OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/TANAMAN/Nenas BUKU PANDUAN TANAMAN NENAS
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 00 09.03.2012
Halaman : 1 drp 11
Isi Kandungan Bil.
Tajuk
Muka Surat
1
Pendahuluan
3
2
Kumpulan Nenas
3
3
Varieti Nenas 3.1 Nenas Moris 3.2 Nenas Sarawak 3.3 Nenas Pada (Nanas Sawit) 3.4 Nenas Josapine (A25-34) 3.5 Nenas Maspine
4
Iklim Dan Tanah
8
5
Penyelenggaraan Tanaman 5.1 Amalan Kultur 5.2 Pembajaan 5.3 Racun Serangga untuk kawalan perosak serangga 5.4 Racun Untuk Kulat 5.5 Kawalan Rumpai 5.6 Kawalan Jambul dan Sulur
8 8 9 9 9 9 9
6
Pemungutan Hasil
9 - 10
7
Indeks Kematangan Buah Nenas
10 - 11
8
Rujukan
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
3 3-4 4 4 5-6 6-8
11
: : :
02 00 09.03.2012
Halaman : 2 drp 11
1.0
PENDAHULUAN
Nama biasa Nama saintifik Keluarga
: Nenas : Ananas cosmosus : Bromeliaceae
Nenas atau nama botaninya Ananas comosus dari keluarga Bromeliaceae adalah tanaman tropika yang dipercayai berasal dari Amerika Selatan, la banyak ditanam di Thailand, Filipino, Amerika Selatan dan Afrika. Di Malaysia, Nonas banyak ditanam di negeri Johor, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang. Antara varieti Nenas yang disyorkan untuk ditanam ialah Sarawak, Gandol, Mauritius (Moris), N36 dan Josapine. Terdapat tiga kumpulan kultivar nanas yang ditanam di Malaysia, iaitu kumpulan Cayenne, Spanish dan Queen.
2.0 KUMPULAN NENAS KUMPULAN CAYENNE Sarawak Smooth cayenne Hilo KUMPULAN SPANISH Nenas Merah (Singapore Spanish) Masmerah Nenas Hijau (Selangor Green) Nangka Gandol (No. 19 atau 'java hybrid') Betik KUMPULAN QUEEN Moris (Mauritius) Bintangor (Moris Sarawak)
3.0 VARIETI NENAS Terdapat lima (5) varieti nenas antaranya seperti berikut : Nenas Moris Nenas Sarawak Nenas Pada (Nanas Sawit) Nenas Josapine (A25-34) Nenas Maspine 3.1 Nenas Moris Moris dan Sarawak adalah dua varieti utama nanas segar yang ditanam pada masa ini. Kedua-dua varieti nanas ini mempunyai kelemahan masing-masing. Nanas Moris kecil, isi berwarna keemasan, agak kering, rangup dan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Walau bagaimanapun bagi nanas jenis ini buahnya mengecil di hujung dan daunnya berduri dan ini merumitkan pengurusan pengeluarannya. NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 00 09.03.2012
Halaman : 3 drp 11
Indeks kematangan Nenas Moris; Indeks 1
:
Keseluruhan mata buah berwarna hijau terang - belum matang - belum boleh dituai
Indeks 2
:
Keseluruhan mata buah berwarna hijau tua berkilat dengan sedikit kuning diantara mata di pangkal buah - peringkat pecah warna (buah matang) - belum sesuai dimakan segar - sesuai dieksport melalui laut
Indeks 3
:
Keseluruhan mata buah berwarna hijau tua dengan 2-3 mata di pangkal buah hijau kekuningan - buah matang - boleh dimakan segar tapi belum enak - sesuai dieksport melalui laut dan udara
Indeks 4
:
25% mata buah berwarna kuning - buah mulai masak - boleh dimakan segar - sesuai dieksport melalui udara
Indeks 5
:
50% mata buah berwarna kuning oren - buah masak - baik untuk dimakan segar - tidak sesuai untuk di eksport
Indeks 6
:
Lebih 75% mata buah berwarna kuning oren - buah masak - baik untuk dimakan segar - tidak sesuai untuk di eksport
Indeks 7
:
Keseluruhan mata buah berwarna kuning oren - buah masak ranum - masih boleh dimakan segar - tidak sesuai untuk di eksport
3.2 Nenas Sarawak Bagi nenas Sarawak pula, buahnya besar, mempunyai isi yang berwarna pucat, tidak rangup dan berair. Varieti Sarawak juga menghadapi masalah pembungaan yang terlalu rendan terutama di kawasan gambut. Kedua-dua varieti (Moris dan Sarawak) ini juga rentan terhadap gejala teras hitam (black heart disorder) akibat penyimpanan pada suhu rendah. 3.3 Nenas Pada (Nenas Sawit) Nenas Pada ialah nama diberikan oleh Jabatan Pertanian Sarawak kepada nenas yang popular dengan nama 'Nenas Sawit' di Mukah dan Dalat.
