TAHAP
1
Cuaca di Sekeliling Kita
Meneroka • Membongkar Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my • Menaakul
Kandungan Kuasa matahari ......................................6 Apakah cuaca? .......................................8 Pusaran angin ......................................10 Air dunia ...............................................12 Pergerakan ombak...............................14 Pengkelasan awan ...............................16 Ribut .....................................................18 Kilat maut .............................................20 Ribut salji ..............................................22 Bencana kemarau ................................24 Ramalan cuaca .....................................26 Perubahan iklim ...................................28 Buat awan anda sendiri .......................30
Glosari ..................................................31 Indeks ...................................................32
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
Buat awan anda sendiri
Yang anda perlukan: Sebiji botol plastik besar yang kosong dengan penutup skru Air suam
Ini adalah uji kaji yang boleh anda cuba sendiri. Pastikan anda berada di bawah pengawasan orang dewasa semasa membuat awan anda sendiri.
Mancis
1
Buang label daripada botol dan basuh botol hingga bersih. Jangan gunakan sabun. Jangan keringkan bahagian dalam botol.
2
Tuangkan sedikit air suam ke dalam botol, penuhi bahagian bawah sahaja. Ketatkan penutup botol dan goncangkan botol supaya titisan air melekat di bahagian dalam botol. Keluarkan air yang berlebihan.
3
Minta ibu atau bapa anda untuk menyalakan mancis dan biarkan mancis itu terbakar dalam kiraan lima.
4
Padamkan mancis dan masukkannya ke dalam botol.
5
Pusingkan penutup botol seketat yang boleh dan goncangkan botol dua atau tiga kali.
6
Dengan perlahan-lahan, kemikkan bahagian tengah botol ke dalam dan keluar sehingga awan mula terbentuk. Keadaan ini mengambil masa sesaat atau dua. Anda MESTI terus mengemikkan botol sehingga awan terbentuk.
7
Selepas beberapa kali mengemikkan botol, anda akan dapat melihat awan yang terbentuk apabila anda melepaskan tangan dari botol. Sekiranya anda tidak nampak sebarang awan, cuba letakkan botol di persekitaran yang gelap untuk melihat perbezaannya.
8
Apabila anda mahu menamatkan uji kaji, buka penutup botol dan biarkan awan anda keluar.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
6
C U A C A D I S E K E L I L I N G K I TA
Kuasa matahari
Ribut laut
C
uaca dunia dijanakan oleh kuasa matahari. Matahari mengeluarkan sinaran suria yang mempengaruhi iklim dan cuaca. Tenaga matahari memanaskan dunia dan membolehkan wujudnya hidupan. Keadaan cuaca pula dapat mempengaruhi cara hidup manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan. Unsur yang membentuk cuaca termasuklah angin, awan, ribut, hujan, dan salji. Keadaan cuaca dalam jangka masa panjang di sesuatu kawasan membentuk iklim di kawasan itu.
Haba dari matahari Sinaran matahari menghantar sejumlah tenaga ke bumi. Keadaan bumi yang bulat menyebabkan kawasan tropika yang berhampiran khatulistiwa menerima haba matahari secara langsung yang paling banyak. Di kawasan berdekatan Kutub Taufan Utara dan Kutub Selatan, kedudukan matahari adalah lebih rendah di langit. Kawasan ini adalah lebih sejuk kerana sinaran matahari telah terserak lebih meluas.
Menakjubkan!
Bumi dikelilingi oleh satu lapisan nipis gas yang dikenal sebagai atmosfera. Lapisan ini melitupi seluruh permukaan bumi seperti kulit buah oren. Atmosfera meliputi kawasan sehingga 60 batu (100 km) di atas bumi.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
7
Udara yang bergerak pantas
Asap daripada kebakaran
Ribut pasir
EMPAT MUSIM Disebabkan paksi bumi condong sebanyak 23.5 darjah, jumlah cahaya matahari yang sampai ke hemisfera utara dan hemisfera selatan adalah berbeza sepanjang tahun. Apabila hemisfera condong ke arah matahari, musim panas berlaku di sana. Apabila hemisfera condong membelakangkan matahari, musim Musim bunga di utara, sejuk pula berlaku di sana. musim luruh di selatan
Musim panas di utara, musim sejuk di selatan
Matahari
Musim sejuk di utara, musim panas di selatan Musim luruh di utara, musim bunga di selatan
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
12
C U A C A D I S E K E L I L I N G K I TA
Air dunia
S
Kitaran air
emua hidupan di bumi memerlukan air untuk terus hidup. Lebih daripada 97 peratus air di bumi adalah dalam bentuk cecair di dalam laut yang meliputi 71 peratus daripada permukaan bumi. Matahari membekalkan kuasa kepada proses yang tidak berkesudahan yang dikenal sebagai kitaran air yang mengedarkan air di antara daratan, lautan, dan udara.
Apabila sinaran matahari memanaskan permukaan lautan, tasik, dan sungai, air akan tersejat dan bertukar menjadi wap air. Wap air ini bergabung lalu membentuk awann di langit. Awan ini menghasilkan hujan atau salji, yang akan jatuh semula ke bumi.
Awan terbentuk di atas daratan.
Penyejatan Air tersejat dan membentuk awan.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
AIR DUNIA
13
Menakjubkan!
Hujan turun dari awan.
Sungguhpun bumi mempunyai jumlah air yang banyak, namun hanya sedikit air yang boleh diminum. Hanya 3 peratus daripada air di bumi adalah air tawar dan sebahagian besarnya adalah dalam bentuk ais.
Titisan air
Berjuta-juta titisan air diperlukan untuk membentuk setitis air hujan. Hanya air hujan yang membesar secukupnya akan gugur ke bumi.
Penyaliran Air hujan mengalir ke dalam tasik, sungai, dan aliran bawah tanah.
Kembali ke lautan Air mengalir kembali ke laut melalui sungai dan aliran bawah tanah.
Air batu
Dalam udara yang dingin membeku, wap air bertukar menjadi ais atau salji. Suhu udara, wap air, dan hablur ais di dalam awan akan menentukan bentuk emping salji.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
Cuaca di Sekeliling Kita Cuaca di Sekeliling Kita daripada DISCOVERY EDUCATION adalah sebahagian daripada siri buku dengan ilustrasi yang berdefinisi tinggi, khusus untuk pembaca muda. Kesemuanya empat puluh lapan judul daripada tiga bidang – sains sosial, sains, dan sejarah alam semula jadi. Kandungannya diolah sesuai dengan pembaca muda mengikut tahap-tahap yang tertentu. Topiktopiknya yang dipilih dengan teliti bukan saja merangsang minat, tetapi juga merangsang pemikiran secara kritis dalam kalangan pembaca muda. Meneroka alam nyata, sejarahnya, manusia, haiwan, dan teknologi. Membongkar topik-topik menarik dan luar biasa. Menaakul kemajuan terkini serta isu-isu di seluruh dunia.
Orbit Buku Sneak Peak!
Untuk maklumat lanjut, layari Discovery Education.com
Menarik • Mengasyikkan • Mendidik www.orbitbuku.com.my