SYAIR ASLI RAJANG HARI MUDA OMAR 'ALI SAIFUDDIEN
dl;.
.1*;;: #be
BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI
F R l A N KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN
Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Bandar Seri Begawan 2064 Negara Brunei Darussalam O Muda Omar 'Ali Saifuddien, 1994
Cetakan Pertama 1994
Hiasan Kulit Abd Rahman Muhammad
Rupataip teks, Palatino 11/ 13 poin
Aturhuruf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam Dicetak oleh Perdagangan dan Percetakan Bintang Sdn. Bhd., Brunei Darussalam
Prakata SYAIR PERNAH memainkan peranan penting sebagai bahan hiburan dalam istana di kalangan raja Melayu. la merupakan genre sastera--yang popular dan dominan pengaruhnya dalam perkembangan kesusasteraan Melayu. Dan di bumi Darussalam ini ia juga tidak terkecuali. Walaupun nisbah penduduk dan saiz Negara Brunei Darussalam ini cuma sejamput tetapi ia tetap kaya dengan khazanahsastera berupa syair seperti syairkwang ~emaun, Syair Si Mercu Gunung dan Syair Rajang. Era peralihan atau pemula kehidupan Brunei Moden sebetulnya terakam dalam Syair Rakis; panorama ini diperlengkapkan lagi oleh syair-syair dedaktik, nasihat dan pengajaran melalui karya Muda Omar 'Ali Saifuddien (Alrnarhum Sultan Haji Omar 'Ali SaifuddienSa'adul KhairiWaddien) yang memaparkan kehidupan masa kini dan wawasan kehidupan masa depan. Almarhum bukan sahaja seorang negarawan yang terulung, bahkan juga seorang nasionalis dan sasterawan diraja yang terunggul. Empat faktor penting yang menyebabkan Alrnarhum dapat digolongkan sebagai penulis produktif dan kreatif ialah bakat, minat, persepsi dan komitmen. Untuk mengenang jasa bakti Almarhum sekaligusmemperingati tarikh terpenting di bulan September yang pernah diberi penghormatan oleh negara iaitu 23 September dan 29 September, Dewan Bahasa dan Pustaka kini mengambil punggur ke hadapan menerbitkan semula sebahagiandaripada karya Almarhum seperti Syair Perlembagaan Negeri Brunei, Syair Asli Rajang Hari, Syair Nasihat dan Rampaian Laila Syair dalam bentuk dan format yang baru serta menggunakan Sistem Ejaan Rumi Baru. Menerbitkan semula syair-syair Almarhum bukanlah sepantas lirikan mata atau semudah tanggapan analisis terutamanya syairsyair yang asalnya dalam edisi Jawi. Petugas jabatan ini dengan beririt - berundan, membuat padanan dan semakan yangsekira-kira
dapat dianggap hampir lengkap dan sempurna. Sekiranyaterdapat sebarang kelebihan atau keistimewaan pada buku ini adalah semata-mata daripada taufik dan hidayah Allah jua; dan seandainya ada cacat-cinangga luar dalam buku ini adalah disebabkan para petugas jabatan ini yang masih daif dan kekurangan serba-serbinya.
Pengiran Haji Badaruddin bin Pengiran Haji Ghani Pernangku Pengarah
Alhamdulillahi Rabbi1 Alamin membawa cahaya kebaikan amin kepada sahabat, keluarga, kelamin laila bersinar pancaran cermin Pancaran cermin cakerawala bulan laila kebajikan sentiasa berjalan menghubungkan kebaikan dengan kenalan sahabat yang mesra seperbualan Sahabat yang mesra seperbualan madah yang telah menabur jasanya sudah budi dan bantuannya telah terdedah ke dalam hati mudahan bertatah Bertatah lungguh di sanubari mudahan teringat sehari-hari mengenang jasa mudahan tak lari laila bantuan mudahan tetap digemari Mudahan ingatan dari perasaan sihat afiat berkebahagiaan pada menimbang tugas perlaksanaan yang munasabah diberi keredaan Jimat cermat titian kekayaan tersangat bakhil titian cercaan pada menimbangnya banyak kiraan nama termasyhur berkelabaan Kindang padi kindang ampanya diasingkan penjemurannya dilenggang adik lenggang abangnya masih berlainan untung nasibnya
Mengutamakan kasih kepada diri duduk, berdiri, jalan, berlari ketiadaan ikhlas di sanubari di situkan cedera nama yang bahari Keikhlasan hati sungguh berguna cahayanya menerangi alam saujana laila adil timbangan baina bertimbang rasa yang bijaksana Yang bijaksana bertimbang rasa awangku pendaluh laila sentosa syarat keadilan bijak perkasa yang sudah, sekarang, ke satu masa Yang sudah, sekarang buatkan panduan ingatkan di hati di pengetahuan sebelum memutuskan segala penentuan bertatabahasa pembawaan haluan Memikirkan soal segala perkara alasan keterangan hendaknya ketara tenang tabah kebaikan ditara pegangan bangsawan hulubalang perwira Pegangan hulubalang perwira berani bersependapat laila murni kepada jauh pandangan tak sunyi tercatat keadilan di sana sini Hulubalang panglima sebutan perwira bukan hanya kepada askar dan tentera laila saksama timbangan cara laila bermercu puncak negara
Laila berkebaikan bersetiawan bertulus mesra pegangan bangsawan kepada sahabat, kenalan dan kawan arif bijaksana laila dermawan Laila bijaksana arif pendaluhan bertata kemanusiaan cara olahan timbang-menimbang laila arahan laila ketetapan di penyudahan Bagai pepatah laila jauhari pepatah bidalan di zaman bahari utama kepada kasihkan diri kasih yang mana tiadakan lari Kasihkan diri laila gerangan daripada perasaan kasihkan dangan sekira begitu madah karangan kasih yang mana jadi kenangan Kasihan diri pada maksudnya tiada kasih kepada lainnya Kalau diamalkan serata-ratanya ke satu puak maksud sayangnya Anak benar dan anak angkat boleh tak boleh sama berpangkat bulat air alungan pekat bulat manusia kerana muafakat Bulat air kerana alungan bulat air kerana pembetung keluarga dan sahabat bertolong-tolongan bertulus ikhlas utama dihitung
Bertulus kasih bertulus sayang laila berbaik-baik jangan dipayang mengadun kebaikan jangan bergoyang kasih yang mesra tiada melayang Masa beralih zaman beredar kalanya terang kalanya pudar renungan hendaknya laila disedar kebajikan sekurang-kurangnya sekadar-kadar Wahai anakanda gemala hati cahaya mata ayahanda sejati anakanda ayah yang bijak mengerti yang bertugas ke arah kebajikan mesti Yang memestikan tugas kebajikan yang memelihara hubungan kebaikan hubungan bersefahaman yang diamalkan itulah tanggungan yang diutamakan Ayahanda sajakkan sebuah pantun sebagai pertalian jalan bertuntun berganding tangan berjuntun-juntun laila kukuh tiada terbantun Kembang melatap kuntum rajasa berkembangan bunga angsana ingatkan budi mengenang jasa pegangan orang arif bijaksana Ahad seharibulan rajangnya rajang bulan Ahad harinya rajang seharibulan namanya ketiga puluh Isnin harinya
iZari Ahad seharibulan nampak di malam bulan puasa wa hai anakanda laila handalan lsila berkeadilan aman sentosa
Jangan dicuaikan perkara yang senang berunding bermuzakarah biarlah tenang cadangan rancangan biar berlinang untuk negara semua senang Kalau dicuaikan perkara yang mudah laila cita-cita tiada terpadah laila hasrat tiada terdedah kerja entahkan sempurna sudah
Ila dondang dondang dangeyang sahabat dan handai mengadun sayang hubungan berbaik-baik jangan dipayang laila mesra tiada melayang Mengadun sayang mengadun kasih tata bersefahaman jangan berselisih hubungan berbaik-baik di hati masih laila bijaksana pembawaan bersih Hari Isnin dua haribulan menurut susunan rajang diberi laila hasrat kata bualan lailakan niat di sanubari Dua kali satu jawabnya dua satu kali dua jawabnya dua satu dan semuanya sama jua aku, sekalian dan saya sama jua
Aku dan semuanya adalah sama sekalian dengan saya ada sama laila contoh ambil yang lama buatkan renungan kerja sama-sama Tiga haribulan rajang Selasa maknanya tiga sebutan dua laila budiman ingatkan jasa lailakan fikir badan berjiwa Pisang emas bawa belayar masak sebiji di atas peti hutang emas boleh dibayar terhutang budi lekat di hati Tinggi gunung gilang-gemilang air sungai tenang-tenangan budi yang baik tiada hilang laila menjadi kenang-kenangan Empat haribulan sebutan rajang hari Arba hitungan panjang keluarga dan sahabat dayang dan bujang laila bermasak nasi di lanjang Keluarga dan sahabat, handai, taulan kerana kebajikan sepergaulan laila bermuzakarah berbetul-betulan berbaik-baik tali simpulan Hassanal Bolkiah anakanda bangsawan Mohamed Bolkiah anakanda rupawan adik-beradik jangan berlawan berbaik-baik bersetiawan
Anakanda pakulun cahaya mata sepuluh beradik laila juita intan terpilih tajuk mahkota ilmu pengetahuan kandil pelita Hari Khamis lima haribulan lima rajangnya lima bilangan laila bentuk berkeadilan bertulus jujur -tiada walangan b i l a bentuk keadilan tercipta laila tugas peraturan dipeta terbayang kebaikan laila nyata hila tenteram merata-rata Laila aman makmur negara laila tenteram subur sugara berkebaikan anutan cara bertulus jujur laila mesra Wahai anakanda juita ayah membuat kejahatan bukannya payah senang menerbitkan berjenis dakyah tetap jaga badan nin wayah Juita pakulun muda yang sadah mentadbirkan negeri bukannya mudah untuk membuahkan nikmat faedah bentuk susunan laila berpadah Enam haribulan hari Jumaat bulan bersinar atas angkasa setiap detik, ketika, saat ingatkan budi taburan jasa
