Semua mengenai Enema Kopi SEJARAH mengenai enema menunjukkan kegunaannya sebagai alat penyembuhan berpanjangan yang berkesan: Enema merupakan salah satu alat paling penting yang digunakan di hospital perubatan untuk merawat pesakit. Walaupun terdapat hanya sedikit dokumentasi saintifik mengenai kegunaan enema di hospital, jururawat-jururawat telah mendapati penggunaan enema hanya menyebabkan beberapa komplikasi sahaja. Enema telah menjadi amat penting untuk penjagaan pesakit berkualiti kerana doktor perubatan dan jururawat tahu pesakit tidak akan menunjukkan pemulihan berterusan tanpa pergerakan usus yang normal. Pada carta setiap pesakit, terdapat satu senarai ciri-ciri yang perlu diuruskan. Dalam senarai pengurusan pesakit ini ada pergerakan usus. Jika pesakit tidak ada pergerakan usus, dan mempunyai risiko penghalangan usus, rawatan mengosongkan usus diberikan. Mengikut sejarah, rawatan pembersihan kolon ini ialah air suam enema.
Mengapa AMBIL ENEMA KOPI? Enema kopi akan menyahtoksikkan badan. Ia membantu badan sembuh dengan mendalam apabila digunakan dengan diet atau program penyahtoksikan. Enema kopi digunakan dengan menyeluruh sebagai rawatan penyembuhan oleh Dr. Max Gerson, MD, pada tahun 1940-an dan 1950-an, untuk merawat pesakit-pesakit kansernya. Kini, selepas penggunaan selama lebih dari 60 tahun dalam rawatan kanser, enema kopi akhirnya menjadi subjek kajian saintifik yang serius melalui kajian Dr. Nicolas Gonzalez, MD, dan Institut Kanser Amerika Syarikat. Tindakan terapeutik enema kopi ialah untuk meningkatkan keupayaan hati dan pundi hempedu untuk membuang toksin dan produk sampingan metabolik kanser dengan melancarkan pengaliran hempedu dan meningkatkan tindakan enzim oleh hati. Glutation S-transferase (GST) merupakan keluarga enzim yang terlibat dalam penyahtoksikan. Palmitat di dalam kopi meningkatkan penghasilan GST sebanyak 700 kali. Enzim penyerapradikal-bebas yang kuat ini membantu hati anda untuk menyahtoksikkan seluruh badan anda dengan lebih efektif. Di samping itu, kopi mengandungi alkaloid teofilina, yang mengembangkan salur darah, meningkatkan dialisis darah melalui dinding kolon. Bekalan darah yang meningkat ke saluran usus membaiki tona otot dan penghadaman, dan juga proses perkumuhan. Di samping itu, jika semua darah kita melalui hati setiap tiga minit, enema retensi kopi selama 12-hingga-15 minit meningkatkan aliran darah melalui hati, menghasilkan dialisis dan penyahtoksikan yang unik dan efektif.
Faedah kesihatan enema kopi dipopularkan melalui kajian Gerson dengan mangsa kanser telah dikenali melalui gerakan kesihatan alternatif. Kini ia digunakan oleh pengamal perubatan secara meluas dalam sebarang program yang menggalakkan penyembuhan, penjanaan, pembinaan, pengurangan berat.u Dipetik dari "How the Gerson Therapy Heals," 1990. Apa KEGUNAAN ENEMA KOPI?
