SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD [ Milik Menteri Kewangan ( Diperbadankan ) ] (444205-M)
RMR1M Online
Sistem Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia
ManualPengguna 1
RMR1M Online
Manual Pengguna
Syarikat Perumahan Negara Berhad (444205-M) Tingkat 8, Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur Telefon 603-2618 5555 • Fax 603-2681 0170
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
Isi Kandungan Pengenalan ....................................................................................... 3 1.1 Latar Belakang .......................................................................... 3 1.2 Objektif Sistem .......................................................................... 4 1.3 Perbandingan Prosedur Semasa Dengan RMR1M Online ....... 4 1.2 Carta Alir Proses Permohonan RMR1M Online ......................... 5
Penggunaan Sistem ......................................................................... 7 2.1 Login Masuk .............................................................................. 7 2.2 Halaman Utama ........................................................................ 9
Operasi Utama (Borang Keluar) .................................................... 10 3.1 Cetak Borang RMR1M ............................................................ 10 3.2 Status Cetakan Borang ........................................................... 12 3.3 Memohon Kuota Tambahan Borang ....................................... 13 3.4 Senarai Borang Dicetak .......................................................... 14
Operasi Utama (Daftar Permohonan) ........................................... 15 4.1 Daftar Permohonan RMR1M ................................................... 15 4.2 Pengesahan Pendaftaran Permohonan (Oleh YB) ................. 22 4.2 Status Pendaftaran Borang ..................................................... 24 4.2 Senarai Pemohon.................................................................... 25
Fungsi Tambahan Sistem .............................................................. 26 5.1 Carian Status Permohonan ..................................................... 26 5.2 Mesej Dalaman Sistem ........................................................... 28
Modul Muat Naik Dokumen (Oleh Pemohon) ............................... 29 6.1 Log Masuk (Pemohon) ............................................................ 29
2 © Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
1
Bahagian
Pengenalan 1.1 Sistem
Latar Belakang RMR1M
Online
diwujudkan
bertujuan
untuk
memudahkan
dan
mempercepatkan proses permohonan RMR1M oleh orang awam di seluruh negara. Dengan sistem ini, orang awam tidak perlu mendapatkan borang RMR1M di SPNB melalui Wakil Rakyat. Sebaliknya mereka boleh mendapatkan terus borang permohonan tersebut di Pejabat Wakil Rakyat masing-masing secara online.
Setiap Wakil Rakyat akan diberi nama login dan kata laluan untuk mengakses RMR1M online dan mencetak borang tersebut serta mengisi data permohonan ke sistem tersebut. Maklumat tersebut akan terus disalurkan kepada sistem data SPNB untuk diproses dan status permohonan mereka akan dimasukkan ke dalam RMR1M online untuk disemak oleh pemohon di Pejabat Wakil Rakyat tersebut.
3 © Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
1.2
Objektif Sistem Memudahkan orang awam membuat permohonan RMR1M Mempercepatkan proses penilaian Menangani aduan pemohon berkenaan status permohonan Meminimakan proses permohonan borang secara konvensional Status permohonan akan dimaklumkan kepada Wakil Rakyat menerusi sms dan email. Status permohonan boleh disemak melalui pejabat Wakil Rakyat. Mengeratkan hubungan di antara orang awam dan Wakil rakyat.
1.3
Perbandingan Prosedur Semasa Dengan RMR1M Online
PERKARA
PENGEDARAN BORANG
PROSEDUR SEMASA Permintaan daripada Wakil Rakyat / Orang Awam (melalui Wakil Rakyat) Pengedaran Mengunakan Pos kepada Pejabat Wakil Rakyat atau secara Serahan Tangan
RMR1M ONLINE
Permintaan dan Percetakan Secara Online.
PENDAFTARAN PERMOHONAN
Semakan Permohonan serta Pengisian Data dilaksanakan oleh SPNB
95% secara Sistem Online. Data disimpan melalui pejabat Wakil Rakyat dan disalurkan ke Pejabat SPNB.
STATUS PERMOHONAN
Melalui surat Melalui telefon
Status boleh disemak melalui Sistem Online di Pejabat Wakil Rakyat.
Melalui surat
Status kelulusan/penolakan diketahui oleh Wakil Rakyat melalui sistem online RMR1M, khidmat pesanan ringkas (sms) dan email.
KEPUTUSAN PERMOHONAN PELANTIKAN KONTRAKTOR STATUS PEMBINAAN
Wakil Rakyat akan dimaklumkan melalui sistem online RMR1M, khidmat Dimaklumkan kepada pemohon Pesanan ringkas (sms) dan email sahaja sekiranya pelantikan kontraktor dibuat dan rumah siap dibina.
