Seminar Kaunseling Keluarga 2008
103
AMALAN KAUNSELING KELUARGA DALAM AGENSI KERAJAAN : KAJIAN DI LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA 1
2
Zainuddin Bin Jusoh, Azlan Bin Aris, Mohamed Sharif Bin Mustaffa Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 81310 Skudai, Johor. 1
2
[email protected],
[email protected],
[email protected] ABSTRAK Penubuhan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) adalah untuk memberi tumpuan terhadap Perkhidmatan Perancang keluarga melalui pendekatan klinikal. Kini penumpuannya ialah dalam bidang pembangunan, keluarga dan kependudukan. Aktiviti aktiviti yang dijalankan melalui Unit Penerangan dan Latihan LPPKN ialah pendidikan. Ia meliputi pendidikan remaja dan pendidikan keibubapaan. Modul perkahwinan juga disediakan seperti Modul Smartstart dan Modul Bahtera Kasih. LPPKN turut memberi tumpuan terhadap Perancang Keluarga. Di bawah Unit Klinikal / Unit Reproduktif Manusia, LPPKN terkenal dengan perkhidmatan Perancang Keluarga. Selain itu juga LPPKN turut menyediakan perkhidmatan Kaunseling & Nasihat oleh Kaunselor. Perkhidmatan kaunseling bagi rawatan kesuburan telah berjaya membantu rawatan kesuburan termasuklah sokongan beberapa rawatan sampingan. Selain dari berusaha, kita juga disarankan berdoa. Walaupun kita telah maju dan berjaya, kita tidak lupa kepada aspekaspek sosial, terutamanya nilai dan adat hidup berkeluarga. Cabaran ini mengundang gaya hidup baru generasi muda yang mudah terdedah dengan pelbagai kegiatan negatif. LPPKN telahpun membangunkan pakejpakej modul latihan keibubapaan dan kekeluargaan di bawah pakej kasih. Modulmodul ini, yang meliputi persediaan perkahwinan dan pemantapan keluarga, kemahiran keibubapaan bagi ibu yang mempunyai anak kecil dan remaja, pembangunan remaja dan kebapaan, adalah satu program yang baik dan patut diteruskan. Bahkan programprogram sebegini harus dikembangkan lagi agar lebih ramai anggota masyarakat mendapat manfaat daripada program tersebut. PENGENALAN Penubuhan Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara. (LPPKN) adalah bagi menyumbang ke arah pembentukan individu, keluarga dan masyarakat yang kukuh, berakhlak, sihat, berilmu dan harmoni melalui perkhidmatan kekeluargaan yang berkualiti. Manusia adalah teras pembangunan. Kemajuan yang dinikmati hasil daripada pembangunan sejak kemerdekaan akan hanya memberikan manfaat sepenuhnya kepada rakyat sekiranya pertumbuhan penduduk dan kemajuan ekonomi diimbangi dengan pengurusan sumber yang cekap ke arah pembangunan yang mampan. Di bawah Rancangan Malaysia Ke9, pelaksanaan program keluarga dan masyarakat akan memberi lebih penekanan pada pembinaan keluarga yang kukuh dan masyarakat yang lebih penyayang untuk mencapai keseimbangan yang sempurna antara perkembangan material dan pembangunan insan. Mengikut aliran masa kini, senario bagi dekad akan datang adalah untuk keluarga nuklear yang kecil dengan kadar aktiviti ekonomi yang tinggi bagi pasangan suami dan isteri. Justeru, langkahlangkah perlu diambil untuk memastikan nilai keluarga tidak dikorbankan atas keuntungan ekonomi di peringkat nasional mahupun individu. Membina keluarga yang kukuh dan mapan dalam konteks masyarakat dan budaya penyayang akan menjadi satu cabaran pada masa depan. Keluarga sebagai unit asas dalam masyarakat merupakan tonggak pembinaan negara kita. Keluarga adalah komuniti pertama yang dikenali oleh setiap kanakkanak. Dalam jagaan dan perlindungan, dari keluargalah kanakkanak mempelajari nilai dan kebaikan serta norma dan amalan dalam konteks budayanya sendiri. Keluargalah yang membentuk keperibadian dan membina warganegara dalam acuan Malaysia.
