OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/TANAMAN/Duku BUKU PANDUAN TANAMAN DUKU
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 01 09.03.2012
Halaman : 1 drp 8
Isi Kandungan Bil.
Tajuk
Muka Surat
1
Pendahuluan
2
Penyelenggaraan 2.1 Mengawal Keruping Kulit Kayu 2.2 Gejala 2.3 Agen Penyebab 2.4 Kawalan 2.5 Kadar Penyemburan 2.6 Kawalan Penyakit Dan Perosak
3 3 3 4 4 4 5-6
3
Kematangan Dan Mengutip Hasil
6-7
4
Pengendalian Lepastuai dan Penyimpanan
7-8
5
Rujukan
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
3
8
: : :
02 01 09.03.2012
Halaman : 2 drp 8
1. PENDAHULUAN Duku Terengganu (Lansium Domesticum) Seperti buah dokong, buah duku Terengganu akan bertukar daripada warna hijau ke warna kuning apabila buah mencapai peringkat masak. Walau bagaimanapun, corak kemasakan buah duku Terengganu berlaku tidak serentak dalam satu tangkai. Pada masa kebanyakan buah telah bertukar warna menjadi kuning, masih terdapat buah-buah yang masih hijau. Keadaan ini menimbulkan masalah dalam penuaian. Peringkat kemasakan duku Terengganu boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat mengikut perubahan warna buah iaitu (1) hijau kekuningan; (2) kuning kehijauan; (3) kuning; (4) kuning cerah dan (5) kuning keperangan. Kemanisan buah meningkat dan kemasaman buah menurun apabila buah semakin kuning. Umumnya, buah duku Terengganu sudah boleh dipetik apabila kebanyakan buah pada sesuatu tangkai sudah berwarna kuning, kuning cerah dan kuning keperangan iaitu 15-16 minggu dan tarikh bunga berkembang. Pada ketika itu, buah mengandungi jumlah pepejal terlarut antara 15-18% dan kandungan asid antara 0.2-0.4%. 2. PENYELENGGARAAN 2.1 Mengawal Keruping Kulit Kayu Pada Duku Terengganu Dan Dokong (sumber: Agromedia Bil. 6 1999) Tanaman ini berhadapan dengan masalah keruping kulit kayu yang menyerang batang, dahan ataupun rantingnya. Keadaan keruping boleh menjadi begitu buruk sehingga merencatkan tumbesaran pokok, mengakibatkan mati rosot dan menjejaskan penghasilan sehinggakan sesetengah pengusaha mengalihkan tumpuan mereka kepada tanaman lain. 2.2 Gejala Gejala keruping boleh berlaku pada anak pokok di tapak semaian dan juga pokok di ladang. Di ladang, pokok muda dan baru matang lebih peka berbanding dengan pokok yang sudah tua. Pada peringkat awal serangan, bintil-bintil bulat kecil berwarna coklat muda kelihatan bertaburan di permukaan batang, dahan ataupun ranting. Apabila kulit kayu semakin matang bintil-bintil ini akan membesar dan menebal menjadi tompok-tompok yang lebih gelap. Tompoktompok ini membentuk seperti ketuat dan berkeruping. Apabila dikope, keruping ini akan taggal dan mendedahkan bahagian dalam pokok yang hijau dan ulat akan kelihatan. Walau bagaimanapun, kadangkala ulat tidak kelihatan apabila keruping dikopek. Semakin teruk serangan semakin tebal keruping. Bintil-bintil yang kecil dan akan bercantum antara satu sama lain. Seluruh permukaan batang, dahan dan ranting yang diselaputi oleh keruping akan kelihatan merekah. Tumbesaran pokok akan terencat kerana pokok yang teruk diserang kurang berpucuk. Jika berpucuk pun, pucuk yang keluar pendek dan kelihatan kekuning-kuningan kerana tidak sihat. Ranting kecil yang teruk diserang menjadi kering dan mati. Ini akan menyebabkan mati rosot. Ranting pucuk baru juga akan diserang. Pada peringkat awal serangan, ulat tidak kelihatan. Bagi pokok yang sudah matang, serangan yang teruk akan menjejaskan pembentukan bunga kerana permukaan dahan dan ranting merupakan tapak bunga.
