Soalan 4: Taurat telah menyebut kedatangan Isa AS. Jadi di manakah janji kedatangan Muhammad SAW?
Jawaban: 1. Sayed Ahmad AS mempertikaikan akan keperluan kepada penyebutan nama secara direct, kerana nama Isa AS atau Yeshua(dalam bahasa Ibrani) juga tidak disebut secara direct dalam Taurat. 2. Jadi yang tinggal hanyalah simbol yang menunjukkan kepada kenabian Muhammad, seperti mana pihak Kristian menafsirkan ayat-ayat simbol yang dikatakan merujuk kepada kemunculan Isa AS. (Contoh, Yesaya 7:14) 3. Hujah Allah dibuktikan melalui logik akal, hikmah dan ayat-ayat dari Taurat, Injil dan Quran. Sayed Ahmad AS menerangkan bahawa mesti ada keperluan kepada satu peraturan untuk mengenal Hujjah Allah di muka bumi, ini adalah lambang kebijaksanaan Illahi dan keadilanNya. Jika tidak ada undang-undang ini, maka makhluk yang diuji akan dizalimi serta mereka boleh beralasan bahawa tiada cara bagi mereka mengenali utusan Allah. 4. Undang-undang ini ditetapkan dari awal, kerana wujudnya makhluk-makhluk yang diuji dari awal penciptaan, bukan semata-mata di akhir zaman, baru wujud peraturan ini. Peraturan ini sudah wujud di zaman Adam AS apabila iblis diuji dengan Adam. Maka apakah peraturan mengenalnya, seperti yang ditetapkan oleh Allah? Allah melantik Adam AS dengan satu pengumuman Kemudian Allah mengajar Adam AS hikmah dan ilmu Akhirnya, Allah memerintahkan semua yang menyembahNya untuk sujud pada Adam AS 5. Undang-undang ini adalah tiga sahaja iaitu: Wasiat, atau teks/nas Hikmah dan ilmu Panji ketuanan Allah SWT Wasiat 6. Bukalah helaian-helaian Taurat, dan lihat samada para Nabi meninggalkan wasiat berkaitan penggantinya atau tidak. Di dalam kitab Ulangan(Deutoronomy) Bab 31: 14 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “Engkau tidak akan hidup lama lagi. Panggillah Yosua dan bawalah dia ke Khemah-Ku, supaya Aku dapat memberikan petunjuk kepadanya.” Musa dan Yosua masuk ke dalam Khemah TUHAN, 15 dan TUHAN menampakkan diri kepada mereka dalam tiang awan dekat pintu Khemah TUHAN.
Kitab Ulangan (Numbers) Bab 33: 1 Sebelum meninggal, Musa, hamba Allah itu, memberkati umat Israel dengan kata-kata ini:2 TUHAN datang dari Gunung Sinai; Dia terbit seperti matahari di atas Edom, dan dari Gunung Paran Dia menyinari umat-Nya. Beribu-ribu malaikat menyertai Dia; pada tangan kanan-Nya ada api yang bernyala-nyala. 3 TUHAN mengasihi umat-Nya; Dia melindungi semua orang yang menjadi milik-Nya. Itulah sebabnya kita sujud di hadapan-Nya, dan mentaati perintah-Nya.
(Nota Kaki: Dari Kitab Penutup Para Nabi, oleh Sayed Ahmad AS, disebutkan bahawa Tuhan akan datang, terbit dan menyinari umatnya di tiga tempat iaitu Sinai, Edom dan Paran. Oleh sebab Tuhan tidak mungkin datang dan pergi, bergerak dan sebagainya, kerana Maha Tinggi Allah dari sifat tersebut, maka sifat bergerak ini merujuk kepada para manusia lantikan Allah. Sinai: Tempat manifestasi kebesaran Allah SWT pada Musa AS. Jadi ini merujuk kepada Musa AS Edom/ Seir: Merujuk kepada Jerusalem. Disebabkan ini tidak terjadi di zaman Musa AS, gereja menafsirkan ini sebagai ramalan yang merujuk kepada Isa AS. Paran: Merujuk kepada Makkah dan sekelilingnya, di mana Ismail (Ishmael) AS dan bapanya Ibrahim (Abraham) AS membina Kaabah, serta keturunan mereka tinggal di sana(menjadi orang Arab). Di sini adalah tempat kemunculan Rasul Allah Muhammad SAW. Perhatikan dari ayat Bible di atas bahawa sifat gerakan "Tuhan" ini disebutkan di dalam bentuk menaik, yakni 1. datang 2. terbit dan 3. menyinari. Sayed Ahmad AS menyebutkan rangkap ini ada disebutkan di dalam Doa Al Semat dari Imam AS.
