http://www.ums.edu.my
GARIS PANDUAN PENGURUSAN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) DI UMS
DILULUSKAN DALAM MESYUARAT PIHAK BERKUASA PENGURUSAN UNIVERSITI (PBPU) BIL. 5/2012 KALI KE-145 PADA 26 APRIL 2012
SEKSYEN PENGURUSAN KUALITI SEKTOR SEKRETARIAT DAN DASAR BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN GOVERNAN JABATAN PENDAFTAR
ISI KANDUNGAN
PERKARA
MUKA SURAT
1.0
Tujuan
1
2.0
Pengenalan
1
3.0
Objektif
3
4.0
Kategori Persembahan Projek
4
5.0
Pelaksanaan Pengurusan KIK
5
6.0
Kriteria Penyertaan di Luar UMS
9
7.0
Syarat-Syarat Penyertaan
10
8.0
Kriteria Penilaian Projek
12
9.0
Kategori Anugerah dan Nilai Hadiah
15
10.0
Sistem Penarafan Projek
16
11.0
Tatacara Permohonan
17
Rajah 1: Carta Aliran Pelaksanaan Pengurusan KIK di UMS
8
Rajah 2: Carta Aliran Hala Tuju KIK UMS
10
Lampiran 1
Borang Pendaftaran KIK
Lampiran 2
Borang Permohonan Kelulusan Projek KIK
Lampiran 3
Borang Penyertaan Konvensyen KIK UMS
Lampiran 4
Program Tahunan Pengurusan KIK di UMS
i
GARIS PANDUAN PENGURUSAN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) DI UMS 1.0
TUJUAN
Garis panduan ini diwujudkan adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai rujukan kepada semua warga Universiti Malaysia Sabah (UMS). 2.0
PENGENALAN
Di Malaysia, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) atau Innovative and Creative Circle (ICC) telah bermula sejak awal 1970-an yang dahulunya dikenali sebagai Quality
Control Circle (QCC). QCC ini ialah salah satu kaedah pengurusan Jepun yang diterapkan dalam sektor perkilangan di Malaysia oleh Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) ketika itu. KIK atau QCC juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti Small Group Activities (SGA) yang merupakan wadah pekerja untuk menyertai usaha pembentukan budaya Kerja Kualiti Menyeluruh atau Total Quality Management (TQM) mulai tahun 1980an. KIK juga dikenali dengan nama lain iaitu Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) yang telah diperkenalkan kepada sektor awam melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 7 Tahun 1991. Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai KIK pada hari ini bagi menyemarakkan
aktiviti
penambahbaikan
penyampaian
perkhidmatan
serta
menyubur budaya kreatif dan inovatif dalam penciptaan nilai (value creation). KIK juga adalah satu mekanisme pengurusan kualiti yang mudah difahami dan dilaksanakan oleh pekerja di semua peringkat. KIK juga adalah merujuk kepada sekumpulan kecil pekerja daripada unit kerja yang sama atau melintasi jabatan, bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih, menganalisis masalah yang berkaitan dengan kerja dan mengemukakan cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan pihak pengurusan serta melaksanakan keputusan tersebut setelah dipersetujui.
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS
1
Faedah kepada Organisasi Antara faedah KIK kepada organisasi adalah seperti yang berikut: (a)
Memperkenalkan sistem dan cara kerja baharu.
(b)
Menjana kecemerlangan organisasi melalui pendekatan kreativiti, inovasi dan penciptaan nilai (value creation).
(c)
Memperbaiki sistem, proses dan cara kerja.
(d)
Mengeratkan hubungan di antara pekerja dengan pihak pengurusan.
(e)
Memupuk kerjasama di kalangan warga organisasi.
(f)
Meningkatkan daya saing organisasi.
(g)
Membolehkan
organisasi
menghasilkan
satu
sistem
penyampaian
perkhidmatan yang berkualiti dan menepati kehendak pelanggan.
Faedah kepada UMS Antara faedah-faedah KIK kepada UMS adalah seperti berikut:(a)
Memupuk kerjasama antara agensi melalui penyeragaman inovasi atau penambahbaikan yang dihasilkan.
(b)
Menjimatkan kos dan masa keseluruhan operasi perkhidmatan.
(c)
Meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan.
(d)
Meningkatkan kepuasan pelanggan dan stakeholders.
(e)
Meningkatkan imej Perkhidmatan Awam.
