SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR SHAH 77000 JASIN, MELAKA.
PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN TINGKATAN 6 ATAS (2011)
“ISU KEGIATAN PONTENG KOKURIKULUM DALAM KALANGAN PELAJAR DI SMK ISKANDAR SHAH”
NAMA AHLI KUMPULAN: MUHAMMAD ZULHIELMIE BIN ISHAK KHAIRUL KHAZUAN BIN KASIM NIRMANI A/P GOBAL SERVAI AINUR ASHIKIN BT ZAINUL ABIDIN GURU PENASIHAT: PN. BADARIAH BTE JANTAN
ISI KANDUNGAN Penghargaan
1
Abstrak
2
Pengenalan
3
Objektif Kajian
4
Tujuan Kajian
4
Skop Kajian
4
Persoalan Kajian
5-6
Batasan Kajian
7
Hasil Kajian
8-14
i.
Punca-punca pelajar ponteng kokurikulum
ii.
Cara-cara mengatasi kegiatan ponteng kokurikulum
iii.
Kesan-kesan kegiatan ponteng kokurikulum
Kesimpulan
15-16
Lampiran 1
17
Lampiran 2
18-19
Lampiran 3
20-30
Saranan Kajian
31
Bibliografi
32
i
PENGHARGAAN Alhamdulillah,bersyukurkita ke hadrat Allah s.w.t kerana akhirnya kamidapat menyiapkan tugas kami iaitu penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagaikajian untuk murid tingkatan 6 atas (2011) dalam jangka masa yang ditetapkan.Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral danbantuan kewangan bagi membolehkan kami melaksanakan tugasan ini.
Kamijuga mengucapkan terima kasih kepada Guru Penolong Kanantingkatan 6 iaitu Encik Jalaludin bin Ahmad dan juga kepada guru penasihat kajian kami iaituPuan Badariah bte Jantan yang telah memberi tunjuk ajar kepada kami untuk mendapatkanmaklumat dan menyiapkan kajian ini.
Ucapan terima kasih juga kepada pengetua sekolah iaitu Encik Zolkaply bin Yunuskerana telah menyediakan bahan-bahan rujukan seperti buku-bukuilmiah,jurnal dan memberi kebenaran
untuk
menggunakan perkhidmatan internet di PusatSumber Sekolah.
Kami juga ingin menyampaikan ribuan terima kasih kepada rakan kelaskami yang memberi sokongan moral dan idea untuk menyiapkan kajian ini.Akhir sekali kami juga menyampaikan setinggitinggi penghargaan kepadapihak Majlis PeperiksaanMalaysia kerana memberi peluang untuk menjalankan penyelidikanbagi mendapatkan maklumat untuk hasil kajian kami.
1
ABSTRAK Gejala ponteng
aktiviti kokurikulum memberikan kesan
negative
secara
langsung
kepadapelajar, sekolah dan masyarakat umumnya. Sekiranya seseorang pelajar ponteng kokurikulum, mereka akan rugi dari segi akademik dan markah merit kokurikulum kerana tidak dapat mengikuti pengajaran dan aktiviti kokurikulum di bilik darjah dan di luar bilik darjah. Imej sekolah juga akan terjejas dari segi pencapaian dalam keputusan akademik dan kokurikulum disebabkan masalah ini. Manakala masyarakat pula akan berhadapan dengan pelbagai masalah social seperti berjudi, merokok, mengambil dadah, melepak dan sebagainya yang akan memberikan bebanan kepada masyarakat.
Tujuan kajian kes ini adalah untuk melihat fenomena ponteng kokurikulum dalam kalangan pelajar di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR SHAH 77000, JASIN MELAKA. Subjek kajian adalah terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 6 yang segelintir dari mereka sering melakukan keguatan ponteng aktiviti kokurikulum.Melalui kajian ini, kami mengkaji punca-punca dari segi individu, keluarga, sekolah dan persekitaran di samping mengkaji arah aliran ponteng kegiatan kokurikulum di SMK ISKANDAR SHAH. Kami berharap agar hasil kajian ini dapat digunakan sebagai panduan dan rujukan oleh pihak sekolah, ibubapa, Jabatan Pendidikan dan mana-mana individu yang berminat untuk mengkaji isu ini dalam membanteras gejala kegiatan ponteng kokurikulum.