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 01 09.03.2012
Halaman : 3 drp 8
2.3 Agen Penyebab Setakat ini terdapat dua pendapat tentang agen penyebab gejala keruping pada pokok Lansium (duku terengganu dan dokong). Segelintir ahli sains berpendapat bahawa gejala ini disebabkan oleh serangan serangga berdasarkan adanya ulat apabila keruping dikopek. Tetapi ada juga ahli sains yang berpendapat bahawa keruping atau ketuat disebabkan oleh serangan kulat. Kehadiran ulat hanya merupakan serangan sekunder yang memakan tisu-tisu mati dalam bentuk keruping yang diakibatkan oleh kulat. Setakat ini tidak pasti pendapat manakah yang betul. 2.4 Kawalan Pokok yang mendapat penjagaan yang sempurna terutama dari segi pembajaan, naungan dan pengairan lebih tahan terhadap gejala ini. Berdasarkan pemerhatian di stesen penyelidikan MARDI di Jerangau, gejala keruping boleh dikawal dengan lebih berkesan melalui penyemburan racun kulat berkupram. Semburan boleh dibuat dengan menggunakan manamana peralatan penyembur sama ada yang bermotor atau tidak bermotor. Yang penting muncung alat penyembur diacukan pada batang, dahan dan ranting-ranting yang diserang. Bahagian yang diserang harus disembur hingga betul-betul basah. Racun berkupram yang telah diuji ialah copper hydroxide serta copper oxychloride dan metallic copper. Pada permulaannya, semburan dibuat setiap 10 hari sebanyak 2-3 kali . Ini diikuti dengan semburan ulangan 2-3 bulan sekali sehingga keruping terhapus. Berdasarkan pengalaman MARDI Jerangau, kadar yang disyorkan bergantung pada tahap serangan. 2.5 Kadar penyemburan untuk mengawal keruping Bahan Kimia
Kadar
Keadaan Serangan
Copper hydroxide
40 gm/18 liter air 60 gm/18 liter air 80 gm/18 liter air
Sederhana Sederhana teruk Teruk
Copper oxychloride
44 gm/18 liter air 60 gm/18 liter air 80 gm/18 liter air
Sederhana Sederhana teruk Teruk
Keruping pada pokok yang telah disembur menjadi rapuh dan seterusnya relai dari batang, dahan serta ranting dan jatuh ke tanah. Pokok akan mula berpucuk dan pucuk baru kelihatan sihat dan panjang. Gejala penyakit tidak lagi kelihatan. Penyemburan perlu dibuat secara berterusan. Pokok yang teruk diserang, hanya akan pulih dalam masa 8-10 bulan. Semasa rawatan dijalankan, penggunaan racun serangga tidak digalakkan. Amalan ini bertujuan mengelakkan pembunuhan ulat yang hidup aktif serta memakan keruping (kulit kayu yang mati). Dengan ini, keruping akan relai dengan lebih cepat. Bagaimanapun jika penyemburan racun serangga diperlukan untuk mengawal ulat daun, pastikan racun hanya disembur pada bahagian daun (sumber: Agromedia Bil. 6 1999).
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 01 09.03.2012
Halaman : 4 drp 8
2.6 Kawalan Penyakit Dan Perosak Penyakit Duku / Dokong / Duku Langsat Serangan penyakit juga tidak membahayakan duku-langsat. Diantaranya ialah kulat yang menyebabkan penyakit bintik berpusar (antraknos) pada buah dan penyakit kulapuk. Buah-buah yang pecah juga merupakan masalah yang agak serius. Walau bagaimanapun, ini bukanlah penyakit tetapi satu faktor fisiologikal, ini biasanya berlaku apabila hujan turun selepas cuaca panas dan kering. Penyerapan air hujan menyebabkan buah menjadi bengkak dan akhirnya pecah oleh sebab ketegangan air di dalamnya. Buah yang pecah kurang bermutu dan tidak mempunyai harga pasaran yang memuaskan. Jenis Penyakit Dan Kawalannya 1. Penyakit Reput Buah Buah menjadi rosak dan reput. Tidak serius tetapi boleh mengurangkan hasil. Guna racun kulat cooper oxychloride di peringkat berbuah dengan kadar 0.1%. Ulangi semburan jika perlu. 2. Antraknos Buah Serangan berlaku pada buah. Peringkat awal tompok-tompok kecil terjadi pada kulit buah, bertukar menjadi warna perang. Buah boleh gugur. Serangan tidak begitu serius. Guna cooper oxychloride. 3. Cendawan Angin Menyerang ranting dan dahan pokok. Bahagian diserang akan diselaputi Misilium putih bertukar menjadi merah jambu. Jika teruk daun akan menjadi kuning dan gugur. Cantas dahan yang diserang dan sembur pokok dengan cooper oxychloride. 4. Kulapuk Hitam Serangan keatas daun dan buah. Bahagian yang diserang dipenuhi mislia kulat berwarna hitam. Menjejas proses fotosintesis jika serangan teruk dan juga kualiti buah. Sembur white oil untuk mengawal teritip. Sembur racun kulat seperti Maneb untuk mengawal kulat.