Faedah kepada Kakitangan UMS Antara faedah-faedah KIK kepada kakitangan adalah seperti yang berikut: (a)
Meningkatkan
kemampuan
menyelesaikan
masalah
dan
membuat
keputusan. (b)
Memupuk semangat kerjasama dan bekerja dalam satu pasukan.
(c)
Menyemai dan menerapkan nilai serta etika kerja positif.
(d)
Meningkatkan komitmen terhadap pekerja.
(e)
Menambah dorongan untuk bekerja dengan lebih dedikasi.
(f)
Meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan, organisasi dan negara.
(g)
Membimbing warga organisasi berfikiran kreatif dan inovatif untuk menghasilkan inovasi.
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS
2
(h)
Meningkatkan keupayaan mencipta atau memperkenalkan sistem baru dan penambahbaikan kerja.
(i)
Menggalakkan penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif.
(j)
Memberi kepuasan dalam bekerja.
(k)
Meningkatkan keyakinan mengenai kebolehan dan potensi diri sendiri.
(l)
Mengasah bakat kepimpinan di kalangan warga organisasi.
3.0
OBJEKTIF
Objektif pengurusan KIK ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menggalakkan amalan-amalan inovatif dan kreatif menerusi Garis Panduan Peningkatan Budaya Inovasi dan Panduan mengenai Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) daripada MAMPU. Justeru, Konvensyen KIK di peringkat UMS telah diadakan bermula pada tahun 2010 adalah untuk: (a)
meningkatkan inovasi, perkhidmatan profesional
dan pengiktirafan
sebagai salah satu usaha untuk mengorak langkah menjadi sebuah Universiti Penyelidikan. (b)
meyakinkan warga UMS bahawa KIK dapat membantu menyelesaikan masalah berkaitan kerja dan seterusnya membuat penambahbaikan secara berterusan.
(c)
memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga Jabatan / Sekolah / Pusat / Institut / Unit (J/S/P/I/U) di UMS yang menghasilkan inovasi.
(d)
memupuk persaingan sihat di samping meningkatkan penglibatan serta minat di kalangan kakitangan dalam penghasilan inovasi.
(e)
meningkatkan lebih banyak peluang penyertaan KIK ke peringkat IPTA / Kebangsaan / Antarabangsa.
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS
3
4.0
KATEGORI PERSEMBAHAN PROJEK
Terdapat dua (2) kategori persembahan projek yang akan dinilai, iaitu Kategori Pengurusan dan Kategori Teknikal. Kategori Pengurusan Kategori Pengurusan ialah projek yang berkaitan dengan hal-hal pentadbiran atau sistem prosedur kerja. Contohnya, penggabungan borang permohonan, lesen komposit, pengenalan borang baharu, pelaksanaan prosedur kerja baharu, pengenalan sistem kerja baharu atau pengubahsuaian sistem lama kepada sistem baharu yang boleh menjimatkan masa, meningkatkan kepuasan hati pelanggan serta faedah-faedah lain. Kategori Teknikal Kategori Teknikal ialah projek yang menggunakan bidang pengetahuan yang tertentu seperti kejuruteraan, seni perusahaan (industrial arts), dan sains gunaan (applied
science). Masalah projek yang dikenalpasti dan telah diselesaikan oleh kumpulan adalah berhubung kait dengan bidang yang tersebut ini. Cadangan yang dikemukakan dan dilaksanakan juga adalah dalam bidang yang sama. Contoh projek teknikal ialah penciptaan peralatan baharu, pembangunan sistem komputer atau perisian komputer, perubahan dalam penggunaan bahan atau komponen kimia dan perwujudan kaedah teknikal baharu.
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS
4
5.0
PELAKSANAAN PENGURUSAN KIK
Pengurusan KIK di UMS adalah lebih menjurus kepada Kitaran Perancangan, Pelaksanaan, Penyemakan dan Tindakan (Plan, Do, Check, Action) atau lebih dikenali sebagai Kitaran PDCA seperti yang berikut:
• •
PERANCANGAN
PELAKSANAAN
PENYEMAKAN
TINDAKAN
(PLAN)
(DO)
(CHECK)
(ACTION)
Lawatan
• •
Mesyuarat
•
Senarai Semak
•
Konvensyen
Penandaarasan
Jawatankuasa
Pengurusan
KIK Peringkat
Penetapan garis
Pelaksana
KIK
UMS / IPTA /
Kursus
Negeri /
panduan •
•
•
Pelawaan
•
Pembentukan
penyertaan
Pemantapan
Kebangsaan /
Jawatankuasa
Konvensyen
Projek KIK
Antarabangsa
Pelaksana
KIK Peringkat
Pendaftaran
UMS
•
Kajian semula pelan
kumpulan
perancangan /
Kursus
garis panduan
Pengenalan KIK Kitaran PDCA perlu dijalankan melalui kaedah yang lebih sistematik agar dapat memastikan kejayaan pelaksanaan. Walau bagaimanapun, terdapat tiga (3) proses kerja utama yang terlibat secara am dalam pelaksanaan pengurusan KIK seperti dalam Rajah 1, iaitu: (a)
Pendaftaran KIK.