Di manakan dapat menabur budi ingatkan budi tiada sudi di manakan dapat menabur jasa melupakan jasa setiap masa Melupakan jasa di manakan sudi tambahan melupakan laila budi wahai anakku, kakak dan adi kebahagiaan yang mana kekal abadi Anakanda pancir laila berbangsa anakku pakulun laila berbahasa mengingatkan jasa menabur jasa menabur budi sedaya kuasa Tujuh haribulan Sabtu harinya bulan mengambang menerangi awan menumpukan hasrat laila hatinya melaksanakan kebajikan tiada sawan Menjalankan usaha untuk kebajikan melaksanakan tugas berbaik-baikan laila ikhtiar dilaksanakan laila bermanfaat diperkukuhkan Yang mana dikatakan nasihat yang jujur ke arah mana pandangan tak kabur apa yang dikatakan teguran yang jujur apa caranya kalaukan mujur Kalaukan mujur apa caranya nasihat yang jujur apa maksudnya teguran yang jujur apa kerananya ke arah mana renungan hatinya
Rajangnya Ahad lapan haribulan bulan mengambang di malam hari laila pepatah kata bidalan adil bertimbang rasa pembawaan jauhari Ahad rajangnya bulan lapan hari hari mengarak Bendahara Sakam bijak dermawan laila jauhari jauhari juga mengenal manikam Burung serandit terbang ke hulu berbunyi aur mendayu-dayu laila kata madah dahulu pokoknya rendang daun tak layu Indah kata laila penyata indah kukuh laila kota indah tegap perkataan kita tegak benang basah dipinta Basah dipinta menegakkan benang entahkan cinta laila bernang laila hasrat tabah dan tenang di situ cadangan laila berlinang Isnin sembilan haribulan rajangnya di waktu maghrib bulan mengimbang laila tepat ikrar maknanya laila patuh jadikan lambang Patuh kepada undang-undang negara ikhlas dan jujur laila ditara tabah berkebaikan laila mesra laila sumampai pantai sugara
Kemujut kepala rempah batangnya laila bersuli kalam sujud berdatang sembah dakwat merampai menjunjung duli Menjunjung duli madah dihurai sedaya upaya madah diburai laila terbuka lipatan mutrai hubungan yang bersih tak dapat dicerai Kalau berdatar meninggalkan pesan laila berkebajikan meninggalkan kesan laila mengamatinya janganlah bosan wahai juita laila ihsan Ambil yang baik sekira berguna jangan dipakai kalau tak kena contoh tauladan di sini sana silalah tegur wahai mengerna Dari Tutong ke Binturan Murut berjalan dengan Bisaya kalam bertiti keterlanjuran hendak dihapus tiada upaya Rajang Selasa bulannya sepuluh bulan diapit bintang ketujuh payah menyukat titikan peluh baru tengadah setelah terujuh Burung dudi burung angkasa merpati terbang berkawan lupakan budi melupakan jasa jangan dilupakan masa mengawan
Masa yang sudah jadi kenangan dan masa ini dalam rancangan masa hadapan buatkan renungan ke arah kebajikan laila timangan Pelaga, ketumbar, jintan sulasih buah pahala, si tamu giring laila erat cinta nin masih ke arah kebaikan tujuan berguring Laila cinta masih kebajikan kasih yang mesra kita galakkan hubungan berbaik-baik kita amalkan laila persahabatan kita eratkan Awang Ali turun bertikam bertikam lumba-lumba berdastar berketitir berbaju berkesumba kalau kurang-kurang berfikir siapa jadi hamba Singapura dilanggar todak berkota akan si pokok pisang laila berakal seorang budak serangan todak tiada pasang Seorang budak laila berakal fikirannya waras tiada nakal berani dan menasihat laila cekal untuk kebajikan ia tawakal Sayang malang nasib dirinya laila kebaikan yang dibuatnya tiada sesiapa yang menerimanya maut menempuh menimpa jasadnya
Sungguh maut ditimpa malang cita-cita yang baik tiada hilang hati yang bersih laila cemerlang keberanian tercatat laila gemilang Hari Arba sebelas haribulan bulan terbit sampai ke subuh bidalan kata pepatah bualan laila mandi basahi tubuh Laila bersiram di mundam kaca laila mandi seludan pancur dahulukan eja sebelum membaca bertulus ikhlas laila jujur Wahai pakulun laila tempawan ke arah kebajikan bersetiawan lailakan hubungan berkawan-kawan penceroboh yang membunuh pasti dilawan Allah Taala Tuhan Yang Ahad Yang Mengetahui dan Maha Melihat kepada perbuatan baik dan jahat tahukan hati hasrat tak sihat Allah Taala Yang Maha Sakti tahukan hasrat niat di hati melihat perbuatan niat seperti hendaknya kita fahamkan wahai gusti Sesiapa melakukan perbuatan jahat dan bersubahat kepada yang jahat walau bersembunyi, apalagi terlihat Allah Mengetahui dan juga Melihat
Wahai anakanda intan terpilih kaluarga dan sahabat jangan berselisih vang laila baik hendaknya digalih rupaya erat hubungan berkasih iC
i h a belas haribulan Khamis rajangnya ngalu hilir ke Sungai Si Amas I&ki usaha murni hatinya hila terlaksana, sempurna dan kemas ila cara, gaya dan peri btlgan mengutamakan diri sendiri mendoakan ramai termasuk jauhari demikianlah pendapat dalang memberi kianlah pendapat dalang tendarman q a i r dibentuk keseorangan lranyakan untuk kenang-kenangan hasil dari perasaan walang, bimbangan Dalang tendarman rakyat negeri berunding berusaha seorang diri mengharapkan rahmat Khalikul Bahri kenampang sahabat datang menghampiri Sahabat, kenalan menghulurkan bantuan memberikan nasihat dan pertolongan makanya terlaksana cita-cita tujuan hendaklah diingat anakandaku tuan Anakandaku tuan Mahkota Hassan kepada anakanda ayahanda berpesan hendaknya dikenang jasa berkesan pada mengingatkannya janganlah bosan
Jasa, bantuan, nasihat kebajikan jangan hendaknya anakanda lupakan sekali jangan anakanda cuaikan lambat-laun mendatangkan kebaikan Hari Jumaat tiga belas haribulan bulan masuk berangkat mega laila sebutan kata bualan lima tolak dua jawabnya tiga Sepuluh tolak tujuh tiga jawabnya satu campur dua tiga jumlahnya lapan tolak lima tiga jadinya dua tolak satu apa jawabnya Ditolak tujuh tiga jawabnya dicampur dua lima jadinya ditolak satu empat jawabnya satu tolak satu apa tinggalnya Sepuluh tolak tujuh tiga tinggalnya satu campur dua tiga jumlahnya laila berkebaikan laila kesannya telinga, mata, hidung, mulutnya Lapan tolak lima jawabnya tiga lima tolak satu jawabnya empat rotan peladas si rotan saga dua kali dua anyam ketupat Anyam ketupat bawa belayar diletak di atas peti hutang piutang dapat dibayar terhutang jasa dibawa mati
Terhutang jasa bukannya mudah jasa terbukti laila terdedah terhutang budi maknanya sudah demikian pendapat dalang berpadah Hari Sabtu empat belas haribulan terang bulan di waktu senja emas tempawan laila handalan jangan terpekur'duduk bersanja Bersanja leka bersenda gurauan umpama mimpi ritau-ritauan laila kencana emas tempawan entah ke mana hasrat tertawan Entah ke mana hasrat kalbu apa sebabnya hati berdebu laila kata tiada dikubu buah ngirih disangka buah petabu Petabu disangka si buah rangas limau kapas limau kesturi duduk bersanja kerja tak kemas kalau mengutamakan faedah diri Wahai ingsun laila juita indah bidalan pepatah kata untuk kebajikan madah dikota bagi kejahatan jangan dipeta ingatkan pertolongan setiap hari dari baring, duduk, berdiri lungguhkan berbaik-baik di sanubari demikianlah pegangan laila jauhari
Indah tanaman ubi keladi pokok simpur jaraknya jarang mengingatkan jasa mengenang budi dalam sepuluh payah seorang Hendaknya manusia menabur jasa kalau boleh setiap masa memilih yang baik laila sentosa dari kerabat atau yang bukan sebangsa Mengingatkan jasa laila pegangan mengenang budi laila pedoman yang mentadbirkan negara laila budiman berkejujuran dan sudi negara aman Lima belas haribulan purnama rajang hari Ahad namanya laila ihsan bijak saksama dijadikan amalan kerajaan negerinya Tersusun bentuk kerajaan negara teratur pentadbiran laila ketara kemas rancangan cadangan ditara tercapai nikmatnya seluruh sugara Anakandaku Mahkota ratna kencana adik-beradik laila teruna laila pentadbiran di sini sana menghubungkan kebaikan laila berguna Tugas ketua pentadbiran negeri kewajipan menjadi terasnya sultan memperbaiki taraf rakyat diberi berkembang usaha dan perbuatan
Idaila melaksanakan usaha kemajuan la ila tersusun rancangan tujuan pada menikmati laila kemahuan nampak dipandang kesan panduan Susunan kemajuan hasrat hati laila tersusun dengan seperti berkebajikan dan nyata laila terbukti seimbang aka1 laila pekerti Baripada hati sayang-sayangan inilah nasihat dalang tendarman kepada anakanda wajah timangan yang mana baik dibuang jangan Nasihat yang baik laila padan elok diambil buat tauladan yang kurang baik jadikan sempadan hubungan kebajikan laila didandan Kebajikan hubungan berbaik-baik Iaila dilaksanakan adalah baik hubungan muhibah jangan dicarik laila menawan hati tertarik Wati tertarik ditawan cara hubungan berbaik-baik mengharumkan negara semakin diusaha dan dipelihara laila kekal hubungan mesra Mari Isnin enam belas haribulan masuk bulan di waktu pagi kerabat, sahabat dan handai taulan tumpukan kebaikan ke satu segi
