Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan __________________________________________________ G6 : Garispanduan Penubuhan Pasukan Bertindak Kecemasan Peringkat Pusat Tanggungjawab di Premis UniMAP Bagi Menghadapi Situasi Kecemasan __________________________________________________ 1.0
Tujuan 1.1
2.0
Latarbelakang 2.1
2.2
2.3
3.0
Garispanduan ini dibangunkan bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman staf Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang dilantik bagi menganggotai Pasukan Bertindak Kecemasan Peringkat Jabatan, khususnya mengenai tatacara dan tindakan yang perlu diambil bagi menghadapi sebarang insiden kejadian kecemasan di Premis UniMAP.
Setiap jabatan yang mempunyai lebih dari 40 orang disesebuah jabatan di UniMAP digalakan untuk menubuhkan pasukan bertindak kecemasan (PBK) bagi peringkat PTj tersebut. Setiap staf yang dilantik perlu dikeluarkan surat perlantikan yang menyatakan tempoh perlantikan berkuatkuasa dan ditandatangani oleh Ketua PTj tersebut. PBK ini merupakan pasukan staf UniMAP yang dilatih dengan kemahiran dan pengetahuan dalam menghadapi situasi kecemasan seperti kebakaran, gegaran, rusuhan dan seumpamanya. Pasukan ini mempunyai kemahiran dalam menggunakan peralatan kebakaran dan kelengkapan keselamatan serta berkeupayaan bertindak segera memberikan bantuan menyelamat dan mengungsi disamping mampu mengendalikan situasi kecemasan dengan cekap dan efisien.
Peranan PBK Peringkat PTj 3.1
3.2
3.3
Ahli pasukan yang dilantik perlu terdiri daripada staf mengikut tingkat dan blok bangunan tempat mereka bekerja. Seitap ahli pasukan telah dilatih dan perlu mengetahui tanggungjawab masing-masing ketika menghadapi situasi kecemasan Setiap staf yang dilantik perlu menghadiri kursus dan latihan yang ditetapkan dalam tempoh lantikan berkuatkuasa. Mereka seharusnya berupaya dan mempunyai kemahiran yang diperlukan bagi menguruskan situasi kejadian kecemasan. Berikut merupakan peranan ahli PBK semasa kejadian kecemasan: 3.3.1 Komander Insiden I. Bertanggungjawab terhadap keselamatan penghuni dan pelawat serta persekitaran tempat kerja II. Menggerakan organisasi bila berlaku kecemasan 1
III. IV. V. VI.
Mengeluarkan arahan untuk mengaktifakan pelan pengungsian bangunan Memaklumkan kepada pihak pengurusan universiti mengenai kejadian kecemasan Bekerjasama dengan agensi berkaitan semasa berlaku kecemasan Menyediakan maklumat untuk laporan kejadian.
3.3.2 Penolong Pegawai Insiden I. Membantu merancang dan melaksanakan aktiviri dan latihan kebakaran/pengungsian bangunan II. Membantu menentukan keselamatan penghuni serta persekitaran tempat kerja semasa kejadian. III. Membantu menggerakan organisasi bila berlaku kecemasan IV. Membantu mengeluarkan arahan untuk mengaktifkan pelan pengungsian bangunan. V. Membantu agensi berkaitan semasa berlaku kecemasan. VI. Membantu menyediakan maklumat kepada pihak berkaitan untuk menyediakan laporan kejadian. 3.3.3 Ketua Blok I. Melaporan kepada Komander Insiden/Penolong Pegawai insiden mengenai kejadian kecemasan. II. Mengaktifkan penggera III. Memastikan ketua tingkat bertindak dengan sempurna semasa kejadian kecemasan. 3.3.4 Ketua Tingkat I. Memeriksa dan mengesahkan kejadian serta melaporkan kepada ketua blok II. Memastikan semua penghuni mengungsikan aras berkaitan. III. Mengetuai penghuni aras ke zon berkumpul yang ditetapkan mengikut blok masing-masing. IV. Memeriksa kehadiran penghuni di zon berkumpul dengan membuat “head count” dan memberi laporan lengkap kepada ketua blok. V. Melaporan situasi kepada ketua blok. 3.3.5 Pasukan Penyelamat. I. Memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum ketibaan pasukan perubatan II. Melaporkan kepada ketua blok akan keadan mangsa/tempat kejadian III. Membantu mereka yang kurang upaya, dikenalpasti penyakit kronik serta ibu mengandung untuk mengungsikan bangunan. IV. Memastikan tiada penghuni yang terperangkap didalam lif semasa kejadian V. Memastikan pintu, tingkap, suis dan lain-lain ditutup.
