Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan
Strategi Keusahawanan Islam Di Malaysia: Kajian Di Kalangan Peniaga Kecil Di Kuala Lumpur* Abdul Rachman Husein,Lc Dr. Ilhaamie Binti Abdul Ghani Azmi
Abstrak
S
trategi mengelola keusahawanan adalah penting dalam Islam
bagi mendapatkan kejayaan di dunia dan di akhirat. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti strategi keusahawanan Islam yang sedang dilaksanakan oleh beberapa usahawan kecil muslim di Kuala Lumpur. Metod pengutipan data yang digunakan ialah observasi dan temubual. Pengkaji telah mendapati ada beberapa usahawan kecil muslim di Kuala Lumpur yang telah mempraktikkan strategi keusahawanan Islam seperti melakukan usaha yang halal dan baik, menciptakan kejujuran dan amanah, mengembangkan kemesraan dengan pelanggan dan memandang keusahawan bukan hanya untuk mencari rezeki sahaja selain sebagai ibadah juga.
*
Kertaskerja Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan 2008 di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 15 Oktober 2008
1
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan 1.0
Pengenalan
Islam merupakan agama yang komprehensif (syumul), mencakupi semua aspek kehidupan baik dunia mahupun akhirat. Dalam kehidupan dunia, Allah s.w.t telah memerintahkan kepada manusia untuk menjadi khalifah. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran Surah al-Baqarah;
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata:
"Mengapa Engkau hendak
menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". (Surah Al-Baqarah, 2:30) [1]
Sudah semestinya, manusia dituntut untuk mengelola dunia dengan baik sehingga timbul kemanfaatan dan kebahagiaan. Salah satu cara bagaimana manusia
dapat
mengelola
dan
mengurus
dunia
adalah
dengan
“keusahawanan”. Dalam Islam, keusahawanan merupakan kaedah mencari rezeki yang baik kerana Rasulullah s.a.w dalam sabdanya menyatakan bahwa “Sembilan dari sepuluh pintu rezeki ada pada perniagaan”. (Riwayat: Ahmad). Selain itu, Allah s.w.t juga menyuruh manusia untuk berusaha mencari rezeki yang halal dan baik. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam al-Quran;
“Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung”. (Surah: al-Jumuah, 10) [2]
2
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan Ayat di atas membentangkan bahawa setelah mengerjakan solat, kita disuruh untuk mencari kurnia Allah s.w.t. Ini merupakan seruan untuk berusaha demi kehidupan dunia. Berusaha untuk hidup di dunia merupakan suatu kewajipan. Allah s.w.t tidak menyuruh umatNya untuk solat sahaja selain berusaha. Usaha yang baik adalah dengan melakukan keusahawanan yang halal dan baik sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bahkan baginda pernah bersabda bahawa sebaik-baik mata pencarian adalah menjadi seorang pedagang;
“Sesungguhnya sebaik-baik mata pencarian adalah seorang pedagang”. (Riwayat: Baihaqi)
Sehingga kini, ramai orang melakukan keusahawanan tetapi jauh daripada ajaran Islam. Produk yang dihasilkan kadang-kadang tidak sesuai dengan syarak, tingkah laku terhadap pelanggan kadang-kadang tidak mesra bahkan menyusahkan pembeli, pelayan pun tidak bagus sehingga merugikan pelanggan bahkan kadang-kadang saling menjatuhkan antara para pesaing. Hal inilah yang menjadi masalah dalam keusahawanan. Oleh itu, strategi keusahawanan dalam Islam sangatlah diperlukan bagi seluruh manusia terutama umat Islam demi tercipta keusahawanan yang sihat, aman dan damai. Dengan strategi, seorang usahawan dapat merancang bentuk keusahawanan yang baik sehingga dapat saling menguntungkan antara satu sama lain.
3
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan 2.0
Sorotan Karya
2.1
Strategi Keusahawanan Islam
Definisi dan Konsep Menurut Kamus Dewan, istilah strategi bermakna rancangan yang teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor) untuk mencapai matlamat atau kejayaan [3]. Sedangkan menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara, strategi adalah rancangan (rencana) yang cermat dan teratur mengenai sesuatu kegiatan untuk mencapai matlamat (sasaran) atau kejayaan [4]. Secara kasar, pentakrifan tentang strategi antara Kamus Dewan dan Kamus Bahasa Melayu Nusantara adalah sebagai berikut;
1. Strategi merupakan sebuah rancangan atau rencana. 2. Rancangan tersusun dengan teratur. 3. Memiliki sebuah matlamat.
Sedangkan keusahawanan, menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara adalah segala yang berkaitan dengan usahawan dan sebagainya [5]. Dalam hal ini, istilah keusahawanan lebih umum mencakupi semua perkara baik usahawan, pelayan, produk, promosi, pemasaran, pengguna dan lain-lain.
Islam pula adalah agama Allah s.w.t yang diturunkan melalui wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk diajarkan kepada seluruh umat manusia dengan berpedoman kepada kitab suci al-Quran [6].
Justeru, definisi strategi keusahawanan Islam adalah sebuah rancangan atau rencana yang teratur untuk menuju sebuah komuniti keusahawanan yang sesuai dengan ajaran agama Islam.
