KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL
PEMBUATAN PERABOT TINGKATAN 2 2014
i
ii
DOKUMEN STANDARD
PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV) MODUL ELEKTIF KEMAHIRAN VOKASIONAL
PEMBUATAN PERABOT TINGKATAN 2
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
iii
Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya
Cetakan Pertama 2014 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya
iv
KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA
vi
2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
vii
3. KATA PENGANTAR
viii
4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard
1 1 1 1
5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P
2 2
6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2 Objektif Modul 6.3 Fokus Modul 6.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 6.5 Organisasi Standard Kurikulum 6.6 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian
4 4 4 4 5 6-14
v
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
vi
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
vii
Kata Pengantar Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.
(Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA) Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. viii
PENGENALAN Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat Pendidikan Asas Vokasional Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Objektif Pendidikan Asas Vokasional Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Ini bersesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang kerja tangan. PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan, murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga. Kurikulum Berasaskan Kompetensi Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian. Kurikulum Modular Berasaskan Standard Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan 1
Kriteria Pencapaian Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan bagi setiap Standard Pembelajaran.
PELAKSANAAN Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 30 waktu seminggu selama 35 minggu menjadikan keseluruhan 1050 waktu setahun. Guru berlatar belakang opsyen Kejuruteraan Awam/ Membuat Perabot paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Penggunaan Teknologi Dalam P&P Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/ peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran masih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/ bengkel/ makmal/ ladang/ lapangan. Guru perlu mengolah P&P supaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan.
2
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM
PEMBUATAN PERABOT
3
Matlamat Modul
Matlamat Modul Pembuatan Perabot adalah untuk melahirkan murid yang berpengetahuan dalam bidang penghasilan perabot. Murid juga berkemahiran menggunakan alatan tangan dan mesin. Selain itu, murid akan berkebolehan melaksanakan proses penghasilan perabot. Murid diharapkan dapat mengamalkan peraturan keselamatan bengkel dan etika kerja yang baik serta boleh meneruskan pembelajaran dalam bidang ini ke peringkat yang lebih tinggi untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi pada masa akan datang. Objektif Modul Di akhir modul ini, murid akan dapat;
1. 2. 3. 4. 5.
Menyediakan bahan kerja perabot. Menyediakan bahagian-bahagian perabot. Menyediakan komponen-komponen perabot. Memasang bahagian perabot Mengaplikasi Keupayaan Teras
Fokus Modul Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang Kejuruteraan Awam/Dekorasi Dalaman memberi penekanan kepada asas pengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal dengan menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut: Pendekatan modular berasaskan kompetensi Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif) Pembelajaran kolaboratif dan koperatif Pembelajaran masteri Integrasi TMK merentas kurikulum Integrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri Pengurusan kewangan berhemah 4
Organisasi Standard Kurikulum Standard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 2 hingga 3.
Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajaran tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan ini merupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks, sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan pembelajaran. Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan kebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi.
5
STANDARD KANDUNGAN 1. Menyediakan bahan kerja perabot
STANDARD PEMBELAJARAN 1.1 Mengenal pasti keperluan kerja
KRITERIA PENCAPAIAN 1.1.1 Mentafsir lukisan projek. 1.1.2 Mengenal pasti spesifikasi produk dan komponen. 1.1.3 Mengenal pasti tugasan berdasarkan spesifikasi produk.
1.2 Mengenal pasti bahan mentah
1.2.1 Mengenal pasti bahan berdasarkan lukisan projek. 1.2.2 Menyenaraikan bahan mengikut keperluan produk berdasarkan lukisan projek. 1.2.3 Mengenal pasti kaedah mengurus bahan mengikut Spesifikasi produk. 1.2.4 Memeriksa keadaan bahan mengikut spesifikasi produk.
1.3 Memotong
1.3.1 Menentukan jenis- jenis mesin memotong mengikut spesifikasi produk. 1.3.2 Melaraskan mesin memotong dan mengikut ukuran berdasarkan Standard Operation Procedure (SOP). 1.3.3 Menggunakan mesin memotong dengan kaedah yang betul berdasarkan Standard Operation Procedure (SOP). 1.3.4 Membersihkan kawasan kerja berdasarkan keperluan kerja.
