BAHAGIAN B Dari SOALAN 24 hingga SOALAN 41, tulis jawapan kamu dalam tempat kosong yang disediakan dalam Kertas Soalan ini.
GOLONGAN KATA (16 MARKAH) Arahan:
Isi setiap kosong dalam petikan karangan di bawah ini dengan sepatah perkataan yang paling sesuai mengikut konteks. Kemudian tulis jawapan kamu itu dalam tempat kosong yang disediakan. apabila
bila
didengar
estet
flat
meluncur
mengecewakan
menyenangkan
nyaring
sedang
terganggu
walaupun
Sebaik sahaja loceng berbunyi, Salina bergerak keluar dari pekarangan sekolah. Dia melangkah lemah menuju ke (24) ____________________ perumahannya. Pada petang itu, dia tidak mempedulikan panggilan rakan-rakannya. Ketika dia (24) ____________________ menyeberang jalan raya, dia tidak sedar bahawa terdapat sebuah kereta (26) ____________________ laju ke arahnya. Salina hanya menyedari akan hal itu (27) ____________________ dikejutkan oleh bunyi hon kereta yang (28) ____________________. Salina segera meminta maaf kepada pemandu kereta itu. Sebenarnya, fikiran Salina (29) ____________________. Disebabkan itulah, dia tidak peka akan sekelilingnya. Dia sedang memikirkan cara yang terbaik untuk menyampaikan berita yang kurang (30) ____________________ itu. Dia tahu keputusannya itu bakal (31) ____________________ ibu dan bapanya. Salina berasa serba salah.
Page 2 of 7 4 (BQ 24, 28)
FRASA ( 8 markah) Arahan:
Isi tempat kosong dalam dialog di bawah ini dengan frasa yang paling sesuai mengikut konteks. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu di tempat kosong yang disediakan. (1) buktikan kepada Ibu (2) mencuci permaidani (3) ceritakan kepada ibu (4) membuat kerja rumah (5) tertutup dengan permaidani (6) lihat apa yang terkandung di bawah permaidani ini
Ibu
: Apa yang sedang kamu lakukan, Mikail?
Mikail
: Oh, Ibu. Mikail sedang menolong Ibu lah. Kasihan Mikail melihat Ibu (32) __________ setiap hari.
Ibu
: Tetapi kenapa Mikail perlu menggulung permaidani ini?
Mikail
: Biar ruang ini lebih bersih. Mikail selalu perhatikan Ibu menyapu di sekeliling permaidani ini sahaja. Cuba Ibu (33) __________.
Ibu
: Sudahlah, Mikail. Tidak ada orang pun yang akan melihat apa yang ada di situ. Kan sudah (34) __________.
Mikail
: Betul tu, Ibu. Walaupun sudah ditutup, lantainya tetap kotor. Mari Mikail (35) __________. Mikail akan mencuit lantai ini.
Ibu
: Betul kata kamu, Mikail. Lihat jari kamu itu. Kotor sekali!
Markah yang diperoleh
Page 3 of 7 2 (BQ 34)
PAGE BLANK
KEFAHAMAN (20 MARKAH) Arahan:
Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.