Laila keluarga laila kerabat menghubungkan kebaikan dengan sahabat untuk kebajikan sama sebabat hubungan muhibah jangan dikabat Dua kali satu jawabnya dua dua tolak dua tiada tinggalnya aku dengan dia sama jua dia dengan aku apa bezanya Berlainan bangsa, bahasa, pekerti tiada berasingan pendapat hati ke arah kebajikan tujuan dipasti itulah dia cempaka melati Cempaka melati di taman hiburan bunganya kembang bertaburan laila umpama berkejujuran kalau dinafikan adalah hairan Laila kebajikan ambilkan teman ke arah bahagia kumpas pedoman adil, dermawan, aka1 siuman laila rampak bunga setaman Bunga angsana kembangnya subur bunga cempaka dalam jambangan laila tenteram hasrat terhibur laila sihat peta rancangan Peta rancangan bagai misalan peta cadangan laila bidalan laila pembawaan muda handalan tiada mendapat kemasygulan
Yujuh belas haribulan apa harinya kari Selasa iaitu namanya dari mana mula cintanya $elam kalbu mata hatinya Duah pauh delima batu ikan tengiri di tapak tangan Mar jauh di bandar satu budi yang baik jadi kenangan lasih bunga sulasih bunga sulasih tabur batasnya hila kasih bertulus kasih kasih juga akan balasnya Angsana bunga angsana bunga angsana tumbuh di pasu laila budiman yang bijaksana laila sederhana tiada berpasu Cempaka bunga cempaka bunga cempaka di atas peti laila cinta hasrat terbuka laila bersihkan hasrat hati Arba ialah nama harinya lapan belas bilangan bulan laila membuktikan hasrat hatinya laila muhibah kukuh kenalan Pada mengukuhkan kenalan muhibah terbukti kemurnian tiada berubah di dalam hati tiada gelabah bekerjasama ke jalan munasabah
Laila munasabah bekerjasama laila berkeadilan tugas saksama bertimbang rasa laila utama sejarah berkesan kerja sama-sama Tercatat sejarah laila berkesan atas pembawaan laila ihsan inilah nasihat dalang berpesan menghubungkan kebaikan janganlah bosan Hubungkan kebaikan seberapa daya buatlah kebajikan seberapa upaya dengan jalan ini laila gaya aman tenteram laila kaya Aman tenteram subur kekayaan atas keadilan laila pembawaan ibadah berjalan bukan pitraan harum termasyhur bentuk kerajaan Sembilan belas bilangan hari iaitu Khamis nama diberi wahai pakulun laila jauhari buatlah ibadah sehari-hari Ibadah dibuat laila kencana di mana-mana saja berguna emasku juita ternpawan ratna dikasihi sahabat di sini sana Dikasihi orang di sana sini membuat kebajikan laila murni atas kebaikan juita yang sani di mana berada tiada sunyi
Laila ke hulu laila ke hilir pakai perahu, bidar, tamuai dalang berkata tinggal di syair yang mana baik bolehlah dipakai Di mana saja tempat berada bersihkan hasrat di dalam dada jangan membanyakkan kata bersida untuk sendiri biar dipada Hendaknya diturut peraturan negara hendaknya dipatuhi undang-undang tertara untuk kebajikan susunan cara seluruh rakyat terpelihara Sebagai tanggungan laila kerajaan laila bahagia jadi kiraan memperbaiki usaha dan pekerjaan untuk keamanan laila pujaan Hasrat menuju perkembangan negara aman dan tenteram mula ditara rakyat dan penduduk terpelihara adil dermawan laila dikira Wahai anakanda emas sekati ratna mahkota laila gusti usahakan kebajikan bersungguh hati tiap-tiap hidup sajakan mati Jasa kebajikan laila terkenang untuk keamanan rakyat kan senang bagi ketenteraman usaha bernang subur kemakmuran laila tenang
Hari Jumaat namanya hari dua puluh hitungan bulan laila kencana tempawan seri laila pekaca juita handalan Laila handalan juita pekaca laila berseri tempawan narca lembut loyang dan keras kaca banyakkan berfikir manakala membaca Manakala membaca warkah persuratan tatkala meneliti cadangan sebutan apabila mengamati rancangan buatan untuk kebajikan timbangan sukatan Pada menimbangnya untuk kebajikan laila bersahabat berbaik-baikan bagi seluruh rakyat diperamalkan yang kejahatan mesti ditolakkan Cita yang jahat kalau tak berundur lebih baik awal masuk ke kubur apa yang zahir lafaz terlanjur itu madah tiada kabur Terlanjut kata laila zahir dari awal dan juga akhir sama di persuratan juga di syair terkeluar kata-kata jangan dimangkir Tatkala meneliti satu-satu perkara hendaknya diamati serta dikira sebelum memberi keputusan ditara mendahulukan pasti siasat cara
Melupakan budi setiap masa melupakan jasa sentiasa tak dapat berbudi dan menabur jasa kalau baik kurang periksa Bntahkan sudi siapa tahu kej a tiada bahu-membahu bergotong-royong tiada mahu lndah kasisang angit berbau Pditik tempatan kalaulah angit baunya menghembus sampai ke langit emokrasi kalaulah sengit lidah menongkat ke langit-langit h a kali satu jawabnya dua satu kali dua jawabnya dua sku dan semuanya sama jua sekalian dengan aku sama jua Walau berlainan bahasa dan cara tiada berasingan pendapat dan kira ke arah kebajikan jujur dan mesra sangat berguna pada negara Berfaedah sungguh kepada negeri yang jujur dan ikhlas di sanubari yang bersependapat sama berdiri membuat kebajikan tiada lari Membuat kebajikan berbimbing tangan ke arah kebajikan tiada walangan mengeluarkan pendapat tiada bimbangan aman dan bahagia dalam genggaman
Dalam genggaman aman bahagia untuk kebajikan ia dan dia untuk keamanan bersiap sedia aman dan makmur negara kaya Negara Brunei Darussalam negara yang aman laila tersulam laila pepatah bidalan kalam laila tenteram isinya di dalam Aman dan tenteram isi dalamnya itulah diharap selama-lamanya laila subur kebajikan usahanya makmur sentosa senang rakyatnya Negara Brunei laila sejahtera mudahan tenteram rakyat negara mudahan keselamatan terpelihara aman dan makmur lambang negara Aman dan tenteram punca bidalan aman dan makmur laila keadilan ketenteraman subur punca bualan laila pentadbir bijak handalan Pentadbiran bijak negara aman adil dermawan laila pedoman negara tenteram rakyat budiman aman dan makmur negara siuman Sabtu selikur bilangan bulan pengalu berkayuh mudik ke tamu laila sungguh kata bidalan seberapa jauh tuntutlah ilmu
Yuntutlah ilmu seberapa jauh duduki pelajaran laila bersauh kalau segan duduk berkauh ilmu pengetahuan di badan jauh Bunga nurmala cempaka melati disunting oleh Dang Manda Tawati llmu pengetahuan pelita hati mata pelajaran tiada leti Mata pelajaran suli berakar ilmu pengetahuan sentiasa mekar di bandar, di desa, di hutan belukar siapa berilmu jarangkan sukar Tuntutlah ilmu jauh dan dekat ilmu kebajikan laila diikat ke dalam dada biar dilekat supaya pendapat tiada singkat Dua likur harinya Ahad bulan mengambang atas angkasa Allah Yang Esa Yang Maha Melihat Tuhan Yang Adil dan Maha Kuasa Wahai anakanda laila handalan berjaga-jagalah mengorak jalan laila umpama, pepatah, bidalan sajakkan ia di pergaulan Di pergaulan berperundingan laila tekun tiada panglingan menghadapkan pendapat tiada rungsingan laila tabah tiada palingan
Laila tabah, jujur dan ihsan laila tekun tiada bosan menghadapkan pendapat laila alasan di pergaulan berunding kebajikan berkesan Tiga likur Isnin namanya bulan masuk di awal pagi indah lafaz pada mulanya indah laila segenap segi Laila kebajikan kandil pelita bagi kebahagiaan laila peta indah bermanfaat laila kata indah terhurai iaitu kota Indah terburai dari sebutan ayat tertulis di persuratan madah termutrai dari lipatan laila dikota berpatutan Wajib dikota kata dan madah perlu ditegangkan kata terdedah laila dikukuhkan kata yang sudah pada mengotakan ia janganlah gundah
i I
I
Empat likur hari Selasa air sungai tenang-tenangan mengubah kata tentu berdosa hendaknya diingat wajah timangan Adalah salah mengubah kata salah mengubah kata yang nyata untuk kebajikan laila dipeta kata-kata itu ialah kota
Laila kata-kata indah terbentang kata-kata kebajikan sukatan gantang walau badan bujur melintang mengubah kata adalah pantang Mengubah kata jadi pemali hidup bukan berkali-kali hidup dan mati hanya sekali laila madah mekar bersuli
:
.:+.
:
..&-
.s:-
: . :
"-.>-.%:
Wahai anakanda intan dikarang buat kebajikan dari sekarang perbuatan jahat mesti dilarang barulah termasyhur negara terang
.. ~.~ .,.--. <..-. . *,.= + ,.-.: .L .. -*. ..-?-; -
= .
!
,
--
. . -2. . '. ..
;
=:.
?
. .- ;-i. ,
-
'
.
?.
3 -.:7. .* .
, 52,.
-.
.-+>.. .>, * .. .. ~, ,.: .. -
..
-- . : Laila tenteram kemasyhuran lambang segala kejahatan tiada mengimbang 3. -...:I aman dan makmur menghias gerbang laila bersunting ingatkan serbang ..* ,. 2. .2 ...
.<... .> +. ; . ..
--g:.!
;.:LC 2.
-
-
. ~ ..,., ..