4 © Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
1.2 Carta Alir Proses Permohonan RMR1M Online
5 © Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
6 © Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
2
Bahagian
Penggunaan Sistem 2.1 Login Masuk Layari laman web http://rmr.spnbonline.com.my
Masukkan ID pengguna dan Kata Laluan yang diberikan oleh pihak SPNB.
7 © Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
Untuk login buat kali pertama, sistem akan memohon untuk memasukkan beberapa maklumat berikut:-
1- Alamat Email (untuk pemberitahuan dan pengesahan) 2- Nombor Telefon Bimbit (untuk pemberitahuan dan pengesahan) 3- Kata Laluan Login (untuk kegunaan Pejabat Wakil Rakyat) 4- Kata Laluan Sokongan Wakil Rakyat (khas untuk pengesahan sokongan YB)
Klik butang ‘Log Masuk’ setelah mengisi maklumat di atas untuk masuk ke laman utama sistem
8 © Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
2.2 Halaman Utama
Halaman utama terdiri daripada empat bahagian utama :Maklumat pengguna sistem (Nama, Jawatan, ADUN/Parlimen)
Menu Utama :1) Utama – Untuk kembali ke halaman utama 2) Borang Keluar – Untuk ke modul Status Borang, Mohon Tambahan Kuota, Cetak Borang dan Senarai Borang 3) Daftar Permohonan – Untuk ke modul Status Permohonan, Daftar Permohonan dan Senarai Pemohon 4) Status Permohonan – Untuk carian status permohonan RMR 5) Bantuan – Untuk modul bantuan atas talian 6) Log Keluar – Untuk Log keluar dari sistem Ruangan Mesej (Klik bilangan mesej untuk ke modul mesej) Ruangan Utama
9 © Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
3
Bahagian
Operasi Utama (Borang Keluar) 3.1 Cetak Borang RMR1M Pada Menu Utama sistem, klik Borang Keluar > Cetak Borang
Isikan nama dan kad pengenalan penerima borang (Penerima borang tidak semestinya pemohon RMR). Ini bagi membolehkan pihak Wakil Rakyat menjejak rekod penerima borang RMR1M.
10 © Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
Klik butang “Cetak Borang” dan tekan “OK” pada pertanyaan pengesahan sistem.
Borang RMR1M seperti dibawah akan dijana.
11 © Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
Cetak Borang tersebut dan serahkan kepada pemohon untuk diisi.
Untuk Perhatian Setiap borang RMR1M yang dicetak mempunyai nombor siri unik yang dijana secara otomatik oleh sistem. Setiap wakil rakyat juga mempunyai bilangan kuota yang ditetapkan untuk cetakan Borang ini. Oleh itu, pengguna sistem dinasihatkan untuk berhati-hati semasa mencetak borang bagi mengelakkan pembaziran kuota.
3.2 Status Cetakan Borang Pada Menu Utama sistem, klik Borang Keluar > Status Borang
Keterangan KUOTA BORANG BORANG DICETAK BAKI KUOTA BORANG BORANG DIDAFTAR DI SPNB
Deskripsi Jumlah kuota yang diberi kepada Wakil Rakyat Jumlah borang yang telah dicetak oleh Wakil Rakyat (Kuota Borang) – (Borang Dicetak) Jumlah Borang pemohon yang telah dimasukkan maklumatnya ke dalam sistem serta disahkan Wakil Rakyat 12
© Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
3.3 Memohon Kuota Tambahan Borang Pada ruangan Status Borang Keluar (3.2), klik pada pautan “MOHON TAMBAHAN KUOTA”
Masukkan bilangan kuota tambahan yang diminta dan ‘Kata Laluan Sokongan Wakil Rakyat’ sebagai pengesahan. Klik “Hantar” Sekiranya berjaya, status permohonan akan dipaparkan di bawah ruangan ‘Status Borang Keluar’
13 © Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
3.4 Senarai Borang Dicetak Pada Menu Utama sistem, klik Borang Keluar > Senarai Borang
Jadual di atas menyenaraikan semua borang yang telah dicetak dan penerima yang didaftarkan. Untuk membuat carian borang, taipkan nombor borang atau nama penerima, ataupun nombor kad pengenalan penerima pada ruang “Cari Borang”.
14 © Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
4
Bahagian
Operasi Utama (Daftar Permohonan) 4.1 Daftar Permohonan RMR1M Pada Menu Utama sistem, klik Daftar Pemohon > Daftar Permohonan
Pilih dan klik “Nombor borang” untuk didaftarkan. Untuk carian borang, taipkan nombor borang atau nama penerima borang ataupun nombor IC penerima borang di ruangan “Cari No. Borang” Borang RMR1M Online akan dijana. 15 © Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
Untuk Perhatian Semasa mengisi borang RMR, pengguna sistem boleh kembali ke bahagian-bahagian sebelumnya untuk meminda data. Untuk itu, pengguna dilarang menekan butang “Back” browser, sebaliknya menekan butang “Sebelumnya” atau “Selepasnya” yang disediakan di dasar borang.
