Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB 1.
DEFINISI Dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB ini ("Terma-terma dan Syarat-syarat Utama") dan Surat Tawaran, kata-kata berikut akan membawa maksud yang dibentangkan di bawah:"Kolateral"
bermaksud semua Cagaran (termasuk tanpa had, Pelaburan) yang digadai janji, disandarkan, digadai atau diserah hak kepada Bank sebagai cagaran bagi Kemudahan dari semasa ke semasa selaras dengan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau Dokumen Cagaran dan "Kolateral" bermaksud setiap atau mana-mana daripadanya atau mana-mana bahagian daripadanya.
"Had Peminjaman Komponen"
bermaksud berkaitan dengan setiap Kolateral, jumlah Margin Pembiayaan yang terpakai kepada Kolateral dan Nilai Pasaran Kolateral;
"Had Pengeluaran"
bermaksud pada masa yang ditentukan dan tertakluk kepada Had Kredit Diluluskan Maksimum tidak dilampaui, agregat semua Had Peminjaman Komponen ditolak Jumlah Belum Dijelaskan.
"Peristiwa Keingkaran"
bermaksud sebarang peristiwa atau keadaan yang dibentangkan dalam Fasal 13 Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini.
"Pelaburan"
bermaksud semua:(i)
Instrumen Deposit Boleh Niaga Kadar Terapung (FRNID) dan Instrumen Deposit Boleh Niaga (NID) tertentu yang diterbitkan oleh Bank atau CIMB Investment Bank Berhad seperti yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa;
(ii)
Produk Berstruktur tertentu yang diterbitkan oleh Bank atau CIMB Investment Bank Berhad seperti yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa;
(iii)
Unit amanah yang diterbitkan dan diuruskan oleh CIMB Principal Asset Management Berhad; dan
(iv)
sebarang cagaran lain yang boleh diterima oleh Bank dari semasa ke semasa
yang kini atau selepas ini atau dari semasa ke semasa ditawarkan oleh Peminjam dan/atau mana-mana Pihak Cagaran sebagai cagaran bagi Kemudahan dan/atau dideposit dengan Bank atau yang mungkin kini atau selepas ini berada dalam milikan atau dipegang oleh Bank atau nomininya dan termasuk semua faedah atau kupon yang terakru ke atasnya dari semasa ke semasa dan semua bonus, kadar hasil, pendapatan, pembahagian dan wang lain pun jua yang dibayar atau perlu dibayar atau dibuat terhadapnya dan semua hasil penebusan, hasil jualan, hak, opsyen, dan manfaat yang walau bagaimanapun jua
terakru atau sebaliknya berhubung dengannya. "Margin Pembiayaan" bermaksud, berhubung dengan setiap Kolateral atau kategori Kolateral, margin pembiayaan seperti yang dibentangkan dalam Lampiran pada Surat Tawaran atau sebarang margin pembiayaan lain yang boleh ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa menurut budi bicara mutlaknya, dan selaras dengannya Had Pengeluaran dan Had Peminjaman Komponen diperolehi atau dikira. "Nilai Pasaran"
bemaksud nilai setiap Kolateral pada masa yang ditentukan seperti yang ditetapkan oleh Bank berdasarkan:(i)
harga penutup harian bagi Kolateral tersebut seperti yang ditentukan oleh Bank menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya; atau mengikut keadaan
(ii)
nilai muka Kolateral tersebut.
"Jumlah Belum Dijelaskan"
bermaksud agregat semua wang sama ada jumlah prinsipal, faedah, faedah dimodalkan, fi komitmen, kos, caj atau jumlah lain pun jua yang belum dijelaskan atau perlu dibayar atau dipersetujui agar perlu dibayar oleh Peminjam dari semasa ke semasa di bawah atau berbangkit daripada Kemudahan, Surat Tawaran ini dan Dokumen Cagaran dan semua liabiliti dan obligasi sama ada pada masa ini atau masa hadapan atau sebenar atau kontingen bagi pembayaran balik atau pembayaran sebarang wang oleh Peminjam dari semasa ke semasa berhubung dengan atau berbangkit daripada Kemudahan, Surat Tawaran ini dan Dokumen Cagaran.
"Cagaran"
hendaklah membawa maksud yang ditetapkan baginya dalam Surat Tawaran.
"Dokumen Cagaran"
bermaksud sebarang dan semua dokumen cagaran yang disempurnakan atau yang mungkin dari semasa ke semasa disempurnakan memihak kepada Bank untuk menjamin pembayaran balik atau pembayaran Jumlah Belum Dijelaskan oleh Peminjam.
"Kepentingan Cagaran"
termasuk tanpa had, sebarang gadai janji, sandaran, lien, gadaian (sama ada tetap atau terapung), penyerahan hak, hipotekasi, hak tolakan, deposit melalui cagaran, penjualan dengan penyimpanan atau kepentingan cagaran lain tidak kira jenisnya (termasuk tanpa prejudis sebarang penyimpanan hakmilik, penyerahan hak, pemindahan melalui cagaran, penjualan dan pajakan balik dan/atau penjualan dan pembelian balik berdasarkan terma kredit) dan sebarang perkiraan lain yang mempunyai kesan ekonomi yang sebahagian besarnya sama sama seperti mana-mana yang disebut sebelum ini yang walau bagaimanapun jua diwujudkan atau berbangkit.
"Pihak Cagaran"
bermaksud mana-mana pihak yang menyediakan sebarang cagaran (termasuk selaras dengan Dokumen Cagaran) kepada Bank sebagai cagaran bagi Kemudahan.
"Jumlah Dedahan"
bermaksud Jumlah Belum Dijelaskan dan agregat semua wang lain
yang terhutang atau perlu dibayar atau dipersetujui agar perlu dibayar oleh Peminjam kepada Bank berhubung dengan sebarang dan semua kemudahan perbankan yang diberikan oleh Bank kepada Peminjam dan sebarang obligasi belum dijelaskan yang terhutang oleh Peminjam kepada Bank sama ada sendiri atau bersama-sama dengan pihak lain atau pihak-pihak lain dan sama ada sebagai prinsipal atau penjamin atau sebenar atau kontingen pada bila-bila masa atau dari semasa ke semasa;
2.
SYARAT-SYARAT TERDAHULU BAGI KETERSEDIAAN KEMUDAHAN Kemudahan (termasuk sepertimana disemak semula atau ditambah dari semasa ke semasa oleh Bank) sedia digunakan oleh Peminjam setelah semua syarat terdahulu berikut dipenuhi:(i)
Dokumen Cagaran relevan yang perlu disempurnakan oleh Peminjam atau Pihak Cagaran dan sebarang dokumen cagaran lain atau dokumen lain yang perlu disempurnakan oleh Peminjam dan mana-mana Pihak Cagaran sepertimana dikehendaki oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya telah disempurnakan dan dikembalikan kepada Bank bersama-sama dengan semua sijil relevan, penyata akaun, surat pengesahan dan/atau bukti berdokumen lain tentang hakmilik atau pemilikan terhadap cagaran sebagaimana mungkin dikehendaki oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya;
(ii)
cagaran relevan yang perlu disediakan oleh Peminjam atau Pihak Cagaran telah disediakan kepada dan diterima oleh Bank (termasuk kebenaran yang diperlukan, jika berkenaan);
(iii)
pembukaan akaun semasa oleh Peminjam (Sila ambil maklum bahawa akaun tidak boleh dibuka jika terdapat catatan negatif terhadap nama Peminjam dalam pangkalan data mana-mana Biro Kredit atau CTOS atau DCHEQS);
(iv)
sebarang dokumen yang diperlukan oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya telah disempurnakan dan/atau didaftarkan dan/atau sebaliknya diisi dengan wajar;
(v)
pematuhan dengan undang-undang/ peraturan kawal selia seperti yang dinyatakan dalam Fasal 15 Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar ini;
(vi)
tiada Peristiwa Keingkaran yang dinyatakan dalam Fasal 13 Terma-terma dan Syaratsyarat Utama ini dan tiada peristiwa yang dengan pemberian notis dan/atau luputnya masa akan merupakan Peristiwa Keingkaran telah berlaku atau masih berterusan;
(vii)
Bank berpuas hati (keputusan Bank adalah muktamad dalam hal ini) bahawa tiada perubahan material telah berlaku terhadap keadaan kewangan Peminjam (dan/atau penjamin atau mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) yang menjejaskan atau mungkin menjejaskan cagaran Bank; dan
(viii)
kepatuhan dengan sebarang terma dan syarat lain yang boleh ditetapkan oleh Bank menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya.
Syarat-syarat terdahulu bagi penyediaan Kemudahan yang dibentangkan di dalam ini adalah untuk manfaat tunggal Bank dan boleh diketepikan oleh Bank, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, tanpa memudaratkan sebarang hak Bank untuk menegaskannya secara keseluruhan atau sebahagian untuk penggunaan Kemudahan yang seterusnya. 3.
CAGARAN 3.1
DEPOSIT TETAP SEBAGAI CAGARAN (a)
Jika deposit tetap yang ditempatkan dengan Bank disediakan oleh Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) sebagai cagaran berterusan bagi Kemudahan, Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) dengan ini menggadai dan/atau menyerahhakkan kepada Bank melalui gadaian tetap pertama semua wang yang kini atau selepas ini atau dari semasa ke semasa ditempatkan dalam deposit tetap dengan Bank dan semua wang yang dari semasa ke semasa dalam kredit semua akaun deposit tetap dengan Bank termasuk semua faedah yang terakru ke atasnya dan semua pembaharuannya (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai "FD") yang mana ungkapannya hendaklah jika konteks membenarkannya, termasuk mana-mana bahagian daripadanya) sebagai cagaran berterusan untuk membayar balik, apabila dituntut, Jumlah Belum Dijelaskan dan semua/atau mana-mana liabiliti Peminjam dengan Bank sama ada sendiri atau bersama dan berasingan dengan pihak atau pihak-pihak lain dan sama ada sebagai prinsipal atau penjamin dan sama ada terhutang dan kena dibayar pada masa ini atau selepas ini atau dari semasa ke semasa termasuk faedah dan semua caj dan wang lain sehingga tarikh penyelesaian penuh.
(b)
Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui FD bersama-sama dengan faedah ke atasnya (kecuali jika faedah tersebut dibenarkan dikeluarkan menurut terma-terma penempatan) pada tarikh matang menurut sebarang terma yang dianggap wajar dan gadaian/ penyerahan hak FD hendaklah termasuk semua faedah yang diperolehi terhadap deposit tersebut dan Bank berhak menyimpan deposit tersebut bersama-sama faedah yang terakru sehingga keseluruhan liabiliti Peminjam dengan Bank telah dibayar balik dengan sepenuhnya.
(c)
Di samping hak Bank sebagai pemegang gadaian/pemegang serah hak, Bank mempunyai budi bicara mutlak dan kebebasan pada bila-bila masa atau dari semasa ke semasa dan meskipun tempoh penempatan FD atau mana-mana bahagian daripadanya mungkin belum luput dengan memberikan notis terdahulu selama tujuh (7) hari kalendar kepada Peminjam (dan/atau manamana Pihak Cagaran, jika berkenaan) untuk melaksanakan hak untuk menolak FD (termasuk sebarang faedah yang terakru) terhadap sebarang liabiliti Peminjam dengan Bank. Sementara menunggu pihak Bank melaksanakan hak untuk menolak yang tersebut, pihak Bank berhak untuk menahan dan atau menggantung bayaran untuk sebarang wang dari FD tersebut (termasuk apa-apa faedah yang terkumpul). Semasa melaksanakan sebarang budi bicara dan haknya, Bank tidak mempunyai sebarang obligasi atau kewajipan atau liabiliti pun jua untuk mengelakkan atau mengurangkan sebarang kerugian kepada Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kerugian faedah.
(d)
(e)
3.2
Sepanjang tempoh Kemudahan ini berkuat kuasa dan selepas itu sehingga keseluruhan Kemudahan dijelaskan dengan sepenuhnya, Peminjam tidak boleh:-
(a)
menyerah hak, memindahkan atau sebaliknya berurusan dengan, mewujudkan atau membenarkan wujud sebarang Kepentingan Cagaran terhadap FD; atau mana-mana bahagian daripadanya
(b)
mewujudkan sebarang amanah terhadap FD atau mana-mana bahagian daripadanya;
(c)
mewujudkan atau memberikan memihak kepada mana-mana pihak sebarang hak terhadap FD atau mana-mana bahagian daripadanya;
(d)
mengeluarkan dan Peminjam juga tidak berhak mengeluarkan atau berhak meminta pembayaran balik FD atau mana-mana bahagian daripadanya tanpa kebenaran bertulis terdahulu daripada Bank.