Enema kopi boleh mengeluarkan : toksin edaran dan sebahagian metabolit bagi satu tujuan spesifik, dan ia adalah kerana enema kopi bukan sahaja mengembangkan salur hempedu – sepertimana yang diketahui oleh Gerson – kami juga tahu bahawa kopi merangsang sistem enzim di dalam hati, glutation-S-transferase, yang berupaya mengeluarkan banyak jenis elektrofil dari aliran darah. Elektrofil dikenali sebagai radikal bebas di dalam bacaan popular. Elektrofil merupakan partikel atom dengan satu atau lebih daripada satu elektron dalam pusingan yang tidak berpasangan. Mereka mempunyai afiniti terhadap elektron dan mahu terlibat di mana mereka tidak sepatutnya terlibat. Ia merupakan partikel bercas dan akan merosakkan membran sel dan mengganggu metabolisme sel. Di bawah pengaruh enema kopi, sistem enzim glutation-S-transferase – sebahagian daripada sistem enzim ligandin iaitu 3% daripada semua enzim di dalam hati, bertanggungjawab mengeluarkan elektrofil dari aliran darah – akan meningkatkan aktiviti sebanyak 600%-700% lebih dari normal. Tiada bahan lain selain kopi yang diketahui untuk merangsang sebanyak itu. Oleh kerana itulah, seseorang akan lagi bertenaga setelah minum kopi pada waktu pagi dan adalah punca kenapa sesetengah orang tidak mahu melakukan apa-apa selain membaca surat khabar sehingga mereka minum kopi dan kenapa kopi amat berkesan untuk menenangkan fikiran. Enema kopi merangsang sistem glutation-S-transferase sebanyak 700%. Semasa enema kopi ditahan di perut, semua darah di dalam badan akan mengalir melalui hati sekurangkurangnya lima kali. Pada setiap tiga minit, semua darah di dalam badan anda akan melalui hati. Di samping merangsang sistem enzim, teobromina, teofilina dan kafeina di dalam kopi semuanya mempunyai kesan fisiologi. Di antaranya ialah pengembangan salur darah dan salur hempedu, pengecutan otot licin dan peningkatan aliran hempedu. Palmitat, sebatian di dalam kopi yang merangsang glutation-S-transferase, juga meningkatkan aliran hempedu. Sebagai tambahan, satu kuart air di dalam usus anda akan merangsang sistem saraf visera. Visera adalah usus. Sistem saraf visera yang mengawal peristalsis, iaitu tujahan perlahan yang menggerakkan bahan melalui usus. Sistem saraf visera dirangsang oleh satu kuart air dari usus. Di samping itu, sekurang-kurangnya sebahagian dari satu kuart air di dalam usus akan melalui dinding perut dan melarutkan hemoroid dan juga darah portal yang akan pergi ke dalam hati, menghentam hati, melarutkan hempedu dan menyebabkan peningkatan aliran hempedu. Kesan enema kopi juga menyebabkan pengeluaran hempedu toksik, atau hempedu yang terikat dengan toksin oleh sistem glutation-S-transferase dari usus. Glutation-S-transferase mengangkut; merupakan pemangkin enzim. Ia ada di luar sana memerangkap radikal bebas, seperti pemadang di dalam pasukan bola lisut dan melontarkannya kepada molekul glutation hempedu. Molekul glutation mempunyai gugusan yang dikenali sebagai bahagian sulfihidril yang menyerap banyak elektrofil. Ia membuatkan
mereka lengai sebagaimana tanah liat rawa boleh menjadikan sisa buangan atom lengai kerana ia mempunyai keupayaan serapan yang kuat. Apa yang berlaku selepas itu ialah semuanya akan menjadi larutan hempedu. Larutan hempedu di dalam hempedu ini dikeluarkan dari pundi hempedu dan hati, dan ke dalam duodenum, dan peristalsis membawa mereka melalui usus kecil, melalui kolon dan keluar dari rektum. Ini adalah dialisis efektif. Enema kopi adalah satu-satunya koleretik farmaseutikal berkesan di dalam bacaan perubatan yang digunakan berulang kali setiap hari; koleretik, seperti diuretik. Diuretik menyebabkan urinasi. Koleretik menyebabkan aliran hempedu.
Pembuangan enema kopi: Produk seperti ammonia, nitrogen yang terikat dengan toksik, derivatif protein yang kadang-kala merupakan partikel bercas, poliamina, rumpun dan kompleks asid amino. Adakah ENEMA KOPI selamat?
Enema kopi adalah selamat dan berkesan apabila digunakan sebagaimana yang dinasihatkan oleh Program Penyahtoksikan Pencucian Hati Eternal™, dengan Enema Kopi. Dr. Peter Lechner di Landeskrankenhaus, Graz, Austria, telah bekerja selama enam tahun sekarang, mengkaji Terapi Gerson yang telah diubahsuai. Beliau telah menggunakan enema kopi sebagai sebahagian daripada program selepas pembedahan, jabatan pembedahan sekunder, Landeskrankenhaus. Beliau menjalankan beberapa eksperimen dengan tikus yang mana palmitat diekstrakkan dari kopi, palmitat kafestolu, dan di mana mereka menunjukkan peningkatan aliran hempedu di dalam tikus. Lechner menjadi yakin dan menulis jurnal yang dinamakan Aktuelle Ernåhrungsmedizin (Perubatan Nutrisional Kontemporari), 2 Band 15, April 1990, yang menyatakan bahawa garam asid palmitat ini adalah ubat penjagaan hati yang amat kuat jika dibangunkan oleh badan farmaseutikal. Aktuelle Ernåhrungsmedizin Sehingga masa itu, sebagaimana yang beliau nyatakan, "Kami harus berterusan memberikan mereka bentuk enema yang janggal… kerana pesakit tidak boleh mengambil jumlah terapeutik yang sewajarnya iaitu sekurang-kurangnya satu liter kopi dengan meminumnya tanpa bahaya risiko kesan sampingan pada saluran alimentari atas.” Cara yang lain tidak berkesan.
