Kumpulan soalan-soalan perihal pengurusan jenazah dan jawapan untuk rujukan. NO 1.
2
SOALAN Salam, boleh terangkan kaedah pengurusan jenazah semasa darurat / kemarau?
JAWAPAN Waalaikumusalam w.b.t, •
Menurut rujukan kitab Fiqh Sunnah (Kitab Jenazah) dimana dinyatakan bahawa jika tidak ada air atau tidak boleh digunakan air untuk pengurusan jenazah tersebut, maka mayat tersebut cukup untuk ditayamumkan.
•
Berlaku di sesetengah kawasan dimana sukar untuk mendapatkan air bagi menguruskan jenazah maka di bolehkan untuk bertayamum ke atas mayat sebagai gantian mandian jenazah.
•
Seperti itu juga bagi keatas jenazah yang dikhuatiri bilamana dimandikan akan merosak jasadnya kerana luka,bakar dan sejenis dengannya, maka cukup ditayamumkan. Wallahualam
•
Rujuk- Al Majmu (178/5) dan Al-Muhalla (122/5)
Assalamualaikum w.b.t, Waalaikumusalam w.b.t, 1.Bagaimana mengajar orang didalam keadaan koma untuk mengucapkan syahadah?
•
Soalan (1), berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Abi Sa’id dan Abu Hurairah, mereka berkata, telah bersabda Rasulullah S.A.W : Ajarkanlah kalimat “Lailahaillah” kepada orang yang hampir mati.” Maka dengan ini menjadi sunnah dan kewajipan kepada orang yang masih hidup untuk kita laksanakan kepada orang nazak ataupun sudah ternampaknya tanda-tanda kematiannya. Adapun, beberapa keadaan seperti koma iaitu tidak sedarkan diri dan tidak berupaya untuk melafazkan kalimah terakhir sebelum menghembuskan nafas, maka sudah cukuplah bagi orang yang masih hidup untuk tetap mengunkapkan talqin “Lailahailallah” di telinganya dan selebihnya berserah kepada ketentuan Allah S.W.T. Wallahualam.
•
Soalan (2), untuk memahami lebih mengenai keperluan untuk mewudukkan jenazah, perlu merujuk kepada hadis Dari Aisyah R.A, ia berkata “ Kalau aku berniat mengerjakan sesuatu pastilah tidak akan mundur dan tidak ada yang berhak memandikan baginda kecuali isteri-isterinya”(Hadis riwayat Ibnu Majah dan lain-lain). Didalam hal ini, masing-masing (suami atau isteri) dibenarkan memandikan yang lain. Misalnya, jika isteri meninggal maka, suami boleh memandikannya dan begitu juga sebaliknya kerana tidak
2.Jika isteri memandikan jenazah suami, bagaimanakan dengan wuduknya?
ada dalil yang melarang demikian dan sesuai dengan kaedah ushul fikah yang baku bahawa asal segala sesuatu adalah boleh (halal), terutama dalam masalah ini.
3
1.Jika mayat ada tatu, perlukah dikikis atau dibuang kulitnya?
•
Dibawakan juga satu lagi dalil dimana sebuah hadis Dari Aisyah R.A berkata,”Suatu hari Rasulullah S.A.W datang kepadaku seusai menghantar jenazah ke kuburan Baqi’. Ketika itu aku menderita sakit kepala dan aku katakan kepada baginda sambil mengeluh “Kepalaku pening”. Baginda berkata “Bahkan aku pun demikian pula, kepalaku pening. Apa rugimu apabila engkau mendahuluiku meninggal dunia, lalu aku memandikan engkau, mengkafankan engkau lalu aku solatkan dan aku kuburkan engkau” (Hadis riwayat Ahmad, Al-Darimi, Ibnu Majah, Ibnu Hisyam, Al-Daruqutni dan Al-Baihaqi).
•
Rujuk Kitab Ahkamul Janaiz Wa Bid’ah (Muhammad Nashiruddin Al-Albani)
•
Soalan (1), jika mayat yang didapati mempunyai tatu pada tubuh badannya maka tidak perlu untuk dikikis atau disiat kulitnya kerana ia akan memudharatkan mayat dan menyukarkan proses mandian. Apabila dikikis atau disiatnya badan mayat bagi membuang tatu, maka sudah tentu darah akan keluar dan ini akan memudharatkan mayat.