2
PENGENALAN Ponteng berlaku di semua peringkat sama ada peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan peringkat universiti. Ponteng kokurikulum merupakan perlakuan yang menyalahiperaturan sekolah, jika pelajar dibiarkan dengan ponteng kokurikulum, hal ini boleh menyebabkan menjadi satu amalan atau tabiat dan ianya boleh membawa kepada kesan negative terhadap diri pelajar sendiri dan jugasekolah.
Seterusnya
perlakuan
tersebut
memungkinkanseseorang
pelajar
hilang
sifat
bertanggungjawab dan akan melibatkan diri dengankegiatan-kegiatan negatif.
Aktiviti kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilikdarjah dan diluar bilik darjah. Oleh itu, aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai–nilai yang telah dipelajarinya. Gerak kerja kokurikulum ini dikelompokkan kepada tiga kumpulan iaitu unit badan beruniform, persatuan/kelab, dan sukan/permainan.
3
OBJEKTIF KAJIAN •
Mengenal pasti punca berlakunya kegiatan ponteng kokurikulum di sekolah.
•
Mengkaji cara-cara untuk mengatasi kegiatan ponteng kokurikulum di sekolah
•
Menyedarkan para pelajar tentang kepentingan mengikuti aktiviti kokurikulum di sekolah.
•
Mengenal pasti kesan yang berlaku apabila terjebak dengan kegiatan ponteng kokurikulum
TUJUAN KAJIAN Kami melakukan kajian ini untuk mengenal pasti punca-punca para pelajar melakukankegiatan ponteng kokurikulum, kesan-kesan yang berlaku, dan cara-cara untuk mengatasi masalah ini. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar supaya tidak terlibat dengan kegiatan yang tidak berfaedah ini.
SKOP KAJIAN Skop kajian kami tertumpu kepada para pelajar di SMK Iskandar Shah, Jasin dari pelajar tingkatan satu hingga enam.Responden kami terdiri daripada 135 orang pelajar iaitu 58 orang pelajar lelaki dan 77 orang pelajar perempuan.
4
PERSOALAN KAJIAN Persoalan yang diajukan berdasarkan kajian kami iaitu isu ponteng kokurikulum yang mempengaruhi pelajar di SMKIskandar Shah.Hal ini berlaku kerana pelbagai faktor yang mempengaruhi seperti faktor keluarga,faktor persekolahan dan faktor persekitaran. Darisegi faktor individu ianya berlaku disebabkan oleh pelajar itu sendiri seperti mempunyai motivasi yang rendah, mempunyai sikap yang negatif terhadap kokurikulum, tidak memberikan perhatian tentang aktiviti kokurikulum dan tidak mengambil tahu atau bahagian dalam aktiviti kokurikulum. Dari segi faktor keluarga yang telah berlaku beberapa persoalan ialah factor keluarga yang tidak mengambil berat tentang prestasi akademik dan aktiviti kokurikulum anak-anak mereka. Selain itu, terdapat faktor sosio-ekonomi, dimana anak-anak sepatutnya menghadiri aktiviti kokurikulum tetapi terpaksa membantu ibu bapa mereka bagi tujuan menyara keluarga. Kesan-kesan emosi juga boleh menyebabkan ponteng boleh berlaku seperti keluarga yang porak peranda menyebabkan anak-anak menjadi risau dan tidak tenteram dan tidak mahu hadir sekolah untuk menjalankan aktiviti disekolah seperti aktiviti kokurikulum. Faktor
keadaan
disekolah
memainkan
peranan
yang
penting
dalam
isu
ponteng
kokurikulum ini berlaku. Faktor persekolahan yang kurang memberangsangkan adalah penyebab kepada
pelajar
ponteng
dalam
kegiatan
aktiviti
kokurikulum.
Contohnya,
sekolah
yang
mempunyai peraturan yang terlalu ketat menyebabkan pelajar berasa takut untuk hadir ke sekolah. Tambahan lagi, hubungan diantara murid dan guru yang kurang mesra, kurang tenaga pengajar
yang
mempunyai
kemahiran
dan lain-lain
mengenai
aktiviti
kokurikulum
yang
menyebabkan pelajar ponteng.
5
Selain itu, keadaan persekitaran seperti rakan sebaya juga boleh mempengaruhi ponteng ini berlaku.
