KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 2014 i
ii
DOKUMEN STANDARD
PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV) MODUL JATI DIRI
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya
Cetakan Pertama 2013 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya
KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA
vi
2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
vii
3. KATA PENGANTAR
viii
4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard
1 1 1 2
5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P
2 2
6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2 Objektif Modul 6.3 Fokus Modul 6.4 Organisasi Standard Kurikulum 6.5 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian
4 4 4 5 7-13
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
Kata Pengantar Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.
(Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA) Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
viii
PENGENALAN Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum Standard Pendidikan Islam bagi Pendidikan Asas Vokasionsal (PAV) digubal untuk melahirkan murid bertakwa, berperanan sebagai hamba dan khalifah Allah SWT yang berjaya di dunia dan di akhirat. Bagi mencapai matlamat ini, murid dibekalkan dengan ilmu berkaitan al Quran, hadis, akidah, ibadah, sirah dan akhlak. Pendidikan Islam PAV juga menekankan kepada aspek ilmu, amali, amalan, penghayatan dan pembudayaan.
Pelbagai strategi digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran dengan memberi penekanan kepada pembelajaran secara “hands-on learning”. Penekanan juga diberi kepada kesepaduan ilmu dan amali. Strategi pembelajaran dan pengajaran yang dirancang merangkumi pendekatan, kaedah dan teknik bagi memenuhi kriteria pencapaian yang telah ditetapkan.
Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik. Pentaksiran formatif dijalankan secara berterusan semasa pembelajaran dan pengajaran untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Kelemahan murid yang dikenal pasti hendaklah diatasi melalui aktiviti pemulihan manakala kekuatan murid perlu ditingkatkan melalui aktiviti pengayaan. Di samping itu pentaksiran sumatif dilaksanakan untuk menentukan tahap penguasaan dan pencapaian murid.
Matlamat Pendidikan Asas Vokasional Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Objektif Pendidikan Asas Vokasional Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Ini bersesesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang kerja tangan. PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui
1
aktiviti yang menarik dan berkesan, murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga. Kurikulum Berasaskan Kompetensi Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian. Kurikulum Modular Berasaskan Standard Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan Kriteria Pencapaian Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan bagi setiap Standard Pembelajaran.
1
PELAKSANAAN Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 4 waktu seminggu selama 35 minggu menjadikan keseluruhan 140 waktu setahun.
Guru berlatarbelakang opsyen Pendidikan Islam paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Penggunaan Teknologi Dalam P&P Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran masih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru perlu mengolah P&P supaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan.
1
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM
PENDIDIKAN ISLAM
1
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) Matlamat Modul
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Islam bagi Pendidikan Asas Vokasional (PAV) adalah untuk membina dan membentuk hamba dan khalifah Allah S.W.T yang berilmu, beriman, bertakwa, beramal soleh, berakhlak mulia, berkemahiran dan berketrampilan berdasarkan al- Quran dan al-Sunah serta menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta kesejahteraan ilmu demi mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Objektif Modul Di akhir modul ini, murid akan dapat;
. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
Membaca ayat-ayat dan surah-surah pilihan daripada al Quran dengan betul dan bertajwid. Melazimi bacaan al-Quran dalam kehidupan seharian. Menghafaz ayat-ayat dan surah-surah pilihan daripada al Quran dengan betul dan bertajwid Mengamalkan ayat-ayat hafazan sebagai bacaan dalam solat dan amalan kehidupan seharian. Memahami ayat-ayat pilihan daripada al Quran untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya. Memahami hadis-hadis pilihan untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya. Memahami dan meyakini akidah Islamiah sebagai pegangan hidup. Memahami, mengamalkan dan menghayati fikah ibadah dalam kehidupan seharian. Memahami, mengambil iktibar dan meneladani Sirah Nabi Muhammad SAW serta sejarah tokoh-tokoh Islam dalam kehidupan seharian. 10.Memahami, mengamalkan dan menghayati akhlak Islamiah dalam kehidupan seharian.