1.4 Mengetam kayu
1.4.1 Menentukan jenis- jenis mesin pengetam mengikut spesifikasi produk. 1.4.2 Melaraskan mesin pengetam mengikut ukuran berdasarkan Standard Operation Procedure (SOP). 1.4.3 Menggunakan mesin pengetam dengan kaedah yang betul berdasarkan Standard Operation Procedure (SOP). 1.4.4 Membersihkan kawasan kerja berdasarkan keperluan kerja.
6
STANDARD KANDUNGAN
2. Menyediakan bahagianbahagian perabot
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN
1.5 Membelah
1.5.1 Menentukan jenis- jenis mesin membelah mengikut spesifikasi produk. 1.5.2 Melaraskan mesin membelah mengikut ukuran berdasarkan Standard Operation Procedure (SOP). 1.5.3 Menggunakan mesin membelah dengan kaedah yang betul berdasarkan Standard Operation Procedure (SOP). 1.5.4 Membersihkan kawasan kerja berdasarkan keperluan kerja.
1.6 Membentuk kayu
1.6.1 Menentukan jenis- jenis mesin kumai mengikut spesifikasi produk. 1.6.2 Melaraskan mesin kumai mengikut ukuran berdasarkan Standard Operation Procedure (SOP). 1.6.3 Menggunakan mesin kumai dengan kaedah yang betul berdasarkan Standard Operation Procedure (SOP). 1.6.4 Membersihkan kawasan kerja berdasarkan keperluan kerja.
1.7 Menyediakan laporan aktiviti
1.7.1 Memeriksa bahan yang telah disediakan berdasarkan spesifikasi produk. 1.7.2 Menyimpan bahan mengikut prosedur penyimpanan. 1.7.3 Melengkapkan rekod mengikut format berdasarkan Standard Operation Procedure (SOP) dan spesifikasi Produk.
2.1 Mengenal pasti keperluan kerja
2.1.1 Mentafsir lukisan projek 2.1.2 Mengenal pasti spesifikasi produk dan komponen 2.1.3 Mengenal pasti tugasan berdasarkan spesifikasi produk
7
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN
2.2 Mengenal pasti bahan mentah
2.2.1 Mengenal pasti bahan berdasarkan lukisan projek 2.2.2 Menyenaraikan bahan mengikut keperluan produk berdasarkan lukisan projek. 2.2.3 Mengenal pasti kaedah mengurus bahan mengikut Spesifikasi produk. 2.2.4 Memeriksa keadaan bahan mengikut spesifikasi produk.
2.3 Menyediakan templet
2.3.1 2.3.2 2.3.3 2.3.4
2.4 Menghasilkan tanggam temu dan tanggam jejari.
2.4.1 Mengenal pasti bahan mengikut lukisan kerja 2.4.2 Mengenal pasti bahan perekat mengikut spesifikasi produk. 2.4.3 Melaraskan mesin mengikut ukuran berdasarkan Standard Operation Procedure (SOP). 2.4.4 Menggunakan mesin dengan kaedah yang betul berdasarkan Standard Operation Procedure (SOP). 2.4.5 Membersihkan kawasan kerja berdasarkan keperluan kerja.
Mentafsir lukisan projek mengikut skala penuh. Mengenal pasti bahan templet mengikut lukisan projek. Menyediakan templet mengikut lukisan projek. Menekap (trace) templet pada bahan berdasarkan lukisan projek. 2.3.5 Meletakkan penahan (stopper) di tempat yang ditentukan berdasarkan spesifikasi templet.
8
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN
2.5 Menghasilkan tanggam lekap
2.5.1 Mengenal pasti bahan mengikut lukisan kerja 2.5.2 Mengenal pasti bahan perekat mengikut spesifikasi produk. 2.5.3 Melaraskan mesin mengikut ukuran berdasarkan Standard Operation Procedure (SOP). 2.5.4 Menggunakan mesin dengan kaedah yang betul berdasarkan Standard Operation Procedure (SOP). 2.5.5 Membersihkan kawasan kerja berdasarkan keperluan kerja.
2.6 Membuat kerja merekat dan mengapit
2.6.1 Mengenal pasti bahan kayu mengikut spesifikasi produk 2.6.2 Mengenal pasti bahan perekat mengikut spesifikasi produk. 2.6.3 Melaraskan mesin mengikut ukuran berpandukan Standard Operation Procedure (SOP) dan spesifikasi produk. 2.6.4 Menggunakan mesin dengan kaedah yang betul bagi menghasilkan kayu pepejal berlapis berdasarkan Standard Operation Procedure (SOP) dan spesifikasi produk. 2.6. 5 Membersihkan kawasan kerja berdasarkan keperluan kerja.