4
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan Konsep Strategi Keusahawanan Islam Demi tercapainya komuniti keusahawanan yang berasaskan Islam, pengkaji mencuba membentangkan beberapa macam konsep strategi yang dapat dijadikan sebagai acuan dalam melakukan keusahawanan. Adapun macammacam konsep strategi keusahawanan Islam tersebut adalah sebagaimana berikut:
1) Melakukan keusahawanan yang halal dan baik Ramai para usahawan yang hanya mementingkan keuntungan sahaja
tanpa
memperhatikan
bagaimana
dia
melakukan
keusahawanan dan apa yang diperniagakan. Manusia sentiasa merasa tidak puas hati dan tamak sehingga ramai usahawan yang menghalalkan segala cara dalam perniagaannya untuk mencari keuntungan
yang
berlipat
ganda.
Dalam
Islam,
tujuan
keusahawanan bukan sahaja mencari keuntungan semata selain mencari keredhaan Allah s.w.t juga. Islam menjelaskan tentang bagaimana seorang usahawan mendapat keuntungan di dunia dan di akhirat bukan di dunia sahaja. Oleh itu, terdapat beberapa syarat keusahawanan dalam Islam, di antaranya ialah Islam hanya memperbolehkan keusahawanan yang halal dan baik. Sebagaimana firman Allah s.w.t;
“Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba” (Surah al-Baqarah, 2:275) [7]
Bagi usahawan muslim, tentunya tidak sama antara perniagaan yang baik dan buruk walaupun sama-sama memiliki daya tarik dalam keuntungan seperti projek perjudian dan projek pembangunan. Ini kerana Allah s.w.t menghalalkan kepada hamba-hambaNya yang
5
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan baik-baik dan mengharamkan kepada mereka yang buruk-buruk. Sebagaimana Allah s.w.t berfirman dalam al-Quran;
“Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan". (Surah al-Ma’idah, 100) [8]
Produk yang baik menurut Islam adalah produk yang memiliki nilai-nilai tertentu yang dapat mempengaruhi moral dan tuntutan agama. Ciri-cirinya adalah barang tersebut mesti bersih, bermanfaat, tidak najis dan tidak haram menurut Islam. Beberapa produk barang yang diharamkan oleh Allah s.w.t seperti bangkai, darah, daging babi, daging anjing, minuman keras dan sebagainya merupakan produk yang dapat merosak anggota badan bahkan kotor dan jijik sehingga Islam melarang memperjualbelikannya. Sebagaimana firman Allah s.w.t;
“Sesungguhnya Allah Hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah ”. (Surah al-Baqarah, 173) [9]
Manakala produk perkhidmatan yang diharamkan oleh Allah s.w.t seperti perkhidmatan pelacuran, penipuan, bahkan pemalsuan dokumen dan sebagainya yang dapat menyebabkan kemudharatan (kerosakan) baik bagi dirinya mahupun orang lain. Pernah suatu ketika Abdullah bin Ubayyah bin Salul berkata kepada hamba perempuannya, “Pergilah dan carilah sesuatu untuk kami dengan
6
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan melakukan pelacuran”. Sehubungan itu, Allah s.w.t menurunkan ayat; “Dan janganlah kamu paksa budak-budak wanitamu untuk melakukan pelacuran, sedang mereka sendiri menginginkan kesucian, kerana kamu hendak mencari keuntungan duniawi”. (Surah an-Nuur, 33) [10]
Ini merupakan salah satu etika dan keistimewaan para usahawan muslim. Baginya keusahawanan merupakan satu cara untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t dengan melaksanakan etika agama dalam berniaga. Sedangkan di kalangan para usahawan lainnya,
mereka
hanya
memerhatikan
etika
melakukan
keusahawanan secara global dengan tidak memerhatikan etika agama kerana mereka menilai sebuah keuntungan adalah tujuan utama keusahawanan walaupun dengan menghalalkan segala cara.
2) Menciptakan Kejujuran dan Amanah Dalam kehidupan sehingga kini, banyak langkah yang diambil oleh setiap manusia selalu merugikan orang lain baik dalam berniaga mahupun lainnya. Ini kerana kepentingan peribadi lebih utama daripada kepentingan umum. Hal ini hanya dilakukan demi mendapatkan keuntungan secara berlebih-lebihan. Ramai usahawan melakukan penipuan dalam berniaga seperti mengurangi timbangan, melakukan sumpah berlebihan, bahkan berkata tidak jujur tentang barang yang dijual dan menjual barang yang sedang dalam transaksi jual beli. Mengambil keuntungan berlipat ganda dengan cara yang tidak dibenarkan dalam Islam akan membawa kepada kehancuran. Para pembeli tidak akan menjadi pelanggan kembali atau orang lain tidak akan percaya sehingga mereka tidak akan melakukan kontrak
7
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan kerjasama lagi kerana merasa selalu ditipu. Hal ini senada dengan apa yang telah dinyatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w bahawa;
“Kejujuran
akan
membawa
ketenangan
sementara
ketidakjujuran akan menimbulkan keragu-raguan”. (Riwayat: Tarmizi)
Dengan bersifat tidak jujur, maka yang ada adalah perasaan tidak tenang, bahkan ragu dalam perniagaan kerana takut para pembeli, pelanggan, dan rakan berniaga berpaling darinya.
