KUB MALAYSIA BERHAD (Nombor Syarikat:6022-D) (Diperbadankan di Malaysia) MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KUB MALAYSIA BERHAD KE-50 YANG TELAH DIADAKAN PADA HARI SELASA, 16 JUN 2015 JAM 10.00 PAGI DI MATRADE EXHIBITION & CONVENTION CENTRE, MENARA MATRADE JALAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH 50480 KUALA LUMPUR
HADIR
:
Datuk Mohd Hafarizam Harun (Pengerusi) Datuk Hj Faisyal Datuk Yusof Hamdain Diego Dato’ Ab Rahim Abu Bakar Dato’ Jamelah A.Bakar Dato’ Sohaimi Shahadan
TURUT HADIR
:
Dato’ Zainal Abidin Salleh (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan) Cik Sharina Saidon (Setiausaha Syarikat)
PEMEGANG SAHAM YANG : Seperti Senarai Kehadiran (1,366 Orang) HADIR PROKSI YANG HADIR
: Seperti Senarai Kehadiran (1,359 Orang)
JURUAUDIT
: Tetuan Deloitte (AF 00080) (Diwakili oleh Encik Kamarul Baharin Tengku Zainal Abidin)
JEMPUTAN
:
Seperti di dalam Senarai Jemputan
Mesyuarat telah dimulakan pada 10.35 pagi. PENGERUSI MESYUARAT Setiausaha Syarikat memaklumkan Y.B. Senator Datuk Seri Hj Abd. Halim Hj Abd. Samad telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi / Ahli Lembaga Pengarah Syarikat sepertimana pengumuman yang dikemukakan kepada Bursa Malaysia Securities Berhad pada 15 Jun 2015. Setiausaha Syarikat memaklumkan ekoran kekosongan jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah serta ketiadaan jawatan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah, menurut Artikel 74, Tataurusan Pertubuhan Syarikat, Ahli-ahli Lembaga Pengarah yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan ini hendaklah melantik seorang Pengerusi Mesyuarat dikalangan mereka bagi mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ini. Mesyuarat kemudian diteruskan dengan persetujuan Ahli-ahli Lembaga Pengarah melantik Datuk Mohd Hafarizam Harun (‘Datuk Pengerusi’) untuk mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan pada pagi ini. KATA-KATA ALUAN Datuk Pengerusi mengucapkan selamat datang serta penghargaan di atas sokongan berterusan para Pemegang Saham dan para jemputan yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan KUB Malaysia Berhad ke-50 (‘MAT’). Datuk Pengerusi memaklumkan seperti tahun sebelumnya, KUB Malaysia Berhad kekal mencatat keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014.
KUB MALAYSIA BERHAD (6022-D) Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-50 16 Jun 2015
Beliau juga merakamkan sekalung tahniah kepada barisan pengurusan dan seluruh warga kerja Kumpulan KUB kerana telah berjaya mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM13.1 juta bersandarkan pendapatan RM676.4 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014. Datuk Pengerusi seterusnya memperkenalkan barisan Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan kepada hadirin. NOTIS DAN KORUM Setiausaha Syarikat telah mengesahkan korum untuk menjalankan urusan Mesyuarat adalah mencukupi. Setakat 10.00 pagi, 14 Jun 2015 sebanyak sembilan ratus sembilan puluh satu (991) borang proksi mewakili jumlah sebanyak 304,232,290 unit saham telah diterima dengan pecahan seperti berikut: (i) Pengerusi Mesyuarat adalah Proksi bagi lapan belas (18) Pemegang Saham untuk jumlah saham sebanyak 10,373,759 unit (1.86%) daripada modal diterbitkan dan berbayar Syarikat; (ii) Tunku Alizan Raja Muhammad Alias adalah Proksi bagi Gaya Edisi Sdn Bhd, Pemegang Saham untuk jumlah saham sebanyak 164,844,520 unit (29.62%) daripada modal diterbitkan dan berbayar Syarikat; dan (iii) Encik Mohd Azraai Md Aznan adalah Proksi bagi Menteri Kewangan, Pemegang Saham untuk jumlah saham sebanyak 125,466,950 unit (22.55%) daripada modal diterbitkan dan berbayar Syarikat. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan telah memberi taklimat dan membacakan jawapan-jawapan kepada soalan-soalan yang telah dikemukakan secara bertulis oleh pihak Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad kepada Syarikat bertarikh 9 Jun 2015. Datuk Pengerusi memaklumkan Notis MAT Ke-50 telah diedarkan mengikut peruntukkan Tataurusan Pertubuhan Syarikat dan Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad. Beliau seterusnya memulakan MAT dengan Agenda pertama.