Isi dan lengkapkan Borang Permohonan RMR berdasarkan borang RMR (salinan kertas) yang dibawa pemohon Borang permohonan RMR1M ini mempunyai beberapa bahagian seperti berikut:a) Butir-butir pemohon
16 © Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
b) Butir-butir pasangan pemohon
c) Butir-butir tanggungan pemohon
17 © Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
d) Butir-butir pemohon bersama (Untuk pemohon melebihi umur 35 tahun)
e) Butir-butir hakmilik tanah / tapak
18 © Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
f) Maklumat tuan punya tanah
g) Butir-butir 2 orang wakil terdekat yang boleh dihubungi
h) Pilihan model rumah RMR (Sila pilih mengikut turutan rumah yang digemari antara 1 hingga 8)
19 © Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
i)
Pilihan Muat Naik Dokumen Pemohon
Terdapat 3 pilihan muat naik dokumen pemohon 1) Muat Naik di Pejabat Wakil Rakyat Pejabat Wakil Rakyat akan membantu scan dokumen dan memuat naik ke dalam sistem.
20 © Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
2) Pemohon muat naik sendiri Pemohon akan diberikan login dan kata laluan untuk masuk ke dalam sistem. Pemohon boleh scan dan muat naik dokumen di rumah. Sila rujuk Bahagian (6) 3) Hantar Dokumen Secara Manual Pemohon menghantar semua borang secara manual (POS dan sebagainya) Terdapat 3 jenis dokumen pemohon yang wajib dihantar (secara manual) kepada SPNB walaupun muat naik dokumen secara online telah dibuat. 1) Sijil Asal Carian Rasmi Pejabat Tanah 2) Surat Akuan Pelepasan Tuan Tanah 3) Surat aku janji pemohon Setelah pendaftaran selesai, resit pendaftaran permohonan akan dijana.
Resit ini boleh dicetak di atas kepala surat rasmi Pejabat Wakil Rakyat dan diserahkan kepada pemohon sebagai rujukan. 21 © Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
4.2 Pengesahan Pendaftaran Permohonan (Oleh YB) Apabila selesai pendaftaran borang RMR1M, Wakil Rakyat berkenaan akan menerima makluman di dalam email dan SMS. Terdapat dua cara untuk mengesahkan pendaftaran RMR1M 1) Melalui SMS Wakil rakyat akan menerima SMS seperti berikut:“Dari RMR ONLINE-
, Terdapat satu pendaftaran permohonan Rumah Mesra Rakyat untuk menunggu pengesahan. Sila rujuk RMR Online atau taip <sokong>jarak dan balas SMS ini untuk pengesahan”
Wakil Rakyat balas semula SMS tersebut dengan menaip <sokong>jarak
Sekiranya berjaya, sistem akan membalas :“RMR Online- Permohonan RMR untuk berjaya disahkan! Terima Kasih”
2) Melalui RMR1M Online Wakil Rakyat log masuk ke sistem RMR1M Online Pada Menu Utama, klik Daftar Pemohon > Senarai Pemohon
22 © Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
Pilih pemohon yang perlu disahkan permohonannya dan klik “Pengesahan YB” di bawah kolum “Tindakan”.
Pada ruangan pengesahan di atas sila masukkan Kata Laluan Sokongan Wakil Rakyat dan klik sahkan. Sistem akan memaklumkan sekiranya proses pengesahan berjaya.
23 © Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
4.2 Status Pendaftaran Borang Pada Menu Utama sistem, klik Daftar Pemohon > Status Permohonan
Status Pendaftaran Borang akan di paparkan
Keterangan
Deskripsi
BORANG DITERIMA
Jumlah Borang pemohon yang telah dimasukkan maklumatnya ke dalam sistem serta disahkan Wakil Rakyat
PERMOHONAN DIPROSES
Jumlah permohonan yang sedang dalam proses semakan di pejabat SPNB
DILULUSKAN
Jumlah permohonan yang berjaya diluluskan
TIDAK DILULUSKAN
Jumlah permohonan yang gagal
24 © Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
4.2 Senarai Pemohon Pada Menu Utama sistem, klik Daftar Pemohon > Senarai Pemohon
Status Pemohon yang telah atau sedang didaftarkan akan di paparkan
Untuk carian pemohon, masukkan nombor borang atau nama pemohon, ataupun nombor IC pemohon di dalam ruangan “Cari No. Borang / IC” Berikut adalah senarai status pemohon:Status
Keterangan
KEY-IN DATA
Permohonan sedang di masukkan ke dalam sistem dan belum selesai
MUAT NAIK DOKUMEN (PEMOHON)
Permohonan dalam proses muat naik dokumen oleh pemohon sendiri
BANTU MUAT NAIK DOKUMEN
Permohonan dalam proses muat naik dokumen oleh Pejabat Wakil Rakyat
PILIH RUMAH
Permohonan telah sampai di bahagian pemilihan model rumah RMR1M
PENGESAHAN
Permohonan sedang menunggu pengesahan dari Wakil Rakyat
DIHANTAR
Pendaftaran permohonan telapun selesai dan telah disahkan oleh wakil rakyat. Permohonan ini telah dihantar ke pejabat SPNB untuk proses selanjutnya
25 © Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
5
Bahagian
Fungsi Tambahan Sistem 5.1 Carian Status Permohonan Pada Menu Utama sistem, klik Status Permohonan
Melalui Carian Status Permohonan, pengguna sistem berupaya untuk mendapatkan senarai permohonan RMR1M yang dibuat di pejabat Wakil Rakyat yang berkenaan. Masukkan kriteria pencarian di dalam pilihan carian dan tekan butang “Cari”.