Kitab 1 Raja-raja, Bab 1 33 Raja Daud bertitah kepada mereka, “Bawalah Salomo, putera beta, ke mata air di Gihon. Biarlah dia menunggangi baghal beta dan bawalah bersama-sama kamu para pegawai istana. 34 Di sana hendaklah Zadok dan Natan melantik Salomo menjadi raja Israel. Selepas itu tiuplah trompet dan bersoraklah, ‘Daulat Tuanku Raja Salomo!’ 35 Iringilah dia kembali ke sini supaya dia menduduki takhta beta. Dia akan menggantikan beta sebagai raja kerana dialah yang telah beta pilih untuk menjadi penguasa di Israel dan Yehuda.” 36 “Baik, tuanku,” jawab Benaya. “Semoga perkara ini disahkan TUHAN, Allah tuanku. 37 Sebagaimana TUHAN telah menyertai tuanku, semoga Dia juga menyertai Salomo dan menjadikan kerajaannya lebih makmur daripada kerajaan tuanku.” Kitab 1 Raja-raja, Bab 2 1 Apabila Raja Daud sudah hampir mangkat, baginda memanggil Raja Salomo, putera baginda, dan memberikan pesannya yang terakhir. 2 Raja Daud bertitah, “Masa kemangkatan beta sudah sampai. Hendaklah engkau yakin dan berani. 3 Lakukanlah apa yang diperintahkan TUHAN, Allahmu kepadamu. Taatilah semua hukum dan perintah-Nya yang tertulis di dalam Taurat Musa, supaya ke mana sahaja engkau pergi, engkau akan
berjaya dalam segala usahamu. 4 Jika engkau taat kepada TUHAN, Dia akan menepati janji yang dibuat-Nya ketika Dia memberitahu beta bahawa keturunan beta akan memerintah Israel, selama mereka benar-benar mentaati semua perintah-Nya dan setia terhadap-Nya dengan segenap hati dan jiwa mereka.
#Nota kaki: Kaedah penamaan orang yang akan menggantikan mereka adalah satu kaedah yang jelas di sisi kitab Kristian juga Yahudi, malah ia juga selagi dengan Quran, Kitabullah. Sebagai contoh: Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". (2:132) Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan [tanda-tanda] maut, jika ia meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf, [ini adalah] kewajiban atas orang-orang yang bertakwa. (Al Baqarah: 180) #Dan sudah tentu, Nabi Muhammad SAW juga mengamalkan perintah Allah SWT ini kerana mustahil baginda akan menyanggahi Quran.
7. Dan di minta juga kaum Kristian dan Yahudi berfikir, ada atau tidak para Nabi mereka berhujah membuktikan dirinya dengan ilmu dan hikmah? Berikut adalah beberapa hujah dari Quran dan Bible bahawa manusia lantikan Allah akan berhujah dengan ilmunya serta hikmah. Yusuf (Joseph) menggunakan ilmunya dalam menafsir mimpi Kitab Kejadian/ Genesis: 41:33 15 Raja bertitah kepadanya, “Beta sudah bermimpi, tetapi tiada seorang pun dapat menjelaskan erti mimpi itu. Beta sudah diberitahu bahawa kamu dapat mentafsirkan mimpi.” 16Yusuf menjawab, “Tuanku, bukan hamba melainkan Allah yang dapat memberikan tafsiran yang baik bagi tuanku.” (Kejadian/ Genesis: 41:15-16) Kemudian Firaun berkata: 33 Oleh sebab itu, sebaiknya tuanku memilih seorang yang cerdas dan bijaksana lalu memberinya kuasa untuk mengurus negeri ini. Danial AS juga menggunakan ilmunya menafsir mimpi Raja Nebuchednezzar dari Kitab Danial 2:45-46 45 Tuanku nampak batu itu jatuh dari tebing dengan sendirinya, serta menimpa patung yang dibuat daripada besi, gangsa, tanah liat, perak, dan emas itu. Allah yang besar sedang memberitahu tuanku hal masa depan. Itulah mimpi tuanku yang sebenarnya, dan tafsirannya dapat dipercayai.” 46Kemudian Raja Nebukadnezar pun sujud di hadapan Daniel dan memerintahkan agar korban bijirin dan kemenyan dipersembahkan kepada Daniel. Isa (Jesus) AS juga serupa, dan ayat pembuktiannya dari Bible ada banyak. Salah satunya adalah dari kitab Matius 13: 54-55 54 lalu balik ke kampung halaman-Nya. Di sana Dia mengajar di rumah ibadat, dan orang yang
mendengar-Nya hairan. Mereka bertanya, “Dari manakah dia mendapat kebijaksanaan seperti itu? Dari manakah dia mendapat kuasa untuk melakukan mukjizat? 55Bukankah dia anak tukang kayu? Bukankah Maria itu ibunya, dan Yakobus, Yusuf, Simon, serta Yudas itu saudaranya? Dan dari Quran juga banyak ayat yang menunjukkan para manusia lantikan Allah dikenali melalui ilmunya. Sebagai contoh adalah Nabi Allah Ibrahim AS: " Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu oleh itu ikutlah daku; aku akan memimpinmu ke jalan yang betul. (Mariam 19:43) Nabi Allah Musa AS: Dan ketika Musa sampai ke peringkat umurnya yang cukup kekuatannya dan sempurna, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikian Kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Al Qasas 28:14) Nabi Allah Isa AS: Dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa hikmat (ajaran Tuhan), dan untuk menerangkan kepada kamu: sebahagian dari (perkara-perkara ugama) yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku. (Az Zukhruf 43:63)
Nabi Allah Muhammad SAW: Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang yang Ummiyyin, seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka, serta mengajarkan mereka Kitab Allah dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelum itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Al Jumuah 62:2)
8. Dan para Nabi juga semua mereka menyeru kepada ketuanan Allah, ini disebutkan di dalam Taurat. Apa itu ketuanan Allah? Ringkasnya: "Hukum, undang-undang serta syariat, semua penetapannya terletak di tangan Allah, dan manusia yang akan menguatkuasakan undang-undang ini juga adalah ditentukan oleh Allah, manusia tidak dibenarkan dan tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan ini. Oleh itu, kita lihat semua khalifah Allah adalah diutuskan oleh Allah. Tanggungjawab manusia adalah untuk patuh kepada mereka."