Makhluk Perosak Walaupun terdapat beberapa jenis serangga perosak yang menyerang duku-langsat, kesannya tidaklah serius. Diantaranya ialah 'Pengorek buah' yang bertelur di dalam buah yang muda. Seterusnya larva memakan buah yang sedang membesar dan menyebabkannya gugur. Untuk mengawalnya, bersihkan dusun dari buah-buah yang diserang dan bakar. Juga terdapat teritip yang menghisap cecair daun. Musuh-musuh seperti tikus, burung, kelawar dan tupai memakan buah yang masak dan mengakibatkan kekurangan hasil. Jika dibiarkan, kesannya mungkin teruk. Kawalan yang biasa diamalkan ialah secara menyalakan api di waktu malam untuk menghalau musuh-musuh tersebut.
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 01 09.03.2012
Halaman : 5 drp 8
Serangga perosak dan cara kawalannya: 1. Ulat Pengorek Kulit (Puru batang) Batang, dahan dan daun berkeruping. Terbentuk bintik-bintik kecil berwarna coklat/hitam di peringkat awal. BIntik-bintik membesar menjadi puru, menyerang pokok muda 2-3 tahun apabila serius seluruh batang mempunyai puru. Ini boleh membantut pertumbuhan pokok dan mengurangkan hasil peneluaran. Tindakan: Kikis bahagian yang diserang dengan pisau. Pangkas dan seterusnya bakar ranting yang telah mati dan yang teruk diserang. Sembur racun seperti dimethoate jika perlu dengan kadar 0.5% bahan aktif sebulan sekali bagi serangan yang teruk dan 3 bulan sekali apabila serangan beransur pulih. 2. Ulat Pemakan Daun Serangan tidak begitu serius. Larva akan memakan pucuk muda dan meninggalkan lapisan kutikal. Daun yang disrang menjadi kering berwarna perang di bahagian tepi daun. Tindakan: Jika perlu, sembur racun dimethoate dengan kadar 0.1% bahan aktif di peringkat berpucuk. 3. Lalat Buah Membuat tusukan pada buah yang sedang masak. Buah akan menjadi berair dan bertukar warna menjadi coklat. Buah rosak dan gugur. Tindakan: Guna umpan protin seperti protein hydrolysaste untuk memberi tarikan. Bahan ini dicampur dengan racun serangga dan disembur di kawasan daun. Lalat akan berkerumun di situ dan terus guna methyl-eugenol bagi merangkap lalat. Bahan ini dicampur dengan racun serangga dan diletak di kawasan ladang.
3. KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL Kematangan Buah Dokong / Duku / Duku-Langsat: Perubahan warna daripada satu indeks ke indeks kemasakan berikutnya mengambil masa selama 3-4 hari. Perubahan warna buah daripada indeks 1 ke indeks 6 mengambil masa kirakira 17 hari. Peringkat kemasakan yang sesuai untuk penuaian buah dokong bergantung pada kegemaran pengguna. Berdasarkan kajian yang dijalankan di MARDI, buah sesuai dipetik pada indeks 4 iaitu semua buah dalam satu tangkai berwarna kuning cerah. Pada peringkat ini buah sudah berhenti membesar (18 gm sebiji) dan kandungan gula sudah mencapai peringkat maksimum (jumlah pepejal terlarut lebih daripada 18%). Walau bagaimanapun kandungan asid masih agak tinggi (0.9%) dan membuatkan buah mempunyai rasa manis dengan sedikit rasa masam. Bagi mereka yang gemarkan buah yang lebih manis, penuaian boleh dilakukan pada indeks 5 atau 6, tetapi jangka hayat buah ini lebih pendek. Terdapat jua penanam dokong memetik buah lebih awal iaitu pada indeks 4 untuk tujuan eksport ke Thailand. Buah pada peringkat ini mempunyai rasa masam-masam manis (jumlah pepejal terlarut 16% dan asid 0.9%) dan saiz buah kecil sedikit (15 gm sebiji). Buah dokong akan berubah warna daripada hijau kepada kuning apabila masak. Perubahan warna kulit daripada hijau ke kekuningan berlaku kira-kira 87 hari selepas bunga kembang. NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 01 09.03.2012
Halaman : 6 drp 8
Buahnya masak seragam dalam satu tangkai dan keadaan ini memudahkan proses penuaian. Indeks kemasakan buah dokong telah dibentuk berdasarkan warna buah dan boleh dijadikan panduan untuk penuaian. Setiap buah dalam satu tangkai, sudah menunjukkan warna kekujing walaupun keseluruhan buah masih kehijauan.
