TAHAP
2
Cuaca Melampau
Meneroka • Membongkar Orbit Buku Sneak Peak! • Menaakul
www.orbitbuku.com.my
Kandungan Kuasa alam semula jadi .........................6 Puting beliung ........................................8 Bahana puting beliung.........................10 Taufan ..................................................12 Bahana taufan ......................................14 Kilat ......................................................16 Pengejar ribut ......................................18 Ribut kebakaran ...................................20 Ribut hujan batu ..................................22 Runtuhan salji ......................................23 Banjir ....................................................24 Kemarau ...............................................26 Pemecah rekod ....................................28 Menghasilkan puting beliung mini ......30
Glosari ..................................................31 Indeks ...................................................32
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
Menghasilkan puting beliung mini Pusaran air ialah jisim cecair yang membentuk aliran ke bawah di bahagian tengah semasa bergerak dalam pergerakan bulat. Pusaran air itu menarik semua benda semasa bergerak ke bahagian tengah. Kesan lubuk pusar ini sangat serupa dengan pembentukan puting beliung.
1
Ambil botol plastik dan buka penutupnya serta buang sebarang cecair. Isikan air ke dalam botol itu hingga dua pertiga penuh.
2
Tambahkan sejumlah kecil perada ke dalam air. Letakkan setitis cecair pencuci pinggan ke dalam air. Tutup botol itu dengan penutupnya ketat-ketat.
3
Tegakkan botol dan pusingkan botol itu dalam bentuk pusaran, pada paksi menegak untuk menghasilkan puting beliung di dalam botol.
4
Tambahkan pewarna makanan di dalam air itu bagi membolehkan anda melihat puting beliung itu dengan lebih jelas.
5
Buat uji kaji lain dengan menambahkan dan mengurangkan air, atau menukar jumlah cecair pencuci pinggan. Lihat sama ada perubahan jumlah air atau pencuci pinggan akan mengubah pembentukan puting beliung anda.
6
Cuba putarkan atau pusingkan botol dengan lebih perlahan atau lebih pantas untuk melihat sebarang perbezaan.
Apa yang anda perlukan: Satu botol plastik besar dengan penutup Air Perada Cecair pencuci pinggan Pewarna makanan (pilihan)
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
6
CUACA MELAMPAU
Kuasa alam semula jadi
C
uaca mempengaruhi cara hidup kita, aktiviti yang kita lakukan, dan jenis pakaian yang kita pakai. Kuasa alam semula jadi sentiasa mempengaruhi cuaca kita. Cuaca yang ekstrem menyebabkan ribut salji, ribut, banjir, dan halilintar atau kemarau panjang dengan gelombang haba yang berlarutan selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
Taufan dan banjir Taufan dapat mengakibatkan banjir yang teruk. Ribut yang membadai menolak air laut ke pantai, membanjiri bandar di pantai itu. Hujan lebat menyebabkan banjir di kawasan pedalaman. New Orleans, Louisiana, Amerika Syarikat yang luas, banjir akibat Taufan Katrina yang melanda pada Ogos 2005.
Ribut di lautan Ribut laut yang ganas lazimnya menghasilkan angin kencang yang membentuk gelombang laut pemusnah. Kuasa luar biasa gelombang besar ini mampu memusnahkan bot dan kadangkala keseluruhan kampung di pinggir pantai.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
7 Lebih 1 800 orang maut akibat Taufan Katrina. Kos pemulihan kemusnahan akibat taufan itu adalah yang termahal dalam sejarah Amerika.
Kilat Semasa kejadian ribut petir, panahan kilat sering terjadi. Kilat terbentuk akibat pertambahan tenaga elektrik di dalam awan ribut petir. Kilat dapat memancar ke bawah atau ke udara dari awan serta melompat dari awan ke awan yang lain.
Puting beliung Puting beliung ialah udara yang berpusar ganas, berbentuk corong dari awan ke daratan. Puting beliung sering berlaku di kawasan Lembah Puting Beliung di Amerika Syarikat. Puting beliung mampu mengangkat kereta, trak, malah bangunan.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
8
CUACA MELAMPAU
Puting beliung
P
uting beliung adalah angin yang berpusar kencang dalam bentuk corong yang mencecah tanah dari ribut petir supersel. Puting beliung ada kalanya berlaku selama beberapa saat dan ada yang melebihi satu jam. Puting beliung terbentuk apabila angin yang panas dan lembap bercampur dengan angin yang sejuk dan kering di dalam ribut petir. Perubahan arah angin menghasilkan corong udara yang berpusar dan berpintal ke arah daratan.
DI DALAM PUTING BELIUNG 1 Udara yang panas dan lembap memasuki aliran naik melepasi udara sejuk aliran turun. 2 Sebahagian aliran turun berpusar ke dalam. 3 Aliran turun kemudiannya naik di bahagian luar puting beliung. 4 Pada masa yang sama, turus udara mula berputar dari bahagian luar. 5 Tekanan udara di dalam puting beliung sangat rendah, menyebabkan udara di bahagian teras mendap. 6 Puting beliung mini terbentuk di dasar dan membentuk laluan lingkaran tersendiri ke dalam tanah. 7 Setiap puting beliung mini mengelilingi puting beliung semasa bergerak merentasi daratan.
Permulaan yang ganas
Corong awan, iaitu kolum udara yang berpusar berbentuk kon, mengunjur ke bawah dari bahagian dasar ribut petir tetapi tidak menyentuh daratan. Kebanyakan puting beliung bermula sebagai corong awan, tetapi banyak juga corong awan yang tidak menjadi puting beliung. Luas corong puting beliung adalah daripada selebar 3 meter hinggalah ke 1.6 kilometer.
7
Menakjubkan!
Puting beliung bergerak merentas daratan pada kelajuan 105 kilometer sejam dan dapat menjana angin selaju 480 kilometer sejam.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
4
1
5
3
22 6
Pembentukan puting beliung
Apabila udara panas dan lembap bertembung dengan udara sejuk dan kering, atmosfera menjadi tidak stabil. Perubahan arah angin dan peningkatan kelajuan angin membentuk pusaran mendatar tiub udara di bahagian bawah atmosfera. Udara dalam awan petir yang menaik mengubah haluan tiub udara daripada mendatar ke menegak lalu terjadilah corong awan. Sekiranya corong ini sampai ke daratan, puting beliung akan terbentuk.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
Cuaca Melampau Cuaca Melampau daripada DISCOVERY EDUCATION adalah sebahagian daripada siri buku dengan ilustrasi yang berdefinisi tinggi, khusus untuk pembaca muda. Kesemuanya empat puluh lapan judul daripada tiga bidang – sains sosial, sains, dan sejarah alam semula jadi. Kandungannya diolah sesuai dengan pembaca muda mengikut tahap-tahap yang tertentu. Topik-topiknya yang dipilih dengan teliti bukan saja merangsang minat, tetapi juga merangsang pemikiran secara kritis dalam kalangan pembaca muda. Meneroka alam nyata, sejarahnya, manusia, haiwan, dan teknologi. Membongkar topik-topik menarik dan luar biasa. Menaakul kemajuan terkini serta isu-isu di seluruh dunia.
Orbit Buku Sneak Peak!
Untuk maklumat lanjut, layari Discovery Education.com
Menarik • Mengasyikkan • Mendidik www.orbitbuku.com.my