MEMORANDUM CAGARAN DAN DEPOSIT Kepada:
CIMB BANK BERHAD 1.
(No. Syarikat 13491 - P )
Sebagai balasan kepada CIMB BANK BERHAD (selepas ini dikenali sebagai “Bank” yang mana ekspresi tersebut merangkumi dan diperluaskan kepada pengganti mereka atau pengganti hakmiliknya) yang telah memberikan, sedang memberikan atau terus memberikan pendahuluan atau sebaliknya memberikan kredit atau kemudahan perbankan selama Bank menganggap layak kepada……………………………………………………………………………………… (selepas ini dikenali sebagai “Peminjam”) tertakluk kepada terma dan/atau syarat yang telah ditetapkan di dalam Surat Tawaran/Perjanjian Pembiayaan bertarikh………………………..yang merangkumi Surat Tawaran atau Perjanjian Pembiayaan yang diubah, terpinda atau diubahsuai. Saya/kami…………………………………………………………………………………………… …………………….dari……………………………………………………………………………… …………(selepas ini dirujuk sebagai “Pendeposit”) akan dari semasa ke semasa menyempurnakan, deposit, pindahmilik dan/atau mendaftar walau apa cara sekalipun seperti yang telah diperuntukan oleh Bank, Borang pindahmilik syer, sijil dan/atau bukti lain yang membuktikan hakmilik saham dan syer, waran, hak mohon beli (syer) yang boleh dipindahmilik, pinjaman saham, bon opsyen, Produk Pelaburan, Deposit Instrumen Boleh Niaga, dan/atau sekuriti lain yang boleh diterima oleh Bank, dengan, dan/atau dalam nama Bank, nomini Bank dan/atau ejen dan atau mana-mana orang perseorangan atau badan yang dinyatakan oleh Bank, termasuk tetapi tidak terhad kepada Malaysian Central Depository Sdn Bhd, sub-delegasi, pendaftar syer atau mana-mana institusi lain yang diberi kuasa oleh bursa saham, dan/atau sebagai gantian untuk atau tambahan kepada yang disebut di atas, saham, syer, waran, hak mohon beli (syer) yang boleh dipindahmilik, pinjaman Saham, bon opsyen, Produk Pelaburan, Deposit Instrumen Boleh Niaga, dan/atau Sekuriti lain buat sementara waktu atau pada bila-bila masa disandarkan dibawah Memorandum Cagaran dan Deposit (selepas ini dikenali sebagai “Sekuriti Gadai Janji”) sebagai Sekuriti untuk pembayaran atau pelepasan apabila dituntut pembayaran kesemua wang dan liabiliti sama ada pasti atau kontingen yang kini atau dari semasa ke semasa menjadi terhutang atau belum berbayar atau ditanggung oleh Peminjam kepada Bank atas mana-mana kemudahan perbankan dan/atau akaun atau dalam apa cara atau di mana sahaja, sama ada secara perseorangan atau bersesama dengan yang lain dan sama ada sebagai prinsipal atau penjamin termasuk (tetapi tanpa prejudis kepada maksud umum yand disebut di atas) jumlah nota, draf atau bil (sama ada ianya boleh niaga atau tidak boleh niaga) terdiskaun atau dibayar dan/atau pinjaman lain, kredit atau pendahuluan yang dibuat kepada Peminjam, sama ada secara perseorangan atau bersesama dengan lain termasuk segala faedah, komisyen, diskaun dan caj Bank (termasuk caj dan komisyen yang ditetapkan oleh peraturan Persatuan Bank di Malaysia dari semasa ke semasa) duti setem, yuran guaman dan/atau caj-caj lain yang timbul daripada atau secara sampingan untuk pengambilan atau penghasilan ini atau Sekuriti lain yang diambil oleh Bank untuk keterhutangan yang sama.
