BELANJAWAN MODAL 1. Belanjawan adalah penting kepada pengurusan dalam fungsi-fungsi perancangan dan kawalan. 2. Belanjawan Modal adalah satu analisis yang dibuat semasa pihak pengurusan sedang menimbangkan untuk membuat perbelanjaan modal. 3. Perbelanjaan modal adalah perbelanjaan yang dibuat untuk perkara-perkara yang memberi faedah melebihi setahun. Keputusannya melibatkan :a) Memperkenalkan keluaran baru b) Menambah atau mengurangkan asset bukan semasa c) Menukar kaedah pengeluaran d) Menjalankan kempen promosi e) Melaksanakan projek penyelidikan 4. Ciri-ciri penting dalam perbelanjaan modal :a) Dana semasa ditukar dengan faedah masa depan b) Dana dilabur dalam aktiviti jangka panjang c) Faedah dinikmati dalam tempoh yang lama 5. Kepentingan belanjawan modal :a) Memberi kesan dalam jangka panjang b) Melibatkan amaun yang besar c) Keputusan yang dibuat sukar ditarik balik d) Keputusannya sukar dibuat, tidak dilakukan berulangkali 6. Langkah-langkah menyediakan belanjawan modal :a) Mengenalpasti projek serta altenatif-altenatif yang ada Contoh :Projek – memperkenalkan keluaran baru Altenatif :- (i) Membeli mesin baru (ii) Menggunakan mesin sedia ada. b) Menilai projek – berdasarkan altenatif yang ada merangkumi :(i) Membuat anggaran faedah dan kos (ii) Menilai aliran faedah dan kos 7. Terdapat dua kaedah untuk membuat penilaian ke atas belanjawan modal:i. Kaedah Aliran Tunai a) Aliran Tunai Terdiskaun i) Nilai Kini Bersih ii) Kaedah Kadar Pulangan Dalaman ii. Tempoh Bayar Balik 8. Nilai masa Wang Konsep ini menunjukkan RM1 pada hari ini mempunyai nilai yang berbeza pada masa akan datang. Konsep ini telah digunakan oleh pihak organisasi untuk membuat pertimbangan dalam memilih projek yang boleh menguntungkan. 1
Cg Narzuki Online
Kaedah Aliran Tunai 1. Aliran tunai masuk merupakan faedah manakala aliran tunai keluar merupakan kos. Perbezaannya merupakan aliran tunai bersih.Contoh Penambahan dalam hasil , pengurangan dalam kos, nilai sisaan dan pengurangan belanja modal. 2. Aliran tunai keluar ialah pertambahan dalam aliran tunai keluar. Sebelum projek dilaksanakan perniagaan membayar sejumlah wang apabila projek dilaksanakan amaun pembayaran menjadi lebih besar. Contohnya Pelaburan awal, penambahan modal kerja, belanja baiki dan penyelenggaraan, penambahan dalam kos operasi dan lain-lain 3. Tempoh dimana pelaburan awal dan perbelanjaan sebelum sesuatu projek berjalan ditandakan To. 4. Bagi tempoh yang seterusnya ditandakan T1, T2…… untuk projek siap. 5. Nilai bakian adalah anggaran tunai apabila tamat hayat penggunaan sesuatu asset. 6. Jumlahkan aliran tunai bersih ialah aliran tunai masuk tolak aliran tunai keluar. Sekiranya aliran tunai masuk lebih besar perniagaan mendapat lebihan dan juga sebaliknya. Bandingkan bagi setiap altenatif untuk membuat keputusan. Pilihlah yang lebih menguntungkan. Contoh 1 Syarikat sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan satu produk baru. Pihak pengurusan mempunyai 2 altrnatif iaitu menggunakan mesin yang sedia ada atau membeli mesin baru. Mesin sedia ada mempunyai nilai pasaran RM70,000. Ia boleh digunakan 5 tahun lagi dan tiada nilai bakian. Kos pembaikian dianggarkan RM10,000 setahun. Syarikat juga boleh membeli mesin dengan harga RM120,000. Ia mempunyai nilai bakian RM20,000 setelah digunakan selama 5 tahun.Keupayaan kedua-dua mesin adalah seperti berikut:Mesin sedia ada Mesin baru Keluaran setahun (unit) 40,000 60,000 Kos berubah seunit RM4.00 RM4.50 Kos tetap setahun RM30,000 RM20,000 (tidak termasuk belanja susut nilai ) Harga jualan seunit RM10.00 RM10.00 Sediakan jadual yang menunjukkan aliran tunai bersih. Penyata Aliran tunai: Membeli mesin baru T0 T1 T2 Aliran Tunai Keluar: Pelaburan awal Kos berubah (Jumlah) Kos tetap
