ALBUM AKTIVITI SEMANGAT
A
B
D
E
C
G
F
H A) Program Budaya Ilmu bersama pasukan Etiqa Takaful (13/11/2014) B)
Kem Nuqaba’ Siri 2/2014 (14-15/11/2014) Kem Felcra Tebing Tinggi Segamat
C) Penyampaian Anugerah SUMUR, Kenaikan Pangkat & Hadiah Futsal Peringkat Negeri (15/11/2014) D) Naib Johan Pertandingan Seni Taranum Peringkat Negeri Johor (15/11/2014) Yayasan Warisan Johor E)
Mahrajan al-Islami wa al-Arabiy (16/11/2014)
F)
Malam Retro Mania Asrama as-Solihin (16/11/2014)
G) Majlis Makan Malam Tahunan (17/11/2014) Hotel Villa Segamat H) Majlis Penyerahan Sijil PBS Tingkatan 3 Tahun 2014 (19/11/2014)
INFO 33 : KOLEKSI MAJALAH SEKOLAH
EDISI 7
2014
2015
2016
2017
Bahasa Arab adalah bahasa yang paling
penguasaan dalam qawaid nahuwiyah dan tasrif
istimewa bukan sahaja merupakan bahasa Al-
soraf. Asal usul ilmu qawaid nahuwiyah ialah
Quran
yang
apabila Hasan Duali bersama-sama anaknya
sistematik berbanding dengan bahasa-bahasa
berada di luar sambil menikmati permandangan
lain. Bagi orang yang mempelajari bahasa Arab,
indah di waktu malam. Tiba-tiba si anak berkata
bahasa ini diekenali sebagai bahasa yang
"Ma Ajmalu Sama'. Lalu Hasan menjawab"
sensitif. Kerana apabila tersalah sebutan atau
bintang", si anak terkejut "Aku ingin mengatakan
tersilap meletakkan baris (harakah) ia akan
alangkah cantinya langit". Hasan menegur
membawa maksud yang berlainan ataupun
anaknya
berlawanan dengan maksud yang asal. Apabila
'Alangkah cantiknya langit maka katakanlah Ma
disebut tentang bahasa Arab kepada pelajar
Ajmala Sama' bukan Ma Ajmalu Sama'". Kerana
aliran agama ataupun bukan dari aliran agama,
peristiwa
tentu sahaja jawapannya adalah keluhan yang
berkembang. Kesilapan mengenai baris telah
membosankan.
mengubah maksud sebenar ayat. Itu baru sahaja
malah
Mengapa
mempunyai
keadaan
mempelajari
bahasa
ini Arab,
kaedah
terjadi?
Untuk
buka
sahaja
memerlukan kesungguhan tapi penghayatan
"Jika
ini,
kamu
ingin
qawaid
mengatakan
nahuwiyah
telah
baris. 'Ajmalu' adalah ism tafdil yang bermaksud tercantik manakala 'Ma Ajmala' maksudnya alangkah cantiknya.
terhadap bahasa Arab dan tuntutannya. Bagi
Untuk mendapat halawatul ibadah, kita perlu
orang yang menghayati bahasa Arab, mereka
menghayati setiap kalimah yang dituturkan
tidak menganggap bahasa Arab itu bukan
dalam ibadah. Kita selalu mendengar Syeikh
sekadar satu subjek yang mesti dipelajari tetapi
Misyari Rasyid Al-Afasi, Syeikh Mahmud Khalil
sebagai tuntutan agama dan seruan para ulama.
Khusairi, Sheikh Al-Ghamidi dan sebagainya
Telah dirakamkan dalam al-Quran surah Yusuf
menangis ketika mambaca al-Quran. Orang
"Sesungguhnya aku telah menurunkan Al-Quran
yang mendengarnya tidak berasa apa-apa.
dalam bahasa Arab, semoga kamu berfikir".
Betullah apa yang diberitahu oleh Tuan Guru Hj
Imam As-Syahid Hasan Al-Bana seorang ulama
Abdullah Bin Daud Rantau Panjang (Seorang
haraki yang merupakan mursyidul am Ikhwan
Tok
Muslimin mewasiatkan supaya orang Islam
menyatakan lagu al-Quran yang paling baik
berusaha mempelajari bahasa Arab
adalah apabila kita membaca al-Quran dan
Saya ingin mengambil beberapa contoh yang menunjukkan bahasa Arab ini amat penting dalam memahami maksud al-quran. Dalam alQuran banyak ayat yang mengandungi kalimah fitnah yang membawa maksud yang berlainan. Bagi orang yang tidak mendalami bahasa Arab, mereka
akan
menganggap
bahasa
Guru
Al-Quran
yang
hebat),
beliau
berjumpa dengan ayat-ayat nikmat maka bacaan kita bersemangat gembira, tapi apabila kita berjumpa dengan ayat-ayat azab, neraka maka bacaan kita perlahan dan sedih. Macam mana kita
hendak
lakukan
sekiranya
kita
tidak
memahami bahasa Arab?
setiap
Pelajarilah bahasa Arab. Yang lebih utama,
kalimah fitnah itu bermaksud cerita yang direka-
anggaplah ia sebagai tuntutan agama dan untuk
reka tapi ada juga fitnah yang bermaksud syirik.
mencari kesempurnaan ibadah dan mencapai
Elemen yang penting dalam bahasa Arab ialah
halawatul ibadah
Ciri-ciri Yang Perlu Ada Pada Seorang Guru Berkesan Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17.
Bersikap profesional. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. Kaya ilmu. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja. Bermoral teguh. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa. Mempastikan situasi ‘Guru mengajar murid belajar’ wujud di dalam kelas. Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu). Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya. Menunjukkan kesetiaan kepada sekolah, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
Do'a Untuk Semua Sahabat-sahabatku Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan. Ya Allah… Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku banyak teman. Baik yang dulu maupun yang sekarang, baik jauh maupun yang dekat. Aku mohon kepadaMU ya ALLAH limpahkan rahmatMU kepada mereka semua lindungilah mereka............ Ya Allah…Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya............. Ya Allah… Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku. Ya Allah… Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang. Ya Allah…Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang. Ya Allah… Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu. Ya Allah… Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu. Ya Allah… Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya. Ya Allah… Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku. Amin Ya Allah Ya Rabbal Alamin..
CARA WUDUK RASULULLAH S.A.W Sahabat PENDIDIK & ANAKANDA QURRATU A’YUN yang dikasihi fillah... Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku tiga kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .” (Muslim ) Huraian Wuduk yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wudhuk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosadosa yang telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar. Wallahu’alam….
PAHALA MEMBANTU TETANGGA DAN ANAK YATIM Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, "Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?" Jawab yang lain, "Enam ratus ribu." Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak yang diterima?" Jawabnya, "Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq." Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya. Jawab orang itu, "Muwaffaq." Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya padanya, "Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?" Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus diirham dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalu aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu. Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu
tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu." Ketika aku mendengar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu. "Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi. Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim. Rasulullah s.a.w. ada ditanya, "Ya Rasullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk syurga." Jawab Rasulullah s.a.w., "Jadilah kamu orang yang baik." Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat."
PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN & BUDAYA ILMU SMKA SEGAMAT I 20 NOVEMBER 2014 I Edisi 33/2014
Terjemahan Surah Al-Isra’: (Jika demikian wajibnya mengesakan Allah, maka patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak, dan anak itu pula dari jenis yang kamu tidak sukai?). Adakah Tuhan kamu telah memilih anak-anak lelaki untuk kamu dan Ia mengambil untuk diriNya anak-anak perempuan dari kalangan malaikat? Sesungguhnya kamu adalah memperkatakan dusta yang amat besar. [40] Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar. [41] Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah ada tuhan-tuhan yang lain bersama-sama Allah, sebagaimana yang mereka katakan itu, tentulah tuhan-tuhan itu akan mencari jalan kepada Allah yang mempunyai Arasy (dan kekuasaan yang mutlak). [42] Maha Sucilah Allah dan tertinggilah Ia setinggi-tingginya, jauh dari apa yang mereka katakan itu. [43]