Masalah seperti pengangkutan
juga
mempengaruhi
ponteng ini
berlaku kerana
kebanyakkan pelajar tinggal berjauhan dengan kawasan sekolah. Pelajar perlu pulang kerumah dengan lebih awal kerana mereka tiada pengangkutan untuk pulang ke rumah.
6
BATASAN KAJIAN Semasa kajian dijalankan, terdapat pelbagai halangan yang membataskan pelaksanaan kajian kami.Antara halangan yang terpaksa kami hadapi adalah apabila mengedarkan borang soal selidik yang perlu dipenuhi oleh responden.Terdapat responden yang tidak memberikan kerjasama ketika kami melakukan soal selidik di sekitar Bandar Jasin. Hal ini mempengaruhi masa untuk pelaksanaan kajian kami. Selain itu, tempoh yang diberikan adalah selama 5 bulan menyebabkan kami mencuba sedaya upayat memberikan komitmen yang sepenuhnya untuk.menyiapkan kajian ini. Kekurangan ahli kumpulan juga merupakan salah satu sebab yang menjadi batasan kajian kami.
7
HASIL KAJIAN Punca-punca pelajar ponteng kokurikulum.
Dalam
kajian
kami,terdapat
beberapa faktor atau punca yang menyebabkan
pelajar diS.M.K.
Iskandar Shah terlibat dalam gejala ponteng kokurikulum. Kami mendapati bahawa kegiatan ponteng kokurikulum ini di pengaruhi dalam faktor individu dan keluarga. Ini merupakan pendapat yang sama yang didapati melalui soalselidik kepada pelajar. Dengan ini faktor individu dan keluarga merupakan faktor menyebabkan pelajar ponteng kokurikulum berdasarkan kajian kami
di
S.M.K.
Iskandar
Shah
ialah
faktor
individu
iaitu pelajar
menganggap aktiviti
kokurikulum ini tidak penting bagi dirinya sendiri. Buktinya, pada lampiran 3 di bahagian (b) seramai 123 orang pelajar mengakui atau bersetuju termasuk pelajar tingkatan 6 bahawa aktiviti kokurikulum ini tidak penting bagi mereka. Hal ini berlaku disebabkan kebanyakkan pelajar di S.M.K. Iskandar Shah tidak sukamengikuti aktiviti kokurikulum ini kerana aktiviti yang dijalankan oleh pelajar itu sendiri yang kurang
menarik.
Guru merupakan pembimbing
terhadap
anak-anak
muridnya
untuk
menjayakan aktiviti yang dirancangkan. Jika aktiviti yang dirancang menarik maka mereka akan berasa seronok. Contohnya
mengadakan aktiviti menarik
seperti kuiz,
kawad
kaki,
dan
mengadakan perlawanan aktiviti sukan.Selain itu, faktor keluarga juga menyebabkan pelajar di SMK Iskandar Shah ponteng kokurikulum. Masalah ini mencatatkan seramai 110 orang pelajar yang tidak dipedulikan oleh ibu bapa mereka untuk menyertai aktiviti kokurikulum dalam kajian kami.
Buktinya boleh dilihat pada lampiran 3 di bahagian b.
8
Hal ini dikaitkan kerana terdapat segelintir ibu bapa tidak memperdulikan anak-anak mereka sama ada menyertai aktiviti kokurikulum ataupun tidak. Ibu bapa mereka hanya mementingkan pencapaian akademik berbanding kokurikulum.
Punca-punca lain pelajar ponteng mengikut kajian: Bil PUNCA-PUNCA
5
4
3
2
1
1
Pelajar tidak suka pulang lambat kerumah.
18
9
23
34
51
2
Pelajar berasa penat ketika menyertai aktiviti kokurikulum.
11
29
26
37
32
3
Pelajar tidak suka menyertai aktiviti lasak.
55
26
32
12
10
4
Pelajar tidak suka aktiviti kokurikulum.
29
34
45
18
9
5
Pelajar malas menyertai aktiviti kokurikulum
20
28
44
19
14
6
Guru penasihat sentiasa marah-marah
50
43
27
9
6
7
Masalah pengangkutan
44
38
19
10
24
8
Pengaruh rakan mengajak ponteng kokurikulum.