T3
T4
T5
Aliran Tunai Masuk: Jualan mesin lama Hasil jualan Nilai bakian
2
Cg Narzuki Online
Penyata Aliran tunai: Terus menggunakan mesin lama T0 T1 Aliran Tunai Keluar: Kos pembaikian Kos berubah (Jumlah) Kos tetap
T2
T3
T4
T5
Aliran Tunai Masuk: Hasil jualan
Kaedah Aliran Tunai Terdiskaun Terdapat dua pendekatan untuk membuat keputusan bagi belanjawan modal bagi kaedah aliran tunai terdiskaun. Pertama menggunakan pendekatan Nilai Kini Bersih (NKB) dan yang kedua ialah Kadar Pulangan Dalaman. a) Pendekatan Nilai Kini Bersih (NKB). * Nilai kini bermaksud nilai pada masa sekarang. * Nilai kini aliran tunai bersih bermaksud nilai yang ditunjukkan pada tahun 0. * Nilai kini bersih ditentukan dengan mendiskaunkan aliran tunai bersih kepada nilai pada masa memulakan projek (T0). Contoh 2 Syarikat Bersatu bercadang untuk membeli sebuah mesin yang berupaya dalam sesetengah operasi yang selama ini dilakukan secara manual. Kos mesin tersebut ialah RM5000 dan boleh digunakan selama 5 tahun. Mesin tersebut tidak mempunyai nilai bakian pada akhir tempoh ke 5. Penggunaan mesin tersebut dapat menjimatkan kos buruh sebanyak RM1,800 setahun. Syarikat meletakkan pulangan minimum sebanyak 20% sebelum cukai daripada pelaburan tersebut. Adakah syarikat patut membeli mesin tersebut? Cara penyelesaian: Analisis NKB Item Tahun Aliran tunai (RM) Faktor Aliran NK Kos yang dijimatkan 1-5 RM1,800 2.991 (Kos buruh) Pelaburan awal 0 (RM5,000) 1.000 NKB Contoh 3 Syarikat Pertiwi mendapat kontrak menjual satu produk baru selama 5 tahun. Produk tersebut dibeli daripada pembekal. Syarikat Pertiwi bertanggungjawab ke atas kos pengagihan dan promosi. Selepas mengkaji secara teliti, Syarikat Pertiwi telah membuat belanjawan keatas kos dan hasil bagi produk tersebut: Kos kelengkapan Modal kerja Belanja penyelenggaraan kelengkapan Nilai bakian Hasil dan kos tahunan:
RM 60,000 100,000 5,000 10,000 3
Cg Narzuki Online
Hasil jualan Kos barang dijual Belanja operasi pentadbiran
200,000 125,000 35,000
Syarikat akan menggunakan modal kerja untuk pelaburan lain apabila akhir tempoh 5 tahun sekiranya syarikat tidak berhasrat untuk menyambung kontrak tersebut.Syarikat Pertiwi meletakkan kadar diskaun dan kos pelaburan sebanyak 20%. Adakah anda bersetuju untuk mencadangkan produk baru ini? Cara penyelesaian: Analisis NKB Item
Tahun
Aliran tunai (RM) Faktor 20%
Aliran NK
