ALBUM AKTIVITI SEMANGAT
Program Mentor Mentee (23 Jun 2014) Peperiksaan MUET (24 Jun 2014) Acara Sukan Tahunan ke 24 (24 Jun 2014) Taklimat PT3 BM, KHB & BA (23 Jun 2014) Sejarah dan Geografi (25 Jun 2014) Peperiksaan Kelas Khas Kemahiran al-Quran (25 Jun 2014) Pelancaran Program Ihya’Ramadhan, Bulan Membaca & Bulan Penampilan Diri (SUMUR) (3/7/2014) Sesi Penggambaran Majalah Sekolah (2)(8/7/2014), Program Tadarus al-Quran Guru dan Pelajar (sepanjang bulan Ramadhan)
TAKWIM SEMANGAT AKTIVITI AKAN DATANG 11/7/2014 JUMAAT 12/7/2014 SABTU 13/7/2014 AHAD 14/7/2014 ISNIN 15/7/2014 SELASA 16/7/2014 RABU 17/7/2014 KHAMIS
CATATAN PELAJAR ASRAMA BALIK KAMPUNG LADAP (6) PERHMPUNAN KOKU MESY.JK BESTARI DAN VLE 2 PROGRAM IFTAR PERDANA DAN NUZUL QURAN PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN DAN ILMU MESYUARAT PENGURUSAN 14
BERSAMA PPD
INFO 19 : SIRI JEJAK MAKLUMAT (PT3)
Ramadhan: Isu & Kemusykilan Masyarakat Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Azza Wa Jalla yang memberi kita peluang bertemu lagi dengan bulan penuh keberkatan, bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bagi yang berkesempatan merasai kenikmatan bulan Ramadhan ini, jadikanlah 4 minggu ini penuh keberkatan, 30 hari yang penuh keredhaan, 720 jam penuh kesyukuran dan 2,592,000 saat diselimuti keimanan. Antara yang penulis sempat ulang kaji sebelum memasuki bulan Ramadhan ini adalah 4 jilid buku Soal-Jawab Himpunan Fatwa yang memuatkan fatwa-fatwa oleh Syeikh Muhammad Bin soleh Al-Munajid, Syeikh Muhammad Bin Soleh Al-‘Uthaimin dan Syeikh Abdul Aziz Bin Abdul Bin Baz yang dirasakan mudah difahami hatta oleh orang awam sekalipun. 4 Jilid himpunan fatwa mereka ini telah diterjemah dan diterbitkan oleh Karya Bestari. Dalam sekian banyaknya persoalan yang terjawab dalam himpunan fatwa ini, penulis memilih untuk berkongsi beberapa isu yang kecil tetapi berperanan penting dalam penyempurnaan ibadah puasa dirasakan releven untuk bacaan bersama. 1. Puasa tanpa solat Hal ini walaupun dianggap remeh akan tetapi hendaklah kita mengakui bahawa ianya sememangnya berlaku dalam masyarakat kita. Ramai yang berpuasa tetapi meninggalkan solat. Walhal solat dan berpuasa keduanya merupakan rukun islam yang tinggi nilainya. (Perbincangan ini tidak merujuk kepada perempuan haid yang diberikan kelonggaran untuk tidak solat apatah lagi berpuasa tetapi khusus kepada lelaki dan perempuan yang berpuasa tetapi tidak melaksanakan kewajiban solat).
Secara puratanya terdapat dua golongan yang tidak menunaikan solat, pertama mereka yang lansung tidak solat. Kedua, mereka yang tidak solat pada hari atau waktu tertentu. Dalam hal ini semua amalan yang dilakukan pada hari tersebut adalah tertolak. Dalam erti kata lain, orang yang tidak melaksanakan solatnya, akan dihapuskan semua amalannya dan orang yang hanya meninggalkan solatnya sekali sekala, amalannya pada hari itu sahaja yang akan tertolak. Suka untuk penulis memetik kata-kata Abdullah Ibn Syaqiq rahimahullah yang berkata: “Para sahabat Rasulullah Sallallahu'alahi Wa Sallam berpendapat bahawa meninggalkan sesuatu ibadat tidak menjadikan seseorang itu kafir, melainkan solat. Berdasarkan ini, jika seseorang itu berpuasa tetapi tidak mengerjakan solat, puasanya tertolak dan segala amalannya tidak memberikan apa-apa ganjaran pada hari Kiamat nanti. Kami menasihati kamu agar mendirikan solat dan berpuasa. Pahala puasa akan tertolak jika kamu meninggalkan solat kerana sebarang bentuk amal ibadat tidak akan diterima daripada seseorang yang kafir.” (Fatawa al-siyam, m.s 87) 2. Syarat sah puasa : Niat Puasa Setiap kali menjelang bulan Ramadhan pasti ada yang bertanyakan bagaimana berniat puasa Ramadhan kerana telah 11 bulan meninggalkan bulan mulia ini. Pada mereka yang segan bertanya, sama ada mereka menggoogle niat puasa ataupun kembali membuka buku-buku puasa untuk menghafal semula niat puasa tersebut. Kepentingannya dan juga kedudukannya yang selalu di awal sesuatu ibadah menjadikan topik ini menjadi suatu tajuk
yang sangat penting. Dengan niat kita dapat membezakan antara amalan kebiasaan atau amalan ibadah, amalan ikhlas atau ria', amalan umum atau khusus. Niat ibadah puasa adalah sebagaimana ajar Rasulullah Sallallahu'alahi Wa Sallam dalam hadis yang berikut: “Sesiapa tidak berniat melakukan puasa sebelum fajar maka tidak ada puasa baginya.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan anNasai) Daripada hadis ini difahami bahawa seseorang wajib meniatkan puasanya setiap hari, antara masa tenggelam matahari (maghrib) sehingga terbit matahari (fajar). Demikian menurut pendapat jumhur para ulamak. Justeru apa yang perlu difahami oleh para pembaca ialah beza antara berniat dan juga lafaz niat. Kedua perkara ini adalah beza dari sudut hukum fekah dan perlu difahami dan dihadam dengan jelas. Hukum berniat adalah wajib dalam semua ibadah tanpa diperselisihi para ulamak. Akan tetapi dalam bab melafazkan niat wujud perbezaan pendapat di kalangan para ulamak. Adapun yang perlu difahami ialah tuntutan niat letaknya di hati, bukan di mulut. Kesimpulannya, tiada sebarang bentuk lafaz atau susunan kata yang diajar oleh Rasulullah Sallallahu'alahi Wa Sallam sebagai bentuk niat yang perlu diamalkan, walau bagaimanapun berniat itu tetap dianggap wajib sebagai syarat sah puasa. Maka untuk memudahkan para pembaca memahaminya, situasi menyediakan makanan dengan tujuan bersuhur itu telahpun dianggap sebagai niat untuk berpuasa tanpa perlu melafazkan secara lisan “Sahaja aku berpuasa pada esok hari kerana Allah Ta’ala”. Situasi ini tidak sesekali menyebabkan puasa seseorang itu terkesan kerana lafaz secara lisan
niat bukanlah syarat sah puasa seperti mana syarat berniat di dalam hati untuk berpuasa. 3. Ter-buat (tidak sengaja) akibat tidak tahu atau terlupa Perkara yang dilakukan secara tidak sengaja disebabkan tidak tahu atau terlupa sentiasa menjadi topik releven bukan sahaja dalam bab puasa, tetapi juga dalam bab ibadah-ibadah lain. Soalan-demi soalan menhujani golongan agamawan di kuliah-kuliah sehinggakan forum-forum siber demi mendapatkan kepastian. Hadis Nabi Sallallahu'alahi Wa Sallam bermaksud: “Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim” (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah) Hadis ini menjadi dasar kepentingan dan kewajiban menuntut ilmu bagi setiap muslim apatah lagi dalam hal ehwal agama yang merupakan fardhu ain. Kelalaian penuntutan ilmu akan mengakibatkan seseorang itu mendasari amal-amal ibadah yang dilakukan tanpa kaedah ilmu yang sebenar. Sebab itulah kita selalu melihat seseorang itu pakar dalam sesuatu bidang fardhu kifayah tetapi tidak mengambil berat dalam bab fardhu ain sehingga menjerumuskan dirinya ke dalam amalan-amalan yang tidak didasari dengan ilmu yang benar. Walaupun ianya (sifat tidak tahu dan terlupa) adalah perkara yang tidak dapat dielakkan oleh setiap insan, setiap muslim tidak sewajarnya kekal berada di zon selesa berlingkaran sifat tidak tahu dan terlupa. Atas dasar itu ilmu merupakan penawar mujarab kepada sifat tidak tahu dan terlupa.
Walau bagaimanapun, bagi individu yang telah melakukan sesuatu perkara di bulan puasa dan sedar ianya berpunca daripada sifat tidak tahu dan terlupa. Allah Azza Wa Jalla berfirman dengan jelas yang bermaksud:
Kesimpulannya, sengaja atau tidak sengaja, terlupa dan sebagainya merupakan tali pengukur di sisi Allah Azza waJalla dalam menerima perbuatan seseorang itu dalam keadaan darurat atau kesulitan yang dihadapinya. Dalil kuat yang dijadikan ukuran perbuatan seseorang itu adalah
“Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab 33 - 05) Dan Nabi Sallallahu'alahi Wa Sallam bersabda: “Telah diangkat dari umatku dosa kerana mengerjakan sesuatu lantaran tersilap, terlupa dan dipaksa.” (Hadis diriwayatkan Imam Ibnu Majah, ath-Tabarani dan al-Hakim, dari Abdullah ibnu Abbas) “Sesungguhnya Allah telah memaafkan kerana aku, kesilapan dan kelupaan dari umat aku serta apa yang mereka lakukan kerana dipaksa.” (Hadis diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim, at-Tabrani dan ad-Daruquthni) Walau bagaimanapun perlulah difahami bahawa tidaklah semuanya boleh dirangkumkan dalam zon tidak tahu dan terlupa. Contohnya seperti tentang ilmu-ilmu syariat (ilmu fardhu ain) yang umum seperti tentang kewajiban berpuasa, kewajiban solat dan sebagainya tidak boleh diperselisihi kewajiban dan pengetahuan akannya.Adapun ilmu yang khusus tidak dituntut ke atas setiap individu muslim untuk mengetahuinya. Boleh sahaja seseorang itu tersilap mempraktikan hadis lemah atau palsu atas dasar tidak tahu dan terlupa.
bergantung kepada niat serta bisikan hatinya seperti sabda Nabi Sallallahu'alahi Wa Sallam yang bermaksud: “Setiap perbuatan itu adalah berdasarkan niat dan setiap orang mendapat apa yang dia niatkan.”(Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim). Maka jelas dalam konteks perbincangan ini bahawa jika anda termakan, terminum, atau menyetubuhi pasangan suami atau isteri di siang hari tanpa pengetahuan bahawa anda sedang berpuasa, maka tidaklah ianya membatalkan puasa tersebut. Bersambung…..
"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa."-Surah Al Baqarah: 183 Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu; 1.Melazimkan bacaan kalimah taiyibah; 2.Beristighfar; 3.Memohon memasuki jannah dan 4.Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam. Rasulullah SAW telah menggesa para sahabat untuk menjadikan keempat-empat perkara ini sebagai suatu amalan. Abu Saeed Khudri r.a meriwayatkan bahawa: "Suatu ketika Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu kalimat khas yang mana Baginda dapat mengingati Allah SWT dan dapat memohon sesuatu melaluinya. Lantas Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut. Nabi Musa AS berkata: "Wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hamba-Mu, aku mengkehendaki yang khusus." Lalu Allah SWT menjawab, "Wahai Musa, jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung di dalamnya kecuali Aku diletakkan ke atas sebelah dacing dan kalimah ini pada sebelah yang lain, kalimah ini lebih berat lagi daripada segala sesuatu."
Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu "laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya. Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil meminta kepada Yang Maha Esa menjauhkan kita daripada ancaman api neraka. Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga ialah seperti berikut: "Allahhumma as'alukal jannata wa a'uzubika minannar." Dengan memperbanyakkan amalan di atas, maka akan bertambah banyaklah amal ibadah yang kita lakukan untuk memenuhi bulan Ramadhan ini. Ramadhanlah masanya yang paling sesuai untuk memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya gangguan godaan daripada iblis dan syaitan. Justeru, sebagai umat yang sentiasa mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian dan ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan-Nya, maka layaklah kita sebagai hamba-Nya merebut peluang ini yang datang hanya sekali dalam setahun. Jika kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk tujuan kecantikan dan hiburan, maka Allah SWT memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya secara percuma. Tidak perlukan bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan. Masih enggankah lagi kita menerima tawaran ini? Fikirkan.
“ SIFAT AL MUTTAQIN (ORANG BERTAQWA)…… “ Sahabat PENDIDIK & ANAKANDA QURRATU A’YUN yang dikasihi fillah... "Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan akan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya." Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggugugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith Puasa Ramadhan tidak boleh dimulakan dengan berpuasa sunat atas alasan ingin menyambut ketibaan Ramadhan. Namun, jika seseorang individu itu telah biasa dan memang mengamalkan berpuasa sunat di dalam hidupnya, maka individu ini tidak ditegah untuk berpuasa sunat walaupun puasa sunat yang dilakukannya adalah pada sehari atau dua hari sebelum kedatangan Ramadhan. Malahan, hal seperti ini dibolehkan di dalam Islam. Misalnya, jika seseorang itu telah biasa berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Ramadhan pada tahun itu jatuh pada hari Selasa, maka individu itu dibolehkan meneruskan puasa sunatnya sebagaimana lazimnya.
Namun jika individu itu sengaja melakukan puasa sunat sedangkan itu bukanlah kebiasaan amalannya, maka puasa seperti ini adalah diharamkan kerana ia dikatakan sebagai mendahului ibadat puasa Ramadhan. Walaupun ada segolongan individu yang berpendapat puasa seperti ini sebagai satu penghormatan untuk menyambut ketibaan Ramadhan tetapi Rasulullah SAW sendiri menidakkan dalil yang sebegini dan menegah sama sekali amalannya. Terdapat segelintir golongan bukan Islam yang berpendapat ibadat puasa ini tidak lain daripada meletih dan menyeksakan lantaran pantang larang yang perlu dipatuhi, namun pendapatpendapat sebegini mula terhakis berikutan penemuan dan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa puasa adalah satu amalan yang baik bagi menjamin tahap kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhannya. Di samping menerangkan kepada mereka tentang konsep sebenar ibadat dalam Islam, kita sentiasa digalakkan untuk memperbaiki dan menambah amalan dari semada ke semasa terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini. Ibadat utama dalam Ramadhan ialah untuk mengerjakan puasa. Awal puasa ialah berniat untuk mengerjakan ibadat tersebut. Niat puasa terbahagi kepada dua iaitu: Berniat setiap malam sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang berkeinginan untuk berpuasa, wajib menyatakan niatnya; Berniat pada awal bulan Ramadhan sebelum datangnya waktu Subuh
Selamat Berpuasa
PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN & BUDAYA ILMU SMKA SEGAMAT
I
10 JULAI 2014
I
Edisi 19/2014
Terjemahan Surah Al-Isra’: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [1] Dan Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami jadikan Kitab itu petunjuk bagi Bani Israil (serta Kami perintahkan mereka): "Janganlah kamu jadikan yang lain daripadaKu sebagai Tuhan (untuk menyerahkan urusan kamu kepadanya)". [2] Editor : Tn. Hj. W Zainuzzaman bin Wan Abdullah [Penyelaras Program Membudayakan Al-Quran & Budaya Ilmu]