54
29
27
14
11
9
Pelajar menganggap aktiviti kokurikulum membuang masa
47
36
38
12
2
9
CARTA PAI MENUNJUKKAN FAKTOR BERLAKUNYA KEGIATAN PONTENG KOKURIKULUM DI SMK ISKANDAR SHAH 28% INDIVIDU 11%
61%
KELUARGA LAIN-LAIN
Carta pai di atas menunjukkan peratus factor-faktor berlakunya kegiatan ponteng kokurikulum di SMK Iskandar Shah.Kegiatan ponteng kokurikulum berlaku berpunca daripada individu adalah sebanyak 61%.Bagi masalah yang berpunca daripada keluarga adalah sebanyak 11% manakala bagi punca lainlain adalah sebanyak 28%.
10
Cara-cara mengatasi kegiatan ponteng kokurikulum.
Berdasarkan kajian yang dijalankan di S.M.K Iskandar Shah, masalah ponteng kokurikulum ini kerap berlaku disebabkan sikap pelajar yang tidak mengendahkan langsung aktiviti kokurikulum ini. Bagi mengatasi masalah ponteng ini dari terus berlaku, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan pelajar ponteng aktiviti kokurikulum. Antara langkah paling sesuai yang perlu dijalankan adalah :
1. Menguatkuasakan peraturan sekolah berkaitan dengan kokurikulum. •
Penguatkuasaan peraturan sekolah berkaitan dengan kokurikulum perlu dijalankan kerana kokurikulum adalah bidang yang penting untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti. Contohnya, pelajar yang terlibat dengan kegiatan ponteng kokurikulum ini perlu diberi hukuman yang sesuai seperti membersihkan kawasan persekitaran sekolah. Sekiranya langkah ini berhasil, ini boleh menimbulkan perasaan takut dalam kalangan pelajar untuk ponteng kokurikulum.
2. Pihak Kaunseling perlu mengadakan program motivasi terhadap pelajar yang ponteng. •
Pihak kaunseling merupakan badan yang amat penting disekolah untuk memberi khidmat kaunseling kesalahan seperti
atau
motivasi
dan
tunjuk
ajar
terhadap
yang
melakukan
ponteng sekolah dan ponteng kokurikulum. Pemberian kaunseling
yang berkesan terhadap pelajar yang bermasalah boleh meningkatkan daya pemikiran mereka tentang pentingnya aktiviti kokurikulum terhadap mereka.
11
3. Peranan ibu bapa memberikan galakan supaya anak-anak mereka melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. •
Peranan Ibu bapa adalah penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah mengetahui pergerakan anak-anak mereka supaya tidak terlibat dalam gejala ponteng. Selain itu, ibu bapa juga perlu meluangkan masa
dengan anak-anak untuk mengetahui perkembangan tentang
akademik dan kokurikulum anak-anak mereka.
4. Persatuan PIBG perlu bekerjasama untuk mengatasi masalah ponteng kokurikulum ini. •
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting untuk
mengelakkan pelajar terlibat dengan gejala ponteng kokurikulum. Mereka
perlulah membuat perjumpaan yang lebih kerap diantara ibu bapa, pelajar dan guru untuk
membincangkan tentang
prestasi
anak-anak
mereka
dari
segi
akademik
mahupun aktiviti kokurikulum.
5. Peranan masyarakat yang bekerjasama dapat mengatasi masalah ponteng kokurikulum ini. •
Masyarakat adalah orang yang selalu melihat gejala ponteng kokurikulum ini berlakudalam kalangan pelajar di kawasan-kawasan tertentu. Contohnya di kawasan pusat
membelibelah,
kedai
komputer
dan
rumah-rumah
kosong.
Sekiranya,
masyarakat melihat gejala ponteng kokurikulum ini berlaku dimana-mana
tempat,
mereka perlulah bersikap prihatin supaya melaporkan kejadian ponteng kokurikulum ini kepada pihak sekolah.
12
Kesan-kesan kegiatan ponteng kokurikulum
Ponteng kokurikulum sebenarnya tidak pernah menjanjikan kebaikan dan keseronokan kepada pelajar. Malah, ia mendatangkan keburukan pada diri pelajar itu sendiri. Antara kesan-kesan negatif yang timbul ialah seperti berikut: 1. Pembaziran masa dan tenaga •
Kesan yang dihadapi jika pelajar ponteng kokurikulum adalah merugikan masa mereka sendiri. Masa yang dibazirkan tidak akan dipulangkan ataupun dikembalikan. Jika mereka dapat menggunakan masa mereka dengan baik iaitu tidak ponteng aktiviti kokurikulum dan mementingkan pelajarannya, mereka akan berjaya dalam masa yang akan datang dan kejayaanya dapat memberi kehidupan yang baik dan selesa kepada generasi akan datang.