(b)
Permohonan Kelulusan Projek KIK.
(c)
Penyertaan Konvensyen KIK Peringkat UMS / IPTA / Negeri / Kebangsaan / Antarabangsa.
Pendaftaran KIK Pendaftaran KIK perlu dibuat dengan melengkapkan Borang Pendaftaran (Lampiran 1). Antara maklumat yang diperlukan adalah seperti kategori pendaftaran (pendaftaran baru, pendaftaran ketua, pertukaran ahli, pertukaran fasilitator, dan lain-lain), nama KIK, nama ketua, nama fasilitator, nama jabatan, tarikh penubuhan KIK serta senarai nama ahli kumpulan.
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS
5
Apabila maklumat berkenaan diisi, perakuan dan pengesahan daripada fasilitator, ketua KIK dan Ketua Jabatan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum dikemukakan kepada pihak Urus Setia. Seterusnya, apabila Urus Setia menerima borang pendaftaran yang lengkap, Urus Setia akan menentukan turutan permohonan menerusi penetapan nombor rujukan. Sekiranya kumpulan yang didaftarkan adalah baharu atau pertama kali ditubuhkan, kumpulan tersebut akan dipelawa untuk mengikuti Kursus Pengenalan KIK. Melalui kursus
ini,
kumpulan
akan
diberi
pendedahan
mengenai
asas-asas
untuk
membangunkan projek seperti yang berikut: (i)
Pemilihan Masalah;
(ii)
Penjelasan Masalah;
(iii)
Analisa Punca Masalah;
(iv)
Alat-Alat Kawalan Kualiti;
(v)
Tindakan Pembetulan;
(vi)
Pelaksanaan Ujicuba;
(vii)
Pencapaian Hasil Projek; dan
(viii)
Tindakan Penyeragaman.
Permohonan Kelulusan Projek KIK Selepas pendaftaran KIK dibuat dan telahpun mempunyai asas pengetahuan dan kemahiran
KIK,
permohonan
kelulusan
projek
KIK
perlu
dibuat
dengan
melengkapkan Borang Permohonan Kelulusan Projek KIK (Lampiran 2). Antara maklumat yang diperlukan ialah kategori permohonan (tajuk projek, cadangan penyelesaian dan tindakan penyeragaman), nama KIK, nama ketua dan nama jabatan beserta butiran permohonan. Seterusnya, perakuan dan pengesahan daripada ketua KIK, fasilitator dan kelulusan daripada
Ketua
Jabatan
juga
perlu
diperolehi
terlebih
dahulu
sebelum
dikemukakan kepada pihak Urus Setia. Permohonan kelulusan ini adalah penting oleh sebab ia adalah merupakan salah satu kriteria / bukti yang akan dinilai oleh panel juri. Apabila Urus Setia menerima borang permohonan kelulusan yang lengkap, Urus Setia juga akan menyelaraskan nombor rujukan seperti yang telah dibuat pendaftaran.
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS
6
Sekiranya permohonan kelulusan projek tidak diperolehi, maka permohonan akan dipulangkan dan penambahbaikan perlu dibuat sehingga permohonan kelulusan diberikan untuk pergi kepada pelaksanaan proses seterusnya.
Penyertaan Konvensyen KIK Peringkat UMS / IPTA / Negeri / Kebangsaan / Antarabangsa Sekiranya permohonan telah diluluskan di peringkat J/S/P/I/U masing-masing, projek-projek KIK akan diselaraskan oleh Urus Setia menerusi Borang Penyertaan beserta Ringkasan Projek KIK (Lampiran 3) yang dilengkapkan oleh kumpulan untuk persiapan sempena Konvensyen berlangsung dan. Sekiranya perlu, Kursus Pemantapan Projek akan dianjurkan oleh Urus Setia sebagai persediaan akhir terhadap pembangunan projek kumpulan-kumpulan yang terlibat. Melalui kursus berkenaan, setiap kumpulan akan dapat mengenalpasti kekurangan yang ada dan seterusnya membuat penambahbaikan sebelum menyertai Konvensyen KIK di peringkat UMS / IPTA / Negeri / Kebangsaan / Antarabangsa. Dalam Konvensyen KIK Peringkat UMS, panel penilai dilantik lazimnya terdiri daripada pakar dari luar seperti pihak agensi/jabatan Kerajaan (awam/swasta) dan industri dari seluruh Sabah. Contohnya, MAMPU, MPC, INTAN, SIRIM Berhad dan SEDCO.
