Kemudahan-Kemudahan Dan Keistimewaan Yang Disediakan Oleh Agensi Kerajaan Dan Swasta 1.
Kemudahan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak cacat penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui program integrasi di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran. Bagi pelajar yang berjaya mereka akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM 300.00 sebulan. Pengumuman Bajet 2004 menyatakan elaun ini boleh dinikmati oleh semua pelajar kurang upaya di institusi pengajian tinggi. Elaun bulanan RM 25.00 sebulan diberikan kepada pelajar kurang upaya di sekolah rendah dan menengah bagi menggalakkan anak-anak kurang upaya untuk mendapat ilmu. Seterusnya pengumuman Bajet 2005 pula memperluaskan elaun bulanan ini kepada setiap kanak-kanak kurang upaya yang mengikuti program PDK atau Sekolah Khas kelolaan Pertubuhan Sukarela Kebajikan, NGO yang menerima geran dari JKM Malaysia dan berdaftar. 2.
Kemudahan Di Dalam Aktiviti Harian
Dalam hubungan ini Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dan memainkan peranan dalam menggalakkan berbagai kemudahan diwujudkan bagi membolehkan mereka yang kurang upaya bergerak bebas. Satu daripada pencapaian ini ialah penubuhan Jawatankuasa Teknikal yang urusetianya ialah SIRIM telah merangka "Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke bangunan Awam" yang mana telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 berkaitan dengan kehendak-kehendak bangunan untuk orang kurang upaya di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai kemudahan akses kepada orang kurang upaya. Antaranya termasuklah "ram" dan "railings", laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.
3.
Kemudahan Dan Galakan Pelepasan Cukai Pendapatan
Kerajaan juga memperluaskan potongan cukai berganda dalam tahun 1981 kepada majikan-majikan mengambil pekerja kurang upaya dan dalam tahun 1991, Kerajaan pula menambahkan bagi pelepasan pengecualian cukai bagi ibubapa yang mempunyai anak kurang upaya di bawah umur 18 tahun. Kerajaan juga memberi rebet cukai kepada pembayar cukai bagi membeli alat-alat khas bagi kegunaan sendiri atau kegunaan anak dan ibubapa yang kurang upaya. Sebagai galakan berterusan bagi memelihara orang kurang upaya dan sebagai pelepasan tambahan kepada potongan diri RM 5,000 dan potongan untuk isteri RM 3,000. Kerajaan telah meluluskan pelepasan tambahan sebanyak RM 5,000 diberi kepada pembayar cukai yang kurang upaya dan sebanyak RM 2,500 lagi kepada pasangan yang kurang upaya mulai tahun 1995. Pelepasan cukai tambahan ini dinaikkan kepada RM6.000 bagi pembayar cukai yang OKU, dan RM3500 kepada pasangan yang OKU bagi tahun 2005.
4.
Pengecualian Cukai Jalan / Bayaran Lesen Memandu
Jabatan Pengangkutan telah menyediakan kemudahan pengecualian cukai jalan (road tax) dan lesen memandu bagi orang kurang upaya yang menggunakan kenderaan kereta, van dan motosikal buatan tempatan. Syarat-syarat: i) ii) iii) iv) v)
Kereta, van dan motosikal nasional sahaja Berdaftar dengan JKM sebagai orang kurang upaya anggota Pengecualian diberikan kepada pemohon sahaja Pengecualian diberikan kepada sebuah kenderaan dalam satu masa Memiliki lesen memandu yang sah
5.
Kemudahan Pengangkutan Awam
Jabatan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada orang kurang upaya. Sehingga kini terdapat beberapa buah syarikat pengangkutan telah memberi insentif pengangkutan kepada golongan kurang upaya. Antaranya SISTEM PENERBANGAN MALAYSIA memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, KERETAPI TANAH MELAYU (KTM) menawarkan diskaun 50% daripada kadar tambang biasa KTM Komuter bagi warga kurang upaya dewasa dan kanak-kanak mulai 1 November 2003. Diskaun hanya dapat diperoleh melalui pembelian tiket di kaunter sahaja dan bukannya melalui mesin jualan tiket, Syarikat Prasarana Negara akan memberikan diskaun 50% ke atas tambang perjalanan. Syarikat pengangkutan swasta digalakkan untuk memberi kemudahan yang sama. 6.
Kemudahan Perumahan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga menyediakan kemudahan-kemudahan kepada orang kurang upaya bagi menyewa rumah-rumah kos rendah atau rumah pangsa DBKL dengan memberi pengurangan kadar sewa kepada orang kurang upaya. Bagi OKU yang berpendapatan rendah diberi keutamaan dalam memperolehi rumah kos rendah dan sederhana rendah dari Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dengan diberi diskaun harga sebanyak 20%. 7.
Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan
Kerajaan telah bersetuju supaya semua golongan orang kurang upaya yang berdaftar dengan JKM dikecualikan daripada bayaran rawatan perubatan di hospital kerajaan sepertimana dibentangkan dalam ucapan belanjawan 2001. Garis panduan pelaksanaan adalah seperti berikut:i) Tarikh kuatkuasa pemberian kemudahan bayaran rawatan perubatan percuma adalah mulai 28 Oktober 2000; ii) Golongan kurang upaya terhad kepada mereka yang berdaftar dengan JKM; iii) Kelas wad yang layak diduduki ialah wad kelas tiga; dan iv) Kemudahan ini adalah terhad kepada warganegara Malaysia sahaja.
8.
Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan
Jabatan Imigresen mengecualikan bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan (pasport antarabangsa) kepada golongan kurang upaya.
9.
Kemudahan Peluang Pekerjaan
Komitmen kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya terbukti melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 / 1988 yang telah dikeluarkan dimana kuota 1% peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada golongan orang kurang upaya. Bagi Sektor Swasta, Jawatankuasa Penggalakan Pengajian Orang Cacat Di Sektor Swasta telah ditubuhkan dalam tahun 1990 di bawah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah mewujudkan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta yang merupakan suatu garis panduan kepada agensi kerajaan, majikan, pertubuhan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan orang kurang upaya serta orang kurang kurang upaya sendiri untuk pendaftaran dan penempatan kerja orang kurang upaya bekerja di sektor swasta. Semua orang kurang upaya, boleh membuat pendaftaran di manamana Pejabat Tenaga Kerja Negeri dan Daerah.
10.
Sistem Penempatan Orang Kurang Upaya (SPOku)
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (Kementerian Sumber Manusia) menyediakan perkhidmatan pendaftaran secara online kepada majikan dan pencari kerja menerusi www.elx.qov.my. Pendaftaran boleh dilakukan dimana-mana tanpa perlu nadir di Jabatan Tenaga Kerja.
11.
Kemudahan Alat Ganti Orang Kurang Upaya
Kerajaan memberi pengecualian duti impot dan cukai jualan ke atas semua peralatan direka khas untuk kegunaan orang kurang upaya. 12.
Elaun Pekerja Cacat (EPC)
Had kelayakan siling pendapatan ditingkatkan dari RM500 kepada RM750 sebulan bagi membolehkan lebih ramai OKU yang bekerja menikmati EPC sebanyak RM200 sebulan. 13.
Pengecualian 50% Duti Eksais Ke atas Kenderaan OKU Anggota
Kementerian kewangan telah memberikan pengecualian 50% Duti Eksais ke atas kenderaan cacat anggota yang berkeupayaan memandu sahaja dengan syarat : i) Pemohon Berdaftar dengan JKM ii) Pemohon memiliki lesen memandu yang sah iii) Kenderaan tidak boleh dijual atau ditukarmilik sehingga tamat tempoh 10 tahun kecuali dengan kebenaran Perbendaharaan; dan
iv)
14.
Pengecualian hanya dibenarkan untuk sebuah kenderaan bagi setiap 10 tahun.
Pencen Terbitan
Kerajaan melalui JPA menyediakan pencen terbitan kepada anak/tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia. 15.
Bekerja 'Flexi-Hours1
Bagi semua anggota perkhidmatan awam yang mempunyai anak-anak kurang upaya, kerajaan akan membenarkan mereka bekerja mengikut 'flexi-hours' supaya dapat membolehkan urusan kebajikan anak mereka. 16.
Pelan Takaful Berkelompok Orang Kurang Upaya (PTBOKU)
'
Pelan Takaful Berkelompok OKU (Takaful Nasional) menyediakan perlindungan dan manfaat takaful khusus untuk OKU yang berdaftar dengan JKM secara berkelompok di bawah satu perjanjian Pelan Takaful Keluarga Berkelompok. lanya bertujuan untuk membantu keluarga atau OKU sendiri sekiranya berlaku sebarang malapetaka kepada dirinya dan juga sebagai persediaan diri. Skop dan amaun perlindungan 1. Untuk OKU (umur antara 1 hingga 65 tahun) Pilihan Manfaat Takaful (RM) Kematian Kematian Kemalangan Biasa
Keilatan Keilatan Kekal Kekal Akibat Akibat Kemalangan Seluruh Tubuh Badan
Belanja Belanja Perubatan Kebumi
Sumbangan Takaful Setahun (RM)
1
4,000
2,000
2,000
2,000
500
500
24
II
15,000
10,000
5,000
5,000
500
500
50
2. Untuk ibubapa/penjaga OKU (salah seorang-umur antara 18-65 tahun) Pilihan Manfaat Takaful (RM) Kematian Kematian Kemalangan Biasa
I II III 17.
5,000 10,000 20,000
2,500 5,000 10,000
Keilatan Keilatan Kekal Belanja Kekal Akibat Akibat Kebumi Seluruh Kemalangan Tubuh Badan
2,500 5,000 10,000
2,500 5,000 10,000
250 250 500
Sumbangan Takaful Setahun (RM)
15 30 60
Kemudahan Telekom
Telekom Malaysia (TM) telah menyediakan insentif / kemudahan kepada golongan orang kurang upaya seperti berikut: i) Bayaran sewa bulanan dikecualikan kepada golongan kurang upaya. ii) Panggilan 103 (operator) tidak dikenakan sebarang caj iii) Menyediakan panggilan menunggu atau panggilan pindahan secara percuma. Bagi orang kurang upaya berumur 19 tahun dan ke atas mereka layak memohon menggunakan maklumat sendiri dan bagi mereka berumur 18 tahun dan ke bawah mereka juga boleh memohon perkhidmatan bagi pihak keluarga mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan. 18.
Skim Pengecualian Separa Yuran Pengajian Universiti Terbuka Malaysia
Universiti Terbuka Malaysia telah melancarkan Skim Pengecualian Separa Yuran Pengajian bagi Golongan Kurang Upaya dan Warga Emas yang berusia 55 tahun ke atas pada 9 Ogos 2005 yang memberi peluang kepada golongan OKU dan warga emas untuk mengikuti pengajian sesuai dengan moto universiti Universiti Untuk Semua" dan "Merintis Pembelajaran Sepanjang Hayat". 19.
Bantuan Tongkat Pulih "White Cane" dan Mesin Braille
Kerajaan kini membiayai sepenuhnya pembelian "White Cane" dan Mesin Braille bagi mereka yang kurang upaya penglihatan. 20.
Franchise Shops
Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) digalakkan membuka Franchise Shop bertujuan memberi peluang pekerjaan kepada mereka dalam bidang keusahawanan. Mereka boleh mendapatkan permbiayaan di
bawah Skim Kredit Mikro Kerajaan dan akan diberi lokasi yang sesuai bagi menubuhkan rangkaian Franchise Shop tersebut. 21.
Pas Istimewa Untuk Golongan Kurang Daya Penglihatan
RAPID KL (Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd) juga telah mengeluarkan pas istimewa untuk golongan OKU Penglihatan, Pendengaran, Autisma, Anggota, Down Syndrome dan Mentally Handicapped yang mana sah di semua laluan system LRT STAR line, PUTRA line dan RAPID KL bas. Maklumat lanjut boleh hubungi 1-800-388-228. 22.
Pelepasan Cukai Anak Kurang Upaya Yang Belajar di IPT
Pelepasan cukai diperluaskan kepada anak kurang upaya yang belajar di institusi pengajian tinggi yang diktiraf di peringkat diploma dan ke atas di Malaysia atau di peringkat ijazah pertama dan ke atas di luar Malaysia. Dengan mengambil kira pelepasan sedia ada sebanyak 5 ribu ringgit untuk anak kurang upaya, ibu bapa akan layak mendapat pelepasan cukai berjumlah 9 ribu ringgit. Berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2006.
JKNS 2005