2.7 Menggunakan gergaji pita
2.7.1 Mengenal pasti bahan dan templet mengikut spesifikasi produk. 2.7.2 Melaraskan mesin gergaji pita mengikut ukuran berdasarkan Standard Operation Procedure (SOP). 2.7 3 Menggunakan mesin gergaji pita dengan kaedah yang betul berdasarkan Standard Operation Procedure (SOP). 2.7.4 Membersihkan kawasan kerja berdasarkan keperluan kerja.
9
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN 2.8 Mengenal pasti keadaan komponen kayu padu berlaminat
KRITERIA PENCAPAIAN 2.8.1 Memeriksa kecacatan kandungan kelembapan dan kuantiti kayu padu berlamint 2.8.2 Mengawal kelembapan kayu dengan kaedah pembungkusan 2.8.3 Pengesahan Pengawal Kualiti berdasarkan Standard Operation Procedure (SOP) 2.8.4. Menyimpan kayu padu berlaminat di tempat khas berdasarkan prosedur penyimpanan
2.9 Menyediakan laporan aktiviti 3. Menyediakan komponen perabot
3.1 Mengenal pasti keperluan kerja.
3.2 Mengenal pasti komponen perabot.
2.9.1 Melengkapkan senarai semak dan merekod mengikut format berdasarkan spesifikasi produk. 3.1.1 Mentafsir lukisan projek. 3.1.2 Mengenal pasti spesifikasi produk dan komponen. 3.1.3 Mengenal pasti tugasan berdasarkan spesifikasi produk. 3.2.1 Mengenal pasti komponen berdasarkan lukisan kerja. 3.2.2 Menghasilkan komponen mengikut lukisan kerja.
10
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN
3.3 Membentuk mengunakan mesin.
3.3.1 Mengenal pasti bentuk mengikut bahagian-bahagian perabot berdasarkan lukisan kerja. 3.3.2 Membuat jig dan penetap berdasarkan lukisan kerja. 3.3.3 Membuat acuan dan templet berdasarkan lukisan kerja. 3.3.4 Melaras mesin pembentuk mengikut acuan dan templet berpandukan standard operation prosedur (SOP). 3.3.5 Menggunakan mesin pembentuk dengan kaedah yang betul dan selamat berpandukan Standard Operation Prosedur (SOP). 3.3.6 Menguji acuan dan templet dengan kaedah yang selamat. 3.3.7 Membersihkan kawasan kerja berdasarkan keperluan kerja.
3.4 Membuat Lubang dan Puting.
3.4.1 Mengenal pasti tanggam lubang dan puting berdasarkan lukisan projek. 3.4.2 Melaras mesin pelubang dan pemuting mengikut ukuran berpandukan Standard Operation Procedure (SOP). 3.4.3 Menggunakan mesin melubang dan memuting dengan kaedah yang betul dan selamat berpandukan Standard Operation Procedure (SOP). 3.4.4 Menguji ketepatan hasil kerja mengunakan alat yang betul. 3.4.5 Membersihkan kawasan kerja berdasarkan keperluan kerja. 3.5.1 Membuat jig dan penetap berdasarkan lukisan kerja 3.5.2 Melaraskan mesin penebuk lubang mengikut ukuran berpandukan Standard Operation Procedure (SOP). 3.5.3 Menggunakan mesin penebuk lubang dengan kaedah yang betul dan selamat berpandukan Standard Operation Procedure (SOP).
3.5 Menebuk Lubang
11
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
3.6 Melelas permukaan kayu.
KRITERIA PENCAPAIAN 3.5.4 Menguji ketepatan hasil kerja menggunakan alat yang betul. 3.5.5 Membersihkan kawasan kerja berdasarkan keperluan kerja 3.6.1 Mengenal pasti jenis kertas pasir dan mesin pelelas yang akan digunakan. 3.6.2 Memasang kertas pasir dan melaraskan mesin pelelas dengan kaedah yang betul berpandukan Standard Operation Procedure (SOP). 3.6.3 Melelas permukaan projek menggunakan mesin pelelas dengan kaedah yang betul dan selamat berpandukan Standard Operation Procedure (SOP)
4. Memasang Bahagian Perabot
3.7 Menyediakan laporan aktiviti.
3.7.1 Memeriksa bahan komponen berdasarkan spesifikasi produk. 3.7.2 Menyimpan komponen mengikut prosedur penyimpanan. 3.7.3 Menyediakan rekod komponen perabot mengikut Standard Operation Procedur (SOP) dan spesifikasi produk.