AGENDA 1 1. MENERIMA PENYATA KEWANGAN BERAUDIT UNTUK TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2014 BESERTA LAPORAN PARA PENGARAH DAN JURUAUDIT
Datuk Pengerusi memaklumkan pembentangan Agenda ini hanya untuk perbincangan sahaja. Menurut Seksyen 169(1) Akta Syarikat 1965, akaun beraudit Syarikat tidak memerlukan kelulusan para Pemegang Saham. Oleh itu, undian para Pemegang Saham tidak diperlukan. Encik Kamarul Baharin Tengku Zainal dari Tetuan Deloitte (AF 00080) telah membacakan Laporan Juruaudit Bebas (seperti dinyatakan pada muka surat 56 Laporan Tahunan 2014). Tetuan Deloitte berpendapat bahawa Penyata Kewangan Syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 telah disediakan dengan betul menurut Piawaian Pelaporan Kewangan dan Akta Syarikat, 1965 bagi memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Kumpulan dan Muka surat 2 daripada 10
KUB MALAYSIA BERHAD (6022-D) Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-50 16 Jun 2015
Syarikat setakat 31 Disember 2014 beserta prestasi kewangan dan penyata aliran tunainya bagi tahun kewangan tersebut. Datuk Pengerusi membuka ruang bagi soalan berkaitan Penyata Kewangan Syarikat. Beberapa Pemegang Saham/Proksi telah mengemukakan soalan-soalan berkaitan Penyata Kewangan Syarikat. Seorang Pemegang Saham telah mengemukakan soalan berkaitan dakwaan pemalsuan kelayakan akademik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Zainal Abidin Salleh. Beliau telah meminta penjelasan berkaitan dakwaan tersebut daripada Datuk Pengerusi. Bagi memastikan kelancaran perjalanan Mesyuarat, Datuk Pengerusi menegaskan soalan tersebut hanya akan dibincangkan setelah kesemua Agenda Mesyuarat dibereskan. Datuk Pengerusi juga memohon kerjasama daripada para Pemegang Saham agar mematuhi prosedur dan Agenda Mesyuarat yang telah ditetapkan. Pemegang Saham tersebut akur terhadap permintaan Datuk Pengerusi. Setelah Datuk Pengerusi dan pihak Pengurusan menjawab semua soalan yang diajukan olah para Pemegang Saham/Proksi berkaitan Penyata Kewangan 2014, Datuk Pengerusi mengisytiharkan Penyata Kewangan Beraudit untuk Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2014 beserta Laporan Pengarah dan Juruaudit diterima. Beliau meneruskan mesyuarat dengan pembentangan Agenda seterusnya.
AGENDA 2 2. MEMPERTIMBANG DAN SEKIRANYA WAJAR UNTUK MELANTIK SEMULA Y.B. SENATOR DATUK SERI HJ ABD. HALIM HJ ABD. SAMAD, PENGARAH YANG BERUSIA MELEBIHI 70 TAHUN YANG BERSARA MENGIKUT SEKSYEN 129(6) AKTA SYARIKAT, 1965 (RESOLUSI BIASA 1) Datuk Pengerusi memaklumkan pembentangan Resolusi Biasa 1 ditarik balik ekoran peletakan jawatan Y.B. Senator Datuk Seri Hj Abd. Halim Hj Abd. Samad sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah berkuatkuasa 15 Jun 2015. AGENDA 3 3. MELANTIK SEMULA PARA PENGARAH BERIKUT YANG BERSARA MENURUT ARTIKEL 95(i), TATAURUSAN PERTUBUHAN SYARIKAT i. Dato’ Gumuri Hussain ii. Datuk Hj Faisyal Datuk Yusof Hamdain Diego (RESOLUSI-RESOLUSI BIASA 2 DAN 3) Datuk Pengerusi memaklumkan pengundian bagi kedua-dua Resolusi akan dibuat secara berasingan. Beliau kemudian mengumumkan pembentangan Resolusi Biasa 2 ditarik balik ekoran peletakan jawatan Dato’ Gumuri Hussain sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat berkuatkuasa 15 Jun 2015. Muka surat 3 daripada 10
KUB MALAYSIA BERHAD (6022-D) Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-50 16 Jun 2015
Datuk Pengerusi seterusnya meneruskan Mesyuarat dengan pembentangan Resolusi Biasa 3 untuk pengundian. Selepas pengundian secara tangan dijalankan, Mesyuarat meluluskan pelantikan semula Datuk Hj Faisyal Datuk Yusof Hamdain Diego sebagai Pengarah Syarikat dengan sebulat suara. AGENDA 4 4. MELULUSKAN BAYARAN YURAN PARA PENGARAH BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2014 (RESOLUSI BIASA 4) Datuk Pengerusi membentangkan Resolusi Biasa 4 untuk pengundian setelah menjawab persoalan berkaitan Agenda ini daripada Para Pemegang Saham/Proksi. Selepas pengundian secara tangan dijalankan, Mesyuarat meluluskan bayaran yuran para Pengarah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 dengan sebulat suara.
AGENDA 5 5. MELANTIK SEMULA TETUAN DELOITTE SEBAGAI JURUAUDIT SYARIKAT DAN MEMBERI KUASA KEPADA PARA PENGARAH MENETAPKAN IMBUHAN MEREKA (RESOLUSI BIASA 5) Datuk Pengerusi memaklumkan bahawa Juruaudit Luar Syarikat, Tetuan Deloitte yang bersara pada MAT ini telah menyatakan persetujuan untuk pelantikan semula sebagai Juruaudit Luar sehingga MAT yang akan datang. Datuk Pengerusi kemudian membentangkan Resolusi Biasa 5 untuk pengundian. Selepas pengundian secara tangan dijalankan, Mesyuarat meluluskan pelantikan semula Tetuan Deloitte sebagai Juruaudit Syarikat dan memberi kuasa kepada para Pengarah untuk menetapkan imbuhan mereka dengan sebulat suara.
Muka surat 4 daripada 10
KUB MALAYSIA BERHAD (6022-D) Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-50 16 Jun 2015
URUSAN KHAS
AGENDA 6 6. KUASA KEPADA PARA PENGARAH UNTUK MENERBITKAN SAHAM MENURUT SEKSYEN 132D AKTA SYARIKAT, 1965 (RESOLUSI BIASA 6) Selepas pengundian secara tangan dijalankan, Mesyuarat meluluskan bahawa menurut Seksyen 132D Akta Syarikat, 1965 dan tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa yang berkaitan, para Pengarah adalah dengan ini diberi kuasa untuk menerbitkan saham Syarikat dari semasa ke semasa dan berasaskan suatu terma dan syarat dan untuk suatu tujuan sebagaimana yang difikirkan wajar oleh para Pengarah dengan syarat bahawa bilangan saham agregat yang diterbitkan menurut Resolusi ini tidak melebihi sepuluh peratus (10%) daripada modal terbitan semasa Syarikat dan bahawa para Pengarah juga adalah diberi kuasa untuk memperoleh kelulusan untuk penyenaraian dan sebut harga saham tambahan seperti yang diterbitkan dalam Bursa Malaysia Securities Berhad dan bahawa kuasa tersebut akan terus berkuatkuasa sehingga tamat MAT yang akan datang dengan sebulat suara.