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS
7
MULA
Pemohon Urus Setia
Pendaftaran KIK
Pemohon Urus Setia
Pertama kali?
Ya
Kursus Pengenalan KIK
Tidak
Pemohon Urus Setia
Ketua J/S/P/I/U Urus Setia
Permohonan Kelulusan Projek
Tidak Lulus / Lengkap?
Permohonan dipulangkan
Ya Terdiri daripada panel / pakar dari luar seperti pihak industri dan/atauagensi-agensi / jabatan Kerajaan
Penyertaan Konvensyen KIK Peringkat UMS Ya
Tidak Pemohon
Penambah baikan?
Berjaya? Ya
Tidak
Pemohon Urus Setia
Terdiri daripada panel / pakar dari luar seperti pihak industri dan/atau agensi-agensi / jabatan Kerajaan
Kursus Pemantapan Projek Penyertaan Konvensyen KIK Peringkat IPTA / Negeri
TAMAT
Rajah 1: Carta Aliran Pelaksanaan Pengurusan KIK di UMS
Tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan.
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS
8
6.0
KRITERIA PENYERTAAN DI PERINGKAT LUAR UMS
Kumpulan yang berjaya mendapat tempat (johan, naib johan dan tempat ketiga) menerusi Konvensyen KIK UMS akan dicalonkan untuk menyertai konvensyen yang sama di peringkat luar UMS (tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti (PBPU) dan pihak penganjur) seperti yang berikut: BIL. 1.
KONVENSYEN KIK Peringkat IPTA
CALON Pemenang Johan Konvensyen KIK UMS sahaja (kategori pengurusan dan teknikal)
2.
3.
Sektor Awam Peringkat:
Pemenang Johan, Naib Johan dan Tempat
(a) Negeri Sabah
Ketiga Konvensyen KIK UMS sahaja
(b) Kebangsaan
(kategori pengurusan dan teknikal)
MPC Peringkat:
Pemenang Johan Konvensyen KIK UMS sahaja
(a) Wilayah Sabah
(kategori pengurusan dan teknikal)
(b) Wilayah Sarawak & Sabah (c) Kebangsaan (d) Antarabangsa
Walau bagaimanapun, terdapat limitasi yang telah ditetapkan oleh universiti bagi kumpulan yang berkenaan, iaitu sekiranya kumpulan yang mendapat johan tidak dapat mewakili UMS ke konvensyen yang berkenaan, pemenang naib johan akan dipertimbangkan dipertimbangkan. Begitu juga halnya jika naib johan mempunyai halangan, pemenang tempat ketiga akan dipertimbangkan seperti dalam Rajah 2.
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS
9
Nota: (1) Y = Ya (2) T = Tidak
Rajah 2: Carta Aliran Hala Tuju KIK UMS
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS
10
7.0
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Secara umumnya, berikut adalah syarat-syarat penyertaan yang digunapakai dalam Konvensyen KIK Peringkat Universiti: (a)
Penyertaan adalah dibuka kepada KIK dari semua J/S/P/I/U di UMS.
(b)
Pendaftaran kumpulan (untuk kali pertama/pertukaran ketua/ahli/ fasilitator, dll) hendaklah dibuat dengan mengemukakan Borang Pendaftaran KIK yang telah lengkap diisi kepada pihak Urus Setia.
(c)
Projek kumpulan hendaklah merupakan projek yang telah selesai dijalankan di peringkat J/S/P/I/U masing-masing.
(d)
Projek KIK hendaklah belum pernah dipersembahkan oleh kumpulan pada tahun-tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, sekiranya projek yang sama telah dipertandingkan, tetapi dipersembahkan oleh kumpulan dari J/S/P/I/U yang berlainan, adalah dibenarkan.
(e)
Penyertaan
hendaklah
dibuat
dengan
mengemukakan
Borang
Penyertaan yang telah lengkap diisi kepada pihak Urus Setia. (f)
Semua kumpulan perlu mengemukakan perkara-perkara berikut dalam bentuk hard copy dan soft copy kepada Urus Setia, dua (2) minggu sebelum Konvensyen berlangsung: (i)
Satu (1) salinan ringkasan projek KIK;
(ii)
Empat (4) salinan projek KIK yang lengkap (tidak melebihi 30 muka surat atau 120 slaid PowerPoint); dan
(iii) (g)
Logo dan profil gambar ahli-ahli KIK.