2. Masyarakat memandang serong terhadap pelajar •
Kesan kedua yang dihadapi adalah masyarakat akan memandang rendah kepada mereka yangterlibat dengan ponteng dan ini secara tidak langsung mereka akan memalukan maruah keluarga. Sebagai contoh,apabila seseorang ternampak sekumpulan pelajar sedang ponteng sekolah ataupun kokurikulum, satu-satunya tanggapan mereka terhadap pelajar tersebut adalah mereka ponteng. Masyarakat juga akan menyalahkan ibu bapa dan guru mereka kerana merekatidakdapat mendidik anak-anaknya dengan baik dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai penjaga dan pendidik.
13
3. Masa Depan tidak terjamin •
Kesan
lain
yang
akan
dihadapi
oleh
pelajar
tersebut
adalah
mereka
akan
ditertawakan oleh rakan-rakan lain sekiranya mereka gagal dan masa depan pelajar ini akan hancur kerana mereka tidak lagi dipercayai oleh masyarakat dan negara. negara juga bakal menghadapi kekurangan bakal peneraju yang berwawasan pada masa akan datang.
4. Menjejaskan markah kokurikulum kepada pelajar •
Walaupun sudah dinyatakan kesan serta akibat daripada gejala ponteng kokurikulum ini namun, masalah ponteng kokurikulum ini terus berlaku dalam kalangan pelajar. Risiko yang perlu ditanggung oleh pelajar disebabkan gejala ponteng kokurikulum lebih ditekankan kepada peratus kedatangan pelajar. Kedatanagn amat penting untuk memperoleh markah yang baik dalam kegiatan kokurikulum. Lazimnya para pelajar yang kerap ponteng dalam aktiviti kokurikulum dengan sendirinya turut menjejaskan rekod kehadiran kokurikulumnya. Markah penuh hanya boleh diberi untuk kehadiran manakala aktiviti yang lain tidak akan mendapat markah penuh kecuali mereka terlibat dengan pertandingan antarabangsa dan mencapai johan dalam keseluruhan sukan dan permainan. Hal ini boleh dirujuk pada lampiran 1.
Kesannya lebih
merunsingkan sekiranya kehadiran pelajar terbabit tidak memuaskan, pemarkahan kokurikulum mereka akan berkurangan dan tidak layak untuk meneruskan pelajaran ke universiti.
14
Kesimpulan Banyak
faedah
yang
diperoleh jika seseorang
pelajar
itu
melibatkan diri dalamkegiatan
kokurikulum. Namun begitu,banyak pelajar yang tidak berminat untuk melibatkan diridalam kegiatan kokurikulum. Mereka menganggap menyertai kegiatan kokurikulum hanyalahmembuang masa dan boleh dikatakan kebanyakan ibu bapa tidak rasa bersalah jika anak-anakmereka ponteng aktiviti kokurikulum. Para pelajar akan memanfaatkan waktu senggang merekadengan berfaedah
jika
melibatkan
diri
dalam
aktiviti
kokurikulum.
Dengan
menyertai
kegiatankokurikulum, sikap berdisiplin juga dapat ditanam dalam diri pelajar-pelajar sekolah.
Kegiatan kokurikulum juga dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dengan guru. Hal ini semestinya juga akan dapat memupuk sikap bekerjasama dan toleransi dalamkalangan pelajar. Perpaduan kaum penting untuk membentuk sebuah Negara yang amandamai,supaya rusuhan kaum 13 Mei 1969 tidak berulang lagi. Lebih penting lagi, para pelajardapat meluaskan ilmu pengetahuan melalui penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum.
Dengan menyertai aktiviti-aktiviti kokurikulum, seorang pelajar dapat menyihatkan badan dan mencerdaskan otak serta dapat membina keyakinan diri dalam mengharungikehidupan dan ini juga secara tidak langsung akan mengurangkan berlaku gejala sosial yangmelibatkan pelajar kerana masa lapang pelajar telah diisi dengan aktiviti yang berfaedah.
15
Ponteng aktiviti kokurikulum.
