2017.05.08 (BM) SENS TERMS & CONDITIONS
SUBSIDI PENGKASIAN HAIWAN SELANGOR – POLISI, TERMA & SYARAT Subsidi Pengkasian Haiwan Selangor dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menolong mengurangkan bilangan kucing dan anjing liar dengan menawarkan ‘subsidi pengkasian’ kepada pemohon-pemohon yang layak. Projek ini adalah projek perintis dengan pembiayaan yang dikendalikan oleh Persatuan Kebajikan Haiwan PAWS (“PAWS”). Tertakluk kepada syarat-syarat, kos pengkasian haiwan-haiwan terpilih akan dibiayai oleh program ini sehingga semua dana telah digunakan. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN Subsidi adalah untuk pemohon yang memenuhi syarat-syarat berikut: 1.
Biayaan hanya menanggung kos untuk operasi pengkasian kucing dan anjing sahaja (“haiwan”) yang dikasi oleh doktor veterinar di klinik-klinik haiwan (yang diiktiraf di bawah Akta Pakar Bedah Veterinar, 1974) di Selangor.
2.
Subsidi maksima sebanyak RM60-00 untuk seekor kucing dan RM100-00 untuk seekor anjing untuk operasi pengkasian; sebarang kos sampingan tidak akan ditanggung oleh program subsidi ini.
3.
Pemohon mestilah dilahir di Selangor (seperti yang tertera di NRIC) dan mesti membuat permohon secara peribadi.
4.
Setiap pemohon dibenarkan memohon maksimum untuk 5 ekor haiwan sahaja seminggu. Ini adalah tertakluk pada Satu Borang Permohonan untuk seekor haiwan dan satu Resit Veterinar untuk seekor haiwan.
5.
Berikut adalah kos yang tidak akan dibiayai oleh subsidi ini: •
Kos dan perbelanjaan sebelum dan selepas operasi pengkasian
•
Pengkasian haiwan yang bunting
•
Mana-mana haiwan yang masih mendapat sebarang derma, subsidi, bantuan dll (samada separuh atau sepenuhnya) untuk kos operasi pengkasian dari manamana sumber lain
•
Permohonan yang bukan dari mana-mana badan korporat, badan kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan sepertinya
Page 1 of 6
•
Subsidi tidak akan menanggung sebarang bentuk cukai (i.e. GST dll), caj perbankan (termasuk transaksi GIRO dan sebangainya) dan caj-caj lain selain dari kos operasi pengkasian haiwan
6.
Borang pemohonan boleh dimuat turun dari selangorneuteringsubsidy.wordpress.com/borang dan mesti digunakan untuk menerima subsidi ini. Borang permohonan mesti diisi dengan HURUF BESAR oleh pemohon dan pegawai veterinar yang berkelayakan. 6.1.
Sebarang Borong yang didapati tidak lengkap, atau terdapat sebarang penukaran, atau maklumat yang tidak benar atau yang telah diubah suai mungkin tidak akan diterima.
6.2.
Semua Borang yang lengkap dengan lampiran yang disyaratkan mesti diterima oleh PAWS dalam tempoh 14 hari selepas tarikh Resit Veterinar.
6.3.
Kecuali butiran perbankan persendirian, dengan memohon subsidi ini, pemohon membenarkan dan bersetuju untuk sebarang penerbitan tentang maklumat pemohon dan maklumat yang tertera pada Borang Permohonan dan Resit Veterinar dan/atau apa-apa lampiran dengan permohonan yang tertera di laman web “selangorneuteringsubsidy.wordpress.com” dan laman media social Facebook ‘Selangor Neutering Subsidy’.
7.
Semua pemohon mesti layak dan borang permohonan lengkap seperti yang disyaratkan di bawah.
PROSEDUR MEMOHON 8.
Muat Turun dan Cetak Borang Permohonan Muat turun dan cetak borang permohonan dari: selangorneuteringsubsidy.wordpress.com/borang
9.
Lengkapkan Borang dan Lampirkan Kolaj & Resit Veterinar Lengkapkan Borang Permohonan. Sila dapatkan persetujuan Doktor Veterinar bersama tandatangan sebagai bukti. Lampirkan dokumen-dokumen berikut bersama Borang Permohonan:
Page 2 of 6
9.1.
Lampiran Asal “Resit Veterinar” Lampirkan Dokumen Asal Resit Veterinar bersama Borang Permohonan. *** Sila lihat contoh dibawah
9.2.
Lampiran Kolaj gambar-gambar haiwan yang akan dikasi Ambil gambar haiwan sebelum dan selepas dikasi dan lengkapkan dalam sebuah Kolaj dan lampirkan bersama Borang Permohonan. *** Sila lihat contoh dibawah
9.3.
Lampiran Salinan IC Lampirkan satu Salinan IC pemohon berpangkah dengan “Untuk Subsidi Sahaja” tertera diatasnya.
Semua lampiran mestilah bebas dari sebarang penguabahsuaian, kesan pemadam, atau maklumat yang tidak benar. 10.
Poskan Borang dan Lampiran ke PAWS Borang Permohan yang lengkap dan semua lampiran mesti diposkan kepada: SUBSIDI PENGKASIAN HAIWAN SELANGOR Persatuan Kebajikan Haiwan PAWS Pilmoor Estate, Subang Airport Road 47200 Subang, Selangor, Malaysia
Pemohon dinasihatkan untuk menggunakan Pos Ekspres. Tanpa bukti penghantaran, borang permohonan akan dianggap tidak dihantar ke PAWS dan tarikh penghantaran dokumen yang diterima oleh PAWS akan dianggap sebagai tarikh kuat kuasa. 11.
Spesifikasi untuk Resit Veterinar Semua Resit Veterinar mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
Page 3 of 6
11.1.
Salinan Asal Resit Veterinar Resit Veterinar mestilah Salinan asal dan mesti: 11.1.1.
Dikeluarkan dengan Nama Penuh Pemohon seperti di NRIC
11.1.2.
Jelas dengan butiran berikut: (a)
Tarikh Resit Veterinar dikeluarkan
(b)
Kos untuk operasi pengkasian sahaja bagi haiwan yang dinyatakan
(c)
Alamat dan cop rasmi klinik Veterinar dimana operasi dijalankan.
11.1.3.
Menyesahkan bahawa semua kos telah dijelaskan.
11.1.4.
Ditandatangani oleh Doktor Veterinar yang mengendalikan operasi terhadap haiwan yang dimaksudkan.
Contoh Resit Veterinar 12.
Spesifikasi Untuk “Kolaj” Kolaj mesti terdiri dari koleksi gambar-gambar “sebelum” dan “selepas” operasi kasi terhadap haiwan yang dipilih dan mesti memenuhi syarat-syarat yang berikut:
Page 4 of 6
12.1.
Kolaj mestilah jelas dan sesuai untuk PAWS mengesahkan bahawa gambargambar menunjukkan haiwan yang sama iaitu gambar dengan wajah haiwan dan apa-apa tanda yang memudahkan proses identifikasi haiwan.
12.2.
Gambar “selepas” operasi mesti menunjukkan haiwan dalam keadaan terjaga (‘awake’) bersama dengan tanda-tanda bukti operasi pengkasian telah dijalankan.
Kolaj boleh dicipta mengunakan “Moldiv” app untuk telefon bimbit, “picmonkey” untuk komputer atau mana-mana aplikasi yang sama.
Contoh Kolaj
Page 5 of 6
HAK TERPELIHARA PAWS berhak untuk: 13.
Budi bicara mutlak PAWS berhak untuk menerima atau menolak sebarang permohan tanpa obligasi untuk memberi apa-apa sebab untuk keputusan tersebut.
14.
Meminda dan/atau mengubah PAWS berhak, dari masa ke masa, untuk meminda dan/atau mengubah, apa-apa format Borang Permohonan, prosedur, terma, dan syarat yang telah ditetapkan di dalam dokumen ini. Pemohon bertanggungjawab untuk mendapatkan maklumat yang terbaru tentang sebarang perubahan, penambahan dan/atau pemindaan.
Page 6 of 6