SMKA Segamat, 12 Jun : Bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan kini sudah tiba bagi tahun 1437H. Masyarakat Islam sedunia meraikan bulan ini dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan atas kesempatan usia yang diberi oleh Allah S.W.T. untuk melaksanakan ibadah yang terbaik. Warga SEMANGAT turut sama menghidupkan bulan yang mulia ini dengan pelbagai aktiviti kerohanian yang melibatkan semua guru, staf dan pelajar sama ada di sekolah mahupun di asrama. Ustaz Mohd. Fauzan Bin Mohamed Mokhtar, Pengetua SMKA Segamat telah menyampaikan ucapan dalam Majlis Perasmian Ihya' Ramadhan Peringkat SMKA Segamat bagi tahun 2016 di Dewan Luqman al-Hakim seterusnya melancarkan Aktiviti Ihya' Ramadhan bagi tahun 1437H. "Saya menyeru diri saya serta semua rakan guru dan pelajar untuk sama-sama meningkatkan kualiti ibadah dan komitmen kerja kita dalam bulan yang menyediakan ganjaran yang sangat hebat ini", ujar beliau dalam majlis tersebut. Antara aktiviti utama yang dirancang oleh Bidang PIBA pada tahun ini ialah Tadarus al-Quran guru bersama pelajar, Solat Tarawih Mega bersama Imam Palestin, Iftar Perdana, Forum Nuzul al-Quran, Qiyamullail, Kuliah Subuh, Majlis Khatam al-Quran dan beberapa aktiviti pertandingan yang melibatkan pelajar seperti Pertandingan Khutbah Raya, Kuiz, Imam Remaja dan Pertandingan Khat Ramadhan. PROGRAM IHYA' RAMADHAN SEMANGAT 1437H
DOA SEPANJANG BULAN RAMADHAN
َََجنَة َ سأَلَكَََرضَاكََ َوالَـ َ َاَللَهَمََإَّنََن َِونـَعَ َوذَبَكََمَنََسَخَطَكََ َوالنَار Ya Allah ! Sesungguhnya kami memohon keredhaan dan syurgaMu, dan kami berlindung denganMu daripada kemurkaan dan api nerakaMu
“RAMADHAN ADALAH BULAN KESABARAN. SETIAP HAL YANG TAK INGINKAN TERJADI, BALASLAH DENGAN SENYUMAN TULUS DARI HATI DAN PERBUATAN BAIK. NESCAYA ALLAH AKAN MEMBERIKAN JALAN YANG TERBAIK ”
BULETIN INSPIRASI SEMANGAT 2016 Penasihat Ust. Mohd. Fauzan Bin Mohamed Mokhtar Editor Ust. Rumaja Bin Sarmin Penolong Editor Uzh. Arifah Binti Ayub Fotografi Ust. Abd. Rauf Bin Abd.Rahim Promosi Ust. Mohsen Bin Miskam Terbitan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Smka Segamat, Johor Penaja Tabung Kebajikan Guru
Jumlah Sumbangan 26 Mei 2016 RM 224.00
Kunjungan Mesra En.Zureen Bin Zubir, S/U Bhg. Pemb. Kontraktor & Usahawan, Kem. Kerja Raya Malaysia (29 Mei 2016)
Solat Tarawih Mega Bersama Imam Palestin ; Syeikh Mohamad Darwish Jabeer (13 Jun 2016) Penyampaian Sumbangan Baju Raya dan RM100 daripada PKAYIS (26 Mei 2016)
Tahbib Maharatul Kalam Tingkatan 4 bersama Syeikh Mohamad Darwish Jabeer (14 Jun 2016) Kem Akademik PT3 (26-29 Mei 2016)
Program Nahwa al-Jaudah SEMANGAT-SHAROD (29 Mei 2016)
Program Kolaborasi PQS & PSI SEMANGAT-KISAS (25 Mei 2016)
Kejohanan Merentas Desa Ting. 6 Terbuka Johor Stadium Kluang (26 Mei 2016)
Taklimat PBPPP (25 Mei 2016)
PROGRAM IHYA' RAMADHAN SEMANGAT 1437H
BULAN DI MALAYSIA
29 LOKASI MENCERAP ANAK
PROGRAM IHYA' RAMADHAN SEMANGAT 1437H
BIL
AKTIVITI UTAMA
TARIKH PELAKSANAAN
1
TAUSIAH DI AMBANG RAMADHAN
26/5/2016 (Isnin)
2
MAJLIS PELANCARAN IHYA’ RAMADAN DAN TABUNG RAMADAN
12/6/2016 (Ahad)
3
SOLAT TARAWIH & WITIR BERJAMAAH
11–29/6/2016 (Sepanjang Ramadhan)
4
TADARUS AL-QURAN GURU DAN STAF
12-29/6/2016 (Sepanjang Ramadhan)
5
TADARUS AL-QURAN PELAJAR
12-29/6/2016 (Sepanjang Ramadhan)
6
BACAAN AL-QURAN (PETANG & MALAM)
12-29/6/2016 (Sepanjang Ramadhan)
7
BACAAN AYAT AL-QURAN 1 JAM SEBELUM BERBUKA PUASA (RADIO)
12-29/6/2016 (Sepanjang Ramadhan)
8
PERTANDINGAN : 1. KHUTBAH HARI RAYA 2. PERTANDINGAN IMAM REMAJA
12/6-29/6/2016
9
INFAQ & ZIARAH RAMADAN
14 & 21/6/2016
10
SOLAT TERAWIH MEGA BERSAMA IMAM PALESTIN
16/6/2016 (Khamis)
11
FORUM NUZUL AL-QURAN
22/6/2016 (Rabu)
12
IFTAR PERDANA
29/6/2016 (Rabu)
13
MAJLIS KHATAM AL-QURAN
29/6/2016 (Rabu)
14
CERAMAH DI AMBANG AIDILFITRI
30/6/2016 (Khamis)
AKTIVITI ELEKTIF
TARIKH PELAKSANAAN
1
TAZKIRAH DAN BACAAN DOA BERBUKA PUASA
11-30/6/2016
2
RISALAH & BANNER RAMADAN
12-30/6/2016
3
BACAAN MATHURAT (SETIAP HARI)
12-30//2016
4
GOTONG-ROYONG SURAU HASSAN AL-BASRI
17/6/2016 (Jumaat)
5
KULIAH SUBUH
17/6/2016 (Jumaat)
6
PERTANDINGAN : 1. KUIZ RAMADHAN 2. KHAT RAMADHAN