Ponteng diluar kawasan sekolah.
16
LAMPIRAN 1
PANDUAN PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM.
ASPEK PENILAIAN Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang murid/pelajar dalam setiap jenis aktiviti yang disertai adalah berdasarkan kepada empat aspek yang memperuntukkan markah seperti berikut:
ASPEK PENILAIAN
PERATUS MARKAH
Kehadiran
50
Jawatan disandang
10
Penglibatan
20
Pencapaian
20
JUMLAH
100
17
LAMPIRAN 2 Kelab/ Persatuan/ Sukan/ Seni bela diri:
JAWATAN
MARKAH
Pengerusi/ Presiden/ Kapten Pasukan/ Ketua Pasukan sukan/ Permainan/ Ketua rumah
10
Timbalan Pengerusi/ Naib Pengerusi
8
Setiausaha/ Bendahari
7
Penolong Setiausaha/ Penolong Bendahari
6
Ahli Jawatankuasa
5
Ahli Aktif
4
Ahli Biasa
1
Markah aspek penglibatan(20%):
PERINGKAT PENGLIBATAN
MARKAH
Sekolah
8
Zon/ Daerah/ Bahagian
11
Negeri
14
Kebangsaan
17
Antarabangsa
20
18
Markah Aspek Pencapaian (20%)
PERINGKAT PERTANDINGAN
MARKAH Johan
Naib johan
Ketiga
Sekolah
8
7
6
Zon/ Daerah/ Bahagian
11
10
9
Negeri
14
13
12
Kebangsaan
17
16
15
Antarabangsa
20
19
18
19
LAMPIRAN 3 ANALISIS DATA Bahagian A
1) JUMLAH PELAJAR YANG DISOAL SELIDIK : TINGKATAN 1 2 3 4 5 6
PELAJAR(ORANG) 0 29 30 28 14 34
JUMLAH PELAJAR 40 35 30 25 20 JUMLAH PELAJAR 15 10 5 0 TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3 TINGKATAN 4 TINGKATAN 5 TINGKATAN 6
20
2)MENGIKUT JANTINA: JANTINA PEREMPUAN LELAKI JUMLAH
PELAJAR (ORANG) 77 58 135
JANTINA 90 80 70 60 50 JANTINA
40 30 20 10 0 LELAKI
PEREMPUAN
21
3) MENGIKUT KETURUNAN: KETURUNAN MELAYU CINA INDIA JUMLAH
PELAJAR (ORANG) 82 22 31 135
KETURUNAN 90 80 70 60 50 40
KETURUNAN
30 20 10 0 MELAYU
CINA
INDIA
22
4)PEKERJAAN IBU BAPA/PENJAGA: JENIS PEKERJAAN KAKITANGAN KERAJAAN BEKERJA SENDIRI JUMLAH
IBU BAPA/PENJAGA (ORANG) 72 63 135
PEKERJAAN IBU BAPA 74 72 70 68 66 PEKERJAAN IBU BAPA 64 62 60 58 KAKITANGAN KERAJAAN
BEKERJA SENDIRI
23
5)JARAK ANTARA RUMAH DENGAN SEKOLAH: JARAK (KM) BAWAH 1 2-4 5-6 7-8 LEBIH DARI 10 JUMLAH
PELAJAR (ORANG) 14 18 18 20 65 135
JARAK ANTARA RUMAH DENGAN SEKOLAH 70 60 50 40 JARAK ANTARA RUMAH DENGAN SEKOLAH
30 20 10 0 BAWAH 1KM
2-4 KM
5-6 KM
7-8 KM
LEBIH 10 KM
24
6)CARA DATANG KE SEKOLAH: CARA DATANG BERJALAN KAKI BERBASIKAL MOTOSIKAL BAS KERETA JUMLAH
PELAJAR (ORANG) 19 24 25 23 44 135
CARA DATANG KE SEKOLAH 50 45 40 35 30 25 20
CARA DATANG KE SEKOLAH
15 10 5 0 BERJALAN BERBASIKAL MOTOSIKAL KAKI
BAS
KERETA
25
7)JIKA TIDAK HADIR KE KOKURIKULUM DI MANAKAH ANDA BERADA? TEMPAT DI RUMAH DI KOMPLEKS BELI-BELAH DI STESYEN BAS DI PONDOK BERSAMA KAWAN DI TEMPAT LAIN JUMLAH
PELAJAR (ORANG) 105 2 2 0 26 135
JIKA TIDAK HADIR KE KOKURIKULUM DI MANAKAH ANDA BERADA? 120 100 80 60
JIKA TIDAK HADIR KE KOKURIKULUM DI MANAKAH ANDA BERADA?
40 20 0 RUMAH KOMPLEKS STESEN BAS PONDOK BELI BELAH
TEMPAT LAIN
26
Bahagian B Skala : 1 2 3 4 5
Bil. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25.
: : : : :
sangat setuju setuju kurang setuju tidak setuju sangat tidak setuju
Soalan Saya bosan menyertai aktiviti kokurikulum Saya tidak suka aktiviti kokurikulum
5 29
4 24
3 44
2 22
1 16
29
34
45
18
9
Saya malas menyertai aktiviti kokurikulum Aktiviti kokurikulum tidak penting bagi saya Aktiviti yang dilakukan tidak menarik
20
28
44
19
14
52
42
29
10
2
29
30
38
19
19
Aktiviti kokurikulum membazirkan waktu Guru penasihat sentiasa marah
47
36
38
12
2
50
43
27
9
6
Pengangkutan masalah utama bagi saya menyertai kokurikulum Ibu bapa tidak peduli saya menyertai aktiviti kokurikulum atau tidak Rakan-rakan mengajak saya ponteng kokurikulum Ponteng akan menjejaskan markah kokurikulum Saya tidak suka balik lambat ke rumah
44
38
19
10
24
62
22
26
8
17
54
29
27
14
11
12
6
11
31
75
18
9
23
24
51
Saya berasa penat apabila menyertai kokurikulum Saya tidak suka menyertai aktiviti lasak
11
29
26
37
32
55
26
32
12
10
86
20
18
7
4
113
12
5
1
4
38
30
35
16
6
28
19
48
13
27
Saya akan bersembunyi apabila tiba waktu kokurikulum Saya melepak di pusat beli belah jika tidak hadir kokurikulum Saya dipaksa menghadiri kokurikulum Membantu ibu bapa di rumah lebih baik daripada sertai kokurikulum
27
GRAF SKALA MENGIKUT SOALAN YANG DISEDIAKAN 60
50
40 sangat setuju setuju
30
kurang setuju tidak setuju
20
sangat tidak setuju 10
0 Soalan 8
Soalan 9
Soalan 10
Soalan 11
60
50
40 sangat setuju setuju
30
kurang setuju tidak setuju
20
sangat tidak setuju 10
0 Soalan 12
Soalan 13
Soalan 14
Soalan 15
28
80 70 60 50
sangat setuju setuju
40
kurang setuju 30
tidak setuju sangat tidak setuju
20 10 0 Soalan 16
Soalan 17
Soalan 18
Soalan 19
120
100
80 sangat setuju setuju
60
kurang setuju tidak setuju
40
sangat tidak setuju 20
0 Soalan 20
Soalan 21
Soalan 22
Soalan 23
29
60
50
40 sangat setuju setuju
30
kurang setuju tidak setuju
20
sangat tidak setuju 10
0 Soalan 24
Soalan 25
30
SARANAN KAJIAN Kami melakukan kajian ini untuk menyedarkan semua pihak tentang masalah ini. Pihak sekolahseharusnya lebih memainkan peranan mereka membanteras masalah ini. Peranan ibu bapa juga penting dalam mengatasi masalah ini yang dilihat semakin menular dalam kalangan remaja. Pendidikan moral dan sahsiah diri perlu diterapkan di dalam pembelajaran semasa di sekolah untuk membentuk diri para remaja.
31
Bibliografi • Ghazali. (2011). Ponteng Kokurikulum. http://arghazali.blogspot.com • Teck Chong, (2010) Pearson Malaysia, Sdn Bhd. Bahasa Malaysia Kertas 2. Aktiviti Kokurikulum. M/S 67. • Lohan (2011). Kokurikulum Sekolah. http://lohanranau.blogspot.com • Vendy (2011). http://studyworld.blogspot.com • Aiziz Yahaya (Januari 2011), Jurnal Teknologi, 54 (Sains Sosial), Jan 2011 : 25-50. Universiti teknologi Malaysia. www.penerbit.utm.com.my/onlinejournal/54/S/JT54SS_Jan201 1_02.pdf
32