1
Bagi tujuan Memorandum Cagaran dan Deposit ini, perkataan dan ekspresi berikut akan membawa maksud seperti dibawah:Produk Pelaburan
Semua produk berstruktur yang diterbitkan oleh Bank atau CIMB Investment Bank Berhad atau CIMB Islamic Bank Berhad (“CIMB”) kepada Pendeposit selaras dengan Garis panduan Suruhanjaya Sekuriti berhubung dengan dengan Penawaran Produk Berstruktur, dan/atau sebagaimana yang terpinda dari semasa ke semasa:(i)
berkenaan tiada kejadian penamatan awal (sepertimana didefinisikan di dalam Dokumen Sandaran) telah berlaku;
(ii)
dalam nilai yang diterima oleh Bank, nilai tersebut ditentukan oleh ejen pengiraan, jika ada, selaras dengan Dokumen Sandaran; dan
(iii)
yang bebas dari semua jenis kepentingan sekuriti yang memihak mana-mana pihak yang lain selain dari Bank.
Untuk
mengelakkan
sebarang
keraguan,
terma “Produk Pelaburan” akan merangkumi mana-mana dan semua produk pelaburan yang akan ditentukan oleh Bank untuk menjadi sebahagian daripada Sekuriti Gadai Janji
seperti
yang
diterangkan
dalam
Memorandum Cagaran dan Deposit ini.
Dokumen Sandaran
Perjanjian pelaburan yang asal dan/atau pengesahan perdagangan yang ditandatangani / disempurnakan di antara Bank (atau CIMB, man yang berkenaan) dan Pendeposit mengenai Produk Pelaburan dan mana-mana sijil asal yang lain dan/atau dokumen asal, jika ada, yang diterbitkan/dikeluarkan oleh Bank (atau CIMB, mana yang berkenaan) kepada Pendeposit yang membuktikan obligasi Bank (atau CIMB, mana yang berkenaan) berkenaan Produk Pelaburan.
2
Deposit Instrumen Boleh Niaga
Semua deposit instrumen boleh niaga yang diterbitkan/dikeluarkan oleh Bank atau CIMB selaras dengan garis panduan Bank Negara berkaitan Deposit Instrumen Boleh Niaga 2006 dan/atau sebagaiman yang terpinda dari semasa ke semasa (“Garis Panduan”) (i)
apabila tiada kejadian penebusan awal (walau bagaimanapun didefinisikan dalam Sijil Sandaran) telah berlaku;
(ii)
dalam nilai yang diterima oleh Bank, nilai tersebut ditentukan oleh Bank sendiri, jika ada, selaras dengan Sijil Sandaran; dan
(iii)
yang bebas dari semua jenis kepentingan sekuriti yang memihak kepada pihak lain selain dari Bank.
Untuk
mengelakkan
sebarang
keraguan,
terma “Deposit Instrumen Boleh Niaga” akan merangkumi mana-mana dan semua deposit instrumen boleh niaga yang akan ditentukan oleh
Bank
untuk
menjadi
sebahagian
daripada Sekuriti Gadai Janji seperti yang diterangkan dalam Memorandum Cagaran dan Deposit ini.
Sijil Sandaran
2.
Sijil asal (seperti yang diterangkan dalam Garis Panduan) berkenaan Deposit Instrumen Boleh Niaga, membuktikan obligasi Bank atau CIMB berkenaan Deposit Instrumen Boleh Niaga.
Kadar faedah bagi jumlah terhutang yang tersebut di atas atau mana-mana bahagian daripadanya akan dikenakan caj pada kadar atau kadar-kadar seperti yang telah ditetapkan atau ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa dan hendaklah dikira berasaskan kiraan bulanan atas baki harian.
3.
Pihak Bank mempunyai budi bicara dan berhak pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah kadar faedah yang pada masa ini telah ditentukan yang perlu dibayar kepada kadar yang tertentu dengan menyerahkan notis bertulis kepada Peminjam tentang niat tersebut dan kadar faedah terpinda tersebut hendaklah dibayar bermula dari tarikh yang tertera di dalam notis tersebut.