-
r-
Lambang negara tenteram dan aman kemasyhuran negeri adil budiman dalamnya damai, sentosa, siuman rakyat dan penduduk laila pedoman Laila pedoman kerana kebaikan bagi seluruhnya kerana kebajikan nama yang baik dimasyhurkan aman laila makmur dipermegahkan
Menjadi kemegahan laila aman menjadi kemasyhuran adil budiman menjadi galakan sentosa siuman jadi pujian laila berketenteraman Wahai anakanda cahaya mata intan terpilih tajuk mahkota mastikaku sayang laila juita laila beringat menghambur kata Biar buruk tapih di pinggang jangan buruk budi perangai biar gawai buruk berlenggang kalau bohong jahat perangai Kalau bohong madah bersabda membayangkan busuk hasrat dada berkata kebajikan tiada memada perkataan bohong mengada-ngada Oleh yang demikian wahai tempawan bohong kata-kata hendaknya dilawan banyak kata-kata dusta bukan bangsawan sekali tak dapat hati tertawan Enam likur Khamis rajangnya bulan terang di waktu subuh membanyakkan dakyah bukan tempatnya tiada sihat si batang tubuh Banyak dakyah siasah kata percakapan bohong bukannya peta memburukkan namanya dirinya nyata sebab selalu berkata dusta
:
Wahai tempawan laila kencana cahaya mata anakandaku teruna laila berfikir yang bijaksana di majlis rundingan laila berguna
-
Laila luas dari taksiran laila congak dari sipiran laila bermesyuarat duduk berjiran penuhi kepala dengan fikiran
5
i i
Indah pepatah bidalan kata indah bidalan pepatah kata indah pepatah perumpamaan kata seperti di bawah anakanda mahkota
; ?
E 8 Ir
B -
$7
=., .
.... ;x.
g
: P
.
. e
.
.
Seekor kerbau membawa lumpur hams semuanya mendapat kotor laila muhibah duduk bercampur dakyah siasah biarlah teratur Elok diatur kata-kata yang benar apa yang dikata itu ditulis supaya terpuji ayat bersinar itulah dikatakan bijak majlis Laila bersinar majlis perumpamaan laila tenteram lafaz perkataan laila tulisan ayat rekaan . . tiada menerbitkan syak sangkaan
. " ,. ,
.
. :
.
-
.
.
.
.
Politik bukan simbit-menyimbit laila kata banyak sekubit : i . . . apa dikata itu diterbit . ,.: : . .. . syakwasangkatiadaterbit.:. : : ; : .
,
.
: . .
.
,
.
.
.
.
.
.
. .
: . .
. .
.
,
.
.
. .. .
+
.
,
. ,
. . .
. ., .
;;;.. :,
.
. . . .. . . , ,
.
.. . . .. . . .. . ..
. ,
,
-
.
.
.
_
..
.
.
.
.
. .~
.
.
.
.
.
.
..
. . .
> ' .
:
. . . . ,
,
.
.
.
, :,
. ?
...:
. . > , . .. .
.
,.,
.,;
,
Kalau siasah dakyahnya palsu umpama kerbau hanya berpasu pahat yang tajam tak dapat disusu badan penat tubuh nin lesu Bunga cempaka luruh dipetik daunnya mekar banyak sulinya elok jangan masuk politik sebelum mengetahui dasar asasnya Sebelum memahami asas dasarnya sebelum mengetahui dasar asasnya sebelum tahukan asas hakikatnya sebelum fahamkan dasar hakikatnya jangan masuk politik Tujuh likur Jumaat rajangnya bulan terang sampai ke pagi untuk menjayakan hasrat hatinya lengkapkan pengetahuan di segenap segi Lengkap ilmu pengetahuan dapat menghadapkan segala kemahuan dapat menerangkan segala tujuan laila ilmu pada panduan
.
Buktikan usaha perlaksanaan buktikan hasrat laila kiraan buktikan jenis peta rekaan di situkan terbit kepercayaan Buktikan dahulu madah dan kata dahulu dibuktikan cadangan dinyata pada membuktikan laila cita-cita laila terbukti rancangan peta
Laila terbukti peta ciptaan sebagai menyaksikan laila kiraan dapat menyaksikan usaha rekaan di situlah terbit kepercayaan Jelas difahami yang dihajati laila membuktikan maksud sejati manakala terbit kepercayaan hati segala tujuan tercapai pasti Wahai anakanda tempawan ratna tajuk mahkota laila kencana laila tujuan niat berguna menimbulkan kepercayaan di sini sana Hari Sabtu lapan likur rajangnya kuda rajangnya seharibulan indah jelas laila niatnya membuktikan bijak muda handalan Wahai anakanda laila berani kalau terbukti niat yang murni dipercayai orang di sana sini nama terpuji tiada sunyi Laila berani muda handalan laila kata madah bidalan menuju kebajikan sama berjalan jangan bohong kata bualan Kalau penakut laila jauhari kata-kata pembohong banyak berlari kata-kata benar tiada berdiri dusta namanya kata dan peri
"; .
Tiap-tiap pembohong hatinya jahat kalau siasah patinya tak sihat kepadanya jangan kita subahat perbuatannya itu Allah Melihat
.
.
c.a L 9
Lr .%
.
.
.+
.. .
<.
.
,
3 , i
.
.
$ a --,. ;&
Jangan takut kerana digertak jangan lembut kerana dipujuk pegangan adil laila bijak tiada masuk ditikam rusuk
: .
ir g*..
.
. ,
.
,
.
.
,-i
5 ., 1 9.I
Perkara kebajikan hendaknya diturut jalan yang baik hendaknya diikut jangan subahat kepada yang karut : . ,
.
.
-
.
a., *.
*_
. ?.
.
.
,. ,
. -z , c :-. rZi &.
1
:
.& ,.
.
LA-% r:
.---
;C.
Memperbaiki kehidupan rakyat negara . : . . .. bagi kemajuan isi sugara keamanan hendak dipelihara . .. datunda menghubungkan persahabatan!mesra : ,
,
. .
..
,.
.
q
,
..=.& -+
:
.
.a .. .
.
-A,
q
:*..: - .-.
? .:$.+ c~ ~ . 2 "
. .
. .
.
,
.
.',
.
,
@
.
& ?:.
.
.@-, .=*-. 2
- ;% ?
..&; ->xz-,.
Baginda bersahabat dengannya Inggeris . :. . . tercap perjanjian dua belas rakis : ., dengan British perundingan habis ; : ,.;... : : perjanjian disain Brunei dan Inggeris . .
,
,.%.&*
. .
...
..
. .
+!$> - ../.
+ :.&TS.. -&;-&-. , a -
, , . . . ,
...>.-% @ T2 &..: , -+-.z-*.*
. :
--#.
<
, . . ..
.
?
.
,
.:
..Ee22 -. r.--
,.
;.
.
..
.:
'
.
'
.
. .
4
+>2:+ & q
:<." *=<
.-*. +,.s
-.A -- .a -.*f . .?
Pulau Labuan dikurniakan :.. : diserahkan kepada Kerajaan Britain di dalam warkah ada menyatakan yang bertandatangani di persuratan ..
..< . , .
..
.
. :$
.
..
, ..
. . , . . ;:
, .
,
.
, ,
..
.
.
-..->,
.
>
2
!
I~~~ >
.
.
.
. .. :
.
.
.
,
... :
-
C.6
$&2
Hari Ahad namanya hari sembilan likur namanya bulan indah bijak muda jauhari jangan bohong siasah bualan Kalau bohong siasah berkata tentu kotor yang bersih lata haruskan rumit rancangan peta hasil daripada madah yang nyata Tiga puluh Isnin rajangnya puasa sembilan likur apa sebab mula kerananya kalau belatak salin ketingkur Anakanda ayah laila kencana emas tempawan laila teruna intan terpilih laila mengerna disalatkan kisah kalau berguna Sekira terpakai paduka anakanda disajikan kisah paduka datunda anakanda kepada paduka moyangda Temenggong Hashim nama baginda Temenggong Hashim nama gelarannya sebelum dipuspa menggantikan ayahandanya banyak mengalami penderitaan hidupnya menghadapi rusuhan bertahun-tahun lamanya Setelah memegang tampuk negara setelah mengalami kesulitan sugara berpuluh tahun setelah sengsara baginda terfikir laila berkira
Laila terfikir merenungkan negeri setelah mengalami masa yang bahari berusaha untuk ke hadapan hari pada memperbaiki rakyat dan negeri Sultan Hashim Jalilul Alam Akamaddin Duli Shaialam menghubungkan persahabatan teriti disulam untuk keselamatan negeri luar dan dalam Teriti disain Duli Khalifah seorang dari wazir konon membantah Pemancha Mohamed Salleh nama ditatah dijemput ke Lapau mengadap batah Wahai juita laila tempawan untuk kebajikan jangan berlawan di jalan yang patut jangan berlawan lailaku sayang juita dermawan Bulat air kerana alungan bulat manusia kerana muafakat ke arah kebajikan bertolong-tolongan benda yang berat ringan diangkat Setelah perjanjian ditandatangani laila terbukti hasrat yang murni hasrat datunda paduka yang sani daripada hum-hara laila sunyi Terpelihara daripada huru-hara dalamnya terkawal daripada musuh menyerangnya lanun tiada datang mengacaunya Brunei aman berangsur majunya
Berangsur maju Negara Brunei berangsur kemakmuran rakyatnya damai laila tenteram intan bercanai laila senang padi disemai Wahai anakanda laila anakan laila juita muda andakan bertawakal menuju ke arah kebaikan akan tercapai yang kebajikan Wahai anakanda pengastugara anakanda ayah sunting negara ketiadaan mengalami derita sengsara tiadakan terbit usaha dan kira Setelah susah sebelum senang kalau terantuk laila terngadah indah hasrat laila berlinang memohon doa tangan ditadah Tangan diangkat memohon doa laila bidalan, pepatah, petua pepatah kata orang tua-tua laila santan air kahwa Ditandatangani perjanjian bersama tahun seribu sembilan ratus lima tahun lapan puluh lapan perjanjian lama di Lapau Penghadapan paduka saksama Dalam perjanjian syaratnya terkandung satu persatu tiada berlindung mengeratkan persahabatan laila bergagandung Kerajaan British laila menaung