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 00 09.03.2012
Halaman : 4 drp 11
3.4 Nenas Josapine Varieti ini jauh lebih baik daripada Moris dan Sarawak. Rintang terhadap gejala teras hitam. Oleh itu ia berpotensi untuk pasaran eksport melalui pengangkutan laut dengan menggunakan kontena berhawa dingin. Selain daripada itu nanas ini juga lebih manis, rangup dan kering, sesuai untuk hidangan segar. Berasaskan sistem pemilihan, nanas ini dikenali sebagai A25-34, tetapi nama komersilnya ialah Josapine, iaitu singkatan nama hasil kacukan nenas Johor (induk betina) , Sarawak (debunga) dan 'Pineapple' (bahasa Inggeris untuk nenas). 3.4.1
3.4.2
3.4.3
Ciri-ciri Utama Josapine: Pokok sangat subur, boleh dihormon pada umur 9 bulan. Daun hijau keunguan, tidak beduri. Saiz jambul sederhana, kadang-kadang lebih daripada satu. Biasanya 1-2 sulur buah / pokok. Sulur dan ratunnya baik. Ciri-ciri Pembungaan dan Pembuahan: Tindakbalas pembuangan dengan bahan pengaruh sangat baik (90-100%). Berbuah awal - dari aruhan bunga hingga peringkat putik bunga mengambil masa 30 hari. Dari aruhan bunga hingga pemetikan buah mengambil masa 127 hari. Hari 60 tan/ha. bagi tanaman pertama. Ciri-ciri Buah: Kulit buah muda yang berwarna ungu gelap berubah menjadi merah jingga apabila masak. Buah berbentuk silinder. Matanya besar membonjol, iaitu seperti nanas Spanish. Buah bersaiz sederhana (1.2 - 1.5 kg). Isi buah kuning keemasan dengan tekstur yang agak rangup dan kering. Sangat manis (TSS 16-17%) dengan perisa asid yang seimbang. Penyimpannya baik, kualiti buah tidak berubah walapun buah sudah terlalu masak. Tiada tanda gejala teras hitam berlaku dalam buah apabila buah disimpan pada suhu 10%oC selama 2 minggu dan didedahkan pada suhu bilik selama 5 hari.
3.4.4 Indeks Kematangan Nenas Josapine Indeks 1 : Keseluruhan mata berwarna unggu gelap dengan braktea berwarna kemerahan. - buah belum matang - isi buah keputih-putihan dengan sedikit warna keemasan. - belum sesuai untuk dituai. Indeks 2 : Kebanyakan mata berwarna hijau gelap dengan warna kehitaman antara mata. Braktea kekeringan, berwarna putih. - buah telah matang (peringkat pecah warna) - 50% isi berwarna keemasan - belum sesuai dimakan segar - boleh dieksport melalui laut NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 00 09.03.2012
Halaman : 5 drp 11
Indeks 3 : Buah berwarna hijau gelap dengan 1-2 mata di bahagian pangkal buah bertukar warna keorenan. - buah matang hijau - 75% isi berwarna keemasan - boleh dimakan segar tapi masih belum enak - sesuai untuk ekport melalui laut dan udara Indeks 4 : Lebih kurang 25% mata buah berwarna keorenan. - buah suku masak - lebih 75% isi berwarna keemasan - isi pejal, berjus, manis dan sedikit harum - baik untuk dimakan segar - sesuai untuk pemprosesan minuman - sesuai untuk eksport melalui udara. Indeks 5 : Lebih 75% mata berwarna keorenan - buah separuh masak - keseluruhan isi berwarna keemasan - isi pejal, berjus, manis dan harum - baik untuk dimakan segar - baik untuk pemprosesan minuman - masih boleh dieksport melalui udara Indeks 6 : Lebih kurang 75% mata buah berwarna keorenan - buah tiga suku masak - isi kurang pejal, sangat berjus, manis dan harum - masih boleh dimakan segar - tidak sesuai untuk eksport Indeks 7 : Keseluruhan buah berwarna oren - buah masak penuh - isi lembik, sangat berjus, manis dengan sedikit kemasaman - masih boleh dimakan segar tapi kurang enak - tidak sesuai untuk eksport