2
3.3.6 Pasukan Pemadam I. Memadamkan kebakaran sekiranya kecil dan tidak merbahaya menggunakan peralatan melawan kekabaran sediada II. Membantu agensi berkaitan dalam merancang dan mengendalikan situasi III. Membantu pasukan penyelamat sekiranya perlu IV. Menyediakan pelan susun atur bangunan untuk operasi menyelamat. 3.3.7 Pasukan kawalan keselamatan/trafik I. Membantu Jabatan Keselamatan mengawal keadaan sekitar kejadian dan bangunan sebelum keadaan diisytiharkan selamat. II. Membantu mengawal lalu lintas dikawasan kejadian dan membantu penghuni ke zon berkumpul. III. Membantu memastikan laluan ke tempat kejadian bebas dari halangan bagi memudahkan kenderaan agensi berkaitan masuk ke tempat kejadian. IV. Membantu memberikan pandu arah kepada pasukan penyelamat untuk ke tempat kejadian. 4.0
Latihan 4.1
4.2
5.0
Kursus 4.1.1 Penolong Pegawai Insiden dan pegawai tadbir perlu merancang kursus yang perlu diambil oleh ahli yang dilantik pada tahun pertama lantikan. 4.1.2 Kursus asas yang diperlukan adalah Kursus pengawalan dan pencegahan kebakaran, dan kursus pertolongan cemas asas. Latihan pengungsian. 4.2.1 Penolong pegawai insiden perlu merancang untuk mengadakan latihan pengungsian bangunan sekurang-kurangnya sekali setiap tahun.
Langkah-langkah diambil sebelum kecemasan 5.1
Memastikan info dan alat pemadaman kebakaran berfungsi 5.1.1 Penolong pegawai insiden dan ketua blok perlu merancang program pengemaskinian maklumat seperti pelan laluan kecemasan, maklumat pegawai bertanggungjawab setiapkali berlaku perubahan 5.1.2 Ahli pasukan bertindak kecemasan perlu memastikan semua alat memadam kebakaran berada dalam keadaan bersedia dan boleh digunakan pada bila-bila masa 5.1.3 Ahli pasukan bertindak kecemasan perlu memantau semua laluan kecemasan bebas dari sebarang halangan. 5.1.4 Penolong pegawai insiden dan ketua blok perlu memastikan semua papan tanda keselamatan boleh dilihat dan mencukupi
3
5.2
6.0
Tempat berkumpul 5.2.1 Penolong pegawai insiden dan ketua blok perlu mengenalpasti dan menetapkan tempat berkumpul yang sesuai. 5.2.2 Hebahan kepada semua staf dan pelajar mengenai lokasi tempat berkumpul.
Langkah-langkah diambil semasa kecemasan 6.1
Arahan Pengungsian Bangunan. 6.1.1 Komander Insiden mempunyai kuasa mengarahkan pengungsian bangunan atau memasuki semula bangunan setelah mendapat pandangan dan nasihat dari agensi berkaitan 6.1.2 Penolong Pegawai insiden hendalah membuat pengumuman kecemasa dengan serta merta melalui sistem siraya dan penggera kecemasan. 6.1.3 Bagi Premis UniMAP di bangunan rumah kedai penolong pegawai insiden dan Ketua Blok perlu membunyikan wisel bagi memberikan amaran tentang kejadian berbahaya. 6.1.4 Ketua Blok hendaklah memastikan penghuni disetiap tingkat selamat keluar dan terus ke tempat berkumpul.
6.2
Pengumuman Kecemasan/Penggera Keselamatan 6.2.1 Penolong pegawai insiden hendaklah medengan segara membuat pengumuman melalui sistem siaraya. 6.2.2 Pengumuman hendaklah dibuat dengan jelas meliputi arahan pengungsian, keselamatan penghuni, lokasi berkumpul dan tatacara pengungsian Contoh: SILA AMBIL PERHATIAN Semua staf, pelajar dan pelawat di Blok A diarah untuk mengungsikan bangunan dengan segera. Harap bertenang dan patuhi segala arahan ketua tingkat dan bergerak ke tempat berkumpul yang kawasan meletak kereta.
6.3
Pihak yang perlu dihubungi dengan segera 6.3.1 Agensi Terlibat I. Jabatan Keselamatan UniMAP-Pemantauan Trafik dan orang ramai II. Jabatan Bomba dan Penyelamat- gerakan menyelamat dan memadam kebakaran III. Pasukan Perubatan-Rawatan kecemasan akibat kecederaan IV. Polis Diraja Malaysia- Pemantauan trafik dan orang ramai 6.3.2 Rujuk Nombor talian kecemasan Universiti.
6.4
Tempat berkumpul 6.4.1 Ketua Tingkat dan ketua blok perlu memastikan semua penghuni berkumpul mengikut aras dan blok yang dihuni bagi memudahkan pengiraan.
4
6.4.2 Ketua Tingkat/Ketua Blok perlu memaklumkan segera kepada penolong pegawai insiden jika terdapat staf dan pelajar yang terperangkap dalam bangunan. 7.0
Penutup 7.1 Dalam keadaan kecemasan setiap ahli perlu peka dan berhati-hati semasa proses pengungsian, menyelamat dan memberi bantuan awal seperti memadam kebakaran kerana risiko yang amat tinggi. 7.2 Latihan dan kursus berkaitan dengan pengurusan krisis perlu dihadiri bagi meningkatkan prestasi dan kemahiran apabila berlaku sebarang kejadian.
5
Lampiran 1 Carta Organisasi Pasukan Bertindak Kecemasan