Negara Brunei di bawah naungan bukannya seperti di bawah jajahan Kerajaan British Duli Junjongan mengawal Brunei memberi pertolongan Wahai anakanda tajuk mahkota juita pakulun cahaya mata laila hubungan elok dipeta laila membawa kebahagiaan nyata Ingatkan jasa ingatkan budi menerima pertolongan laila sudi lenguhkan di hati kenangan abadi untuk kebajikan kakak dan adi Untuk kebajikan handai dan sahabat hendaknya diingat jasa berabat perhubungan muhibah elok dibebat bersihkan kalbu tangan berjabat Mengingatkan jasa yang berkurun lamanya dan laila mengenangkan taburan budinya ingatan demikian sangat eloknya laila kenangan manusia sifatnya Manusia mempunyai akal sempurna sebegitu besar balai istana sebegitu cantik mahligai kencana semuanya itu dapat dibina Manusia mempunyai akal fikiran sebegitu molek peta ukiran sebegitu jelas cadangan taksiran semuanya itu jadi pameran
Ilmu pengetahuan bukan sedikit kalau ditumpuk mengalahkan bukit dapat menyandangkan yang mana sakit dapat mengubat berjenis penyakit Laila aka1 dapat berusaha untuk sendiri jangan tamaha hubungan muhibah jangan dilaha terimalah jasa pameran maha Pindaan perjanjian di akhir persuratan dipersetuju oleh baginda sultan di dalam tahun enam bilangan sebutan bagi mengukuhkan lagi persahabatan Wahai anakanda laila budiman yang benar cintakan laila idaman dari masa ke masa jadikan pedoman jadikan contoh, tauladan, renungan Pada merenungkannya buatkan tauladan jasa yang terbukti laila padan mengingatkan jasa laila dandan di situkan bersih kawasan sempadan Kebaikan hendaknya kita kumpulkan yang kebajikan dilaksanakan kedua-duanya jangan luta tinggalkan laila jasa kita muliakan Laila budi aku terima yang kukehendaki adil saksama yang kuharapkan bekerjasama nama baik Brunei mudahan menjelma
Jasa baik taburan budi kuterima dengan ingatan sudi kulungguhkan di hati laila abadi selama-lamanya yang laila tadi Wahai anakanda laila budiman anakanda ayah laila beriman hasil pendapat dari pengalaman untuk anakanda sebagai pedoman Anakandaku tempawan ratna juita apa yang kusebut laila nyata untukmu anakku tajuk mahkota jadikan panduan laila peta Kepadamu anakku ayah berkata untukmu anakku panduan peta pada mengenangkan jasa yang nyata bagi mengingatkan budi semata-mata Budi harta banyak berbilang budi tenaga laila gemilang laila jujur budi terbilang hendaknya diingat jangan dihilang Motokar jalan di tanah pergi balik buat tumpangan jangan takut kena fitnah laila berkebajikan jadi kenangan Apa merak tapihan kain sapu tangan kindang permata indah jasa budi bermain beribu tahun lekat di mata
Taburan jasa buatkan julangan taburan budi jadikan bilangan renungkan kesan jasa kenangan hendak diterima anakanda timangan Masa dahulu berjalan kaki masa ini pakai motokar kalau judi angsun capdila jangan dimain kalanya sukar Bermain judi lupakan masa di situkan terlupa laila jasa wahai pakulun laila berbahasa sesuaikan bentuk, keadaan dan masa Kalau dahulu pakai perahu masa ini pakai motobot ambar, cindana, si kayu gaharu cuaca bersinar asalnya kabut Laila bersinar cuaca terang berusaha dan berikhtiar bukan dilarang asal tak melupakan jasanya orang menerima budi dengan hati girang Di masa dahulu berpelayangan masa ini berkapal terbang di masa silam hanya bayangan laila maju cita-cita mengimbang Terbukti hasrat laila menuju ke arah perkembangan laila maju setiap masa usaha laju laila maksud aka1 setuju
Masa dahulu mandi bergalau masa ini berkapal selam masa yang lampau berkalau-kalau masa ini laila tersulam Laila cita-cita cadangan hati laila maju hasrat bertiti laila ikhlas niat sejati laila maju adalah bukti Zaman dahulu berlusir anak masa ini pakai basikal tundak berjambul yang kecil minak di bangku pelajaran laila berakal Berjenis segi mata pelajaran laila menambahkan aka1 fikiran congak, kira laila sipiran laila peta madah ukiran Zaman dahulu luaian kerbau masa ini padang permainan papan sarungan si kayu merbau lantai mahligai di permandian Berjenis binaan hendak dibuat ekonomi kukuh bangunan kuat rancangan luas laila memuat menarik hati laila pelawat Masa dahulu motor menumbir masa ini naik speed boat makan pinang berulam gambir jahat pekerti berkelam-kabut
Capak-capak sirih dimakan tiada berahang giginya rumpang bertenun kain tiada berpakan perahu kapal dimakan kapang Di zaman dahulu rimba belukar masa ini kawasan (forest) hutan belum pernah minum bersakar gula anau bertanak santan Wahai anakanda laila budiman laila kencana emas juita carilah orang yang berpengalaman buat menyediakan cadangan peta Di zaman lampau batasan ubi sekarang menjadi pejabat tanaman ada ubi laila batas laila jasa pasti dibalas Tanam ubi laila berbatas cadangan rancangan lailakan peta menerima jasa pasti dibalas lailakan ingatan pandangan mata Dahulu pandai melihat jam sekarang pandai membaiki enjin menarah batang berjam-jam lamanya sekunyir kenaikan memakai jentera Kalau hanya jam pandai dilihat , mengharapkan tenaga berkemahuanlaila aka1 fikiran sihat disebabkan ilmu pengetahuan
,
.
*
,
Dahulu hanya pakai terumpak sekarang memakai kasut belulang kalau dahulu hanya bersepak bahas, muzakarah laila gemilang Hanya terumpak dapat dipakai jalan di pekan jalan di hutan yang mana tingkur yang mana tembikai untuk kebajikan beringa t-ingatan Masa dahulu bertiang nibung masa ini bertiang batu penarah papan kapak beliung enjin papan adanya tentu Bertiang nibung masa dahulu mudik ke hulu hilir ke bakut kayuh berbayau mudik ke hulu sekarang sudah berenjin sangkut Masa dahulu berlantai nibung masa ini berlantai simen laila hasrat sambung-bersambung sempurna hajat laila amin Nibung dahulu dijadikan lantai masa ini lantai sumampai laila aka1 menjuluk bantai cita-cita Sultan Hashim laila sampai Zaman dahulu berdinding kajang masa ini papan dan batu laila perkembangan berangsur dirancang bentuk susunan buktinya tentu
Zaman dahulu kajangkan dinding perahu, temuai berenjin laju laila kerjasama tangan berbimbing laila berkembang rancangan maju Di zaman silam beratap daun masa ini belian dan bata berangsur setahun pada setahun laila kemajuan buktinya nyata
i P-
--i
*
%
2
" L
. ---
Beratap daun di zaman silam sekarang bangunan beratap bata kenyataan ayahanda laila kalam kerana buktinya dipandang mata
+
.
... .. - ,...
3 ..
. .
.<
r ++ :-;
..-+
:.:
: < , .<:.
j :
$% !~
1
;..c*i
. ?
. :
$, ?3:.
z.>.e:-
..... :.--:~ z 7 k 5 7 : .
.A-%-g'+-.
>: T-:<....
Kalau dahulu berpulau buah sekarang bernama buah-buahan yang sudah tangan bertanam sawah memakai jentera cara perubahan
.,...-
%,
Buah-buahan laila disemai di dalam rumah cara kecembah laila perkembangan cara bertambah ilmu pengetahuan laila terlembah Zaman dahulu pakai telinting bunga melur dibuat sunting tegur menasihat adalah penting ke dalam telinga jadikan sunting Masa ini wireless telefon masa dahulu pakai telinting indah kemahuan laila mudapun menerima nasihat laila penting
Dahulu baibun dan bergelitik sekarang siasah makna politik politik sihat laila cantik dan siasah yang baik elok dipetik !
1 I i
i j
1
Masa ini laila berfikir laila pendapat kiraan sipir pendapat salah kata-kata mangkir yang mana kajang mana selupir Dahulu berunding di Lapau Penghadapan sekarang berunding di Dewan Majlis menghadapkan yang benar laila berhadapan jangan lekas tunduk memalis Dalam majlis berperbahasan berunding bermuzakarah bertulus ikhlas untuk kebajikan janganlah bosan laila cadangan tujuan jelas Dahulu desa kampung dan mukim sekarang mukim daerah dan bandar indah bijak Lukmanul Hakim Sultan Hashim laila benar
,
.
Dahulu Istana, Lapau dan Surau .. sekarang majlis Dewan Istana . : : kalaudahuluhanyabergurau : , : i . . . . . laila muzakarah amat berguna : _. ;. ,
.
.
.
,
.
,
.
I
,
. ,
,.
. ., . .
; :.,
.
.
, ...
'~.. .-
I
. . . . ,
.
,
. . .. :
.
.
:
.
. .
.
.
.
.
- .
.
. . . . . . .. >
.
,
. ,
,.
. ~.
.
.
a
, .
..