Fokus Modul Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang Pendidikan Islam memberi penekanan kepada asas pengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal dengan menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan. Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah dan nilai (kewarganegaraan dan sivik) yang boleh membina jati diri dalam kalangan murid. Kesepaduan ini berjalan serentak dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Kurikulum ini memberikan tumpuan kepada latar belakang sejarah tanah air, demografi dan warisan sosiobudaya untuk memberi pengetahuan yang lebih jelas kepada murid. Justeru, kurikulum ini juga memberi tumpuan kepada penghayatan dan pemupukan nilai kewarganegaraan serta jati diri murid dalam mewujudkan semangat daya saing. Selain itu,
1
menekankan Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah bagi membolehkan murid kreatif dan berkeyakinan dalam berkomunikasi untuk menghadapi abad ke-21. Kurikulum Pendidikan Islam PAV memberi penekanan kepada penguasaan membaca, menghafaz ayat al Quran daripada surahsurah pilihan serta memberi tumpuan kepada kefahaman ayat al Quran dan hadis pilihan. Kurikulum ini juga memfokuskan kepada peneguhan akidah, pelaksanaan tuntutan ibadah, mencontohi nilai-nilai murni serta penghayatan terhadap sirah Rasulullah SAW dan tokoh-tokoh Islam serta mengamalkan akhlak islamiah dalam kehidupan seharian.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:
Pendekatan modular berasaskan kompetensi Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif) Pembelajaran kolaboratif dan koperatif Pembelajaran masteri Integrasi TMK merentas kurikulum Integrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri Pengurusan kewangan berhemah
Organisasi Standard Kurikulum Standard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 2 hingga 3. Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajaran tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan ini merupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks, sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan pembelajaran.
1
Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan kebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi. Organisasi kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Menengah dibahagikan kepada 6 bidang pembelajaran : 1.
Bidang al Quran. Bidang al Quran menumpukan perkara-perkara berikut: a. b. c.
2.
Bidang Hadis. Bidang Hadis menumpukan perkara-perkara berikut: a. b.
3.
Pengenalan Hadis. Kefahaman hadis-hadis pilihan.
Bidang Akidah. Bidang akidah menumpukan perkara-perkara berikut: a. b. c.
4.
Bacaan ayat-ayat pilihan. Hafazan ayat-ayat dan surah-surah pilihan. Kefahaman ayat-ayat pilihan.
Ilahiyyat. Nubuwwat. Sam’iyyat.
Bidang Fikah. Bidang fikah menumpukan perkara-perkara berikut: a.
Ibadah.
1
5.
Bidang Sirah dan Tokoh. Bidang sirah dan tokoh menumpukan perkara-perkara berikut: a. Sirah Nabi Muhammad SAW. b. Sejarah tokoh-tokoh Islam.
6.
Bidang Akhlak Islamiah. Bidang akhlak Islamiah menumpukan perkara-perkara berikut: a. Akhlak dengan Allah SWT. b. Akhlak sesama manusia. c. Akhlak dengan alam.
1
PEMETAAN DSK PENDIDIKAN ISLAM PAV TINGKATAN 1-3 Bidang
Tingkatan 1 1.1 Membaca ayat-ayat berikut: 1.1.1 Surah Al Baqarah ayat 1 - 5 1.1.2 Surah Al Baqarah ayat 201 1.1.3 Surah Al Baqarah ayat 255
Tingkatan 2 1.1 Membaca ayat-ayat berikut: 1.1.4 Surah Al Baqarah ayat 255 dan
Tingkatan 3 1.1 Membaca ayat-ayat berikut: 1.1.6 Surah Yaasin ayat 1 – 27
256 1.1.5 Surah Al Baqarah ayat 284 286
1.2 Membaca dan menghafaz surah-
1. Al Quran
1.2 Membaca dan menghafaz surah-
1.2 Membaca dan menghafaz ayat-ayat
surah berikut:
surah dan ayat-ayat berikut:
berikut:
1.2.1 Surah Al Fatihah
1.2.5 Surah Al ‘Asr
1.2.8 Surah Al Baqarah ayat 1-5
1.2.2 Surah Al Ikhlas
1.2.6 Surah Al Kafirun
1.2.9 Surah Al Baqarah ayat 255.
1.2.3 Surah Al Falaq
1.2.7 Surah Al Baqarah ayat 201
1.2.4 Surah Al Nas 1.3 Memahami ayat Al Quran: 1.3.1 Surah Al Mukminun ayat 5 – 7 (Menjaga kehormatan diri.)
1.3 Memahami ayat Al Quran: 1.3.2 Surah Al Baqarah ayat 168.
1.3 Memahami ayat Al Quran: 1.3.3 Surah Al Maidah ayat 90.
(Memahami makanan halal dan
(Memahami perbuatan-perbuatan
haram.)
haram yang memusnahkan kehidupan.)
2.1 Memahami pengenalan Hadis. 2.2 Memahami dan mengamalkan sifat 2. Hadis
Ikhlas
2.3 Memahami tuntutan bercakap
2.4 Memahami kewajipan mencegah
perkara baik.
kemungkaran
(Hadis Riwayat Bukhari dan Musli m )
(Hadis Riwayat Muslim)
(Hadis Riway at Bukhari dan Muslim)
1
Bidang
Tingkatan 1 3.1 Memahami dan mengamalkan Rukun Islam. 3.2 Memahami dan meyakini Rukun
3. Aqidah
Iman.