3.5 Nenas Maspine Maspine berasal dari kumpulan nenas 'Manzanah' iaitu daripada jenis buah yang mempunyai ciri-ciri daun tidak berduri (piping-leaf). Ia telah dibangunkan dan dinamakan '73-50' oleh Institut Penyelidikan Nanas di Hawaii yang telah ditutup pada 1975. Maspine ialah hibrid yang kompleks yang berasal dari kacukan antara kultivar Cayenne, Perolera, Pernambuco, Spanish dan Queen. Di Malaysia, ia telah diperkenalkan di MARDI Pontian melalui program pertukaran germplasma dengan Stesen Penyelidikan Hortikultur Maroochy, Australia pada Mac 1993. Dua sulur daripada setiap lima hibrid 'piping-leaf' telah diperkenalkan dan setelah melepasi kuarantin, ia ditanam di MARDI Pontian untuk pemerhatian dan kajian. Lewat tahun 1994, tiga hibrid iaitu '53-116', '59-656' dan '73-50' (Maspine) telah dipilih dalam penilaian generasi pertama. Hibrid yang dipilih ini dibiakkan menggunakan teknik tunas daun dan 'quartering'. Pada tahun 1996, sebanyak 50 pokok dari setiap hibrid hasil penilaian generasi kedua ditanam dalam barisan progeni untuk penilaian seterusnya. Selepas hasil dituai, jambul dan tangkai digunakan sebagai bahan tanaman untuk plot percubaan NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 00 09.03.2012
Halaman : 6 drp 11
di Pontian pada tahun 1999. Secara keseluruhan, hibrid '73-50' (Maspine) adalah yang terbaik berbanding dengan hibrid lain serta kultivar tempatan. 3.5.1
Ciri-ciri Maspine adalah seperti berikut:-
a) Ciri-Ciri Tampang - Pokok subur dan sederhana tinggi. - Daun tidak berduri. - Saiz jambul sederhana besar (sebagai bahan utama pembiakan). - Biasanya jarang mempunyai sulur tangkai, sulur angin dan sulur bawah. b) Ciri-ciri Pembungaan - Tindak balas pembungaan lebih daripada 80%. - Pengeluaran jambak bunga 37 hari selepas aruhan hormon. c) Ciri-ciri Buah - Buah berbentuk silinder dengan sisi bersegi. - Kulit nipis mempunyai kadar perolehan yang tinggi. - Bersaiz sederhana dan beratnya lebih kurang 1.8 kg. - Isi bewarna kuning keemasan. - Kandungan gula tinggi iaitu lebih 16%. - Kandungan asid rendah (0.58%). - Rasanya manis dan enak, sesuai dijadikan pencuci mulut. d) Hasil - Lebih kurang 40% lebih tinggi daripada Gandul dan 60% lebih tinggi daripada Josapine. - Rintang kepada penyakit reput teras. - Lebih mudah sesuai dengan pelbagai keadaan alam sekitar. e) Ciri-ciri Pengalengan - Kadar perolehan yang lebih baik (20%) berbanding dengan Gandul (1618%). - Kandungan gula yang tinggi 14-17% sebelum diproses dan 16-18% selepas diproses. - pH dan tahap keasidan sesuai untuk pengalengan. - Isi berwarna kuning keemasan yang menarik serta tidak mudah pecah setelah dipotong. - Isi buah bersih dan bebas daripada bintik-bintik. - Garis pusat empulur buah kurang daripada 30 mm. - Secara keseluruhan industri atau pengilang berpuas hati dengan kualiti varieti ini. Benih Maspine dihasilkan melalui teknik 'quartering' dan ketulenan klon dijamin. Terdapat lebih 12,000 sulur telah disediakan untuk hibrid ini. Benih ini akan dibiakkan seterusnya dengan menggunakan teknik 'quartering' untuk mencapai sasaran 128,000 sulur pada hujung tahun 2006. 3.5.2 Produk Hasil Pemprosesan Nenas Maspine: a) Produk yang boleh dihasilkan ialah produk berkaleng, produk basah, produk
kring dan produk separa kering. Produk berkaleng seperti nenas dalam sirap, nenas dalam jus nenas, jus nenas dan minuman jus nenas. NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 00 09.03.2012
Halaman : 7 drp 11
b) Sesuai dikalengkan atau dibotolkan tanpa gula sebagai jus nenas jernih
bersama atau tanpa karbon dioksida. c) Penghasilan serbuk jus nanas dengan menggunakan teknologi pengeringan
'fluid bed' atau spray dryer' dan kordial. d) Nenas hancur boleh dijadikan puri, sos nenas bercili, sos nenas manis, jem
dan inti. Pemproses snek, jeli dan nenas kering. 4.0
IKLIM DAN TANAH a) Nenas sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai cuaca yang panas, diantara 24oC-30oC. b) Sukatan hujan yang diperlukan ialah 100-150 sm setahun dan taburannya serata. Nenas boleh hidup di kebanyakan jenis tanah dan hidup subur di tanah gambut, diantara pH 4.5-6.0. c) Perparitan sempurna diperlukan sekiranya tanah sentiasa lembap dan terlalu masam. d) Nenas sesuai ditanam di tanah rendan dan rata. Tanah perlulah dibersihkan daripada semak samun dan dibajak dan digembur sebelum menanam (tanah gambut tidak perlu dibajak). e) Tanah perlu dikapur sekiranya pH terlalu rendah (bawah pH 4.5).