26 © Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
Untuk melihat butiran permohonan, klik pada nama pemohon.
Berikut adalah status permohonan dan keterangannya
Status PRA PENDAFTARAN (Menunggu pengesahan YB)
Keterangan Permohonan telah selesai di masukkan ke dalam sistem tetapi belum disahkan oleh YB
PENDAFTARAN DIHANTAR Permohonan telah selesai di masukkan ke dalam sistem dan telah disahkan oleh YB SEDANG DIPROSES
Permohonan sedang diproses di Pejabat SPNB
TELAH DILULUSKAN
Permohonan telah berjaya diluluskan. (SMS/EMAIL kepada YB di keluarkan)
DITOLAK
Permohonan gagal. (SMS/EMAIL kepada YB dikeluarkan)
KONTRAKTOR DIPILIH
Kontraktor untuk pembinaan rumah pemohon telah pun dipilih. (SMS/EMAIL kepada YB dikeluarkan)
RUMAH SIAP-Serah Kunci
Rumah pemohon telah pun siap dan kunci diserahkan
27 © Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
5.2 Mesej Dalaman Sistem Pada Menu Utama sistem, terdapat ruangan mesej sistem. Untuk melihat mesej, klik pada “bilangan” mesej yang di papar
Ruangan mesej sistem ini memaparkan terus mesej dan kandungannya dalam satu senarai. Tekan “View” dibawah kolum “Pautan” untuk melihat pautan mesej. (Contoh: pautan pengesahan permohonan) Untuk memadam mesej, pilih mesej yang hendak dipadam dengan menanda kotak “Tindakan” dan tekan butang “Delete” Untuk menanda mesej telah dibaca, pilih mesej tersebut dan tekan butang “Telah Baca”
28 © Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
6
Bahagian
Modul Muat Naik Dokumen (Oleh Pemohon) 6.1 Log Masuk (Pemohon) Sekiranya “Hantar Dokumen Online ( Pemohon Muat Naik Sendiri)” dipilih semasa pendaftaran permohonan RMR1M (lihat bahagian 4.1), pemohon perlulah log masuk ke dalam sistem RMR1M online. Layari http://rmr.spnbonline.com.my/pemohon
29 © Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
Masukkan “ID Pengguna” dan “Kata Laluan” yang diberikan oleh pejabat Wakil Rakyat (Di dalam resit pendaftaran permohonan RMR1M). Borang muat naik dokumen akan dipaparkan
Pastikan semua dokumen yang hendak dimuat naik telah diimbas (scan) dan boleh dicapai dari komputer pemohon. Pilih jenis dokumen yang hendak dimuat naik dan klik “Browse” untuk memilih dokumen dari komputer pemohon. Tekan “Simpan” untuk memuat naik dokumen tersebut. Ulangi langkah di atas sehingga muat naik selesai. Dokumen yang telah dimuat naik akan di paparkan di dalam jadual dokumen. Untuk memadam dokumen tersebut, klik “Padam” pada kolum “Tindakan”
30 © Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad
RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA
Terdapat senarai semak dokumen di bahagian bawah borang untuk rujukan pemohon semasa memuat naik dokumen
Untuk Perhatian Terdapat 3 jenis dokumen pemohon yang wajib dihantar (secara manual) kepada SPNB walaupun muat naik dokumen secara online telah dibuat. 1) Sijil Asal Carian Rasmi Pejabat Tanah 2) Surat Akuan Pelepasan Tuan Tanah 3) Surat Aku Janji Pemohon
Pemohon boleh Log keluar dari sistem pada bila-bila masa dengan menekan pautan “LOG KELUAR” Pemohon boleh log masuk semula ke sistem untuk menyambung muat naik dokumen dengan ID Pengguna dan Kata laluan yang sama.
Sekiranya muat naik dokumen telah selesai, klik pada pautan “SELESAI PEDAFTARAN”
31 © Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad