SOKONGAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN SOK/OSH/GP08/SIASATAN GARIS PANDUAN SIASATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1. TUJUAN Garis panduan ini disediakan bagi tujuan menjelaskan proses yang terlibat dalam menjalankan aktiviti Siasatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
2. SKOP Garis Panduan ini merangkumi penentuan pasukan penyiasat berdasarkan situasi kemalangan/kejadian berbahaya dan aduan yang diterima, persediaan sebelum siasatan dan hasil siasatan.
3. TERMINOLOGI/DEFINISI JBPM JKKP-UPM JKKPM PDRM PKK PTJ PPKKP PPPA BKU PKU OHD KKP JKKP-PTJ PGH UPM Penyelaras Pasukan Penyiasat
UBM
NO. SEMAKAN : 03 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 20/2/2014
: Jabatan BOMBA dan Penyelamat Malaysia : Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan peringkat Universiti Putra Malaysia (Induk) : Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan-Malaysia (DOSH) : Polis Diraja Malaysia : Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan : Pusat Tanggungjawab : Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan : Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset : Bahagian Keselamatan Universiti : Pusat Kesihatan Universiti : Doktor Kesihatan Pekerjaan : Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan : Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan peringkat Pusat Tanggungjawab : Pengarah PPKKP : Universiti Putra Malaysia : Ketua Seksyen Operasi dan Perkhidmatan/Penolong Pegawai Sains/Ketua UBM/Ketua Operasi UBM PPKKP : Terdiri dari Penyiasat Major, Penyiasat Minor, Penyiasat Keracunan Pekerjaan/Penyakit Pekerjaan dan Penyiasat Aduan : Unit Bantu Mula PPKKP
1 drp. 5
4. PROSES TERPERINCI BIL
PERKARA
TINDAKAN
1.
Tentukan pasukan penyiasat berdasarkan situasi kemalangan/kejadian berbahaya dan aduan yang diterima. a) Semua kemalangan/kejadian berbahaya (major) dan yang berlaku di dalam UPM hendaklah disiasat oleh Penyiasat Major yang terdiri daripada Pegawai-pegawai berikut:
PGH
UPM Kampus Serdang : i. Ketua Penyiasat (PGH) ii. Penyiasat luar seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKPM), Jabatan BOMBA dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain (jika ada) iii. Penyiasat 1 (Pegawai PPKKP) iv. Penyiasat 2 (Setiausaha JKKP-PTJ) v. Penyiasat 3 (Wakil Pengurusan/Wakil Pekerja yang berkenaan) vi. Penyiasat 4 (Pegawai/Individu yang terlibat secara langsung) vii. Lain-lain seperti wakil Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA), Bahagian Keselamatan Universiti (BKU), Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Bendahari
UPM Kampus Bintulu : i. Ketua Penyiasat (Dekan) ii. Penyiasat luar seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKPM), Jabatan BOMBA dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain (jika ada) iii. Penyiasat 1 (Setiausaha JKKP-PTJ) iv. Penyiasat 2 (Wakil Pengurusan/Wakil Pekerja yang berkenaan) v. Penyiasat 3 (Pegawai/Individu yang terlibat secara langsung) vi. Penyiasat 4 (Pegawai PPKKP – jika perlu) vii. Lain-lain seperti wakil Bahagian Pembangunan, Bahagian Keselamatan, Klinik Satelit, Bahagian Kewangan.
NO. SEMAKAN : 03 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 20/2/2014
2 drp. 5
b) Semua kemalangan/kejadian berbahaya (minor) yang berlaku di dalam UPM hendaklah disiasat oleh Penyiasat Minor yang terdiri daripada Pegawai-pegawai berikut: i. Ketua Penyiasat (Pengerusi/Setiausaha JKKP-PTJ) ii. Penyiasat 1 (Wakil Pengurusan/Wakil Pekerja yang berkenaan) iii. Penyiasat 2 (Pegawai/Individu yang terlibat secara langsung) iv. Lain-lain (jika ada) c) Semua keracunan pekerjaan/penyakit pekerjaan yang berlaku di dalam UPM hendaklah disiasat oleh Penyiasat Keracunan Pekerjaan/Penyakit Pekerjaan yang terdiri daripada pegawai-pegawai berikut: i. Ketua Penyiasat (Doktor Kesihatan Pekerjaan-OHD) ii. Penyiasat 1 (Pegawai PPKKP) iii. Penyiasat 2 (Wakil Pengurusan/Wakil Pekerja yang berkenaan) iv. Lain-lain (jika ada) d) Semua aduan KKP yang berlaku di dalam UPM, siasatan hendaklah dibuat oleh Penyiasat Aduan yang terdiri daripada pegawai-pegawai berikut:
2.