3) Mengembangkan Kemesraan dengan Pelanggan Pelanggan adalah aset berharga dalam keusahawanan kerana pelanggan dapat memberikan banyak manfaat dan keuntungan. Ramai perusahaan yang memiliki moto untuk melakukan kemesraan dengan pelanggan seperti Nokia, motonya adalah “connecting people”. Banyak cara yang dilakukan oleh perusahaan demi membentuk kemesraan dengan pelanggan. Ini kerana jika pelanggan puas hati, maka akan menghadapi impak positif bagi perniagaan.
Dalam Islam, bagi mengembangkan kemesraan dengan pelanggan adalah dengan cara “silaturrahim”. Silaturrahim merupakan cara yang baik dan elok dalam menciptakan kemesraan dengan pelanggan. Dengan silaturrahim, Islam mengajak setiap orang tidak diperbolehkan memiliki sifat individualistik melainkan harus memiliki sifat sosialisis. Dengan demikian, pola interaksi yang ada adalah saling membantu antara satu sama lain dalam sebarang masalah apapun terutama keusahawanan dan saling melengkapi demi terbentuknya kehidupan yang harmoni.
8
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan Silaturrahim merupakan cara berkesan untuk menerapkan sifat sosialis. Dengan silaturrahim, setiap insan akan mendapatkan manfaat kerana dalam silaturrahim akan terjadi pola kehidupan yang baik, di antaranya adalah:
•
Memperat hubungan emosional.
•
Dapat saling melengkapi.
•
Semakin saling menghormati dan menghargai.
•
Menambah rezeki.
•
Bertambah umur.
•
Mencipta indahnya kesatuan.
4) Membangun serta Mengembangkan Jaringan Dalam dunia keusahawanan, jaringan merupakan salah satu cara membuat keusahawanan menjadi berkembang. Dengan mempunyai jaringan yang baik, maka tercipta kerjasama yang baik. Dalam keusahawanan terdapat beberapa peringkat yang tidak dapat dipisahkan di antaranya adalah produk, harga, pembeli, dan promosi. Adanya jaringan dapat memudahkan pemasaran sekaligus promosi sehingga dapat membentuk sebuah kerjasama yang baik. Berapa ramai usahawan dapat mengeluarkan produk tetapi tidak dapat menjual. Berapa ramai usahawan dapat menjual tetapi tidak memenuhi apa yang direncanakan kerana lemahnya jaringan.
Membangun hubungan baik merupakan satu cara untuk membangun jaringan. Dengan menjalin persahabatan dan silaturrahim di antara satu sama lain, jaringan keusahawanan akan menjadi semakin besar dan luas. Ini seterusnya akan memberi impak positif bagi perkembangan perniagaan. Jaringan luas akan memudahkan kerjasama usaha baik dalam penjualan, promosi barangan bahkan
9
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan menarik simpati para calon pelanggan setia. Dalam membina sebuah hubungan, hendaklah tidak membatasi kepada para pembeli sahaja melainkan banyak kelompok yang perlu diperhatikan, di antaranya adalah karyawan, pelanggan, calon pelanggan, pembekal, pemegang saham, media massa, juru analis, ahli parlimen, bahkan pemerintah.
Jaringan keusahawanan dikehendaki demi memudahkan pemasaran dan promosi sehingga dapat menarik para pembeli untuk menjadi pelanggan setia. Sekiranya sesuatu perniagaan memiliki pelanggan setia, maka mereka sudah tentu akan mendapatkan keuntungan di masa hadapan. Permintaan pelanggan adalah jelas dan usahawan hanya menilai sahaja. Dalam prinsip pengurusan perniagaan moden, kepuasan pelanggan (customer satisfaction) merupakan permulaan daripada sebuah keberuntungan.
Kelebihan daripada hubungan baik merupakan metode untuk mendapatkan jaringan yang luas sehingga tercipta kerjasama yang baik. Dengan demikian, ini akan dapat membantu usahawan dalam setiap langkah mereka, baik mempromosikan nama baik individu, perusahaan, produk dan layanan.
Dalam menjalin hubungan baik dengan siapapun hendaklah didasari dengan penuh keikhlasan dan sepenuh hati bukan hanya kerana meraup keuntungan semata. Jaringan perkenalan perlu dibangunkan terlebih dahulu bagi membina sebuah persahabatan. Seterusnya, daripada sebuah persahabatan, maka satu kerjasama perniagaan akan terbentuk. Dalam Islam, membangun hubungan baik dapat dilakukan dengan cara silaturrahim. Dengan silaturrahim, semua orang dapat saling mengenali sesama mereka sehingga muncul
10
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan sebuah persahabatan. Dan sebuah persahabatan akan mendatangkan kemanfaatan. Menurut Rasulullah s.a.w, salah satu manfaat silaturrahim adalah mendatangkan banyak rezeki.
