Tingkatan 5 Perdagangan Bab 7 : Peranan Kerajaan dalam Perniagaan
I dan II I dan IV II dan III III dan IV
U
A. B. C. D.
.m
1) Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) dapat membantu pengusaha-pengusaha batik di Malaysia? I Menjalankan kempen pemasaran dan mengeksport II Mengawasi kualiti pengeluaran III Memberikan pengecualian cukai IV Membina kilang batik
y
Soalan Objektif
2) Maklumat yang berikut berkaitan dengan sebuah agensi.
n2
- Memberikan kemudahan pembiayaan - Memberikan kemudahan latihan dan pengurusan
ar
Agensi yang dimaksudkan ialah A. Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad (MIDF) B. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negara (PKEN) C. Perbadanan Produktiviti Negara (NFC) D. Majlis Amanah Rakyar (MARA)
Le
3) Pilih agensi yang membantu peniaga dalam pembiayaan kewangan. I Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) II Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) III Perbadanan Nasional Berhad (PNB) IV Kementerian Pembangunan Usahawan (KPUn) I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV
Ez
A. B. C. D.
4) Apakah tindakan yang perlu diambil oleh kerajaan untuk menarik pelabur asing dan menambah bilangan peniaga bumiputera di kawasan bandar? A. Menyediakan infrastruktur dan ruang niaga B. Mengemaskinikan perundangan perniagaan C. Mengadakan promosi dan pemasaran D. Menambah kemudahan pembiayaan
7) Pilih pasangan yang tidak benar.
C MEDEC
ar
D PDPN
n2
B LKIM
Fungsinya Mengendalikan latihan perusahaan secara amali Mengendalikan aktiviti promosi dan pemasaran industri perikanan Menyediakan perkhidmatan perundingan tentang pengurusan kewangan Memberikan latihan tentang pengurusan dan pengendalian kakitangan
U
Badan Kerajaan A PKEN
.m
6) Apakah fungsi Lembaga Pemasaran Persekutuan (FAMA)? A. Mengawasi kegiatan pertubuhan peladang B. Memasarkan hasil pertanian C. Menyediakan kedai untuk jualan untuk jualan hasil pertanian D. Membiayai petani dalam menghasilkan keluaran
y
5) Agensi yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan ialah A. MARDI dan MATRADE B. SIRIM dan MARDI C. PORIM dan MEDEC D. MARA dan UDA
Le
8) Kursus yang tidak ditawarkan oleh Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia ialah A. Kursus pengurusan asas kewangan perniagaan B. Kursus pengenalan dan pemilihan projek C. Kursus pengurusan pinjaman D. Latihan motivasi usahawan
Ez
9) Akta yang melindungi pengguna daripada peniaga yang memberikan maklumat palsu ialah A. Akta Jualan Barangan 1957 B. Akta Timbang dan Sukat 1972 C. Akta Perihal Dagangan 1972 D. Akta Kawalan Harga 1946 10) Alternatif kepada tarah perintis ialah A. Elaun pelaburan semula B. Potongan cukai C. Pengecualian cukai D. Elaun pelaburan cukai
11) Apakah kemudahan infrastruktur yang ditawarkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada peniaga? I Menguruskan projek pembayaran semula II Mendirikan pusat latihan kemahiran III Menyewakan alat elektronik dengan kadar bayaran rendah IV Menyediakan kompleks jualan, bazar dan gerai
y
I dan III I dan IV II dan III II dan IV
.m
A. B. C. D.
U
12) Pilih pernyataan yang berkaitan dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada pengeluar tempatan. A. Menubuhkan SIRIM B. Memberikan pelepasan cukai C. Mengenakan duti eksport D. Memberikan kemudahan overdraf
ar
n2
13) Apakah tindakan yang perlu diambil oleh kerajaan untuk menarik pelabur asing dan menambah bilangan peniaga bumiputera di kawasan bandar? A. Menyediakan infrastruktur dan ruang niaga B. Mengemaskinikan perundangan perniagaan C. Mengadakan promosi dan pemasaran D. Menambah kemudahan pembiayaan 14)
Le
Melindungi pengguna daripa penyelewengan yang dilakukan oleh pengeluar dari segi memberikan maklumat palsu tentang produk.