Bagaimana MENJADIKAN ENEMA KOPI LEBIH BERKESAN? Untuk menjadikan enema lebih berkesan, pesakit mesti baring di bahagian sebelah kanan, dengan kedua-dua kaki dirapatkan ke abdomen, dan sedut nafas dengan dalam, untuk menyedut jumlah cecair yang banyak ke semua bahagian kolon. Cecair harus ditahan selama 10 - 15 minit. Eksperimen telah menunjukkan bahawa selepas 10 - 12 minit, hampir kesemua kafein diserap dari cecair. Ia pergi ke dalam vena hemoroid terus ke dalam vena portal dan ke dalam hati. Pesakit mesti tahu bahawa enema kopi bukan diberikan untuk fungsi usus tetapi untuk perangsangan hati. Berdasarkan kepada eksperimen, adalah tidak pasti sama ada kafein merangsang sel hati secara langsung atau tidak langsung melalui sistem saraf visera. Dalam mana-mana kes, kesannya ialah peningkatan penghasilan hempedu dan aliran hempedu yang lebih banyak.
Pada awal rawatan dan semasa keradangan, hempedu mengandungi racun, menghasilkan spasma di dalam duodenum, dan usus kecil dan menyebabkan aliran lebihan ke dalam perut, menyebabkan rasa loya atau akan memuntahkan hempedu. Dalam kes-kes sebegini, teh pudina yang lebih banyak diperlukan untuk mencuci hempedu keluar dari perut. Selepas itu, pesakit akan berasa lebih selesa. Penyediaan enema kopi: Ambil 1 sudu makan Enema Kopi Eternal dengan 4 cawan air tulen. Biarkan mendidih selama 3 minit dan merendidih selama 20 minit atau lebih. Tapis dan gunakan pada suhu badan. Jumlah harian boleh disediakan pada satu masa dan diasingkan mengikut dos individu. Tambah 1-2 sudu makan Cuka Epal Cider Organik Eternal™ kepada campuran di atas dan tuangkan Timba atau Beg Enema Eternal™. Prosedur Am: Larutan kopi mesti berada pada suhu badan. Alirkan sedikit larutan melalui tiub ke dalam tandas untuk memanaskan tiub; tutup penutup. Lincirkan tiub enema selama lebih kurang 2 inci di hujung dengan Gel Penyembuh Aloe Eternal™. Gantungkan timba enema tidak lebih dari 2 kaki di atas anda. Baring di sebelah bahagian kanan, rapatkan kedua-dua belah kaki ke abdomen, rehat dan bernafas dengan dalam. Dengan baring di sebelah bahagian kanan, kopi akan berkumpul di fleksur hepatik dan menyerap melalui kolon ke dalam hati untuk mencuci aliran darah. Masukkan tiub ke dalam rektum, tidak lebih dari 2 inci. Buka penutup dan biarkan cecair masuk ke dalam dengan perlahan-lahan untuk mengelakkan kekejangan. Kekang larutan selama 12-15 minit. Jangan pegang lebih dari 15 minit. Jika anda mempunyai masalah mengekang atau mengambil 32 auns penuh, rendahkan timba. Jika anda merasakan spasma, rendahkan timba ke lantai untuk membolehkan aliran naik sedikit untuk mengurangkan tekanan. Selepas 12-20 saat, naikkan timba dengan perlahan ke tahap asal. Anda boleh mengawal aliran larutan dengan memicit tiub dengan jari anda atau mengubah kunci plastik ke posisi separuh tutup. Anda akan belajar apa yang terbaik untuk anda secara perseorangan dengan pantas. Kekerapan enema ditingkatkan dengan simptom toksisiti seperti sakit kepala, demam, loya, spasma usus dan pening kepala. Apabila terjaga pada waktu pagi dan mengalami sakit dan pening kepala, enema tambahan disarankan untuk malam berikutnya. Pastikan peralatan anda bersih!!! Jangan letakkan tiub semula ke dalam timba sehingga selepas anda telah mencucinya secara menyeluruh (gunakan pencuci kegunaan makanan biodegradasi dan bilas dengan baik. Bilas setiap hari dengan hidrogen peroksida 3%). Timba dan tiub merupakan tempat pembiakan bakteria yang amat sesuai.
