UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KETERANGAN MENGENAI MAJLIS KONVOKESYEN PROGRAM KERJASAMA UPM-IPTS KE-18 -----------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Tarikh Majlis Konvokesyen 1.1
Majlis Konvokesyen Program Kerjasama UPM-IPTS Ke-18 akan diadakan di Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM. Tarikh : 26 Oktober 2016 Hari
: RABU (1 SESI)
Masa
: 2.30 – 6 petang
Graduan boleh menyemak sebarang maklumat dari semasa ke semasa mengenai Majlis Konvokesyen termasuk susunan graduan mengikut program melalui laman web rasmi UPMET: http://www.upmet.upm.edu.my/kerjasama
2. Kehadiran Graduan 2..1
Sebagaimana termaktub dalam Acara Konvokesyen UPM, Ijazah dan Diploma biasanya dikurniakan hanya kepada graduan yang hadir di sesuatu Konvokesyen dengan syarat bahawa Senat boleh, dalam keadaan luar biasa, memutuskan supaya sesuatu Ijazah atau Diploma dikurniakan tanpa hadir.
2.2
Semua graduan hendaklah mematuhi arahan kehadiran yang telah ditentukan mengikut sesi yang ditetapkan.
2.3
Graduan tidak dibenarkan menangguhkan Majlis Konvokesyen mewakilkan kepada orang lain bagi menghadiri Majlis Konvokesyen.
ataupun
3. Yuran Graduan 3.1
Semua graduan, sama ada yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen atau tidak adalah diwajibkan membayar yuran graduan mengikut kadar berikut:-
Graduan Ijazah Bacelor Graduan Diploma
: RM 200.00 : RM 200.00
3.2
Kadar bayaran bagi Gambar Penerimaan Skrol di atas pentas adalah RM50.00 untuk 11R, 8R, 5R (2 keping) dan CD (tertakluk kepada kehadiran graduan semasa hari konvokesyen).
3.3
Semua graduan perlu membuat pembayaran di kaunter CIMB Bank untuk mendapatkan resit bagi kegunaan pengambilan pakaian akademik (Jubah). (Sila rujuk perkara 4.5).
3.4
Yuran graduan hendaklah dibayar kepada UPMET selewat-lewatnya sebelum atau pada 24 Oktober 2016 sama ada menggunakan;-
1
(a) Deposit Tunai CIMB Bank (No. Akaun: 800 216 7906) kepada “UPM EDUCATION & TRAINING” ; ATAU (b) CIMBClicks (tertakluk graduan atau keluarga graduan merupakan pemegang akaun CIMB Bank) iaitu perkhidmatan perbankan peribadi melalui internet yang disediakan oleh CIMB Bank Berhad ke akaun UPM Education & Training Sdn. Bhd. (Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.cimbclicks.com.my). **(PERINGATAN: BAYARAN SECARA TUNAI DI KAUNTER UPMET TIDAK DITERIMA) 3.5
Bagi graduan yang tidak menghadiri Majlis Konvokesyen, yuran graduan boleh dibayar pada bila-bila masa (waktu bekerja) melalui akaun CIMB Bank, UPM Education & Training). Salinan bayaran hendaklah diberikan kepada pihak UPM Education & Training sebelum mengambil skrol/transkrip. Skrol/Transkrip graduan hanya akan dikeluarkan selepas tarikh konvokesyen dan selepas segala yuran termasuk yuran graduan dan hutang tertunggak kepada pihak kolej dan pihak UPM (jika ada) dijelaskan.
3.6
Bagi graduan yang membuat pembayaran dengan menggunakan: (a) DEPOSIT TUNAI CIMB BANK NO AKAUN 800 216 7906 . Graduan/wakil graduan hendaklah membawa Resit bank tersebut sebagai bukti yuran telah dijelaskan semasa meminjam pakaian akademik. (PERINGATAN: JANGAN POS RESIT BANK KE UPMET); ATAU (b) Perkhidmatan cimbclicks, graduan/wakil graduan hendaklah membawa salinan cetakan transaksi yang mempunyai nombor rujukan transaksi (8 digit yang telah berjaya dikreditkan ke akaun UPM Education & Training Sdn. Bhd).
4.
