BAHAGIAN B Bagi SOALAN 24 hingga SOALAN 41, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di Kertas Soalan ini. _____________________________________________________________________________________ GOLONGAN KATA (16 MARKAH) ARAHAN:
Isi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini dengan sepatah perkataan yang paling sesuai mengikut konteks. Kemudian, tulis jawapan kamu itu dalam tempat kosong yang disediakan.
bertubi-tubi
cerita
dengan
diam
gamam
gementar
kuat-kuat
mengalihkan
rancangan
suara
untuk
yang
Peluh mula membasahi dahinya. Sofea berasa (24) _________________ ketika lif yang dinaikinya tiba-tiba berhenti. Sofea semakin takut apabila lampu lif juga turut terpadam. Seorang murid perempuan berbangsa India yang ada di dalam lif bersamanya (25) _________________ terpaku. Keadaan gelap di dalam lif itu membuat Sofea sukar untuk melihat apa yang sedang dilakukan oleh budak perempuan tersebut. (26) _________________ pasti, Sofea dapat mendengar dia menangis. Sofea cuba memujuk budak perempuan itu. Sofea menekan butang kecemasan yang terdapat di lif itu (27) _________________. Sementara
menanti
pertolongan,
Sofea
cuba
menenangkan
budak
perempuan
tersebut
(28) _________________ berbual-bual. Sofea cuba untuk (29) _________________ perhatian budak itu kepada beberapa (30) _________________ kartun yang digemarinya. Sedang mereka berbual, tiba-tiba kedengaran (31) _________________ guru disiplin di sebalik pintu lif itu. Sofea pasti mereka akan diselamatkan tidak lama lagi. Sofea dan budak perempuan itu mula bernafas lega. Markah yang diperoleh
Booklet B: Page 1 of 6
FRASA (8 MARKAH) ARAHAN:
Isi setiap tempat kosong dalam dialog di bawah ini dengan frasa yang paling sesuai mengikut konteks. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.
(1)
tidak akan dapat saya balas
(2)
menyuruh awak bawa pulang makanan ini
(3)
awak selalu membantu saya dalam pelajaran
(4)
bila lagi saya dapat membalas jasa awak pula
(5)
membekalkan saya nasi goreng dan sambal telur
(6)
saya asyik berkongsi makanan yang awak bawa sahaja
Asyirah
: Nurin, di sini rupanya awak berada. Dari tadi saya mencari awak.
Nurin
: Mengapa awak mencari saya Asyirah?
Asyirah
: Marilah makan bersama saya. Hari ini ibu saya (32) __________________.
Nurin
: Saya seganlah dengan awak. Setiap waktu rehat (33)__________________. Saya bimbang awak akan lapar pula.
Asyirah
: Janganlah begitu Nurin. Kitakan sahabat baik. Lagi pula, (34)__________________. Ibu saya yang menyuruh saya berkongsi makanan ini dengan awak. Dia memang membungkus lebih makanan.
Nurin
: Awak sungguh baik hati. Budi awak (35)_________________.
Asyirah
: Ayuh cepat kita makan, nanti waktu rehat habis pula.
Markah yang diperoleh
Booklet B: Page 2 of 6
BLANK PAGE
Booklet B: Page 3 of 6
KEFAHAMAN 2 (20 MARKAH) ARAHAN:
Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.
Wajah Ali memantulkan kegembiraan. Pasukan bola sepak sekolahnya, buat kali pertama dalam jangka masa lima tahun telah berjaya menewaskan pihak lawan dalam perlawanan bola sepak. Tambahan pula, Ali yang telah menyumbatkan kelima-lima gol kemenangan.
Ayah dan ibu Ali hadir menyaksikan perlawanan di antara sekolah-sekolah itu. Sebaik sahaja perlawanan berakhir, kesemua pemain bola, pelatih, guru penyelaras pasukan bola sepak dan penyokong Sekolah Rendah Bagus yang duduk di kawasan penonton, terlonjak-lonjak sambil melaungkan nama sekolah. Ali mengatakan bahawa dia seolah-olah tidak percaya tentang kemenangan itu. “Tidak sia-sia segala usaha dan kesungguhan Ali,” tegur ayah Ali dengan penuh rasa syukur. “Latihan lima kali seminggu itu berbaloi. Sebaik sahaja selesai kerja sekolah, Ali terus berlatih sekurang-kurangnya sejam dan empat jam pada setiap hujung minggu,” sambung ibu Ali. “Ali rasa, bukan Ali sahaja yang memainkan peranan. Semua ahli pasukan Ali berlatih dan bermain bersungguh-sungguh. Kalau bukan kerana mereka, Ali tidak boleh menyumbatkan gol-gol itu,” jawab Ali dengan penuh keikhlasan.
Ali juga berkata guru penyelaras pasukan bola sepaknya, Cikgu Halimi dan guru kelasnya, Puan Toh memainkan peranan utama selain ibu bapanya yang tidak pernah penat membakar semangatnya untuk terus berlatih dan belajar dengan gigih walaupun ada masanya dia rasa terlalu letih dan mahu berhenti sahaja. Dorongan dan nasihat mereka kepada Ali dan rakan-rakan sepasukannya sangat-sangat mereka hargai.
Kata-kata Ali itu membuat ayahnya kagum dengan sifat anaknya itu. Dia tidak sangka sifat Ali yang sebelum ini sambil lewa itu terus berubah dengan sikap dan disiplin yang ditanam sebagai seorang ahli pasukan bola sepak sekolahnya. Ayah Ali tersenyum lebar sambil menepuk-nepuk bahu anak sulungnya itu. (Petikan dihasilkan oleh guru)
Booklet B: Page 4 of 6
ARAHAN: Berdasarkan petikan karangan di halaman 3, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu itu dalam tempat kosong yang disediakan. 36
Mengapakah Ali kelihatan gembira pada hari itu?
(2 markah)
Markah yang diperoleh
37
Siapakah yang memberikan sokongan kepada pasukan Ali ketika mereka bertarung dalam pertandingan itu? (2 markah)
Markah yang diperoleh
38. Pasukan bola sepak Sekolah Rendah Bagus layak menjadi juara dalam perlawanan bola sepak itu. Jelaskan. (4 markah)
Markah yang diperoleh
39. ‘Latihan lima kali seminggu itu berbaloi’. Nyatakan satu sifat Ali berdasarkan kata-kata ini. (4 markah)
Booklet B: Page 5 of 6
Markah yang diperoleh
40. Sikap Ali mula berubah setelah menyertai pasukan bola sepak sekolahnya. Jelaskan.
(4 markah)
Markah yang diperoleh 41a. Berdasarkan petikan karangan di halaman 4, berikan maksud perkataan-perkataan yang berikut dengan menggunakan tidak lebih daripada lima patah perkataan. (i) menyumbatkan
( 1 markah )
_____________________________________________________________________________ (ii) kesungguhan
( 1 markah )
_____________________________________________________________________________ (iii) ahli
( 1 markah )
_____________________________________________________________________________
41b. Satu perkataan dalam petikan yang bermaksud mendapat balasan yang sepadan ialah _______________________ . ( 1 markah )
Markah yang diperoleh
SELESAI Booklet B: Page 6 of 6