Halaman 1 daripada 5
Terma & Syarat Tawaran Penerimaan Cloud PBX TK16 Disemak pada 23 Mei 2016 Dokumen ini menetapkan butiran Tawaran Penerimaan Cloud PBX TK16 (“Tawaran”), termasuk keperluan kelayakan dan obligasi bagi Microsoft Corporation (“Microsoft”) dan pelanggan yang turut serta (“Pelanggan”). Dengan menyertai Tawaran ini, Pelanggan mengisyaratkan penerimaan terma dan syarat ini.
Skop Tawaran Seperti yang diperincikan di bawah, jika Pelanggan memenuhi syarat kelayakan Tawaran, Pelanggan mungkin layak untuk mendapat faedah daripada pelaburan pelaksanaan yang dibayar oleh Microsoft secara langsung kepada Microsoft Consulting Services atau Rakan Kompetensi Komunikasi Perak atau Emas yang layak (“Rakan Kongsi”). Pembiayaan disediakan hanya di wilayah di mana ciri ini disediakan.
Terma Tawaran Pembiayaan Cloud PBX yang Layak Rakan Kongsi boleh menerima pembiayaan berikut berdasarkan bilangan SKU Cloud PBX yang layak yang dibeli oleh Pelanggan PBX antara 1 Disember 2015 dengan 30 Jun 2016 (“Tempoh Tawaran”). Terdapat keperluan pembelian minimum iaitu sama ada 50 SKU atau 150 SKU bergantung pada tarikh pembelian sebagaimana yang ditunjukkan dalam jadual di bawah. Carta Rujukan Tawaran Penerimaan Cloud PBX TK16 Tarikh Kuat Kuasa
Pembelian Minimum Yang Diperlukan untuk Tawaran
1 Disember, 2015 – 31 Januari 2016
150 tempat
1 Februari 2016 – 30 Jun 2016
50 tempat*
*Tidak sah untuk pembelian sebelum 1 Februari 2016
SKU yang layak termasuk Office 365 Enterprise E5, Office 365 Government G5, SKU kendiri Cloud PBX, Pelan 2 kendiri Skype for Business dengan Cloud PBX, naik taraf E3 kepada E5, naik taraf E4 kepada E5, SKU Cloud PBX Tambahan kepada E1, SKU Cloud PBX Tambahan kepada E3. Rakan Kongsi boleh memperoleh:
$10,000 untuk konfigurasi Cloud PBX dan penyelesaian 50 pelaksanaan pengguna Tambahan $10 setiap tempat sehingga 5000 SKU setelah melaksanakan sekurangkurangnya 90% SKU yang layak, sehingga $50,000 Pembiayaan maksimum ialah $60,000 setiap pelanggan Contoh: Pelanggan membeli 150 SKU, melaksanakan 49 SKU sahaja, rakan kongsi tidak akan dibayar $10,000 berkaitan Pelanggan membeli 2,000 SKU yang layak, rakan kongsi mungkin menerima $10,000 untuk mengkonfigurasi Cloud PBX dan melengkapkan 50 pelaksanaan pertama dan $20,000 untuk 2,000 SKU yang dilaksanakan pada Cloud PBX untuk sejumlah $30,000.
