Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BERENDAM, MELAKA Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Disediakan Oleh : ……………………………
m/s 1
Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Nama : ……………………………… Kelas : ……………………………… No. I/C : …………………………….. Nama Guru : …………………………………….
Biodata Murid Nama : …………………………………………………. Umur : ………………….. Tarikh Lahir : …………………… Nama Ayah : …………………… Nama Ibu : ………………………. Bil. Adik beradik : …………… Cita – Cita : ………………….. Hobi : …………………………………………. Falsafah Hidup : Don’t worry be happy.
Disediakan Oleh : ……………………………
m/s 2
Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
PENGHARGAAN
Penghargaan yang tidak terhingga serta ucapan terima kasih saya kepada guru pembimbing iaitu Puan MAZURA BINTI MUSTAFA, ibubapa, rakan-rakan dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahu pun tidak bagi menyumbangkan idea, kerjasama dan sokongan sepanjang penghasilan folio ini.
Disediakan Oleh : ……………………………
m/s 3
Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Isi Kandungan 1.0 Pengenalan (Konsep Penjajahan) ........................................................................ 5 a) Konsep Imperialisme ........................................................................................ 5 b) Konsep Kolonialisme ........................................................................................ 5 c)
Konsep Mekantilisme ....................................................................................... 5
2.0 Kedatangan Kuasa Luar....................................................................................... 6 a) Kuasa Luar dan kawasan yang dikuasai .......................................................... 6 b) Kronologi Kedatangan Penjajah ....................................................................... 7 3.0 Tujuan Kedatangan Kuasa Luar ........................................................................... 8 4.0 Banding Beza Tujuan Kedatangan Penjajah British dan Jepun ........................... 9 5.0 Penentangan Oleh Tokoh Tempatan ................................................................... 9 a) Nama Pemimpin dan tokoh tempatan mengikut zaman penjajahan............... 10 b) Peristiwa penentangan oleh pemimpin tempatan ........................................... 10 6.0 Kesimpulan ........................................................................................................ 13 7.0 Lampiran ............................................................................................................ 14 Lampiran 1 ............................................................................................................ 14 Lampiran 2 ............................................................................................................ 15 Lampiran 3 ............................................................................................................ 16 8.0 Bibliografi ........................................................................................................... 17
Disediakan Oleh : ……………………………
m/s 4
Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
1.0 Pengenalan (Konsep Penjajahan) Kedudukan Negara kita yang strategik dan kaya dengan sumber bahan mentah telah menarik kuasa luar datang ke Negara kita. Secara tidak langsung kuasa luar sudah mula berminat untuk menjajah Negara kita untuk pelbagai tujuan. Konsep penjajahan boleh terbahagi kepada tiga iaitu:
a) Konsep Imperialisme
Penjajahan dan peluasan kuasa berdasarkan sempadan politik dan kedaulatan negara.
b) Konsep Kolonialisme
Peluasan kuasa dan penjajahan serta meletakkan pengaruh terhadap negara yang dijajah. Sama ada pengaruh dalam bidang politik, ekonomi dan sosio budaya berasaskan peradaban dan budaya penjajah.
c) Konsep Mekantilisme
Peluasan kuasa dan penjajahan serta meletakkan kuasa dalam aspek ekonomi. Membolot
kekayaan
ekonomi
dan
keuntungan
untuk
negara
penjajah.
Menjadikan negara jajahan bergantung ekonomi dengan negara penjajah. Penjajahan berlaku apabila sebuah negara menguasai negara atau bangsa lain - selalunya melalui cara yang agresif atau ketenteraan dan menyaksikan wilayah diambil dengan cara ini. Istilah penjajahan dan imperialisme kadangkadang digunakan bertukar ganti tetapi sarjana selalunya membezakan di antara kedua-duanya; penjajahan bagi satu negara yang menguasai negara lain melalui kuasa politik, dan imperialisme lebih kepada istilah umum untuk penguasaan politik atau ekonomi sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Disediakan Oleh : ……………………………
m/s 5
Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
2.0 Kedatangan Kuasa Luar Negara kita terletak di tengah – tengah laluan perdagangan antara Timur dengan Barat.
Kekayaan sumber bahan mentah telah menarik kuasa luar
datang untuk meakluki Negara kita.