5.0
PENYELENGGARAAN TANAMAN
5.1 Amalan Kultur a) Bahan tanaman biasanya terdiri daripada jambul dan sulur. b) Jarak tanaman 90 cm x 60 cm x 30 cm (2 baris berkembar) dengan sistem
penanaman pokok utama disyorkan bagi mendapat hasil dan mutu buah yang seragam. c) Pembajaan di tanah gambut menggunakan 435 kg amonium sulfat + 6 kg
CIRP + 163 kg 'Muriate of potash' sehektar setiap kali pembajaan pada 2.5 dan 8 bulan selepas ditanam. Manakala di tanah mineral, baja NPK 15:15:15 sebanyak 860 kg sehektar setiap kali pembajaan pada 2 dan 5 bulan selepas ditanam dan NPK Mg 12:12:17:2+TE pada kadar yang sama pada 8 bulan selepas ditanam disyorkan. d) Baja semburan mengandungi campuran 42 g kumprum sulfat, 42 g zink
sulfat, 21 g ferus sulfat, 640 g kapur dan 640 g urea dalam setiap 18 liter air. Penyemburan dibuat pada 1 dan 4 bulan selepas ditanama bagi kedua-dua jenis tanah. e) Pengaruhan
bunga pada masa 9 bulan selepas ditanam dengan menggunakan etefon (300 bahagian/juta) dan 3% urea (40 ml sepokok).
f)
Buah dipetik pada peringkat 'dua mata' matang.
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 00 09.03.2012
Halaman : 8 drp 11
5.2 Pembajaan Pusingan 1 2 3 4 5
Masa
Jenis Baja
Sebelum menanam Semasa menanam 3 bulan 6 bulan 9 bulan
Kadar/Hektar
Kapor CIRP NPK 12:12:17:2 NPK 12:6:22:3 NPK 12:6:22:3
2.5 tan 200 kg 200 kg 500 kg 500 kg
5.3 Racun Serangga untuk kawalan perosak serangga
Bil 1 2 3 4 5 6
Bahan Aktif
Racun Carbaryl Dimethoate Amitraz Mercaptodimethur Diazinon Cypermethrin
85% 38% 20% 50% 52% 5.5%
Ketinggian Jumlah Kemasaman /ha Tanah
Kadar 9g / 4.5 lit.air 6 ml / 4.5 lit.air 10 ml / 4.5 lit.air 10 g/10 lit. air 7.5 ml / 4.5 lit.air 7.5 ml / 4.5 lit.air
1.8 kg 1 lit 0.8 lit 500 g 1.5 lit 1.3 lit
7 14 7 7 7 7
5.4 Racun Untuk Kulat
Bil
Racun
Nama Dagangan
Bahan Aktif
Kadar Bancuhan
Ketinggian Kemasaman Tanah
1 2 3 4
Mancozeb Maneb Copper oxychloride Tridemorph
Dithane M-45 Pro-Maned 80 Zepercide 870 Calixin
80% 80% 87% 84.3%
7-9/4.5 lit.air 30-40/18 lit.air 10-20 g/10 lit.air 5 ml/4.5 lit.air
7 14 7 7
5.5 Kawalan Rumpai: Dalam masa 6 bulan pertama selepas menanam, kerja merumput hendaklah dilakukan setiap 3 bulan ekali. Selepas itu, merumput boleh dikurangkan sehingga 6 bulan sekali. 5.6 Kawalan Jambul dan Sulur: Jambul buah dan sulur tangkai perlu dibuang apabila panjangnya mencapai 2.5 - 6.5 sm untuk membaiki bentuk dn memudahkan tumbesaran buah. Hanya 2 sulur disimpang pada setiap pokok untuk dijadikan bahan tanaman.