4.
Apabila pembayaran sebarang wang yang dengan ini bercagar atau berniat untuk
3
dicagarkan, hendaklah selanjutnya dicagarkan kepada Bank dengan bil pertukaran, nota janji, resit draf atau instrumen boleh niaga yang lain yang mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi yang perlu dibayar berhubung dengannya berbanding daripada yang telah ditetapkan oleh Bank untuk sementara waktu, kadar faedah yang lebih tinggi tersebut akan dibayar sehubungan dengan wang tersebut and tiada apa yang terkandung di dalam atau tersirat akan menjejaskan hak Bank untuk menguatkuasa dan menuntut balik bayaran untuk kadar faedah yang lebih tinggi itu atau jika perlu perbezaan antara kadar faedah yang lebih tinggi tersebut dan kadar yang perlu dibayar di bawah ini.
5.
Tertakluk kepada peruntukan yang tertera selepas ini berkaitan dengan faedah atas wang prinsipal untuk sementara waktu yang akan bercagar termasuk faedah dipermodalkan akan pada atau dalam lingkungan setiap akhir bulan kalendar dipermodalkan dan ditambah untuk semua tujuan kepada wang prinsipal terhutang dan selepas ini dikenakan faedah pada kadar yang disebut di atas dan bercagar dan perlu dibayar sepatutnya dan semua akujanji terma dan syarat yang terkandung di dalam atau tersirat dengan ini dan kesemua kuasa dan remedi yang diberikan oleh undang-undang atau disini atau peraturan undang-undang atau ekuiti berhubung jumlah prinsipal dan faedah hendaklah diaplikasi secara sama rata untuk tunggakan faedah yang dipermodalkan dan faedah untuk tunggakan tersebut.
6.
Tiada sebarang kandungan yang tertera disini akan dianggap untuk mengenakan obligasi ke atas Bank baik dari segi undang-undang mahupun ekuiti yang akan memaksa Bank untuk memberikan pendahuluan atau pinjaman kepada Peminjam atas sekuriti yang diwujudkan.
7.
Sekuriti gadai janji akan merangkumi saham dan syer, waran, hak mohon beli (syer) yang boleh dipindahmilik, pinjaman,saham bon opsyen, Produk Pelaburan, Deposit Instrumen Boleh Niaga, dan sekuriti lain yang boleh diterima oleh Bank dimana saya/kami atau salah seorang /sesiapa dari kalangan kami akan mendepositkan (yang mana deposit akan membentuk suatu sandaran/ gadaian) / mungkin mendepositkan/telah mendepositkan dengan Bank, nomini atau ejennya atau mungkin dalam milikan atau deposit/ deposit dengan atau pindahmilik/ pindahmilik dengan cara elektronik atau sebaliknya kepada akaun Bank, nomini
atau ejen,
depositori termasuk tetapi tidak terhad kepada Malaysian Central Depository Sdn Bhd, sub-delegasi, pendaftar syer atau institusi lain yang dibenarkan oleh bursa saham yang berkaitan atau boleh didepositkan selepas ini ke dalam akaun deposit mereka atau selepas ini didepositkan oleh saya/kami atau salah seorang /sesiapa sahaja dari kalangan kami sebagai ganti atau penambahan kepada Sekuriti Gadai Janji yang pada masa sekarang telah didepositkan atau untuk apa sahaja tujuan lain. 8.
Ia akan dianggap sebagai merangkumi disini dan dibuat tertakluk kepada wang yang
4
dengan ini telah dicagarkan, kesemua dividen atau faedah yang telah dibayar atau perlu dibayar selepas tarikh ini ke atas Sekuriti Gadai Janji dan kesemua saham, syer (dan dividen atau faedah selepas ini) hak, wang atau harta bertambah atau ditawarkan pada bila-bila masa dengan cara penebusan, bonus, pilihan keutamaan atau sebaliknya atau berkaitan sebarang Sekuriti Gadai Janji, tertakluk bahawa Bank tidak akan menanggung sebarang liabiliti berkaitan dengan sebarang panggilan, ansuran atau bayaran lain.