b. Kadar Pulangan Dalaman (KPD) Didefinasikan sebagai kadar diskaun yang menjadikan nilai kini bersih suatu aliran tunai bersih bersamaan dengan kosong (o). Contoh 3. Syarikat Perwaja bercadang membeli sebuah jentolak yang besar, pada masa sekarang syarikat sudah mempunyai sebuah jentolak yang agak kecil. Harga Jentolak baru ialah RM16, 950 dan boleh digunakan selama 10 tahun. Tiada nilai skrap . Jentolak baru itu juga boleh menyelesaikan kerja dengan cepat berbanding jentolak lama. Keadaan ini boleh menjimatkan kos buruh sebanyak RM3000 setahun. Penyelesaian: Untuk mengira pulangan dalaman, kita perlu mencari kadar diskaun yang boleh menjadikan nilai kini bersih kosong. Cara mudah untuk menentukan kadar diskaun apabila aliran tunai masuk bersih adalah sama sepanjang tahun dengan menggunakan formula. Faktor Kadar Pulangan Dalaman = Kos pelaburan/Aliran tunai masuk bersih Faktor KPD = RM16,950/RM3000 = 5.650 ( Rujuk jadual nilai kini untuk dapatkan kadar diskaun) Item Penjimat kos (kos buruh) Pelaburan awal Nilai kini bersih
Tahun
Aliran tunai (RM) Faktor12%
4
Aliran NK
Cg Narzuki Online
Teknik Interpolasi digunakan apabila kadar pulangan dalaman tidak ada dalam jadual nilai kini setelah proses pengiraan formula dibuat. katakan ; Pelaburan awal Penjimatan tahunan Jangka hayat projek
RM6,000 RM1,500 10 tahun
Langkah 1 RM 6,000/RM1,500 = 4.000 Langkah 2
Semak 4.000 di dalam jadual, kedudukannya antara 20% dan 22%.
Langkah 3
Tunjukkan seperti berikut Faktor 20% Faktor sebenar Faktor 22% Perbezaan
4.192 4.000
Faktor nilai kini 4.192 3.923 0.269
0.192
Langkah 4 Kadar pulang dalaman
= 20%+(0.192/0.269x 2%) = 21.4%
Jadual Nilai Kini Menggunakan jadual nilai kini yang telah disediakan. Ia memberi nilai angkali yang akan didarab dengan amaun aliran tunai mengikut tahun tunai diterima dan kadar diskaun yang diberi. Jadual Nilai Kini bagi RM1 Tempoh 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
12% 0.8929 0.7972 0.7118 0.6355 0.5674 0.5066 0.4523 0.4039 0.3606 0.3220
14% 0.8772 0.7695 0.6750 0.5921 0.5194 0.4556 0.3996 0.3506 0.3075 0.2697
16% 0.8621 0.7432 0.6407 0.5523 0.4761 0.4104 0.3538 0.3050 0.2630 0.2267
5
18% 0.8475 0.7182 0.6086 0.5158 0.4371 0.3704 0.3139 0.2660 0.2255 0.1911
20% 0.8333 0.6944 0.5787 0.4823 0.4019 0.3349 0.2791 0.2326 0.1938 0.1615
22% 0.8197 0.6719 0.5507 0.4514 0.3700 0.3033 0.2486 0.2038 0.1670 0.1369
Cg Narzuki Online
ii. Kaedah Tempoh Bayar Balik Didefinasikan sebagai bilangan tahun yang perlu untuk mendapat semula pelaburan yang dibuat. Tempoh masa merujuk kepada bilakah sesuatu pelaburan itu membiayai pelaburannya sendiri. Berdasarkan kaedah ini, secepat mana sesuatu pelaburan itu mendapat pulangannya semula pelaburan itu adalah yang terbaik. Apabila aliran tunai tahunan bersih adalah sama sepanjang tahun, pengiraan TBB adalah berdasarkan formula berikut:TBB= Kos pelaburan/ Aliran tunai masuk bersih Contoh: Syarikat Yok memerlukan mesin baru. Syarikat mempertimbangkan dua mesin, mesin A dan B. Mesin A bernilai RM15,000 dan akan mengurangkan kos operasi sebanyak RM5,000 setahun. Mesin B bernilai RM12,000 dan dapat mengurangkan kos operasi sebanyak RM5,000 setahun. Mesin manakah yang atut dibeli oleh Syarikat Yok? Mesin A : TBB = ____________ = _________ Mesin B : TBB = ____________ = _________ Berdasarkan pengiraan bayaran balik di atas, Syarikat Yok sepatutnya membeli mesin ______kerana tempoh bayar balik ________ berbanding mesin _______ yang tempoh bayar balik ialah ________. Contoh tambahan bagi TBB. TBB dikira dengan membahagikan kos pelaburan dengan aliran tunai masuk bersih yang dihasilkan daripada projek tersebut, sekiranya mesin baru telah mengantikan mesin