Pinjaman dan Pemulangan Pakaian Akademik 4.1
Graduan hendaklah terlebih dahulu membayar yuran graduan sebelum meminjam pakaian akademik. Pengesahan membuktikan bahawa yuran graduan telah dijelaskan perlu dikemukakan semasa meminjam pakaian akademik.
4.2
Pakaian akademik bagi graduan Ijazah Bacelor yang akan menghadiri Konvokesyen hendaklah dipinjam dari Universiti. Ia terdiri daripada sehelai jubah maroon), sehelai ‘hood’ (mengikut warna rasmi fakulti) dan satu unit mortar Manakala pakaian akademik bagi graduan Diploma terdiri daripada sehelai jubah kelabu) dan satu unit mortar board.
4.3
Graduan diminta memastikan:-
Majlis (warna board. (warna
(a) Jubah program pengajian adalah betul iaitu sama ada jubah Ijazah Bacelor atau Diploma. (b) hood yang diterima adalah betul dengan warna Fakulti. (c) pakaian akademik yang diterima berada dalam keadaan baik dan sempurna; dan
4.4
Graduan tidak dibenarkan meminda atau mengubahsuai mana-mana bahagian pakaian akademik yang dipinjam.
2
4.5
Urusan peminjaman pakaian akademik akan dilaksanakan di Blok B, Dewan Kuliah Akademik Pusat (DKAP) Bagi memastikan urusan peminjaman pakaian akademik dapat berjalan dengan lancar dan teratur, semua graduan dikehendaki mengenal pasti dan patuh akan penetapan maklumat peminjaman pakaian akademik sebagaimana berikut: Tarikh
Masa
20 Oktober 2016 (Khamis)
9.00 pagi – 1.00 petang (Kaunter pakaian akademik ditutup pada sebelah petang untuk Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen dan akan dibuka semula selepas majlis selesai) 5 petang – 7.00 petang
25 Oktober 2016 (Selasa)
4.6
9.00 pg – 1.00 ptg 2.30 petang – 7.00 petang
Pakaian akademik yang dipinjam hendaklah dikembalikan semula di Blok B, Dewan Kuliah Akademik Pusat pada tarikh dan masa yang ditetapkan seperti berikut sahaja:Tarikh
Masa
26 Oktober 2016 (Rabu)
5.00 ptg – 7.00 ptg
27 Oktober 2016 (Khamis)
9.00 pg – 12.30 tgh 2.30 ptg – 5.00 ptg Rehat 12.30 tgh– 2.30 ptg
28 Oktober 2016 (Jumaat)
9.00 pg - 12.00 tgh 3.00 ptg – 5.00 ptg (Pemulangan Jubah di Pejabat UPMET sahaja)
(Sila rujuk tarikh dan masa pemulangan pakaian akademik yang disertakan pada notis yang diberikan semasa graduan mengambil pakaian akademik (jubah).
4.7
Pihak Universiti akan mengenakan bayaran denda terhadap mereka yang lewat memulangkan pakaian akdemik mulai 31 Oktober – 11 November 2016 ( Isnin Jumaat) iaitu RM100.00 dan mulai 14 November 2016 dan seterusnya akan dikenakan sebanyak RM 200.00. Bayaran denda hendaklah dibuat melalui CIMB Bank di akaun 800 216 7906 (UPM Education & Training), dan resit bayaran hendaklah dikemukakan semasa memulangkan pakaian akademik.
4.8
Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan pakaian akademik yang dipinjam oleh graduan.
3
4.9
Jika pakaian akademik yang dipinjam itu rosak atau hilang, bayaran akan dikenakan dan skrol/transkrip tidak akan dikeluarkan sehingga bayaran tersebut dijelaskan. Kadar bayaran adalah seperti berikut:-
Ijazah Bacelor Diploma
5.
Jubah
Hood
Mortar Board
RM 400.00 RM 300.00
RM 50.00 -
RM 60.00 RM 60.00
Pakaian Semasa Menghadiri Majlis Konvokesyen 5.1
Graduan Ijazah Bacelor dan Diploma yang menghadiri Majlis Konvokesyen hendaklah, dalam majlis itu, berpakaian seperti berikut (rujuk contoh di Gambarajah1):Wanita - pakaian labuh hingga buku lali/skirt labuh, baju/blaus berlengan panjang dan lengkap menutup hingga ke leher/suit dan seterusnya memakai pakaian akademik. - Warna pakaian adalah bebas. - Bagi yang memakai tudung kepala, dicadangkan agar menggunakan tudung kepala warna cerah supaya mudah disesuaikan dengan warna hood fakulti masing-masing (program Bacelor). - Kasut hendaklah berwarna gelap dan bertutup pada bahagian hadapan dan belakang. - Kasut sukan/selipar/kasut yang terbuka di belakang/kasut berwarna cerah atau putih adalah TIDAK DIBENARKAN. - Skirt pendek TIDAK DIBENARKAN. - Pant suits adalah dibenarkan. - TIDAK DIBENARKAN memakai pakaian yang menutup muka. Lelaki Kemeja lengan panjang berkolar, bertali leher dan lengkap memakai kot, berseluar slack berwarna gelap atau lengkap memakai Lounge Suit berwarna gelap, berstoking dan berkasut gelap dan seterusnya memakai pakaian akademik. - Seluar jeans dan seluar pendek TIDAK DIBENARKAN. - Kasut sukan/selipar/kasut berwarna cerah atau putih TIDAK DIBENARKAN. - Potongan rambut perlulah pendek dan kemas.
-
5.2
Majlis Konvokesyen ini adalah satu upacara rasmi Universiti. Graduan diingatkan supaya mematuhi peraturan pakaian seperti dinyatakan di atas. Graduan yang TIDAK MEMATUHI peraturan pakaian TIDAK AKAN DIBENARKAN masuk, berarak atau naik ke pentas untuk upacara pengurniaan Ijazah Bacelor atau Diploma.
4
6.
7.
Kad Jemputan 6.1
Kad Jemputan dan arahan lain hanya akan diedarkan semasa graduan/wakil graduan meminjam pakaian akademik.
6.2
Pihak Universiti tidak bertanggungjawab atas kehilangan kad jemputan yang telah diedarkan dan kad-kad yang hilang tidak akan diganti.
6.3
Setiap graduan akan diberikan satu (1) kad jemputan untuk lima (5) orang tetamu graduan masuk ke dalam dewan bagi menghadiri Majlis Konvokesyen di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKSSSAAS), Universiti Putra Malaysia.
Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen 7.1
Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen akan diadakan seperti makluman berikut:
8.
Tempat : Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia Tarikh : 26 Oktober 2016 (Rabu) jam 2.00 petang
7.2
Graduan dikehendaki menghadiri taklimat dan raptai ini supaya lebih memahami acara yang akan dijalankan pada hari Konvokesyen nanti.
7.3
Pihak Universiti boleh menghalang mana-mana graduan yang tidak menghadiri Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen daripada menyertai Majlis Konvokesyen Program Kerjasama UPM-IPTS Ke - 18.
Perarakan Graduan Pada Hari Konvokesyen Perhatian kepada ibu bapa dan graduan yang menyertai Majlis Konvokesyen dikehendaki meletak kenderaan di tempat meletak kenderaan yang disediakan oleh pihak Keselamatan UPM. 8.1
Sesi Petang - Graduan yang hadir hendaklah berkumpul di sebelah kanan dewan mengikut anak panah yang disediakan selewat-lewatnya pada jam 1.45 petang tersebut. Perarakan graduan akan bermula pada jam 2.15 petang. Surau disediakan di sebelah kanan dewan selain daripada Masjid UPM untuk memudahkan graduan/keluarga menunaikan sembahyang fardu Zohor dan Asar.
8.2
Graduan diingatkan supaya berkumpul pada masa dan tempat yang ditetapkan. Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas menuju ke kampus, graduan diminta mematuhi arahan-arahan yang diberikan kelak oleh pegawai-pegawai bertugas.
8.3
Graduan diingatkan tidak membawa beg tangan atau barang-barang berharga semasa berkumpul untuk sesi perarakan graduan bagi mengelakkan kehilangan dan masalah timbul semasa sesi perarakan graduan.
8.4
Graduan yang lewat tidak dibenarkan masuk bagi menyertai Majlis Konvokesyen.
5
9.
8.5
Graduan, Ibu bapa dan tetamu dinasihati untuk mengambil makan tengahari dahulu sebelum masuk ke dalam dewan bagi memastikan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
8.6
Ibu bapa dan tetamu tidak dibenarkan membawa masuk jambangan bunga atau cenderamata ke dalam dewan kerana ia akan mengganggu kedudukan tetamu yang lain.