Indeks 1
:
Indeks 2
Setiap buah pada satu tangkai berwarna kuning pucat dengan 6-8 biji buah : masih terdapat warna kehijauan pada hujung buah. Biasanya buah-buah ini menghadap cahaya matahari.
Indeks 3
Setiap buah dalam satu tangkai berwarna kuning pekat dengan 1-2 biji buah : pada bahagian paling bawah tangkai menunjukkan kesan kehijauan pada hujung buah.
Indeks 4
: Semua buah dalam satu tangkai berwarna kuning cerah.
Indeks 5
: Semua buah dalam satu tangkai berwarna kuning keperangan.
Indeks 6
:
Semua buah dalam satu tangkai berwarna kuning keperangan tetapi darjah keperangannya lebih daripada buah pada indeks 5.
Penuaian Penuaian perlu dilakukan dengan cermat supaya tidak merosakkan buah yang dipetik. Buah hendaklah dipetik seawal-awalnya pada lewat pagi iaitu antara pukul 10.00 atau 11.00 pagi hingga ke tengah hari atau petang untuk mengelakkan buah pecah. Sekiranya buah dipetik pada awal pagi, peratus buah pecah adalah tinggi. Kadangkala dalam keadaan cuaca redup atau hujan pagi, penuaian perlu dilakukan pada lewat tengah hari. Penuaian dilakukan secara memilih iaitu dengan meleraikan buah yang telah kuning sahaja daripada tangkainya dan kemudian masukkannya ke dalam bekas kecil seperti bakul atau karung kain. Buah yang masih hijau ditinggalkan pada tangkainya untuk dipetik kemudian hari. Bagi pokok yang tinggi, pokok perlu dipanjat dan bakul atau karung kain yang telah diisi buah dihulurkan kepada seorang lagi yang menunggu di bawah pokok dengan tali. Buah-buahan ini kemudian dipindahkan ke dalam bakul atau bekas plastik yang lebih besar untuk diangkut ke bangsal atau rumah pembungkusan. Buah mesti dielakkan daripada terhempas ke tanah semasa penuaian. 4. PENGENDALIAN LEPAS TUAI DAN PENYIMPANAN Pengendalian di Ladang Setiap tangkai buah yang dipungut diisi dalam bakul dan diselenggara dengan cermat. Buah diperiksa bagi mendapat kualiti yang serata. Buah-buahan yang muda dan pecah atau rosak dibuang dan diasingkan. Penggredan Selepas pengasingan dan pemilihan ini dilakukan, jambah buah dokong boleh digredkan mengikut sistem gred yang diamalkan oleh pengusaha dan pemborong seperti berikut:NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 01 09.03.2012
Halaman : 7 drp 8
Gred A: Saiz buah besar, garispusat melebihi 3 cm, jambak lebat dan panjang. Kulit buah bersih tanpa kesan serangan kulat atau serangga. Gred B: Saiz buah sederhana, jambak pendek dan buah jarang, bercampur dengan buah yang relai. Kulit buah berbintik. Gred C: Buah yang relai, saiz bercampur. Buah yang telah digredkan itu akan dimuatkan ke dalam bakul plastik atau raga buluh. Bakul atau raga dilapis dengan suratkhabar sebelum diisikan dengan jambak buah. Penyimpanan Hasil Buah dokong yang masak hanya boleh disimpan selama 3-5 hari dalam suhu biasa. Kulitnya akan layu dan menukar ke warna hitam jika tempoh simpanan dilanjutkan. Oleh itu buah perlu dihantar ke pasar dan tempat jualan dengan secepat mungkin bagi mengelakkan penurunan kualiti. Simpanan di blik sejuk boleh menyebabkan kulit menjadi hitam dan ini adalah tidak disyorkan.
5. RUJUKAN SUMBER : JABATAN PERTANIAN NEGERI PERAK
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 01 09.03.2012
Halaman : 8 drp 8