Bau masakan Nenek Lijah benar-benar menarik selera Musnad. Musnad cepatcepat membuka stokin dan kasut. Stokin itu dilambungkan begitu sahaja. Dia memang begitu sejak dahulu lagi. Beg sekolahnya pula dicampak di atas sofa. Semasa dia tinggal dengan ibunya di bandar sehinggalah kini, dia tinggal bersama Nenek Lijah, tabiatnya masih sama. Tabiat menyepahkan stokin yang dia pakai memang sudah banyak kali ditegur oleh Nenek Lijah. Puan Rugayah juga sudah puas menegurnya dahulu. Musnad terus menerpa ke meja makan. Dibukanya tudung saji. Lemak cili api udang dan sambal ikan bilis! Masakan itu memang membangkitkan selera. Tudung saji anyaman mengkuang pandan itu dicampak ke tepi dinding. Musnad terus mencapai pinggan lalu disenduknya nasi. Dia terus duduk dan mula mahu menyuap nasi ke mulut. “Musnad! Sudah kamu membasuh tangan?” Nenek Lijah menegur secara tibatiba. Musnad tersentak. Dia baru sahaja mencecah tangannya ke nasi. Musnad tidak jadi menyuap nasi itu ke mulut setelah ditegur Nenek Lijah. Jika Nenek Lijah sudah bersuara, sudah tentu leterannya akan panjang jika tidak dituruti. “Tangan Musnad tidak kotorlah, Nek,” Musnad merungut keberatan kerana dia terpaksa ke dapur untuk membasuh tangan. Nenek Lijah hanya menggelengkan kepala melihat telatah Musnad. Selepas mencuci tangan, Musnad terus meluru ke meja makan untuk menyantap makanan di atas pinggannya. Masakan Nenek Lijah memang enak. Setiap hari Musnad mengadangada memuji masakan Nenek Lijah dan kadang-kala meminta Nenek Lijah masak itu dan ini. Nenek Lijah pula akan cuba menunaikan permintaan Musnad. Musnad memang kaki makan. Nenek Lijah juga perasan tubuh Musnad berisi sedikit semenjak dia tingggal dengan Nenek Lijah. Selepas licin pinggan itu, dia menjilat kelima-lima jarinya. Sungguh lazat masakan hari ini. Nenek Lijah tersenyum melihat gelagat cucu kesayangannya itu. Selepas mencuci bersih tangannya, Musnad mendekati Nenek Lijah yang sedang duduk di meja makan. Didakap Nenek Lijah dari belakang. Terperanjat Nenek Lijah seketika. Musnad melentokkan kepalanya di bahu Nenek Lijah sambil berbisik terima kasih di kuping Nenek Lijah. Nenek Lijah tersenyum simpul sambil mengusap kepala Musnad. Dia bahagia semenjak Musnad tinggal dengannya. Nenek Lijah tidak lagi kesunyian.
(Dipetik dan diubah suai daripada novel ‘Jutawan Nasi Lemak’. ) Page 4 of 7
Arahan:
36.
Berdasarkan petikan karangan di halaman, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu itu dalam tempat kosong yang disediakan.
Mengapakah Musnad dengan pantas menanggalkan alas kakinya?
( 2 markah ) Markah yang diperoleh
37.
Nyatakan tingkah laku Musnad yang tidak pernah berubah.
( 2 markah ) Markah yang diperoleh
38.
Musnad kelaparan selepas pulang dari sekolah. Berikan dua contoh bagi menyokong pernyataan ini.
( 4 markah )
Markah yang diperoleh
Page 5 of 7
4 (BQ 36, 37)
39.
‘Nenek Lijah juga perasan tubuh Musnad berisi sedikit...’ . Berikan sebab mengapa Musnad bertambah berat badannya.
( 4 markah ) Markah yang diperoleh 40.
Musnad seorang cucu yang penyayang. Buktikan.
( 4 markah ) Markah yang diperoleh 41.
(a)
Berdasarkan petikan karangan di halaman 9, berikan maksud perkataanperkataan yang berikut dengan menggunakan tidak lebih daripada lima patah perkataan.
(i)
menegur
( 1 markah )
Markah yang diperoleh
(ii)
menyantap
( 1 markah )
Markah yang diperoleh
Page 6 of 7
(iii)
didakap
( 1 markah )
Markah yang diperoleh
(b)
Satu perkataan dalam petikan yang bermaksud alat yang biasanya berbentuk bulat leper seperti piring tetapi lebih besar ialah _________________________. ( 1 markah ) Markah yang diperoleh
****************************************** S E L E S A I ************************************* (Sila semak jawapan kamu.)
Page 7 of 7