SOKONGAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PEJABAT NAIB CANSELOR Kod Dokumen: SOK/OSH/GP06/PPST GARIS PANDUAN SPESIFIKASI PUSAT PENGUMPULAN SISA TERJADUAL
1. TUJUAN Garis panduan ini disediakan bagi tujuan menjelaskan tentang spesifikasi yang perlu dipenuhi untuk sebuah Pusat Pengumpulan Sisa Terjadual UPM.
2. TANGGUNGJAWAB 2.1.
2.2.
Ketua Seksyen Operasi dan Perkhidmatan PPKKP bertanggungjawab untuk memastikan setiap PPST yang dipilih memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan dengan merujuk garis panduan ini. Sesiapa yang terlibat dalam pengurusan setiap PPST ini hendaklah memastikan spesifikasi ini sentiasa dipenuhi.
3. TERMINOLOGI/DEFINISI UPM PPKKP PPST UBBL PPE 4.
: : : : :
Universiti Putra Malaysia Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pusat Pengumpulan Sisa Terjadual Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam Personal Protective Equipment
PANDUAN 4.1.
Spesifikasi untuk sesebuah PPST adalah mengikut kehendak Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL 1984) serta ianya hendaklah mempunyai kemudahan dan peralatan kecemasan.
4.2.
Spesifikasi Pusat Pengumpulan Sisa Terjadual UPM Jenis Sisa Kimia
NO. SEMAKAN : 00 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 03/01/2011
Spesifikasi i. Tempat penstoran tidak terdedah kepada cahaya matahari secara terus atau pun berdekatan dengan sumber haba/pencucuhan. ii. Ianya hendaklah berkunci untuk mengelakkan individu yang tidak berkaitan dari menceroboh masuk.
1 drp. 5
iii. Mempunyai sistem peredaran udara yang baik seperti dipasangkan exhaust fan iv. Mempunyai tembok penghadang/ bendul (bunding) di hadapan pintu masuk bilik atau spill tray. v. Mempunyai sistem pencahayaan yang cukup. vi. Mempunyai sistem perparitan yang berasingan dari longkang umum. vii. Mempunyai rak kayu simpanan sisa yang bersifat tahan bahan kimia dan setiap rak mempunyai sisi tepi setinggi 2 inci. viii. Setiap rak dilabel dengan menggunakan label yang telah ditetapkan di dalam Jadual Ketiga (Peraturan 10) di dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. ix. Menyediakan alat perlindungan diri (PPE) yang mencukupi seperti gogal, topeng mulut dan hidung (mask) dan sarung tangan yang bersesuaian. x. Menyediakan alat pencegahan kebakaran dan kecemasan yang mencukupi (Peti Pertolongan Cemas, Alat Pemadam Kebakaran, Spillage Kit dan Eye Wash Station/Emergency Shower) xi. Memasang sistem penggera kecemasan kebakaran. xii. Dipasangkan dengan jelas simbol/tanda amaran, nombornombor untuk dihubungi apabila berlaku kecemasan dan rekod terkini penyimpanan sisa terjadual di pintu-pintu bilik pelupusan sementara. Sisa Klinikal
NO. SEMAKAN : 00 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 03/01/2011
i. Pusat Pengumpulan Sisa Terjadual hendaklah berjauhan dari laluan orang ramai. ii. Ianya hendaklah berkunci untuk mengelakkan individu yang tidak berkaitan dari menceroboh masuk. iii. Mempunyai sistem peredaran udara yang baik seperti dipasangkan exhaust fan iv. Mempunyai sistem pencahayaan yang cukup. v. Dilengkapi dengan tong sampah (kuning) yang mencukupi dan disediakan bakul khas (bekas benda tajam) untuk menempatkan picagari, jarum-jarum dan benda tajam yang hendak dilupuskan. vi. Menyediakan alat perlindungan diri (PPE) seperti gogal, topeng mulut dan hidung (mask) dan sarung tangan yang
2 drp. 5
bersesuaian. vii. Menyediakan alat pencegahan kebakaran dan kecemasan yang mencukupi (Peti Pertolongan Cemas, Alat Pemadam Kebakaran, Spillage Kit dan Eye Wash Station/Emergency Shower) viii. Memasang sistem penggera kecemasan kebakaran. ix. Dilabelkan dengan jelas simbol/tanda amaran, nombor untuk dihubungi dan rekod terkini penyimpanan sisa klinikal di pintu-pintu bilik pelupusan sementara.
4.3.
Setiap pegawai yang bertanggungjawab dalam pengurusan PPST tersebut hendaklah memastikan setiap alat kelengkapan kecemasan yang berada di PPST sentiasa berada di dalam keadaan baik.
NO. SEMAKAN : 00 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 03/01/2011
3 drp. 5
4.4.
Pelan Lantai Pusat Pengumpulan Sisa Terjadual UPM a) Sisa Kimia
Petunjuk :
Alat Pemadam Kebakaran Spill Kit Peti Pertolongan Cemas (First Aid) Alat Perlindungan Diri (PPE) Eye Wash Station/Emergency Shower Rak Sisa Terjadual Pintu dan Bendul (bunding)
NO. SEMAKAN : 00 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 03/01/2011
4 drp. 5
b) Sisa Klinikal
Petunjuk :
Alat Pemadam Kebakaran Spill Kit Peti Pertolongan Cemas (First Aid) Alat Perlindungan Diri (PPE) Tong Sisa Klinikal Pintu dan Bendul (bunding)
NO. SEMAKAN : 00 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 03/01/2011
5 drp. 5