OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/TANAMAN/Kopi BUKU PANDUAN TANAMAN KOPI
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 01 09.03.2012
Halaman : 1 drp 10
Isi Kandungan Bil.
Tajuk
Muka Surat
1
Pendahuluan
2
Penanaman 2.1 Penyediaan Kawasan Tanaman 2.2 Penanaman di Ladang 2.3 Bahan Tanaman
3
Penyelenggaraan 3.1 Pembajaan 3.2 Kawalan Rumpai 3.3 Pemangkasan 3.4 Kawalan Penyakit 3.5 Kawalan Perosak
7 7 7 7-8 8 8-9
4
Pungutan Hasil/ Penuaian
9 - 10
5
Glosari.
10
6
Rujukan
10
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
3-5
: : :
02 01 09.03.2012
5 5 6 6
Halaman : 2 drp 10
1.0
PENDAHULUAN
Sejarah Tanaman kopi (Coffea spp.) di negara ini banyak terdapat di kawasan pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Tanaman ini merupakan tanaman yang penting di kalangan pekebun kecil. Ianya diusahakan secara tanaman tunggal atau secara selingan di kawasan kelapa yang sedia ada. Tanaman kopi dikatakan berasal dari kawasan Tropika di Benua Afrika. Ianya dibawa ke Semenanjung Malaysia pada tahun 1779 dimana jenis Arabica merupakan jenis yang mula diperkenalkan. Perusahaan kopi tempatan mula berkembang apabila kopi jenis Liberica diperkenalkan oleh Leonard Wray pada tahun 1875. Apabila kedua jenis ini sangat peka terhadap serangan penyakit karat daun (Hemileia vastatrix), kopi jenis Robusta dan jenis Arabica yang didapati tahan terhadap penyakit ini dibawa masuk pada tahun 1900. Pada masa ini kopi jenis Liberica (Coffea liberica Bill ex Hiem) sesuai ditanam di Semenanjung Malaysia. Negeri pengeluar utama jenis kopi ini ialah Johor dan Selangor. Manakala kopi jenis Robusta pula banyak ditanam di Utara Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Botani Pokok kopi tergulung di dalam keluarga Rubiaceae. Tanaman ini dikatakan mempunyai sebanyak 66 spesies tetapi hanya tiga spesies sahaja yang sesuai ditanam secara komersil. Spesies ini adalah kopi jenis Liberica (Coffea liberica var. liberiansis), Robusta (Coffea robusta) dan Arabica (Coffea arabica). Bagaimanapun hanya dua spesies sahaja yang sesuai ditanam di negara ini iaitu jenis Liberica dan Robusta. Spesies kopi adalah berlainan antara satu dengan yang lain melalui ciri-ciri pertumbuhan pokok, pembentukan daun serta buah dan biji kopi.
Pokok Pokok kopi adalah dalam golongan tanaman saka. Tanaman ini boleh hidup sehingga 25 tahun dan membesar sehingga kepada paras ketinggian 6 – 15 m sekiranya tidak dikawal.
Sistem Akar Pertumbuhan akar pokok kopi banyak bergantung kepada keadaan fizikal tanah, keadaan kelembapan serta taburan hujan.
Daun Daun kopi biasanya tumbuh secara berpasangan pada batang, dahan serta cabang. Daun- daun kopi Liberica dan Arabica berwarna hijau tua manakala Robusta pula warna hijaunya cerah sedikit.
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 01 09.03.2012
Halaman : 3 drp 10
Bunga Pokok kopi yang ditanam menggunakan biji benih mula mengeluarkan bunga lebih kurang setahun selepas ditanam di ladang mengikut varieti. Pokok kopi adalah dari jenis yang tidak serasi sesama sendiri.
Buah Buah kopi jambu berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi kuning dan merah apabila masak.
Keperluan Persekitaran Faktor Iklim Pokok kopi memerlukan taburan hujan antara 2000 – 3000mm setahun. Dalam masa yang sama pokok kopi juga memerlukan musim kering untuk pembentukan primordia bunga (janabunga) bagi pengeluaran hasil yang baik. Robusta dan Liberica tahan kepada suhu yang tinggi di mana suhu optimumnya ialah 180 – 280C serta kelembapan antara 70% – 90%.