Bank boleh menurut budi bicara mutlaknya menghendaki Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) untuk melakukan apa-apa tindakan atau perkara atau melaksanakan apa-apa dokumen, notis, pengendorsan bagi tujuan menyempurnakan cagaran Bank terhadap FD dan Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) hendaklah bertindak/melakukan perkara yang dikehendaki dalam sebarang tempoh yang boleh ditetapkan oleh Bank.
INSTRUMEN DEPOSIT BOLEH RUNDING KADAR TERAPUNG (FRNID)/INSTRUMEN DEPOSIT BOLEH RUNDING (NID) YANG DITERBITKAN OLEH CIMB BANK BERHAD ATAU CIMB INVESTMENT BANK BERHAD / PRODUK BERSTRUKTUR CIMB YANG DITERBITKAN OLEH CIMB BANK BERHAD ATAU CIMB INVESTMENT BANK BERHAD / UNIT AMANAH YANG DITERBITKAN DAN DIURUSKAN OLEH CIMB PRINCIPAL ASSET MANAGEMENT BERHAD DAN CAGARAN LAIN YANG BOLEH DITERIMA OLEH BANK (a)
Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) dengan ini secara mutlak menyerah hak dan/atau menggadai janji dan/atau menggadai dan/atau menyandar dan/atau mendeposit dengan Bank melalui gadaian tetap pertama semua Pelaburan sebagai cagaran berterusan untuk pembayaran balik, apabila dituntut, Jumlah Belum Dijelaskan dan semua dan/atau manamana liabiliti Peminjam dengan Bank sama ada sendiri atau bersama dan berasingan dengan pihak atau pihak-pihak lain dan sama ada sebagai prinsipal atau penjamin dan sama ada terhutang pada masa ini atau selepas ini termasuk faedah dan semua caj dan wang lain sehingga tarikh penyelesaian penuh.
(b)
Bank mempunyai budi bicara dan kuasa pada semua masa untuk membuat keputusan sama ada atau tidak dan bila untuk meneruskan dengan pendaftaran mana-mana atau semua Pelaburan dalam nama Bank atau penamanya dan semua Pelaburan hendaklah menjadi cagaran berterusan untuk semua liabiliti dengan Bank sama ada Pelaburan telah didaftarkan
sedemikian atau tidak dan tidak kira sama ada Pelaburan mungkin didaftarkan dalam nama Bank atau penamanya. (c)
Sebarang Pelaburan yang disediakan oleh Peminjam kepada Bank hendaklah berbayar sepenuhnya dan juga hendaklah bebas daripada semua tuntutan dan bebanan pun jua.
(d)
Peminjam hendaklah dengan serta-merta berhubung dengan sebarang Pelaburan yang ditawarkannya sebagai cagaran untuk Kemudahan (kecuali telah dilakukannya sebelum ini): (i)
menyerahkan atau menyebabkan penyerahan kepada Bank semua sijil relevan, penyata akaun, surat pengesahan dan/atau bukti berdokumen tentang hakmilik atau pemilikan terhadap Pelaburan sebagaimana yang mungkin dikehendaki oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya,
(ii)
memindahkan atau menyebabkan pemindahan melalui cara elektronik atau sebaliknya kepada akaun Bank, agennya atau nomininya, depositori termasuk tetapi tidak terhad kepada Malaysian Central Depository Sdn. Bhd., sub-wakil, daftar saham atau manamana institusi yang diberi kuasa di bawah undang-undang Malaysia,
(iii)
menyempurnakan sebarang borang atau dokumen yang dikehendaki oleh Bank dari semasa ke semasa bagi penyerahan hak, sandaran, gadaian terhadap sebarang nota kontrak, sijil atau sebarang cagaran yang dipegang oleh mana-mana pihak dalam akaun Peminjam untuk memenuhi obligasi Peminjam di dalam ini.
(e)
Sepanjang tempoh Kemudahan berkuat kuasa dan selepas itu sehingga keseluruhan Kemudahan dijelaskan dengan sepenuhnya, cagaran yang diwujudkan terhadap Pelaburan termasuk dan merangkum semua faedah, kupon, dividen, bonus, kadar hasil, pendapatan, pembahagian, penebusan, hak, keutamaan, opsyen, waran, jualan hasil jualan dan hasil penebusan dan semua wang, saham, stok atau sebarang manfaat yang walau bagaimanapun jua terakru kepadanya atau sebaliknya berhubung dengannya yang dibayar secara terus kepada Peminjam dari semasa ke semasa dan tidak boleh dikeluarkan atau dilupuskan atau diserah hak atau dipindahkan atau diwujudkan sebarang amanah terhadapnya atau diberikan sebarang waran opsyen atau hak untuk melanggan atau membeli atau memperolehinya atau diwujudkan sebarang bentuk bebanan dengan mana-mana pihak pun jua.
(f)
Semua panggilan, wang langganan dan/atau sebarang wang yang perlu dibayar ke atas atau terhadap Pelaburan hendaklah dibayar oleh Peminjam apabila dituntut, dan jika tidak, Bank boleh (tetapi tidak mempunyai obligasi berbuat demikian) membuat pembayaran dan jika Bank berbuat demikian, Peminjam hendaklah menanggung rugi Bank dengan sepenuhnya terhadap semua pembayaran sedemikian bersama-sama dengan faedah ke atasnya dari tempoh bermula pada tarikh pembayaran tersebut dan berakhir pada tarikh apabila Bank telah ditanggung rugi dengan sepenuhnya oleh Peminjam, yang dikira pada kadar yang akan ditentukan oleh Bank menurut budi bicaranya.
(g)
Peminjam hendaklah pada semua masa tidak mengambil atau abai mengambil apa-apa tindakan, yang mana tindakan atau peninggalan tersebut boleh menjejaskan secara material dan mudarat atau boleh mengurangkan nilai sebarang Pelaburan atau yang boleh mengubah atau menjejaskan Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang hak yang diwujudkan disini.
(h)
(i)
Peminjam hendaklah pada semua masa memastikan bahawa Jumlah Belum Dijelaskan tidak melampaui agregat semua Had Peminjaman Komponen sama ada (i) dengan mendeposit dengan atau menyediakan kepada Bank Cagaran tambahan yang diluluskan oleh Bank (dalam tempoh yang ditetapkan yang dibentangkan dalam makluman Bank secara bertulis kepada Peminjam) dan dengan itu Cagaran tambahan tersebut akan menjadi sebahagian daripada Pelaburan di sini; atau (ii) dengan membayar kepada Bank atau penamanya secara tunai sebarang jumlah dan berdasarkan sebarang terma yang dikehendaki oleh Bank; dan
(ii)
Di samping dan tanpa prejudis kepada sebarang hak dan remedi lain di pihak Bank, Bank berhak dan dengan ini secara tak boleh batal dan dengan tidak bersyarat dibenarkan oleh Peminjam pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa, apabila Jumlah Dedahan melebihi agregat semua Had Peminjaman Komponen atau apabila difikirkan wajar oleh Bank:-
(i)
1.
untuk menggunakan semua atau sebarang manfaat dan hak daripada Pelaburan atau yang wujud padanya untuk mengurangkan Jumlah Dedahan dalam apa jua cara atau turutan yang dianggap wajar oleh Bank; dan/atau
2.
untuk menjual, menukar kepada wang atau melupuskan atau untuk merealisasikan atau bersetuju menjual, menukar kepada wang atau melupuskan atau merealisasikan Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya yang dianggap wajar oleh Bank sama ada melalui tawaran awam atau triti persendirian atau sebaliknya dengan atau tanpa iklan dan untuk sebarang balasan atau nilai dan berdasarkan sebarang terma yang boleh diputuskan oleh Bank menurut budi bicaranya dan bagi sebarang Pelaburan yang tidak boleh dipindahkan, lantas menyebabkan ianya tidak dapat dijual, Bank berhak melaksanakan penebusan awalnya selaras dengan terma-termanya dan hasilnya boleh digunakan untuk mengurangkan Jumlah Dedahan dalam sebarang cara atau turutan yang dianggap wajar oleh Bank.
Sepanjang tempoh Kemudahan berkuat kuasa dan selepas itu sehingga keseluruhan Kemudahan dan semua liabiliti daripadanya dijelaskan dengan sepenuhnya, Bank akan pada semua masa mengekalkan budi bicara mutlak terhadap semua atau sebarang isu berkaitan dengan penggunaan sebarang faedah, kupon, pendapatan, pembahagian atau sebarang wang lain yang diterima, pelaksanaan hak mengundi, sama ada untuk mendapatkan pemisahan sekuriti menjadi lot lebih kecil dan pelaksanaan kuasa
penguatkuasaan berikutan sebarang pelanggaran Surat Tawaran dan Termaterma dan Syarat-syarat Utama ini. (j)
(i)
Cagaran yang diwujudkan di dalam ini akan menjadi dengan sertamerta boleh dikuat kuasa dan kuasa penjualan dan sebarang kuasa lain yang diberikan oleh undang-undang, Surat Tawaran, Termaterma dan Syarat-syarat Utama ini kepada Bank akan menjadi dengan serta-merta boleh dilaksana, pada bila-bila masa menurut budi bicara Bank, selepas Peminjam gagal membayar atau menjelaskan manamana bahagian Kemudahan apabila kena dibayar atau selepas Bank menuntut pembayaran sama ada keseluruhan atau sebahagian daripada liabiliti Peminjam atau jika Peminjam melanggar sebarang obligasi kepada Bank sama ada di bawah Kemudahan ini atau sebarang kemudahan dan/atau perjanjian lain dengan Bank.
(ii)
Di samping itu dan tanpa menjejaskan sebarang peruntukan di dalam ini, kuasa Bank termasuk (tetapi tidak terhad kepada) kuasa untuk:1.
mengambil milikan, memungut dan mendapatkan Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya;
2.
menjual, bertukar, menukar kepada wang atau melupuskan atau merealisasikan atau bersetuju menjual, bertukar, menukar kepada wang atau melupuskan atau merealisasikan Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya yang dianggap wajar oleh Bank sama ada melalui tawaran awam atau triti persendirian atau sebaliknya dengan atau tanpa iklan dan untuk sebarang balasan atau nilai dan berdasarkan sebarang terma yang diputuskan oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya (bagi sebarang Pelaburan yang tidak boleh dipindahkan, lantas menyebabkan ianya tidak dapat dijual, Bank berhak melaksanakan penebusan awalnya selaras dengan terma-terma di sini dan hasilnya boleh digunakan untuk membayar balik liabiliti Peminjam terhadap Bank dalam sebarang cara atau turutan yang dianggapnya wajar);
3.
melaksanakan atau menyebabkan atau membenarkan pelaksanakan semua kuasa atau hak sampingan dengan pemilikan Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya;
4.
menjelaskan, melaraskan, mengkompromi dan menyusun sebarang tuntutan/penyelesaian, akaun, pertikaian, persoalan dan tuntutan yang berkaitan dalam apa cara jua dengan Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya;
5.
membawa, mendakwa, menguatkuasakan, membela dan/atau menggugurkan sebarang tindakan, guaman atau prosiding terhadap apa-apa perkara atau terhadap mana-mana pihak yang berkaitan dengannya yang dianggap wajar dan perlu oleh Bank; dan
6.
mengambil semua tindakan dan/atau perkara yang perlu atau wajar atau sesuai untuk merealisasikan Pelaburan dan penjelaskan penuh semua liabiliti yang kena dibayar kepada Bank.
Peminjam hendaklah menanggung rugi Bank dan memastikan Bank ditanggung rugi sepenuhnya terhadap semua tindakan, kerugian, tuntutan, prosiding, kos, tuntutan dan liabiliti yang ditanggung oleh Bank (jika ada) untuk melaksanakan atau cuba melaksanakan sebarang hak, kuasa, remedi atau budi bicara yang diletak hak pada Bank. (k)
Sebarang dividen, faedah, kupon, pendapatan, wang dan/atau sebarang bentuk manfaat lain yang diterima daripada atau berpunca daripada Pelaburan, sama ada dibayar atau diberikan kepada Peminjam atau sebaliknya, hendaklah pada semua masa dipegang dalam amanah untuk Bank dan dibayar kepada Bank apabila dituntut.
(l)
Bank (termasuk wakilnya dan sub-wakilnya) tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa keadaan pun jua atau atas apa-apa sebab pun jua terhadap Peminjam atau mana-mana pihak atas sebarang kerugian atau kerosakan atau pengurangan harga/nilai Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya yang disebabkan oleh Bank merealisasikan keseluruhan atau sebahagian daripada Pelaburan atau atas sebarang keingkaran atau ketinggalan oleh Bank berkaitan dengan Pelaburan atau kerana Bank melaksanakan atau tidak melaksanakan atau lewat melaksanakan sebarang kuasa atau budi bicara yang diletak hak pada Bank. Peminjam mengakui dan bersetuju bahawa Bank tidak mempunyai sebarang kewajipan kepada Peminjam untuk memastikan bahawa Pelaburan dijual atau ditebus pada harga terbaik atau harga munasabah.