Kemunculan Melaka sebagai pusat
perdagangan telah menarik minat kuasa luar datang ke Melaka. *Sila rujuk Lampiran 1 untuk Laluan Pelayaran kuasa luar ke Melaka. a) Kuasa Luar dan kawasan yang dikuasai
Kedatangan kuasa luar ini disebabkan oleh penemuan jalan laut, penyebaran agama dan keperluan bahan mentah. Kuasa tersebut ialah: •
Portugis - Portugis telah datang ke Melaka pada tahun 1509. Pada awalnya kedatangan mereka hanya untuk berdagang. Oleh sebab Melaka menjadi pusat perdagangan rempah dan enterpot yang terkenal, Portugis telah menawan Melaka pada tahun 1511.
•
Belanda - Belanda telah pun bertindak di Betawi (Indonesia) semasa menguasai Melaka. Belanda ingin monopoli kawasan perdagangan di Selat Melaka. Selain itu, Belanda juga hendak menguasai rempah dan bijih timah. Belanda dengan bantuan Johor telah menakluki Melaka pada tahun 1641.
•
British
-
Semasa Belanda menguasai Melaka, pihak British telah
bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1786. Namun pelabuhan Pulau Pinang tidak berkembang maju, oleh itu, British hendak menguasai pelabuhan Melaka serta ingin menguasai kawasan bijih timah di Semenanjung Tanah Melayu. Melalui Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, British telah dapat menduduki Melaka. •
Jepun
-
Jepun mula menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember,
melalui daripada kawasan utara Tanah Melayu mengikut jalan darat daripada Negara Thailand. Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan tentera Jepun pada Februari 1942. Pendudukan Jepun berakhir Disediakan Oleh : ……………………………
m/s 6
Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
pada 12 September 1945 selama lebih kurang tiga tahun setengah. *Sila rujuk Lampiran 2 untuk pelancaran Jepun dua arah.
b) Kronologi Kedatangan Penjajah Tahun 1511
Portugis menakluk Melaka.
Tahun 1641
Belanda menguasai Melaka selepas mengalahkan Portugis.
Tahun 1786
British Berjaya menduduki Pulau Pinang melalui perjanjian dengan Sultan Kedah. Menerusi Perjanjian Inggeris – Belanda, British mendapat hak
Tahun 1824
meluaskan
pengaruh
di
Semenanjung
Tanah
Melayu,
Sarawak dan Sabah. Tahun 1841 Tahun 1882
British menguasai Sarawak melalui pelantikan James Brooke sebagai Gabenor Sarawak. British menguasai Sabah. Pendudukan Jepun dari Tahun 1942 hingga Tahun 1945.
Tahun 1942
Jepun menguasai Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Disediakan Oleh : ……………………………
m/s 7
Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
3.0 Tujuan Kedatangan Kuasa Luar Kuasa luar yang datang ke negara kita disebabkan oleh faktor perdagangan, kemegahan, penyebaran agama kristian, keperluan bahan mentah dan peluasan tanah jajahan. Faktor Perdagangan
Huraian Permintaan rempah sangat tinggi di Eropah. Oleh itu, kuasa Barat ingin menguasai Melaka yang merupakan pusat pengumpulan dan pengedaran rempah. Kemegahan Negara-negara Eropah bersaing untuk menjadi kuasa yang dikagumi. Oleh itu, mereka perlu mendapatkan tanah jajahan. Melalui penaklukan tersebut, kuasa Barat diiktiraf dan disanjung oleh negara lain. Penyebaran Agama Agama Islam sudah berkembang luas di Asia Tenggara. Oleh itu, kedatangan mereka juga didorong oleh hasrat untuk menyebarkan agama Kristian di Asia Tenggara. Keperluan Bahan Mentah Selepas berlaku Revolusi Perindustrian di Eropah, kuasa barat memerlukan bahan mentah seperti bijih timah, bijih besi, emas dan arang batu. Bahan mentah ini merupakan keperluan utama kilang mereka. Oleh itu, British ingin menguasai negara kita yang kaya dengan bijih timah. Peluasan Tanah Jajahan British dan kuasa Eropah yang lain bersaing di Asia Tenggara. Tujuan mereka adalah untuk perdagangan, keperluan bahan mentah, kemegahan dan penyebaran agama Kristian. Oleh itu, Belanda telah menakluk Indonesia, Sepanyol menakluki Filipina, Perancis menakluk Indochina dan British menakluk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. *Sila rujuk Lampiran 3 untuk Peluasan kuasa Luar
Disediakan Oleh : ……………………………
m/s 8
Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
4.0 Banding Beza Tujuan Kedatangan Penjajah British dan Jepun British mula bertapak di negara kita pada tahun 1786 manakala Jepun pula menduduki Tanah Melayu pada tahun 1942. Kedua – dua Negara, British dan Jepun telah menakluk Negara ini mempunyai tujuan mereka masing – masing yang agak sama namun ada juga yang berbeza. Ianya seperti jadual dibawah:
British •
Keperluan bahan mentah
Jepun •
Keperluan bahan mentah
seperti bijih timah dan bijih besi
seperti bijih timah dan getah
bagi kilang di negara mereka.