104
Seminar Kaunseling Keluarga 2008
LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) komited untuk melaksanakan program Kependudukan, Pembangunan Keluarga dan Reproduksi Manusia dengan lebih menyeluruh dan berkesan bagi melahirkan keluarga yang berkualiti dan bangsa Malaysia yang progresif. Oleh yang demikian, komitmen LPPKN adalah untuk: i.
Bertindak sebagai agensi utama dalam mempromosikan pembentukan keluarga dan penduduk yang berkualiti melalui penyebaran maklumat, latihan dan pendidikan dan rangkaian kerjasama dengan agensi dalaman dan antarabangsa. ii. Melaksanakan penyelidikan secara berterusan dan saintifik di mana keselamatan dari segi maklumat akan dirahsiakan. iii. Menghasil dan menyebarkan maklumat awal kajian dalam tempoh 3 6 bulan selepas kajian tamat. iv. Memberi perkhidmatan kekeluargaan yang berkualiti, cekap, tepat dan mesra. v. Menyediakan khidmat sumber maklumat yang lengkap dan terkini untuk para penggubal dasar, agensi agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) serta orang ramai. vi. Menentukan program latihan dan pendidikan dilaksanakan secara terancang dengan mengguna bahanbahan pembelajaran yang seragam, terkini dan dikendalikan oleh jurulatih yang berkelayakan. vii. Memastikan setiap anggota LPPKN diberi latihan sekurangkurangnya 7 hari setahun bagi peningkatan pengetahuan dan kemahiran. viii. Menyediakan khidmat konsultansi dan sokongan yang cekap, cepat, tepat, telus, mesra dan saksama. ix. Menyediakan prasarana dan kemudahan ICT yang lengkap dan terkini bagi menyokong perlaksanaan program dan aktiviti untuk kumpulan sasar LPPKN. AMALAN PERKHIDMATAN LPPKN telah melaksanakan program pembangunan keluarga menerusi kursus dan aktiviti yang boleh meningkatkan tahap pengetahuan serta kemahiran dalam aspek keibubapaan dan kekeluargaan. Program yang dilaksanakan juga melibatkan aktiviti reproduksi manusia melalui perkhidmatan klinikal dan kaunseling kepada kumpulan sasar. Selain itu juga, LPPKN turut menyediakan program advokasi, promosi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia. PERKHIDMATAN PERANCANG KELUARGA Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) terus menyediakan perkhidmatan perancang keluarga yang sedia ada seperti menyediakan kaedah perancang keluarga, kaunseling perancang keluarga dan perkhidmatan pap smear. Perkhidmatan ini disediakan oleh jururawat klinik di bawah penyeliaan seorang mentor yang berpengalaman. Perkhidmatan doktor profesional bagi mengendalikan kes perancang keluarga dan masalah yang berkaitan dengannya turut disediakan. PERKHIDMATAN KEPAKARAN Bermula pada bulan Mac 2002, perkhidmatan baru seperti menopaus, andropaus, pengurusan kemandulan, kaunseling seksual dan aktiviti kemasyarakatan berasaskan kes telah disediakan pada hari tertentu. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh pakarpakar dari ibu pejabat LPPKN dan juga doktor sambilan. SARINGAN KANSER REPRODUKTIF Perkhidmatan saringan kanser reproduktif wanita dan lelaki turut disediakan bagi dimanfaatkan oleh penduduk setempat. Antara perkhidmatan saringan kanser yang disediakan di klinik ialah : §