Tingkatan 2 3.4 Memahami dan meyakini keimanan kepada malaikat. 3.5 Memahami dan meyakini keimanan kepada kitab suci.
3.3 Memahami dan meyakini keimanan
istilah hukum dalam Islam. 4.2 Memahami konsep bersuci dan mengamalkan cara bersuci. 4.3 Mengenali jenis najis dan cara 4. Fiqah
menyucikannya.
3.6 Memahami dan meyakini keimanan kepada Rasul. 3.7 Memahami dan meyakini keimanan kepada Hari Akhirat. 3.8 Memahami dan meyakini keimanan
kepada Allah SW T. 4.1 Memahami dan menghayati istilah-
Tingkatan 3
kepada Qada dan Qadar. 4.8 Memahami dan mengamalkan Tayammum. 4.9 Memahami dan mengamalkan ibadah
4.10 Memahami dan mengamalkan solat : 4.10.1 Solat Qasar dan Jamak.
Puasa.
4.10.2 Solat ketika sakit.
4.9.1 Puasa Ramadan.
4.10.3 Solat Fardu Jumaat.
4.9.2 Puasa Sunat
4.4 Memahami dan mengamalkan Istinjak. 4.5 Memahami dan menyempurnakan wuduk. 4.6 Mengenalpasti jenis-jenis mandi. 4.7 Mengamalkan solat fardu. 5.1 Mengetahui dan menghayati riwayat
5. Sirah
5.2 Memahami dan mengambil
hidup Rasulullah SAW dan
pengajaran daripada keunggulan
mengambil pengajaran daripadanya
perjuangan tokoh-tokoh Khulafa al
serta mengamalkannya dalam
Rasyidin.
kehidupan seharian.
5.3 Memahami dan mengambil pengajaran daripada keunggulan perjuangan tokoh-tokoh. 5.3.1 Saidatina Khadijah 5.3.2 Saidatina Fatimah
5.2.1 Saidina Abu Bakar al Siddiq
5.3.3 Saidina Abdul Rahman bin Auf
6
Bidang
Tingkatan 1
Tingkatan 2 5.2.2 Saidina Umar al Khattab
Tingkatan 3 5.3.4 Saidina Bilal bin Rabah
5.2.3 Saidina Uthman al Affan 5.2.4 Saidina Ali Abi Talib 6.1 Memahami dan mengamalkan adab ketika menuntut ilmu. 6.2 Memahami dan mengamalkan adab 6. Akhlak
dengan rakan. 6.3 Memahami, menghayati dan mengamalkan sifat amanah.
6.4 Memahami dan mengamalkan sifat mahabbah. 6.5 Memahami dan mengamalkan adab terhadap ibu bapa dan keluarga. 6.6 Memahami dan mengamalkan sifat malu.
6.7 Memahami dan mengamalkan adab di masjid dan surau. 6.8 Memahami dan mengamalkan adab berjiran 6.9 Memahami, menghayati dan mengamalkan sifat pemaaf.
7
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL TINGKATAN SATU STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Membaca ayat-ayat berikut: 1.1.1 Surah al Baqarah
KRITERIA PENCAPAIAN
1.1.1.1 Membaca ayat 1-5 surah al Baqarah dengan betul dan bertajwid. 1.1.1.2 Membaca ayat 1-5 surah al Baqarah sebagai amalan harian.
ayat 1 – 5. 1.1.2 Surah al Baqarah ayat 201. 1.1.3 Surah al Baqarah ayat 255.
1. Membaca, Menghafaz Dan Memahami Ayat al
1.2 Membaca dan menghafaz surah-surah berikut: 1.2.1 Surah al Fatihah.
Quran 1.2.2 Surah al Ikhlas.
1.1.2.1 Membaca ayat 201 surah al Baqarah dengan betul dan bertajwid. 1.1.2.2 Membaca ayat 201 surah al Baqarah sebagai amalan harian. 1.1.3.1 Membaca ayat 255 surah al Baqarah dengan betul dan bertajwid. 1.1.3.2 Membaca ayat 255 surah al Baqarah sebagai amalan harian. 1.2.1.1 Membaca dan menghafaz surah al Fatihah dengan betul dan bertajwid. 1.2.1.2 Membaca dan mengamalkan surah al Fatihah dalam solat dan amalan harian. 1.2.2.1 Membaca dan menghafaz surah al Ikhlas dengan betul dan bertajwid. 1.2.2.2 Membaca dan mengamalkan surah al Ikhlas dalam solat dan amalan harian.