. :
Dewan Istana balai kegadungan berunding, bermuzakarah, bertolong-tolongan laila nasihat berjulung-julungan laila kebajikan jadi pulungan Dahulu kalam bangkalan bidu sekarang pakai fountain pen berdakwat laila jari kalam berpadu susun mengatur jentera pesawat Berjenis warna bentuk tulisan berjenis-jenis bentuk lukisan indah madah laila pesan budi yang baik laila berkesan Dahulu lampu tanglung berkisar sekarang memakai lampu elektrik kalau dahulu pandai berkasar sekarang bertelingkah pati politik Kisar, berkisar, kisar, kisaran gusar, bergusar, bergusar-gusaran kasar, berkasar, berkasar-kasaran kebajikan tumpukan ke arah sasaran Dahulu memakai mundam permandian sekarang mempunyai kolam berenang jangan diutamakan persendirian dahulukan susah baharu senang Kalau nak senang dahulukan susah kemudian kelak badan tak pusah jangan sebagai pati siasah siasah tak sihat mandi tak basah
Dahulu memakai si kunyir layar masa ini berkapal tambang hutang emas dapat dibayar berhutang peluh payah menimbang Berhutang budi, akal, fikiran peluh dan tenaga laila sipiran yang menghasilkan cadangan peta ukiran lailakan hati dari taksiran Masa dahulu berenang tikus masa ini mandi berkucah kalau dahulu hanya bertikus masa ini kemajuan laila lincah Laila lincah kerja teratur indah pelaksanaan laila termasyhur terbukti keindahan laila tutur hasil dari tandatangan laila mohor Masa dahulu halaman persabungan masa ini taman hiburan baik muhibah laila hubungan ingatkan jasa yang bertaburan Lailakan hubungan ingatkan jasa buktikan kesudian setiap masa lailakan fikiran aman sentosa bertulus ikhlas laila sentiasa
Hovercraft kapal tambahan helikopter si burung nandung indah budi laila disahan bekerjasama laila gagandung
Laila gagandung kerja dibuat laila kebajikan hati memuat untuk kebaikan sudi penjawat laila bekerjasama itulah pesawat Pokok getah, getah jelutung boleh menjadi seluar baju hasil pendapatan kalau dihitung membuktikan usaha laila maju Dari Binturan pergi ke Tutong pergi ke tamu bersama-sama hasil pendapatan kalau dihitung hasil dari kerjasama laila saksama Minyak tanah si minyak benzin boleh dibuat kain plastik laila berakal membuat enjin laila pandai buatannya cantik Buah rambai, buah rambutan laila tumbuh di kaki bukit yang bijak pandai laila sebutan yang kurang pandai akalnya sempit Sesuaikan bentuk dan keadaan dengan masa laila kiraan laila munasabah jadi tempaan pada mengingatkan jasa ristaan Ristaan jasa jadi panduan tatkala maju laila tujuan manakala berhasil cita kemahuan kenanglah budi laila cumbuan
Itik, ayam mahukan bebas demikian jua himar dan kibas merdeka kambing tak lama libas indah cengkik daripada babas Itik, kerbau mahukan bebas aku berkehendakkan laila aman merdeka kambing tak lama libas aku berkehendakkan adil budiman Adil budiman mengenang budi aman dan tenteram ingatkan sudi ingatkan kejujuran laila abadi rendang dan mekar daun keladi Berusaha hendaknya setiap masa sudikan kejujuran laila jasa menerima keikhlasan muda berbangsa laila ingatan menimbang rasa Simpul di hati bantuan diterima menerima pertolongan laila saksama berusaha berikhtiar langkah pertama hubungan muhibah seberapa lama Laila perkembangan biarlah maju ke arah kebajikan laila dituju atas kerjasama laila setuju daya usaha laila laju Atas kerjasama laila kebajikan laila usaha berbaik-baikan daya usaha dilaksanakan nama yang baik dipertahankan
Laila cita-cita berkemajuan terbayang buktinya laila kemahuan laila hasrat dasar tujuan laila sama bijak bersetujuan Laila sama bijak persetujuan diberi di situ membayangkan laila jauhari bekerjasama duduk berdiri bukti kemurnian di sanubari Terbayang kebijaksanaan Sultan Hashim Jalilul Alam Akamaddin ninda kepada Ahmad Tajuddin dan nenek Omar 'Ali Saifuddien Bentuk mahkamah laila keadilan susunan madah ayat bidalan loghat makna laila bualan mengenakan hukum laila handalan Berjenis pelajaran dari mana datangnya pelbagai pengetahuan di mana tempatnya ilmu pengetahuan dari mana asalnya siapa yang melatih dan menunjukkannya Mempelajari dan bersekolah laila tujuan menuntut ilmu pengetahuan mendapat pelajaran laila kemahuan laila ingatkan jasa mengawan Jangan berpekerti ikan bamasa mengingatkan jasa berkala, bermasa melupakan budi melupakan jasa membuktikan ingatan tiada sentosa
Kalau dilupakan jasa dan budi membuktikan perasaan hati tak sudi kalau diamalkan, wahai kakak dan adi laila hubungan baik tiada abadi Lupakan jasa setiap masa mengingatkan budi berkala masa lupakan kejujuran laila jasa itulah pekerti tiada sentosa Pelajaran berekonomi hendaknya dicari seberapa boleh dipelajari bentuk rancangan peta terdiri semestinyalah kekal laila jauhari Perekonomian kukuh laila terjamin laila bangunan batu dan simen rancangan bersih bertingkap cermin cahayanya terang sampiran kain Berekonomi cadangan peta sesuaikan dengan laila kata bukan hanya semata di segi harta hubungan berkejujuran hasrat dipinta Laila hasrat yang dihajati menghubungkan kebaikan yang dimaksudi lailakan muhibah laila gusti bertulus ikhlas laila hati Bertulus kasih bersudi-sudian bertulus jujur laila sekalian sama ada bersahabat dan bersapardian bukti ketabahan laila ujian
Terlajak perahu dapat diundur tersalah kata madah kan kandur laila padah bertulus jujur amalkan dengan laila bujur Terlajak perahu dapat ditarik terlanjur kata payah mengarik laila kata gading berlarik laila madah jangan dicarik Sebutan kambing pada istilah mengikut nafsu adalah salah rosak rugi sekurang-kurangnya kalah bertabiat kambing jangan diolah Sebutan kerbau istilah kata cucuk di hidung bukan di mata tabiat kerbau adalah nyata pekerti terpengaruh adalah leta Kalau menurut nafsu umpama sungguh berfikir tiada saksama cadangan yang baik tiada menjelma pendapat demikian tiada utama Tabiat kerbau lekas terpengaruh ikut-ikutan fikiran keruh bertabiat kerbau bukan disuruh pekerti begitu jangan ditaruh Kambing mengembek kerbau mengua bukan sipir bukan sipua fikirannya hanya tiada lawa yang bertabiat kerbau kelak kecewa
Istilah kambing amat penakut pekerti kambing berkelam-kabut tabiat kambing jangan diikut berkacau-bilau rebut-merebut Wahai anakanda juita bangsawan cahaya mata laila dermawan laila pegangan muda setiawan laila kukuh bentuk ternpawan Laila pepatah madah pendeta laila cadangan madah dikata laila madah rancangan peta laila berkekalan lekat di mata Laila berkesan di pemandangan laila terbayang madah cadangan laila terbukti madah rancangan laila berpeta jadi kenangan Sultan Hashim paduka datunda terbukti hasratnya laila di dada tujuannya bukan mengada-ngada ambilkan contoh oleh anakanda Ambil jadikan contoh, tauladan pada mengawasi kawasan, sempadan mengusahakan perkembangan laila padan bukan hanya mengutamakan tubuh dan badan Laila diutamakan isi negara utamakan seluruh rakyat sugara bentuk rancangan laila kira utama keselamatan dipelihara
Isi negara laila aman kerajaan adil laila berii rakyat bijak laila budiman kembang dan subur kuntum di taman Wahai anakanda laila kencana indah madah laila baina indah cadangan laila berguna rancangan maju di sini sana Kebebasan manusia ada nyata bebas berfikir dan berkata-kata asalkan mengikut undang-undang dipeta menurut peraturan madah dan kata Tiada bersalahan dengan peraturan dan menurut undang-undang laila ukiran segala rancangan, peta, ukiran sesuai aka1 dengan fikiran Segala cadangan tafsiran kata menurut peraturan laila nyata mengikut undang-undang madah dipeta itulah rancangan laila pelita Wahai pakulun ratna juita anakanda ayah cahaya mata elokkan cadangan rancangan peta laila tafsiran madah dikata Berjenis perkembangan laila dicadang berjenis kemajuan nampak dipandang berjenis rancangan yang akan disandang yang bijak pandai elok diundang
Elok dijemput laila pakar yang alim, bijak, laila pendekar yang tahukan isi rimba belukar carilah ia walaupun sukar Ratna pakulun tajuk mahkota emas tempawan anakanda juita tempawan ratna laila permata gubah rancangan laila peta Laila peta gubahan rancangan laila tafsiran gubahan cadangan laila ukiran gubahan karangan laila huraian gubahan keterangan Intan terpilih laila pekaca indah berseri cahaya narca laila benang emas lingkam peraca indah ejaan laila membaca Indah membaca laila ejaan laila eja indah bacaan terlanjur sanggup di perkataan tabah dan cekal laila dugaan Indah cadangan rancangan peta indah kemahuan laila dikata indah terhambur madah yang nyata madah terburai itulah kota Indah laila kebajikan tertentu bagi kebahagiaan laila setuju laila kerjasama ke arah satu ke arah berbaik-baik kemahuan menuju