12-30/6/2016 22/6/2016 (Rabu)
BIL
PROGRAM IHYA' RAMADHAN SEMANGAT 1437H
SLOT KELOLAAN USTAZ HJ. ISMAIL BIN ROSLI AL-HAFIZ GURU KKQ SEMANGAT
Al-Quran merupakan panduan utama bagi umat Islam. Menurut para ulama' Ulum al-Quran, terdapat banyak nama lain bagi al-Quran antaranya : AL-KITAB (AL-QURAN) Kitab (Al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (Al-Baqarah 2:2) AL-FURQAN (PEMBEZA ANTARA HAQ DAN BATIL) Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqan (Al-Qur'an) kepada hambaNya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam. (Al Furqan 25:1) AZ-ZIKR (PERINGATAN) Sesungguhnya Kami yang menurunkan Az-Zikr (Al-Qur'an), dan sesungguhnya Kami akan memeliharanya. (Al-Hijr 15:9) AL-MAU'IZAH (NASIHAT) Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.(Yunus 10:57) AS-SYIFA' (PENYEMBUH) Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.(Yunus 10:57) AL-HUKMU (PERATURAN) Dan demikianlah, Kami telah menurunkan Al-Qur'an itu sebagai peraturan (yang benar) dalam bahasa Arab. Dan seandainya kamu mengikuti hawa nafsu mereka setelah datang pengetahuan kepadamu, maka sekali-kali tidak ada pelindung dan pemelihara bagimu terhadap (siksa) Allah. (Ar-Ra'd 13:37) AL-HIKMAH (KEBIJAKSANAAN) Itulah sebagian hikmah yang diwahyukan Tuhanmu kepadamu. Dan janganlah kamu mengadakan tuhan yang lain di samping Allah, yang menyebabkan kamu dilemparkan ke dalam neraka dalam keadaan tercela lagi dijauhkan (dari rahmat Allah). (Al-Israa' 17:39) AL-HUDA (PETUNJUK)
Dan sesungguhnya kami tatkala mendengar petunjuk (Al-Qur'an), kami beriman kepadanya. Barangsiapa beriman kepada Tuhannya, maka ia tidak takut akan pengurangan pahala dan tidak (takut pula) akan penambahan dosa dan kesalahan.(Al-Jin 72:13) AT-TANZIL (YANG DITURUNKAN) Dan sesungguhnya Al Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam. (As-Syu’ara’ 26:192)
AR-RAHMAH (KURNIA) Dan sesungguhnya Al Qur'an itu benar-benar menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.(An Naml 27:77) AR-RUH (MENGHIDUPKAN HATI) Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu ruh (Al-Qur'an) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al-Kitab (Al-Qur'an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al-Qur'an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. (As-Syura 42:52) AL-BAYAN (PENJELASAN) (Al-Qur'an) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa. (Ali-Imran 3:138) AL-KALAM (FIRMAN) Dan jika seorang diantara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian Hantarlah ia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui. (At-Taubah 9:6) AL-BUSYRA (BERITA GEMBIRA) Katakanlah: "Ruhul Qudus (Jibril) menurunkan Al-Qur'an itu dari Tuhanmu dengan benar, untuk meneguhkan (hati) orangorang yang telah beriman, dan menjadi petunjuk serta khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)". (An-Nahl 16:102) AN-NUR (CAHAYA) Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu. (Muhammad dengan mukjizatnya) dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al-Qur'an). (An-Nisa' 4:174) AL-BASHIR (PEDOMAN) Al-Qur'an ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini. (Al-Jatsiyah 45:20) AL-BALAGH (PENYAMPAI BERITA) (Al-Qur'an) ini adalah berita yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengan-Nya, dan supaya mereka mengetahui bahawasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran. (Ibrahim 14:52) AL-QAUL (PERKATAAN) Dan sesungguhnya telah Kami turunkan berturut-turut perkataan ini (Al-Qur'an) kepada mereka agar mereka mendapat pelajaran daripadanya. (Al-Qasas 28:51)
PROGRAM IHYA' RAMADHAN SEMANGAT 1437H
TERJEMAHAN (5) Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah aku dari sisiMu seorang anak lelaki. (6) Yang layak mewarisi aku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia – wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai. (7) (Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):"Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang menggembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang Kami tidak pernah jadikan sebelum itu seorang pun yang senama dengannya". PROGRAM IHYA' RAMADHAN SEMANGAT 1437H