#Notakaki:Contoh-contoh ini wujud banyak di dalam taurat. Kitab Ulangan (Deautoronomy), Bab 17: 14“Setelah kamu memiliki tanah yang akan diberikan TUHAN, Allah kamu kepada kamu, dan kamu sudah menetap di sana, mungkin kamu menginginkan seorang raja seperti bangsa-bangsa di sekeliling kamu. 15Pastikanlah bahawa orang yang kamu pilih menjadi raja itu adalah orang yang dipilih oleh TUHAN. Raja itu mesti orang bangsa kamu sendiri. Jangan pilih orang asing menjadi raja kamu. Dan untuk Yusha bin Nun (Joshua) AS, Kitab Yosua, bab 1: 1 Selepas kematian Musa hamba TUHAN itu, TUHAN berfirman kepada Yosua anak Nun, penolong Musa… 10 Selepas itu Yosua mengarah para pemimpin Israel supaya… 13 “Ingatlah! Musa, hamba TUHAN itu sudah memberitahu kamu bahawa TUHAN, Allah kamu akan memberikan tanah di sebelah timur Sungai Yordan untuk menjadi tempat tinggal kamu. 16 Mereka berkata kepada Yosua, “Kami akan melakukan segala yang tuan katakan, dan pergi ke mana sahaja tuan suruh kami pergi. 17 Kami akan taat kepada tuan sebagaimana kami sentiasa taat kepada Musa. Semoga TUHAN, Allah tuan menyertai tuan sebagaimana Dia telah menyertai Musa! 18 Setiap orang yang tidak mahu tunduk kepada kekuasaan tuan atau tidak taat kepada salah satu perintah tuan akan dihukum mati. Hendaklah tuan yakin dan berani!” Al Quran juga menyebut perkara yang serupa. Sila rujuk Siri Artikel Ketuanan Allah di link berikut
1. Ketuanan Allah Bhg. 1: Hak Lantikan Kepimpinan Milik Allah atau Manusia? 2. Ketuanan Allah Bhg. 2: Adakah Masih Ada Perlantikan Khalifah Allah Selepas Muhammad(s)? 3. Ketuanan Allah Bhg.3: Apakah Wasiat Yang Ingin Ditulis Nabi (s)
9. Lihat sahaja bagaimana Musa AS membawa orang-orang beriman dari kalangan Bani Israel untuk berhijrah keluar dari Mesir, ini adalah agar dapat melaksanakan ketuanan Allah ke atas mereka. Di dalam Bible, Musa AS menjanjikan jika Bani Israel taat kepadanya, mereka akan menjadi satu umat yang suci. 5 Sekarang, jika kamu taat kepada-Ku dan setia kepada perjanjian-Ku, kamu akan menjadi umat-Ku sendiri. Seluruh bumi ini kepunyaan-Ku, tetapi kamu akan menjadi umat pilihan-Ku. 6 Kamu akan menjadi umat yang ditahbiskan untuk diri-Ku sendiri, dan kamu akan mengabdikan diri kepada-Ku sebagai imam.” ." Kitab Exodus, Bab 19
Oleh kerana mereka mengingkari arahan untuk masuk ke kota suci, Allah menghukum mereka dengan perayauan selama 40 tahun. http://www.eramahdi.net/ringkasan-buku-2/
11 ‘Umat itu tidak setia kepada-Ku. Oleh itu Aku bersumpah bahawa tiada seorang pun yang keluar dari Mesir, yang berumur dua puluh tahun ke atas akan pergi ke negeri yang Aku janjikan kepada Abraham, Ishak, dan Yakub.’ 12 Semua orang kena hukuman itu kecuali Kaleb anak Yefune orang Kenas itu dan Yosua anak Nun, kerana mereka berdua setia kepada TUHAN. 13 TUHAN murka terhadap umat Israel dan membuat mereka mengembara di padang gurun selama empat puluh tahun, sehingga segenap keturunan yang memberontak terhadap TUHAN sudah meninggal. Kitab Numbers (Bilangan) bab 32 10. Jadi isu ini sudah selesai bagi orang berakal. Muhammad SAW datang dengan wasiat dan nas dari para khalifah sebelum baginda. Beliau juga datang dengan ilmu serta dengan misi untuk menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi.