Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa WAKTU PERSEKOLAHAN 1.0
Masa dan Kehadiran Persekolahan 1.1 Murid mesti berada di sekolah lima minit sebelum waktu persekolahan bermula. 1.2 Murid yang datang lewat tanpa sebab adalah menjadi satu kesalahan dan akan dicatat namanya untuk diambil tindakan. Murid yang datang lewat perlulah melaporkan diri kepada guru disiplin/penyelaras tingkatan yang bertugas di kaunter lewat. 1.3 Dapatkan slip lewat dan ditunjukkan kepada guru mata pelajaran. Kepilkan slip lewat dalam buku kawalan ponteng. Maklumkan kehadiran anda kepada guru tingkatan. 1.4 Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa surat/sijil sakit dianggap sebagai ponteng sekolah. 1.5 Murid yang hendak balik awal perlu diiringi ibu bapa/penjaga dan hendaklah mengisi borang di pejabat.
2.0
Waktu Perhimpunan 2.1 Semua murid mesti hadir ke perhimpunan sekolah dengan beratur mengikut kelas dengan tertib dan senyap. 2.2 Kehadiran murid akan diambil oleh guru tingkatan. 2.3 Selepas perhimpunan, murid dikehendaki beratur dan berjalan masuk ke kelas masing-masing dengan senyap dan teratur.
3.0
Waktu Pengajaran dan Pembelajaran 3.1 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas ketika waktu pembelajaran kecuali jika perlu. Dapatkan tag keluar kelas daripada guru berkenaan. Tag perlu digantung/dipamerkan. 3.2 Murid-murid perlu menjaga kebersihan kelas masing-masing. 3.3 Waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan • semua murid perlu berpakaian pendidikan jasmani • semua murid tidak boleh berada di kelas
4.0
Waktu Rehat 4.1 Semua murid dikehendaki meninggalkan kelas semasa rehat. 4.2 Murid-murid hanya dibenarkan membeli makanan dan minuman dari kantin sekolah pada waktu rehat atau dengan kebenaran. 4.3 Makan dan minum perlulah di kantin sekolah sahaja.
5.0
Waktu Balik 5.1 Pastikan kelas berada di dalam keadaan kemas dan bersih. 5.2 Semua suis ditutup sebelum meninggalkan kelas. 5.3 Pastikan semua buku murid dibawa balik.
6.0
Waktu Kokurikulum
Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 6.1 6.2
Setiap murid perlu mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum melainkan mendapat pengesahan daripada doktor. Murid-murid diwajibkan menyertai tiga gerak kerja kokurikulum iaitu: 6.3.1 Persatuan/Kelab 6.3.2 Badan beruniform 6.3.3 Permainan
Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH 1.0
Pakaian Seragam Murid Lelaki 1.1
Baju 1.1.1 1.1.2 1.1.3
1.1.4 1.2
Baju perlulah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar. Butang baju perlulah dikancing sehingga butang kedua dari atas dan tidak melebihi 4 cm dari pangkal leher. Murid dilarang memakai kemeja T (T shirt) dalam kemeja sekolah. Hanya singlet putih tanpacorak sahaja dibenarkan untuk dipakai di dalam kemeja sekolah. Baju kemeja sekolah dari jenis kain berkilat tidak dibenarkan.
Seluar 1.2.1 Seluar panjang warna hijau kehitam-hitaman dark olive. 1.2.2 Seluar potongan jeans dan berfesyen tidak dibenarkan. 1.2.3 Seluar yang singkat, ketat, sempit, terlalu longgar, berkaki lebar dan plit tidak melebihi 4 (2 di kiri dan 2 di kanan). 1.2.4 Ukurlilit kaki seluar tidak melebihi 16.5 inci atau 42 cm. 1.2.5 Poket bertampal tidak dibenarkan. 1.2.6 Sebarang pelekat atau tampalan hiasan pada seluar adalah dilarang. 1.2.7 Poket seluar tidak boleh melebihi empat. Dua di bahagian sisi pinggang dan dua poket lagi di bahagian belakang. 1.2.8 Murid tidak dibenarkan memakai seluar yang mempunyai poket di sisi lutut.
1.3
Tali Pinggang 1.3.1 1.3.2
2.0
lebar kepala tali pinggang tidak melebihi 3.5 cm. Murid hanya dibenarkan memakai tali pinggang kanvas yang berwarna kehitam-hitaman dark olive tanpa corak (digalakkan memakai tali pinggang yang dijual di Koperasi Sekolah).
Pakaian Seragam Murid Perempuan 2.1
Pinafore Tunic Pinafore Tunic perlu berwarna biru ’turquoise’ dan labuhnya hendaklah sampai bawah paras lutut.
2.2
Blaus 2.2.1
Blaus adalah berwarna putih dan berlengan pendek. Blaus jarang tidak dibenarkan.
Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 2.2.2
2.3
Butang blaus perlulah dikancing sehingga butang kedua dari atas dan tidak melebihi 4 cm dari pangkal leher.
Baju kurung dan Kain Sarung 2.3.1 Baju kurung berwarna putih dan kain sarung berwarna ’turquoise’. 2.3.2 Potongan baju kurung hendaklah jenis baju kurung Johor. Labuh mesti ke paras lutut. 2.3.3 Baju kurung yang berkain jarang, nipis atau berkilat tidak dibenarkan. 2.3.4 Baju kurung perlulah sentiasa dikancing dengan butang putih. 2.3.5 Lengan baju tidak boleh dilipat kecuali di makmal dan bengkel. 2.3.6 Camisole dan anak baju perlulah berwarna putih atau berwarna kulit (skin colour) dan perlu dipakai.