9.
Sebarang dividen, faedah atau bayaran lain yang mungkin diterima atau belum diterima oleh Bank berkaitan dengan mana-mana Sekuriti Gadai Janji boleh diaplikasikan oleh Bank seumpama ianya adalah hasil jualan dibawah ini tidak kira sama ada kuasa jualan mungkin tidak timbul.
10.
Tanpa memprejudiskan hak dan obligasi yang diwujudkan, sebarang dividen, faedah atau wang lain dengan ini bercagar yang mungkin diterima oleh saya/kami selepas ini akan dipegang sebagai amanah untuk Bank dan dibayar kepada Bank apabila dituntut.
11.
Pihak Bank boleh pada bila-bila masa tanpa notis kepada pendeposit, mendaftar Sekuriti Gadai Janji dalam nama Bank dan/atau nomini Bank atau ejen Bank. Pendeposit hendaklah, jika dinyatakan oleh Bank, dan pada kos dan perbelanjaan Pendeposit, menyempurnakan dan/atau melakukan semua perkara untuk memberi kesan kepada, semua pindahmilik, jaminan dan/atau perkara menjamin dan memberi hakmilik penuh kepada Sekuriti Gadai Janji atau salah satu daripada mereka, kepada atau dalam Bank atau nomini Bank atau ejen atau mana-mana pembeli atau pembelipembeli dari mereka.
12.
Memorandum
Cagaran
dan
Deposit
ini
tidak
akan
dianggap
sebagai
dilunaskan/dijelaskan dengan pembayaran perantaraan atau dengan pembayaran penuh atau sebahagian daripada jumlah wang terhutang seperti dinyatakan di atas tetapi ianya hendaklah menjadi Sekuriti berterusan dan dilanjutkan untuk kesemua atau sebarang jumlah atau sejumlah wang yang mana untuk sementara waktu menjadi baki hutang yang terakru daripada Peminjam kepada Bank pada sebarang kemudahan perbankan dan/atau akaun atau sebaliknya sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini.
13.
Ia adalah sah untuk Bank dan atau ejen atau nomini yang dilantik oleh Bank, pada bilabila masa selepas ini semasa penerusan Memorandum Cagaran dan Deposit, tanpa notis kepada dan/atau keizinan atau persetujuan daripada pendeposit, untuk menjual, melupus, menghasilkan dan/atau berurusan dengan Sekuriti Gadai Janji (dan bagi Produk Pelaburan yang diterbitkan/dikeluarkan oleh Bank jualan, pelupusan, realisasi dan/atau dalam urus niaga yang mungkin terjejas melalui tolakan) atau mana-mana daripadanya dengan cara dan dengan terma dan syarat sebagaimana ia fikirkan patut, dan untuk mengaplikasikan hasil bersih daripada hasil jualan tersebut atau terhadap pelepasan wang yang bercagar. Bagi Produk Pelaburan yang diterbitkan/dikeluarkan
5
CIMB yang tidak boleh dipindahmilik, Bank mempunyai hak untuk memohon penebusan awal untuk yang sama dan bergantung kepada terma di sini dan hasil dari penebusan tersebut boleh diaplikasikan dalam atau terhadap pelepasan wang yang bercagar. Bank dan atau ejen atau nomini yang dilantik tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian dari jualan tersebut, pelupusan, realisasi, urus niaga dan/atau penebusan Sekuriti Gadai Janji, atau untuk kerugian atau susut nilai Sekuriti Gadai Janji tersebut akibat dari jualan tersebut, pelupusan, realisasi, urus niaga dan/atau penebusan atau kerugian atau kerosakkan dari sebarang sebab atau punca.