6.0
PEMUNGUTAN HASIL
Nenas dituai dengan memotong bahagian tangkainya dengan parang. Bahagian tangkai buah ada kalanya dibiarkan sepanjang 6-10 cm bagi memudahkan kerjaNO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 00 09.03.2012
Halaman : 9 drp 11
kerja pengendalian. Buah yang telah dituai dimasukkan ke dalam bakul yang disangkut di bahagian belakang pekerja.
7.0
INDEKS KEMATANGAN BUAH NENAS :
Umumnya peringkat kematangan buah nenas boleh ditentukan dengan melihat perubahan warna kulit, keratan 'mata' dan pengiraan hari dari tarikh menanam atau pemberian hormon untuk aruhan bunga. Untuk penuaian, kiraan hari selepas pemberian hormon seringkali digunakan oleh petani. Nenas Moris dan Josapine umpamanya, masing-masing sudah boleh dipetik 125 dan 120 hari selepas pemberian hormon. Jangka masa matang bagi buah nanas Gandul ialah 15-16 bulan sementara nanas Masmerah mengambil masa 17-18 bulan. Walau bagaimanapun, tarikh kematangan ini digunakan sebagai panduan sahaja, kerana kematangan buah nanas boleh juga dipengaruhi oleh cuaca. Buah nenas biasanya masak lebih awal apabila peringkat akhir tumbesaran buah berlaku pada musim hujan.
Indeks 1 Keseluruhan mata berwarna biru kehitaman dengan braktea berwarna kemerahan (belum matang). Isi sangat pejal dan masam dan belum boleh dituai.
Indeks 2 Keseluruhan mata berwarna hijau tua dengan sedikit kuning diantara mata di bahagian pangkal buah. Braktea agak kering dan berwarna keputihan (peringkat mula matang). Isi pejal dan kemasaman. Belum sesuai dimakan segar. Sesuai untuk ditin dan eksport segar melalui laut.
Indeks 3 Keseluruhan mata berwarna hijau dengan 1-2 mata di bahagian pangkal buah berwarna hijau kekuningan (cukup matang). Isi pejal, agak berjus dan masam manis. Boleh dimakan segar tetapi belum enak dimakan. Sesuai untuk ditin dan dieksport segar melalui laut dan udara.
Indeks 4 Lebih kurang 25% mata di bahagian pangkal buah berwarna oren kekuningan (buah masak). Isi kuning pejal, berjus, manis dan harum. Sesuai dimakan segar dan sesuai untuk dieksport melalui udara.
Indeks 5 Lebih kurang 50% mata di bahagian pangkal buah berwarna oren kekuningan (buah masak). Isi kuning pejal, berjus, manis dan harum. Sesuai dimakan segar dan sesuai untuk dieksport melalui udara.
Indeks 6 Lebih kurang 75% mata berwarna oren kekuningan (buah masak). Isi agak lembik, terlalu banyak jus, manis dan harum. Masih sesuai dimakan segar. Tidak sesuai untuk eksport.
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 00 09.03.2012
Halaman : 10 drp 11
Indeks 7 Keseluruhan mata berwarna oren kekuningan (buah ranum). Isi lembik, terlalu banyak jus dan masam manis. Masih boleh dimakan segar tetapi kurang enak. Tidak sesuai untuk eksport.
Ciri-Ciri Maspine Berbanding Dengan Josepine dan Gandul
jarang
Berat Buah (kg) 1.76
Tempoh Matang (hari)* 155
sedikit
banyal
1.12
sedikit
sedikit
1.44
Varieti
Duri Daun
Sulur
Maspine
tiada
Josaspine Gandul
Bintik Hasil TSS Asid HR% Isi (t/ha) 0.4
18.3 0.58
2.7
56
115
0.9
16.4 0.82 32.3
35
148
0.5
12.2 0.50 10.2
40
8.0 RUJUKAN i.
Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia (1999). Pakej Teknologi Nenas.
ii.
Kaedah Praktikal Mengatasi Masalah; Penanaman 21 Jenis Tanaman Buahbuahan
iii.
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), 2005
iv.
http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan.nenas/htm
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 00 09.03.2012
Halaman : 11 drp 11