8.7
Graduan kelainan upaya (mengandung, cacat atau kecederaan) yang memerlukan bantuan peralatan seperti kerusi roda atau pembantu diminta memaklumkan kepada pihak Urus Setia Majlis Konvokesyen di talian 03-8959 3406/3407 atau emailkan permasalahan kepada
[email protected] sebelum atau pada 21 Oktober 2016.
8.8
Graduan perlu mematuhi semua peraturan dan arahan dari pegawai petugas semasa majlis berlangsung.
8.9
Graduan dan tetamu graduan tidak dibenarkan meninggalkan Dewan sehingga majlis selesai.
Peraturan Masuk Dewan Bagi Tetamu Graduan 9.1
Pakaian: Tetamu Lelaki
: Kebangsaan / Lounge Suit / Batik / Tertib
Tetamu Perempuan : Kebangsaan / Sopan 9.2
Tetamu graduan boleh memasuki Dewan Banquet melalui pintu-pintu yang ditetapkan oleh pegawa petugas.
9.3
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, kamera, perakam video dan telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Dewan, UPM semasa Majlis Konvokesyen dilangsungkan.
9.4
Bagi tujuan memudahkan aliran pergerakan tetamu, dan para graduan masuk dan ketika berada di dalam Dewan, UPM.
10. Cara Pengurniaan 10.1
Kedudukan barisan dan susunan graduan sepanjang majlis berlangsung akan ditentukan oleh pihak Jawatankuasa/Urusetia/Petugas.
10.2
Graduan akan menerima album/skrol masing-masing secara individu di atas pentas daripada Naib Canselor UPM.
11. Mengambil Skrol/Transkrip Ijazah dan Diploma 11.1
Graduan boleh mengambil skrol/transkrip Ijazah Bacelor atau Diploma masing-masing sebaik sahaja sesi Konvokesyen mereka selesai tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan seperti dibawah. (a) Graduan mestilah menunjukkan resit bayaran yuran graduan sebagai bukti yuran telah dijelaskan.
6
(b) Graduan perlu memulangkan pakaian akademik yang dipinjam dari Universiti bagi urusan pengambilan skrol atau transkrip.
(c) Graduan yang tidak memulangkan pakaian skrol/transkrip Ijazah Bacelor dan Diploma.
akademik,
tidak
akan
diberi
(d) Bagi graduan program Ijazah Bacelor dan Diploma, skrol/transkrip mereka boleh diambil di kaunter UPM Education & Training Sdn Bhd yang akan dibuka di Bok B, Dewan Kuliah Akademik Pusat (DKAP) bermula 26 Oktober 2016 jam 5.30 petang (Sila rujuk tarikh dan masa pemulangan pakaian akademik yang disertakan pada notis yang diberikan semasa graduan mengambil pakaian akademik (jubah). (e) Graduan yang masih berhutang dengan kolej dan UPM Education & Training Sdn Bhd, hendaklah MENJELASKAN HUTANG SEBELUM skrol/transkrip Ijazah Bacelor dan Diploma dikeluarkan. *** (PERINGATAN: Sila kembarkan / dapatkan SURAT PENGESAHAN menyatakan hutang telah dijelaskan daripada kolej masing-masing. Resit rasmi kolej tidak diterima). (f) Sekiranya graduan tidak dapat datang mengambil sendiri skrol/transkrip Ijazah Bacelor atau Diplomanya, mereka boleh melantik seorang wakil untuk mengambil skrol/transkrip/ Ijazah Bacelor atau Diploma bagi pihaknya. Graduan hendaklah memberi surat kuasa yang ditandatanganinya kepada wakil tersebut. Surat kuasa hendaklah dialamatkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, UPM Education & Training Sdn Bhd dengan menyatakan nama, nombor kad pengenalan dan salinan fotokopi kad pengenalan wakil yang dilantik itu. Syarat-syarat di atas (a hingga f) juga perlu dipenuhi sebelum skrol/transkrip Ijazah Bacelor dan Diploma diserahkan kepada wakil. (g) PERINGATAN: Pihak UPM tidak bertanggungjawab sekiranya skrol/transkrip yang dituntut oleh wakil graduan berkenaan hilang atau rosak. (h) PERINGATAN: Sijil/Skrol hanya dikeluarkan sekali sahaja.
Kerjasama para graduan mematuhi atur cara dan maklumat konvokesyen ini adalah diharapkan bagi memastikan Majlis Konvokesyen Program Kerjasama UPM-IPTS Ke-18 berjalan lancar. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian telefon berikut: 03 – 8959 3406/3407/3408 Bahagian Akademik UPM Education & Training Blok D UPM MTDC Technology Centre Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang
Selangor Daru Ehsan
7
Gambarajah 1 CONTOH PAKAIAN DAN CARA BERPAKAIAN
Mortar Board
Contoh potongan rambut
Hood
Jubah
Kain/skirt labuh hingga buku lali Kasut warna gelap yang bertutup/bertali di bahagian hadapan dan belakang
GRADUAN PEREMPUAN
GRADUAN LELAKI
8
MAJLIS KONVOKESYEN PROGRAM KERJASAMA UPM-IPTS KE-18
Tarikh
20 Oktober 2016 (Khamis) 9.00 pagi - 1.00 petang 5.00 ptg –7.00 ptg)
SENARAI SEMAKAN TARIKH-TARIKH PENTING GRADUAN IJAZAH BACELOR DAN DIPLOMA Aktiviti
Penyerahan resit pembayaran yuran graduan dan peminjaman pakaian akademik di Blok B, Dewan Kuliah Akademik Pusat, Universiti Putra Malaysia. Raptai Graduan Kaunter pakaian akademik ditutup pada sebelah petang untuk Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen). Kaunter akan dibuka semula pada jam 5.00 petang sehingga 7.00 petang
25 Oktober 2016 (Selasa) 9.00 pagi – 1.00 petang 2.00 ptg – 7.00 petang
Penyerahan resit pembayaran yuran graduan dan peminjaman pakaian akademik di Blok B, Dewan Kuliah Akademik Pusat, Universiti Putra Malaysia.
26 Oktober 2016 (Rabu, 2.30 petang)
Majlis Konvokesyen Program Kerjasama UPM-IPTS ke-18 Pemulangan pakaian akademik di Blok B, Dewan Kuliah Akademik Pusat, Universiti Putra Malaysia.
27-11 November 2016 (Isnin-Jumaat)
Tarikh memulangkan pakaian akademik dan mengambil skrol/transkrip (Ijazah Bacelor dan Diploma) di pejabat UPM Education Training, Blok D, UPM-MTDC Technology Center, UPM. ( Tanpa Denda)
31 Okt – 11 Nov 2016 (Isnin-Jumaat))
Denda RM100.00 dikenakan bagi Pemulangan pakaian akademik
14 Nov 2016 (Isnin) & seterusnya
Denda dinaikkan kepada RM200.00
9
MAJLIS KONVOKESYEN PROGRAM KERJASAMA UPM-IPTS KE-18 SENARAI SEMAKAN GRADUAN Tuan/Puan adalah diminta mengambil ingatan dengan memastikan: 1. ( ) menerima, membaca dan memahami buku Keterangan Mengenai Majlis Konvokesyen Program Kerjasama UPM-IPTS ke-18. 2. ( ) menyemak bayaran yuran/denda yang masih tertunggak. Dapatkan surat pengesahan daripada pihak Kolej masing-masing. 3. ( ) membuat bayaran yuran graduan dengan menggunakan Deposit Tunai CIMB atau melalui CIMBClicks sebelum atau pada 20 Oktober 2016. 4. (
) bawa resit Deposit Bank atau transaksi pembayaran melalui CIMBClicks semasa anda/wakil meminjam pakaian akademik di UPM Education & Training Sdn. Bhd. pada tarikh yang ditetapkan.
5. (
) pakaian akademik yang dipinjam adalah betul dan berkeadaan baik/sempurna.
6. (
) menghadiri Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen Program Kerjasama UPM-IPTS ke18 pada jam 2.00 petang (20 Oktober 2016).
7. (
) tiba lebih awal sebelum majlis bermula.
8. (
) pakaian graduan dan tetamu graduan menepati etika berpakaian yang ditetapkan.
9. ( ) pakaian akademik dipulangkan pada 26 Oktober - 11 November 2016. Denda akan dikenakan kepada graduan yang lewat memulangkan pakaian akademik (mulai 14 November 2016) mengikut kadar yang ditetapkan. 10. (
) menyerahkan slip pengesahan pakaian akademik yang dipinjam kepada kaunter untuk mendapatkan sijil/transkrip
10