OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/SLP/15 BUKU PANDUAN TANAMAN DUKU LANGSAT
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
NO. ISU : NO. SEMAKAN : TARIKH KUATKUASA :
02 00 03 JANUARI 2011
Halaman : 1 drp 7
KANDUNGAN Tajuk
Mukasurat
1.
Pendahuluan .........................................................................1
2.
Penanaman ...........................................................................1 2.1 Variati/kultivar .....................................................................1 2.1 Penanaman di ladang .............................................................1 2.2 Pembiakan.............................................................................1 2.3 Naungan ................................................................................1
3.
Penyelenggaraan ...................................................................2 3.1 Pengurusan Air ......................................................................2 3.2 Pembajaan .............................................................................2 3.3 Pemangkasan ........................................................................2 3.4 Kawalan Penyakit Dan Perosak...............................................2-4
NO. ISU : NO. SEMAKAN : TARIKH KUATKUASA :
02 00 03 JANUARI 2011
Halaman : 2 drp 7
4.
Kematangan Dan Mengutip Hasil ...........................................4
5.
Pengendalian lepastuai dan Penyimpanan..………………………….4
6.
Rujukan…………………………………………………………………………….....4
1. PENDAHULUAN Duku-langsat ialah hasil kacukan semulajadi di antara duku dan langsat. Di Malaysia, pokok ini hanya tumbuh di beberapa kawasan di Terengganu terutama sekali di tebing-tebing Sungai Terengganu dan Sungai Telemong dalam daerah Kuala Terengganu. Pokok-pokok yang ada merupakan warisan dan generasi yang terdahulu sejak seratus tahun yang lalu.Rupa bentuk dan warnanya sama seperti langsat, cuma kulitnya tebal sedikit, tidak bergetah dan rasanya manis. Di Terengganu, buah ini dikenali sebagai 'duku' tetapi ini tidaklah tepat. Duku-langsat memerlukan iklim tropika iaitu panas dan lembab di sepanjang tahun. Ia tahan pada cuaca kering dan musim hujan yang biasa berlaku di Terengganu. Pokok ini tumbuh dengan subur di kawasan yang berhampiran dengan sungai. Duku-langsat sesuai ditanam di tanah yang berpasir, mempunyai saliran yang baik dan berkeadaan lembab. Pertumbuhannya kurang subur di tanah yang menakung air dan mempunyai paras air yang tinggi. 2. PENAMANAN 2.1 Variati/kultivar Oleh kerana duku-langsat membiak melalui biji benih, maka terdapat berbagai-bagai perbezaan daripada segi bentuk, jenis dan beberapa ciri yang lain. Walau bagaimanapun, jenis-jenis duku-langsat ini mempunyai ciri-ciri yang agak sama dan rasanya manis. Klon-klon yang telah didaftar oleh Jabatan Pertanian ialah Du1, Du2, Du3, Du4 dan Du5. 2.2 Penanaman Di Ladang Jarak tanaman yang disyorkan ialah diantara 9.0 - 12.00 meter. Selalunya duku-langsat yang tumbuh sendiri hidup subur di celah-celah pokok lain. Anak-anaknya dibiarkan tumbuh di bawah pokok-pokok yang matang. Purata jarak di antara pokok yang telah matang dianggarkan sejauh 4.5 meter. NO. ISU : NO. SEMAKAN : TARIKH KUATKUASA :
02 00 03 JANUARI 2011
Halaman : 3 drp 7
2.3 Pembiakan Pembiakan tampang bagi duku-langsat belum lagi diamalkan secara meluas kerana pembiakan begini telah didapati kurang berjaya. Cara yang biasa dilakukan oleh petani-petani ialah mengambil anak-anak duku-langsat yang tumbuh sendiri di bawah pokok induk sebagai bahan tanaman. Anak-anak dukulangsat sesuai ditanam di dusun atau ladang setelah berumur dua tahun. 2.4 Naungan Pokok ini memerlukan keadaan yang redup, sejuk dan lembab di sepanjang masa. Di Terengganu, dukulangsat tumbuh diantara pokok buah-buahan lain yang memberi naungan. Di bawahnya pula terdapat semak-samun atau pokok-pokok kecil yang sentiasa menutupi tanah supaya sejuk. Dusun yang kurang dinaungkan akan merendahkan hasil kerana keadaan yang lapang dan terbuka menyebabkan pokok mudah diserang penyakit matirosot.