Hendaknya jangan berpuah hati laila kemahuan tujuan bertiti tabah dan cekal laila mesti laila tenaga semangat tak leti Wahai juita laila budiman emas tempawan laila beriman tahukan undang-undang dan juga firman lailakan fikir aka1 siuman Dahulu bertanam ubi keladi sekarang berjenis tanaman menjadi ingatkan jasa balaslah budi kukuhkan kebaikan laila abadi Laila budi jasa bertabur laila jasa budi terhambur ingatkanlah ia laila subur melupakan budi perasaan takbur Jasa terhambur laila gemilang budi bertabur jangan dihilang hubungkan kebaikan janganlah walang laila bahagia akan cemerlang Jasa terhambur laila budi budi bertabur laila sudi intan, pualam, permata pudi diharapkan subur kekal abadi Wahai juita laila kencana carilah ilmu laila berguna duduki persekolahan dengannya baina dapat menambahi aka1 sempurna
Aka1 sempurna laila bertambah kalam sujud berdatang sembah membawa fikiran laila terlambah indah pendapat laila bersibah Wahai pakulun emas sekati emas tempawan laila sakti badan siasah berpati-pati ada yang sihat ada yang leti Ada pati siasah yang sihat dan ada pula siasah jahat ada pati pahat-memahat ada pula hanya pandai melihat Siasah yang sihat laila madahnya indah bertutur laila padahnya laila benar kata huraiannya untuk membaikkan nama patinya Ada hanya pandai berkata-kata benar tak benar nyata tak nyata tak pandai menyusun ayat penyata kalau benar demikian siasah dusta Ahai nenekku bubuk berbaju puntung lengan jangan kami disubuk kami sudah berdangan Indah politik laila siasah laila berkebaikan tiada gelisah indah otak laila dibasah tubuh dan badan tiada pusah
Ahai nenekku timba habis kacang parang kita indah manusia laila hamba indah benar madah dan kata
=
I :s 1-
'iP-- '
<-
.-
Kepayang bunga sulasih bunga sulasih tampuk alasnya laila sayang dibalas kasih kasih juga akan balasnya
? * zs
@z* =
2 . - .--
-,
_._ -
-i'
-
->
Siasah jujur laila mesra laila hasrat tiada cedera kalau tak sihat madah caritera rosak nama baik pada negara
'-23 - 3
>c
@ +* . 1 -
e.z
"-
2p
r
-
--
4 % ?+. i
Iktiraf, iktiraf, iktiraf-iktirafan laila berbaik-baik jangan tak sopan mahligai tinggi berdinding papan elok disediakan segala kelengkapan Walau banyak kesiapan negara politik tak jujur siasah tak mesra kata muafakat tak boleh dihra kata sepakat tak dapat ditara Simpati, simpati, simpati-simpatian tak semena-mena membuat fitnah, kejian perkara dan hak orang jadi impian adalah salah cara demikian
2 "
8 e 4
g
2
ar as 0
5
g
r
4
1
. ;
3 5-
2-
5 2
g
1
g
99
L
Wahai anakanda laila gusti setakat inilah madah berhenti ke kisah lain pula berganti kalam dipadu laila bertiti
Ratna juita laila kencana emas tempawan laila mengerna tajuk mahkota yang bijaksana laila pendaluh arif laksana Berbahas dan muzakarah berbetul-betulan untuk kebajikan laila simpulan bagi kebahagiaan tiada sabalan hubungan berbaik-baik jadi amalan Membuktikan usaha yang kebajikan mengekalkan nama yang kebaikan tiada membuat kata ejekan aman dan tenteram yang digalakkan Usaha kebajikan laila dijayakan hubungan berbaik-baik dilaksanakan adil dermawan laila dijelaskan aman dan m a h u r diutamakan Laila cinta di dalam hati bagi kebahagiaan yang dihajati adil dan tenteram niat sejati laila aman adalah bukti Wahai anakanda laila cumbuan anakanda ayah laila tempawan negara berkembang berkemajuan punca dari ilmu pengetahuan Anakanda ayah ubaya-ubaya hendaklah diyakin dan dipercaya ilmu pelajaran dan perkembangan berjaya daripada British sahabat yang mulia
Punca daripada perlaksanaannya hasil dari petunjuk dan latihannya sehingga masa ini berkesan buktinya anakandaku jangan melupakannya Jangan dilupakan jasa permulaan buktinya banyak laila berkesan buatkan cenderamata laila kiraan seboleh-bolehnya ayahanda berpesan Inilah pesanan ayahandamu kencana jasa yang ditabur jangan dihina ingatkanlah ia dan diperguna yang lupakan budi badan kelana Wahai juita muda handalan sesuaikan kesanggupan madah bualan indah pepatah, perumpamaan, bidalan pembawaan benar banyak kenalan Mempunyai banyak kenalan sahabat atas pembawaan kebaikan dibebat kerana benar hati bertambat usaha terlaksana tiada lambat Wahai pakulun laila budiman lailakan hati bersahabat dan teman lailakan aka1 fikir siuman mudahan perasaan laila aman Laila aman pembawaan diri laila hati di sanubari laila tenteram tugas berlari adil pembawaan negara berseri
Bijak budiman rakyat sugara adil dermawan kerajaan negara laila keamanan terpelihara laila pemerintahan permaisuara Permaisuara mula disebut Sahibulrae pula menyambut liat dan adil laila lembut laila berani lagi mengikut Seri Maharaja Permaisuara Sahibulrae Walmashuara laila kebajikan untuk negara adil berani laila kira Kembang melati kuntum sulasih ketumbar, bua h pelaga laila jujur menghubungkan kasih hubungan kebaikan laila mengaga Wahai anakanda laila juita anakanda ayah sunting mahkota pesan ayahanda laila nyata hendaklah diingat laila kata Keberanian laila sejati sertakan tabah di dalam hati wahai anakanda laila gusti kembang subur kuntum melati Sultan Hashim paduka datunda hasratnya laila di dalam dada ke arah kebajikan tiada bersida kebaikannya terbukti laila ada
Negara Brunei laila aman rakyatnya tenteram laila budiman bentuk kerajaan laila siuman mempunyai undang-undang, hadis dan firman Undang-undang dan peraturan jadi pegangan yang kebajikan jadi julangan menghubungkan berbaik-baik tiada walangan dengan sahabat berganding tangan Dengan sahabat berpimpin jari melayan sahabat yang datang ke mari hubungan persahabatan tiada lari itulah pegangan datunda jauhari Yang datang dijemput dialu-alukan dikawal dan dipelihara sahabat dan rakan seberapa upaya ia layankan bekerjasama ia amalkan Pada kerjasama kita memberi kepada sahabat yang dijemput ke mari kerana keamanan negeri sendiri yang sahabat itu datang ke mari Menjemput sahabat iaitu kita kerana mengawal sempadan kota buktikan layanan dengannya nyata barulah sama kerja dipeta Wahai juita intan terpilih laila bantuan hendaknya digalih beri kerjasama jangan berselisih itulah layanan laila bersih
Wahai anakanda emas juita berhentikan dahulu nasihat dinyata ke madah lain kalam berkata menyambung sajak syair dipeta Dari persahabatan laila sentosa Kerajaan Inggeris menabur jasa wahai anakanda muda berbangsa ingatkanlah jasa setiap masa Hendaknya diingatkan laila budi hendaknya dikenangkan kejujuran yang sudi kekalkan persahabatan laila abadi bukti perkembangan banyak terjadi Asal daun beratap bata itulah s a k i laila nyata saksi bukti kemajuan peta tak boleh dinafikan penglihatan mata Wahai anakanda laila perkasa juita ayah laila berbangsa pada mengingatkan laila jasa hubungkan kebaikan lailakan bahasa Lailakan bahasa pekerti dan olah jangan diikut perbuatan yang salah di jalan yang benar jangan mengalah tercatat kebenaran dalam salasilah Wahai anakanda juita bangsawan anakandaku juita laila dermawan ratna juita anakandaku setiawan laila juita anakanda tempawan
Laila subur pelajaran dipeta indah laila cadangan juita indah rancangan laila ternyata jiwa maruah semangat kata Untuk kebajikan laila peri hubungan berbaik-baik laila berseri indah kerjasama layanan diberi jiwa semangat maruah tak lari Semangat kukuh maruah berjiwa untuk kebajikan laila hawa pada mengingatkan jasa dibawa terbukti kesudian utama jiwa Maruah berjiwa kukuh semangat mangat dan harum bubur dan pangat laila hasrat tiada menyengat padanya dihormati laila sangat Wahai pakulun muda berbangsa laila bijak muda berbahasa . laila benar muda perkasa laila sudi ingatkan jasa Dua kali tujuh empat belas jumlahnya kalau ringgit wang namanya kiraan sen banyak jadinya seperatus sen berapa semuanya Wahai anakanda intan dikarang cahaya mata muda yang garang tiada adil pembawaan curang perbuatan begitu amat dilarang
Nasihat disuarakan adalah nyata untuk kebajikan laila peta hubungan kebaikan laila sekata aman dan tenteram laila pelita Wahai juita laila kencana tumpukan hasrat laila baina untuk kebajikan laila berguna tuntutlah ia di sini sana Anakanda pakulun laila tempawan laila bijak anakanda bangsawan mematuhi peraturan janganlah sawan sama ada pentadbiran di segi pahlawan Peraturan bersusun laila misalnya bukannya sama kesemuanya laila berlainan menurut seginya hendaknya diturut banyak gunanya Tambahan perbezaan laila patut untuk dialami laila penuntut pada menuntutnya jangan terputut tujuan murni tiada terbantut 1 !