“Barang siapa yang ingin dilapangkan rezekinya, dan dipanjangkan umurnya maka bersilaturahimlah”. (Riwayat: Bukhari)
5) Melakukan Persaingan yang Sihat dengan Para Pesaing Memasuki dunia keusahawanan, mesti banyak persaingan. Tidak ada orang menjalankan keusahawanan tanpa adanya persaingan. Ini merupakan suatu kemestian yang mana tidak dapat dijauhi. Ingin berniaga kedai komputer pasti ada yang menyainginya, ingin berniaga kantin tentu ada yang menjadi pesaingnya. Dan yang perlu diperhatikan adalah bagaimana menghadapi persaingan tersebut?. Hampir semua orang mengatakan bahawa dengan adanya persaingan, sesebuah perniagaan akan menghadapi impak negatif terutamanya dari segi pendapatan akan merosot. Jika dilihat secara rasional, memang benar perkara ini akan berlaku. Kenapa? Ini kerana ketika sebelum wujud pesaing, para pelanggan berjumlah seratus. Tetapi setelah wujud pesaing, jumlah para pelanggan mulai berkurangan. Dan inilah yang menjadi ketakutan para usahawan.
Dalam Islam, metode menghadapi pesaing bukanlah dengan sebuah perlawanan tetapi menjadikan sebagai “pasangan”. Maksudnya, para pesaing tersebut dapat dijadikan sebagai rakan usaha yang baik dan dapat saling melengkapi. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam al-Quran:
11
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan “Maka berlumba-lumbalah dalam kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”. (Surah al -Baqarah, 148) [11]
Berapa banyak perusahaan yang hancur hanya kerana selalu melakukan perlawanan terhadap pesaingnya. Salah satu yang biasa dilakukan adalah menaik turunkan harga untuk merugikan pesaingnya, melakukan perbuatan yang membahayakan seperti memfitnah produk pesaing dan sebagainya. Dalam Islam, menyaingi penjualan sesama usahawan dengan perbuatan yang dapat merugikan salah satu pihak adalah dilarang. Sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w di bawah ini;
“Janganlah kamu menjual menyaingi penjualan saudaramu” (Riwayat: Bukhari)
Dalam Islam, seorang muslim tidak boleh membahayakan orang lain. Semua aktiviti usahanya selalu didasari dengan sebuah peraturan;
“Segala bahaya dan yang membahayakan itu haram hukumnya". (Riwayat: Ibnu Majah)
Peraturan tersebut sangatlah berkesan untuk menjaga dunia persaingan, baik dalam perniagaan mahupun bidang lainnya sehingga akan terbentuk lingkungan yang kondusif, aman dan damai. Semua pesaing akan selalu memperhatikan langkah yang akan ditempuh dalam menghadapi lawannya. Dan tentunya, langkah
12
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan tersebut adalah langkah yang baik. Usahawan muslim selalu menjadi pesaing yang baik. Menjaga hubungan baik dengan usahawan lain, tidak menaik turunkan harga untuk merugikan usahawan lain serta tidak menghina produk usahawan lainnya. Semua ini merupakan sikap terpuji. Di samping itu, usahawan muslim tidak akan melakukan monopoli yang dapat merugikan banyak orang, tidak menjual barang yang masih dalam proses jual beli dengan orang lain dan selalu bersikap adil dan arif dalam perniagaan.
2.2
Keusahawanan Islam Di Kuala Lumpur
Malaysia merupakan salah satu negara di kawasan Asia Tenggara yang yang memiliki perkembangan cepat dalam semua sektor terutama sektor ekonomi dan pembangunan. Luas negara Malaysia mencapai 329,758 km persegi dengan jumlah penduduk sekitar 26 juta yang terdiri dari beberapa kaum, di antaranya adalah kaum Melayu, China, India, dan lain-lain [12]. Menurut Majalah Foreign Policy, di Asia, Malaysia berada di urutan kedua setelah Singapura, iaitu sebagai negara yang nyaman sebagai tempat tinggal dan berniaga kerana ia memiliki iklim ekonomi yang baik.
Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia. Posisinya yang strategik menjadikan Kuala Lumpur sebagai kota metropolitan terbesar di Malaysia. Sedangkan sektor yang paling menyumbang kepada ekonomi negara adalah sektor pembuatan, kemudian diikuti dengan sektor pelancongan dan komoditi utama seperti kelapa sawit, getah asli, balak dan petroleum.
Kuala Lumpur merupakan kota besar yang memiliki infrastruktur yang memadai, lingkungan yang nyaman, pengurusan kota yang baik dan kemudahan masyarakat yang lengkap serta kebudayaan sehingga membuat para pelancong,
pekerja dan pelajar asing berpuas hati melakukan
13
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan perlbagai macam transaksi perniagaan, atau melancong ke Malaysia. Semuanya didokong dengan sistem pengangkutan yang baik, seperti Light Rapid Transport (LRT), teksi dan bas. Sistem Light Rapid Transport menyediakan pengangkutan dengan rel di dalam kota yang baik bagi para pengguna sehingga memudahkan untuk pergi ke tempat tujuan. Selain itu, kota ini juga telah memiliki infrastruktur maklumat dan komunikasi serta kemudahan profesional yang sempurna.