untuk kilang di Jepun.
•
Pasaran barang kilang.
•
Pasaran barang kilang.
•
Menunjukkan kemegahan dan
•
Menamatkan penjajahan Barat
kuasa.
di Asia Tenggara dengan slogan ‘Asia untuk Asia’.
•
Bersaing dengan kuasa barat yang lain untuk mendapatkan
•
Membentuk sebuah empayar yang kuat di Asia.
tanah jajahan.
5.0 Penentangan Oleh Tokoh Tempatan Penjajahan kuasa luar tidak disenangi oleh penduduk tempatan. Penjajahan kuasa luar di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah telah menyebabkan pemimpin dan pembesar tempatan kehilangan kuasa dan kedaulatan. Oleh itu, mereka menentang kuasa luar tersebut.
Disediakan Oleh : ……………………………
m/s 9
Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
a) Nama Pemimpin dan tokoh tempatan mengikut zaman penjajahan ZAMAN TOKOH/PEMIMPIN YANG MENGETUAI PENJAJAHAN PENENTANGAN Portugis di Melaka
Sultan Mahmud Shah
Belanda di Perak
Raja Haji
British di Perak
Dato’ Maharaja Lela
British di Sarawak
Rentap
British di Sabah
Mat Salleh
Jepun di Tanah Melayu
Anggota Force 136
b) Peristiwa penentangan oleh pemimpin tempatan i) Sultan Mahmud Shah – Sultan Mahmud Shah menentang Portugis. Sultan Mahmud Shah telah berusaha berkali-kali menawan semula Melaka. Pada tahun 1515 hingga tahun 1519, Sultan Mahmud Shah melancarkan serangan sebanyak tiga kali. Contohnya, pada tahun 1517, baginda dengan bantuan askar dari Muar menyerang Protugis di Melaka tetapi gagal. Baginda juga gagal mengepung Melaka untuk menyekat kemasukan bekalan makanan. Kegagalan Sultan Mahmud Shah ini disebabkan pembinaan Kota AFamosa oleh Portugis. ii)
Raja Haji – Raja Haji Menentang Belanda.
Raja Bugis
Haji dalam
Johor-Riau berusaha
merupakan pembesar berketurunan kerajaan
Johor-Riau.
Kerajaan
berpusat di Riau. Apabila Raja Haji untuk
pengikutnya Disediakan Oleh : ……………………………
menawan
Riau,
Raja
Haji
dan
menentang Belanda. Raja Haji cuba m/s 10
Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
mengepung Melaka pada tahun 1874 tetapi tewas. Pada tahun yang sama, berlaku satu lagi pertempuran di Teluk Ketapang. Raja Haji terkorban dalam pertempuran ini.
iii)
Dato’ Maharaja Lela – Dato’ Maharaja Lela menentang British J.W.W.Birch merupakan Residen pertama di Perak. Birch mengambil alih kuasa memungut cukai menyebabkan tindakannya itu tidak disukai oleh pembesar. Birch mengharamkan amalan menyimpan hamba oleh pembesar tempatan. Pembesar tempatan berasa marah akan tindakannya itu. Dato' Maharaja Lela bersama-sama dengan pembesar tempatan yang lain merancang membunuh Birch. Akhirnya Birch mati di Pasir Salak pada tahun 1875.
iv)
Rentap – Rentap Menentang British
Rentap
ialah
ketua
orang
Iban.
Rentap
mengutip cukai di
sungai Skrang. James Brooke
menganggap
orang Iban di Sungai Skrang
sebagai
lalu
lanun
bertindak Oleh
itu,
untuk
menghapuskan
mereka.