1.2.3 Surah al Falaq.
1.2.3.1 Membaca dan menghafaz surah al Falaq dengan betul dan bertajwid. 1.2.3.2 Membaca dan mengamalkan surah al Falaq dalam solat dan amalan harian.
1.2.4 Surah al Nas.
1.2.4.1 Membaca dan menghafaz surah al Nas dengan betul dan bertajwid. 1.2.4.2 Membaca dan mengamalkan surah al Nas dalam solat dan amalan harian.
8
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN 1.3 Memahami ayat Al Quran:
KRITERIA PENCAPAIAN
1.3.1.1 Menyatakan intisari ayat 5-7 surah al Mukminun.
1.3.1 Surah al Mukminun ayat 5 – 7.
1.3.1.2 Menyatakan maksud menjaga kehormatan diri.
(Menjaga kehormatan diri.)
1.3.1.3 Menyatakan maksud dan hukum salah laku seks berikut: a) Zina. b) Liwat (Gay). c) Musahaqah (Lesbian). d) Biseksual. e) Onani. f) Gangguan seksual. 1.3.1.4 Menjelaskan cara menjaga kehormatan diri dari aspek : a) Percakapan. b) Pergaulan. c) Pakaian. 1.3.1.5 Menyatakan hikmah menjaga kehormatan diri. 1.3.1.6 Menyatakan akibat perbuatan salah laku seks.
2. Memahami Konsep Hadis
2.1 Memahami pengenalan
2.1.1 Menyatakan maksud Hadis.
Hadis. 2.1.2 Menyatakan kedudukan Hadis sebagai sumber hukum.
9
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN 2.2 Memahami dan
KRITERIA PENCAPAIAN
2.2.1 Menyatakan intisari hadis.
mengamalkan sifat Ikhlas. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
2.2.2 Menyatakan maksud ikhlas. 2.2.3 Menerangkan kepentingan ikhlas dalam kehidupan seharian. 2.2.4 Menerangkan ciri-ciri orang yang bersifat ikhlas. 2.2.5 Berusaha untuk mengikhlaskan diri dalam amalan.
3.1 Memahami dan
3.1.1 Menerangkan Rukun Islam:
mengamalkan Rukun Islam. 3.1.1.1 Dua kalimah syahadah. 3.1.1.2 Solat. 3.1.1.3 Puasa. 3.1.1.4 Zakat.
3. Mengukuhkan Pegangan Akidah
3.1.1.5 Haji. 3.2 Memahami dan meyakini
3.2.1 Menerangkan Rukun Iman:
Rukun Iman. 3.2.1.1 Beriman kepada Allah. 3.2.1.2 Beriman kepada Malaikat. 3.2.1.3 Beriman kepada Kitab. 3.2.1.4 Beriman kepada Rasul. 3.2.1.5 Beriman kepada Hari Akhirat.
10
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN
3.2.1.6 .Beriman kepada Qadha dan Qadar. 3.2.2 Menyatakan akibat tidak beriman dengan Rukun Iman. 3.3 Memahami dan meyakini keimanan kepada Allah
3.3.1 Menyatakan kewujudan dan keesaan Allah SWT pencipta dan pentadbir seluruh alam.
SW T. 3.3.2 Menyatakan keagungan dan keesaan Allah SWT yang berhak disembah. 3.3.3 Menyatakan keesaan Allah SWT yang memiliki sifat-sifat kesempurnaan. 3.3.4 Menyatakan contoh perlakuan orang yang beriman kepada Allah SWT. 4.1 Memahami dan menghayati
4.1.1 Menyatakan maksud istilah-istilah hukum berikut beserta contoh:
istilah-istilah hukum dalam Islam.
4.1.1.1 Wajib. 4.1.1.2 Sunat. 4.1.1.3 Harus. 4.1.1.4 Makruh.
4. Mengamalkan
4.1.1.5 Haram.
Prinsip Fiqah
4.1.2 Menyatakan hukum berdasarkan masalah. 4.1.3 Berusaha mengamalkan hukum berdasarkan tuntutannya. 4.2 Memahami konsep bersuci
4.2.1 Menyatakan maksud bersuci daripada najis
dan mengamalkannya. 4.2.2 Menyatakan maksud bersuci daripada hadas. 4.2.3 Menyatakan hukum bersuci. 4.2.4 Menyatakan contoh-contoh benda kotor.