Kuala Lumpur bukan hanya satu tempat yang tenang untuk tinggal, tetapi tenang juga untuk melakukan perniagaan kerana Kuala Lumpur juga merupakan salah satu pusat kota perniagaan terbesar di dunia. Dan tentunya, di dalam kota tersebut terdapat pelbagai macam bentuk keusahawanan dari latar belakang yang berbeza. Beberapa tempat keusahawanan yang menjadi bukti bahawa Kuala Lumpur sebagai kota keusahawanan, iaitu:
1. Pusat membeli belah yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Petaling, Jalan Bandar, dan Jalan Bukit Bintang. Jalan Petaling dan Jalan Bandar merupakan tempat perbelanjaan barangbarang Cina seperti baju dan sepatu. Manakala tas tangan, perhiasan, seni dekorasi rumah adalah dari Negara India dan Myanmar. 2. Pasar Seni merupakan tempat perbelanjaan baju, tas tangan dan lain-lain. 3. KLCC merupakan syurga para pembelanja dan usahawan. Di KLCC terdapat berbagai macam produk dari dalam mahupun luar negeri. Di samping itu, Tower Petronas juga terdapat di KLCC sehingga menjadi daya tarik bagi para pengunjung. 4. Plaza Low Yat merupakan pusat perbelanjaan elektronik dan komputer.
14
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan 5. Banyak plaza lain yang menjadi pusat perbelanjaan seperti Plaza Sungai Wang, Plaza KL, Suburban Shopping seperti One Utama, Sunway Pyramid dan lainnya [13].
Keusahawanan yang ada di Kuala Lumpur amat ramai dan terdiri dari pelbagai macam kalangan, di antaranya adalah keusahawanan yang dikelola oleh seorang muslim dan ada juga yang dikelola oleh orang bukan muslim. Menurut Adnan Alias dan Mohamed Dahlan Ibrahim dalam bukunya Keusahawanan Islam bahawa amat sedikit usahawan muslim yang berjaya kerana ramai di antara mereka hanya berperanan sebagai pengguna sahaja. Banyak bidang perniagaan dikelola oleh usahawan bukan muslim. Tentunya, hal ini dapat mempengaruhi sistem keusahawanan Islam. Sebagaimana di atas, keusahawanan Islam adalah segala yang berkaitan dengan usahawan dan sebagainya yang sesuai dengan ajaran Islam. Jadi semua keusahawanan baik seorang usahawan, produk, pelayan, dan lainlain mestilah sesuai dengan ajaran Islam. Realiti umat Islam saat ini memang ramai yang menjadi pengguna sahaja dan sedikit yang menjadi usahawan padahal umat Islamlah yang paling awal dan paling lama dalam tamadun manusia yang menggalakkan perniagaan [14]. Di samping itu, ramai pula para usahawan muslim yang melakukan transaksi jual beli tetapi tidak sesuai dengan syarak, seperti menipu dalam jual beli dan sebagainya. Bahkan di Malaysia masih belum ada lagi suatu pendekatan untuk membangun usahawan secara Islam sehingga amat sedikit usahawan muslim yang berjaya [15]. Tetapi walaupun demikian, patut diakui bahawa terdapat suatu pergerakan yang dilakukan oleh beberapa usahawan muslim ke arah pencapaian keusahawanan Islam yang baik dan benar, iaitu oleh Encik Muhammad Pelihan Ojer sebagai direktor Matts Engineering, Puan Maimunah; pemilik Awal Muharam Enterprise, Puan Effi; pemilik Effi Beauty World, Encik Idris Abdul Ghaffar; pemilik Ayangto Trading dan lain-lain sepertimana yang telah ditemui dalam kajian ini.
15
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan 2.3
Metodologi
Metodologi kajian ini terdiri daripada observasi dan temubual. Manakala skop kajiannya adalah perniagaan kecil.
Menurut Kamus Dewan, istilah perniagaan bermakna perihal berniaga atau perdagangan [16]. Perniagaan pula berasal dari kata “niaga” yang bererti jual beli [17]. Sedangkan menurut Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar, istilah niaga adalah berniaga atau berjual beli [18]. Maksud istilah perniagaan dari dua kamus tersebut adalah sama, iaitu perihal berniaga atau berdagang.
Sedangkan kecil, menurut Kamus Dewan memiliki banyak erti dan di antaranya adalah bermakna tidak banyak (jumlahnya dll) atau tidak melibatkan banyak orang [19]. Dalam hal ini, maksud kecil adalah tidak banyak jumlah pendapatan yang dicapai atau tidak melibatkan banyak pekerja. Justeru, definisi perniagaan kecil adalah perihal perdagangan atau berniaga yang memiliki jumlah pendapatan kecil dan tidak melibatkan ramai pekerja (terkadang tidak sama sekali).