Faktor Tanah Pokok kopi boleh tumbuh dengan baik di kebanyakan jenis tanah. Ini termasuk tanah yang berasal dari lahar, granit, dan batu pasir. Tanah gembur yang mempunyai bahan organik yang tinggi serta mengandungi bahan mineral yang mencukupi adalah sangat sesuai. Tanah yang sesuai untuk tanaman kopi ialah Siri Briah, Carey, Cempaka, Jempol, Kaki Bukit, Jawa, Kangkong, Lubuk Kiat, Lundang, Kantan, Rotan, Sabrang, Selangor, Semberin, Tok Yong dan Tualang.
Jenis Klon Di antara tiga jenis pokok kopi, jenis Liberica merupakan yang paling banyak ditanam terutama di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Jenis Robusta banyak terdapat di kawasan Utara Semenanjung seperti di negeri Kedah dan Perlis, serta di Sabah dan Sarawak. Kopi jenis polihibrid adalah baka kacukan yang boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi. Kopi jenis Arabica (Coffea arabica var. arabica) merupakan jenis yang banyak ditanam di kawasan sub tropika. NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 01 09.03.2012
Halaman : 4 drp 10
Klon Robusta
Klon Liberica
2.0
PENANAMAN
2.1 Penyediaan Kawasan Tanaman Kawasan ladang yang hendak ditanam dengan tanaman kopi hendaklah dibersihkan. Keperluan Pokok Pelindung Jenis Robusta atau polihibrid Robusta memerlukan pokok naungan dari jenis Gliricidia sp., Leucaniea sp. atau Erythrina sp. boleh ditanam pada 6m x 6m, iaitu satu pokok naungan bagi setiap empat pokok kopi. Penanaman kopi jenis Liberica atau polihibrid boleh dibuat tanpa menggunakan pokok lindungan.
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 01 09.03.2012
Halaman : 5 drp 10
2.2 Penanaman di Ladang Penanaman pokok kopi boleh dibuat secara tanaman tunggal atau pun selingan dengan tanaman kelapa yang sedia ada. Bagi jenis Robusta atau polihibrid Robusta, jarak tanaman yang lebih rapat adalah disyorkan. Kebiasaannya jenis ini ditanam pada jarak 2.5m x 2.75m dengan kepadatan 1450 pokok sehektar untuk tanaman secara tunggal. Sistem Tanaman i) Tanaman Tunggal Pokok kopi ditanam pada jarak tanaman 3m x 3m segitiga sama dengan kepadatan 1280 pokok sehektar. ii)
Tanaman Selingan Dengan Kelapa Pokok kopi ditanam pada jarak tanaman 3m x 3m dimana dua barisan kopi ditanam di antara barisan kelapa yang mempunyai jarak 9m x 9m dengan kepadatan 790 pokok sehektar.
2.3 Bahan Tanaman Penyediaan Benih Tanaman i)
Menggunakan Biji Benih Biji benih kopi hendaklah dipilih daripada buah kopi yang cukup masak daripada pokok yang mengeluarkan hasil buah kopi yang tinggi. Biji benih mula bercambah 4 – 7 minggu selepas disemai dan lebih kurang 80% percambahan akan diperolehi selepas 8 – 10 minggu. Anak benih kopi hendaklah diubah ke ladang selepas 4 – 6 bulan.
ii)
Pembiakan Secara Tampang Terdapat dua cara pembiakan tampang yang biasa digunakan dalam pembiakan kopi, iaitu cara keratan dan cara cantuman. a) Cara keratan Pembiakan cara ini adalah sesuai untuk kopi jenis Robusta tetapi kurang sesuai untuk jenis Liberica. b) Cara cantuman Anak benih kopi yang ditanam dalam polibeg boleh dicantum selepas berumur 6 – 8 bulan. Cantuman boleh dibuat dengan menggunakan baka klon yang mengeluarkan hasil biji kopi yang tinggi dan bermutu. Cantuman pokok kopi dibuat secara cantuman baji menggunakan tunas air daripada pokok baka yang terpilih.
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 01 09.03.2012
Halaman : 6 drp 10
3.0
PENYELENGGARAAN
3.1
Pembajaan Seperti tanaman lain, pokok kopi memerlukan pambajaan yang seimbang dan cukup untuk tumbuh dengan subur dan memberikan hasil tanaman yang maksimum. Pembajaan adalah diperlukan bagi menggantikan nutrien tanah yang hilang melalui proses larut resap, hakisan dan tuaian hasil tanaman. Berikut adalah jadual pembajaan bagi tanaman kopi. Tahun
Baja dan Kapur
1
Sebatian hijau (15:15:15) GML Sebatian hijau (15:15:15) GML Sebatian biru (12:12:17:2) GML Sebatian biru (12:12:17:2)
2 3 4 dan seterusnya
GML
3.2
Kadar (gm/pokok/tahun) 150 100 300 200 450 300 450
Kekerapan
300
2 kali
6 kali 2 kali 6 kali 2 kali 6 kali 2 kali 4 kali
KAWALAN RUMPAI Rumpai Daun Lebar dan Rusiga
-
Rumpai bersaing dengan tanaman untuk air, nutrient dan cahaya serta menjadi perumah kepada penyakit dan perosak serangga. Kawalan: Selepas ditanam kawal rumpai secara manual dengan mencabut atau menggunakan cangkul. Bagi kawasan tanaman kopi dewasa racun rumpai seperti glufosinate-ammonium (seperti Basta), Glyphosate (seperti Round up) dan paraquat dichloride (seperti gramoxone) boleh digunakan di sekeliling pokok, di antara baris bagi pokok muda atau pun dewasa.
3.3
PEMANGKASAN Pemangkasan adalah diperlukan bagi membentuk pokok kopi kepada satu bentuk yang boleh menggalakkan pengeluaran hasil yang tinggi. i)
Biasanya pemangkasan batang tunggal dilakukan untuk pokok kopi jenis Liberica di mana hanya satu batang utama dibiarkan tumbuh manakala batang atau dahan sekunder akan keluar daripada batang utama ini. Semua sulur air yang keluar daripada batang utama atau batang sekunder akan dibuang.
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 01 09.03.2012
Halaman : 7 drp 10
ii)
3.4
Pemangkasan Batang Berganda Pemangkasan batang berganda biasanya dilakukan bagi kopi jenis Robusta. Sebanyak 2,3 atau 4 batang utama digalakkan untuk tumbuh dan membesar. a)
Pemangkasan Batang Berganda di Tapak Semaian Di peringkat tapak semaian pokok kopi dibiarkan tumbuh sehingga 20sm dari paras tanah sebelum dipangkas. Sebanyak 2 – 4 tunas air dibiarkan tumbuh untuk menjadi batang utama.
b)
Pemangkasan Batang Berganda di Peringkat Ladang Di peringkat ladang pula pokok kopi dipangkas pada ketinggian 180sm iaitu selepas 4 – 6 bulan pokok kopi tersebut ditanam di ladang.
KAWALAN PENYAKIT Berikut adalah senarai serangan penyakit yang biasanya menyerang tanaman kopi.
3.5
1. Karat Daun (Hemileia vastatrix)
-
Kawalan: Sembur dengan racun kulat seperti triadimefon (0.05-0.1%). Musnahkan semua daun yang berpenyakit.
2. Penyakit Hawar (Marasmeillus scandens)
-
Kawalan: Pangkas bahagian yang diserang dan musnahkan. Sembur dengan racun kulat yang mengadungi kuprum.
3. Penyakit Cendawan Angin (Corticum salmonicolor)
Kawalan: Pangkas bahagian yang diserang dan musnahkan. Sembur racun atau cat pada bahagian yang baru diserang dengan racun kulat jenis kuprum.
4. Penyakit Antraknos Buah (Collectrichum sp.)
Kawalan: Sembur dengan racun kulat mancozeb atau kuprum oksiklorida.
-
seperti
KAWALAN PEROSAK Berikut adalah serangan oleh perosak atau serangga: 1. Kumbang Pengorek Buah (Hypothemes hampel)
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 01 09.03.2012
-
Kawalan: Pungut buah masak dengan segera dan giliran pungutan mesti cepat. Jika serangan teruk, kutip dan musnahkan semua buah kopi yang telah diserang dan yang elok sama
Halaman : 8 drp 10
ada di atas pokok atau di atas tanah selama 2 – 3 bulan di kawasan yang terlibat. Jika perlu sembur dengan racun serangga chlorpyrifos atau malathion.
4.0
2. Rama-rama Kepak Jernih (Cephanodes hyles)
-
Kawalan: Pungut dan musnahkan ulat yang terdapat pada daun di peringkat awal serangan. Bersihkan ladang dari sampah sarap dan rumput rumpai. Jika perlu sembur dengan racun chlorpyrifos atau malathion
3. Kumbang Kaboi (Apogonia sp.)
-
Kawalan: Sembur dengan racun serangga seperti methrin.
4. Teritip (Lecanium sp.)
-
Kawalan: Kawal dengan menyembur white oil atau malathion untuk mengawal semut yang berasingan dengan teritip tadi.
5. Nematod (Pratylenchus coffeae)
-
Kawalan: Kawal dengan racun nematod seperti fenamiphos. Guna pokok penanti dari jenis coffea robusta yang lebih tahan pada serangga nematod.
6. Musang
-
Kawalan: Bersihkan kebun sekeliling kebun.
dan
kawasan
PUNGUTAN HASIL 4.1 Musim Buah Bunga kopi biasanya mengambil masa di antara 8 – 13 bulan bagi jenis Liberica, 7-9 bulan bagi jenis Arabica dan 9 – 10 bulan bagi jenis Robusta dari tarikh mula mengeluarkan bunga hingga buah masak. 4.2 Kematangan Buah Buah kopi jambu berwarna hijau tua semasa di peringkat buah muda. Warna ini bertukar menjadi kuning dan merah apabila cukup masak dan sangat sesuai untuk dipetik. 4.3 Pungutan Hasil
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 01 09.03.2012
Halaman : 9 drp 10
Bagi memastikan mutu biji kopi yang diproses adalah berkualiti tinggi, pengutipan hasil hendaklah dibuat dengan hanya memetik buah-buah kopi jambu yang berwarna merah dan cukup masak sahaja. Elakkan daripada memetik buah-buah yang masih hijau, separuh kuning atau memungut buahbuah kopi yang berwana hitam 5.0
PENGGREDAN Biji-biji kopi kering digred mengikut kaedah yang dibuat oleh FAMA seperti berikut :Gred 1
-
FAMA Kopi Beras ( FKB 1 ) - Kurang daripada 1% kulit/barang asing - Tiada kopi hancur - Tiada biji hitam - Warna biji kopi biru kekelabuan hijau - Kekeringan biji kopi melebihi 90%
Gred 2
-
FAMA Kopi Beras ( FKB 2 ) - Kurang daripada 9% kulit/barang asing - Kurang daripada 3% kopi hancur - Kurang daripada 3% biji hitam - Warna biji kopi kekuningan emas - Kekeringan biji kopi melebihi 90%
Gred 3
-
FAMA Kopi Beras ( FKB 3 ) - Kurang daripada 9% kulit/barang asing - Kurang daripada 3% kopi hancur - Kurang daripada 3% biji hitam - Warna biji kopi kekuningan emas - Kekeringan biji kopi melebihi 90%
Tiada Gred
-
Ini termasuk biji kopi yang berlubang dan hancur berdebu.
6.0 RUJUKAN 1. 2.
Pengeluaran Kopi. MARDI.1991 http://lablink.or.id/Agro/Kopi/kopi.htm
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 01 09.03.2012
Halaman : 10 drp 10