Terma & Syarat Tawaran Penerimaan Cloud PBX TK16
Halaman 2 daripada 5 Pelanggan membeli 12,000 SKU yang layak, rakan kongsi mungkin menerima $10,000 untuk mengkonfigurasi Cloud PBX dan melengkapkan 50 pelaksanaan pengguna dan hanya $50,000 bagi pembiayaan setiap tempat memandangkan pembiayaan maksimum yang dibenarkan ialah $60,000. Penggunaan Pembiayaan Pembiayaan Rakan Kongsi perlu digunakan untuk memacu pelaksanaan Cloud PBX dan memberi hasil pelanggan berikut: • Laksanakan Cloud PBX • Konfigurasi Kesambungan PSTN Di Premis • Konfigurasi panggilan PTSN Peristiwa Penting Pelaksanaan Sebelum Rakan layak menerima pembiayaan pelaburan menerusi tawaran ini, Rakan hendaklah memuaskan setiap pencapaian penting berikut agar pelaksanaan Pelanggan untuk disifatkan sebagai lengkap, termasuk: • •
Pelanggan mempunyai Pelan Kejayaan yang diluluskan di Pusat FastTrack Pengesahan konfigurasi Cloud PBX yang berjaya dengan antara 50-5000 pengguna dilaksanakan menggunakan Kesambungan PSTN Di Premis dan / atau Panggilan PSTN dengan 90% SKU layak dilaksanakan
Microsoft akan mengesahkan pelaksanaan setiap tempat menerusi skrip yang rakan kongsi akan jalankan dalam persekitaran pelanggan, sebelum pembayaran diluluskan untuk seseorang Rakan Kongsi. Microsoft akan menolak permintaan pelaburan Rakan Kongsi di mana tiada penggunaan telah dilaksanakan pada Cloud PBX. Microsoft juga mungkin mengesahkan metrik lain, termasuk migrasi data, maklum balas Pelanggan, dsb. Tiada dana akan dibayar sehingga Rakan Kongsi telah melengkapkan semua kerja pelaksanaan yang diperlukan. Keperluan Kelayakan Pelanggan hendaklah membeli sekurang-kurangnya bilangan minimum SKU Office 365 yang layak sepanjang Tempoh Tawaran, menurut tarikh yang ditunjukkan dalam jadual di atas. Pelanggan mungkin memenuhi keperluan minimum ini dengan mengumpulkan sebarang bilangan transaksi yang berasingan yang berlaku sepanjang Tempoh Tawaran ini. Dana yang layak diterima oleh Rakan akan berdasarkan bilangan SKU yang layak yang dibeli oleh Pelanggan menjelang akhir Tempoh Tawaran. 1) Tawaran ini hanya berkenaan bagi pelaksanaan SKU Office 365 yang layak yang dibeli oleh Pelanggan sepanjang Tempoh Tawaran dan yang aktiviti pelaksanaan telah dilengkapkan oleh Rakan Kongsi dan invois diserahkan kepada Microsoft dalam tempoh 12 bulan daripada pembelian pertama yang layak atau sebelum berakhir terma perjanjian Office 365 yang layak dengan Pelanggan, mengikut mana yang berlaku dahulu. 2) Rakan yang layak hendaklah mendapatkan pembiayaan tawaran dalam Pesanan Pembelian yang diluluskan sebelum mereka boleh mula menyampaikan perkhidmatan Penerimaan yang dibayar oleh Tawaran ini. Dasar Perolehan Microsoft memandatkan Pesanan pembelian yang diluluskan mesti wujud sebelum sebarang kerja berasaskan yuran bermula. Mengikut peraturan kawalan dan pematuhan Tawaran ini, tiada PO akan diproses dalam senario after-the-fact (ATF),
Terma & Syarat Tawaran Penerimaan Cloud PBX TK16
Halaman 3 daripada 5
3) Jumlah pembiayaan Tawaran dikira berdasarkan bilangan pembelian SKU yang layak yang dibuat di peringkat penyewa Microsoft, bukan di peringkat ID Induk Atas Microsoft.
4) Transaksi yang berpotensi layak tidak boleh melibatkan Pelanggan yang boleh mewujudkan konflik kepentingan. 5) Pelanggan Office 365 sedia ada yang membeli SKU yang layak semasa rangka masa Tawaran akan layak untuk Tawaran ini. 6) Pelanggan yang telah menerima wang pelaksanaan Office 365 terdahulu mungkin layak untuk Tawaran ini. 7) Pelanggan yang layak untuk Tawaran ini juga mungkin layak untuk Tawaran Penerimaan TK16 Office 365. Sila rujuk Terma dan Syarat Tawaran Penerimaan Office 365 TK16. 8) Pembelian Office 365 yang dibuat menerusi program Kebajikan tidak layak untuk tawaran ini? 9) Pelanggan yang meraih manfaat “Ditempat belum Dibil” atau RNYB untuk lesen Langganan Pengguna Penuh tidak layak untuk tawaran ini kerana mereka meraih manfaat daripada transisi harga bebas. Pelanggan yang membeli SKU tambahan di bawah RNYB layak untuk tawaran ini. 10) Lihat Kriteria Pematuhan tambahan di bawah. Pembayaran Rakan boleh menginvois Microsoft sebanyak $10,000 untuk pembiayaan pelaburan tawaran ini sebaik sahaja pelaksanaan 50 tempat dilengkapkan. Rakan kongsi boleh menghantar invois muktamad kepada Microsoft untuk pelaksanaan sekurang-kurangnya 90% SKU yang layak. Semua pembiayaan pelaburan pelaksanaan akan dibayar oleh Microsoft secara langsung kepada Rakan dalam mata wang tempatan berdasarkan kadar pertukaran Microsoft yang diterbitkan dan dibayar setiap setengah bulan. Bagi semua pembayaran berkaitan yang diterima daripada Tawaran ini, Rakan bertanggungjawab secara tunggal untuk melaporkan dan membayar semua cukai yang dikenakan (seperti cukai nilai ditambah, cukai jualan, cukai penerimaan kasar, atau sebarang cukai lain) yang mungkin diperlukan di bawah undangundang yang berkuat kuasa. Pelanggan seharusnya merujuk pada penasihat cukai tentang sebarang soalan atau kebimbangan mengenai cukai yang dikenakan berkaitan dengan tawaran ini dan bersetuju untuk menanggung kerugian dan memastikan Microsoft tidak dimudaratkan oleh sebarang ganti rugi yang berpunca daripada kegagalan Pelanggan untuk membayar cukai-cukai ini bertepatan dengan masanya. Pelaburan pelaksanaan yang berkaitan dengan Tawaran ini mungkin atau mungkin tidak meliputi kos penuh pelaksanaan. Jika kos Rakan untuk melakukan pelaksanaan melebihi pembiayaan pelaburan pelaksanaan yang berkaitan dengan Tawaran ini, Rakan mungkin berusaha mendapatkan kembali daripada Pelanggan perbezaan antara kos Rakan dengan pembiayaan pelaburan pelaksanaan yang diterima daripada Microsoft. Dengan memilih untuk menyertai Tawaran ini, Pelanggan dan Rakan mengakui bahawa ini dan persetujuan untuk menanggung kerugian dan memastikan Microsoft tidak dimudaratkan daripada sebarang tuntutan yang berkaitan dengan kos Rakan yang melebihi pembiayaan pelaburan pelaksanaan. Terma & Syarat Tawaran Penerimaan Cloud PBX TK16
Halaman 4 daripada 5
Pelarasan untuk Pembayaran Jika Rakan menerima pembayaran lebih daripada pembiayaan pelaburan pelaksanaan daripada Microsoft, atau jika Microsoft mendapati bahawa pembayaran dibuat kepada Rakan untuk pelaksanaan yang tidak dilengkapkan sepenuhnya dengan Tawaran ini, Microsoft mungkin melaraskan atau menolak sejumlah daripada pembayaran kepada Rakan pada masa hadapan atau memerlukan supaya Rakan membayar balik pembiayaan tersebut kepada Microsoft. Publisiti Pelanggan mungkin ditawarkan untuk ditampilkan dalam kajian kes bertulis dan bahan promosi lain, yang memperincikan pilihan dan penggunaan teknologi Microsoft Office 365 oleh Pelanggan; termasuk sebut petikan, logo