•
Cukuplah Allah S.W.T yang menilai dan menghukum apa sahaja perbuatan simati semasa hayatnya dan menjadi kewajipan bagi si pengurus mayat itu untuk merahsiakan perkara ini (tidak dihebahkan perihal tatu pada badan simati kerana perbuatan tersebut membuka aib simati). Wallahualam
•
Soalan (2) jika mayat pernah memakai atau masih terdapat sesuatu yang ditanam di dalam anggota badan simati maka jika ia adalah barang perhiasan yang boleh ditanggalkan seperti subang, cincin, gigi palsu atau apa-apa jenis tindikan, harus ditanggalkan.
•
Namun begitu, jika ia ditanam di dalam tubuh badan simati, maka tidak perlu untuk mengeluarkannya. Sepertimana keterangan dari soalan (1), ia boleh memudharatkan mayat dimana perlu melakukan pembedahan untuk mengeluarkan barang tersebut. Wallahualam.
2.Jika mayat memakai bearing pada kemaluan (zakar), apa yang perlu dilakukan, adakah perlu dibuang?
4
Assalamualaikum,
Waalaikumusalam w.b.t,
5
1.Adakah kedudukan wanita untuk solat jenazah sama dengan solat fardhu?
•
Soalan (1), haruslah difahami terlebih dahulu bahawa wanita boleh mensolatkan jenazah dengan catatan mereka tidak mengiringi jenazah. Namun kedudukan wanita didalam solat jenazah adalah dihujung saf yang terakhir dan jika jumlahnya ramai dan boleh terbentuk sebanyak 3 saf.
2.Apakah hokum memakai kasut semasa menziarahi kubur?Sebab sesetengah tempat dilarang memakai kasut apabila masuk ke tanah perkuburan.
•
Soalan (2) Hukum larangan memakai kasut di kuburan adalah berdasarkan hadis Basyir bin Handzalah R.A, meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W menanggalkan sandalnya bila berada di kawasan perkuburan.(HR. AnNasai, Tirmidzi, Abu Daud & Ibnu Majah).
•
Manakala di dalam sebuah hadis lagi yakni HR. Al-Baihaqi dimana “Ketika aku menemani Rasulullah S.A.W melalui perkuburan kaum Muslimin, baginda terlihat seorang lelaki berjalan di antara kubur dengan memakai terompah, maka baginda pun bersabda “Wahai orang yang memakai terompah, lepaskanlah kedua terompahmu itu. Maka orang tersebut memandang dan ketika bahawa yang dipandang itu adalah Rasulullah, dia pun segera melepaskan kedua terompahnya lalu melemparkan keduanya.
•
Selain itu, Ibnu Hajar berpendapat makruh hukum nya memakai kasut/sandal di kawasan perkuburan. Namun begitu, Imam At-Thahawi mengatakan jika kawasan perkuburan itu bersih dan selamat barulah ditanggalkan kasut atau sandal dengan tujuan menghormati ahli kubur, tetapi jika kawasan kuburan itu kotor atau berduri dan merbahaya maka tidak perlu membuka kasut atau sandal. Wallahualam
•
Ketika menunaikan solat jenazah pada takbir yang ke-3 dan ke-4 dimana kita dianjurkan untuk berdoa kepada simati. Seharusnya kita mengikhlaskan doa untuk simati sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, ia berkata,”aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, “Jika kalian mensalatkan jenazah maka ikhlaskan doa untuknya” Hadis shahih riwayat oleh Abu Daud, Ibnu Majah, Al –Baihaqi dan Ibnu Hibban.
•
Dan diantara dia lain yang boleh dibaca adalah seperti “Ya Allah,ampunkanlah ia, rahmatilah ia, dan maafkanlah ia, Muliakanlah tempantya, lapangkanlah tempat masuknya, sucikanlah ia dengan air salju dan embun, bersihkanlah ia sebagaimana Engkau membersihkan
Perihal solat jenazah, takbir yang ke-3 dan 4 adakah membaca doa yang sama?
pakaian dari kotoran, gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya, keluarga yang lebih baik dari keluarga nya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya, masukkanlah ia ke dalam syurga dan lindungilah ia dari adzab kubur atau adzab neraka (Hadis Shahih riwayat Muslim). Adalah mubah (boleh) untuk berdoa mengikut kefahaman dan keikhlasan hati masing-masing kepada simati.
6.
Assalamualaikum 1.Apa hukum kalau ziarah kubur, lepas itu menabur bunga,bakar colok , siram air di kubur ? Di minta beri penjelasan.
Waalaikumusalam w.b.t, •
Soalan (1), bukanlah dari amalan Rasulullah S.A.W untuk melakukan sedemikian seperti menabur bunga, membakar colok menyiram air bunga mawar di atas kuburan. Terdapat sebuah hadis riwayat Daruquthni “Dari Amir bin Rabi’ah, bahawa Nabi S.A.W telah mensolatkan Utsman bin Madz’un dan ia datang ke kuburnya dan menaburkan tanah dengan dua tangannya tiga kali sambil berdiri”. Darjat hadis ini adalah hasan dan hukumnya, menaburkan tanah ke atas kubur adalah sunnah. Rujuk Subulus Salam (Bulughul Maram) Ibnu Hajar Asqalani Kitab Jenazah
•
Soalan (2), sudah menjadi kebiasaan dan adat bagi umat muslim di Malaysia terutamanya apabila tiba musim perayaan, maka seusai solat sunat perayaan tersebut, maka destinasi seterusnya adalah ke kuburan bagi menziarahi dan mendoa kan kepada ahli keluarga mereka yang telah mati.
•
Harus kita ketahui bahawa terdapat larangan daripada Rasulullah S.A.W dimana di larang untuk meratap kematian di kuburan baik lelaki ataupun wanita sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi, Dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah S.A.W melaknat perempuan-perempuan yang(sering) ziarah kubur”
•
Namun selepas itu, didalam sebuah hadis Shahih riwayat Muslim “Dari Buraidah bin Hushaib Al Aslami, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W “ AKu pernah melarang kamu (pergi) menziarah kubur, tetapi sekarang ziarahilah ke tempat itu”. Anjuran daripada Rasulullah S.A.W untuk menziarahi kubur adalah dengan syarat tidak berbuat maksiat dan dengan tujuan untuk mengingatkan diri pada kematian dan akhirat.
•
Di samping itu, menjadi kewajipan kita untuk menjaga adab-adab ketika
2.Di musim perayaan, ramai orang kita akan pergi ke kubur untuk menziarah, adakah mendapat pahala lebih? Di minta member penjelasan yang mantap.
menziarahi kubur dengan mengingati larangan dari Rasulullah S.A.W untuk tidak duduk di atas kubur. Rujuk Subulus Salam ( Bulughul Maram) Ibnu Hajar Asqalani Kitab Jenazah
•
Telah diterangkan di dalam hadis Ummu Athiyah yang memandikan jenazah putri Rasulullah S.A.W dimana Rasulullah S.A.W berdiri disebalik tabir dan mengajarkan tatacara memandikan jenazah kepada Ummu Athiyah dan tidak menguruskan ia sendiri. Ini dapat difahamkan sebaliknya bagi menjawab soalan ini di mana jika anak lelaki tidak boleh memandikan jenazah ibunya kerana masalah aurat. Namun begitu,terdapat sebuah hadis Mursal yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dan Al-Baihaqi “ Jika seseorang lelaki mati di tengah-tengah kaum wanita atau seorang wanita ditengah-tengah kaum lelaki, maka keduanya ditayamumkan lalu dikuburkan kerana kedudukan keduanya seperti orang yang tidak mendapatkan air”. Hadis ini dapat difahamkan bagi situasi darurat sahaja. Wallahualam
Mandian jenazah bilangan ganjil adakah termasuk dengan kiraan mandian terakhir iaitu air yang bercampur dengan kapur barus?
•
Ya, mandian terakhir haruslah dengan air campuran kapur barus. 2 kali air daun bidara dan terakhir dengan kapur barus.
Betul ke pernah terbaca , talqin tidak boleh dibuat?
•
Terdapat sebuah hadis Dari Dhamrah bin Habib, seorang tabi’in ia berkata” Apabila sudah diratakan kubur si mayat dan orang pun pulang, maka ada yang berkata di sisi kuburnya:”Hai fulan, ucapkanlah, Tuhanku adalah Allah, dan agamaku adalah Islam serta Nabiku adalah Muhammad” Perawi hadis ini ialah Sa’id bin Mansyur dengan mauquf tetapi darjat hadis ini adalah lemah (dhaif). Hukum hadis ini ialah mentalkinkan orang mati adalah bid’ah(haram) kerana tidak ada tuntunan yang sah dari Nabi S.A.W.