AGENDA 7 7. CADANGAN PEMBAHARUAN KUASA PEMBELIAN OLEH KUB MALAYSIA BERHAD BAGI SAHAM BIASA MILIKNYA MEWAKILI SEHINGGA SEPULUH PERATUS (10%) DARIPADA MODAL TERBITAN DAN BERBAYAR SYARIKAT (‘CADANGAN BELIAN SEMULA SAHAM’) (RESOLUSI BIASA 7) Datuk Pengerusi memaklumkan bahawa bagi Resolusi tersebut, satu Surat Pekeliling bertarikh 21 Mei 2015 telah diedarkan bersama-sama dengan Laporan Tahunan Syarikat 2014 untuk makluman dan pertimbangan para Pemegang Saham. Manfaat-manfaat cadangan ada terkandung di dalam Surat Pekeliling tersebut. Selepas pengundian secara tangan dijalankan, Mesyuarat dengan sebulat suara meluluskan bahawa tertakluk sentiasa kepada pematuhan Akta Syarikat, 1965, Tataurusan Pertubuhan Syarikat,Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (‘Keperluan Penyenaraian’) Bursa Malaysia Securities Berhad atau undang-undang dan peraturan mana-mana pihak berkuasa perundangan yang lain dan semua undang-undang,peraturan, garis panduan atau kelulusan yang terpakai dan berkuatkuasa pada masa ini atau sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa, para Pengarah Syarikat adalah dengan ini diberikuasa untuk menjalankan pembelian saham biasa bernilai RM0.40 sesaham daripada modal saham terbitan dan berbayar (‘Saham’) sebagaimana yang akan ditentukan oleh para Pengarah Syarikat dari semasa ke semasa melalui Bursa Malaysia Securities Berhad berdasarkan terma dan syarat yang difikirkan wajar, perlu dan sesuai demi kepentingan Syarikat dengan syarat: (i)
bilangan Saham agregat yang akan dibeli dan/atau dipegang oleh Syarikat sebagai saham perbendaharaan tidak seharusnya melebihi sepuluh peratus (10%) daripada modal saham terbitan dan berbayar Syarikat pada bila-bila masa pembelian tersebut; Muka surat 5 daripada 10
KUB MALAYSIA BERHAD (6022-D) Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-50 16 Jun 2015
(ii)
dana maksimum yang diperuntukkan oleh Syarikat dengan tujuan membeli Sahamnya tidak seharusnya melebihi jumlah perolehan terkumpul dan/atau premium saham Syarikat pada masa pembelian tersebut; dan
(iii)
kuasa yang diberikan oleh Resolusi ini berkuatkuasa serta-merta sejurus Resolusi Biasa ini diluluskan akan terus berkuatkuasa sehingga: (a)
selesainya MAT Syarikat selepas mesyuarat agung di mana Resolusi ini diluluskan, di mana ianya akan luput kecuali kuasa tersebut diperbaharui melalui resolusi biasa pada mesyuarat tersebut, sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada syarat;
(b)
tamatnya tempoh di mana MAT berikutnya sepatutnya diadakan mengikut peruntukan Akta Syarikat, 1965; atau
(c)
dibatalkan atau diubah melalui resolusi biasa yang diluluskan oleh para Pemegang Saham Syarikat pada mesyuarat agung, yang mana lebih awal;
Dan bahawa selepas pembelian semula saham disempurnakan, para Pengarah Syarikat adalah dengan ini diberi kuasa untuk menguruskan Saham yang dibeli mengikut budi bicara mereka melalui cara berikut: (i)
membatalkan semua Saham yang dibeli; dan/atau
(ii)
mengekalkan Saham yang dibeli sebagai Saham Perbendaharaan untuk pengagihan sebagai dividen kepada Pemegang Saham dan/atau dijual semula di pasaran Bursa Securities; dan/atau
(iii)
mengekalkan sebahagian Saham tersebut sebagai saham perbendaharaan dan membatalkan bakinya;dan
(iv)
dengan apa-apa cara lain yang ditetapkan oleh Akta Syarikat, 1965, undangundang dan peraturan yang digubal menurut Akta Syarikat, 1965 dan Keperluan Penyenaraian dan undang-undang dan peraturan mana-mana pihak berkuasa yang berkuatkuasa pada masa tersebut.
Dan seterusnya bahawa kuasa adalah dengan ini diberikan kepada para Pengarah dan/atau salah seorang daripada mereka untuk menyempurnakan dan melakukan semua tindakan dan perkara berkenaan sebagaimana difikirkan wajar atau perlu demi kepentingan Syarikat, termasuk dan tidak terhad kepada pelaksanaan semua dokumen berkenaan seperti yang diperlukan atau difikirkan wajar dan dengan kuasa penuh untuk bersetuju dengan apa-apa pengubahsuaian, pengubahan dan/atau pindaan apabila difikirkan perlu atas budi bicara para Pengarah dalam memastikan pelaksanaan Cadangan Belian Semula Saham dan/atau sebagaimana diberi kuasa melalui Resolusi Biasa ini. Datuk Pengerusi kemudian membentangkan Resolusi Biasa 7 untuk pengundian. Selepas pengundian secara tangan dijalankan, Mesyuarat meluluskan cadangan pembaharuan kuasa pembelian oleh KUB Malaysia Berhad bagi saham-saham biasa Syarikat mewakili sehingga 10% daripada modal terbitan dan berbayar Syarikat.
Muka surat 6 daripada 10
KUB MALAYSIA BERHAD (6022-D) Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-50 16 Jun 2015
PERKARA-PERKARA LAIN Datuk Pengerusi memaklumkan bahawa semua Agenda di dalam Notis Mesyuarat Agung telah dibentangkan dan meminta Setiausaha Syarikat mengesahkan sama ada Syarikat menerima sebarang notis bagi membincangkan perkara-perkara lain di dalam Mesyuarat ini. Setiausaha Syarikat memaklumkan menurut peruntukan Artikel 98, Tataurusan Pertubuhan Syarikat, Pemegang Saham Utama Syarikat, Gaya Edisi Sdn Bhd dengan pegangan saham sebanyak 29.62% bersamaan 164,844,520 unit saham daripada jumlah keseluruhan saham Syarikat yang diterbitkan dan dibayar, melalui surat bertarikh 2 Jun 2015, yang diterima oleh Syarikat pada 4 Jun 2015 telah mengemukakan ‘Notice of Requisition of Motion’ (Notis Permohonan Pembentangan Usul). ‘Notice of Requisition of Motion’ memohon pembentangan usul-usul berikut sebagai resolusi-resolusi pada Mesyuarat Agung Tahunan ini untuk pertimbangan dan kelulusan para Pemegang Saham: (i)
Pelantikan Tunku Alizan Raja Muhammad Alias; dan
(ii)
Pelantikan Tengku Zahaimi Tuan Hashim, sebagai Ahli-ahli Lembaga Pengarah KUB Malaysia Berhad.