2.4
Mini Telekung/Tudung 2.4.1 2.4.2 2.4.3 2.4.4 2.4.5
2.5
Murid perempuan Islam digalakkan memakai tudung/mini telekung yang berbentuk tiga segi dua sama san berwarna putih. Mini telekung/tudung yang bersulam atau berenda tidak dibenarkan. Labuhnya melebihi paras bahu dan sesuai dengan ketinggian murid yang memakainya. Tidak dibenarkan menggunakan sebarang bentuk pin pada mini telekung/tudung. Anak tudung juga berwarna putih.
Lencana 2.5.1 Lencana perlulah dilekatkan di sebelah kiri dada pada poket baju. 2.5.2 Lencana perlulah sentiasa dipakai semasa berada di dalam kawasan sekolah dan semasa memakai pakaian seragam sekolah walau di mana juga berada. 2.5.3 Lencana yang telah pudar warna, tertanggal atau hilang hendaklah diganti baru. 2.5.4 Bagi murid perempuan yang berbaju kurung, lencana perlulah dilekatkan pada bahagian dada kiri. Sekiranya bertudung, lencana perlulah dilekatkan di bahagian kiri tudung. Jika memakai ’pinafore’, lencana perlulah dilekatkan di bahagian kiri ’pinafore’ itu.
2.6
Tag nama 2.6.1 2.6.2
2.7
Tag nama perlulah dipakai di bahagian kiri dada dan di atas poket baju. Nama timangan atau nama singkat tidak dibenarkan.
Tali Leher 2.7.1
Hanya tali leher sekolah sahaja dibenarkan.
Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 2.7.2 2.7.3
2.8
Kasut dan Stoking 2.8.1 2.8.2 2.8.3
3.0
Kasut kanvas atau dari bahan sintetik lain berwarna putih sahaja dibenarkan. Kasut-kasut berfesyen, berlambang dan berjalur selain putih serta kasut sukan tidak dibenarkan. Murid-murid hendaklah memakai stoking/sarung kaki putih. Sarung kaki putih yang berjalur dan berlogo tidak dibenarkan.
Pakaian Ketika Bersenam dan Bersukan 3.1 3.2 3.3
4.0
Semua murid perlu memakai tali leher dengan kemas sepanjang hari pada hari perhimpunan rasmi sekolah. Tidak dibenarkan mengenakan sebarang bentuk perhiasan pada tali leher.
Murid digalakkan memakai seluar panjang jenis ’track-bottom’ berwarna hitam atau biru tua. Murid perlu memakai T-shirt sekolah. Pemakaian pakaian bersenam dan bersukan di luar masa senaman, sukan dan aktiviti kokurikulum tidak dibenarkan.
Pakaian Pasukan Beruniform/Kelab/Persatuan 4.1
4.2
Murid yang menyertai kegiatan pasukan beruniform di sekolah perlulah memakai pakaian lengkap unit beruniform yang diwakilinya ketika perjumpaan. Murid digalakkan memakai pakaian/uniform yang diwakilinya pada setiap hari Rabu.
Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa PENAMPILAN DAN KEKEMASAN DIRI 1.0
Rambut 1.1
Murid Lelaki 1.1.1 Rambut perlulah selalu bersih dan kemas, tidak dikerintingkan, diwarnakan atau menggunakan gel. 1.1.2 Potongan rambut tidak boleh mengikut fesyen semasa seperti punk, berekor, skin-cut dan sebagainya. 1.1.3 Istilah rambut panjang adalah seperti berikut: a) Di belakang : Rambut jatuh memelihi garisan di bawah cuping dua telinga. b) Di depan : Rambut menutup garisan tengah dahi. c) Di sebelah : Rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan ’sideburn’ melebihi garisan tengah hidung. d) Di atas : Rambut lebih daripada 6 inci/15 cm panjang. 1.1.4 Murid lelaki beragama Sikh boleh berambut panjang jika mereka memakai turban.
1.2
Murid Perempuan 1.2.1 Rambut perlulah kemas, bersih dan tidak diwarnakan atau menggunakan gel. 1.2.2 Potongan rambut tidak boleh mengikut fesyen semasa seperti punk, berekor, skin-cut dan sebagainya. 1.2.3 Murid yang berambut panjang perlulah mengikatnya sebagai tocang (plait) atau pony tail dengan menggunakan riben putih, biru atau hitam sahaja. 1.2.4 Murid tidak dibenarkan mencukur/mencabut bulu kening.
2.0
Misai dan Janggut Murid lelaki tidak boleh menyimpan misai, janggut atau jambang.
3.0
Kuku Murid perlulah berkuku pendek dan dilarang memakai pewarna, pengilat dan inai.
4.0
Alat Solek Penggunaan alat solek (make-up) adalah dilarang sama sekali.
5.0
Subang Hanya dibenarkan kepada murid perempuan sahaja. 5.1 5.2 Ukuran subang tidak melebihi diameter 0.5 cm, berwarna putih/emas. Batu permata pada subang tidak dibenarkan. 5.3 Hanya satu subang dibenarkan pada setiap telinga dan perlulah dipakai di bahagian bawah cuping telinga. 5.4 Subang berfesyen tidak dibenarkan.
Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 6.0
Barang Kemas/Perhiasan Murid tidak dibenarkan memakai atau membawa barang kemas atau perhiasan ke sekolah.