Ez
Apakah akta yang dirujuk dalam pernyataan di atas? A. Akta Perihal Dagangan 1972 B. Akta Jualan Langsung 1993 C. Akta Hak Cipta 1987 D. Akta Jualan Barangan 1957
15) Apakah agensi yang berfungsi dalam penyelidikan dan pembangunan di bidang pertanian? I Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia II Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia III Lembaga Minyak Sawit Malaysia IV Insititut Penyelidikan Getah
y
I, II dan III I, II dan IV I, II dan IV II, III dan IV
.m
A. B. C. D.
U
16) Agensi manakah yang membekalkan maklumat tentang statistik import dan eksport Malaysia? A. MATRADE B. MEDEC C. MECIB D. EXPO
n2
17) Yang manakah bukan fungsi SIRIM? A. Mengenal pasti peluang pasaran baru B. Memastikan keluaran mengikut piawaian Malaysia C. Membantu mempertingkatkan teknologi pengeluaran D. Membantu pengeluar memperbaiki kualiti pengeluaran
Le
ar
18) Kesan langsung penggubalan undang-undang berkaitan perniagaan ialah I Meningkatkan jumlah pelancong II Menstabilkan harga barang III Meningkatkan hasil kerajaan IV Meningkatkan kualiti pengeluaran A. B. C. D.
I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV
Ez
19) Kerajaan dapat memberikan perlindungan kepada pengeluar tempatan dengan A. Mengawal harga keluaran B. Mengawal kos pengeluaran C. Menambah cukai ke atas barang import D. Mengenakan duti eksais
20) Apakah peranan GIATMARA? A. Menyediakan latihan dan pengurusan B. Menyediakan kemudahan pembiayaan C. Menjalankan penyelidikan dan khidmat nasihat D. Menyediakan kemudahan infrastruktur dan ruang niaga
.m
y
Soalan Esei : Bahagian A Soalan 1 (a) Nyatakan lima peranan yang dimainkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
[5m]
(c) Jelaskan peranan akta-akta yang berikut:
ii
Akta Jualan Langsung 1993 Akta Kawalan Harga 1946
[5m]
[5m] [5m] [5m]
ar
iii Akta Perkongsian 1961
n2
i
U
(b) Berikan lima peranan SIRIM Berhad dalam menetapkan kualiti sesuatu barang.
Soalan 2 (a) Yang berikut adalah mengenai perniagaan Syarikat Frozen Baby Sdn. Bhd.
Le
Syarikat Frozen Baby Sdn. Bhd. menjalankan perniagaan makanan sejuk beku dan ingin memasarkan produk mereka ke pasaran tempatan dan ke negara-negara ASEAN.
Ez
Terangkan agensi kerajaan yang boleh membantu Syarikat Frozen Bay Sdn. Bhd dalam mengatasi masalah yang berikut. i
ii
Pemasaran [3m]
Pembangunan produk [3m]
(b) Pernyataan yang berikut adalah mengenai Syarikat Biskut Siti.
y
Syarikat Biskut Siti adalah sebuah syarikat IKS yang menjalankan perniagaan menghasilkan biskut untuk dipasarkan ke pasaran tempatan. Batu-batu ini syarikat ini mendapat pesanan sebanyak RM 200 000 daripada pengimport dari Indonesia tetapi Syarikay Biskut Siti menghadapi masalah kekurangan ketuhar pembakar biskut untuk memenuhi permintaan itu.
.m
Terangkan tiga agensi kerajaan yang dapat membantu Syarikat Biskut Siti membeli ketuhar pembakar biskut.
[6m]
(c) Dialog di bawah ini menunjukkan perbualan antara dua sahabat.
n2
Johan
:Johar, saya bercadang untuk meluaskan pasaran ikan air saya ke negeri-negeri lain termasuk ke selatan dan utara tanah air. Pada pendapat awak, pihak manakah yang dapat membantu saya? :Cuba minta bantuan FAMA. Mungkin mereka dapat membantu.
U
Johar
Mengapakah Johan berpendapat sedemikian?
[5m]
i
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) [3m]
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)
Le
ii
ar
(d) Jelaskan peranan agensi kerajaan yang berikut.
[3m]
(e) Jelaskan insentif elaun pelaburan semula yang diperkenalkan oleh kerajaan. [2m]
Ez
Soalan 3 (a) Mengapakah kerajaan perlu memberikan bantuan perniagaan kepada para usahawan tempatan. [6m]
(b) Jelaskan peranan yang dimainkan oleh badan-badan kerajaan yang berikut kepada peniaga. i
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) [3m]
ii
UDA Holdings Berhad (UDA) [3m]
iii Majlis Amanah Rakyat (MARA) [3m] (c) Bagaimana perundangan dalam perniagaan dapat membantu pengguna dan kerajaan?
.m
y
[10m]
Le
ar
n2
U
Soalan Esei : Bahagian B Soalan 4 Syarikat Bersama Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada tahun 2008 mengeluarkan alat-alat mandian seperti ubat gigi, sabun mandi dan syampu jenama āIā. Syarikat ini mengeluarkan alat-alat mandian berasaskan herba yang dihasilkan dengan teknologi moden. Syarikat ini mempunyai kilang pengeluaran produk dengan jumlah pekerja seramai 50 orang. Pada masa sekarang, produk syarikat Bersama Sdn. Bhd hanya dipasarkan di pasaran tempatan. Pihak syarikat berhasrat ingin meluaskan pasaran ke negara-negara ASEAN dan negara-negara di Timur Tengah yang mempunyai peratus penduduk beragama Islam yang tinggi. Di samping itu, pihak syarikay berkenaan berhasrat untuk menambahkan hasil keluarannya seperti alat kosmetik dan pembersih muka. Encik Shah selaku pengurus syarikat tidak mempunyai kemahiran untuk memasuki pasaran luar negara dan kekurangan ilmu dalam bidang pengurusan dan pentadbiran. Beliau berusahah mengenal pasti agensi-agensi kerajaan yang boleh membantu syarikatnya. Dalam tempoh 5 tahun yang akan datang, syarikat juga bercadang untuk menjual produk-produk syarikat secara langsung di kedai-kedai milik syarikat itu. Untuk tujuan tersebut, pihak syarikat akan menyewa beberapa lot kedai di beberapa lokasi terpilih. Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan yang berikut:
Ez
Nyatakan dan terangkan satu agensi kerajaan yang dapat menolong Syarikat (a) Bersama Sdn. Bhd memasarkan produk tersebut ke luar negara. [5m]
(b) Nyatakan dan terangkan dua agensi kerajaan yang dapat membantu Encik Shah dalam pengurusan dan pentadbiran perniagaan. [6m]
(c) Nyatakan dan terangkan tiga agensi kerajaan yang dapat membantu Encik Shah mendapatkan pembiayaan kewangan bagi menambahkan produk keluaran syarikatnya. [6m]
y
(d) Nyatakan dan terangkan tiga akta yang perlu dipatuhi oleh Syarikat Bersama Sdn. Bhd. [6m]
Ez
Le
ar
n2
U
.m
(e) Nyatakan dua agensi kerajaan yang dapat menolong syarikat untuk mendapatkan lot-lot kedai yang boleh disewakan sbagai ruang niaga.