Kedua-dua calon tersebut di atas telah menyatakan persetujuan untuk dilantik sebagai Ahli-ahli Lembaga Pengarah KUB Malaysia Berhad. Maklumat mengenai latar belakang Tunku Alizan Raja Muhammad Alias dan Tengku Zahaimi Tuan Hashim adalah seperti lampiran pengumuman kepada Bursa Malaysia Securities Berhad pada 9 Jun 2015 dan penyiaran Notis Mesyuarat Agung Tahunan ke-50 berkenaan resolusi-resolusi tambahan beserta Borang Proksi dan Vitae Kurikulum kedua-dua calon tersebut di dalam akhbar-akhbar Utusan Malaysia dan The New Straits Times pada 10 Jun 2015. Datuk Pengerusi kemudian meneruskan Mesyuarat dengan membacakan latar belakang kedua-dua calon dan membentangkan Perkara di atas seperti berikut:
PELANTIKAN TUNKU ALIZAN RAJA MUHAMMAD ALIAS SEBAGAI PENGARAH SYARIKAT (RESOLUSI BIASA 8) Datuk Pengerusi memaklumkan Pemegang Saham Utama, Gaya Edisi Sdn Bhd menurut Artikel 77 (iii) Tataurusan Pertubuhan Syarikat melalui surat bertarikh 10 Jun 2015 telah meminta Usul bagi kedua-dua Resolusi 8 dan 9 dijalankan secara pengundian bertulis. Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan Resolusi Biasa 8 untuk Pengundian. Setelah pengundian secara bertulis dijalankan, Mesyuarat meluluskan pelantikan Tunku Alizan Raja Muhammad Alias sebagai Pengarah Syarikat.
Muka surat 7 daripada 10
KUB MALAYSIA BERHAD (6022-D) Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-50 16 Jun 2015
Berikut merupakan keputusan pengundian secara bertulis: BERSETUJU Jumlah Unit % Saham Resolusi Biasa 8 Pelantikan Tunku Alizan Raja 426,545,268 Muhammad Alias sebagai Pengarah Syarikat
PELANTIKAN SYARIKAT
TENGKU ZAHAIMI
TUAN
100
HASHIM
TIDAK BERSETUJU Jumlah % Unit Saham 1,000
SEBAGAI
0.00
PENGARAH
(RESOLUSI BIASA 9) Datuk Pengerusi kemudian meneruskan Mesyuarat dengan pembentangan Resolusi Biasa 9 untuk Pengundian. Setelah pengundian secara bertulis dijalankan, Mesyuarat meluluskan pelantikan Tengku Zahaimi Tuan Hashim sebagai Pengarah Syarikat. Berikut merupakan keputusan pengundian secara bertulis: BERSETUJU Jumlah Unit % Saham Resolusi Biasa 9 Pelantikan Tengku Zahaimi 426,537,108 Tuan Hashim sebagai Pengarah Syarikat
99.99
TIDAK BERSETUJU Jumlah % Unit Saham 3,160
0.01
8. PENUTUP Setelah mendapat pengesahan daripada Setiausaha Syarikat bahawa tiada lagi usulusul lain yang diterima untuk pembentangan, Datuk Pengerusi meneruskan mesyuarat dengan membenarkan semula pengemukaan berkaitan isu yang diutarakan oleh Pemegang saham tersebut di atas. Datuk Pengerusi memberi peluang kepada Pemegang Saham tersebut untuk mengemukakan kembali persoalan berkaitan dakwaan pemalsuan kelayakan akademik Dato’ Zainal Abidin Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KUB Malaysia Berhad. Pemegang Saham tersebut telah mengedarkan serta mengemukakan dokumen beserta lampiran yang menzahirkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KUB Malaysia Berhad, Dato’ Zainal Abidin Salleh tidak mempunyai kelayakan akademik seperti yang dinyatakan. Dato’ Zainal Abidin Salleh juga telah didakwa mengelirukan pihak Pengurusan Syarikat berhubung kelayakan akademik beliau.
