OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen: OPR/TPU/BP/TERNAKAN/Ikan Air Tawar BUKU PANDUAN TERNAKAN IKAN AIR TAWAR
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 01 09.03.2012
Halaman : 1 drp 7
ISI KANDUNGAN Tajuk
Muka Surat
1.0 Pendahuluan.............................................................................................. 3 2.0 Pelepasan benih...……………………………………………………………………………… 3 - 4 2.1 Keli 2.2 Tilapia 2.3 Jelawat 2.4 Patin 2.5 Lampam Jawa 3.0 Penyediaan kolam..................................................................................... 4 - 6 3.1 Pembersihan kolam 3.2 Meracun 3.3 Pengapuran 3.4 Pembajaan 4.0 Penjagaan kolam...................................................................................... 6 4.1 Pembajaan 4.2 Pengapuran 5.0 Panen....................................................................................................... 6 5.1 Kaedah dan teknik panen 5.1.1 Jala 5.1.2 Pukat 5.1.3 Mengeringkan kolam 6.0 Pascapanen.............................................................................................. 7 7.0 Rujukan................................................................................................... 7
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 01 09.03.2012
Halaman : 2 drp 7
1.0
PENDAHULUAN
Di Malaysia, perusahaan menternak ikan air tawar berkembang pesat setelah penglibatan pelbagai pihak dari pihak swasta, agensi kerajaan dan orang perseorangan. Faktor yang menggalakkan penternakan ikan air tawar ialah terdapat kawasan yang berpotensi dan jaminan pasaran yang baik di dalam mahupun luar Negara. Antara agensi terlibat dalam penternakan ikan air tawar ialah Jabatan Perikanan Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Agensi ini memberikan khidmat nasihat kepada pengusaha dalam meningkatkan pengeluaran hasil. Di samping itu, pengusaha diterapkan dengan penggunaan teknologi tinggi dalam ternakan. Bantuan agensi terbabit memberikan semangat baru kepada pengusaha untuk memanfaatkan kawasan terbiar. Keadaan ini memberi pulangan lumayan kepada pengusaha dan negara. Kini, kawasan perkarangan rumah dimanfaatkan untuk menambah pendapatan pengusaha. Kaedah ternakan secara insentif adalah satu perniagaan menguntungkan tetapi berisiko tinggi kerana memerlukan kawalan dan pengurusan berpengalaman. Oleh itu, sebelum mengusaha kawasan, petani perlu mengenali teknik-teknik pemeliharaan yang khusus. Hal ini merangkumi pengurusan air, reka bentuk kolam, aspek teknikal, hatchery dan system kolam pembesaran.
2.0
PELEPASAN BENIH
2.1 Keli Saiz benih yang sesuai untuk dilepaskan adalah 2-3 inci panjang. Bilangan benih yang hendak dilepaskan bergantung kepada keluasan sesuatu kolam. Secara umumnya, kawasan seluas 100m2 dapat menampung 3,000 – 4,000 ekor anak benih. Sementara kawasan seluas 200m2 memerlukan anak benih 6,000 – 8,000 ekor. Kepadatan anak benih boleh ditingkatkan sekiranya kolam mempunyai kesuburan dan makanan yang cukup. Paras air ialah antara 60-80 cm. 2.2 Tilapia Saiz benih yang sesuai untuk dilepaskan adalah 2-3 inci panjang. Bilangan benih yang hendak dilepaskan bergantung kepada keluasan sesuatu kolam. Kadar pelepasan adalah sebanyak 10 – 15 ekor/m2. 2.3 Jelawat Saiz benih yang sesuai untuk dilepaskan adalah 2-3 inci panjang. Bilangan benih yang hendak dilepaskan bergantung kepada keluasan sesuatu kolam. Kadar pelepasan adalah sebanyak 2-5 ekor/m2. NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 01 09.03.2012
Halaman : 3 drp 7
2.4 Patin Saiz benih yang sesuai untuk dilepaskan adalah 2-3 inci panjang. Bilangan benih yang hendak dilepaskan bergantung kepada keluasan sesuatu kolam. Kadar pelepasan adalah sebanyak 2-5 ekor/m2. 2.4 Lampam Jawa Saiz benih yang sesuai untuk dilepaskan adalah 1.5-2 inci panjang. Bilangan benih yang hendak dilepaskan bergantung kepada keluasan sesuatu kolam. Kadar pelepasan adalah sebanyak 2-5 ekor/m2. Benih yang diterima dari pembekal lazimnya dibungkus dalam beg plastik yang mengandungi gas oksigen. Semasa dalam perjalanan dari hatcheri ke kolam, suhu air akan berubah. Sebelum benih dilepaskan, rendamkan beg plastik ke dalam kolam selama 15 minit atau sehingga suhu air dalam beg plastik sama dengan suhu air kolam.