(m)
Mana-mana pembeli, rumah dana atau penerbit sebarang Pelaburan atau orang, firma, syarikat lain atau entiti lain yang berurusan dengan Bank tidak akan terikat atau dikehendaki memastikan atau bertanya sama ada hak Bank untuk melaksanakan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Surat Tawaran dan/atau Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau yang boleh dilaksanakan oleh Bank telah berbangkit atau mengambil kira sebarang notis yang menyatakan sebaliknya atau tentang kewajaran atau kesesuaian sebarang pelaksanaan atau pelaksanaan yang dikatakan terhadap kuasa tersebut atau sama ada sebarang wang masih terhutang terhadap cagaran ini atau tentang penggunaan sebarang wang yang dibayar.
(n)
Sepanjang tempoh Kemudahan dan selama mana selepas itu sehingga keseluruhan Kemudahan telah dijelaskan dengan sepenuhnya, Peminjam tidak akan:(i)
menggadai janji, menggadai, menyandarkan, menyerah hak, memindahkan atau sebaliknya berurusan dengan, mewujudkan atau membenarkan wujud sebarang Kepentingan Cagaran terhadap Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya;
(ii)
mewujudkan sebarang amanah terhadap Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya;
(iii)
3.3
mewujudkan atau memberikan memihak kepada mana-mana pihak apa-apa hak terhadap Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya;
CAGARAN BERTERUSAN Sebarang cagaran yang diambil oleh Bank atau diwujudkan dibawah ini adalah cagaran yang berterusan bagi tujuan pembayaran semua wang yang terhutang pada masa ini atau selepas ini kepada Bank oleh Peminjam dan/atau setiap Pihak Cagaran dari semasa ke semasa, meskipun:
3.4
3.5.
(a)
Peminjam atau mana-mana Pihak Cagaran tidak lagi berhutang kepada Bank untuk suatu jangka masa;
(b)
sebarang akaun Peminjam dan/atau Pihak Cagaran dengan Bank atas sebarang sebab pun jua tidak lagi aktif dan meskipun sebarang penjelasan akaun atau sebaliknya;
(c)
sebarang perubahan melalui penggabungan, penyatuan atau sebaliknya yang mungkin dibuat pada susunan mana-mana Pihak Cagaran (yang merupakan sebuah pertubuhan perbadanan) atau Bank; atau
(d)
kebankrapan Peminjam atau kebankrapan mana-mana Pihak Cagaran, sama ada secara sukarela atau paksa.
LIEN DAN HAK LAIN (a)
Di samping dan tanpa prejudis terhadap sebarang remedi, kepentingan atau cagaran lain di pihak Bank, Bank akan, selagi Kemudahan masih berkuat kuasa atau sebarang wang masih boleh dipinjamkan atau perlu dibayar oleh Peminjam dan/atau Pihak Cagaran, mempunyai lien am terhadap semua sekuriti dan aset lain Peminjam dan/atau Pihak Cagaran yang kini atau mungkin dari semasa ke semasa selepas ini dideposit dengan atau dalam atau menjadi milik, dijaga atau dikawal atau dipegang dalam nama atau atas perintah atau untuk Bank dan/atau penama Bank sama ada untuk simpanan selamat atau cagaran atau sebaliknya atau untuk sebarang tujuan khusus atau secara amnya.
(b)
Tiada apa-apa pun jua yang terkandung di dalam Perjanjian ini akan memudaratkan atau menjejaskan hak dan remedi atau sebarang cagaran lain yang menjadi hak Bank dari semasa ke semasa atau yang mungkin dipegang oleh Bank untuk atau bagi Jumlah Belum Dijelaskan dari semasa ke semasa atau sebarang wang lain yang terhutang oleh Peminjam kepada Bank dan tiada apa-apa yang terkandung di dalam ini akan memudaratkan atau menjejaskan sebarang bil, nota, jaminan, gadaian atau cagaran lain yang mungkin dipunyai atau dipegang oleh Bank pada masa itu untuk sebarang wang yang dipinjamkan atau didahulukan, faedah ke atasnya dan wang lain yang disebut sebelum ini atau sebarang hak atau remedi Bank di bawah bil, nota, jaminan, gadaian atau cagaran lain tersebut.
WA'D UNTUK MENYEDIAKAN CAGARAN LANJUT Peminjam hendaklah, jika dan apabila dikehendaki oleh Bank, menyempurnakan
memihak kepada Bank atau sepertimana yang diarahkan oleh Bank, sebarang instrumen undang-undang atau instrumen cagaran, bebanan atau perjanjian lain atau sepertimana yang dikehendaki oleh Bank terhadap sebarang aset Peminjam. Instrumen cagaran, bebanan atau perjanjian tersebut hendaklah disediakan oleh atau bagi Bank dengan kos dan perbelanjaan ditanggung oleh Peminjam dan hendaklah mengandungi semua terma dan syarat untuk manfaat Bank sepertimana dikehendaki oleh Bank. 4.
PENETAPAN TENTANG FAEDAH, FI, CAJ, KOS DAN KOMISYEN (a)
Peminjam hendaklah membayar faedah pada Kadar Faedah Semasa, Kadar Ingkar atau Kadar Had Lebihan (mengikut keadaan), komisyen, fi komitmen, caj bank, fi dan sebarang caj lain terhadap Kemudahan pada sebarang kadar dan dalam cara yang ditetapkan oleh Bank di dalam Surat Tawaran.
(b)
Faedah ke atas Kemudahan akan dikira atas dasar baki harian seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran dan dikira berdasarkan bilangan hari sebenar yang berlalu dan 365 hari setahun (366 hari pada tahun lompat) dan akan didebit kepada akaun Kemudahan Peminjam setiap bulan kecuali dinyatakan atau dipersetujui sebaliknya oleh Bank.
(c)
Kadar Faedah (termasuk faedah pada Kadar Faedah Semasa, Kadar Ingkar, Kadar Had Lebihan, faedah tambahan dan faedah dimodalkan), adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh Bank menurut budi bicaranya. Perubahan tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada mengubah asas bagaimana Bank menentukan Kadar Faedah, daripada tanda aras Kadar Asas Bank, spread kuantum yang perlu dibayar melebihi Kadar Asas, atau peratusan faedah itu sendiri sekiranya kadar faedah tidak dikira terhadap Kadar Asas Bank dan asas yang telah diubah untuk mengira Kadar Faedah dan/atau kadar faedah baru akan berkuat kuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Bank dan perlu dibayar dengan serta-merta.
(d)
Berhubung dengan perubahan pada komisyen, fi komitmen, caj bank, fi terhadap Kemudahan dan perubahan pada sebarang Kadar Faedah yang diperuntukkan di dalam ini berbangkit daripada perubahan pada profil risiko anda, Bank berhak mengubah komisyen, fi komitmen, caj bank, fi dan/atau Kadar Faedah yang terpakai yang terkandung di dalam ini dengan memberikan notis terdahulu sekurangkurangnya 21 hari kalendar kepada Peminjam.
(e)
Faedah yang dicaj dan sebarang fi, caj, kos dan komisyen berkaitan dengan Kemudahan perlu dibayar setiap bulan secara tertunggak dan Bank boleh, pada bilabila masa selepas tarikh kena dibayar berhak mendebit faedah dan sebarang fi, caj, kos dan komisyen berkaitan dengan Kemudahan kepada akaun Kemudahan Peminjam dan faedah yang didebit tersebut akan seterusnya dikenakan faedah pada Kadar Faedah relevan dan hendaklah dicagar dan dibayar sewajarnya.
Bagi tujuan di sini, "Kadar Faedah" bermaksud kadar faedah berkenaan yang terpakai pada Kemudahan sepertimana dinyatakan dalam Surat Tawaran termasuk Kadar Faedah Semasa, Kadar Ingkar, Kadar Had Lebihan atau sebarang kadar lain yang mungkin dari semasa ke semasa ditetapkan oleh Bank.
5.
FAEDAH PERLU MAHKAMAH
DIBAYAR
SEBELUM
DAN
SELEPAS
PENGHAKIMAN
Semua faedah ke atas sebarang jumlah yang didahulukan yang belum dijelaskan di bawah Kemudahan yang pada masa itu dicagar dan sebarang fi, caj, kos dan komisyen berkaitan dengannya (termasuk faedah pada Kadar Faedah Semasa, Kadar Ingkar, Kadar Had Lebihan, faedah yang diubah dan faedah dimodalkan) perlu dibayar sebelum dan selepas penghakiman mahkamah dan sebelum dan selepas tuntutan dibuat untuk pembayaran terhadap Peminjam dan semua wa'd dan syarat yang terkandung di dalam atau dibayangkan secara tersirat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan semua kuasa dan remedi yang diberikan oleh undang-undang atau melalui Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan semua peraturan undang-undang atau ekuiti berkaitan dengan jumlah prinsipal dan faedah hendaklah dikenakan dengan sama rata kepada faedah dimodalkan dan meskipun perhubungan jurubank dan pelanggan antara Bank dan Peminjam telah terhenti atas apa-apa sebab pun jua. Bagi tujuan memastikan sama ada had prinsipal di bawah Kemudahan telah dilampaui atau tidak, semua faedah yang didebit dan faedah yang dimodalkan akan dianggap faedah dan bukan prinsipal.
6.
HAK UNTUK MENYEMAK SEMULA DAN MENGUBAH TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Meskipun terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau di dalam sebarang Dokumen Cagaran lain, Bank berhak menurut budi bicara tunggalnya untuk menyemak semula Kemudahan pada bila-bila masa yang dianggap wajar oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya, tanpa sebarang obligasi sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, untuk memberi sebarang sebab untuknya dan sama ada peristiwa yang dibentangkan di dalam klausa 13 di dalam ini telah berlaku atau tidak, dan untuk mengubah dan/atau meminda pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa dan dalam sebarang cara pun jua;(a)
had Kemudahan (yang termasuk tetapi tidak terhad kepada menurunkan atau menambah had Kemudahan pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa);
(b)
cara Kemudahan disediakan;
(c)
sebarang terma dan syarat Kemudahan; dan/atau
(d)
sebarang Dokumen Cagaran berkaitan dengan Kemudahan.
Sebarang perubahan dan/atau pindaan (sama ada dengan menambah, meminda atau memadamkan terma-terma dan syarat-syarat Kemudahan dan/atau mengurangkan, memadamkan, membatalkan, memodifikasi, meminda, menukar, mengganti Kemudahan atau sebaliknya) hendaklah dianggap berkuat kuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Bank dan tidak akan dalam apa cara pun jua menjejaskan hak dan remedi Bank yang terkandung di dalam ini dan/atau sebarang Dokumen Cagaran lain atau kesahan cagaran, liabiliti dan obligasi yang diwujudkan di dalam ini atau di dalam sebarang Dokumen Cagaran lain. Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan sekiranya sebarang cek atau nota yang dibayar atau bil yang diterima oleh Peminjam tidak dilayan disebabkan tindakan yang disebut sebelum ini oleh Bank. 6.1.
KOMUNIKASI TENTANG PERUBAHAN DAN PINDAAN
Peminjam dengan ini bersetuju bahawa Bank berhak untuk mengambil mana-mana satu atau lebih daripada satu cara atau kaedah komunikasi berikut berkaitan dengan variasi, pindaan dan/atau perubahan pada Kemudahan, sebarang terma dan syarat berkenaan dengannya dan sebarang faedah yang dicaj dan sebarang caj, kos dan komisyen berkaitan dengannya termasuk tarikh apabila perubahan demikian mula berkuat kuasa:-
7.
(i)
dengan menampal notis di premis Bank menyatakan perubahan demikian dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam pada tarikh notis tersebut ditampal di premis Bank; dan/atau
(ii)
dengan menerbitkan dalam satu atau lebih daripada satu akhbar yang dipilih oleh Bank, notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam pada tarikh penerbitan pertama dalam mana-mana akhbar yang dipilih oleh Bank; dan/atau
(iii)
dengan memasukkan ke dalam penyata akaun Bank notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam tiga (3) hari selepas tarikh pengeposan penyata akaun Bank kepada Peminjam; dan/atau
(iv)
dengan menghantar melalui pos biasa atau pos berdaftar kepada Peminjam notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam tiga (3) hari selepas tarikh pengeposan notis tersebut kepada Peminjam melalui pos biasa atau pos berdaftar; dan/atau
(v)
dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau mel elektronik kepada Peminjam atau dengan meletakkan notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa di laman web Bank dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam pada tarikh apabila notis tentang perubahan tersebut dihantar melalui SMS atau mel elektronik kepada Peminjam atau tarikh apabila notis tentang perubahan tersebut diletakkan di laman web Bank, mengikut keadaan.
PEMBAYARAN BALIK (a)
Meskipun sebarang peruntukan yang terkandung di dalam ini dan di dalam Surat Tawaran, segala jumlah belum dijelaskan di bawah Kemudahan (sama ada prinsipal, faedah atau sebarang wang lain yang terhutang kepada Bank) hendaklah perlu dibayar pada bila-bila masa dengan serta-merta apabila dituntut.
(b)
Peminjam bertanggungjawab untuk membayar kepada Bank sebarang jumlah yang dibentangkan di dalam Surat Tawaran atau yang dimaklumkan oleh Bank sebagai jumlah yang terhutang dan perlu dibayar kepada Bank dalam tempoh yang ditetapkan di dalam Surat Tawaran atau sebagaimana yang dimaklumkan oleh Bank, mengikut keadaan.
(c)
Semua pembayaran yang akan dibuat kepada Bank hendaklah pembayaran penuh tanpa tolakan atau tuntutan balas, bebas dan bersih dan tanpa potongan sebarang cukai, levi, impos, duti, caj, fi, potongan, penahanan, sekatan atau syarat tidak kira jenisnya.
(d)
8.
Jika undang-undang menghendaki sebarang potongan daripada sebarang pembayaran, Peminjam hendaklah memastikan bahawa jumlah bersih yang diterima oleh Bank adalah bersamaan dengan jumlah penuh yang akan diterima oleh Bank, jika potongan tersebut tidak dibuat.
REPRESENTASI DAN JAMINAN Dengan menerima Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini, Peminjam membuat representasi dan menjamin kepada Bank bahawa: (a)
Peminjam mempunyai kapasiti untuk menyempurnakan, memenuhi dan melaksanakan terma-terma di dalam Surat Tawaran dan di dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini;
(b)
baik Peminjam, penjamin mahupun mana-mana Pihak Cagaran tidak mengingkari sebarang perjanjian (sama ada berkenaan dengan pembayaran, pelaksanaan atau sebaliknya) yang mana Peminjam, penjamin atau mana-mana Pihak Cagaran adalah pihak padanya atau yang mengikat Peminjam, penjamin atau mana-mana Pihak Cagaran;
(c)
tiada litigasi, timbang tara atau pertikaian sama ada sebenar, belum diputuskan atau diancam terhadap Peminjam atau mana-mana penjamin atau Pihak Cagaran;
(d)
semua penyata kewangan yang diterima atau akan diterima oleh Bank berkenaan dengan Peminjam memberikan gambaran yang benar dan tepat tentang kedudukan kewangan Peminjam;
(e)
tiada perubahan material yang buruk berlaku pada keadaan kewangan Peminjam atau keadaan kewangan penjamin atau Pihak Cagaran, dan jika berkenaan, persekitaran operasi atau pengurusan perniagaan Peminjam atau perniagaan penjamin atau manamana Pihak Cagaran yang akan menjejaskan secara material keupayaan Peminjam atau keupayaan penjamin atau Pihak Cagaran untuk melaksanakan obligasi Peminjam/mereka di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau Dokumen Cagaran;
(f)
Peminjam dan jika berkenaan, penjamin dan setiap Pihak Cagaran adalah pemilik undang-undang dan benefisial sebarang aset atau harta yang ditawarkan sebagai cagaran kepada Bank berhubung dengan Kemudahan, Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan Dokumen Cagaran;
(g)
penerimaan Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini merupakan obligasi yang sah dan boleh dikuat kuasa dan tidak atau tidak akan melanggar peruntukan mana-mana undang-undang, peraturan, kaedah, perintah, writ, injunksi atau dekri mana-mana mahkamah, badan pentadbiran atau badan kawal selia yang mempunyai kuasa terhadap Peminjam, dan tidak melanggar sebarang perjanjian lain yang mana Peminjam adalah pihak padanya atau akujanji yang mengikat Peminjam atau asetnya;
(h)
Peminjam telah mendedahkan kepada Bank dengan sepenuhnya dan secara bertulis semua fakta berkaitan dengan Peminjam, penjamin dan Pihak Cagaran yang diketahui atau secara munasabah sepatutnya diketahui oleh Peminjam dan yang wajar didedahkan kepada Bank dalam konteks Kemudahan;
(i)
semua pengisytiharan yang dibuat kepada Bank dan maklumat yang diberikan oleh Peminjam dan jika berkenaan, setiap penjamin dan Pihak Cagaran berhubung dengan Kemudahan tidak mengandungi sebarang kenyataan yang tidak benar atau tidak menyatakan sebarang fakta dan semua ungkapan tentang jangkaan, niat, kepercayaan dan pendapat semua unjuran yang terkandung di dalamnya dibuat dengan jujur dan berdasarkan alasan munasabah selepas pertanyaan yang wajar dan berhati-hati;
(j)
Peminjam, setiap penjamin dan setiap Pihak Cagaran adalah tertakluk kepada undangundang sivil dan perdagangan berhubung dengan setiap obligasi Peminjam/ mereka di bawah Kemudahan dan penyempurnaan, penyerahan dan pelaksanaan obligasi yang diwujudkan di bawah ini merupakan tindakan peribadi dan perdagangan dan bukan tindakan kerajaan atau awam dan Peminjam, penjamin, Pihak Cagaran mahupun mana-mana harta/Cagaran tidak menikmati sebarang kekebalan atas alasan kedaulatan atau sebaliknya berhubung dengan obligasi mereka berbangkit daripada Kemudahan;
(k)
tiada prosiding kebankrapan telah dimulakan terhadap Peminjam, dan penjamin dan/atau mana-mana Pihak Cagaran;
(l)
Jumlah peminjaman Peminjam daripada semua sumber dalam Malaysia, termasuk Kemudahan ini (tidak termasuk kemudahan untuk pembiayaan/pembiayaan semula bagi pembelian atau pembinaan harta tak alih dan pembelian tanah) tidak melebihi RM10 juta secara agregat atau sebarang had maksimum lain yang mungkin dikenakan oleh pihak berkuasa yang mengawal dari semasa ke semasa. (Hanya terpakai kepada warga asing)
(m)
Peminjam, setiap penjamin dan setiap Pihak Cagaran telah memperolehi semua kebenaran, lesen, pengecualian, kelulusan atau pemberikuasaan yang perlu yang mungkin dikehendaki di bawah sebarang undang-undang, peraturan atau arahan yang terpakai berkaitan dengan penyempurnaan, pelaksanaan, kesahan atau kebolehkuatkuasaan terma-terma yang dibayangkan oleh Surat Tawaran, Termaterma dan Syarat-syarat Utama ini, dan jika berkenaan, jaminan dan Dokumen Cagaran dan pelaksanaan setiap perniagaan Peminjam, penjamin atau mana-mana Pihak Cagaran; dan
(n)
semua tindakan, syarat dan perkara yang perlu diambil, dipenuhi dan dilakukan (termasuk memperolehi semua Kebenaran untuk Penyerahan Hak yang dikehendaki daripada pihak berkaitan, jika berkenaan) telah dipenuhi dan dilakukan untuk membolehkan Peminjam: (i)
memasuki, melaksanakan hak, menjalankan dan mematuhi obligasi di dalam Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dengan sah;
(ii)
memastikan bahawa obligasi dan penyerahan hak, sandaran, cagaran Pelaburan adalah sah, mengikat dan boleh dikuat kuasa; dan
(iii) menjadikan Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini boleh diterima sebagai keterangan dalam Mahkamah Undang-undang di Malaysia. (o)
Terdapat tiada pelanggaran mana-mana peruntukan yang terkandung dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau mana-mana undang-undang atau keperluan peraturan atau arahan atau garis panduan yang dikeluarkan atau yang dari semasa ke semasa boleh dikeluarkan atau dipinda oleh Bank Negara Malaysia berkaitan dengan
pemberian Kemudahan secara amnya atau kepada orang-orang yang berkaitan dengan pihak Bank ('Undang-Undang atau Garis Panduan'). Setiap representasi dan jaminan yang dinyatakan di atas akan kekal berkuat kuasa selepas Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini ditandatangani dan diserahkan dan Peminjam akan dianggap membuat reprentasi dan jaminan kepada Bank bahawa representasi dan jaminan di atas adalah benar dan tepat dalam semua segi dan diulang setiap hari. 9.
KOS, PERBELANJAAN DAN FI Meskipun Kemudahan mungkin dibatalkan atau dibantutkan atas apa-apa sebab pun jua: (a)
Semua kos dan perbelanjaan pun jua termasuk kos pembantutan, duti setem (termasuk duti dan cukai lain yang serupa dan apa-apa penalti terhadapnya), pencetakan, perbelanjaan tunai langsung dan semua kos lain berkaitan dengan Kemudahan yang ditanggung oleh Bank berhubung dengan rundingan, persediaan atau pennyiapan Kemudahan atau langkah mendapatkannya kembali atau penebusan akaun Kemudahan Peminjam atau berkaitan dengan apa-apa akaun atau aset Peminjam perlu dibayar oleh Peminjam apabila dituntut, atas dasar tanggung rugi penuh.
(b)
Jika berkenaan, Dokumen Cagaran berkenaan dengan Kemudahan akan disediakan oleh peguamcara dalam panel Bank dan Peminjam bersetuju untuk membayar kepada peguamcara tersebut semua fi undang-undang (atas dasar tanggung rugi penuh) dan kos sampingan berkaitan dengan langkah menyediakan, mematikan setem (termasuk 'upstamping'), mendaftarkan dan menguatkuasakan apa-apa Dokumen Cagaran yang diperlukan oleh Bank di bawah ini walaupun dokumen tersebut tidak disempurnakan oleh Peminjam atas apa-apa sebab pun jua. Jika sebarang wang yang perlu dibayar di bawah Kemudahan perlu didapatkan kembali melalui proses undang-undang atau sebarang proses lain, atau diserahkan kepada peguamcara untuk pungutan, Peminjam bertanggungjawab untuk membayar fi peguamcara Bank (atas dasar peguamcara-anakguam) dan sebarang pembayaran dan perbelanjaan yang ditanggung berkaitan dengan pungutan tersebut. Peminjam bertanggungjawab membayar semua duti setem, fi brokeraj, fi penilaian, caj jurulelong, bayaran pungutan hutang dan fi profesional lain yang mungkin ditanggung oleh Bank berhubung dengan langkah mendapatkan kembali wang tersebut dan/atau penguatkuasaan Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau Dokumen Cagaran dan/atau untuk melaksanakan sebarang hak dan remedinya di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat ini. Peminjam juga hendaklah menanggung rugi Bank terhadap sebarang liabiliti berkaitan dengan atau disebabkan sebarang kelewatan untuk membayar atau kegagalan untuk membayar sebarang duti atau cukai.
(c)
(d)
Meskipun Fasal 9(a) di atas, Bank berhak mendebit akaun Kemudahan Peminjam pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa untuk faedah, komisyen, caj, fi, duti setem, duti, penalti dan semua wang berbangkit daripada Kemudahan termasuk kos yang disebut dalam perenggan-perenggan sebelum ini. Jumlah yang didebit tersebut akan dikenakan faedah pada kadar semasa atau Kadar Faedah Semasa, dan boleh tertakluk kepada sebarang faedah tambahan pada Kadar Ingkar atau Kadar Had Lebihan, yang mana lebih tinggi dan boleh dimodalkan di bawah peruntukan di dalam ini pada penghujung setiap bulan kalendar.
(e)
10.
Tanpa prejudis terhadap mana-mana peruntukan di bawah ini, Peminjam adalah bertanggungjawab ke atas apa-apa cukai barangan dan perkhidmatan yang berhubungan dengan atau berikutan daripada perjanjian ini atau kemudahan atau apaapa perkhidmatan yang berhubungan dengannya. Peminjam hendaklah menanggung rugi Bank dan dengan tak boleh batal memberi kuasa kepada Bank untuk mendebit akaun Peminjam bagi sebarang jumlah yang diperlukan untuk membayar cukai barangan dan perkhidmatan.
BUDI BICARA BANK TERHADAP PENGGUNAAN/PEMINDAHAN WANG Jika sebarang jumlah yang diterima atau didapatkan kembali berkaitan dengan liabiliti Peminjam adalah kurang daripada jumlah yang terhutang kepada Bank, Bank boleh menggunakan jumlah tersebut untuk membayar faedah, fi, jumlah prinsipal atau sebarang jumlah lain yang kena dibayar menurut sebarang kadar dan turutan dan secara amnya mengikut sebarang cara yang difikirkan wajar oleh Bank atau boleh mengkredit atau memindahkan sebarang wang yang diterima atau didapatkan kembali kepada akaun gantungan tanpa faedah buat sebarang tempoh yang difikirkan wajar oleh Bank tanpa sebarang obligasi sementara itu untuk menggunakannya atau mana-mana bahagian daripadanya untuk atau bagi tujuan menjelaskan sebarang wang atau liabiliti yang kena dibayar atau yang ditanggung oleh Peminjam kepada Bank.
11.
PENDEDAHAN Tertakluk kepada peruntukan di bawah yang (i) melarang pendedahan maklumat kepada Syarikat-syarikat Kumpulan jika dibantah oleh Peminjam; dan (ii) menghendaki kebenaran nyata daripada Peminjam bagi pendedahan maklumat kepada pihak ketiga untuk tujuan yang dinyatakan, Peminjam dengan ini bersetuju dan memberi kuasa kepada Bank untuk mendedahkan sebarang maklumat berhubung dengan Peminjam dan/atau urusan atau akaun Peminjam dan/atau perhubungan akaun atau perhubungan urusan Peminjam dengan Bank termasuk tetapi tidak terhad kepada butir-butir Kemudahan, sebarang cagaran yang diberikan, transaksi yang dilaksanakan dan/atau baki dan/atau kedudukan dengan Bank: (a)
kepada agen, penyedia perkhidmatan, juruaudit, peguam, penasihat profesional Bank yang lain dan kepada mana-mana orang di dalam atau di luar Malaysia yang menyediakan cagaran atau jaminan dan/atau adalah pihak pada mana-mana perjanjian yang mungkin merupakan atau membentuk asas untuk cagaran atau jaminan tersebut;
(b)
kepada Biro Kredit Pusat, Biro Maklumat Cek atau pihak berkuasa relevan lain kepada mana Bank dikehendaki membuat pendedahan sedemikian dan/atau kepada manamana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa terhadap Bank;
(c)
kepada mana-mana institusi kewangan yang berurusan atau bakal berurusan dengan Peminjam;
(d)
kepada mana-mana syarikat insurans yang dianggap wajar oleh Bank berhubung dengan sebarang polisi insurans yang ingin diambil oleh Bank selaras dengan termaterma Perjanjian ini;
(e)
kepada syarikat yang kini atau di masa hadapan mungkin menjadi syarikat di dalam kumpulan Bank serta syarikat di dalam kumpulan CIMB Group Holdings Berhad, syarikat induk muktamad Bank ("Syarikat-syarikat Kumpulan") sama ada Syarikatsyarikat Kumpulan tersebut bermastautin, menjalankan perniagaan, diperbadankan atau ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia;
untuk memudahkan perniagaan, operasi, kemudahan dan perkhidmatan oleh atau yang diberikan atau disediakan oleh Bank dan/atau Syarikat-syarikat Kumpulan kepada pelanggan mereka atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau selaras dengan sebarang sepina atau perintah mahkamah. Pendedahan kepada Syarikat-syarikat Kumpulan hendaklah bagi tujuan memudahkan operasi, perniagaan, penjualan silang dan tujuan lain di pihak Bank dan/ atau Syarikat-syarikat Kumpulan dengan syarat sentiasa bahawa pendedahan bagi tujuan penjualan silang tidak akan dilaksanakan jika pendedahan tersebut dibantah oleh Peminjam dengan menghubungi Bank di nombor telefon atau alamat berikut (yang boleh diubah oleh Bank dari semasa ke semasa melalui notis kepada Peminjam): Tingkat 19, Menara Bumiputra Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, No. Tel.: 1300-880-900. Selanjutnya, jika Bank bercadang untuk berkongsi maklumat Peminjam (tidak termasuk maklumat berkaitan dengan urusan atau akaun Peminjam) dengan pihak ketiga untuk tujuan perikatan strategik, pemasaran dan promosi, Bank hendaklah memastikan bahawa kebenaran daripada Peminjam telah diperolehi. Peminjam dengan ini secara nyata membenarkan pendedahan tersebut dan dengan ini mengesahkan bahawa Bank, pegawai dan agennya tidak akan menanggung sebarang liabiliti pun jua kerana memberikan maklumat tersebut sama ada disebabkan sebarang salah nyata, kesilapan, kecuaian, ketinggalan, kelewatan atau apa-apa perkara berhubung dengannya pun jua dan sama ada sebelum pada atau selepas tarikh Surat Tawaran. 12.
PENYATA OLEH BANK Penyata atau notis oleh pengurus atau mana-mana pegawai atau agen Bank yang diberi kuasa pada masa itu atau notis daripada Bank yang dihasilkan oleh komputer yang tidak memerlukan tandatangan, yang diberikan setiap bulan, berkaitan dengan jumlah baki dan liabiliti yang ditanggung oleh atau kena dibayar kepada Bank atau tentang kadar faedah atau jumlah faedah yang perlu dibayar adalah bukti konklusif untuk segala tujuan (termasuk tetapi tidak terhad kepada prosiding undang-undang). Di samping itu, jika Peminjam gagal melaporkan kepada Bank tentang apa-apa kesilapan di dalamnya dalam sebarang tempoh yang ditetapkan oleh Bank, penyata atau notis tersebut akan menjadi bukti konklusif tentang liabiliti Peminjam kepada Bank dalam jumlah yang dinyatakan di dalamnya.
13.
PERISTIWA KEINGKARAN Tanpa prejudis kepada obligasi keseluruhan Peminjam untuk membayar balik semua Jumlah Belum Dijelaskan apabila dituntut oleh Bank, Kemudahan atau mana-mana bahagian daripadanya yang pada masa itu belum dijelaskan dan tidak dibayar bersama-sama dengan faedah ke atasnya dan semua wang lain yang dijamin oleh apa-apa cagaran hendaklah, melalui notis bertulis oleh Bank kepada Peminjam, menjadi dengan serta-merta kena dan perlu dibayar dan cagaran memihak kepada Bank akan menjadi dengan serta-merta boleh dikuat kuasa dan boleh dilaksanakan oleh Bank, dan Kemudahan akan dibatalkan dan pengeluaran lanjut atau ketersediaan Kemudahan tidak akan dibenarkan, apabila berlaku mana-mana satu atau lebih daripada satu peristiwa berikut (tidak kira sama ada peristiwa tersebut berlanjutan): (a)
Jika Peminjam, mana-mana Pihak Cagaran atau penjamin gagal membayar kepada Bank (i) sebarang wang yang terhutang atau perlu dibayar di bawah atau berhubung dengan Kemudahan, apabila dituntut atau (ii) sebarang wang yang terlebih
keluar/wang berlebihan, dalam masa yang ditetapkan, atau (iii) sebarang wang yang perlu dibayar yang disebut di dalam Surat Tawaran atau di bawah sebarang perjanjian atau pengaturan dengan Bank, pada tarikh kena dibayar. (b)
Jika Peminjam, mana-mana Phak Cagaran atau penjamin melanggar atau mengancam untuk memungkiri sebarang waad, akujanji, terma, syarat atau peruntukan dalam Surat Tawaran atau Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama ini atau dalam dokumen yang diserahkan selaras dengan Kemudahan atau Dokumen Cagaran dan gagal meremedi kemungkiran tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari selepas notis daripada Bank atau sebarang tempoh lain yang ditetapkan oleh Bank.
(c)
Jika Peminjam, mana-mana Pihak Cagaran, penjamin atau mana-mana syarikat di mana Peminjam dianggap oleh Bank sebagai mempunyai kepentingan mengawal (sama ada melalui pemegangan saham, atau sama ada syarikat tersebut lazimnya atau mempunyai obligasi untuk bertindak mengikut arahan, kepentingan atau hajat Peminjam) gagal membayar pada tarikh kena dibayar sebarang wang yang perlu dibayar oleh Peminjam, Pihak Cagaran, penjamin atau syarikat tersebut, di bawah sebarang perjanjian atau pengaturan dengan Bank atau sebarang pemberi pinjaman/pemiutang lain.
(d)
Jika suatu distres atau pelaksanaan dikenakan ke atas atau dikeluarkan terhadap sebarang harta atau aset Peminjam atau Pihak Cagaran dan/atau penjamin dan tidak dibayar atau dilepaskan dalam tempoh lima (5) hari daripada tarikh permulaan distres atau pelaksanaan tersebut.
(e)
Jika prosiding undang-undang guaman atau tindakan tidak kira jenisnya (sivil atau jenayah) diambil terhadap Peminjam, mana-mana Pihak Cagaran atau penjamin.
(f)
Jika Peminjam, mana-mana Pihak Cagaran atau penjamin dihukum bankrap atau digulungkan atau melakukan tindakan kebankrapan (atau peristiwa serupa) atau petisyen kebankrapan dikemukakan terhadap Peminjam, mana-mana Pihak Cagaran atau penjamin atau jika Peminjam, mana-mana Pihak Cagaran atau penjamin menjadi tidak waras atau meninggal dunia.
(g)
Jika Peminjam, mana-mana Pihak Cagaran atau penjamin memasuki persetujuan, moratorium atau pengaturan atau membuat penyerahan hak secara umum untuk manfaat Peminjam/pemiutangnya.
(h)
Jika berlaku sebarang persitiwa atau berbangkit hal keadaan termasuk perubahan pada keadaan kewangan Peminjam atau keadaan kewangan mana-mana Pihak Cagaran atau penjamin yang menurut pendapat Bank akan memudaratkan keupayaan Peminjam atau Pihak Cagaran atau penjamin untuk melaksanakan mana-mana obligasi mereka yang terkandung di dalam ini atau di bawah sebarang Dokumen Cagaran.
(i)
Jika notis atau cadangan untuk pengambilan paksa mana-mana aset Peminjam atau, jika berkenaan, aset mana-mana Pihak Cagaran atau mana-mana bahagian daripadanya dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut Akta Parlimen atau undang-undang.
(j)
Jika Bank berpendapat bahawa sebarang cagaran memihak kepada Bank selaras dengan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan sebarang Dokumen Cagaran terancam.
(k)
Jika Peminjam disenaraikan sebagai pesalah cek 'tendang' oleh DCHEQS yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia.
(l)
Jika Peminjam, mana-mana Pihak Cagaran atau penjamin gagal untuk mengendalikan akaun Peminjam/mereka dengan Bank dalam cara yang memuaskan.
(m)
Dalam situasi di mana Peminjam atau Pihak Cagaran adalah tuan punya tunggal atau perkongsian, berlaku sebarang peristiwa yang membawa kesan buruk yang material terhadap pemilikan tunggal/perniagaan tersebut.
(n)
Jika Peminjam, mana-mana penjamin atau Pihak Cagaran (sebagai tuan punya tunggal, perkongsian atau perbadanan) berhenti atau mengancam untuk berhenti menjalankan keseluruhan atau sebahagian besar daripada perniagaan Peminjam/perniagaannya.
(o)
Jika mana-mana bahagian perniagaan Peminjam atau perniagaan mana-mana penjamin atau Pihak Cagaran (sebagai peniaga tunggal/perkongsian atau perbadanan) terancam.
(p)
Jika sebarang pengisytiharaan, representasi atau jaminan yang dibuat atau dibayangkan secara tersirat kepada Bank adalah tidak benar atau mengelirukan pada tarikh representasi atau jaminan tersebut dibuat.
(q)
Jika pelaksanaan obligasi Bank atau Peminjam di bawah ini menjadi mustahil atau menyalahi undang-undang.
(r)
Jika berlaku sebarang peristiwa lain yang, menurut pendapat tunggal Bank, boleh atau mungkin menjejaskan atau memudaratkan keupayaan atau kesanggupan Peminjam (atau keupayaan atau kesanggupan penjamin atau mana-mana Pihak Cagaran) untuk mematuhi semua atau mana-mana obligasi Peminjam di bawah Surat Tawaran atau Terma-Terma atau Syarat-Syarat Utama ini atau obligasi penjamin atau Pihak Cagaran di bawah Dokumen Cagaran.
(s)
Jika Peminjam atau dan/atau mana-mana Peminjam bersama (iaitu apabila Peminjam terdiri daripada lebih daripada seorang) dan/atau mana-mana penjamin atau Pihak Cagaran telah meninggal dunia atau menjadi tidak waras.
(t)
Jika sebarang jumlah menjadi kena dibayar atau boleh, selaras dengan terma-terma relevan di sini, menjadi diisytiharkan kena dan perlu dibayar oleh Peminjam dan atau mana-mana Pihak Cagaran dan/atau penjamin (secara kolektif "Penanggung Obligasi") kepada Bank dan atau mana-mana pihak ketiga lain dari semasa ke semasa atau pada bila-bila masa atau jika mana-mana Penanggung Obligasi ingkar membayar sebarang keterhutangannya atau Penanggung Obligasi atau mana-mana daripada mereka mungkin menjadi atau telah menjadi bertanggungjawab kepada Bank di mana jua terhadap sebarang kemudahan perbankan, pinjaman, sebarang kemudahan kredit lain atau sebarang akaun lain, semasa atau sebaliknya ("akaun") atau dalam sebarang cara lain pun jua termasuk tetapi tidak terhad kepada liabiliti mana-mana Penanggung Obligasi yang ditanggung kepada Bank sebagai penjamin atau jika keingkaran dilakukan oleh Penanggung Obligasi atau mana-mana daripada mereka terhadap sebarang peruntukan yang mengawal akaun.