dan imej Syarikat. Kelulusan untuk menampilkan Pelanggan dalam publisiti perlu diperoleh sebelum sebarang publisiti dilaksanakan. Perkongsian Maklumat Pelanggan bersetuju untuk berkongsi maklumat dengan Microsoft mengenai ramalan dan kemajuan Pelaksanaan apabila diminta. Pembatalan Tawaran Sebarang ketidakpatuhan kepada terma Tawaran ini akan membatalkan Tawaran. Dalam keadaan seperti ini, Rakan akan perlu membayar balik kepada Microsoft semua pembiayaan pelaburan pelaksanaan yang telah dibayar oleh Microsoft kepada Rakan berlandaskan Tawaran ini. Microsoft juga berhak berusaha mendapatkan semua remedi undang-undang dan yang adil yang tersedia di bawah undang-undang yang berkuat kuasa. Pertikaian Tawaran Bagi sebarang pertikaian berhubung Tawaran ini atau sebarang pembayaran yang berkaitan dengan Tawaran, Pelanggan hendaklah menghubungi Microsoft secara bertulis dengan menghantar e-mel kepada
[email protected] dalam tempoh 30 hari dari pembayaran atau peristiwa yang dipertikaikan. Selepas 30 hari, Tawaran dan semua pembayaran yang berkaitan dengan Tawaran hendaklah disifatkan sebagai muktamad dari segala segi. Penanggungan Kerugian Pelanggan hendaklah sentiasa menanggung kerugian Microsoft daripada sebarang kerugian, kos, perbelanjaan atau liabiliti, sama ada langsung atau tidak langsung, yang berpunca daripada pelanggaran terma Tawaran ini oleh Pelanggan. Penafian kerugian ini akan berterusan selepas tamatnya Tawaran ini.
Terma & Syarat Tawaran Penerimaan Cloud PBX TK16
Halaman 5 daripada 5
Liabiliti Semua perkhidmatan bantuan pelaksanaan yang disediakan di bawah Tawaran Pembayaran Balik Penerimaan akan dilaksanakan oleh Rakan di bawah perjanjian berasingan antara Rakan dengan Pelanggan. Meskipun Rakan telah diluluskan oleh Microsoft untuk menyertai Tawaran ini, Rakan (kecuali Perkhidmatan Rundingan Consulting (MCS)) bukan gabungan Microsoft dan tidak mempunyai kuasa untuk mengikat sebarang obligasi atau liabiliti ke atas Microsoft. Melainkan sebagaimana yang sebaliknya ditetapkan dalam perjanjian berasingan antara Microsoft dengan Pelanggan, sehingga tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkuat kuasa, Microsoft tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang ganti rugi yang berpunca daripada perkhidmatan pelaksanaan yang mungkin disediakan oleh Rakan berhubung Tawaran ini. Penamatan atau Perubahan Tawaran Microsoft, menurut budi bicara tunggalnya, boleh menamatkan, mengubah suai, atau menyemak terma Tawaran ini pada bila-bila masa. Pengubahsuaian boleh merangkumi, tetapi tidak semestinya terhad pada, SKU yang layak untuk Tawaran ini, jumlah pembiayaan pelaburan pelaksanaan yang disertakan dalam Tawaran, atau kelayakan Pelanggan untuk Tawaran ini. Pelanggan boleh menamatkan penyertaannya dalam Tawaran ini pada bila-bila masa dengan memaklumkan Microsoft secara bertulis. Microsoft tidak akan mengedarkan sebarang pembiayaan pelaburan pelaksanaan sebagai sebahagian daripada Tawaran ini bagi transaksi yang layak yang diserahkan oleh Pelanggan selepas penamatan penglibatan Pelanggan dalam Tawaran ini. Undang-undang yang Berkuat Kuasa Undang-undang Negeri Washington mentadbir terma Tawaran ini. Perhubungan Pihak-pihak Berkaitan Terma dokumen ini secara menyeluruh, mahupun sebarang terma atau syarat khusus yang berkaitan dengan Tawaran ini, tidak akan ditafsirkan sebagai mewujudkan perkongsian, usaha sama, agensi, atau francais antara Microsoft dengan Pelanggan.
Terma & Syarat Tawaran Penerimaan Cloud PBX TK16