1
Tetap dan tabah jiwa kata-kata kukuh semangat jiwa jasad kita indah cadangan kemajuan dipeta tetap dan cekal adalah kota
ji
I
i
I
i
I
I
i
I -
-
Laila andika anakanda juita melur bersusun tajuk mahkota nasihat yang penting laila dinyata bagi kebajikan ambilkan peta
Laila berpeta nasihat kebajikan akan mendatangkan laila kebaikan nasihat yang baik yang dinyatakan hendaknya diikut laila anakan Politik siasah banyak jenisnya ada yang baik laila sihatnya ada yang jahat buruk keadaannya kesemuanya itu siasah namanya Siasah berjiwa lagi melihat siasah yang baik laila sihat siasah demikian tiada jahat sentiasa berkebaikan tiada berahat Siasah jahat telinganya tuli hanya pandai makan kabuli walau ditegur berkali-kali ia tiada ambil peduli Siasah jahat banyak berdusta tiada benar madah dan kata tiada betul rancangan peta hanya berfitnah semata-mata Wahai anakanda juita hati laila tempawan emas sekati laila tugas pembawaan gusti tanya dan siasat laila teliti Cadangan jelas laila tujuan indah rancangan laila kemahuan bertulus ikhlas madah tumpuan laila jujur bersetuju-setujuan
Biar dilekat di dalam hati sejarah perjanjian laila terbukti jasanya nyata ingatkan pasti mudahan berkekalan hingga ke mati Laila kalam menyusun madah laila tulisan menyusun padah laila ukiran peta terdedah laila doa tangan ditadah Laila hasrat seimbang aka1 laila kemahuan tiada sakal jalan, berjalan sediakan bekal ke arah kebajikan laila cekal Laila cekal ke arah kebajikan laila kekal menghubungkan kebaikan sentosa tenteram berbaik-baikan itulah tujuan yang dimaksudkan Tujuan begitu amat bahagia menghubungkan kebaikan ia dan dia berbaik-baik dia dan ia perlaksanaan maju laila kaya Laila kaya atau kebajikan kayakan hubungan berbaik-baikan laila subur hubungan kebaikan kaya jujur yang dinamakan Kalau jujur menerima budi hati menerima hendaknya sudi kaya dan jujur menerima budi kaya dan jujur penerirnaan sudi
Kalau jujur menerima jasa suburkan ingatan sentiasa kaya dan jujur menerima jasa ingatkanlah jasa setiap masa Kata-kata yang benar jadikan modal jangan hendaknya bercakap dusta jiwai jasad, semangat dan moral itulah langkah (cara) arif pendeta Membuktikan hasrat laila kata bertambah rancangan laila berpeta laila tersusun kemajuan nyata Sultan Hashim arif pendeta Sultan Hashim Jalilul Alam Sultan Brunei Duli Shaialam merenungkan negeri siang dan malam perjanjian tahun enam permulaan disulam Permulaan bersusun perjanjian kata kemajuan bertambah adalah nyata kemewahan Brunei adalah peta membuktikan Sultan Hashim laila pendeta Wahai anakanda ratna juita berulang kali ayahanda berkata cita-cita kebajikan biarlah nyata aman berbahagia jadikan peta Cita-cita kebajikan di dalam hati keluarkanlah ia dengannya pasti aman berbahagia laila seperti pada melaksanakannya hendaknya mesti
Buktikan sudi laila ingatan bekerjasama segala perbuatan ke arah kebajikan wahai intan aman berbahagia laila sebutan Aman dan tenteram di sanubari pada mengingatkan budi diberi mengingatkan jasa laila ugari aman dan makmur laila berseri Laila berseri keamanan negara keselamatan rakyat terpelihara dapat menyenangkan usaha dan kira kemakmuran subur dalam sugara Wahai anakanda ratna kencana juita tempawan laila mengerna kembang subur bunga angsana laila keamanan amat berguna Mekar dan subur cempaka melati rendang berkembang bunga melati tumbuh bersuli akar meniti laila kebajikan di dalam hati Wahai pakulun juita tempawan juita pakulun laila bangsawan laila pakulun juita hartawan indah budiman juita setiawan Menumpukan hasrat bekerjasama untuk kebajikan tugas laksana aman dan tenkram tugas saksama berbaik-baik pentadbiran berguna
Laila berguna pentadbiran disusun bekerjasama hendaknya ingsun untuk kebajikan elok ditonton laila pelaksanaan bukannya pantun Wahai anakanda ratna juita juita tempawan tajuk mahkota cahaya mata laila pelita laila dikukuhkan lafaz berkata Elok ditegapkan laila sabda untuk kebajikan bukannya bida jangan dibanyakkan kata bersida di situ kan gugur iman di dada Tohong yang kosong banyak berbunyi apabila dipukul tiada sunyi ibarat cita-cita hati tak murni jangan diikut tabiat begini Tiap-tiap madah laila dikata dengan bersungguh hati meminta kepada Allah Tuhan semesta mudahan disampaikan laila cita-cita Laila lafaz kata terlanjur laila kata-kata janganlah kendur untuk kebajikan janganlah mundur adalah pantang kata berundur Wahai anakanda laila tempawan orang yang baik itulah kawan orang yang jahat mesti dilawan jangan sekali berhati sawan
Orang yang baik itulah teman orang berjasa benar budiman orang yang jahat tiada siuman sebagai penyakit banyak berkuman Jangan dipakai perumpamaan yang bukan tempatnya bukan kiraan tiada dapat jadi rekaan hanya menjadi teka-tekaan Perurnpamaan kata kera di hutan pepatah kita anak tempatan anak tiri sebutan, anak tempatan sebutan aku samakan berpatutan Kera di hutan aku susukan anak di pangkuan aku lepaskan asalkan untuk laila kebajikan begitulah hasrat aku nyatakan Begitulah hasrat hakikat hati aku nyatakan dengan seperti setelah kupadah kalam bertiti yang mana aku laksanakan mesti Anak di pangkuan anakku juga kera di hutan anakku juga anak asing anakku juga kera tempatan anakku juga anak tiri anakku juga anak angkat anakku juga anak keraku benar anakku juga Asalkan mereka berkebaikan bersama membuat untuk kebajikan yang jujur baik aku peliharakan yang bijak pandai aku sayangkan
Wahai anakku laila tempawan anakandaku mahkota laila bangsawan juita ayah anakandaku setiawan cahaya mata ayah anakku dermawan Tamatlah syair gurindam madah setakat ini kalam berpadah buat penghibur hati yang gundah diselatkan pantun kira berfaedah Kalam berpantun menyusun jari menyusun madah kalam berlari membunyikan pantun sajak dicari untuk anakku mahkota jauhari Untuk mahkota anakandaku juita sajak dipadu kalam berkata laila gurindam madah berita syair dikarang bukan cerita Kadar hanya menyusun sajak dalang nin bukan yang pandai bijak hanya mengikutkan dakwat melajak kalam berlari tiada berjejak Sulasih bunga sulasih sulasih juga akan alasnya kalau kasih balasnya kasih kalau sayang, sayang balasnya Kemujut kepala rempah buah pahala buah kemiri kalam sujud membawa sembah dakwat berlari menjunjung duli
Rendah gunung tinggi perapat nampak dari Limpaku Pinang besar untung tinggi mertabat baru mendapat hati yang senang Tamu lawak si buah cabi sokmengindra baju berirmas kalau benar kasihkan kami carilah kijang bertanduk emas Indah kata madah dibelai laila tenaga tiada bernilai kejujuran kerja disalualai di manakan boleh naik mepalai Di manakan dapat berganding bahu ke arah kebajikan tiada mahu menghubungkan kebaikan tiada tahu tentu tak boleh bahu-membahu Ambar, gaharu, buah kemiri kembang berbuah pokok pidada orang dijemput datang ke mari hendaknya dilayan wahai anakanda Orang dijemput membantu diri dari jauh datang ke mari berusaha, bekerja, duduk, berdiri hendaknya kita suka gemari Wahai anakanda tajuk mahkota laila pakulun tajuk permata intan terpilih ratna juita anakanda ayah cahaya mata
Tamu lawak beli di pekan ketumbar, buah pelaga hubungan berbaik-baik elok diamalkan laila kebajikan tampil mengaga Tamu kuning beli di pekan tamu lawak asahkan urap hasrat dan lafaz untuk kebajikan kalau mandi biarlah sarap Berjalan berbaya-baya dari Bangar ke Kampong Puni bekerjasama laila sebaya terlaksana cita-cita hasrat murni Terlambah tabuk lawangan tabuk rancangan berjala warti untuk kebajikan peta rancangan yang bijak pandai laila bestari Anakanda ayah laila juita ratna pakulun melur mahkota syair dikarang bukannya peta jangan dibaca dekat pelita Untuk anakanda syair dikarang sajaknya janggal berapat berjarang maksud tujuannya tiada terang ayahanda nin bukan ahli pengarang Mengarang syair bukan dicita hanya semata untuk juita daripada hati sangat bercinta sekadar-kadarnya sajak dipeta
Sajak dipandu kalam berlari untuk anakanda laila jauhari dakwat menitik tulisan berperi aksaranya pudar kurang berseri Tamatlah syair sajak karangan untuk anakku wajah timangan . dekat pelita dibaca jangan orang yang ampunya sayang-sayangan Jangan dibawa ke sana sini kalau membaca syairku ini boleh dibaca di tempat yang sunyi wahai anakanda muda yang sani Kalau membaca syairku reka kalau tersilap madah terbuka diharap jangan menjadi murka itulah pesan wahai andika Alhamdulillah aku ucapkan kepada Allah aku pohonkan segala usaha untuk kebajikan aman dan makmur aku harapkan
GLOSARI Perkataan Brunei
Ertinya
A Abadi Angit
Selama-lamanya, berkekalan. Berbau busuk.
B
Bujur
Lama, lewat. Tiada melanggar undangundang. Menghadapkan. Berikat satu. Bergolek. Marah-memarahi. Bernyawa. Berlumba-lumba. Menyenangkan hati. Bohong, tidak benar, palsu. Laila dibenamkan. Kiraan budi-budi yang sederhana. Lurus.
Dandan Dangan Dicarik Didandan Digalih Dikabat Dilaha
Usaha, ikhtiar. Kawan, sahabat, kenalan. Koyak. Pelihara. Dititikberatkan. Tutup. Rosakkan.
Batah Berahat Berdatang sembah Bergagandung Berguring Bergusar-gusaran Berjiwa Berpasu Bersibah Bersida Bertatah lungguh Budi bermain
Diolah Dipayang Di pergaulan Disalualai Disusu
Diramalkan, diperangaikan. Koyak. Di percampuran. Dicuai-cuaikan. Disurung.
Entahkan
Tidak tahu, tak tahulah.
Gaya Gelabah Gundah Gusar
Cara. Susah, segan. Susah, segan-segan. Marah.
Habis Hawa
Tercapai. Kemahuan yang tidak asas.
Ibadah
Perbuatan kebajikan.
Kata berundur Kekal abadi Kemajuan laila lincah Kemasygulan Ketara
Menarik kata. Berkekalan. Kemajuan di sana sini. Dukacita. Nampak.
Lincah
Berkecambai.
Mangat Memuat Mengadun Mengaga Mengawan Menghampiri Menjelma Merata-rata Mujur
W angi. Menerima. Mengusai, mengelokkan. Datang. Yang lampau, yang sudahsudah. Mendekati. Terkenal, termasyhur. Seluruhnya. Berhasil, berjaya.
Narca
Cahaya.
Padan Pangat Panglingan Penjawat Pesawat Pitraan Pusah
Berpatutan, munasabah. Bubur. Cuai. Penerima. Jentera. Cerita. Penat.
Rampak
Rendang, berkembang lebat. berbunga.
Sasaran Sawan Seimbang akal Sukar Sumampai
Matlamat. Takut. Diterima oleh akal fikiran. Susah. Rata.
Tadi Takbur Taksiran Tamaha Terbantun Terbantut Terputut Teruj u h
Yang sudah-sudah. Sombong. Sangkaan, pendapat. Tamak. Tercabut. Gagal. Putus. Tersentuh.
Walangan