[2m]
Jawapan Tingkatan 5 Perdagangan Bab 7 : Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan Jawapan Soalan Objektif 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
C B A A D A A D C A
y
A A A A B B A C C C
.m
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Le
ar
n2
U
Jawapan Soalan Esei : Bahagian A Soalan 1 Ceraian(a) ... Melaksanakan dasar dan program pembangunan untuk membangunkan industri kelapa sawit negara{1m} ... Menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang penanaman, pengeluaran, pemerahan, pemprosesan, dan mempelbagaikan penggunaan kelapa sawit.{1m} ... Menyediakan latihan dan sumber manusia bagi memenuhi keperluan industri sawit negara{1m} ... Menyediakan perkhidmatan kepakaran dan nasihat teknikal kepada pengusaha kelapa sawit negara{1m} ... Meluaskan pasaran dan memajukan kaedah pemasaran kelapa sawit negara{1m}
Ez
Ceraian(b) ... Menjalankan penyelidikan dan pembangunan saintifik dalam industri berteknologi tinggi{1m} ... Menggalakkan pemindahan teknologi dari luar negara demi memajukan lagi teknologi pengeluaran dalam negara{1m} ... Meningkatkan dan memajukan tahap teknologi dan produktiviti Industri Kecil dan Sederhana (IKS){1m} ... Meningkatkan daya saing industri tempatan ... Mengadakan satu piawaian atau standard sebagai pengukur kualiti bagi mewujudkan budaya berkualiti di kalangan usahawan tempatan.{1m}
y
Ceraian(c)i ... Melesenkan aktiviti jualan langsung{1m} demi melindungi hak dan kepentingan pengguna daripada diceroboh oleh syarikat jualan langsung{1m} ... Melarang segala aktiviti yang berbentuk piramid dan skim cepat kaya{1m} ... Menggalakkan pertumbuhan{1m} dan mengawal aktiviti jualan langsung agar berjalan secara beretika{1m}
n2
U
.m
Ceraian(c)ii ... Memperuntukkan kuasa bagi pengawalan harga barang, catuan bekalan dan penstabilan harga barang-barang{1m} ... Antara barang-barang yang dikawal harga adalah tepung, gula, sus dan minyak petrol.{1m} ... Mewajibkan penjual runcit meletakkan tanda harga pada barang jualan agar memudahkan pengguna membuat perbandingan dan tidak ditipu{1m} ... Mewajibkan pengilang, pengimport, pengeluar, dan penjual borong melabelkan barang-barang yang siap dibungkus dengan maklumat-maklumat asas{1m} ... Peruncit diwajibkan mempunyai lesen bagi menjual barang-barang kawalan{1m}
Le
ar
Ceraian(c)iii ... Pendaftaran diwajibkan ke atas semua perniagaan perkongsian{1m} ... Mengawal segala aktiviti perkongsian seperti : - syarat keahlian{1m} - kuasa dan tanggungjawab setiap pekongsi{1m} - perjanjian perkongsian{1m} - syarat pembubaran{1m}
Ez
Soalan 2 Ceraian(a)i MATRADE dan FAMA{1m} ... Agensi-agensi ini dapat membantu syarikat untuk mempromosikan produk mereka{1m} ... Mereka juga boleh menyertai pameran dan ekspo perdagangan antarabangsa yang dianjurkan oleh MATRADE{1m} Soalan 2 Ceraian(a)ii MARDI{1m} ... MARDI bertindak sebagai agensi kerajaan yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan produk berasaskan pertanian dan makanan{1m} ... Hal ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan teknologi pemprosesan produk.
Ceraian(b) Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Bank){1m} ... Syarikat Biskut Siti boleh memohon pinjaman daripada SME Bank kerana syarikat ini berstatus IKS{1m}
y
Majlis Amanah Rakyat (MARA){1m} ... Pihak MARA akan memberikan pinjaman kepada usahawan yang bertaraf bumiputera{1m}
.m
Kementerian Pembangunan Usahawan (KPUn) {1m} ... Kementerian ini akan memperuntukkan pembiayaan kepada pengusaha yang kekurangan modal untuk membeli mesin baru bagi tujuan perniagaan{1m}
n2
U
Ceraian(c) Johan berpendapat sedemikian kerana : ... FAMA merupakan agensi kerajaan yang dapat memberi nasihat dan tunjuk ajar mengenai pemasaran {1m} ... Menyediakan kemudahan bilik sejuk untuk menyimpan hasil pertanian yang ingin dipasarkan {1m} ... Bersedia menganjurkan ekspo pertanian dimana Johar menyertai untuk memperkenalkan hasil ternakannya{1m} ... Mengadakan promosi dan kempen penggunaan hasil pertanian tempatan{1m} ... Menawarkan harga yang rendah dan berpatutan bagi hasil pertanian{1m}
Le
ar
Ceraian(d)i Peranan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) ... Menjalankan penyelidikan dalam bidang pertanian iaitu mencari benih tanaman yang mengeluarkan hasil yang lebih baik dan bermutu{1m} ... Menjalankan penyelidikan mengenai penyediaan dan pembungkusan makanan{1m} ... Hasil penyelidikan disalurkan kepada para petani yang bertujuan meningkatkan mutu serta hasil pertanian{1m}
Ez
Ceraian(d)ii Peranan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) ... Mengawal perkembangan dan pembangunan industri padi dan beras negara{1m} ... Memberikan subsidi kepada petani{1m} ... Mengurus Skim Pengusaha Beras Bumiputera{1m} ... Membeli padi atau beras daripada petani pada harga minimum yang terjamin serta berfungsi sebagai pembeli terakhir{1m} ... Menjamin bekalan beras adalah cukup dan berterusan pada harga yang berpatutan{1m}
Ceraian(e) ... Elaun pelaburan semula diperkenalkan kepada syarikat yang terlibat dalam industri yang dapat menyumbangkan kepada pembangunan negara{1m} ... Pendapatan daripada hasil pelaburan semula untuk membeli aset modal akan dikecualikan daripada cukai sehingga had tertentu{1m} ... Contohnya, perbelanjaan untuk membina kilang demi mengembangkan lagi perniagaan layak menerima elau pelaburan semula{1m}
n2
U
.m
y
Soalan 3 Ceraian(a) ... Untuk memastikan infrastruktur yang ada cukup untuk memajukan dan mengembangkan lagi perniagaan{1m} ... Untuk menambahkan pendapatan negara kerana jika perniagaan maju kerajaan akan mendapat pulangan dari segi cutipan cukai perniagaan{1m} ... Untuk memastikan keluaran tempatan dikenali dan mendapat sambutan di peringkat antarabangsa.{1m} ... Untuk mengelakkan berlakunya penyelewangan dalam perniagaan seperti pecah amanah dan rasuah{1m} ... Untuk membantu dalam penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan produk yang berkualiti{1m} ... Untuk membantu usahawan tempatan mempunyai daya saing dan kukuh di pasaran antarabangsa{1m}
Le
ar
Ceraian(b)i ... Berperanan untuk memajukan dan membangunkan ekonomi negeri{1m} ... Badan ini menyediakan tapak perniagaan, tapak perindustrian, tapak perumahan di peringkat negeri masing-masing bagi membantu usahawan tempatan{1m} ... Kompleks PKNS di Shah Alam Selangor adalah satu contoh premis perniagaan yang dibina oleh kerajaan Selangor bagi usahawan tempatan berniaga.{1m}
Ez
Ceraian(b)ii ... UDA diwujudkan untuk membangunkan kawasan bandar dan penglibatan kaum bumiputera di sektor ekonomi bandar secara terancang{1m} ... UDA berfungsi untuk menjalankan projek pembangunan bandar seperti membina ruang pejabat, ruang perniagaan dan membina bangunan{1m} ... UDA juga turut terlibat dalam perniagaan gedung raya dan perniagaan berkaitan dengan industri hartanah{1m} ... Kompleks Pertama di Kuala Lumpur merupakan satu contoh bangunan dibina oleh UDA sebagai tapak perniagaan untuk usahawan-usahawan tempatan{1m}
yang yang
.m
y
Ceraian(b)iii ... Membantu peniaga bumiputera dalam membangunkan dan meningkatkan kemahiran dalam bidang perniagaan {1m} ... Membantu dalam pembinaan tapak kilang dan perniagaan untuk peniaga bumiputera di tempat-tempat yang sesuai di setiap kawasan{1m} ... Sewa yang dikenakan kepada peniaga adalah lebih rendah dan berpatutan{1m} ... Ruang niaga di Medan Mara Kuala Lumpur adalah satu contoh premis perniagaan yang disediakan oleh MARA kepada peniaga tempatan.{1m}
U
Ceraian(c) Cara perundangan perniagaan dapat membantu pengguna ... Memberikan garis panduan untuk dirujuk oleh pangguna{1m} ... Membolehkan pengguna berbelanja pada harga yang berpatutan{1m} ... Membantu pengguna mendapatkan barang-barang yang bermutu tinggi{1m} ... Mengelakkan pengguna ditindas oleh pengeluar{1m} ... Mengelakkan berlakunya penyorokan dan simpanan barang oleh pengeluar bagi menarikkan harga barang{1m}
ar
n2
Cara perundangan perniagaan dapat membantu kerajaan ... Menolong kerajaan mengesan peniaga yang menyeleweng{1m} ... Memastikan produk yang dikeluarkan oleh pengeluar tempatan bermutu tinggi{1m} ... Mengadakan kawalan terhadap pengusaha dan pengeluar tempatan.{1m} ... Memberikan keadilan kepada pengeluar dan pengguna dalam perniagaan {1m} ... Mengeutip hasil cukai dengan cara yang sewajarnya{1m}
Le
Jawapan Soalan Esei : Bahagian B
Ez
Soalan 4 Ceraian(a) MATRADE{1m} ... MATRADE dapat membantu pengusaha memasarkan hasil keluaran mereka luar negara{1m} ... Antara tugas MATRADE adalah mengadakan pameran,{1m} bengkel perniagaan, penyelidikan pasaran{1m} dan membekalkan maklumat kepada peniaga luar negara{1m} Ceraian(b) Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC){1m} ... Memberikan latihan dalam aspek pengurusan seperti perngurusan kakitangan, masa, kewangan, stok, perakaunan dan pentadbiran pejabat.{1m}
ke
Menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat atau konsultasi pkepada syarikat yang memerlukan pertolongan dalam bidang pengendalian dan pengawalann perniagaan.{1m} Majlis Amanah Rakyat (MARA){1m} ... Membantu peniaga meningkatkan kemahiran mereka dalam kaedah dan teknik pengendalian perniagaan, pengurusan kewangan dan perakaunan{1m} ... Memiliki Institut Kemahiran Mara (IKM) yang memberi latihan dalam bidang pengurusan, perakaunan, pelaburan dan keusahawanan{1m}
y
...
U
.m
Ceraian(c) Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB){1m} ... Memberikan bantuan dalam bentuk pembiayaan ekuiti, stok pinjaman dan pembelian saham{1m} ... Menubuhkan Tabung Industri Bumiputera bagi membantu usahawan IKS{1m}
n2
Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) ... Memberikan bantuan kepada usahawan IKS bumiputera dengan menyediakan skim pinjaman seperti Tabung Usahawan Baru dan Tabung Usahwan Siswazah{1m}
ar
Kementerian Pembangunan Usahawan (KPUn){1m} ... Menyediakan skim pendahuluan, kredit, subsidi dan pinjaman kepada usahawan IKS bagi membiayai keperluan modal, kos operasi dan pembelian aset{1m} ... Contoh skim yang ditawarkan adalah Skim Jaminan Usahawan Kecil{1m}
Le
Ceraian(d) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969{1m} ... Syarikat perlu melindungi kepentingan dan kebajikan pekerja dari aspek keselamatan dan keseihatan{1m}
Ez
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974{1m} ... Syarikat perlu mengelakkan daripada melakukan segala bentuk pencemaran alam dan perlu melupuskan sisa buangan kilang dengan cara yang betul.{1m} Akta Syarikat 1965{1m} ... Syarikat perlu berdaftar secara sah dan menjamin kepentingan pemegang saham, masyarakat dan negara{1m} Ceraian(e) ... Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN){1m} ... Majlis Amanah Rakyat (MARA){1m}