14.
Saya/kami dan pengganti hakmilik saya/kami akan semasa Memorandum Cagaran dan Deposit ini berkuatkuasa dengan sewajarnya akan membayar segala panggilan ansuran dan bayaran lain yang mungkin dibuat atau menjadi terakru berkaitan dengan Sekuriti Gadai Janji atau mana-mana daripadanya tepat pada waktunya, dan jika saya/kami ingkar untuk berbuat sedemikian Bank boleh membuat pembayaran tersebut dan kesemua jumlah yang dibayar oleh mereka untuk tujuan tersebut berserta dengan faedah di atasnya pada kadar faedah yang dinyatakan dalam Surat Tawaran/Perjanjian Kemudahan hendaklah dibayar balik oleh saya/kami atau pengganti hakmilik saya/kami apabila dituntut dan sehingga bayaran untuk sementara waku menjadi cagaran bagi Sekuriti Gadai Janji.
15.
Pada setiap masa saya/kami berakujanji untuk mengekalkan atau menyenggara nilai Sekuriti Gadai Janji dan dari semasa ke semasa bergantung kepada permintaan Bank untuk membayarnya dengan wang atau pada opsyen mereka untuk hantar serah kepada mereka saham,syer dan sekuriti yang diluluskan dengan margin selanjutnya yang diperlukan oleh Bank.
16.
Kami mengakui bahawa Bank telah memeterai Memorandum Cagaran dan Deposit ini dengan kebergantungan sepenuhnya kepada representasi saya/kami di dalam terma berikut,
dan
saya/kami
sekarang
memberikan
waranti
kepada
Bank
selagi
keterhutangan masih terhutang dan belum berbayar bahawa:(a)
Saya/kami merupakan syarikat yang didaftarkan dan masih wujud di bawah undang-undang Malaysia dan dengan kuasa penuh dan autoriti untuk memilik aset tersendiri dan menjalankan perniagaan seperti dijalankan sekarang;
(b)
Bahawa saya/kami merupakan pemilik berdaftar atau benefisial Sekuriti Gadai Janji yang bebas dari sebarang gadaian, sandaran, lien dan bebanan dan berakujanji selanjutnya bahawa selama mana Memorandum Cagaran dan Deposit ini masih berterusan, saya/kami tidak akan mewujudkan atau
6
cuba mewujudkan atau membenarkan kewujudan sebarang cagaran yang lain, sandaran, lien dan bebanan ke atas Sekuriti Gadai Janji atau sebahagian darinya;. (c)
Bahawa saya/kami telah memperolehi atau mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperolehi kesemua lesen yang perlu, keizinan, kelulusan dan kebenaran. Saya/kami dengan ini mengesahkan bahawa tiada sebarang daripada yang tersebut itu ditolak, ditarikbalik, dimodifikasikan, diselesai atau dibatalkan.
(d)
Tiada sebarang prosedur menandatangani dan penyampaian Memorandum Cagaran dan Deposit ini mahupun pelaksanaan sebarang transaksi yang dipertimbangkan disini akan:(i)
bertentangan atau membentuk suatu keingkaran di bawah mana-mana peruntukan yang terkandung dalam sebarang perjanjian, instrumen, undang-undang, kehakiman, perintah, lesen, permit atau keizinan yang menjejaskan atau mengikat kami dan/atau Sekuriti Gadai Janji; atau
(ii)
mengehadkan ke atas kami atau
kuasa pengarah kami, sama ada
dikenakan oleh atau terkandung dalam sebarang dokumen atau undangundang, perintah, penghakiman, perjanjian, instrumen atau sebaliknya, melebihi had yang diperuntukkan.
(e)
tiada litigatasi atau timbangtara atau prosiding pentadbiran atau tuntutan yang boleh dengan sendirinya atau apa-apa prosiding atau tuntutan lain mempunyai kesan material ketara yang dapat menjejaskan perniagaan kami, aset atau keadaan atau secara material atau menjejaskan liabiliti kamiuntuk mematuhi atau melaksanakan obligasi kami di bawah Memorandum Cagaran dan Deposit ini, dalam progres masa kini atau menanti atau dalam pengetahuan, maklumat dan kepercayaan kami, mengancam kami atau aset-aset kami;
(f)
Semua penyata yang diperlukan telah dihantar oleh atau bagi pihak kami kepada pihak berkuasa pencukaian yang relevan dan kami tidak ingkar dalam pembayaran sebarang cukai, dan tiada tuntutan material dinyatakan berkenaan cukai yang tidak dinyatakan dalam pernyataan kewangan.
17.
Memorandum Cagaran dan Deposit ini akan menjadi tambahan kepada dan tidak akan dengan apa cara sekalipun memprejudis atau terjejas sebarang kolateral atau sekuriti lain pada masa sekarang atau selepas ini yang dipegang oleh Bank untuk kesemua atau sebahagian daripada wang yang bercagar tersebut mahupun sebarang kolateral atau
7
sekuriti atau lien yang Bank berhak (termasuk sebarang sekuriti gadaian atau lien sebelum tarikh kewujudan ini pada Sekuriti Gadai Janji) atau liabiliti mana-mana individu atau individu yang bukan pihak disini bagi semua atau sebahagian daripada wang yang bercagar dalam apa cara yang boleh memprejudis atau menjejaskan sekuriti ini. Bank akan mempunyai kuasa penuh dalam budi bicara mereka untuk memberi masa untuk membuat pembayaran kepada mana-mana orang lain tanpa memprejudis liabiliti saya/kami dibawah sini. Semua wang yang diterima oleh Bank dari saya/kami atau orang lain yang bertanggungjawab untuk membayar yang sama boleh diaplikasikan oleh Bank kepada sebarang akaun atau butiran akaun atau transaksi yang mana ianya boleh digunakan.
18.
Pihak Bank hendaklah selagi ada wang terhutang dibawah ini memasukkan lien untuk semua wang sekarang dan kemudian ini tersedia kepada kredit saya/kami dengan Bank sama ada akaun semasa atau akaun lain.
19.
Sebarang tuntutan pembayaran wang atau apa-apa tuntutan atau notis dibawah ini boleh dibuat oleh Pegawai Bank untuk sementara waktu atau mana-mana orang atau firma untuk sementara waktu yang bertindak sebagai peguamcara atau peguamcarapeguamcara Bank melalui surat yang dialamatkan kepada Peminjam dan dihantar melalui pos atau disampaikan kepada alamat Peminjam seperti dinyatakan di atas dan notis atau tuntutan yang diberi atau dibuat atau diterima pada hari ia dihantar atau hari berikutnya selepas ia dipos mengikut mana yang berkenaan.
20.
Wang yang diterima di bawah ini boleh diletakkan dan disimpan dalam kredit akaun tergantung selama mana Bank fikirkan patut tanpa sebarang kewajipan untuk sementara waktu untuk mengaplikasikannya atau sebahagian darinya. Tidak kira sama ada pembayaran tersebut di dalam kejadian apa-apa prosiding atau serupa dengan kebankrapan,
pembubaran,
penyatuan
atau
penyusunan,
pihak
Bank
boleh
membuktikan untuk dan bersetuju untuk menerima sebarang dividen atau penyatuan berkaitan dengan Keterhutangan Peminjam atau mana-mana bahagian daripadanya dengan cara sama seolah-olah Memorandum Cagaran dan Deposit ini tidak dicipta.
21.