3.0
PENYEDIAAN KOLAM
3.1 Pembersihan Kolam Kolam yang telah ditentukan akan dikeringkan jika masih terdapat air. Kayu – kayu, sampah serta rumpai dibuang dalam tempoh 3 hingga 5 hari. 3.2 Meracun Racun akan digunakan bagi membunuh semua pemangsa yang masih ada dalam lopak air. Racun yang digunakan adalah racun organic iaitu Tea Seed Cake (TSC). Racun ini hanya berkesan dalam jangka masa yang pendek. Selepas 3 hari, hampas yang termendak akan menjadi baja kepada kolam. Racun akan direndam 2-3 jam sebelum disebarkan ke dalam kolam. Kadar yang digunakan adalah 100 kg sehektar. Tujuan: Menghapuskan pemangsa dan pesaing bagi memberi ruang yang maksimum untuk benih baru. 3.3 Pengapuran Dasar kolam akan ditabur dengan kapur abu panas atau abu sejuk dengan kadar seperti dalam jadual dibawah selepas kerja meracun kolam selesai. Kolam akan dibiarkan 3 hingga 7 hari di bawah cahaya matahari. Tujuan: 1. Meninggikan pH air kolam 2. Mengelakkan penyakit
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 01 09.03.2012
Halaman : 4 drp 7
3. Mengukuhkan dasar kolam 4. Meninggikan kesuburan kolam 5. Mempercepatkan proses pemendapan Kadar Penggunaan Kapur Ikut pH Tanah
pH tanah/air
<4.0
4.0 - 4.5
4.5 - 5.0
5.0 - 5.5
5.5 - 6.0
6.0 - 6.5
2.9
2.3
1.8
1.4
0.8
0.6
1.9
1.5
1.1
1.0
0.6
0.5
Kolam kering Kapur abu panas CaO (tan/ha)
Kolam ada air Kapur abu sejuk CaOH
Contoh Pengiraan 1 : Keluasan kolam :
1000 meter persegi = 0.1 ha.
pH tanah :
5.8
Berdasarkan jadual, pH tanah 5.8, kadar tebaran kapur abu panas = 0.8 tan per ha. Maka, 0.8 tan / ha x 0.1 ha (keluasan kolam) = 0.08 tan = 80 kg. Contoh Pengiraan 2 : Keluasan kolam :
450 meter persegi = 0.045 ha.
pH tanah :
5.8
Berdasarkan jadual, pH tanah 5.8, kadar tebaran kapur abu panas = 0.8 tan per ha. Maka, 0.8 tan / ha x 0.045 ha (keluasan kolam) = 0.036 tan = 36 kg. Contoh Pengiraan 3 : Keluasan kolam :
1000 meter persegi = 0.1 ha.
pH air kolam :
4.1
Berdasarkan jadual, pH air 4.1, kadar tebaran kapur abu sejuk = 1.5 tan per ha. Maka, 1.5 tan / ha x 0.1 ha (keluasan kolam) = 0.15 tan = 150 kg. NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 01 09.03.2012
Halaman : 5 drp 7
3.4 Pembajaan Selepas 3 hingga 7 hari pengapuran, air akan dimasukkan. Ketika ini, baja akan dimasukkan. Baja yang digunakan adalah baja organik. Baja akan dibungkus dalam jaring dan diikat pada kayu untuk dipacakkan di bahagian tepi dalam kolam. Kadar yang digunakan adalah 1.0 – 1.6 tan sehektar. Tujuan: Menghasilkan air hijau untuk makanan semulajadi benih ikan.
4.0
PENJAGAAN KOLAM
4.1 Pembajaan Jika air masih lagi tidak hijau semasa penyediaan kolam, baja boleh ditambah semasa ternakan ikan dengan kadar yang sama seperti di 3.4. 4.2 Pengapuran Pengapuran semasa ikan diternak hanya apabila pH air kolam mengalami perubahan disebabkan oleh faktor seperti hujan. Kapur abu sejuk akan digunakan dengan kadar seperti dalam jadual 3.3. 5.0
PANEN
Ikan boleh mula dipanen selepas mencapai berat 150 g seekor. Ikan digred menggunakan alat penggredan mengikut saiz. 5.1 Kaedah dan teknik panen 1. Kerja-kerja dilakukan pada sebelah pagi atau lewat petang 2. Jangan bagi makan ikan 2 atau 3hari sebelum dipanen 3. Kerja-kerja dilakukan dengan cermat dan menggunakan peralatan yang sesuai supaya ikan kurang stress, tercedera atau mati. 5.1.1 Jala 1. Menangkap hasil dalam kuantiti yang sedikit diperingkat awal tuaian (ikan masih lagi banyak). 5.1.2 Pukat 1. Menangkap hasil dalam kuantiti yang banyak 2. Pukat ditarik beberapa kali untuk menangkap ikan (Sekurang-kurangnya 2 kali) 5.1.3 Mengeringkan kolam 1. Menangkap saki-baki ikan yang tidak dapat ditangkap dengan pukat 2. Air disurutkan hingga 90% dan ikan ditangkap dengan tangan atau sesauk (knotless) 3. Ikan yang ditangkap diisi dalam tong ikan.
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 01 09.03.2012
Halaman : 6 drp 7
6.0
PASCAPANEN
Hasil panen boleh dipasarkan dalam keadaan berikut: Ikan segar – ikan yang siap diproses, akan ditimbang dan dibungkus dalam plastik. Ikan akan disimpan ditempat beku sebelum dihantar terus ke pusat jualan. Penggredan telah dilakukan semasa proses pemanenan. Harga jualan ikan mengikut harga yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Tetap Kewangan Universiti.
7.0
RUJUKAN
Penternakan & Perikanan Air tawar. Synergy Media. Heru Susanto
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 01 09.03.2012
Halaman : 7 drp 7