SOALAN DAN LATIHAN: TINGKATAN 4 SET 1: KERTAS 2(SKRIP JAWAPAN)
Bahagian A 1.a)-Hidup secara nomad -Memungut hasil hutan -Memburu binatang -Alat ciptaan mereka lebih mengutamakan fungsi b)-Hidup menetap -Bercucuk tanam -Menternak binatang -Peralatan pelbagai fungsi c)-Pengkhususan kerja/pembahagian tugas -Ada yang memikirkan cara melebur logam -Sistem barter -Wujudnya Zaman Logam 2.a)-i) Demokrasi ii) Pemerintahan tentera iii)Republik b)-Konsol -Dewan Senat -Dewan Perhimpunan c)i) Oligarki ii)Patrician iii)Aristokrasi iv) Pax Romana (Keamanan Rom) 3.a) –Dibawa oleh golongan ksyatria/tentera -Dibawa oleh pedagang/vaisya -Dibawa oleh golongan Brahmin/pendeta -Pengambilan aspek yang menarik sahaja b)-rumah ibadat -tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya -tempat menyimpan patung dewa utama -lambang kepada keagungan seseorang pemerintah c)-Hindu -Buddha d)- Rujuk buku teks m/s 93
1
4.a)-ahli keluarga baginda -sahabat yang rapat -kaum kerabat baginda b)-ketinggian akhlak Nabi Muhammad -kejujuran para sahabat menjalankan dakwah c)-Islam memberi layanan yang sama kepada manusia d)-Perbezaan kepercayaan dan amalan antara orang Quraisy dengan Islam -Prinsip persamaan taraf sesama manusia yang dianjurkan oleh Islam -Konsep persaudaraan sejagat yang bertentangan dengan konsep asabiyah -Arab Quraisy mempunyai tanggapan yang salah terhadap nabi. Jika mereka menerima Islam mereka akan tunduk kepada kepimpinan Nabi -Perusahaan patung berhala akan terjejas
Bahagian B (Esei) 1.a)-Kod Undang-undang hammurabi -Sistem tulisan-jurutulis membolehkan urusan pentadbiran dan perdagangan Direkodkan -Epik Gilgamesh -Perkembangan ilmu astronomi -Perkembangan ilmu geometri -Mencipta kalender -Perubatan-sebanyak 500 jenis ubat dikatalogkan dan disampelkan Penggunaannya -Penciptaan roda-mencipta kincir air -Kapal layar -Membuat batu bata daripada tanah liat -Mencipta arca dan tiang batu -Mewujudkan empayar pertama dunia iaitu kerajaan Akkad (12X2=max 10m) b)-Seni bina-piramid -Penciptaan kertas daripada pokok papyrus -Sistem tulisan hieroglif -Sistem pendidikan diuruskan oleh kerajaan -Kemajuan dalam bidang perubatan-mengawet mayat(mumia) -Perkembangan dalam bidang matematik mampu mengawal banjir Sungai Nil -Mencipta sistem pengairan yang mampu menukar kawasan padang pasir Menjadi kawasan tanah pertanian.
2
-Mencipta sistem kelander365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun. (7X2=max10) 2.a)-Di Athens terdapat tiga kumpulan iaitu warganegara, bukan warganegara dan golongan hamba. -Kumpulan warganegara mempunyai hak politik negara kota manakala golongan kedua dan ketiga tidak mempunyai hak politik. -Di Sparta juga terdapat tiga kelas. Kelas pertama ialah warganegara tulen, kedua ialah para pekerja, artisan dan pedagang manakala kelas ketiga ialah helot yang mengusahakan tanah dan merupakan golongan majoriti. (3X2=max6) b)-Kewujudan sistem kasta dalam masyarakat. -Terdapat empat kasta utama iaitu Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra. -Setiap kasta mempunyai tanggungjawab yang berbeza. -Seseorang lelaki tidak boleh mengahwini wanita dari kasta yang berbeza. -Mereka juga tidak boleh bercampur gaul dengan kasta yang lain. (5X2=max6) c)Terdapat kelas utama mengikut Confucius iaitu: - golongan sarjana yang terdiri daripada pegawai kerajaan yang berpendidikan. -Golongan petani yang merupakan tulang belakang kepada system ekonomi China. -Golongan tukang -Golongan pedagang -Setiap individu boleh menukar kelasnya kepada kedudukan yang lebih baik menerusi pendidikan. (5X2=max8) 3.a)Agraria -Menjalan ekonomi berasaskan pertanian -Terletak di kawasan pertanian yang subur dan kawasan pedalaman -Kegiatan utama ialah menanam padi sawah dan padi huma -Menanam tanaman sampingan seperti jagung, keledek dan sebagainya. -Memungut hasil hutan -Menternak binatang -Menangkap ikan Maritim -Terletak di lembah sungai, pesisir pantai dan kepulauan -Mempunyai pelabuhan -Menjalankan kegiatan perdagangan -Penduduknya terdiri daripada orang tempatan, orang luar dan pedagang luar. -Berkemahiran membuat perahu dan kapal layer (12X2=max12) b)-Membekalkan sumber air minuman -Pada musim banjir, limpahan air Sungai Mekong akan mengalir ke Tasi Tonle Sap. -Pada musim kemarau, kawasan sekitar tasik akan subur kerana banyak mendapan, -membekalkan sumber protin iaitu ikan. -mengairi kawasan penanaman padi. -Sumber air yang menampung bekalan beras penduduk Angkor.
3
(6X2=max8)
4 a) –Pada tahun 628M, rombongan orang Islam telah ke Makkah kerana ingin menunaikan umrah. -Mereka telah disekat di Hudaibiyah, Nabi Muhammad s.a.w. menghantar Uthman bin Affan ke Makkah untuk menerangkan tujuan kedatangan mereka. -Orang Islam yang mendengar khabar angina tentang kematian Uthman telah bersumpah setia, yang dikenali sebagai Baiah al-Ridwan. -Baginda bersedia mengadakan perjanjian dan termeterailah Perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad s.a.w. (pihak Islam) dengan Suhail bin Amru (Quraisy). (4X2=max. 6) b)-Bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun. -Kabilah Arab yang lain bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau orang Quraisy Makkah. -Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan. - Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan semula. -Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya (7H) (5X2=max6) c)-Peluang menunaikan haji pada tahun berikutnya telah memberikan kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki Makkah dan seterusnya beribadat di Kaabah pada bila-bila masa. -Tempoh perdamaian selama 10 tahun membolehkan orang Islam merangka program dakwah ke seluruh Tanah Arab secara aman. -Islam dapat berkembang dengan meluas kerana suku Arab boleh menganut sebarang agama yang mereka sukai. -Pemimpin Quraisy memeluk Islam seperti Khalid al-Walid, Amru al_as dan Uthman Talhah sejurus selepas perjanjian ini. -Pengiktirafan orang Arab Quraisy terhadap kerajaan Islam Madinah. -Perjanjian Hudaibiyah menjadi perintis kepada pembukaan semula Kota Makkah. (6X2=max8)
4
5.a)-Orang Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah -Orang Quraisy tidak menghormati hak kebebasan yang telah dipersetujui bersama. Mereka telah membunuh beberapa orang Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam. -Merupakan strategi jangka panjang bagi meneruskan penyebaran agama Islam -Kerajaan Madinah akan menjadi lebih mantap. -Kedatangan tentera Islam ke Makkah menyedari kepalsuan perjuangan mereka dan sebab itu memeluk agama Islam. (5X2=max8m) b)-Pengislaman Abu Suffian dan Abbas menyebabkan ramai orang Arab Quraisy memeluk Islam. -Nabi Muhammad dapat mengerjakan tawaf sebanyak 7 kali setelah lapan tahun gagal berbuat demikian. -Sikap Nabi Muhammad yang memaafkan orang Quraisy yang terkepung menjayakan lagi penyebaran Islam. -Kaabah terpelihara daripada menjadi tempat penyembahan berhala. -Umat Islam mula dapat mendalami ilmu pengetahuan. -Penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab dapat dilakukan. -Pemerintahan kerajaan Islam Madinah bertambah kuat. (7X2=max.12)
5