PENAFIAN AM
Risalah ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak terlibat dalam memberikan nasihat perubatan atau perkhidmatan profesional. Maklumat yang diberikan melalui laman web ini tidak boleh digunakan untuk diagnosis atau merawat masalah kesihatan atau penyakit. Ia bukanlah pengganti untuk rawatan profesional. Jika anda mempunyai atau suspek anda mungkin mempunyai masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor anda. LAPAN SEBAB UNTUK MENCUBA ENEMA KOPI ETERNAL™: 1. Kopi kami disahkan organik. Kesihatan anda adalah keutamaan kami, dan dengan mengambil kopi organik, kami menjamin bahawa tiada bahan kimia yang digunakan di dalam pertumbuhan, pengangkutan dan pemanggangan kopi anda. Pengeluaran organik juga membantu komuniti dengan menjamin ekosistem yang sihat. 2. Kopi kami berasid rendah. Menggunakan kopi berasid rendah adalah penting kerana kopi diserap ke dalam tisu sensitif kolon. Kopi kami juga adalah pilihan yang sesuai untuk minuman. 3. Kopi kami dipanggang udara. Pemanggangan dram tradisional menambahkan agen penyebab kanser kepada kopi anda. Pemanggangan udara tidak menambah asap atau api kepada pemanggangan. Kopi pemanggangan udara bermaksud enema kopi anda mempunyai karsinogen yang lebih rendah dari mana-mana kopi yang tidak dipanggang udara. Pastikan enema kopi anda dipanggang udara. 4. Kopi kami tinggi dalam kafein dan asid palmitik. Kedua-dua unsur terapeutik ini digunakan oleh badan untuk penyahtoksikan yang efektif. Jangan gunakan kopi tanpa kafein untuk enema kopi anda. 5. Kopi kami didagangkan dengan harga yang berpatutan. Apabila anda membeli kopi dengan harga yang berpatutan untuk enema anda, anda bukan hanya membuat keputusan untuk kebaikan kesihatan anda sendiri, tetapi anda juga membuat keputusan yang lebih besar untuk kebaikan kesihatan bumi. Kopi yang didagangkan dengan harga yang berpatutan menyokong sara hidup, keadaan selamat dan sihat bagi pekerja di negara membangun dan mengamalkan praktis ekologi seperti pertumbuhan semula hutan. Kesihatan muka bumi ini berkait dengan kesihatan anda. 6. Kami menawarkan hampas kopi yang segar. Apabila anda menggunakan enema kopi untuk menyembuhkan badan, anda mahukan kandungan terapeutiknya. Sebaik sahaja anda mengisar kopi anda, unsur terapeutik ini akan hilang. Hampas kopi mengekalkan ciri terapeutiknya untuk masa yang singkat. Di atas sebab ini, kami hanya mengisar kopi anda tidak lebih dari sebulan sebelum menjualnya supaya ciri-ciri kopi tidak hilang kepada pengoksidaan dll.
7. Kopi kami datang bersama peralatan pencucian kolon yang lengkap. Timba Kopi Enema dan Enema Kopi Eternal™ boleh dibeli dari kami di kedai-kedai kami atau laman web produk, http://www.eternal-store.com/
8. Kopi kami dibungkus kedap udara, sisian poli, dengan bukaan sehala untuk mengeluarkan gas/udara dari dalam ke luar sahaja. Selepas mengisar, biji kopi mengeluarkan gas yang dikeluarkan melalui bukaan keselamatan kami yang terdapat pada setiap beg kopi. Bungkusan luaran perak juga membantu mengekalkan kesegaran kopi selepas dibuka. Gunakan kepingan plastik untuk melipat dan mengikat kedua-dua hujung dengan ketat selepas guna untuk mengekalkan kesegaran kopi sepanjang masa.