Pemeriksaan payudara dan juga demonstrasi pemeriksaan sendiri
104
Seminar Kaunseling Keluarga 2008
§ §
105
Pemeriksaan pap smear Pemeriksaan testicular (buah zakar)
PERKHIDMATAN LATIHAN & PEMBELAJARAN Pelbagai program dan aktiviti latihan dan pembelajaran telah dirancang, diselaras dan dilaksanakan di LPPKN. Antara aktiviti yang mendapat sambutan ramai ialah kursus modul pembangunan keluarga dan keibubapaan serta kekeluargaan berasaskan modul yang telah dibangunkan oleh LPPKN. Modulmodul yang digunakan ialah : · · · · ·
Bantera KASIH (Pemantapan Keluarga) Belaian KASIH (Keibubapaan Anak Kecil) Mutiara KASIH (Keibubapaan Anak Remaja) Permata KASIH (Pembangunan Remaja) Pancaran KASIH (Kebapaan)
Pengendalian teknik kursus jurulatih ialah dalam bidang kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia. Menyebar data dan maklumat mengenai kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia melalui seminar, bengkel, forum dan persidangan. PERKHIDMATAN KAUNSELING LPPKN bukan sekadar melaksanakan program pembangunan keluarga, malahan menyediakan perkhidmatan kaunseling seperti berikut : · · · · · · · ·
Kaunseling perancang keluarga Kaunseling seksual Kaunseling keluarga Kaunseling remaja Kaunseling kanakkanak Kaunseling kelompok Bimbingan kerjaya Telekaunseling
KEKUATAN LPPKN telah menyediakan khidmat kaunseling bagi rawatan kesuburan. Lebih 20,000 pasangan melalui pelbagai kaedah rawatan kesuburan di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sejak diperkenalkan 1979 dan hingga kini menghasilkan lebih 2,600 bayi. Perkhidmatan disediakan merangkumi kaunseling dan khidmat sokongan selain mempunyai bilik bedah dan makmal bagi membantu rawatan kesuburan. Antara rawatan yang disediakan ialah permanian dalam rahim (IUI), gamete intra fallopian transfer (Gift), invitro fertilization (IVF) dan cytoplasmic sperm injection (ICSI). Sebagai contoh, menerusi kaedah IVF atau persenyawaan tabung uji yang menelan belanja sehingga RM9,000, sebiji telur wanita memerlukan 100,000 sperma yang akan mengelilinginya tetapi hanya satu yang dibenarkan masuk untuk persenyawaan dan pembentukan janin. Hanya 10 hingga 12 peratus anak akan lahir daripada kaedah IVF. Fail pesakit akan ditutup apabila wanita itu berjaya mengandung dan apaapa yang berlaku selepas itu adalah di luar kawalan kita. Sebagai pasangan suami isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat, berikut ialah beberapa amalan untuk mendapatkan zuriat. Umat Islam digalakkan berdoa kerana ia merupakan otak ibadah. Di dalam Al Quran terdapat himpunan doadoa yang diberi oleh Allah untuk kita bacakan setiap hari.
