40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80 81
MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH MAJLIS DAERAH PUTATAN MAJLIS DAERAH RANAU MAJLIS DAERAH RAUB MAJLIS DAERAH SEMPORNA MAJLIS DAERAH SERIAN MAJLIS DAERAH SIK MAJLIS DAERAH SIPITANG MAJLIS DAERAH TANGKAK MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM MAJLIS DAERAH TENOM MAJLIS DAERAH TUARAN MAJLIS PER. JOHOR BAHRU TENGAH MAJLIS PERBAND. SEBERANG PERAI MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT MAJLIS PERBANDARAN BENTONG MAJLIS PERBANDARAN JASIN MAJLIS PERBANDARAN KAJANG MAJLIS PERBANDARAN KANGAR MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG MAJLIS PERBANDARAN KLUANG MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN MAJLIS PERBANDARAN KULAI MAJLIS PERBANDARAN KULIM MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG MAJLIS PERBANDARAN SEPANG MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN MAJLIS PERBANDARAN SG PETANI MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA MAJLIS PERBANDARAN TAIPING MAJLIS PERBANDARAN TAWAU MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH MAJLIS PERBNDRN PASIR GUDANG PERBADANAN LABUAN PERBADANAN PUTRAJAYA