Glosari Enema ANUS (OTOT DUBUR) - Laluan luar keluar dari Kolon. Pembukaan dan penutupan anus dikawal oleh otot cincin. Otot sfinkter dalaman dan luaran. Najis dikeluarkan dari badan melalui anus semasa penyahtinjaan, iaitu fungsi utama anus. KOLON MENAIK – Segmen pertama kolon, bersambung dengan dan menaik ke sekum ke hati. HEMPEDU – Cecair penghadaman yang terdiri daripada kolesterol, garam, dan sisa kumuhan yang dihasilkan di dalam hati, disimpan di pundi hempedu dan disalurkan melalui salur hempedu apabila makanan yang mengandungi lemak memasuki usus kecil. Lemak adalah pengangkut kuat toksin; hempedu, oleh kerana ia mengangkut lemak, merupakan satu bentuk utama pembuangan toksin seperti plastik, logam berat dan racun serangga dari badan. SEKUM - Permulaan kolon. Kantung di mana usus kecil masuk ke usus besar. “CLYSTER” – Nama lama bagi enema. KOLON (USUS BESAR) – Satu bahagian saluran penghadaman yang terletak di bawah tulang rusuk dan di antara punggung anda dan berbentuk seakan “U” terbalik. Lebih kurang lima kaki panjang bagi dewasa, kolon bermula di mana usus kecil berakhir, di sekum. Apabila anda sakit “perut”, anda sebenarnya merujuk kepada kolon anda. KOLON MENURUN – Satu segmen kolon di antara fleksur splenik dan sigmoid, terletak di sebelah kiri abdomen. DUODENUM – Bahagian pertama usus kecil, bersambung dengan perut. ELEKTROLIT - Mineral, dalam cecair, yang mengawal kebanyakan proses metabolik badan, seperti aliran sisa kumuhan keluar dari sel. Elektrolit utama (mineral) ialah kalsium, magnesium, kalium, natrium, dan bikarbonat. Untuk menjadi sihat, tahap elektrolit badan kita mesti dikekalkan dalam julat tertentu. PUNDI HEMPEDU – Organ berbentuk pear yang bersambung dengan hati yang menyimpan hempedu. ILIEM – Bahagian bawah usus kecil, bersambung dengan kolon.
JEJUNUM – Bahagian tengah usus kecil, terletak di antara duodenum dan ileum. USUS BESAR (KOLON) – Bahagian saluran penghadaman, selepas usus kecil, di mana produk sisa penghadaman berkumpul, dinyahhidratkan dan disediakan untuk perkumuhan. Air, garam (natrium) dan beberapa vitamin berasaskan bakteria juga diserap ke dalam usus besar (kolon). Penghujung kolon, atau rektum dan anus, mengeluarkan najis. JUJUKAN METABOLIK – Satu alat ujian untuk menentukan pemakanan dan program suplemen individu berdasarkan cara seseorang memproses nutrien ke dalam alat biokimia dan struktur yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan optimum. PERISTALSIS – Pengecutan otot yang mengerakkan bahan penghadaman melalui keseluruhan saluran penghadaman. Bagi seseorang yang sihat, peristalsis kolon berlaku satu hingga tiga kali sehari untuk mengerakkan kandungan keseluruhan kolon ke dalam rektum. Oleh kerana peristalsis kolon berlaku kadang-kala, tidak seperti pengecutan beritma berterusan usus kecil, alat mencuci kolon boleh digunakan dengan selamat tanpa mengganggu ritma peristaltik yang sihat. REKTUM – Satu segmen kolon yang bersambung dengan sigmoid, di hadapan dan sebelum laluan anal. Rektum selalunya mengandungi tiga bahagian yang bersilang dan berbentuk bulan sabit yang mana bertindih dengan usus besar (kolon) apabila ianya kosong. Rektum adalah lebih kurang 5 inci (13 sentimeter) panjang. SIGMOID – Segmen berpintal kolon yang menghubungkan rektum dengan kolon menurun. Kolon ini kaya dengan vena portal, yang membawa darah dan bahan lain ke hati. Sigmoid ini berukuran 16 inci (41 sentimeter) panjang. USUS KECIL- Bahagian saluran penghadaman di antara perut dan kolon yang bertindak dalam penghadaman dan penyerapan bahan kimia bahan makanan. TEOFILIN – Sejenis alkaloid di dalam kopi yang merangsang pengecutan otot licin, menyebabkan pengembangan salur darah. Teofilina merupakan satu unsur terapeutik enema kopi. KOLON MELINTANG – Satu segmen kolon yang bermula dari hujung kolon menaik di fleksur hepatik di bahagian kanan badan merentas tengah abdomen hingga ke permulaan kolon menurun di fleksur splenik di bahagian kiri. Kolon melintang adalah lebih kurang 18 inci (45 sentimeter) panjang.