UNIT KAMSIS Laporan Unit Kamsis
Laporan Tahunan 2010 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin CARTA ORGANISASI UNIT KAMSIS
2
Laporan Tahunan 2010 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin MAKLUMAT STAF UNIT KUALITI
SENARAI STAF UNIT PENEMPATAN PELAJAR(PENTADBIRAN PEJABAT)
1.
USTAZ HASMINUDDIN B. HASHIM
PENGETUA
2.
EN.MOHAMMAD FAUZEE B.ASUAR
PEN.PEG.PERUBATAN
3.
PN.SAUDAH BT.HJ. ABDULLAH
K. PENYELIA ASRAMA
4.
PN.ZURAIDAH BT. ISHAK
PENYELIA ASRAMA
5.
EN.AZHAR B. ALI
PENYELIA ASRAMA
6.
PN. YUSNIDA BT. YAHAYA
PENYELIA ASRAMA
7.
EN. MOHD. YUSOF B. OTHMAN
TUKANG K3
8.
EN. RASHIDI B. SHARIFF
PEM. AM PEJABAT
DH 41 U 29 N 22 N 17 N 17 N 17 R9 N1
3
Laporan Tahunan 2010 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin AKTIVITI UNIT KAMSIS
Jamuan Kamsis Terbuka 2010 adalah sama konsep dengan rumah terbuka. Ianya dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) untuk merapatkan hubungan silaturahim antara sesama penghuni, pensyarah, dan warden. Pelajar juga berpeluang untuk saling bermaaf-maafan sempena hari raya aidilfitri pada tahun ini. Program ini adalah kali pertama diadakan di PTSS dan Biro Multimedia dan Kebudayaan Jawatankuasa Pelajar Kamsis (JPK). Program ini memperuntukkan sebanyak RM 500.00 pada setiap blok. Disamping itu, duit kutipan bagi setiap ahli blok akan dibuat bagi menambah balanjwan program ini. Dengan libatnya 10 blok kamsis maka akan terdapat 10 buah tuan rumah bagi jamuan kamsis terbuka 2010. Aktiviti ini telah memberi kesan yang positif kepada para pelajar dalam bentuk akhlak dan juga pengetahuan.
Program ini dijalankan selama satu hari sahaja diantara jam 3.00 petang sehingga 5.30
petang. Program ini akan melibatkan semua penghuni siswa dan siswi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Program tersebut yang akan diadakan pada 01 Oktober 2010 ( Jumaat ). Program ini membawa impak yang positif kepada semua penghuni kamsis. Ianya dapat melahirkan suasana yang harmoni serta meriah dengan jalannya program ini. OBJEKTIF / MATLAMAT 1.
Memperkukuhkan hubungan silaturahim sesama penghuni PTSS.
2.
Amalan rumah terbuka memberi kefahaman kepada rakyat bukan Islam tentang nilai hidup ajaran Islam yang menganjurkan sifat berbaik-baik sesama manusia.
3.
Memberi peluang kepada pelajar muslim PTSS untuk saling bermaaf-maafan serta mengeratkan jalinan ukhwah sesama muslim.
4.
Memupuk semangat kerjasama serta mengharmonikan kamsis serta melahirkan rasa cinta pada kamsis.
4
Laporan Tahunan 2010 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin AKTIVITI UNIT KAMSIS
LAWATAN KE POLITEKNIK JOHOR BAHARU.
Bertolak dari PTSS jam 10.00 malam. Kami berhenti sebanyak 3kali. Perhentian pertama hanya mengisi minyak Perhentian kedua pula berhenti untuk menyegarkan diri bagi pemandu bas manakala yang lain ke tandas. Perhentian ketiga,bersolat suboh disamping menyegarkan diri. Kami tiba di Politeknik Johor Baharu pada jam 10.00 pagi. Ketibaan kami disambut dengan baik oleh ahli-ahli JPK Politeknik johor Baharu. Kami di bawa ke bilik tetamu untuk persiapan diri seterusnya kami makan pagi bersama-sama. Usai makan pagi,kami berdiskusi mengenai perihal pelajar-pelajar kamsis,masalah pelajar kamsis dan cara untuk mengatasi masalah itu. Kami menjamu selera(makan tengah hari) di kafetaria,bersolat dan seterusnya kami menukar pakaian untuk aktiviti sukan. Sebelum kami bersukan pada petang itu,terlebih dahulu kami di bawa bersiar.siar di sekitar Politeknik Johor Baharu. Aktiviti sukan pada petang itu ialah futsal dan bola jaring. Setelah penat bermandikan peluh,kami bersurai untuk bersolat maghrib. Persiapan diri usai solat maghrib seterusnya kami bersiar-siar di Danga Bay. Keesokannya pula,usai solat subuh kami berkemas untuk pulang. Kami bersarapan pagi bersama-sama seterusnya sesi pertukaran cenderahati. Jam 10.30 pagi kami bertolak pulang. Dalam perjalanan pulang kami singgah di Ayer Hitam membeli kerepek sebagai buah tangan. Seterusnya kami bertolak pulang.Sebanyak 5 kali kami berhenti di perhentian untuk bersolat,makan dan menyegarkan diri. Jam 12.30 malam kami tiba di PTSS.