3. PENYELENGGARAAN 3.1 Pengurusan Air Umur pokok 1-2 tahun 8-12 tahun 20-22 tahun
Keperluan Air -
9-11 liter/pokok/hari 40-48 liter/pokok/hari 97-116 liter/pokok/hari
3.2 Membaja Mengikut tinjauan yang dibuat, duku-langsat tidak memerlukan penjagaan yang rapi seperti membaja, merumput atau mencantas. Hasil yang tinggi ditentukan oleh tanah yang subur; kawasan yang sesuai dan naungan yang mencukupi. Mungkin pokok-pokok naungan ini membantu memperkayakan baja organan yang terkandung dalam tanah hasil daripada bahan-bahan tumbuhan yang reput. Bahan baja semulajadi ini seterusnya mengurangkan keperluan baja tambahan bagi duku-langsat. 3.3 Pemangkasan Dalam tempoh 6 bulan diladang, pengurusan pokok lindungan adalah penting untuk memberi naungan yang sesuai dan mengurangkan persaingan. Cabang-cabang yang menganggu pertumbuhan dokong harus dipangkas dan pokok lindungan boleh ditebang secara beransur-ansur mulai tahun ketiga. 3.4 Kawalan Penyakit Dan Perosak NO. ISU : NO. SEMAKAN : TARIKH KUATKUASA :
02 00 03 JANUARI 2011
Halaman : 4 drp 7
Penyakit Duku / Dokong / Duku Langsat Serangan penyakit juga tidak membahayakan duku-langsat. Diantaranya ialah kulat yang menyebabkan penyakit bintik berpusar (antraknos) pada buah dan penyakit kulapuk. Buah-buah yang pecah juga merupakan masalah yang agak serius. Walau bagaimanapun, ini bukanlah penyakit tetapi satu faktor fisiologikal, ini biasanya berlaku apabila hujan turun selepas cuaca panas dan kering. Penyerapan air hujan menyebabkan buah menjadi bengkak dan akhirnya pecah oleh sebab ketegangan air di dalamnya. Buah yang pecah kurang bermutu dan tidak mempunyai harga pasaran yang memuaskan. Jenis Penyakit Dan Kawalannya 1. Penyakit Reput Buah Buah menjadi rosak dan reput. Tidak serius tetapi boleh mengurangkan hasil. Guna racun kulat cooper oxychloride di peringkat berbuah dengan kadar 0.1%. Ulangi semburan jika perlu. 2. Antraknos Buah Serangan berlaku pada buah. Peringkat awal tompok-tompok kecil terjadi pada kulit buah, bertukar menjadi warna perang. Buah boleh gugur. Serangan tidak begitu serius. Guna cooper oxychloride. 3. Cendawan Angin Menyerang ranting dan dahan pokok. Bahagian diserang akan diselaputi Misilium putih bertukar menjadi merah jambu. Jika teruk daun akan menjadi kuning dan gugur. Cantas dahan yang diserang dan sembur pokok dengan cooper oxychloride. 4. Kulapuk Hitam Serangan keatas daun dan buah. Bahagian yang diserang dipenuhi mislia kulat berwarna hitam. Menjejas proses fotosintesis jika serangan teruk dan juga kualiti buah. Sembur white oil untuk mengawal teritip. Sembur racun kulat seperti Maneb untuk mengawal kulat. Makhluk Perosak Walaupun terdapat beberapa jenis serangga perosak yang menyerang duku-langsat, kesannya tidaklah serius. Diantaranya ialah 'Pengorek buah' yang bertelur di dalam buah yang muda. Seterusnya larva memakan buah yang sedang membesar dan menyebabkannya gugur. Untuk mengawalnya, bersihkan dusun dari buah-buah yang diserang dan bakar. Juga terdapat teritip yang menghisap cecair daun. Musuh-musuh seperti tikus, burung, kelawar dan tupai memakan buah yang masak dan mengakibatkan kekurangan hasil. Jika dibiarkan, kesannya mungkin teruk. Kawalan yang biasa diamalkan ialah secara menyalakan api di waktu malam untuk menghalau musuh-musuh tersebut. Serangga perosak dan cara kawalannya: NO. ISU : NO. SEMAKAN : TARIKH KUATKUASA :
02 00 03 JANUARI 2011
Halaman : 5 drp 7