Muka surat 8 daripada 10
KUB MALAYSIA BERHAD (6022-D) Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-50 16 Jun 2015
Pemegang Saham tersebut juga telah mendesak penjelasan daripada Datuk Pengerusi berkaitan tindakan yang telah di ambil oleh Para Lembaga Pengarah setelah dakwaan pemalsuan kelayakan akademik Dato’ Zainal Abidin Salleh dibawa ke pengetahuan mereka. Menjawab pertanyaan Pemegang Saham tersebut, dengan merujuk kepada petikan Minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Lembaga 1/2015 pada 8 Januari 2015 dan Lembaga Pengarah Syarikat 2/2015 pada 24 Februari 2015, Datuk Pengerusi menjelaskan bahawa Para Lembaga Pengarah telah bersidang bagi menyiasat dakwaan pemalsuan kelayakan akademik. Jawatankuasa Eksekutif Lembaga telah memanggil Dato’ Zainal Abidin Salleh, yang merupakan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan pada waktu itu, untuk memberi keterangan. Dalam keterangan lisan beliau, Dato’ Zainal Abidin Salleh menegaskan bahawa dakwaan terhadap beliau adalah tidak berasas. Beliau mengakui bahawa terdapat isu-isu semasa perkhidmatan beliau dengan Universiti dan perkara tersebut telah dibawa ke pengetahuan dan diperjelaskan oleh beliau untuk perhatian Pengurusan Syarikat sebelum memulakan perkhidmatan dengan Syarikat. Beliau juga menjelaskan bahawa semua dokumen berkaitan penjelasan isu-isu tersebut telah dikeluarkan daripada fail peribadinya. Datuk Pengerusi menjelaskan bahawa keputusan Jawatankuasa Eksekutif Lembaga telah dipanjangkan kepada Para Lembaga Pengarah Syarikat. Para Lembaga Pengarah Syarikat yang bersidang pada 24 Februari 2015 telah memutuskan perkara-perkara berikut atas rekomendasi Jawatankuasa Eksekutif Lembaga: (i) Mempersetujui bahawa dakwaan terhadap Dato’ Zainal Abidin Salleh yang terkandung di dalam memorandum daripada Dato’ Pengarah Urusan Kumpulan bertarikh 31 Oktober 2014 kepada Y.B. Senator Datuk Seri Pengerusi adalah tidak berasas (‘Memorandum’); (ii) Memorandum tersebut berniat jahat dan merupakan sesuatu yang difikirkan kemudian ‘an afterthought’; dan (iii) Memutuskan kes Dato’ Zainal Abidin Salleh ditutup. Setelah mendengar penjelasan daripada Datuk Pengerusi, Pemegang Saham tersebut menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah. Beliau telah meminta Para Lembaga Pengarah yang baru dilantik untuk menyiasat lebih lanjut serta menyarankan penubuhan Jawatankuasa khas bagi meneliti kesahihan dakwaan tersebut. Pemegang Saham tersebut juga menyarankan agar pihak yang dipertanggungjawabkan melalui Jawatankuasa Eksekutif Lembaga telah mengemukakan resolusi/cadangan yang tidak tepat, berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan semasa pendengaran dakwaan tersebut, hendaklah meletakkan jawatan. Sebagai respon kepada saranan Pemegang Saham tersebut, Datuk Pengerusi menyatakan beliau mengambil maklum perkara tersebut dan tindakan sewajarnya akan diambil oleh Pihak Syarikat.
Muka surat 9 daripada 10
KUB MALAYSIA BERHAD (6022-D) Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-50 16 Jun 2015
Datuk Pengerusi juga memaklumkan sekiranya wajar, beliau akan bertanggungjawab atas hal tersebut dengan syarat beliau diberi peluang untuk menjelaskan tindakan/keputusan Jawatankuasa Eksekutif Lembaga. Memandangkan tiada lagi persoalan/isu berbangkit yang dikemukakan oleh para Pemegang Saham, Datuk Pengerusi mengisytiharkan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan ke-50 pada 3.10 petang. Datuk Pengerusi bagi pihak Ahli Lembaga Pengarah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin di atas kesudian menghadirkan diri pada Mesyuarat Agung Tahunan KUB Malaysia Berhad ke-50.
Disahkan oleh: (ditandatangani) ________________ Pengerusi Tarikh: 25 Ogos 2015
Muka surat 10 daripada 10