5
Laporan Tahunan 2010 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin AKTIVITI UNIT KAMSIS
Layar Keinsafan siswa/wi 1’10 dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada pelajarpelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) merenungi dan mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam. Program ini adalah kali ke-tiga diadakan di PTSS dan juga susulan daripada program Malam Keinsafan Diri pada sesi Januari dan Jun 2010 anjuran Jawatankuasa Pelajar Kamsis (JPK) Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Aktiviti ini telah memberi kesan yang positif kepada para pelajar dalam bentuk akhlak dan juga pengetahuan. Program ini dijalankan selama satu malam dimana pelajar siswi dan pada pelajar siswa terlibat secara terus pada malam itu. Program ini akan melibatkan semua penghuni kamsis siswa dan siswi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan seorang penceramah jemputan. Program tersebut diadakan pada 28-09-2010 (Selasa) OBJEKTIF / MATLAMAT 1. Memperkukuhkan pengetahuan agama pelajar muslim PTSS. 2. Memberikan pendedahan rohani kepada pelajar muslim PTSS mengenai ciptaan Maha Esa Allah s.w.t. 3. Memberi peluang kepada pelajar muslim PTSS untuk merenungkan diri
dan mengenali diri
dengan lebih mendalam. 4. Memupuk semangat setia kawan,hormat menghormati serta sekaligus
dapat mengeratkan
siratulrahim antara pelajar muslim PTSS. TUJUAN UTAMA 1.
Memberi pendedahan kepada pelajar muslim PTSS tentang ilmu agama dengan lebih terperinci dan keagungan pencipta alam Allah s.w.t.
2.
Mempupuk semangat hormat meghormati antara pelajar muslim PTSS.
3.
Memberi kesedaran kepada pelajar muslim PTSS untuk menginsafkan diri
serta dapat
mengenali diri dengan lebih mendalam. 4.
Mengukuhkan pendidikan agama pelajar muslim PTSS justeru sekaligus akan meningkatkan keilmuan dan kefahaman yang diharap melahirkan insan yang berguna.
5.
Pelajar muslim PTSS dapat menghayati dan mensyukuri nikmat Allah S.W.T.
6
Laporan Tahunan 2010 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin AKTIVITI UNIT KAMSIS
Program di Blok ‘Outdoor And Indoor Game’ Blok A5 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin 2010. Pendahuluan Dewasa ini, masalah yang dihadapi oleh golongan belia dan remaja semakin berleluasa terutamanya dalam gejala-gejala yang tidak sihat seperti penagihan dadah, jenayah, keciciran dalam pelajaran dan pelbagai lagi. Semua gejala ini telah menimbulkan kerunsingan kepada ibu bapa khasnya dan kerajaan amnya. Memandangkan lebih 40 peratus penduduk di Malaysia merupakan golongan belia, maka usaha untuk memperkasakan golongan muda ini dengan ilmu dan gaya hidup sihat perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh agar matlamat Rancangan Malaysia Ke-10, iaitu meningkatkan nilai murni dan gaya hidup sihat dikalangan golongan muda dapat dicapai dengan berkesan. Bagi mencapai dan merealisasikan matlamat ini, maka pihak Ahli Jawatankuasa Blok A5 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin mengambil inisiatif untuk menganjurkan Pertandingan ‘Outdoor And Indoor Game’ bagi Blok A5. Ia merupakan suatu pertandingan semua penghuni Blok A5 bagi menghasilkan individu yang mempunyai bukan sahaja tubuh badan yang sihat tetapi mempunyai peribadi yang sihat.
Projek ini dijalankan berlandaskan Motto sukan negara “Majukan Sukan untuk Semua” demi memenuhi wawasan negara untuk melahirkan golongan belia dan mahasiswa khususnya Mahasiswa Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin yang sihat fizikal dan mental demi melahirkan warganegara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Antara aktiviti Aktiviti ini bermula pada 26-07-2010 sehingga 30-07-2010 dimana diadakan pada hari kuliah pada sebelah petang dan malam. Bagi outdoor game ianya berlaku pada jam 5.30 ptg manakala bagi indoor game dilakukan pada sebelah malam bermula dari jam 9.30 mlm. Bagi setiap program lok ianya dibuat di bilik rekreasi dan bilik bacaan itu sendiri. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti : • • • •
Sukan futsal Catur Dam Karom
Bagi acara penutupan dan penyampaian hadiah dilakukan di pusat sukan yang dirasmikan oleh ustaz Yasir B Othman. Setelah selesai penyampaian hadiah diteruskan dengan jamuan makan.
7
Laporan Tahunan 2010 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin AKTIVITI UNIT KAMSIS
PROGRAM MASAK BUBUR DI BULAN RAMADAN Program ini dirancang dan dilaksanakan pada bulan Ramadan tahu 2010 bersamaan 1431 hijrah. Program ini dilakukan Di Pusat Islam Luqman Al Hakim dimana dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pusat Islam dengan kerjasama Biro Kerohanian Iaitu Kelab Rapi yang bergerak penuh di pusat islam. Program ini bermula pada awal pagi lagi iaitu pada jam 7.00 pagi dimana gotong royong bersama-sama dilakukan. Semasa pemberian bubur ini diberikan kepada penghuni pada sebelah petang selepas bubur siap dimasak pada jam 5.30petang.
8
LAPORAN UNIT KAMSIS POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN