Kematian dan pengurusan jenazah
Sinopsis:
Buku ini memuatkan pandangan ulama mengenai pengendalian urusan jenazah. Mayat mangsa kemalangan yang berupa cebisan daging dan yang bercampur aduk di antara mayat orang Islam dan mayat bukan Islam yang sukar dikenal pasti, dijelaskan cara pengurusannya. Masalah pesakit yang mengalami mati otak yang menggunakan alat bantuan penafasan sering menjadi persoalan di kalangan masyarakat Islam pada hari ini. Mereka ingin mendapatkan penjelasan dari segi syarak sama ada menanggalkan peralatan tersebut dikira melakukan jenayah membunuh atau sebaliknya.
Buku ini juga menyingkap masalah pembedahan mayat untuk tujuan penyiasatan dan pembelajaran. Perbincangan mengenai pemindahan anggota mayat kepada orang yang masih hidup dari semasa ke semasa terus menarik perhatian umum. Ada pendapat yang menyokong dan tidak kurang yang menentang telah dikemukakan dari pelbagai pihak. Bagi umat Islam mereka memerlukan suatu penyelesaian yang tidak bercanggah dengan kehendak syarak. Perbincangan mengenai jenazah tidak membantutkan hasrat masyarakat untuk berkembang maju, sebaliknya memberikan nilai yang amat bermakna kepada kemajuan.
Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat, lebih–lebih lagi masyarakat pelajar dan mereka yang terlibat dalam bidang perubatan, bahagian perundangan dan mereka yang terlibat secara langsung dengan kerja pengendalian mayat.
Kematian dan pengurusan jenazah
Kandungan:
Prakata
BAB 1 PENDAHULUAN Penjelasan Quran Tentang Hidup Penjelasan Quran Tentang Mati Mengkaji Kematian Tidak Membawa Kemunduran
BAB 2 PERSEDIAAN SEBELUM MATI Menghadapi Kematian Kelebihan Mengingati Mati Hukum Meminta Mati Berprasangka Baik Terhadap Allah Mati Mengejut
BAB 3 PENYAKIT DAN PESAKIT Mengubati Penyakit Rawatan Menggunakan Cendawan Menziarahi Orang Sakit Menziarahi Pesakit Kafir Zimmi Adab Ziarah Bacaan Ketika Menziarahi Pesakit Bacaan yang Elok Dibaca oleh Pesakit
Pesakit dan Solat
BAB 4 BERHADAPAN DENGAN ORANG YANG SEDANG NAZAK Membetulkan Kedudukannya Mengajar Syahadah Menghimpunkan Sanak Saudara Membaca Surah Tertentu di Sisi Pesakit Tanda-tanda Mati Selepas Pesakit Meninggal Dunia
BAB 5 PENGURUSAN AWAL MAYAT SEBELUM DIMANDIKAN Urusan Mayat Menyegerakan Pengurusan Menziarahi Kematian Hukum Mencium Mayat Hukum Meratapi Kematian
BAB 6 MEMANDIKAN JENAZAH Hukum Tanggungjawab Pemandi Pemandi Hukum Memandang Aurat Perkara yang Perlu Diberi Perhatian Syarat Jenazah yang Dimandikan Bercampur Jenazah Jirusan yang Diwajibkan
Perkara yang Disunatkan Menyikat Rambut dan Memotong Kuku Keluar Najis Selepas Selesai Mandi Cara Niat dan Hukumnya
BAB 7 MENGKAFAN JENAZAH Hukum Perbelanjaan Kafan Jenis Kain Kafan dan Anggarannya Cara Menyusun Kain Kafan Sunat Kafan
BAB 8 SEMBAHYANG JENAZAH Hukum Syarat Sah Sembahyang Hukum Berjamaah Bilangan Orang yang Bersembahyang Syarat Mayat yang Disembahyangkan Rukun Sembahyang Sunat Sembahyang Kaedah Pelaksanaan Makmum Masbuk Waktu Sembahyang Mengulangi Sembahyang Sembahyang Selepas Dikebumikan
Sembahyang Ghaib Jenazah Bayi Keguguran Jenazah Orang Islam Membunuh Diri Tempat Sembahyang Sembahyang Jenazah di Masjid Kelebihan Sembahyang Jenazah Sikap Orang Ramai
BAB 9 MENGEBUMIKAN JENAZAH Memindahkan Jenazah dari Tempat Matinya Hukum dan Cara Mengusung Jenazah Sunat Semasa Mengusung Jenazah Perkara yang Dimakruhkan Mengiringi Jenazah Orang Kafir Pengkebumian dan Masalah Berkaitan Membaca Talqin
BAB 10 KUBUR Satu Kubur Satu Mayat Memilih Tanah Perkuburan Meletak dan Menulis Nama pada Batu Nisan Menyiram Air dan Menabur Bunga Membina Bangunan di atas Kubur Duduk di atas Kubur Menggali Semula Kubur Hukum Ziarah Kubur
Hukum Wanita Ziarah Kubur Adab dan Waktu Ziarah Kubur Bacaan Semasa Ziarah Kubur Kelebihan Ziarah Kubur
BAB 11 SYAHID Bukan Syahid Kelebihan Syahid di Jalan Allah Jenis Syahid Pengurusan Jenazah Syahid Maksiat dab Mati Syahid Tanda Husnul-Khatimah
BAB 12 BERSIMPATI DENGAN KELUARGA SI MATI Menyediakan Makanan untuk Keluarga Si Mati Kenduri Arwah Menyampaikan Ucapan Takziah Menghadiahkan Pahala Bacaan untuk Si Mati Membaca Quran di Kawasan Perkuburan
BAB 13 PERSOALAN TENTANG MAYAT Hukuman Jenayah Membunuh Pembedahan Mayat Fatwa Majlis Fiqh Pertubuhan Negara Islam Antara Kebaikan dengan Keburukan Pemindahan Anggota Mayat
Membakar Mayat
BAB 14 SABAR MENGHADAPI UJIAN ALLAH Mengapa Manusia Diuji Jenis Ujian Tujuan Ujian Cara Menghadapi Ujian
BAB 15 PENUTUP Berpesan untuk Kebaikan Menerima Ketetapan Allah Harta Pusaka
BIBLIOGRAFI INDEKS