•
Adapun begitu, tujuan kita memberi tazkirah di atas kubur adalah bertujuan untuk mewujudkan perasaan prihatin dan waspada kepada kehidupan akhirat bagi yang masih hidup. Di samping menyedarkan bahawa mati itu pasti berlaku dan segala harta benda serta sanak saudara dan keluarga kita akan
7.
Sebagai seorang anak lelaki boleh kah saya memandikan jenazah ibu saya?
8.
9.
pergi meninggalkan kita sendirian kecuali amalan yang akan setia bersama kita. Wallahualam 10.
Kenapa jenazah lelaki menggunakan 3 helai dan wanita menggunakan 5 helai?
•
Jumlah kain kafan bagi muslimin dan muslimat adalah seperti mana yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W. Baginda Ar-Rasul telah dikafani dengan tiga helai kain kafan, sebagaimana yang diriwayatkan At-Tabarani daripada Anas. Sebahagian fuqaha memakruhkan menambah lebih dari tiga helai kain ini, dan mereka mendakwa ini adalah perbuatan yang sia-sia dan membazir. Sebahagian fuqaha lainnya membolehkan menambah hingga lima helai, satu baju, tutup kepala dan tiga pakaian. Perkara mengenai ini sangat luas tanpa ada pembatasan. Namun tiga helai kain adalah sebagaimana sunnah Rasulullah S.A.W. Jumlah kain adalah lebih bagi wanita bertujuan untuk menjaga aurat daripada ternampak ketika dikafankan. Wallahualam
11.
Ketika memandikan jenazah, ada yang menyarankan menggunakan air yang tidak panas dan tidak terlalu sejuk kerana diyakini dapat menyakitkan simati.
•
Wallahualam, tidak terdapat dalil mengenai penggunaan air panas atau sejuk cuma dianjurkan untuk berlemah lembut dalam pengurusan jenazah tersebut. Adapun menggunakan air panas adalah tidak sesuai kerana ia boleh memudharatkan tubuh badan mayat sehingga mengakibatkan melecur. Disarankan untuk menggunakan air paip yang biasa suhunya.
•
Diriwayatkan daripada Aisyah R.A berkata “ Rasulullah S.A.W telah bersabda “Mematahkan tulang mayat sama dengan mematahkannya ketika hidup”
•
Ibnu Mas’ud berkata”Melukai atau menyakiti seorang mukmin ketiak kematianya sama dengan melukainya ketika masih hidup” Diriwayatkan Ibnu Abu Syaibah
12.
Diwasiatkan untuk dikebumikan di tempat lain. Contohnya meninggal di Johor dan wasiat untuk dikebumikan di Penang.
•
Wasiat seperti ini tidak boleh ditunaikan kerana ia bertentangan dengan suruhan Nabi S.A.W untuk menyegerakan pengebumian dan sebagai langkah untuk mengelakkan mayat menjadi buruk atau berbau kerana tempoh perjalanan yang terlalu jauh atau lama serta boleh menimbulkan fitnah ke atas si mati. Sebagai contoh, jika jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah, maka seharusnya terus diuruskan dan dikebumi di Mekah. Wallahualam.
13.
Bagaimana pula dengan amalan kebiasaan orang kita yang duduk diatas kubur ketika membaca talqin.
•
Perkara kebiasaan ini adalah dilarang oleh Rasulullah S.A.W didalam sebuah hadis baginda melarang mengapur kubur dan duduk diatasnya serta membuat bangunan diatasnya.Hadis Shahih, Muslim. Maka dengan adanya larangan daripada Rasulullah S.A.W sendiri, adalah lebih baik untuk
kita mengelak daripada melakukannya walaupun sekadar menziarahi kubur, mendengar tazkirah(talqin) atau membaca tazkirah(talqin). 14
Apakah boleh orang yang junub atau mengalami haid untuk memandikan jenazah?
•
Dibolehkan bagi orang yang berada dalam keadaan junub atau haid untuk membantu menguruskan jenazah kerana bersandarkan pada hadis Rasulullah S.A.W bersabda “ Seorang mukmin tidak najis”.