lama, oleh itu nilai bakian yang diterima daripada pelupusan mesin lama tersebut perlulah ditolak daripada kos mesin baru. Sebagai tambahan, susutnilai yang ditolak untuk mendapatkan pendapatan bersih perlulah ditambah semula untuk mendapatkan aliran tunai masuk bersih. Contoh:- Syarikat Goodtime mempunyai beberapa rangkaian kedai. Salah satu mesin di kedainya kurang menghasilkan untung. Jadi syarikat bercadang untuk mengantikan mesin tersebut dan memasang mesin membuat aiskrim. Mesin tersebut bernilai RM80,000 dan mempunyai 8 tahun jangka hayat. Pertambahan hasil daripada mesin baru iaitu, pendapatan bersih ialah RM20,000, manakala susutnilai mesin baru RM10,000. Mesin lama boleh dijual pada nilai skrap RM5000. Syarikat Goodtime tidak akan membeli mesin membuat aiskrim, melainkan TBB adalah 3 atau kurang daripada 3 tahun. Adakah patut syarikat membeli mesin tersebut.Penyelesaian:Langkah 1 Kirakan Aliran tunai masuk bersih Pendapatan bersih ……………. Tambah: susutnilai ___________ Aliran tunai masuk bersih ___________ Langkah 2
Kos belian mesin baru Tolak: untung jualan mesin lama(Nilai bakian) Kos pelaburan diperlukan
Langkah 3
Kirakan TBB TBB TBB
……………. __________ __________
= Kos pelaburan diperlukan/ Aliran tunai masuk bersih = RM______________/RM____________ = _____________. 6
Cg Narzuki Online
Kaedah TBB
KPP
NKB KPD
Kebaikan 1. Mudah difahami
Kelemahan 1. Tidak mengambil kira aliran tunai selepas TBB 2. Menjimatkan masa kos analisis 2. Tidak mengambil kira keseluruhan aliran tunai 3. Tidak mengambil kira corok aliran 4. Sukar menetapkan tempoh yang maksimum harus dibenarkan 1. Mudah difahami dan digunakan 1. Menggunakan keuntungan 2. Boleh dikira dengan data perakaunan bukan aliran tunai perakaunan. 2. Mengenepikan nilai masa bagi 3. Menggunakan keseluruhan mata wang. aliran pendapatan. 1. Mengambil kira semua nilai 1. Sukar digunakan masa bagi wang 2. Ia mengandaikan kos modal 2.Mengambil kira aliran tunai syarikat diketahui 1. Mengambil kira nilai masa bagi 1. Sukar difahami dan digunakan wang 2. Mengandaikan tunai yang 2. Mengambil kira semua aliran diperolehi dari pelaburan dilabur tunai semula dan memberi pulangan pada 3.Tidak perlu menentukan kos KPD modal perniagaan
Membuat Pemilihan Langkah terakhir dalam belanjawan modal adalah membuat pemilihan yang berasaskan peraturan keputusan Ringkasan peraturan keputusan Peraturan Kaedah Pilih satu alternatif sahaja TBB Alternatif yang dipilih ialah TBB yang terkecil NKB Pilih alternatif yang NKB terbesar KPD Pilih Alternatif ysng KPD terbesar KPP
Pilih alternatif yang KPP terbesar
Keputusan Boleh pilih lebih dari satu alternatif Pilih alternative yang TBB lebih kecil dari yang ditetapkan Pilih alternatif yang NKB positif Pilih alternatif yang KPD lebih besar dari yang ditetapkan Pilih alternatif yang KPP lebih besar dari yang ditetapkan
Faktor factor Kualitatif Selain daripada faktor-faktor melibatkan :-
kuantitatif, faktor-faktor kualitatif perlu juga diberi pertimbangan
1. Kesan projek ke atas alam sekitar 2. Kesan projek ke atas keupayaan organisasi pada masa depan 7
yang
Cg Narzuki Online
3. Kesan projek ke atas nama baik organisasi 4. Kesan projek ke atas moral kakitangan organisasi 5. Kesan projek ke atas keyakinan pengurus
8
Cg Narzuki Online