Jika berlakunya keadaan dimana pihak yang membuat deposit yang tersebut di atas dan memberikan Memorandum Cagaran dan Deposit ini (dalam Klausa ini dikenali sebagai “pendeposit”) merupakan sebuah firma atau syarikat atau perbadanan atau jawatankuasa
atau
persatuan
atau
badan
tidak
diperbadankan,
sebarang
peruntukan yang terkandung sebelum ini yang akan terpakai secara primer atau
8
literal bagi kes pendeposit tunggal atau pendeposit individu hanya akan ditafsir dan berkuatkuasa dengan memberi Bank disini sekuriti untuk wang terhutang dari firma atau setiap anggota dengannya atau dari syarikat atau perbadanan atau jawatankuasa atau persatuan atau badan tidak diperbadankan yang sama atau serupa dengannya atau kepada yang akan diberi wang terhutang daripada seorang individu jka pendeposit merupakan seorang individu dan bagi firma, sekuriti ini akan dianggap sebagai sekuriti berterusan untuk semua wang terhutang dalam semua situasi seperti yang telah dinyatakan diatas dari orang atau orang-orang yang menjalankan perniagaan dalam nama atau sebagai wakil firma atau dari manamana orang yang disebabkan oleh kematian, persaraan, atau penerimaan rakan kongsi atau sebab-sebab lain menyebabkan sebahagian atau keseluruhan perlembagaan firma untuk berubah. Dan bagi syarikat atau perbadanan wang prinsipal terhutang sebelumnya dan bercagar akan dianggap merangkumi wang terhutang berkenaan debentur atau Saham debentur syarikat atau perbadanan tersebut yang dipegang untuk atau bagi pihak Bank
22.
Liabiliti di bawah ini yang terpakai untuk setiap orang yang menandatangani Memorandum Cagaran dan Deposit ini hendaklah bersesama dan berasingan dan setiap Perjanjian dan akujanji dari kami akan ditafsirkan sewajarnya. Memorandum Cagaran dan Deposit ini mahupun mana-mana pihak disini yang mana secara bersesama atau bersesama dan berasingan dan beberapa penghutang akan dilepaskan atau dilepaskan disebabkan kematian pihak tersebut atau disebabkan pelepasan kematian, pelepasan mana-mana penghutang bersesama yang lain atau bersesama dan berasingan atau melalui penggantian penghutang lain atau sekuriti atau perubahan dalam perlembagaan perkongsian dimana mana-mana pihak di sini merupakan ahli.
23.
Sekuriti, liabiliti dan/atau obligasi yang dicipta oleh Memorandum Cagaran dan Deposit ini akan terus menjadi sah dan mengikat untuk semua tujuan tidak kira sama ada perubahan dari segi penyatuan, pembentukan semula atau sebaliknya yang mungkin dibuat dalam perlembagaan Bank dan sama juga untuk sekuriti. liabiliti dan/atau obligasi yang diwujudkan oleh Memorandum Cagaran dan Deposit ini akan terus sah dan mengikat untuk semua tujuan tidak kira sama ada perubahan dari segi penyatuan, pembentukan semula atau sebaliknya dalam perlembagaan Peminjam, dan ia dinyatakan dengan jelas bahawa tiada apa pun perubahan berkaitan atau mempengaruhi Peminjam akan menjejaskan sekuriti, liabiliti dan/atau obligasi diwujudkan berkaitan apa-apa transaksi samada dahulu, kini dan masa hadapan.
24.
Bank mempunyai kebebasan pada bila-bila masa dengan atau tanpa persetujuan dan dengan atau tanpa notis kepada saya/kami/Peminjam, menyerahhakkan segala hak, kepentingan dan/atau obligasi atau
bahagian darinya kepada seseorang atau
perbadanan atau memindahmilik Memorandum Cagaran dan Deposit ini sebagaimana ia fikirkan patut, dan kos dan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Bank dan penerima
9
serahhak secara sampingan kepada penyerahhakkan hendaklah dibayar oleh Peminjam, dan dengan penyerahhakkan tersebut penerima serahhak akan dan berhak kepada hak, kepentingan dan obligasi Bank terkandung dalam Memorandum Cagaran dan Deposit ini seolah-olah penerima serahhak merupakan pihak kepada Memorandum Cagaran dan Deposit ini menggantikan Bank.
25.
Saya/Kami akan dan berakujanji untuk menanggung rugi sepenuhnya Bank dan/atau ejen Bank dan/atau nomini, dari sebarang tuntutan, prosiding, perbelanjaan, kerugian, kos, kerosakan dan/atau liabiliti yang mungkin dialami akibat daripada tindakan yang dilakukan atau mungkin dilakukan oleh Bank dan/atau ejen Bank dan/atau nomini berikutan dengan hak dan/atau kuasa yang diberi oleh Memorandum Cagaran dan Deposit ini, dan/atau sebaliknya selaras dengan peruntukan yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran/Perjanjian Kemudahan /Memorandum Cagaran dan Deposit ini.
26.
Jika pada bila-bila masa terdapat peruntukan disini yang menjadi tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak dapat dikuatkuasakan di bawah undang-undang mana-mana bidang kuasa, peruntukan tersebut hendaklah mengikut bidang kuasa tersebut, menjadi tidak efektif setakat yang perlu tanpa mempengaruhi atau menjejaskan kesahihan, keesahan, dan kuatkuasa peruntukan yang lain di sini atau peruntukan tersebut dalam mana-mana bidang kuasa lain. Saya/kami bersetuju, apabila dituntut oleh Bank, untuk mengganti sebarang peruntukan yang terdapat dalam Memorandum Cagaran dan Deposit ini yang telah menjadi tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan melalui peruntukan yang sah yang mempunyai kesan yang sehampir mungkin
27.
Saya/Kami dengan ini bersetuju bahawa Memorandum Cagaran dan Deposit
ini
hendaklah ditadbir oleh Undang-Undang Malaysia dan saya/kami dengan ini bersetuju untuk menyerahkan kepada bidang kuasa mahkamah di Malaysia.
28.
(a)
Semua notis dan komunikasi diantara pihak disini hendaklah secara bertulis dan melainkan dinyatakan sebaliknya, boleh dibuat:(i)
penyampaian peribadi; atau
(ii)
melalui pos, pos prabayar; atau
(iii)
melalui kabel; atau
(iv)
melalui faksimili; atau
(v)
melalui telex
. (b)
Sebarang notis atau komunikasi lain daripada saya/kami tidak boleh dibatalkan dan ianya tidak akan menjadi efektif sehingga diterima oleh Bank.
10
29.
Saya/Kami dengan ini mengisytiharkan w’ad dan bersetuju bahawa semasa kemudahan
perbankan
ini
masih
berkuatkuasa/berterusan,
maka
kesemua
peruntukan, w’ad, stipulasi, syarat, akujanji dan perjanjian yang terkandung dalam Surat
Tawaran
dan/atau
Perjanjian
Kemudahan
hendaklah
dibaca
sebagai
sebahagian daripada Memorandum Cagaran dan Deposit ini dan hendaklah diguna pakai dengan sepenuhnya dan memberi kesan seolah-olah ianya ditetapkan di bawah ini. Jika sekiranya terdapat sebarang percanggahan, Surat Tawaran dan/atau Perjanjian Kemudahan hendaklah terpakai/ mengatasi.
30.
Saya/Kami dengan ini mengisytiharkan bahawa kandungan Memorandum Cagaran dan Deposit telah diterangkan kepada saya/kami dalam ………………………………….dan saya/kami telah memahami isi kandungan tersebut sebelum menandatanganinya.
Bertarikh pada
haribulan
20
Yang benar, Ditandatangani oleh yang tersebut
}
Dihadapan
}
Ditandatangani oleh yang tersebut
}
Dihadapan
}
11