(u)
Sekiranya terdapat pelanggaran atau menyalahi mana-mana undang-undang atau garis panduan oleh Peminjam.
Bagi tujuan klausa ini, dalam keadaan di mana Peminjam adalah dalam perkongsian, rujukan terhadap "Peminjam" hendaklah termasuk rujukan kepada mana-mana rakan kongsi Peminjam, tidak kira sama ada orang tersebut telah menyediakan sebarang cagaran kepada Bank.
14.
TOLAKAN/CAGARAN BAGI KETERHUTANGAN MASA KINI DAN MASA HADAPAN Keterhutangan anda kepada Bank di dalam ini yang termasuk keterhutangan masa kini dan masa hadapan yang mungkin ditanggung oleh anda pada bila-bila masa atau dari semasa ke semasa sama ada sebagai peminjam dan atau penjamin dan atau penyedia cagaran hendaklah dijamin oleh cagaran yang diwujudkan di dalam ini atau dari semasa ke semasa oleh anda memihak kepada Bank. Tanpa menjejaskan perkara yang disebut sebelum ini, dengan ini selanjutnya diperuntukkan bahawa Bank berhak menahan, menggabungkan atau menyatukan semua atau mana-mana akaun sedia ada Penanggung Obligasi (sama ada akaun semasa, deposit, pinjaman atau sebarang sifat lain pun jua dan sama ada dalam Ringgit Malaysia atau sebarang mata wang lain) di mana jua letaknya (Akaun-akaun tersebut) dan menolak atau memindahkan sebarang baki yang ada atau sebarang jumlah kredit dalam mana-mana satu atau lebih daripada satu akaun tersebut untuk atau bagi tujuan menjelaskan sebarang keterhutangan Penanggung Obligasi setelah Bank memberikan notis terdahulu selama tujuh (7) hari kalendar kepada Penanggung Obligasi. Sementara menunggu Bank melaksanakan tolakan tersebut, Bank berhak menahan dan atau menggantung pembayaran apa-apa wang daripada baki kredit dalam Akaun.
15.
PEMATUHAN UNDANG-UNDANG/ PERKHIDMATAN KEWANGAN 2013
KEPERLUAN
KAWAL
SELIA/
AKTA
(a)
Tawaran dan ketersediaan Kemudahan di dalam Surat Tawaran ini adalah tertakluk kepada tiada perlanggaran dilakukan terhadap sebarang undang-undang berkaitan dengannya.
(b)
Tanpa menjejaskan sifat am perkara yang disebut sebelum ini, tawaran dan ketersediaan Kemudahan di dalam Surat Tawaran ini adalah tertakluk kepada representasi dan akujanji oleh Peminjam bahawa pembiayaan oleh Bank di dalam ini dan persetujuannya untuk memberi atau membuat atau menyediakan Kemudahan secara berterusan kepada Peminjam tidak akan melanggar atau memungkiri sebarang undang-undang sedia ada atau keperluan kawal selia atau terma-terma dan syaratsyarat atau peruntukan ditetapkan oleh atau dinyatakan dalam arahan atau garis panduan yang dikeluarkan atau dari semasa ke semasa akan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia ("BNM"), Persatuan Bank-Bank di Malaysia dan/atau mana-mana orang atau badan yang mempunyai bidang kuasa atau bidang kuasa ke atas Bank ("Undang-Undang dan Peraturan Yang Terpakai"). Undang-Undang dan Peraturan Yang Terpakai yang mengawal Kemudahan ini termasuk tetapi tidak terhad kepada (i) semua peruntukan yang berkuat kuasa di dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan semua garis panduan dan arahan oleh BNM yang dikeluarkan terhadapnya dan semua garis panduan BNM tentang atau yang terpakai bagi pemberian kemudahan kepada orang-orang yang mempunyai kaitan dengan Bank,
dan (ii) sebarang had atau sekatan peminjaman yang boleh dikenakan ke atas Bank dari semasa ke semasa oleh BNM atau mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang lain.
16.
(c)
Peminjam hendaklah dengan serta-merta memaklumkan Bank secara bertulis jika mana-mana Undang-undang dan Peraturan Yang Terpakai atau mana-mana terma dan syarat di dalam Surat Tawaran ini tidak dipenuhi atau didapati tidak dipenuhi.
(d)
Dengan memberikan deklarasi tentang apa-apa perkara yang disebut sebelum ini atau mana-mana terma dan syarat di dalam Surat Tawaran ini seperti yang dikehendaki oleh dan mengikut terma-terma yang ditetapkan oleh Bank, Peminjam akan dianggap sebagai membuat representasi dan menjamin kepada Bank bahawa kandungan di dalamnya adalah benar dan tepat dalam semua segi selagi Kemudahan masih tersedia atau sebarang jumlah masih perlu dibayar.
GARIS PANDUAN SISTEM MAKLUMAT CEK TENDANG (DCHEQS) Operasi akaun semasa anda antara lainnya turut tertakluk kepada peruntukan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah Garis Panduan BNM mengenai DCHEQS, di mana Bank merizab hak untuk menutup akaun Peminjam apabila berlaku tiga (3) kejadian cek tendang dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh kejadian pertama dan selepas itu satu laporan akan dihantar kepada Biro Kredit BNM mengenai penutupan akaun tersebut.
17.
PEMINDAHAN/ JUALAN/ PENYERAHAN HAK Bank berhak pada bila-bila masa untuk memindahkan, menjual, atau menyerahhakkan semua atau mana-mana bahagian hak, hakmilik, kepentingan, manfaat dan obligasinya di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau mana-mana Dokumen Cagaran kepada mana-mana pihak lain dengan memberikan notis kepada Peminjam. Peminjam tidak boleh memindahkan atau menyerahhakkan sebarang hak, manfaat dan obligasi Peminjam di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan /atau sebarang Dokumen Cagaran tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Bank dan setiap penyerahan hak yang dikatakan tanpa kebenaran sedemikian adalah batal dan tidak sah.
18.
UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini akan ditafsirkan mengikut dan tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan Peminjam dengan ini berserah kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia. Penyampaian sebarang writ atau saman atau sebarang proses undang-undang terhadap sebarang tindakan atau prosiding boleh dilaksanakan oleh Peminjam dengan menghantar sesalinan writ atau saman atau pernyataan tuntutan atau proses undangundang lain melaui pos pra-bayar (atau sebarang kaedah lain yang dibenarkan oleh undangundang) ke alamat Peminjam yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran atau alamat terakhir Peminjam yang diketahui. Sekiranya diserahkan melalui pos, writ atau saman atau pernyataan tuntutan atau sebarang proses undang-undang lain tersebut akan dianggap sebagai disampaikan kepada Peminjam dua (2) hari selepas tarikh pengeposan meskipun notis atau tuntutan tersebut mungkin dikembalikan melalui pejabat pos tanpa diserahkan atas apa-apa sebab pun jua.
19.
INSURAN Peminjam hendaklah mengekalkan dan/atau menyebabkan Pihak Cagaran relevan mengekalkan sebarang polisi insuran dan/atau polisi insuran hayat yang diperlukan oleh Bank melalui syarikat insuran yang diluluskan oleh Bank, untuk sebarang jumlah dan berdasarkan
sebarang terma yang dikehendaki oleh Bank untuk melindungi hak dan kepentingan Bank selama mana Kemudahan disediakan kepada Peminjam. Polisi insurans hendaklah menyediakan perlindungan terhadap sebarang risiko yang dikehendaki dan difikirkan wajar oleh Bank, menurut budi bicara mutlaknya. Polisi insuran dan/atau polisi insuran hayat tersebut hendaklah sama ada diserah hak kepada Bank atau menunjukkan kepentingan Bank sebagai penerima kerugian diendorskan padanya dan Bank merizab hak untuk membuat pembayaran premium tahunan yang akan didebit daripada akaun Peminjam untuk memastikan perlindungan secara berterusan. Salinan asal polisi insurans dan/atau polisi insurans hayat tersebut bersama-sama dengan sebarang resit premium pembaharuan hendaklah diserah simpan dengan Bank. Jika perlu, Peminjam dengan tak boleh batal dan secara eksklusif memberi kuasa kepada Bank untuk mengatur polisi insurans dan/atau polisi insurans hayat tersebut bagi pihak Peminjam dengan kos ditanggung oleh Peminjam bagi sepanjang tempoh Kemudahan. 20.
CARIAN KEBANKRAPAN Bank boleh tetapi tidak mempunyai obligasi untuk membuat carian kebankrapan atau penggulungan (mengikut keadaan) ke atas Peminjam/mana-mana Pihak Cagaran dan/atau mana-mana penjamin sebelum pelepasan Kemudahan dan pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa selepas itu. Semua kos yang ditanggung berhubung dengan carian kebankrapan atau penggulungan (mengikut keadaan) hendaklah ditanggung oleh Peminjam.
21.
TERMA-TERMA YANG DIKENAKAN OLEH BANK NEGARA MALAYSIA Kemudahan hendaklah dikawal pada setiap masa oleh peraturan dan/atau arahan (sama ada mempunyai kuasa undang-undang atau tidak) yang dikehendaki atau dikenakan ke atas Bank dari semasa ke semasa dan pada bila-bila masa oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa terhadap Bank.
22.
NOTIS (a)
Sebarang tuntutan, permintaan, notis atau komunikasi lain (secara kolektif dirujuk sebagai "Notis") oleh atau bagi pihak Bank atau Peminjam hendaklah dibuat secara bertulis.
(b)
Notis boleh diberikan atau dibuat melalui pos, telegram, faks, penyerahan kediri atau kaedah lain yang dibenarkan oleh Bank. Notis hendaklah dikeluarkan oleh atau bagi Bank (termasuk notis/penyata yang dihasilkan oleh komputer yang tidak perlu ditandatangani) kepada Peminjam di alamat, nombor faks atau alamat e-mel Peminjam yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran atau alamat, nombor faks atau alamat e-mel yang terakhir diketahui yang dimaklumkan oleh Peminjam secara bertulis. Peminjam hendaklah memaklumkan Bank dengan segera tentang sebarang perubahan pada alamat dan/atau butir-butir hubungan Peminjam. Notis akan dianggap telah dihantar kepada Peminjam;(i)
sekiranya melalui pos, dua hari selepas tarikh pengeposan meskipun Notis tersebut dikembalikan kerana tidak diserahkan atau tidak dituntut;
(ii)
sekiranya melalui telegram, pada hari perniagaan selepas tarikh penghantaran;
(iii) sekiranya melalui faks, pada hari penghantaran;
23.
(iv)
sekiranya melalui e-mel, pada hari penghantaran dengan syarat Bank tidak menerima mesej kegagalan penghantaran atau penghantaran tidak diterima daripada penyedia host penerima pada hari penghantaran.
(v)
sekiranya melalui penyerahan kediri, pada masa penyerahan.
(c)
Notis oleh Peminjam kepada Bank hendaklah ditandatangani sewajarnya oleh Peminjam atau jika dibenarkan oleh Bank, oleh penandatangan yang diberi kuasa oleh Peminjam dan diserahkan kepada Bank di alamat atau nombor faks yang dimaklumkan secara bertulis oleh Bank dari semasa ke semasa. Notis akan dianggap diterima oleh Bank apabila sebenarnya diterima kecuali sekiranya Bank menganggapnya perlu untuk menentusahkan identiti Peminjam atau sumber Notis tersebut, Peminjam mungkin dikehendaki menyerahkan, seperti yang dikehendaki oleh Bank, sebarang bukti dokumen (termasuk Notis sebenar atau Notis asal) kepada Bank dengan kos ditanggung oleh Peminjan. Jika penentusahan dikehendaki oleh Bank, Notis akan dianggap diterima oleh Bank hanya apabila Bank menerima bukti berdokumen tambahan yang diminta oleh Bank.
(d)
Peminjam bersetuju bahawa Bank boleh, menurut budi bicara tunggalnya, merakamkan dan memantau semua komunikasi lisan dan bertulis dengan Peminjam mengikut sebarang cara dan pada sebarang masa yang dianggap wajar oleh Bank.