Rentap
telah menyerang
kubu Brooke di Nanga Skrang
pada tahun 1853. Pada tahun 1857 hingga tahun 1858, James Brooke telah beberapa kali menyerang Rentap tetapi gagal. Rentap terpaksa berundur diri apabila James Brooke menyerangnya selama sebulan di Bukit Sadok. Rentap meninggal dunia sebelum dapat menyerang balas terhadap James Brooke. v)
Mat Salleh – Mat Salleh menentang British
Disediakan Oleh : ……………………………
m/s 11
Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Mat Salleh merupakan pembesar Sulu di Sungai Sugut. menentang Penentangan
Mat Salleh
Syarikat
Borneo Utara British (SBUB).
ini
disebabkan SBUB mengambi
hak kutipan cukai daripada
pembesar tempatan.
juga
bertindak
memusnahkan kampong Mat
Salleh. Mat Salleh marah
lalu membakar Pulau Gaya,
iaitu
British.
pusat
pentadbiran
untuk mendamai dengan
SBUB
membenarkan
mentadbir daerah Tambunan.
SBUB
bersetuju
Mat
Namun, SBUB tidak menepati janji.
Salleh Mat
Salleh menyerang semula SBUB tetapi terkorban dalam peperangan pada tahun 1900.
vi)
Angkatan Force 136 – Angkatan Force 136 menentang Jepun
Pihak British tewas kepada Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Kegagalan ini menyebabkan British membentuk Force 136. Tujuannya adalah untuk menentang Jepun di Tanah Melayu.
Force 136 merupakan pasukan sulit yang menentang Jepun. Markasnya
terletak
di
Sri
Lanka
dan
India.
Force
136
bertanggungjawab menaikkan semangat penduduk Tanah Melayu menentang Jepun. Force 136 bertindak mengumpul sukarelawan tempatan menentang Jepun. Ahli Force 136 terdiri daripada pemuda dan pemudi Melayu. Mereka diberi latihan dan senjata untuk menentang Jepun. Disediakan Oleh : ……………………………
m/s 12
Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
6.0 Kesimpulan Dalam bab ini , saya telah mengetahui bahawa sejarah penjajahan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta mengenali Pahlawan – pahlawan yang pernah wujud di Negara kita.
Lokasi yang sangat strategic dan jauh dari
bencana alam serta Selat Melaka di Melaka yang mempunyai pusat perdagangan yang sangat pesat disamping Negara yang kaya dengan sumber bahan mentah menyebabkan banyak kuasa luar ingin menakluk Negara kita. Kekayaan tanah air telah dibolot oleh pejajah dan penduduknya pula ditindas . Demi mengembalikan maruah bangsa dankedaulatan negara , Pahlawan tanah air telah berjuang bersama-sama rakyat tempatan untuk menentang penjajah. Walaupun mereka gagal , namun semangat dan keberanian mereka amat dikagumi dan menjadi inspirasi kepada perjuangs seterusnya. Perjajahan kuasa asing telah meninggalkan kesan yang pahit kepada seluruh rakyat pada ketika itu.
Maka, sebagai rakyat kita harus belajar untuk hidup dengan cara aman dan damai. Ini adalah, untuk kekal menjadi bangsa yang bermaruah dan negara yang berdaulat adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membina jati diri serta memperkasa bangsa dan Negara.
Disediakan Oleh : ……………………………
m/s 13
Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
7.0 Lampiran Lampiran 1 Laluan Pelayaran kuasa luar ke Melaka (Portugis, Belanda dan British)
Disediakan Oleh : ……………………………
m/s 14
Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Lampiran 2 Serangan tentera Jepun ke atas Tanah Melayu dilancarkan melalui dua arah iaitu pantai Timur dan Pantai Barat melalui jalan darat daripada Negara Thailand.
Disediakan Oleh : ……………………………
m/s 15
Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Lampiran 3
Disediakan Oleh : ……………………………
m/s 16
Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
8.0 Bibliografi a) Buku Teks Kajian Tempatan Tahun 5 b) Buku Teks Sejarah Tingkatan 2 c) http://ms.wikipedia.org/wiki/Penjajahan d) http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=139& xslFile=orange e) http://en.wikipedia.org/wiki/Mahmud_Shah_of_Malacca f) http://en.wikipedia.org/wiki/Lela_Pandak_Lam g) http://en.wikipedia.org/wiki/Rentap h) http://ms.wikipedia.org/wiki/Mat_Salleh i) http://en.wikipedia.org/wiki/Force_136
Disediakan Oleh : ……………………………
m/s 17