UPM Kampus Serdang : i. Ketua Penyiasat (Pegawai PPKKP) ii. Penyiasat 2 (Wakil Pengurusan/Wakil Pekerja yang berkenaan) iii. Lain-lain (jika ada)
UPM Kampus Bintulu : i. Ketua Penyiasat (Setiausaha JKKP PTJ) ii. Penyiasat 2 (Wakil Pengurusan/Wakil Pekerja yang berkenaan) iii. Lain-lain (jika ada)
Maklumkan kategori siasatan yang akan dijalankan kepada pihak PTJ. a) Sekiranya melibatkan Siasatan Major nyatakan tarikh, waktu dan permohonan penyediaan ahli Penyiasat Major dari PTJ melalui panggilan telefon. b) Sekiranya melibatkan Siasatan Minor, keluarkan surat menyatakan tindakan siasatan perlu dilakukan di peringkat PTJ dengan melibatkan Penyiasat Minor dan
NO. SEMAKAN : 03 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 20/2/2014
PGH/ Penyelaras
3 drp. 5
perlu mengemukakan laporan siasatan dengan kadar segera. c) Sekiranya melibatkan Siasatan Keracunan Pekerjaan/Penyakit Pekerjaan, nyatakan tarikh, waktu dan permohonan penyediaan ahli Penyiasat Keracunan Pekerjaan/Penyakit Pekerjaan dari PTJ melalui surat dan salinkan kepada OHD dengan kadar segera. d) Sekiranya melibatkan Siasatan Aduan KKP, nyatakan tarikh, waktu dan permohonan penyediaan ahli Penyiasat Aduan dari PTJ melalui surat/telefon/e-mel dengan kadar segera (bagi UPM Kampus Serdang) dan maklumkan tindakan yang perlu dilaksanakan mengikut kesesuaian kes aduan melalui telefon/fax/e-mel dengan kadar segera (bagi UPM Kampus Bintulu). 3.
Kategori siasatan adalah seperti berikut: a) Bagi Siasatan Major, dokumen yang perlu disediakan adalah seperti berikut:
Penyelaras
i.
Borang Siasatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SOK/OSH/BR10/SIASAT). ii. Borang Slip Pengesahan Siasatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SOK/OSH/BR12/SLIP) iii. Borang JKKP 6 iv. Lain-lain dokumen yang berkaitan. b) Bagi Siasatan Minor, dokumen yang perlu disediakan adalah tertakluk kepada PTJ berkenaan. c) Bagi Siasatan Keracunan Pekerjaan/Penyakit Pekerjaan, dokumen yang perlu disediakan adalah seperti berikut:
Pengerusi JKKP-PTJ /Setiausaha JKKP-PTJ Penyelaras/OHD/OHN
i. Borang Slip Pengesahan Siasatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SOK/OSH/BR12/SLIP) ii. Borang JKKP 7 iii. Lain-lain dokumen yang berkaitan (dengan merujuk garis panduan KKP yang sedang berkuatkuasa). d) Bagi Siasatan Aduan KKP, dokumen yang perlu disediakan adalah seperti berikut: i. Borang Slip Pengesahan Siasatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SOK/OSH/BR12/SLIP) ii. Borang Aduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SOK/OSH/BR11/ADUAN) iii. Lain-lain dokumen yang berkaitan
NO. SEMAKAN : 03 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 20/2/2014
Penyelaras
4 drp. 5
4.
Bagi Siasatan Major, Siasatan Keracunan Pekerjaan/Penyakit Pekerjaan dan Siasatan Aduan KKP, jalankan siasatan dengan melawat tempat kejadian dan siasatan dilaksanakan berdasarkan pada mana-mana atau gabungan kaedah berikut: i. ii. iii. iv. v.
PGH/Penyelaras
Temuduga Soal selidik Pemerhatian Pengesahan Semakan dokumen, rekod dan proses kerja.
5.
Bagi Siasatan Minor, kaedah siasatan tertakluk kepada keperluan PTJ berkenaan.
6.
a)
Rekodkan hasil siasatan ke dalam Borang Siasatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SOK/OSH/BR10/SIASAT) bagi kes kemalangan pekerjaan/kejadian berbahaya. b) Lengkapkan borang/dokumen yang telah dinyatakan dalam Para 3(a) dan 3(c) c) Dapatkan gambar berkaitan tempat kejadian. d) Adakan perbincangan dengan semua pihak yang terlibat untuk mengenalpasti punca kejadian/kemalangan, cadangan tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan.
Semua Pasukan Penyiasat
7.
Bagi Siasatan Awal Aduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, lengkapkan Borang Aduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SOK/OSH/BR11/ADUAN) dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Dapatkan gambar-gambar berkaitan sebagai bukti.
Penyelaras
8.
Bagi semua siasatan yang melibatkan PPKKP dapatkan pengesahan daripada PTJ menggunakan Borang Slip Pengesahan Siasatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SOK/OSH/BR12/SLIP)
Penyelaras
NO. SEMAKAN : 03 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 20/2/2014
Pengerusi JKKP-PTJ /Setiausaha JKKP-PTJ
5 drp. 5