PERTUKARAN ATAU PENGGANTIAN KEMUDAHAN Untuk memperluaskan dan di samping hak Bank di bawah Fasal 6 dan meskipun sebarang peruntukan lain yang terkandung di dalam Perjanjian ini atau dokumen lain, Bank berhak pada bila-bila masa menurut budi bicara mutlaknya dan tanpa menjejaskan cagaran yang diwujudkan selaras dengan Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau mana-mana Dokumen Cagaran, untuk memberikan kemudahan lanjut, mengubah, menukar atau menggantikan mana-mana Kemudahan dengan kemudahan perbankan lain yang akan diberikan kepada Peminjam (termasuk hak untuk mengganti atau menukar Kemudahan menjadi Pinjaman Bertempoh) dan selepas itu Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang Dokumen Cagaran akan menjamin kemudahan lanjut atau kemudahan yang ditukar atau digantikan tersebut. Bank mempunyai hak untuk memberikan nombor akaun baru atau untuk memindahkan dan/atau menyatukan akaun-akaun sedia ada Peminjam dengan Bank kepada akaun baru apabila perubahan, penukaran atau penggantian tersebut dilakukan, tanpa menjejaskan hak Bank di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang Dokumen Cagaran.
24.
MODIFIKASI DAN KELONGGARAN Bank boleh pada bila-bila masa dan tanpa dalam apa cara jua menjejaskan cagarannya dan hak, kuasa dan remedi yang diberikan kepada Bank dibawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau Dokumen Cagaran, untuk;(a)
memberikan kepada Peminjam, penjamin atau mana-mana Pihak Cagaran sebarang tempoh masa atau kelonggaran atau penepian atau kebenaran atau pelepasan;
(b)
berurusan dengan, menukar, melepaskan atau memodifikasi atau menahan diri daripada menyempurnakan atau menguatkuasakan sebarang cagaran atau jaminan atau hak lain yang dipunyai oleh Bank pada masa ini atau pada bila-bila masa selepas ini atau dari semasa ke semasa daripada atau terhadap Peminjam, penjamin atau mana-mana Pihak Cagaran;
25.
(c)
melepaskan atau mencapai persetujuan atau memasuki sebarang suratikatan atau persetujuan dengan Peminjam, penjamin atau mana-mana Pihak Cagaran;
(d)
memperbaharui sebarang bil atau sekuriti boleh niaga; atau
(e)
memberikan atau terus memberikan atau memperbaharui sebarang kemudahan sedia ada atau tambahan atau baru atau kemudahan perbankan atau kredit lain atau Kemudahan kepada anda dan/atau mengubah atau menyusun semula sebarang kemudahan sedia ada yang telah diberikan kepada anda dengan cara (tetapi tidak terhad kepada) penggantian, penambahan, kenaikan atau pengurangan pun jua atau sebaliknya menurut terma-terma masing-masing.
OBLIGASI PEMBAYARAN BEBAS Peminjam dengan ini secara nyata bersetuju dan mengisytiharkan bahawa setiap obligasi Peminjam untuk membuat pembayaran atau pembayaran balik di bawah mana-mana peruntukan Surat Tawaran dan Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama ini, atau jika berkenaan, sebarang Dokumen Cagaran terdiri daripada obligasi yang berasingan dan bebas, akan membangkitkan kausa tindakan yang berasingan dan bebas, akan terpakai tidak kira sama ada sebarang penepian atau kelonggaran diberikan oleh Bank terhadap sebarang obligasi lain, akan kekal berkuat kuasa dan berkesan meskipun sebarang penghakiman, perintah, tuntutan atau bukti bagi jumlah tertentu terhadap kewajipan lain dan boleh disandarkan dan dikuat kuasa oleh Bank secara berasingan atau serentak, dengan atau tanpa perlu memulakan sebarang tindakan lain di bawah obligasi tersebut atau di bawah sebarang Dokumen Cagaran atau tanpa perlu terlebih dahulu menghabiskan sebarang remedi atau terlebih dahulu menolak, menjual atau melupuskan sebarang aset atau Cagaran, harta atau perusahaan yang mungkin disediakan sebagai cagaran kepada Bank dari semasa ke semasa.
26.
PEMINJAM BERSAMA Jika Kemudahan ditawarkan kepada dua atau lebih daripada dua peminjam, Peminjam dengan ini bersetuju bahawa:
27.
(a)
semua perjanjian, waad, terma, penepatan dan akujanji yang dinyatakan sebagai dibuat oleh dan bagi pihak Peminjam hendaklah dianggap dibuat oleh atau mengikat ke atas semua peminjam secara bersama dan berasingan;
(b)
semua wang yang perlu dibayar atau yang dipersetujui sebagai perlu dibayar (termasuk liabiliti kontingen) oleh setiap peminjam bersama-sama dengan faedah dan sebarang jumlah lain yang belum dijelaskan terhadapnya akan menjadi kena dibayar dan dengan serta-merta perlu dibayar atas dasar liabiliti bersama dan berasingan sama ada apabila dituntut atau apabila berlakunya Peristiwa Keingkaran yang melibatkan mana-mana Peminjam.
KENAIKAN KOS Peminjam hendaklah membayar dengan segera kepada Bank apabila dituntut, sebarang jumlah yang boleh ditetapkan oleh Bank mengikut budi bicara mutlaknya dan menanggung rugi Bank terhadap sebarang kos atau kenaikan kos jika Bank menetapkan bahawa pengenalan atau perubahan sebarang undang-undang, perintah, peraturan atau arahan rasmi (sama ada mempunyai kuasa undang-undang atau tidak) daripada mana-mana pihak berkuasa
relevan yang, bersama-sama dengan obligasi Bank di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau apa-apa Dokumen Cagaran yang dimasuki:-
28.
(a)
menyebabkan Bank menanggung sebarang kos; atau
(b)
menambah kos kepada Bank untuk membiayai atau meneruskan obligasinya di bawah Surat Tawaran atau Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama ini atau sebarang Dokumen Cagaran.
MAKLUMAN Peminjam hendaklah memberikan notis bertulis kepada Bank jika berlaku sebarang Peristiwa Keingkaran di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang Dokumen Cagaran dalam tempoh tiga (3) hari perniagaan apabila kejadiannya diketahui oleh Peminjam.
29.
30.
KESAN MENGIKAT (a)
Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang Dokumen Cagaran hendaklah mengikat waris, wakil diri, pengganti hakmilik dan penerima serah hak Peminjam yang dibenarkan dan pengganti hakmilik dan penerima serah hak Bank.
(b)
Peminjam tidak berhak menyerah hak atau memindahkan hak atau obligasinya di bawah ini tanpa kebenaran bertulis terdahulu daripada Bank.
(c)
Bank berhak pada bila-bila masa untuk menyerah hak atau memindahkan keseluruhan atau mana-mana bahagian hak dan obligasinya di bawah ini. Jika Bank melaksanakan penyerahan hak sedemikian, Bank hendaklah memaklumkan Peminjam secara bertulis.
(d)
Semua kos dan perbelanjaan yang mungkin ditanggung oleh Bank dan pemegang serah hak dan penerima pindahan yang sampingan pada penyerahan hak atau pemindahan tersebut hendaklah perlu dibayar oleh Peminjam.
TANGGUNG RUGI Tanpa memudaratkan terma-terma dan peruntukan yang disebut di atas dan di samping dan tanpa menjejaskan kuasa, hak dan remedi lain yang dipunyai oleh Bank, Peminjam hendaklah menanggung rugi Bank dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan terhadap dan atas sebarang kerugian, kerosakan dan perbelanjaan pun jua, sama ada di sisi undang-undang atau sebaliknya, (termasuk tetapi tidak terhad kepada semua kos undang-undang yang ditanggung oleh Bank atas dasar peguamcara-anakguam) yang mungkin ditanggung atau dialami oleh Bank akibat sebarang keingkaran untuk membuat pembayaran di bawah Kemudahan tersebut dan faedah ke atasnya atau mana-mana bahagian daripadanya atau sebarang jumlah lain yang perlu dibayar di bawahnya atau di bawah jaminan dan/atau Dokumen Cagaran, atau disebabkan ketidakpatuhan terhadap semua atau mana-mana terma penetapan perjanjian dan peruntukan oleh Peminjam atau oleh Pihak Cagaran dan/atau penjamin yang terkandung di dalam ini atau di bawah Dokumen Cagaran, dan kerugian, kerosakan dan perbelanjaan tersebut hendaklah termasuk tetapi tidak terhad kepada jumlah yang diperakui oleh Bank (perakuan tersebut yang disertai dengan asas dan pengiraan jumlah tersebut adalah konklusif dan mengikat Peminjam kecuali jika berlaku kesilapan nyata).
31.
MASA Masa di mana jua disebut adalah menjadi asas tetapi sebarang kegagalan untuk melaksanakan atau kelewatan untuk melaksanakan sebarang hak, kuasa atau remedi yang terakru kepada Bank tidak akan menjejaskan, memudaratkan, memprejudis atau beroperasi sebagai penepiannya atau keakuran terhadap keingkaran tersebut, dan sebarang pelaksanaan tunggal atau separa sebarang hak, kuasa atau remedi atau sebarang tindakan Bank berhubung dengan sebarang keingkaran tidak akan menghalang atau menjejaskan atau memudaratkan atau memprejudis sebarang pelaksanaan lain atau lanjut terhadapnya atau pelaksanaan sebarang hak, kuasa atau remedi berhubung dengan sebarang keingkaran selepas itu. Sebarang kesabaran atau kelonggaran yang diberikan oleh Bank tidak harus ditafsirkan sebagai penepian hak Bank di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan Dokumen Cagaran.
32.
AKUJANJI Peminjam dan/atau Pihak Cagaran dengan tak boleh batal dan tanpa bersyarat memberi kuasa kepada Bank untuk mengeluarkan akujanji pada sebarang masa dan mengikut sebarang cara dan untuk sebarang jumlah dan berdasarkan sebarang kontingensi dan syarat yang difikirkan wajar oleh Bank mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya memihak kepada mana-mana orang dan juga untuk membuat pembayaran di bawah Kemudahan secara terus kepada orang tersebut selaras dengan akujanji tersebut. Bank pada semua masa berhak membuat sebarang pembayaran dan/atau melaksanakan sebarang obligasi yang dikenakan di bawah akujanji tersebut tanpa perlu menjalankan penyiasatan atau membuat pertanyaan. Peminjam dan/atau Pihak Cagaran tidak berhak sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti untuk melarang atau menuntut agar Bank menahan sebarang pembayaran atau menahan daripada melaksanakan sebarang obligasi yang dikehendaki selaras dengan akujanji tersebut, tidak kiralah sama ada Peminjam dan/atau Pihak Cagaran mungkin mempunyai apa-apa tuntutan, tuntutan balas atau hak tolakan terhadap penerima akujanji tersebut. Meskipun peruntukan di dalam ini, Bank mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak untuk mengubah, meminda, membatalkan, menarik balik, menggantikan, menggantung dan/atau untuk meminta pelepasan akujanji tersebut tanpa menjejaskan atau memudaratkan obligasi Peminjam dan/atau Pihak Cagaran kepada Bank.
33.
PERWAKILAN Bank boleh, menurut budi bicara mutlaknya, pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa melalui surat kuasa wakil atau melalui sebarang kaedah lain yang tersedia, mewakilkan kepada mana-mana orang atau badan orang yang berubah-ubah, semua atau sebarang kuasa dan budi bicara yang diletak hak kepada Bank di bawah Surat Tawaran dan Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama ini berkenaan dengan Cagaran dan/atau Kolateral atau mana-mana bahagian daripadanya dan sebarang perwakilan tersebut (termasuk sub-perwakilan) boleh berdasarkan sebarang terma dan syarat yang dianggap wajar oleh Bank dan Bank tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan atas sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh Peminjam berbangkit daripada sebarang tindakan, keingkaran, peninggalan, salah laku atau kecuaian daripada perwakilan atau sub-perwakilan tersebut.
34.
SURAT KUASA WAKIL Peminjam sebagai jaminan dengan ini melantik Bank dan setiap wakil atau sub-wakilnya (jika ada) yang ditetapkan oleh Bank sebagai Wakil Peminjam dalam nama Peminjam atau sebaliknya bagi pihaknya dengan kuasa penggantian yang penuh untuk melaksanakan dan
melakukan semua instrument, dokumen, jaminan, tindakan dan perkara yang mungkin dikehendaki atau dianggap wajar oleh Bank berhubung dengan pelaksanaan hak dan remedinya atau yang seharusnya dibuat oleh Peminjam di bawah peruntukan Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini untuk menyempurnakan dan menyiapkan sebarang pemindahan atau dokumen yang diperlukan oleh Bank untuk menyempurnakan hakmiliknya atau untuk meletak hak Cagaran dan/atau sebarang Kolateral kepada atau dalam nama Bank atau penamanya dan/atau untuk mendapatkan kembali dan/atau menerima daripada mana-mana pihak yang terlibat, semua jumlah yang kena dibayar kepada Peminjam terhadap Cagaran dan/atau sebarang Kolateral dan/atau untuk menguatkuasakan sebarang hak berkenaan dengannya dan untuk memberi resit sah dan/atau untuk memulakan sebarang prosiding dengan kos dan perbelanjaan ditanggung oleh Peminjam, sama ada melalui tindakan, distres atau sebaliknya sebagaimana dianggap sesuai dan wajar oleh Bank mengikut budi bicara mutlaknya dan/atau untuk menguatkuasakan sebarang hak yang disebut sebelum ini dan atau untuk menjual, memindahkan atau sebaliknya berurusan dengan semua atau sebarang Kolateral sama ada melalui lelongan awam atau penjualan persendirian atau sebaliknya dengan atau tanpa iklan dan untuk sebarang balasan atau nilai atau berdasarkan sebarang terma yang dianggap wajar oleh Wakil menurut budi bicara mutlaknya dan bagi tujuan ini untuk memasuki dan menandatangani sebarang kontrak, pemindahan, suratikatan dan dokumen lain dan melakukan semua tindakan lain yang mungkin perlu bagi penjualan tersebut dan Peminjam dengan ini meratifikasi dan mengesahkan semua tindakan dan perbuatan Wakil atau Wakil-wakil yang dilaksanakan secara sah olehnya/oleh mereka di bawah Surat Kuasa Wakil ini. Surat Kuasa Wakil yang dengan ini diberikan yang diberikan untuk balasan bernilai, adalah tak boleh batal sehingga Jumlah Belum Dijelaskan dibayar dengan sepenuhnya kepada Bank.