4.1 Mengenal pasti keperluan kerja.
4.1.1 Mentafsir lukisan projek. 4.1.2 Mengenal pasti spesifikasi produk dan komponen. 4.1.3 Mengenal pasti tugasan berdasarkan spesifikasi produk.
4.2 Mengenal pasti bahagianbahagian perabot
4.2.1 Menyenaraikan bahagian berdasarkan lukisan kerja. 4.2.2 Memilih dan menentukan bahagian-bahagian perabot mengikut lukisan kerja.
12
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN 4.3 Mengenal pasti jig pemasangan dan penetap bahagian perabot
KRITERIA PENCAPAIAN 4.3.1 Mengenal pasti jenis jig pemasangan berdasarkan kepada spesifikasi komponen. 4.3.2 Mengenal pasti kaedah penggunaaan jig pemasangan dan penetap. 4.3.3 Memasang jig dan penetap mengikut jenis dan kegunaannya berdasarkan spesifikasi produk. 4.3.4 Mematuhi kaedah pemasangan jig dan penetap. 4.3.5 Menguji jig pemasangan dan penetap mengikut jenis dan kegunaannya berdasarkan lukisan kerja.
4.4 Memasang komponen perabot
4.5 Menyediakan laporan aktiviti.
4.4.1 Mengenal pasti pemasangan komponen berdasarkan lukisan kerja. 4.4.2 Memilih bahan lekapan (hardware) berdasarkan keperluan pemasangan. 4.4.3 Mengenal pasti mesin dan mesin mudah alih berdasarkan keperluan kerja. 4.4.4 Menggunakan mesin dan mesin mudah alih dengan kaedah yang betul dan selamat berpandukan Standard Operation Procedure (SOP). 4.4.5 Memeriksa dan menentukan kualiti pemasangan komponen berdasarkan lukisan kerja. 4.4.6 Menempatkan komponen siap ke ruang penyimpanan. 4.5.1 Memeriksa bahan komponen berdasarkan spesifikasi produk 4.5.2 Menyimpan komponen mengikut prosedur penyimpanan Menyediakan rekod komponen perabot mengikut Standard Operation Procedure (SOP) dan spesifikasi produk. 13
STANDARD KANDUNGAN 5. Mengaplikasi Keupayaan Teras
STANDARD PEMBELAJARAN 5.1 Mengurus Kerja
5.2 Menguruskan Sistem 5.3 Mengurus Maklumat
5.4 Kerjasama Dengan Rakan Sekerja
KRITERIA PENCAPAIAN 5.1.1 Merancang kerja secara individu berdasarkan keperluan kerja. 5.1.2 Menyenaraikan objektif dan matlamat berdasarkan keperluan kerja. 5.1.3 Merancang ruang kerja individu berdasarkan keperluan kerja. 5.1.4 Mengaplikasikan strategi penyelesaian masalah berdasarkan keperluan kerja. 5.2.1 Mengawal dan memperbaiki pengurusan sistem. 5.3.1 Menyediakan maklumat bergambar berdasarkan keperluan kerja. 5.3.2 Memproses maklumat menggunakan perisian komputer berdasarkan keperluan kerja. 5.3.3 Menyediakan analisa maklumat berdasarkan keperluan kerja. 5.3.4 Menyediakan laporan bercetak berdasarkan keperluan kerja. 5.4.1 Membentuk jawatankuasa kecil berdasarkan keperluan kerja. 5.4.2 Menyenaraikan peranan ahli jawatankuasa yang telah dibentuk berdasarkan keperluan kerja. 5.4.3 Menyenaraikan nama-nama yang akan membentuk ahli jawatankuasa berdasarkan keperluan kerja. 5.4.4 Menyenaraikan punca-punca yang menyebabkan timbulnya konflik berdasarkan keperluan kerja. 5.4.5 Menyenaraikan kaedah penyelesaian konflik berkenaan berdasarkan keperluan kerja. 14
Terbitan:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
15