Masa persembahan projek kumpulan adalah dihadkan kepada 30 minit sahaja, iaitu: (i)
5 minit untuk persediaan;
(ii)
20 minit untuk persembahan; dan
(iii)
Pada minit ke-6, loceng akan dibunyikan sekali
Pada minit ke-17, loceng akan dibunyikan dua kali
Pada minit ke-20, loceng akan dibunyikan tiga kali
5 minit bagi sesi soal-jawab.
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS
11
(h)
Pihak Urus Setia berhak menolak penyertaan dari mana-mana KIK yang tidak layak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Keputusan
pemilihan
kumpulan-kumpulan
untuk
menyertai
Konvensyen oleh pihak Urus Setia adalah muktamad. (i)
Keputusan juri / panel penilai terhadap persembahan projek juga adalah muktamad.
8.0
KRITERIA PENILAIAN PROJEK
Persembahan kumpulan-kumpulan yang menyertai Konvensyen KIK Peringkat UMS akan dinilai berdasarkan tujuh (7) kriteria yang telah ditetapkan mengikut skala pemarkahan dari 1 hingga 10 seperti berikut (sumber daripada MPC): ITEM
KRITERIA PENILAIAN
(a) WAJARAN
(b) MARKAH (Max. 10)
1.0
PENGENALAN (50 MARKAH)
1.1
Latarbelakang jabatan, kumpulan dan pemilihan kumpulan diterangkan
2
1.2
Kumpulan menjelaskan bukti penyertaan dan perancangan projek
3
2.0
PEMILIHAN PROJEK DAN DEFINISI (150 MARKAH)
2.1
Kumpulan menerangkan dengan jelas bagaimana dan kenapa projek menjadi pilihan
8
2.2
Projek diterangkan dengan jelas. Istilah-istilah teknikal yang digunakan perlu dijelaskan
4
2.3
Projek yang dipilih berdasarkan kepada kajian latarbelakang dan maklumat serta data-data masa lepas
3
3.0
ANALISIS PELUANG PENAMBAHBAIKAN (250 MARKAH)
3.1
Peluang penambahbaikan telah dikenalpasti berdasarkan data / maklumat mencukupi yang telah dikumpul melalui pelbagai cara dan alat-alat yang bersesuaian
3.2
Analisis secara sistematik dan penilaian sebab-sebab yang berpotensi dibuat untuk mengesahkan sebab-sebab tersebut dengan penggunaan alat yang bersesuaian
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS
(a)x(b) MARKAH BERWAJARAN
8
12
12
ITEM
KRITERIA PENILAIAN
(a) WAJARAN
3.3
Pengesahan dan validasi peluang penambahbaikan / sebab-sebab yang dibuat dengan menggunakan pelbagai kaedah
5
4.0
PENYELESAIAN / PELAKSANAAN KREATIF & INOVATIF (200 MARKAH)
4.1
Kumpulan telah mengenal pasti pelbagai potensi tindakan / penyelesaian kreatif dan inovatif
5
4.2
Kumpulan telah menilai setiap penyelesaian alternatif dengan berhati-hati berdasarkan kepada pemilihan akhir berasaskan kriteria yang sesuai (kelebihan dan kekurangan diambil kira)
7
4.3
Kumpulan telah menilai penyelesaian akhir yang kreatif dan inovatif ke atas objektif yang disasarkan
3
4.4
Kumpulan telah membuat dan melaksanakan penyelesaian kreatif dan inovatif dengan jayanya (kesulitan/halangan atau bagaimana ia diatasi, dijelaskan)
5
5.0
PEMANTAUAN DAN PENYERAGAMAN (100 MARKAH)
5.1
Kumpulan telah membuat pemantauan yang mencukupi dan sistematik bagi memastikan penambahbaikan dibuat mengikut susunan dan diselenggara
5
5.2
Kumpulan berupaya membuat pembaikan bagi memastikan penambahbaikan dibuat mengikut susunan dan diselenggara
2
5.3
Langkah-Langkah telah diambil bagi memastikan prosedur-prosedur baru telah disokong, diguna pakai, didokumenkan dan dikongsi
2
5.4
Tindakan-tindakan telah diambil bagi memastikan prosedur-prosedur baru yang diguna pakai telah diseragamkan dan diselenggara
1
6.0
PENCAPAIAN & PENCIPTAAN NILAI (200 MARKAH)
6.1
Gambaran jenis-jenis dan kuantum pencapaian dan penciptaan nilai
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS
(b) MARKAH (Max. 10)
(a)x(b) MARKAH BERWAJARAN
7
13
ITEM
KRITERIA PENILAIAN
(a) WAJARAN
6.2
Penyesuaian sasaran pencapaian sebenar telah dibuat (kos di luar jangkaan dijelaskan)
3
6.3
Pemilihan penyelesaian telah dikenal pasti mengikut keunikan di peringkat syarikat / industri / kebangsaan dan antarabangsa
4
6.4
Kesan-kesan pencapaian dan penciptaan nilai kepada persekitaran, komuniti dan ahli-ahli kumpulan dinyatakan
3
6.5
Kumpulan menyediakan bukti pengesahan dan validasi pencapaian dan penciptaan nilai
3
7.0
PERSEMBAHAN PROJEK (50 MARKAH)
7.1
Persembahan yang kemas, turutan yang logikal dan menepati masa yang telah diperuntukkan
3
7.2
Persembahan yang jelas, penggunaan alat pandang dengar yang berkesan dan pengucapan awam yang baik
2
JUMLAH
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS
100
(b) MARKAH (Max. 10)
1,000
(a)x(b) MARKAH BERWAJARAN
------------1,000
14
9.0
KATEGORI ANUGERAH DAN NILAI HADIAH
Berikut adalah kategori-kategori anugerah dan nilai hadiah yang akan diterima sempena Konvensyen KIK Peringkat UMS: BIL. 1.
KATEGORI ANUGERAH
NILAI
(Pengurusan & Teknikal)
HADIAH
Johan
PENETAPAN
Piala RM2,000.00 Sijil
2.
Naib Johan
RM1,000.00 Sijil
3.
Tempat Ketiga
Berdasarkan kutipan markah keseluruhan.
RM750.00 Sijil
4.
Inovasi Terbaik
RM500.00
Berdasarkan kutipan markah
Sijil
tertinggi bagi Kriteria Penilaian Projek 4.0 & 6.0.
5.
Inovasi Harapan
RM500.00
Berdasarkan kutipan markah
Sijil
kedua tertinggi bagi Kriteria Penilaian Projek 4.0 & 6.0.
6.
Ketua KIK Terbaik
Sijil
Berdasarkan kutipan markah projek KIK terbaik.
7.
Persembahan Terbaik
Sijil
Berdasarkan kutipan markah tertinggi bagi Kriteria Penilaian 7.0.
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS
15
10.0 Dalam
SISTEM PENARAFAN PROJEK usaha
untuk
menilai
prestasi
dan
pencapaian
setiap
projek
yang
dipersembahkan dalam Konvensyen KIK Peringkat UMS, sistem penarafan projek dibuat dengan menggunapakai mekanisme star rating (sumber daripada MAMPU) seperti yang berikut: TARAF BINTANG & MARKAH
TAFSIRAN • •
ANUGERAH EMAS (90.0% - 100.0%)
• • • •
ANUGERAH PERAK (80.0% - 89.9%)
• • • • •
Objektif setiap kriteria yang dinilai dicapai Mematuhi arahan serta peraturan yang ditetapkan Pelaksanaan memenuhi standard yang ditetapkan Mempunyai tadbir urus korporat yang baik Usaha penambahbaikan boleh ditambahbaik ke tahap cemerlang / 5 Bintang
•
Sebahagian dari objektif setiap kriteria yang dinilai tidak dicapai Mematuhi sebahagian dari arahan serta peraturan yang ditetapkan Pelaksanaan kadangkala memenuhi semua standard yang ditetapkan Mempunyai tadbir urus korporat yang kurang konsisten Usaha penambahbaikan boleh ditambahbaik ke tahap yang lebih tinggi (4 atau 5 Bintang)
• • ANUGERAH GANGSA (70.0% - 79.9%)
• •
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS
Objektif setiap kriteria yang dinilai dicapai dengan cemerlang Pematuhan sepenuhnya kepada arahan serta peraturan yang ditetapkan Pelaksanaan melebihi standard yang ditetapkan Mempunyai tadbir urus korporat yang baik dan boleh dicontohi Melaksanakan penambahbaikan bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Boleh dijadikan penanda aras bagi agensi lain
16
11.0
TATACARA PERMOHONAN
Sebarang permohonan (pendaftaran mahupun penyertaan) hendaklah dibuat dengan mengemukakan borang-borang berkaitan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:
Urus Setia Pengurusan KIK Bahagian Pentadbiran dan Governan Jabatan Pendaftar Aras 4, Blok Selatan, Bangunan Canselori UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (u.p.: Pn. Zainoriah Matnoor / Cik Illani Kifli) Tel:
088-320 000 samb. 1357 / 1447
Faks: 088-320 243 Emel:
[email protected] /
[email protected] : Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) UMS
Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS
17
1 UMS/PN2.1/J1/49/PM-KIK/1 Versi 4.0, 05/04/12
JABATAN PENDAFTAR KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) BORANG PENDAFTARAN KIK
•
Sila teliti syarat-syarat penyertaan terlebih dahulu sebelum borang diisi.
•
Maklumat yang dikehendaki perlu diberikan.
1.0
Tandakan ( ) di petak berkenaan Pendaftaran Baru
Nama KIK:
Pertukaran Ketua
Nama Ketua:
Pertukaran Ahli
Nama Fasilitator:
Pertukaran Fasilitator
J/S/P/I/U:
Lain-Lain:
Tarikh Penubuhan:
………………………….. 2.0 BIL.
NO. RUJUKAN (diisi oleh Urus Setia):
Ahli-Ahli kumpulan (maksimum 10 orang sahaja) NAMA AHLI
JAWATAN HAKIKI
TARIKH MENJADI AHLI
Urus Setia Pengurusan KIK (Seksyen Pengurusan Kualiti) Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah. Garis PanduanTel: Pengurusan UMS 1357 / 1447, Faks: 088-320 243, Emel:
[email protected] 088-320KIK 000disamb. Dokumen ini adalah DIKAWAL
18
2 UMS/PN2.1/J1/49/PM-KIK/1 Versi 4.0, 05/04/12
JABATAN PENDAFTAR KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) BORANG PENDAFTARAN KIK
3.0
Maklumat Perhubungan
No. H/P Ketua:
Emel:
No. H/P Fasilitator:
Emel:
4.0
Perakuan dan Pengesahan / Tandatangan
Tandatangan & Cop Rasmi (Fasilitator) Tarikh:
Tandatangan & Cop Rasmi (Ketua KIK) Tarikh:
Tandatangan & Cop Rasmi (Ketua Jabatan) Tarikh:
(Untuk kegunaan Urus Setia sahaja) No. Rujukan : (KIK | Tahun Semasa | Kategori (T/P) | Nombor Siri) Contoh: KIK10T99
KIK
Kategori (Teknikal/Pengurusan) : Diterima oleh :
Disahkan oleh :
Tarikh :
Tarikh :
Urus Setia Pengurusan KIK (Seksyen Pengurusan Kualiti) Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah. Garis PanduanTel: Pengurusan UMS 1357 / 1447, Faks: 088-320 243, Emel:
[email protected] 088-320KIK 000disamb. Dokumen ini adalah DIKAWAL
19
1 UMS/PN2.1/J1/49/PM-KIK/2 Versi 3.0, 05/04/12
JABATAN PENDAFTAR KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) BORANG KELULUSAN PROJEK KIK
NO. RUJUKAN (diisi oleh Urus Setia):
1.0
2.0
Tandakan ( ) di petak berkenaan Tajuk Projek
Nama KIK :
Cadangan Penyelesaian
Nama Ketua :
Tindakan Penyeragaman
J/S/P/I/U :
Butiran (nyatakan sasaran penyelesaian)
Urus Setia Pengurusan KIK (Seksyen Pengurusan Kualiti) Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah. Garis PanduanTel: Pengurusan UMS 1357 / 1447, Faks: 088-320 243, Emel:
[email protected] 088-320KIK 000disamb. Dokumen ini adalah DIKAWAL
20
2 UMS/PN2.1/J1/49/PM-KIK/2 Versi 3.0, 05/04/12
JABATAN PENDAFTAR KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) BORANG KELULUSAN PROJEK KIK
3.0
Perakuan dan Pengesahan / Tandatangan
Tandatangan & Cop Rasmi (Ketua KIK) Tarikh: 4.0
Tandatangan & Cop Rasmi (Fasilitator) Tarikh:
Kelulusan Ketua/Pengarah/Dekan, J/S/P/I/U
Saya *meluluskan / tidak meluluskan permohonan pembangunan projek KIK seperti yang tersebut di atas. Tandatangan & Cop Rasmi :
Tarikh : *Sila potong yang tidak berkenaan ** Sila lampirkan bersama surat kelulusan daripada Ketua Jabatan
(Untuk kegunaan Urus Setia sahaja) No. Rujukan : (KIK / Tahun Semasa / Kategori (T/P) / Nombor Siri) Contoh: KIK10T99
KIK
Kategori (Teknikal/Pengurusan) : Diterima oleh :
Disahkan oleh :
Tarikh :
Tarikh :
Urus Setia Pengurusan KIK (Seksyen Pengurusan Kualiti) Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah. Garis PanduanTel: Pengurusan UMS 1357 / 1447, Faks: 088-320 243, Emel:
[email protected] 088-320KIK 000disamb. Dokumen ini adalah DIKAWAL
21
1 UMS/PN2.1/J1/49/PK-KIK/4 Versi 3.0, 09/04/12
JABATAN PENDAFTAR KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) BORANG PENYERTAAN KONVENSYEN KIK UMS
•
Sila teliti syarat-syarat penyertaan terlebih dahulu sebelum borang diisi.
•
Maklumat yang dikehendaki perlu diberikan.
NO. RUJUKAN (diisi oleh Urus Setia):
1.0
KETERANGAN KUMPULAN
1.1
Nama J/S/P/I/U:
1.2
Nama Kumpulan:
2.0
KETERANGAN PROJEK
2.1
Tajuk Projek:
2.2
Kategori Projek:
2.3
Penjimatan kos bagi Projek KIK dalam tempoh setahun: (RM / Masa / Tenaga)
2.4
Ringkasan Projek:
□ Pengurusan
□ Teknikal
Urus Setia Pengurusan KIK (Seksyen Pengurusan Kualiti) Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah. Garis Panduan Tel: Pengurusan UMS 1357 / 1447, Faks: 088-320 243, Emel:
[email protected] 088-320KIK 000disamb. Dokumen ini adalah DIKAWAL
22
2 UMS/PN2.1/J1/49/PK-KIK/4 Versi 3.0, 09/04/12
JABATAN PENDAFTAR KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) BORANG PENYERTAAN KONVENSYEN KIK UMS
Sila pastikan perkara-perkara yang berikut telah siap untuk dikemukakan kepada pihak Urus Setia: No. Rujukan : (KIK / Tahun Semasa / Kategori (T/P) / Nombor Siri) Contoh: KIK10T99
KIK
Kategori (Teknikal/Pengurusan) : TELAH SIAP DISEDIAKAN
TANDAKAN
CATATAN (JIKA ADA)
(HARD COPY & SOFT COPY):
()
1.
Satu (1) salinan Ringkasan Projek KIK
……………………………………………………………
2.
Permohonan kelulusan membangunkan
……………………………………………………………
……………………………………………………………
projek dari Ketua Jabatan
3.
4.
Empat (4) salinan projek KIK yang lengkap (tidak melebihi dua (2) slaid dalam satu
……………………………………………………………
muka surat (hard copy) DAN 120 slaid
……………………………………………………………
PowerPoint (soft copy))
……………………………………………………………
Logo dan profil gambar ahli-ahli KIK
…………………………………………………………… ……………………………………………………………
Diterima oleh :
Disahkan oleh :
Tarikh :
Tarikh :
Urus Setia Pengurusan KIK (Seksyen Pengurusan Kualiti) Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah. Garis PanduanTel: Pengurusan UMS 1357 / 1447, Faks: 088-320 243, Emel:
[email protected] 088-320KIK 000disamb. Dokumen ini adalah DIKAWAL
23
Kursus Pemantapan Projek KIK
Penganjuran Konvensyen KIK Peringkat UMS
Penganjuran Konvensyen KIK Peringkat IPTA*
Penganjuran Mini Konvensyen KIK MPC Wilayah Sabah*
Penganjuran Konvensyen KIK Sektor Awam Negeri Sabah* Penganjuran Konvensyen ICQCC Antarabangsa*
5
6
7
8
9
10
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana
Pelawaan Penyertaan Konvensyen KIK Peringkat UMS
3
4
Kursus Pengenalan KIK
Pendaftaran KIK
AKTIVITI
2
1
BIL.
Nota: (1) *Tertakluk kepada sebarang pindaan. (2) P = Plan (Perancangan). (3) D = Do (Pelaksanaan). (4) C = Check (Pemantauan). (5) A = Action (Tindakan).
A
C
D
P
KITARAN JAN
FEB
MAC
APR
MEI
PROGRAM TAHUNAN PENGURUSAN KIK DI UMS
JUN
JUL
BULAN OGOS
SEPT
OKT
NOV
DIS