106
Seminar Kaunseling Keluarga 2008
Ikutilah contoh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Zakaria a.s., masingmasing tidak putusputus berdoa kepada Allah untuk mendapat zuriat yang soleh. Mereka diduga sehingga usia yang tua dan uzur sebelum mendapat zuriat. Doa Nabi Ibrahim a.s. Allhuma innaka ta'lamusirniiwa'alaa niyati faqbul ma zrotii wa ta'lamu haajatii fa a'thinii su'lii wa ta'lamu maa fii nafsii faghfir lii zanbii Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajatku, berikanlah permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku.’ Doa Nabi Zakaria. a.s. Robbi laa tazar dan wantakhoirul waaa rithiin Tuhanku, janganlah engkau tinggalkan daku seorang diri padahal engkau Tuhan yang paling baik dari segala orang yang mewarisi Surah AlAnbiya:21:89 Robbi hablee miladunlakaa zurrituntoiyiban innaka samii uddua Tuhanku, berilah kepadaku dari sisimu keturunan (anak) yang baik, sesungguhnya engkau Tuhan yang sangat mendengar doa Surah Ai Imran 3:38 Doa sebelum persetubuhan Bismillahi Allhuma jannibnas syaithoona wa jannibis syaithoona maa rozaq tanaa. Dengan nama Allah , Ya Allah ! Jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau kurniakan kepada kami (anak) Doa ini amat penting diamalkan oleh setiap pasangan suami isteri sebelum melakukan persetubuhan demi untuk menghindar dari gangguan syaitan ke atas janin kerana diriwayatkan bahawa syaitan boleh menganggu apabila pembentukan janin berlaku. Mungkinkah ini yang menyebabkan kecacatan pada janin dan kehamilan Molar. CABARAN Sistem keluarga sebagai institusi asas masyarakat perlu terus diperkukuhkan. Kita sedar bahawa keluarga ialah penerima dan penyumbang kepada pembangunan negara. Kekuatan dan keutuhan sesebuah keluarga dapat mempengaruhi dan menjamin kestabilan masyarakat dan negara. Rosak keluarga, maka pincanglah masyarakat. Runtuh keluarga, maka musnahlah negara. Oleh yang demikian, dasar dan program yang mensasarkan golongan remaja sentiasa diberi keutamaan yang lebih memandangkan banyak masalah sosial melibatkan mereka. Pembangunan pesat negara ini mengundang gaya hidup baru generasi muda yang terdedah dengan pelbagai kegiatan seperti lumba haram, penglibatan dalam jenayah, terjebak dalam najis dadah dan seks bebas yang boleh mengundang kepada bahaya HIV dan AIDS. Mengenal pasti program jangka pendek dan panjang yang sesuai untuk menangani penyakit sosial ini akan menjadi satu cabaran dalam program kependudukan. Aliran yang berlaku kebelakangan ini benarbenar mengejutkan dan membimbangkan kita. Ketika kita mengecapi pelbagai corak kemajuan, banyak gejala sosial dan penyakit masyarakat yang telah berlaku. Gejalagejala ini boleh mengganggu gugat keamanan masyarakat, menjejaskan perpaduan bangsa, dan membantutkan perkembangan negara. Sesungguhnya, kejadian amuk, bunuh, rogol, menagih dadah, sumbang mahram, penderaan ke atas ahliahli keluarga, pemujaan syaitan, ajaran sesat, remaja lari dari rumah, salahlaku pelajar, menonton video lucah serta pelbagai keganasan dan jenayah rumahtangga menjadi
106
Seminar Kaunseling Keluarga 2008
107
semakin berat. Pendedahan perkara ini bukan untuk menakutnakutkan masyarakat, tetapi ia berasaskan kajian, tangkapan dan statistik yang diperoleh oleh pihak berkuasa. CADANGAN NILAI TAMBAH Sebenarnya, ibubapa juga harus dididik supaya memberi perhatian kepada perkembangan pendidikan dan akhlak anakanak mereka, agar pengawasan yang mencukupi dapat diberikan. Anakanak tidak patut berasa terabai oleh ibubapa. Bakal ibu dan bapa hendaklah dilatih supaya mempunyai kemahiran mendidik anakanak. Jangan fikirkan ilmu keibubapaan ini datang secara automatik. Ilmu ini perlu dipelajari dan didalami oleh setiap pasangan ibubapa. Ini amat penting bagi menghasilkan generasi muda yang bertanggungjawab, berwawasan serta berdisplin. Justeru, program kemahiran keibubapaan harus diberi keutamaan dan diajar di institusiinstitusi pendidikan, pusatpusat komuniti serta tempat tempat kerja. Perkara ini adalah satu program yang amat penting untuk diadakan. Menerusi program seperti ini, kita dapat melahirkan generasi ibu bapa yang lebih bertanggungjawab dan berdedikasi. Umum memahami bahawa pelbagai strategi baru telah dilaksanakan oleh LPPKN untuk menyediakan maklumat demografi kepada penggubal dasar, para perancang, pengurus program, media dan masyarakat. Antaranya ialah penerbitan flyer pop info, sebuah pangkalan data yang mesra pengguna iaitu popnet. Pada masa ini, pengintegrasian maklumat kependudukan ke dalam proses perancangan pembangunan perlu ditingkatkan lagi memandangkan pengintegrasian faktor ini ke dalam perancangan sektoral dan subnasional, terutamanya dalam mengatasi masalah atau isu tertentu adalah sangat penting. Sehubungan itu, maklumat kependudukan amatlah diperlukan sebagai input kepada perancangan program dan aktiviti pembangunan. Maklumat bersepadu mengenai penduduk dan pembangunan bagi sesebuah negeri di Malaysia belum diusahakan lagi kerana tidak ada agensi kerajaan yang khusus untuk menerbitkannya. KESIMPULAN Sebenarnya, kasih sayang adalah pengikat keluarga. Kasih sayang boleh diibaratkan sebagai `gam' yang menyatupadukan keluarga sejahtera. Ia dilahirkan melalui perasaan, dan ditunjukkan dengan perbuatan. Dengan adanya perasaan kasih sayang maka tercetuslah perasaan hormat menghormati, prihatin, mengambil berat, memberi sokongan serta perlindungan, dan lainlain lagi. Kasih sayang ibubapa adalah ibarat `asas kehidupan' anak anak. Keluarga yang dibina dengan penuh kasih sayang akan dapat melahirkan insan yang prihatin dan bersifat penyayang.Ingatlah bahawa anak adalah amanah dari Allah. Kita perlu jaga amanah ini dengan betul dan cermat supaya ia tidak mendatangkan sebarang mudarat. Allah SWT telah berfirman dalam surah Luqman, ayat 13, bermaksud; "dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: `wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah kezaliman yang besar". Begitulah Alquran menjelaskan bagaimana ibubapa mesti memastikan anakanaknya sentiasa berada di jalan yang benar dan mencapai kejayaan. Kita perlu sedar bahawa anakanak kita adalah pewaris yang bakal menerajui negara. Oleh itu, mereka perlu mempunyai akhlak yang luhur dan tingkahlaku yang terpuji. Oleh yang demikian, semua pihak agar turut bersama dalam memperkukuhkan institusi keluarga. Diharapkan usahausaha ini dapat membantu kita membendung gejalagejala sosial dari terus membelenggu masyarakat, dan seterusnya mewujudkan keluarga Malaysia yang harmoni dan sejahtera. Semoga matlamat kita ke arah satu masyarakat dan negara yang aman, stabil dan makmur akan tercapai.
108
Seminar Kaunseling Keluarga 2008
RUJUKAN Hua Lian,(2001). Dasar Kependudukan Malaysia ke Arah 70 Juta Penduduk. Retrieved July st 1 , 2001, from http://www.geocities.com/hualian_studentclub.html Jalaludin Abd. Aziz (Mac 2006). Senario Keluarga Masa Kini dan Masa Depannya. ISM Minda, Vol. 6. Institut Sosial Malaysia. Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara, (2008). Piagam Pelanggan LPPKN. Retrieved July 24, 2008. from http://www.lppkn.gov.my/BM Mahmood Zuhdi (1997). Pengantar UndangUndang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Mohd Taib Hj. Dora (2005). “Faktor Keluarga Bermasalah di Malaysia dan Strategi Mengatasinya.” Liberalisasi Komuniti. Melaka : Penerbit Universiti KUTKM. Rosmah Dain, (2005). Kesihatan reproduktif Amalan jarak hamil perlu ditingkat. Retrieved March 15, 2005. from http://www.utusan .com.my Zahir Zainudin , (2 0 0 7 ) . Masalah sosial dan hala tuju masa depan keluarga di Malaysia . Retrieved March 14, 2007. from http://www.zahirzainudin.blogspot.com
108