1. Ulat Pengorek Kulit (Puru batang) Batang, dahan dan daun berkeruping. Terbentuk bintik-bintik kecil berwarna coklat/hitam di peringkat awal. BIntik-bintik membesar menjadi puru, menyerang pokok muda 2-3 tahun apabila serius seluruh batang mempunyai puru. Ini boleh membantut pertumbuhan pokok dan mengurangkan hasil peneluaran. Tindakan: Kikis bahagian yang diserang dengan pisau. Pangkas dan seterusnya bakar ranting yang telah mati dan yang teruk diserang. Sembur racun seperti dimethoate jika perlu dengan kadar 0.5% bahan aktif sebulan sekali bagi serangan yang teruk dan 3 bulan sekali apabila serangan beransur pulih. 2. Ulat Pemakan Daun Serangan tidak begitu serius. Larva akan memakan pucuk muda dan meninggalkan lapisan kutikal. Daun yang disrang menjadi kering berwarna perang di bahagian tepi daun. Tindakan: Jika perlu, sembur racun dimethoate dengan kadar 0.1% bahan aktif di peringkat berpucuk. 3. Lalat Buah Membuat tusukan pada buah yang sedang masak. Buah akan menjadi berair dan bertukar warna menjadi coklat. Buah rosak dan gugur. Tindakan: Guna umpan protin seperti protein hydrolysaste untuk memberi tarikan. Bahan ini dicampur dengan racun serangga dan disembur di kawasan daun. Lalat akan berkerumun di situ dan terus guna methyl-eugenol bagi merangkap lalat. Bahan ini dicampur dengan racun serangga dan diletak di kawasan ladang. 4. KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL Memungut Hasil: Pokok duku-langsat biasanya mula berbuah setelah berumur 12 tahun. Duku-langsat berbuah setahun sekali dan kadang-kadang terdapat juga buah di luar musim. Pokok berbunga dalam bulan Jun dan mengambil masa 4 bulan sehingga buah masak. Ini bermakna buah mula dipetik dalam bulan Oktober hingga November. Hasil yang diperolehi dari satu pokok yang berumur 50 tahun ke atas biasanya ialah 240 - 300 kg (4-5 pikul) semusim. Bagi satu pokok buahnya habis di petik dalam masa 2-4 minggu. Cara Mengutip Hasil: Waktu mengutip hasil yang paling sesuai ialah di antara pukul sepuluh hingga sebelas pagi dan pukul tiga hingga empat di sebelah petang. Pada waktu-waktu ini, buah-buahnya telah kering dari embun dan cuaca yang redup dapat mengelakkan buah dari pecah. Pemetik buah terpaksa memanjat dan memetik gugusan-gugusan buah. Memetik hendaklah dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak mencederakan tampuk buah di dahan-dahan kerana bunga-bunga di musim akan datang akan dikeluarkan di tampuktampuk yang sama. Buah yang dipetik dimasukkan ke dalam bakul atau kain sarung dan dihulur ke NO. ISU : NO. SEMAKAN : TARIKH KUATKUASA :
02 00 03 JANUARI 2011
Halaman : 6 drp 7
bawah dengan tali. Setelah dikumpul, buah yang kurang bermutu atau pecah diasingkan dari buah yang elok dan dimasukkan ke dalam guni-guni untuk dijual kepada peraih atau pemborong. 5. PENGENDALIAN LEPASTUAI Sepanjang yang diketahui duku-langsat merupakan sejenis tanaman yang tidak memerlukan penjagaan yang rapi tetapi hidup subur dalam keadaan yang sesuai. Namun begitu, penyelidikan selanjutnya seperti pembiakan secara tampang, pengurangan masa yang diambil untuk mula berbuah, penggalakan pengeluaran bunga di luar musim, pengawalan musuh-musuh utama, cara memangkas yang betul dan pembajaaan yang sesuai diamalkan perlulah dijalankan. Dengan cara ini dapatlah bekalan duku-langsat ini memenuhi permintaan pembeli-pembeli yang akan bertambah di masa hadapan. Harga duku-langsat bergantung kepada hasil yang diperolehi dan musim buah-buahan yang lain. Jika terdapat banyak buah-buahan lain di pasaran, harganya rendah sedikit. Harga buah yang ditolak kepada peraih-peraih ialah lebih kurang RM90.00 bagi 60.5 kg (1 pikul) sewaktu dalam musim atau RM140.00 bagi 60.5 kg di awal musim. Oleh kerana duku-langssat digemari ramai dan bekalannya pula terhad, buah ini tetap mendapat harga yang memuaskan dan menguntungkan pekebun-pekebun. Masalah utama yang sering dihadapi oleh tuan-tuan punya dusun duku-langsat ialah kekurangan tenaga untuk memetik buah. Buah-buah yang telah masak mestilah dipetik dengan segera kerana warnanya akan bertukar menjadi perang dan seterusnya hitam dalam masa beberapa hari setelah masak. Buah yang begini kurang bermutu dan rendah harganya. Untuk mengatasi masalah ini, pekebun-pekebun terpaksa mengupah pemetik-pemetik buah untuk mengutip hasil dengan bayaran lebih kurang RM15.00 bagi setiap 60.5 kg buah yang dipetik. 6. RUJUKAN SUMBER : JABATAN PERTANIAN NEGERI PERAK
NO. ISU : NO. SEMAKAN : TARIKH KUATKUASA :
02 00 03 JANUARI 2011
Halaman : 7 drp 7