2.4
Strategi Keusahawanan Islam Di Kuala Lumpur
Dalam penyelidikan pengkaji di Kuala Lumpur terutama KLCC, Low Yat Plaza, Mydin, dan Pasar Besar Gombak, pengkaji melihat ada beberapa usahawan muslim yang telah mempraktikkan strategi keusahawanan Islam. Namun begitu, masih ramai para usahawan yang tidak menggunakan strategi keusahawanan Islam tersebut. Beberapa strategi yang telah dipraktikkan oleh para usahawan, iaitu:
1. Melakukan Usaha yang Halal dan Baik Sehingga kini, sudah ramai orang yang melakukan perniagaan yang halal dan baik seperti para usahawan yang telah pengkaji
16
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan ditemubual. Mereka melakukan perniagaan yang halal dan baik, seperti berniaga besi, pakaian, salon kecantikan dan lain-lain. Hal ini tentunya sesuai dengan ajaran agama Islam sehingga perniagaan tersebut dapat menjadi alat untuk mencapai keuntungan dan keredhaan Allah s.w.t. Melihat ramai orang mempraktikkan perniagaan yang halal, pengkaji merumuskan adanya suatu kemajuan untuk menerapkan amalan tentang strategi keusahawanan Islam secara menyeluruh. Memang untuk menerapkan amalan strategi keusahawanan Islam secara menyeluruh sangatlah tidak mudah tetapi suatu peringkat tentulah mesti dilalui dahulu sehingga sedikit demi sedikit akan timbul usaha menerapkan amalan strategi keusahawanan Islam secara menyeluruh. 2. Menciptakan Kejujuran dan Amanah Walaupun pengkaji menjumpai ada penipuan dalam produk, iaitu adanya perbezaan di antara produk yang diiklankan dengan produk aslinya, seperti yang terjadi pada sebuah restoran di KLCC, namun pengkaji juga menjumpai ramai usahawan yang menerapkan kejujuran dan amanah, seperti Encik Zaidi; peniaga ayam di Pasar Besar Gombak yang selalu memperhatikan sukatan. 3. Mengembangkan Kemesraan dengan Pelanggan Demi terjalinnya sebuah jaringan yang baik adalah dengan membentuk kemesraan dengan pelanggan terlebih dahulu. Ada usahawan
yang
telah
menerapkan
silaturahim
untuk
mengembangkan kemesraan dengan pelanggan, seperti Puan Hurhelin yang menjadi pengusaha pakaian, Puan Ika; pengusaha buku dan Tuan Mulyadi; pengusaha rumah makan. Cara mereka dalam
menghadapi
pembeli
seperti
saudara
sendiri,
iaitu
menghadapi para pembeli dengan penuh santun, ramah, murah senyuman dan lain-lain.
17
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan 4. Memandang Keusahawanan Bukan Hanya untuk Mencari Rezeki Sahaja melainkan sebagai Ibadah Juga Kata “ikhlas” dan “tawakal” sebenarnya sangatlah sukar dalam sebuah keusahawanan. Contohnya, ikhlas memberikan masa kepada pelanggan yang berhutang atau tawakal kepada Allah s.w.t untuk mendapatkan rezeki dengan diiringi usaha. Dalam hal ini, pengkaji menjumpai beberapa usahawan, seperti Tuan Zaidi; peniaga ayam, Tuan Idris; direktor Ayangto Trading yang telah memiliki konsep strategi keusahawanan Islam. Mereka mengamalkan bersikap murah hati dengan cara ikhlas dan tawakal.
2.5
Observasi
Sejak tanggal 1 Julai 2008, pengkaji mengadakan observasi ke beberapa tempat pusat perbelanjaan di Kuala Lumpur dan kunjungan pertama pengkaji adalah kedai Mydin. Pengkaji melihat kedai Mydin merupakan salah satu tempat perbelanjaan yang memiliki produk-produk yang baik dan halal serta memiliki harga lebih murah dibandingkan kedai-kedai lainnya seperti Giant. Dalam Islam, seorang usahawan hendaklah tidak mengambil keuntungan secara berlebih-lebihan kerana sesuatu usaha tidaklah hanya mencari keuntungan semata Kmelainkan membantu para pembeli juga. Satu barang yang memiliki harga tidak mahal merupakan salah satu strategi keusahawanan Islam kerana dengan demikian, ia dapat menjadi daya tarik para pembeli untuk menjadi pelanggan setia. Hal ini telah dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w dalam usaha baginda. Beliau tidak mengambil keuntungan secara berlebih-lebihan.
Selanjutnya, kunjungan kedua pengkaji adalah KLCC. Pada saat itu, pengkaji sempat membeli makanan di sebuah restoran. Ketika ingin membeli, di sana terdapat iklan gambar jenis makanan yang dijual. Setelah pengkaji amati dan teliti, pengkaji tertarik kerana kelihatannya memiliki
18
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan lauk-pauk yang banyak dan beraneka ragam, terutama daging. Tetapi, setelah makanan tersebut siap disediakan, pengkaji merasa kecewa kerana ternyata lauk-pauk yang banyak itu bukan daging melainkan cili yang besar-besar dan hitam mirip daging sedangkan dagingnya hanya sedikit. Bagi pengkaji, hal ini merupakan sebuah penipuan kerana iklan gambar menjelaskan
tentang
hal
ehwal
makanan
tersebut
tetapi
dalam
kenyataannya tidaklah sedemikian. Dalam Islam, menipu, berbohong dan monopoli sangatlah dilarang dan bukan merupakan sebuah strategi bagus dalam keusahawanan. Rasulullah s.a.w merupakan pelopor keusahawanan Islam. Baginda selalu mempraktikkan dengan kejujuran dan semenjak kecil lagi baginda telah dikenali dengan “Al-Amin” dan “As-Siddiq” iaitu ertinya “dapat dipercayai dan jujur”. Beliau menyatakan bahawa orang yang berbohong adalah tanda orang-orang munafik dan ketidakjujuran akan membawa keragu-raguan. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w; “Kejujuran
akan
membawa
ketenangan
sementara
ketidakjujuran akan menimbulkan keragu-raguan”. (Riwayat: Tarmizi)
“Tanda-tanda orang munafik ada tiga: Pertama, apabila berkata, ia berdusta; kedua, apabila berjanji tidak dipenuhi; ketiga, apabila diberi amanah, ia berkhianat.” (Riwayat: Bukhari)
Jadi, jika ingin mendapatkan pelanggan setia hendaklah selalu berlaku jujur. Perlu menjelaskan produk mana yang elok dan tidak, mana yang baik dan tidak dan seterusnya sehingga pembeli merasa tenang kerana tidak dibohongi.
Kunjungan selanjutnya adalah Low Yat Plaza. Banyak hal yang dapat pengkaji catat dalam kunjungan pengkaji ke pusat perbelanjaan elektrik dan
19
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan komputer terbesar di Kuala Lumpur. Sebuah pelayan yang baik telah dipraktikkan hampir di semua kedai di Low Yat Plaza. Dengan gaya senyum, menyapa, bahkan siap melayani untuk menjawab semua pertanyaan para calon pembeli adalah sebuah pelayan yang baik. Dalam Islam, semua transaksi keusahawanan hendaklah diawali dari sebuah perilaku yang baik seperti senyum, bermurah hati, berkata yang sopan dan baik, sabar melayani dan sebagainya. Dengan demikian, akan menghadapi impak positif bagi sebuah keusahawanan sehingga ramai calon pembeli yang merasa senang kerana telah dihargai dan dihormati. Di samping itu, dengan berkata yang baik dan sopan santun serta mudah senyum merupakan bentuk sedekah lahiriah dan batiniah. Sedekah lahiriah bererti ramai orang senang dengan kita dan sedekah batiniah bererti kita akan dapat pahala dari Allah s.w.t, sebagaimana firman Allah s.w.t; “Perkataan yang baik dan pemberian maaf
lebih baik dari
sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan. Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun”. (Surah: Al-Baqarah, 263) [20]
Kunjungan pengkaji yang keempat adalah Pasar Besar Gombak. Di sana pengkaji sempat membeli buku-buku agama, di antaranya adalah buku masalah Tajwid dan Cara Solat. Ketika itu, penjaga kedai sangatlah baik dan memperlakukan pengkaji seakan sebagai sahabatnya sehingga pengkaji merasa senang kerana perlakuan seperti itu. Ketika pengkaji hendak pulang, beliau berkata kepada pengkaji “sila datang lagi ya”. Ini merupakan salah satu cara mencapai kemesraan pelanggan. Dalam Islam, membangun silaturrahim merupakan satu cara yang berkesan untuk mendapatkan pelanggan setia. Dengan memperlakukan pelanggan seperti sahabat, maka akan terjalin sebuah ‘silaturrahim’ sehingga timbul kemesraan antara penjual dan pembeli. Kemesraan pelanggan adalah modal utama untuk
20
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan memperolehi sebuah keberuntungan bagi dunia keusahawanan. Sebuah hadis Rasulullah s.a.w menyatakan bahwa;
“Barang siapa yang ingin dilapangkan rezekinya, dan dipanjangkan umurnya maka bersilaturrahimlah”. (Riwayat: Bukhari)
Pengkaji juga mengunjungi Pasar Seni dan membeli pakaian di sebuah kedai. Pengkaji melihat bahawa kedai tersebut memiliki cara yang bagus dalam berniaga, iaitu dengan menjelaskan produk mana yang berkualiti dengan harga mahal dan produk yang tidak berkualiti dengan harga murah. Terdapat juga tempat yang membezakan antara produk-produk yang ditawarkan sehingga tidak wujud penipuan. Dalam Islam, pedagang yang jujur akan bersama-sama dengan para nabi dan para syuhada’. Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w bahawa;
“Pedagang yang jujur lagi terpercaya adalah bersama-sama nabi, orang-orang sadiqin (benar), dan para syuhada” (Riwayat: Tarmizi)
2.6
Temubual
Dalam melakukan kajian, pengkaji mencuba melakukan temubual dengan beberapa responden dari kalangan usahawan Islam, di antaranya adalah Encik Mohamad Pelihan Ojer, seorang usahawan besi, Encik Mulyadi, seorang usahawan rumah makan, dan Encik Abdul Razak, peniaga ikan, Puan Nurhelin, usahawan pakaian, Puan Ika, seorang usahawan kedai buku, Encik Zaidi, peniaga ayam, Puan Maimunah, usahawan bingkai, Puan Anita, usahawan AB Design and Style, Encik Usuf, usahawan pembekal alat tulis, Encik Idris Abdul Ghaffur, usahawan produk perabot kayu, dan Puan Effi, usahawan Effi Beauty World. Dalam temubual tersebut,
21
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan pengkaji telah memperolehi beberapa maklumat perihal keusahawanan yang telah mereka jalani mulai dari masalah modal, pelayan, keadaan keusahawanan, bahkan pelanggan.
Secara umum, sebuah perniagaan sudah tentu mengalami pasang surut. Hal ini disebabkan pelbagai macam masalah di antaranya adalah pendapatan lebih sedikit daripada pembelanjaan. Ini kerana, banyak para pelanggan yang berhutang dan tidak mahu membayar sehingga membuat perusahaan menjadi kekurangan modal. Dalam hal ini, pengkaji pernah menanyakan perihal sikap seorang usahawan muslim dalam menangani perihal hutang. Encik Zaidi, Encik Abdul Razak, Encik Idris Abdul Ghaffur dan Encik Mohammad Pelihan Ojer sebagai seorang usahawan muslim, mereka menganggapnya dengan sebuah kalimat “tawakal” ertinya pasrah kepada Allah s.w.t. Maksudnya, beliau tidak memaksa pelanggan untuk harus cepat-cepat
membayar
hutangnya
melainkan
memberikan
sebuah
kelonggaran masa. Walaupun begitu, beliau tetap berusaha untuk menagih hutang dan yakin kepada Allah s.w.t tentang rezekinya. Jika pengkaji teliti, sikap seperti ini sangatlah jarang ditemui kerana pertama, “masalah wang adalah masalah asas”, semua orang mahu wang dan kerana wang orang akan saling berebut. Kedua, hal seperti ini sama dengan apa yang difirmankan Allah s.w.t dalam al-Quran;
“Dan jika dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui”. (Surah al-Baqarah, 280) [21]
Ini merupakan salah satu keistimewaan seorang usahawan muslim yang tidak dimiliki oleh para usahawan lain. Memberikan kelonggaran masa untuk membayar hutang adalah satu sifat terpuji.
22
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan Dalam menjalankan perniagaan, Puan Ika, yang menjadi usahawan buku, Puan Nurhelin, sebagai pedagang pakaian, Puan Maimunah, sebagai pemilik kedai bingkai dan Encik Mulyadi, usahawan rumah makan memiliki prinsip yang berbeza daripada yang lainnya, iaitu “walau kami tidak untung banyak, yang penting pelanggan senang”. Kata-kata tersebut cukup sederhana tetapi memiliki makna yang sangat luas. Dalam hal ini, pengkaji mengkaji prinsip tersebut dan menghasilkan beberapa catatan sebagaimana berikut:
1. Prinsip di atas merupakan strategi keusahawanan Islam yang baik untuk mendapatkan pelanggan setia. 2. Sebuah perniagaan memiliki matlamat jangka panjang sehingga yang dikedepankan adalah bagaimana dapat mempertahankan usahanya dengan menyenangkan pelanggan terlebih dahulu 3. Prinsip ini menjadi kunci kejayaan seseorang dalam mencapai keredhaan Allah s.w.t kerana dengan demikian, seorang usahawan dapat menolong antara satu sama lain. 4. Prinsip tersebut termasuk dalam kategori sikap “murah hati”.
3.0
Rumusan
Daripada observasi dan temubual, pengkaji dapat melihat bahawa sebenarnya strategi keusahawan Islam sudah tampak di permukaan. Sudah ada kemajuan ke arah strategi keusahawan Islam kerana sudah ada beberapa usahawan yang telah mempraktikkannya. Hal ini dilakukan tanpa disedari kerana sebenarnya hal tersebut merupakan strategi yang selaras dengan al-Quran dan hadis yang mana sudah sebati dalam diri usahawan yang telah ditemubual.
23
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan Strategi keusahawanan Islam merupakan hal yang tidak dapat dibolak-balik lagi. Semua usahawan mesti menggunakan strategi yang telah disyorkan oleh Islam jika ingin mendapatkan keuntungan di dunia dan di akhirat. Islam memandang penting keusahawanan kerana memiliki faedah yang sangat besar dalam kehidupan. Oleh itu, Islam mengajarkan umatnya strategi mengelola keusahawanan yang baik dan benar menurut al-Quran dan al-Hadis. Dengan strategi, para usahawan akan dapat menjalankan usahanya sesuai dengan syarak sehingga akan timbul kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
24
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan Nota Penghujung 1. Al-Baqarah 2:30 2. Al-Jumu’ah 62: 10. 3. Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Malaysia. 1989 hal. 1227 4. Kamus Bahasa Melayu Nusantara, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Malaysia. 2003 hal. 2597 5. Ibid hal. 2990 6. Ibid hal. 1026 7. Al-Baqarah 2:275 8. Al-Maidah 5: 100 9. Al-Baqarah 2: 173 10. An-Nuur 24: 33 11. Al-Baqarah 2: 148 12. http://www.tourismmalaysia.gov.my/my/ebrochure/default.asp 13. Draft Structure Plan Kuala Lumpur 2020 A World Class City. City Hall Kuala Lumpur. Malaysia 14. Adnan Alias, Mohamed Dahlan Ibrahim, Keusahawanan Islam, Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Selangor, Malaysia. 2002 hal. 4 15. Ibid hal. 129 16. Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Malaysia. Cetakan ketiga. 1986 hal. 795 17. Ibid hal. 795 18. Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar, Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Malaysia. Cetakan ketiga. 1983 hal. 375 19. Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Malaysia. Cetakan ketiga. 1986 hal. 505 20. Al-Baqarah 2: 263 21. Al-Baqarah 2: 280
25