11
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN
4.2.5 Menyatakan keburukan mengabaikan kebersihan terhadap diri. 4.2.6 Menjelaskan faedah bersuci. 4.2.7 Sentiasa menjaga kebersihan diri. 4.3 Mengenali jenis najis dan
4.3.1 Menyatakan maksud najis.
cara menyucikannya. 4.3.2 Menyenaraikan contoh benda kotor yang najis dan bukan najis. 4.3.3 Menyatakan maksud najis Mukhaffafah, Mutawassitah dan Mughallazah berserta contoh. 4.3.4 Menunjuk cara menyucikan diri, pakaian dan tempat daripada najis Mukhaffafah, Mutawassitah dan Mughallazah. 4.3.5 Menghasilkan buku skrap berkaitan bersuci. 4.4 Memahami dan mengamalkan Istinjak.
4.4.1 Menyatakan maksud istinjak. 4.4.2 Menyatakan hukum istinjak. 4.4.3 Menyenaraikan alat-alat yang digunakan untuk istinjak. 4.4.4 Menunjuk cara beristinjak yang betul. 4.4.5 Menjelaskan kelebihan beristinjak terhadap individu. 4.4.6 Sentiasa beristinjak dengan sempurna.
4.5 Memahami dan
4.5.1 Menunjuk cara berwuduk dengan sempurna.
menyempurnakan wuduk. 4.5.2 Menyenaraikan perkara-perkara yang membatalkan wuduk. 4.5.3 Melazimi diri sentiasa berwuduk dengan sempurna.
12
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN 4.6 Mengenal pasti jenis-jenis
KRITERIA PENCAPAIAN
4.6.1 Menyatakan maksud mandi.
mandi. 4.6.2 Mengklasifikasikan hukum mandi berdasarkan situasi berikut : 4.6.2.1 Mandi sebelum menunaikan solat Jumaat. 4.6.2.2 Mandi untuk menyegarkan badan. 4.6.2.3 Mandi kerana haid. 4.6.2.4 Mandi sebelum menunaikan solat Hari Raya. 4.6.2.5 Mandi jenazah. 4.6.3 Menyenaraikan perkara-perkara yang menyebabkan wajib mandi. 4.6.4 Menunjuk cara mandi wajib menggunakan model patung. 4.7 Mengamalkan solat.
4.7.1 Menunjuk cara melakukan solat termasuk perkara sunat solat. 4.7.2 Menyatakan perkara-perkara yang membatalkan solat. 4.7.3 Menerangkan akibat meninggalkan solat fardu. 4.7.4 Menjelaskan kelebihan menunaikan solat. 4.7.5 Melaksanakan solat fardu dengan sempurna.
5. Mengambil Iktibar Dan Sirah
Meneladani Rasulullah
SAW Dan Tokoh-
5.1 Mengetahui dan
5.1.1 Menceritakan riwayat hidup Rasulullah SAW :
menghayati riwayat hidup Rasulullah SAW dan mengambil pengajaran
5.1.1.1 Semasa kecil. 5.1.1.2 Semasa remaja.
13
STANDARD KANDUNGAN Tokoh
STANDARD PEMBELAJARAN daripadanya serta
KRITERIA PENCAPAIAN
5.1.1.3 Semasa dewasa.
mengamalkannya dalam kehidupan seharian. 6.1 Mengamalkan adab
5.1.2 Mencontohi sifat Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. 6.1.1 Menyatakan hukum menuntut ilmu.
menuntut ilmu. 6.1.2 Menyenaraikan adab-adab menuntut ilmu. 6.1.3 Menerangkan kelebihan beradab ketika menuntut ilmu. 6.1.4 Menyatakan kesan buruk tidak beradab ketika menuntut ilmu 6.1.5 Mengamalkan adab ketika menuntut ilmu. 6.2 Mengamalkan adab dengan
6. Mengamalkan
6.2.1 Menyenaraikan adab dengan rakan.
rakan. 6.2.2 Menyatakan kepentingan berkawan dengan orang baik.
Akhlak Islamiah
6.2.3 Menyenaraikan ciri-ciri rakan yang baik. 6.2.4 Mengamalkan adab terhadap rakan. 6.3 Memahami dan mengamalkan sifat amanah.
6.3.1 Menyatakan maksud amanah. 6.3.2 Menyenaraikan contoh sifat amanah. 6.3.3 Menyenaraikan kepentingan sifat amanah dalam kehidupan. 6.3.4 Menerangkan akibat tidak amanah dalam kehidupan. 6.3.5 Mengamalkan sifat amanah dalam kehidupan.
14
Terbitan:
20