35.
PIHAK CAGARAN DAN PEMINJAM ADALAH PIHAK BERLAINAN (a)
Jika Pihak Cagaran dan Peminjam adalah pihak yang berlainan, Pihak Cagaran dengan tak bersyarat dan tanpa boleh batal secara bersama dan berasingan menjamin pembayaran kepada Bank terhadap liabiliti Peminjam kepada Bank di bawah Kemudahan sama ada dalam Ringgit Malaysia atau mana-mana mata wang lain, yang adalah kena dibayar atau terakru kepada Bank sama ada liabiliti tersebut adalah atau mungkin adalah bersama atau berasingan atau utama atau sampingan atau kontingen. Jika sebarang pembayaran adalah tertakluk kepada apa-apa cukai atau jika Pihak Cagaran dikehendaki membuat potongan atau penahanan, Pihak Cagaran hendaklah membayar cukai tersebut, hendaklah memastikan pembayaran, potongan atau penahanan tersebut tidak melebihi liabiliti undang-undang minimum untuknya dan hendaklah dengan serentak membayar kepada Bank sebarang jumlah tambahan yang diperlukan untuk membolehkan Bank menerima, setelah semua pembayaran, potongan dan penahanan tersebut, jumlah bersih yang bersamaan dengan jumlah penuh yang perlu dibayar di bawah Surat Tawaran ini dan Terma-Terma dan SyaratSyarat Utama ini.
(b)
Jika terdapat dua (2) atau lebih daripada dua orang yang dirangkum atau termasuk di dalam ungkapan "Pihak Cagaran" semua persetujuan, waad, obligasi, penetapan dan akujanji yang dinyatakan sebagai dibuat oleh dan bagi Pihak Cagaran hendaklah dianggap sebagai dibuat oleh atau mengikat orang-orang tersebut secara bersama dan berasingan.
(c)
Pihak Cagaran bersetuju secara bersama dan berasingan dengan Peminjam untuk membayar atau membayar balik kpeada Bank duti setem dan kos, caj dan
perbelanjaan Bank untuk menguatkuasakan semua hak Bank di dalam ini termasuk, tanpa had, kos dan perbelanjaan undang-undang atas dasar tanggung rugi penuh. 36.
HAK UNTUK MENYUMBERLUARKAN PUNGUTAN HUTANG Jika sebarang wang yang perlu dibayar di bawah Kemudahan perlu didapatkan kembali daripada Peminjam, Bank berhak untuk menyumberluarkan pungutan hutang kepada agensi luar yang dipilih oleh Bank menurut budi bicara tunggalnya dan Peminjam bertanggungjawab bagi fi pungutan hutang, fi penilaian, fi jurulelong, fi profesional lain dan caj dan kos lain yang ditanggung untuk mendapatkannya kembali dan/atau untuk menguatkuasakannya.
37.
KEBOLEHASINGAN Sebarang terma, syarat, penetapan, peruntukan waad atau akujanji dalam Surat Tawaran atau Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini yang menyalahi undang-undang, dilarang, atau tidak boleh dikuat kuasa tidak membawa kesan setakat kepenyalahan undang-undang, keterbatalan, larangan atau ketidakbolehkuatkuasaan sahaja tanpa membatalkan peruntukan lain.
38.
FASAL PRIVASI (a)
Peminjam dengan ini mengesahkan bahawa Peminjam telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi Kumpulan CIMB (yang boleh didapati di www.cimbbank.com.my atau www.cimbislamic.com) dan fasal-fasal di dalam ini, yang berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadi Peminjam. Bagi mengelakkan keraguan, Peminjam bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut hendaklah disifatkan sebagai digabungkan ke dalamTerma-terma dan Syarat-syarat Utama ini secara rujukan.
(b)
Sekiranya Peminjam memberikan maklumat peribadi dan kewangan yang berkaitan dengan pihak ketiga, termasuk maklumat yang berkaitan dengan waris dekat dan tanggungan Peminjam bagi tujuan membuka atau mengendalikan akaun/kemudahan Peminjam dengan Bank atau sebaliknya melanggan produk dan perkhidmatan Bank, Peminjam (a) mengesahkan bahawa Peminjam telah mendapatkan persetujuan mereka atau sebaliknya berhak untuk memberikan maklumat ini kepada Bank dan untuk Bank menggunakannya mengikut Perjanjian ini; (b) bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat; (c) bersetuju untuk memberi laporan kemas kini kepada Bank secara bertulis sekiranya ada apa-apa perubahan yang material kepada maklumat peribadi dan kewangan tersebut; dan (d) bersetuju akan hak Bank untuk menamatkan Perjanjian ini, sekiranya persetujuan ditarik balik oleh mana-mana pihak ketiga tersebut.
(c)
Jika Peminjam mengarahkan Bank untuk melaksanakan sebarang bentuk transaksi rentas sempadan (termasuk untuk membuat atau menerima pembayaran), butiran yang berkenaan dengan transaksi rentas sempadan tersebut (termasuk maklumat yang berkaitan dengan pihak yang terlibat di dalam transaksi tersebut) boleh diterima dari atau dihantar ke luar negara, di mana ia mungkin boleh diakses (sama ada secara langsung atau tidak langsung) oleh pengawal selia dan pihak berkuasa luar negara berkaitan dengan kewajipan mereka yang sah (contohnya, pencegahan jenayah). Dalam mengarahkan Bank dan/atau ejen-ejen Bank untuk memasuki apa-apa transaksi rentas sempadan bagi pihak Peminjam, Peminjam bersetuju akan pendedahan tersebut di atas bagi pihak Peminjam dan orang lain yang terlibat dalam transaksi rentas sempadan tersebut.
39.
(d)
Bank mungkin menggunakan agensi pelaporan/rujukan kredit untuk membantu membuat keputusan, contohnya apabila Bank perlu (a) menyemak butiran mengenai permohonan untuk kredit dan berkaitan dengan kredit atau kemudahan lain; (b) menguruskan akaun atau kemudahan kredit dan berkaitan dengan kredit, termasuk menjalankan semakan terhadap portfolio Peminjam; dan/atau mendapatkan semula hutang. Peminjam akan dihubungkan oleh agensi pelaporan/rujukan kredit kepada mana-mana nama lain yang digunakan atau pernah digunakan oleh Peminjam, dan mana-mana pemohon bersama dan berasingan. Bank juga boleh berkongsi maklumat tentang Peminjam dan bagaimana Peminjam menguruskan akaun/kemudahan Peminjam dengan agensi-agensi laporan/rujukan kredit yang berkenaan.
(e)
Meskipun selepas Peminjam memberi sebarang maklumat kepada Bank, Peminjam masih mempunyai pilihan untuk menarik balik kebenaran yang diberikan sebelum ini. Dalam keadaan itu, Bank mempunyai hak untuk tidak memberi atau memberhentikan penyediaan mana-mana produk, perkhidmatan, akaun dan/atau kemudahan yang berhubung dengan maklumat tersebut.
(f)
Bank merizab hak untuk meminda fasal ini dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlak Bank dan akan memberi notis terdahulu secara bertulis kepada Peminjam dan meletakkan pindaan tersebut di dalam laman web Bank dan/atau meletak notis di ruang perbankan atau di lokasi yang mudah dilihat di cawangancawangan Bank.
(g)
Untuk tujuan Fasal ini, Kumpulan CIMB terdiri daripada CIMB Group Holdings Berhad dan semua syarikat yang berkaitan dengannya sebagaimana yang ditakrifkan di dalam Seksyen 6, Akta Syarikat 1965 dan syarikat-syarikat dikawal bersama yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan terkawal lain, yang tidak termasuk syarikat, cawangan, pejabat dan bentuk kehadiran lain yang beroperasi di luar Malaysia, dan penggunaan perkataan "Bank" hendaklah dibaca sebagai merujuk kepada Kumpulan CIMB.
(h)
Fasal ini adalah tanpa prejudis kepada sebarang fasal lain di dalam Perjanjian ini yang membuat peruntukan bagi pendedahan maklumat.
KEKURANGAN HASIL JUALAN Jika jumlah yang direalisasi terhadap penjualan Kolateral atau mana-mana bahagian daripadanya atau sebaliknya selaras dengan peruntukan Fasal 10 tidak mencukupi untuk menjelaskan jumlah yang terhutang kepada Bank berhubung dengan Jumlah Belum Dijelaskan dan/atau selaras dengan Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan sama ada pada penjualan tersebut Bank adalah pembeli Kolateral atau tidak, Peminjam hendaklah membayar kepada Bank perbezaan antara jumlah yang kena dibayar dan jumlah yang direalisasi dan sehingga pembayaran dibuat akan turut membayar kepada Bank sebarang jumlah yang akan memberi pampasan kepada Bank atas sebarang kerugian atau perbelanjaan yang mungkin dialami atau ditanggung oleh Bank termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang faedah yang perlu dibayar oleh Bank untuk menanggung atau mengekalkan jumlah perbezaan yang disebut sebelum ini antara jumlah yang kena dibayar dan jumlah yang direalisasi, dengan syarat tiada apa-apa yang terkandung di dalam ini akan ditafsirkan sebagai mengenakan sebarang kewajipan (sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti) ke atas Bank
untuk melaksanakan semua remedinya untuk menjual Kolateral sebelum melaksanakan sebarang tindakan berasingan atau sebelum menguatkuasakan sebarang remedi lain atau melaksanakan sebarang hak lain terhadap Peminjam dan Peminjam dengan ini secara tak boleh batal dan tak bersyarat bersetuju dan membenarkan Bank memulakan prosiding berasingan, menguatkuasakan remedi lain dan melaksanakan sebarang hak lain di pihak Bank terhadap Peminjam dengan serentak atau tanpa melaksanakan semua haknya untuk menjual atau meneruskan tindakan terhadap Kolateral. 40.
TANGGUNG RUGI MATA WANG Jika atas sebarang sebab, sebarang pembayaran di bawah atau berhubung dengan Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan/atau sebarang Dokumen Cagaran dibuat atau diterima atau didapatkan kembali oleh Bank dalam mata wang ("mata wang lain") selain daripada Ringgit Malaysia maka, setakat mana pembayaran (apabila ditukar pada kadar pertukaran pada tarikh pembayaran atau seberapa cepat yang mungkin selepas itu) adalah kurang daripada jumlah yang terhutang di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syaratsyarat ini dan/atau Dokumen Cagaran, Peminjam hendaklah sebagai kewajipan yang berasingan dan bebas, menanggung rugi Bank dengan sepenuhnya terhadap jumlah kekurangan; dan bagi tujuan Klausa ini, ungkapan "kadar pertukaran" bermaksud kadar di mana Bank boleh pada tarikh relevan selaras dengan amalan biasanya membeli Ringgit Malaysia dengan mata wang lain. Bank tidak perlu memberikan bukti tentang sebarang kerugian sebenar di pihak Bank.
41.
PENTAFSIRAN Kecuali konteks menghendaki sebaliknya, perkataan yang ditulis dengan huruf besar yang digunakan di dalam ini yang tidak ditafsirkan akan membawa maksud yang sama seperti yang ditakrifkan di dalam Surat Tawaran. Jika terdapat sebarang perkara yang tidak konsisten, konflik, kesamaran atau percanggahan antara teks Bahasa Inggeris atau sebarang versi lain bagi terma-terma dan syarat-syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, sekiranya anda meminta versi terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini dalam Bahasa Malaysia, Bank hendaklah menyediakannya kepada Peminjam dan jika perjanjian dimasuki atas dasar ini, maka versi terma-terma dan syaratsyarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain. ************************************ (Bahagian seterusnya dalam muka surat ini sengaja dibiarkan kosong)