SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA
HADIS
MAKSUD HADIS NABI S.A.W : “Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah S.W.T telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan. Ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak bertemu dengannya ia sangat rugi”
PESAN DR. YUSUF AL-QARADAWI MENJELANG RAMADHAN Ramadhan datang setiap tahun sebagai peluang bagi manusia Muslim menambah kebaikan dan mengurang dorongan ke arah kejahatan. Kebaikan itu sentiasa terbuka pintunya. Neraka itu tertutup pintunya. Syaitan terikat dan terbelenggu. Ini adalah dalil bahawa jalan ke arah kebaikan terbentang luas, manakala jalan ke arah kejahatan sempit dan terbatas. Berbahagialah sesiapa yang dapat mengambil manfaat dari peluang (Ramadhan) yang tersedia ini.
“… dan berseru malaikat: “Wahai pelaku kebaikan, majulah! Wahai pelaku kejahatan berundurlah…” (Hadis riwayat Tirmidhi, Ibn Majah dan Ibn Khuzaymah) Wahai pelaku kebaikan, majulah. Peluang terbentang luas. Selama sebelas bulan yang lalu, engkau telah lalai daripada mengingati Allah. Wahai orang yang mencari kebaikan, majulah. Kebaikan yang ada berganda-ganda. Pintu kebaikan sentiasa terbuka. Wahai orang yang mencari kebaikan, majulah menemui Allah menerusi siyam yang baik, qiyam yang baik dan memperbanyakkan amalan taat.
رمضان املبارك
"Telah datang kepada kamu Ramadhan yang menjadi penghulu segala bulan, Selamat datang diucapkan"
PERSIAPAN RAMADHAN DARIPADA BULAN SYA'BAN
Quran
AMALI Puasa
PERSEDIAAN
Doa
JIWA
Mengingati ramadhan & kelebihannya
HAKIKAT PUASA (Ibnu al Qayyim) Menahan diri dari syahwat Menjauhkan diri daripada perkara yang melalaikan Lapar & dahaga akan memecahkan sifat individualistik Menyempitkan ruang laluan syaitan Merehatkan anggota badan dari gelojak keinginan nafsu
BAGAIMANA RUMAH KITA DI BULAN RAMADHAN
PASTIKAN PERKARA BERIKUT BERLAKU DI RUMAH KITA Banyakkan puasa sunat dalam bulan Sya’ban. Banyakkan membaca al Qur’an. Ulangkaji kitab Fiqh berkenaan puasa. Hias rumah untuk sambut kedatangan Ramadhan. Tingkatkan kasih sayang antara ahli keluarga. Eratkan hubungan silaturrahim dengan ibu bapa dan saudara mara. Eratkan hubungan dengan jiran tetangga. Sediakan tabung untuk diinfaqkan kepada yang memerlukan.
APABILA RAMADHAN MENJELMA MAKSUD HADIS NABI S.A.W : “Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah S.W.T telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan. Ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak bertemu dengannya ia sangat rugi”
KARNIVAL IBADAH SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL - MUBARAK TAWARAN SAH MULAI 29/06 - 27/07/2014
Tarikh : 01 - 30 Ramadhan 1437 H Masa : 24 jam. Tempat : Seluruh pelusuk dunia Menanti anda untuk dimenangi:
] ] ] ] ] ] ] ] ] ] ] ] ]
Zikrullah Bersahur Qiamullail Zakat Fitrah Puasa Wajib Solat Fardhu Menuntut Ilmu Berbuka puasa Sedekah Jariah Iktikaf di Masjid Solah Tarawih Tadarus Al-Qur’an dan lain-lain lagi !!!!
Syarat tawaran
muslim sejati baligh berakal ikhlas ikut peraturan
SEMARAK RAMADHAN SEMARAK TAQWA
keredhaan Allah keampunan Allah balasan syurga bonus 1,000 bulan tingkatan taqwa jimat belanja sihat tubuh badan rezeki mencurah do’a dimakbul malam Lailatul Qada dan banyak lagi !!!!!!
Untuk Keterangan Lanjut Sila Rujuk Al-Qur’an, Hadis dan Alim Ulama’ Berhampiran Anda !!!
Maksud Hadis Nabi SAW : “Sekiranya umatku tahu kelebihan yang ada dalam bulan Ramadhan, nescaya mereka inginkan semua bulan menjadi Ramadhan.”
PERSEDIAAN AMALI Aishah r.a : “Aku tidak nampak Rasulullah S.A.W menyempurnakan puasa melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak melihatnya banyak berpuasa melainkan bulan Sya’ban”
PERSEDIAAN AMALI Berkata Anas bin Malik : “Apabila masuk bulan Syaa’ban, orang-orang Islam menilik mushaf-mushaf dan membacanya serta mengeluarkan zakat harta mereka, membantu yang lemah dan miskin untuk menghadapi puasa Ramadhan” Ramadhan bulan Al Qur’an diturunkan, maka sesiapa yang membiasakan memelihara bacaan Al Quran sebelum masuknya Ramadhan, maka dia akan memeliharanya dalam bulan Ramadhan.
PERSEDIAAN JIWA Doa Rasulullah S.A.W ketika masuk bulan Rejab :
“Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”
Yahya bin Abi Kathir berkata antara doa orang-orang yang soleh : “Ya Allah, jumpakan aku dengan Ramadhan dan serahkan Ramadhan kepada aku dan terimalah amalan yang aku lakukan padanya”
PERSEDIAAN MENGINGATI KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
Berlapar di sudut kesihatan Hikmah berbuka dan bersahur Solat Tarawikh Qiamullail Kisah-kisah dalam Sirah Rasul dan lainlain
PENGAMPUNAN DARI DOSA YANG LALU
SABDA RASULULLAH YANG BERMAKSUD:
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan diampunkan oleh Allah S.W.T dosanya yang telah lalu”
SYAFAAT DI HARI QIAMAT
SABDA RASULULLAH YANG BERMAKSUD: “Puasa dan al Qur’an memberikan syafaat kepada hamba pada hari Qiamat. Berkata puasa : Wahai Tuhan, aku telah menghalangnya dari makan dan minum pada siang hari maka syafaatku padanya dan berkata Al Qur’an: Wahai Tuhan, aku telah menghalangnya dari tidur pada waktu malam maka syafaatku padanya”